Popular Posts

Thursday, 22 August 2024

Lukis jea ... Teratai lagi




Lukis jea ... teratai , 'still water , silent beauty'



Allahu Akbar ... lamanya tak upload apa2 di blogku ini. 
Hampir setahun rasanya.
 
Masih lagi melukiskan 'Teratai'.
Dalam banyak2 bunga ... aku memang suka bunga teratai.
Mungkin juga kerana di zaman kanak2 ku , kami sekeluarga
pernah tinggal di tepi lombong yang dipenuhi pokok teratai.
Menikmati keindahan bunga teratai ... makan buah teratai ...

Korang pernah makan buah teratai?
Anak2 aku sekarang anggap aku 'pelik' , "mak ni semua benda makan!".

Haha .. anak2 zaman sekarang , mana mereka tahu nikmatnya menghargai semua itu. Tak salahkan mereka juga , sekarang nak cari buah teratai pun susah. Mana ada orang jual?.... atau mungkin aku yang tak tahu mana nak beli!

Sekarang ni jam11:46 malam ... santai-santai sahaja lah ya.
Malas pulak nak buka topik berat2.
Apapun aku doakan agar seluruh dunia dan isinya punya sifat kemanusiaan yang tinggi , menghargai nyawa manusia lain , punya adab dan sifat ehsan hatta dalam peperangan sekali pun. Sama-sama kita doakan agar Allah (s.w.t) memberi balasan setimpal terhadap siapapun yang berbuat zalim. Semoga Allah hapuskan pakatan mereka dan sekutu2nya.
 Aaamiinnnnn



-peace-
ojai
>__<












































 

Monday, 11 September 2023

Lukis jea ..."teratai"

Lukis jea ... teratai

Kesekian kalinya aku melukiskan , "Teratai".
Suka bunga teratai
Suka juga buah teratai ... πŸ˜‹
Namun puluhan tahun sudah tak makan buah teratai. Semua jadi kenangan zaman kanak-kanakku.
Kisah mandi lombong ... tangkap ikan 'tiger fish' ... masuk semak samun cari kayu bercabang untuk buat lastik ... itu semua dah lama jadi kenangan indah. Semuanya dah masuk dalam buku sejarah hidupku.

Kini ... hari ini, kita semua mencipta sejarah kita sendiri. Moga sejarah yang kita cipta menuntun kita ke jalan Allah ... membawa kita ke syurgaNya.
..............

Lama sangat tak.menulis, banyak.perkara dalam kepala tapi sayang ... mata dah mengantuk sangat ni.
Stop sini dulu.

-peace-
>__<

 

Sunday, 8 January 2023

Puisi : 'Aku hanya ingin menulis'

Aku hanya ingin menulis ... 

Rasa terkilan yang bersarang dalam hati

Lantaran mulutku sudah bungkam menyusun kata 

Serba tak kena ... 


Aku hanya ingin menulis ... 

Luahan hati yang tidak berbaris 

Tiada suara ... membisu 

Yang ada hanya fikiran yang tiada hentinya

Berkata-kata dalam manisnya wajah

Memprotes dalam sepi 

Sedang hari yang datang dan pergi 

Sama sahaja seperti selalu 


Aku hanya ingin menulis ... 

Demi sebuah kedamaian rasa 

Walau masih tanpa baris untuk dimengerti

Ternyata ada perkara yang hanya bisa ditelan

Biar cernanya di benak hati 

Kerna bicaranya pasti meluka 

Umpama lahar panas ... 

Baiknya terus diam di dalam 

Biar hari datang dan pergi 

Sama juga seperti selalu ...


 - Peace - 
    >__<

Sunday, 23 October 2022

Lukis jea ... "Dancing monkeys"

 

Lukis jea ... 'dancing monkeys'

Saja-saja menghabiskan masa melukiskan kebahagiaan monyet-monyet ini menari.

Kenapa monyet?πŸ€ͺ

Hmm...mungkin kerana kerjayaku sebagai seorang guru ???? πŸ˜±πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Hahaha...jangan salah faham.
Maksud aku , sebagai seorang guru , aku sememangnya selalu melihat anak2 murid berbuat nakal, bising, mengejek , mengusik satu sama lain ... dan disebalik kenakalan mereka itu ,ianya tetap membawa kebahagiaan.πŸ˜‰

Semuanya bergantung kepada bagaimana kita menerima kenakalan tersebut.
Pada aku , semua itu adalah sebahagian daripada proses perkembangan minda, emosi dan sosial skill yang membantu meningkatkan kematangan mereka.

Jangan pula ada yang kata, aku menyamakan anak2 muridku dengan monyet🀦‍♀️🀦‍♀️🀦‍♀️🀦‍♀️

Ianya adalah analogi semata2.

Yang penting, emosi bahagia dan ceria yang ingin aku lahirkan daripada lukisan ini.

Hmm...sebenarnya aku sekarang ni berada di klinik gigi. Bawa anak aku buat pemeriksaan gigi. Tengah2 sarapan pagi tadi tiba2 gigi gerahamnya terepih (pecah sedikit).
Aku syak , mesti ada lubang pada gigi tersebut ... dan sangkaan aku betul.
Cumanya lubang itu dah terlalu besar dan dah sampai ke akar/saraf gigi.
Yang peliknya , anak aku ni tak pula rasa sakit gigi. Kalau ikutkan dia, tidak mahu dia mengikut aku ke sini. Aku yang berkeras, khuatir nanti masa belajar sakit gigi lagi susah. 

Sekarang dia sedang menerima rawatan 'tampalan sementara' sebelum membuat temujanji lain utk rawatan saraf gigi.

Hmm...cukuplah celoteh hari ini.
Hingga berjumpa lagi.

Akhir pesanan...
"Ayuh kita sama2 menjadi hamba Allah yang baik dan sama2 berusaha utk membina keluarga yang setiap ahlinya mencintai Allah dan sentiasa berusaha menjadi hambaNya yang bermanafaat buat umat ini dan agama ini.

-Salam persaudaraan-

-peace-
>__<
 

Friday, 23 September 2022

Lukis jea ... jom lukis harimau

 

Lukis jea ... jom hari ni kita lukiskan wajah harimau
Ini adalah 3 asas mudah yang boleh digunakan

Langkah seterusnya , hasilkan wajah harimau itu menggunakan 3 asas tadi. 
Senangkan? ... sedikit susah?πŸ€”
Nak bantuan lebih , boleh lihat video penghasilannya di youtube channel aku ...
'Cikgu Rozai Asnizah'

Hmm...inilah hasilnya😜

Harap dapat membantu sesiapa yang mahu melukiskan wajah harimau.😁

Jom borak ...
Aku pilih utk melukiskan wajah harimau ni sebab ... dulu, masa aku kecik, aku selalu saja menghadapi masalah utk melukiskannya. Tiap kali aku cuba melukiskan harimau , hasilnya seakan kucing!🀣
Hmmm...tak puas hati betul.
Jadi...kali ini, sebelum aku melukiskannya, aku 'study' sikit 3 asas wajah harimau tu dan kembangkan dari asas tersebut.  Gitulah ceritanya.

Baiklah kawan ... alarm jam aku dah berbunyi. Suruh stop di sini. Sudah masa untuk masuk bilik air dan bersiap utk aktiviti hari ini.
Moga Allah mudahkan urusan aku dan urusan kita semua dunia hingga akhirat.

Jumpa lagi

-peace-
>__<

Saturday, 13 August 2022

Lukis jea ... 'Portrait drawing : beautiful Malay lady'





Lukis jea ... beautiful Malay lady

Dia ni guru muda di sekolah,  ditakdirkan Allah, dapat berpindah ke sekolah lain. Rajin dan ceria orangnya.

Aku baru nak jadikan dia pelapis guru KRS , dia pun memang nampak berminat ... tup tup pindah sekolah pula!πŸ˜ͺ

Pun begitu, Alhamdulillah ... sahabat aku ni dapat berpindah ke sekolah yang diminta.   Tentunya untuk kehidupan yang lebih baik. Baik buat dirinya, suami dan anak2.
Moga Allah permudahkan segala urusannya di sana dan menjadi guru dan pendidik yang cemerlang.

Sedikit perkongsian ...
Teman pembaca budiman , tahukah anda bahawa kesan daripada PKP akibat Covid 19 yang lepas , telah banyak memberikan impak membimbangkan dan mencemaskan kepada anak2 didik khususnya para remaja?

Remaja kini punya peluang terbuka luas dan banyak menghabiskan masa dengan/menggunakan gadjet sama ada dalam bentuk telepon bimbit , komputer riba atau lainnya.

Pendedahan meluas kepada media sosial, capaian internet tanpa kawalan pastinya mempengaruhi pemikiran, atitude , pembawaan dan jati diri anak2 remaja.

Apa dan bagaimana?
Hmm...nanti aku huraikan dalam pos yang lain. Aku nak kena berhenti di sini , ada tugas lain memanggilπŸ€ͺ



-salam persahabatan-
Ayuh jadi warga prihatin!

-peace-
>__<


 

Tuesday, 8 March 2022

Lukis jea ... 'One big family'

Lukis jea ... 'One big family'

Ini adalah portrait family seorang rakan seperjuangan yang telah pun bersara.
Sekarang memegang jawatan mutlak sebagai seorang 'grandma' dengan tujuh orang cucunda yang comel.

Untuk pertama kalinya aku melukiskan portrait lapan individu dalam satu lukisan. Sebelum ini, paling ramaipun aku lukis setakat tiga orang sahaja. (Memang aku nak elak melukiskan banyak karektor dalam satu lukisan).

Cuma kali ini aku tidak punya hati untuk menolak permintaan beliau kerana permintaannya sudah dibuat berbulan-bulan yang lalu. Lagi pula sahabat seperjuanganku ini adalah individu yang sangat komited dalam mendidik anak bangsa.

 Pemikiran...kecintaan...masa , tenaga malah wang ringgit telah banyak ditaburkan untuk mendidik anak bangsa. Atas besarnya pengorbanan dan jasa yang diberikan, mana mungkin aku tergamak untuk menidakkan hajatnya😊

Cabaran buatku bila aku dihantarkan lapan gambar photo yang berasingan , berbeda situasi dan keadaannya. Malah gambar photonya juga merupakan sebahagian keratan gambar (gambar photo tidak penuh). Aku juga tidak tahu spesifik umur setiap karektor itu. 

Makanya, lukisan yang terhasil adalah daripada justifikasi aku akan umur dan saiz badan setiap karektor itu. Harap sangat justifikasi aku itu adalah betul dan tepat.

Ops...tak boleh berceloteh panjang, laa ni aku sedang mengikuti salah satu kursus secara online. Ok ... hingga jumpa lagi. 

Terima kasih sebab rajin melayari blog aku ni. Semoga dapat menitipkan sedikit rasa bahagia pada kalian yang membaca.

-peace-
>__<


 

Thursday, 27 January 2022

Lukis jea ... Potrait teman , sempena persaraan.

 

Lukis jea ... Potrait teman
sempena persaraan 



Melukiskannya sebagai tanda kenangan2an dari aku untuknya.
Semoga Allah memberkati kehidupannya dan sentiasa hidup dalam lindungan Allah , terhindar dari segala malapetaka dan bencana di dunia hingga akhirat.

Persaraan ... satu kitaran yang bakal dilalui oleh semua yang bekerja. Aku juga bakal melaluinya😊
Bila tu?
Bila waktunya tiba😁

Sementara tibanya waktu itu, kita nikmati dulu apa yang kita ada pada hari ini, apa yang kita lalui hari ini, dengan siapa kita bertemu, segala peristiwa dan cerita kita hari ini ... semua itu bakal menjadi pengalaman yang mematangkan dan kisah dalam lipatan sejarah hidup kita.

-Hingga jumpa lagi-

-peace-
>__<



Tuesday, 14 December 2021

Lukis jea ... 'Respect is earned'

Lukis jea ... 'Painting by numbers'
Kali ini aku tolong Ketua Panitia PSV sekolah ku untuk menyempurnakan painting ni. 
Sebenarnya aku pun baru tahu ada material seperti ini.
Lukisan yang telah siap dinomborkan. Kau tinggal warna ikut nombor2 yang tertera.

Kedengaran macam senang tapi sebenarnya memerlukan kesabaran ... ketekunan ... dan kesungguhan.
Kiranya aku ini tergolong dalam golongan orang2 yang sabar, tekun dan bersungguh dalam mencapai matlamat.😝😝😝😝😝

Sebenarnya apa yang ingin kusampaikan hari ini ya?πŸ€”
"Respect is earned ... not given'!
Ya ... inilah yang nak aku sampaikan petang ni.

Sahabat pembaca sekelian ... dalam hidup kita, kita berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Hatta keluarga terdekat kita sendiri, ada juga ragamnya yang kadangkala amat menjengkelkan.
Namun ... atas dasar keluarga atau atas rasa kasih sayang kita selalu berlapang dada dengan 'ragam' yang menjengkelkan itu.

Persoalannya ... sampai bila?
Sampai bila kita harus menerima dan terus menadah perlakuan yang tidak sesuai. 
Bukankah kita ini sebaik2 umat ... dikurnia Allah akal dan tanggung jawab.

Tanggung jawab memakmurkan alam ini , juga termasuklah memperbetulkan mana yang tidak betul.
Pada aku ... untuk jenis2 manusia tertentu, yang sentiasa merasa dirinya  betul dan sentiasa percaya diri mereka perlu sentiasa dihormati , atas dasar apa pun menurut fikiran mereka (mungkin kerana kedudukan mereka , harta mereka atau umur mereka) ... sesekali bagus juga jika kita menyanggah!. Tidak mengiakan perbuatan mereka yang kurang berbudi bahasa!!! 

Biar golongan ini sedar, bahawa untuk dihormati mereka juga harus belajar untuk menghormati orang lain.
Untuk disayangi , mereka juga perlu belajar menyayangi ... dan perlu diingat, sayang itu walau tidak diucap, pasti dapat dirasai.
Maknanya?
Maknanya ... jika sayang itu sudah tidak pernah dizahirkan dengan perlakuan maupun perbuatan , apatah lagi sudah tidak dapat dirasai , makanya...masih adakah lagi sayang itu?

Fikir-fikirkanlah

Salam sayang dan persaudaraan dari aku
Manusia biasa yang terlalu biasa-biasa.

-peace-
>__<





 

Tuesday, 30 November 2021

Lukis jea ... Bunga

 

Lukis jea ...
 inilah hasil lukisan warna air aku. Melukiskan bunga2 putih yang asalnya adalah permintaan daripada satu2nya puteriku.

"Akak nak frame kan dan gantung di dinding bilik akak". Itu katanya.

Orang2 seperti aku belajar melukis atas minat dan pengalaman.
Bak kata pepatah ... pengalaman mendewasakan , menjadikan kita lebih matang dan ahli dalam perkara yang kita ceburi.

Namun begitu, aku percaya ... minat yang dilengkapi pembelajaran terancang , pelajari dari ahlinya. Dalami segala teori dan kemahiran yang perlu ...
Pasti hasilnya akan berlipat kali lebih baik daripada belajar sendiri.😊 

Sahabat pembaca sekelian.
Apapun ... aku harap, karya tidak seberapaku itu dapat memberikan rasa bahagia di hati kalian.

Perincian prosesnya adaku muatnaikkan dalam youtube channelku. Moga menjadi amal kebaikanku buat masyarakat dan anak2 didik pendidikan seni yang kuajar.

Sekian untuk kali ini.
'Salam kasih sayang'

-peace-
>__<

Tuesday, 16 November 2021

Lukis je ... corak ilusi

Lukis jea ... illusion patern drawing


'Simple illusion pattern drawing'

Apa pandangan kalian?
Ilusinya adalah, asalnya ... corak ini merupakan bentuk2 geometri segitiga dan segi empat yang aku lukislan secara rawak memenuhi ruang kertas lukisanku.

Seterusnya, aku lorekkan dengan garisan lurus yang berulang mengikut prinsip dan kaedah yang malar ... dengan penuh sabar (tentunya😁). Maka diakhirnya, terhasillah corak di atas. Kelihatannya seperti , 'seashells on the sea shore'πŸ™ƒ

Daripada bentuk geometri yang kaku kepada bentuk alam yang berlingkar ... inilah indahnya seni😊

Sahabat pembaca sekelian, tolong doakan agar apa jua kesulitan dan ujian yang menimpa ... akan mampu kita hadapi dengan sabar dan tenang.

-peace-
>__<





 

Tuesday, 26 October 2021

Lukis jea ... motif ukiran flora




Lukis jea ... motif ukiran flora

Seni ukiran memang sudah sebati berdarah daging dengan pelbagai bangsa di rantau ini.

Ukiran yang terdapat di istana2 Melayu lama, rumah2 tradisional melayu, ukiran pada chandi , rumah2 ibadat ... malah pada perabot hiasan dalaman rumah yang biasanya diperbuat daripada kayu memang sangat dikenali dan diminati terutamanya oleh para pencinta seni ukiran ini.

Biasanya ukiran yang dibuat oleh para pengukir adalah bersumberilhamkan flora dan fauna yang ada di persekitaran kita , diubahsuai mengikit mata dan pentaksiran pengukir sehingga menjadi begitu indah dan harmoni untuk ditatap dan dinikmati.

Sungguhpun kehidupan moden hari ini lebih berpihak kepada gaya hidup yang lebih simple, lebih mudah dan lebih praktikal namun nilai estetika yang tinggi akan menjadikan seni ukiran ini mampu untuk terus berdaya saing untuk menawan dan kekal di hati para generasi akan datang.

Jom , sama2 kita hargai seni warisan ini.

πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘† motif ukiran flora di atas aku buat dan videokan untuk menjadi rujukan anak2 didik pendidikan seni visualku (subjek seni lukisan).  Sebenarnya akupun masih bertatih untuk menghasilkan motif ukiran ini. Al maklumlah, aku bukannya dari background pendidikan seni. Aku budak sains ... bangga gak jadi budak sains 🀣🀣🀣

Baiklah sahabat pembaca sekelian, aku mohon diri dulu.
Banyak tugasan lain sedang menanti.

Moga kita semua dikurnia Allah masa yang berkat. Ingat ... usah teragak2 untuk berbuat baik.😊

-peace-
>__<




Monday, 25 October 2021

Lukis jea ... lebah

Lukis jea ... "Grid - scale technique"

Kali ini aku melukis menggunakan skala grid untuk melukiskan imej lebah di atas.
Teknik ni best sebab kita akan dapat terus nisbah yang betul bagi saiz setiap elemen/bahagian lebah itu.

Kalian yang suka melukis pasti pernah melalui pengalaman berikut ....
Lukis punya lukis ... tetiba bila lukisan kita hampir siap, kita dapati kertas lukisan kita tak cukup besar untuk memuatkan semua.
Atau
Dah siap lukis, sedang kita menikmati karya lukisan kita tu, tetiba kita dapati ada bahagian tertentu yang saiznya terlalu besar atau terlalu kecil. Dengan kata lain, nisbah saiz bahagian tidak sesuai. Contohnya, badannya kelihatan terlalu besar berbanding saiz kepala.
Atau jika itu adalah lukisan wajah, kita dapati saiz hidungnya tidak sesuai dengan saiz mata n mulut. Mungkin hidungnya terlalu besar atau terlebih panjang menyebabkan wajah yang bulat comel menjadi lebih lonjong!πŸ˜…

Sebab tulah, kaedah skala-grid ini sesuai dan merupakan kaedah penyelesaian untuk melukiskan rupabentuk imej dengan mudah.

Ok lah teman2 ... aku nak bersiap2 ke sekolah.
Menyebarkan ilmu , mendidik anak bangsaπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ
Semoga Allah terima sebagai amal kebaikanku. Aamiiinnnn

Hari ini aku akan meneruskan topik fizik kuantum.
Percaya ke tidak ... aku bangun seawal pukul 4 pagi, membuat pembacaan pasal topik ini(ini topik baru yang dimasukkan dalam sukatan fizik tingkatan 5, so kena study sikit sebelum mengajar. Biar faham kehendak sukatan dan capai cara mudah menyampaikannya kepada anak muridπŸ˜‰).

Lebihan masa sebelum bersiap, aku gunakan utk berceloteh di ruangan ini.
Moga dapat menghiburkan kalian yang membacanya.

-jom berusaha menjadi manusia yang bermanafaat-

-peace-
>__<



 

Friday, 15 October 2021

Lukis jea ... 'sunset di pantai'


Lukis jea ... 'sunset'

Assalamualaikum / salam sejahtera
πŸ˜ƒ

Lama tak berceloteh di ruangan ini. Sibuk sedikit ... melayan anak2 yang dah nak kembali ke sekolah/pengajian masing2.

Semalam baru menghantar 'buah hati' kembali ke UPNM. Sesi pembelajaran sudah bermula. Sama2 kita doakan agar semua anak2 ini terhindar daripada malapetaka dan bencana terutama daripada ancaman virus dan penyakit Covid.

Alhamdulillah ... isnin ini kami , guru2 yang mengajar murid tingkatan 5 akan kembali ke sekolah.
'Jadual anjal utk yg tingkatan 5 dan dlm masa yg sama masih berkelas online dengan murid2 bagi tingkatan yang lain.
Jadual anjal tu apa?
Jadual anjal tu  adalah jadual yang dilaksanakan bagi pembelajaran murid yanh biasanya akan menduduki peperiksaan besar seperti spm.
Sehari biasanya hanya 2-4 matapelajaran sahaja diajar.
Masa ditambah sehingga 1.5 jam bagi setiap sesi kelas. Tujuannya supaya murid boleh fokus dan
guru boleh merancang strategi pembelajaran dengan lebih baik. 

Saat2 macam ni juga banyak betul meeting yang perlu dihadiri ...
Al maklum, ada banyak tindakan dan SOP yang perlu dipatuhi sebelum sekolah bersemuka bermula. Dalam masa yang sama , juga ada banyak program yang perlu dilaksanakam secara online bagi memenuhi keperluan murid.


Hmmm ... kembali kepada catan 'sunset' di atas
☝☝☝☝☝☝
Sengaja aku memilih untuk melukiskan panorama matahari terbenam. 
Kenapa?
Kerana pada ketika ini, pemandangannya cukup indah. Kaya dengan adunan warna-warna yang tergubah begitu harmoni sekali.
Harap kawan2 suka dan mampu menikmati karyaku itu.

Akhir kata, jaga diri dan usah teragak2 untuk berbuat baik.

Salam hormat n jumpa lagi.
πŸ˜‰

-peace-
>__<

 

Sunday, 19 September 2021

Lukis jea ... 'sunset' disebalik pokok😁

Lukis jea ... 'sun set' di sebalik pokok😁

Baru2 ni aku mengajarkan anak2 didik kelas PSV ku mengenai warna2 asas dalam seni lukisan. Warna primer , warna sekunder dan warna tertier.

Sebagai aplikasi pembelajaran tersebut, maka dalam kelas seterusnya, aku persembahkan sebuah video pembelajaran yang mengaplikasikan teori pembelajaran lepas , warna2 asas dan warna gabungannya. Hasilnya adalah lukisan di atasπŸ‘†πŸ‘†πŸ‘† 

Lukisan  'simple water color sunset painting' menjadi tajuk video dan kuuploadkan di youtube channel ku dengan harapan boleh menjadi rujukan anak2 didikku dan semoga bermanafaat bagi yang lain.

Dalam usia2 begini, kenalah cari jalan mengumpul
sebanyak mungkin bekalan di alam sana. Moga Allah terima sedikit perkongsian ilmu yang tidak seberapa itu sebagai amal kebaikan yang berpanjangan. Aamiinnn.

-doakan kebaikan buat satu sama lain-
πŸ₯°

-peace-
>__<

 

Thursday, 16 September 2021

Lukis jea ... Selamat Hari Malaysia

 

Selamat 'Hari Malaysia'

Setiap tahun kita , warga Malaysia menyambut 'Hari Malaysia' pada 16 September.
Sambutan ini adalah sebagai mengingati penubuhan persekutuan Malaysia yang asalnya dianggotai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Pengistiharan persekutuan Malaysia ini telah terlaksana pada 16 September 1963.

Namun akibat 'konflik' yang berlaku, akhirnya Singapura terkeluar daripada Malaysia. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1965.

Sejak itu, Malaysia terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sehinggalah kini.
Kitalah warga Malaysia!!!
Semoga akan terus kekal bersama sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Saya sayang Malaysia!!!
Tahukah pembaca budiman, mencintai negara juga sebahagian dari iman. Menjaga kedaulatan dan kemerdekaannya menjadi tanggungjawab yang tergalas di setiap bahu warganya dan bakal diwarisi dari generasi ke generasi seterusnya.

"Selamat Hari Malaysia"

-peace-
>__<

Monday, 13 September 2021

Lukis jea ... "Doodles kemerdekaan Malaysia 2021"

Doodles Kemerdekaan
Malaysiaku yang tercinta buat kali ke 64.

Alhamdulillah.
Untuk kali kedua, negara kita masih menggunakan logo dan tema kemerdekaan yang sama ; "Malaysia Prihatin".

Tahun ini sedunia masih belum bebas daripada ancaman covid. Sewajarnya tema , Malaysia prihatin itu terus dikekalkan. Slogan untuk menjadi warga yang prihatin atas keperitan hidup yang ditanggung oleh sebahagian kita , yang terjejas teruk kehidupannya akibat Covid ini.

####  ########### ####

'Doodles kemerdekaan ini , sekali dengan videonya telah kusiapkan dan telah selesai diuploadkan dalam youtube channelku, sehari sebelum tanggal bertuah Malaysia dan warganya, "31 Ogos" ... cumanya dalam blog ni, dah jauh ketinggalan.

Sibuk dengan kehidupanπŸ€ͺ
(Boleh tak nak bagi alasan begitu?. Bak kata ramai orang, 'kalau nak bagi alasan, seribu satu alasan boleh kita beri'πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…)
Seharusnya, kita berpegang pada pepatah ini,
"Kalau hendak seribu daya"!!!
Barulah hidup selalu progress.

Okeylah sahabat pembaca sekelian.
Marilah sama2 kita menjadi warga merdeka yang cintakan negara dan sanggup berkorban demi mempertahankan kemerdekaan ini.

Hayati dan hargai erti kemerdekaan ini. 
Ayuh!! Kita merdekakan diri dari sifat lemah dan malas.
Bersama menjadi hamba Allah yang baik dan taat.

-peace-
>__<



 

Sunday, 29 August 2021

Jom menganyamπŸ€ͺ

 Jom menganyam bersamaku ... 😁

Ini adalah satu lagi aktiviti kelas Pendidikan seni visual aku secara online.

Bersekang mata sehingga jam 3 pagi aku menyiapkan bahan, siap videokan lagi ... semuanya utk memberi minat kepada anak2 didik ku. 

Kalau berminat nak tengok videonya bolehlah ke youtube channel aku yeπŸ˜„

(Moga Allah terima sebagai amal kebajikan)

Alhamdulillah...inilah hasil anyaman kelarai aku. Kali pertama tau aku buat aktiviti ini.
Kira oklah kan.πŸ˜„
Taklah cantik sangat, terutama dari segi pemilihan warnanya tu.
Namun ... aku cukup bersyukur. Sekurang2nya aku belajar sedikit tentang susah senang menganyam ni. Tentunya lepas ni aku lebih menghargai hasil kerja anyaman orang lain

Ini adalah bahagian belakangnya...nampak lagi menarik dari yang bahagian hadapan kan
πŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ
Satu benda yang aku belajar ialah, pemilihan warna sangat penting.
Kena pilih warna yang terang dan menarik.
Nantilah ... InshaaAllah, aku akan hasilkan satu lagi anyaman kelarai yang mengambilkira pemilihan warna, kaedah sisipan/kemasan yang lebih sempurna dan sudah semestinya mencedok pengalaman hasil pertamaku ini.

Ini pula adalah semasa proses menganyam. Aku just follow sahaja motif kelarai yang siap kubuat.

dan ini pula adalah motif kelarai yang aku hasilkan sendiri. Pada aku alang2 nak menganyam tu, baiklah kita buat sendiri motif kelarai(corak)nya ... baru puas hatikanπŸ˜‰

Oklah sahabat. Berhenti di sini dahulu.
Moga Allah berkati kita semua dan melindungi kita semua daripada malapetaka dan bahaya terutamanya ancaman covid 19 ... covid delta ...
covid lambda ... dan covid 21?😱😱😱
"Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 penolong dan tempat pergantungan".

Jumpa lagi sahabat

-peace-
>__<


Monday, 16 August 2021

Lukis jea ... kaligrafi

Lukis jea ... jom berkaligrafi.

Hmm ... kenapa tiba2 nak berkaligrafi?
Jawapannya ... kerana dah habis semua teori pendidikan seni visual tingkatan 4 aku ajarkan melalui kelas online kepada anak2 murid seniku! (Semuanya gara2 virus covid-19 yang menyebabkan tiada pengajaran secara bersemuka dapat dilaksanakan).

Maka terpaksalah aku memikirkan aktiviti yang boleh dibuat dan dipantau secara online utk aktiviti kelas seterusnya.
'3-D Calligraphy' adalah antara aktiviti yang 'bersih' , mudah dan menggunakan alatan yang mudah didapati.

... dan seperti biasa  , aku akan mencuba dahulu sebelum mengarahkan anak2 didikku melaksanakannya sebagai tugasan.

Itulah jawapannya.πŸ˜‰

... dan hari ini , 16 Ogos 2021 - sahlah sudah perletakkan jawatan pm. Sejujurnya aku rasa sedih ... marah n geram!
Awat pasal?
Yelah ... ketika kita masih bertarung dengan ancaman dan serangan Covid yang semakin mengganas , tetap ada yang ingin menangguk di air yang keruh!!😑

Aku sudah tidak percaya , kononnya adalah demi kepentingan rakyat.
Semuanya adalah demi kepentingan diri dan cita2 sendiri yang digendung sejak dulu sampai kini.
Pada aku ... merekalah toksik negara!.

Maaf ya andai kalian tidak sefahaman denganku. 
Kita masing2 punya pemikiran dan pendirian.

Akhir kalam,
Ayuh sama2 kita doakan agar pemimpin yang bakal menerajui negara kita adalah terdiri dari bijakpandai yang mampu mentadbir negara dengan baik dan mereka ini punya hati yang sentiasa terikat kepada Allah (s.w.t) dan jiwa mereka sentiasa takut akan kemurkaan Allah. 

Aamiiinnnn

-Aku sayang Malaysia-

-peace-
>__<


 

Sunday, 18 July 2021

Fikiranku ... "Selamat Hari Arafah"

Lukis jea ... lukisan lama , saja pamerkan semula.

Why? ...
Sebab nak ucapkan, 
"Selamat Hari Arafah"
Perbanyakkan doa di hari ini.
Andai kita inginkan kebaikan utk diri kita, jangan lupa doakan kebaikan utk orang lain juga.

Why?
Kerana doa yang baik itu akan kembali kepada diri kita. Bila kita doakan kebaikan utk orang lain maka para malaikat akan berkata,
"Ya Allah, untuknya juga".

Makanya,
Marilah kita doakan kebaikan buat satu sama lain. Juga marilah kita sama2 berdoa agar kita semua bebas dari ancaman dan serangan Covid 19.

 Juga sama2 berdoa agar kita terus istiqomah dengan amal kebaikan yang kita lakukan dalam hidup ini, sentiasa dalam redha Allah , dikurnia Allah kesihatan yang baik, disembuhkan Allah segala penyakit dan dicampakkan rasa takut dalam diri akan kemurkaan Allah sehingga menjadikan kita hambaNya yang baik dan sentiasa taat kepada perintahNya.

Akhir sekali, menjadi impian selamanya untuk mati sebagai syuhada' dalam memperjuangkan agama ini dan dimasukkan ke dalam syurga Firdaus yang tertinggi tanpa hisab.
Aamiiinnnn
(Semoga Allah perkenankan)



-peace-
>__<

 

Sunday, 11 July 2021

Lukis jea ... "Kita belum menang"

Lukis jea ... 'Kita belum menang'

PKPD semula ... kami di Selangor ni semakin 'biasa' dengan pelbagai jenis PKP. Kes semakin membukit ... sehingga kini sudah melangkaui 9K. 
Namun, usah pernah berputus asa. Semua berlaku dengan izinNya, Dia yang memiliki setiap jiwa dan segsla yang ada di langit dan di bumi.

Apa yang harus kita buat?
Semestinya usaha , doa dan tawakal.

Usaha?
Usahakan sungguh2 untuk patub SOP
(Stay at home selagi boleh, pakai mask , jaga penjarakan + dapatkan suntikan vaksin.

Doa ... juga merupakan usaha yang tidak boleh dipandang rendah atau diremehkan. Kita punya Allah , yang Maha penyayang dan sebaik2 tempat pergantungan dan sebaik2 tempat sandaran harapan. 'Berdoa' merupakan penyerahan , pengharapan dan pengakuan akan kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa.

Terakhir , tawakal. Serahkan segalanya kepada Allah yang  Maha Bijaksana.



- peace-
>__<

Tuesday, 8 June 2021

Pray for Palestine

Lukis jea ... Free Palestine
Mengapa perlu ambil berat tentang mereka?

Jawapannya ...
"Kerana kami mengucapkan kalimah syahadah yang sama".

Dan kerana islam itu bersaudara
Tidak dibatasi oleh bangsa dan keturunan
Tidak juga oleh jarak dan taraf hidup.

Moga kita semua ada jawapan di hadapan Allah nanti ...

-peace-
>__<

 

Wednesday, 2 June 2021

Lukis jea ... 'Tulip'

Lukis jea ... 'Tulip'
Lambang kelembutan dan keikhlasan
Buat tatapan mata yang mahu melihat😊

**************

Apa barangkali isu yang patut aku ketengahkan hari ini?
Hmm...πŸ€”πŸ€”πŸ€”
Ya, isu satu dunia ... Covid 19!!!πŸ€ͺ
Satu dunia membicarakan dan sedang bertungkus lumus membebaskan diri dari ancaman virus ini.
(Sungguhpun begitu China diberitakan telah 'bebas' dari ancaman ini. Wow utk mereka!!!😲)

Mengikut fahamku, virus adalah mikroorganisma patogen(membawa penyakit) yang 'bukan hidup' tatkala ia berada di luar badan perumah. Di luar badan perumah ia wujud dalam bentuk hablur. Virus hanya akan menjadi aktif dan membanyakkan dirinya tatkala berada di dalam badan perumah.

Jadi ... camana nak bunuh virus , derang bukan benda hidup pun bila berada di luar badan perumahnya?.

HmmπŸ€”πŸ€”πŸ€”
 Maka itu,
virus ini boleh dibunuh/dihapuskan oleh antibodi yang dihasilkan oleh badan sendiri melalui keimunan aktif semulajadi atau keimunan aktif buatan.
Apa itu?😱
Tak fahamlahπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ

Takpe...baca niπŸ‘‡

Keimunan aktif semulajadi ... adalah
 apabila badan kita menghasilkan antibodi sendiri setelah diserang virus, maknanya...kita akan sakit/demam akibat serangan virus ini.
Sistem pertahanan badan akan mengecam virus yang menyerang tersebut lalu menghasilkan antibodi yang sesuai utk menghapuskannya.
Manakala,
Keimunan aktif buatan ... adalah
apabila badan kita menghasilkan antibodi sendiri setelah kita mendapatkan suntikan vaksin di klinik/hospital.
Vaksin itu biasanya adalah virus sebenar yang telah dilemahkan dan dimasukkan dalam badan supaya sistem pertahanan badan dapat mengenalpasti dan mengecamnya sebelum badan boleh mengeluarkan antibodi yang sesuai utk menghapuskan virus tersebut.
(Ingat! Antibodi sifatnya adalah spesifik!!!. Kita tidak boleh menggunakan antibodi bagi virus campak utk menghapuskan virus covid 19 dan begitu juga sebaliknya)

Hasilnya ... kita mungkin demam sedikit selepas suntikan vaksin dan antibodi telah berjaya dihasilkan oleh badan.

 Jika ditakdirkan virus sebenar yang kuat dan agresif menyerang kita di masa akan datang maka badan kita sudah bersedia dengan antibodi utk menangkis serangan tersebut.
Jika kuantiti/dos antibodi yang telah terhasil cukup tinggi maka virus tersebut takkan mampu membuatkan kita sakit ... namun , jika kuantiti/dos yang dihasilkan itu belum begitu banyak ... maknanya , kita akan sakit akibat virus tersebut. Cuma, tahap kesakitan dan tempoh sakit itu adalah minima sahaja.

Berbalik pada isu Covid 19 ini.
Perlukah kita mengambil vaksin?
Jawapannya ... YA!!!
Ayuhlah...pembaca budiman sekelian, mari kita semua mengambil suntikan vaksin ini sebagai usaha kita bersama utk memutuskan rantaian jangkitan virus covid 19 ini.

Bersama kita usaha, kita susuli usaha itu dengan doa dan tawakal kepada Allah(s.w.t)
Moga kita semua dalam lindungan Allah dan semoga Allah memberkati usaha kita ...

Ingat teman2 ,
'Jaga diri' dan 'kita jaga kita'
πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

***********************

Sedikit perkongsian proses melukis


Aku gunakan media warna pensil di atas kertas lukisan bersaiz A4.
Moga mampu menjamu mata kalian

-peace-
>__<


Wednesday, 28 April 2021

Puisi: aku dan waktu yang tersisa

Angin menderu ...
Hujan turun mencurah-curah
Dan aku ... sendirian di meja ini
Menghadap semangkuk cendol laici
Yang diinovasikan daripada cendol biasa ...

Sesekali cendol laici ku sudu
Sambil hati mengira2 bilangan laici hancur di dalamnya
Mataku sesekali mengerling kiri dan kanan
Ada juga yang sendirian sepertiku
Walau ramainya bersama keluarga
Atau sekurang-kurangnya berdua

Aku sendiri
Jarang sekali dapat sendirian seperti ini
Terasa indah juga diberi kesempatan begini
Sambil menyudu cendol laici ...berbicara hati
Dalam bahasa tak bisa diungkap
Mengenang kisah-kisah lalu
Kisah dulu ... yang semakin kabur
Dan kiranya ... ada rindu menghinggap
Pada segala yang telah tiada ...

Aduhai kiranya aku manusia biasa
Yang terlalu biasa-biasa
Berlari mengejar waktu ... dan waktu yang tersisa
Kaki melangkah laju sedang nafas tercungap
Tangan menjangkau impian  yang kian menjauh
Semangat membara dalam tubuh yang lelah
Dan aku yang terlalu biasa-biasa
Tidak mampu mengurai rasa tersimpul
Agar menjadi untaian lembut beralun



Buat arwah bonda tercinta-
"semoga Allah menempatkanmu di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh dan memeliharamu dari siksaan kubur dan azabnya api neraka"
"Semoga Allah menjadikan kuburmu sebagai satu taman daripada taman2 syurga bukan satu lubang daripada lubang2 neraka"
"Semoga kita kan berkumpul lagi di dalam syurga Allah, alFirdaus yang tertinggi"
"Aamiiiinnnnn"



Saturday, 17 April 2021

Sekolahku syurgaku ... kelas PSV

 

Lukis jea ... lukisan

Setelah begitu lama mengajar secara online, baru kini bersua muka.
Murid pun bagai dah lupa segala πŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ
Masuk ke kelas PSV tanpa membawa apa.

Makanya ... sebagai aktiviti 'warming up'.
"Ok...ketua kelas, ambik duit ni , pergi kooperasi dan beli kertas lukisan"
"Siapa yang takde pensik ... ni, ambil. Pinjam je...habis kelas pulangkan balik pada cikgu".
"Kita nak lukis apa cikgu?"
"Kita main2 lukis je ... senang. Pecahkan kertas lukisan anda kepada 6 kotak .... bla bla bla bla bla "

Nak kasi lebih menarik ... aku pun buat sama.

Inilah sedikit sketsa ...
Belajar bersemuka setelah sekian lama hanya belajar dalam talian.

-sekadar perkongsian-

-peace-
>__<