Popular Posts

Sunday 29 August 2021

Jom menganyam🤪

 Jom menganyam bersamaku ... 😁

Ini adalah satu lagi aktiviti kelas Pendidikan seni visual aku secara online.

Bersekang mata sehingga jam 3 pagi aku menyiapkan bahan, siap videokan lagi ... semuanya utk memberi minat kepada anak2 didik ku. 

Kalau berminat nak tengok videonya bolehlah ke youtube channel aku ye😄

(Moga Allah terima sebagai amal kebajikan)

Alhamdulillah...inilah hasil anyaman kelarai aku. Kali pertama tau aku buat aktiviti ini.
Kira oklah kan.😄
Taklah cantik sangat, terutama dari segi pemilihan warnanya tu.
Namun ... aku cukup bersyukur. Sekurang2nya aku belajar sedikit tentang susah senang menganyam ni. Tentunya lepas ni aku lebih menghargai hasil kerja anyaman orang lain

Ini adalah bahagian belakangnya...nampak lagi menarik dari yang bahagian hadapan kan
🤪🤪🤪🤪🤪🤪
Satu benda yang aku belajar ialah, pemilihan warna sangat penting.
Kena pilih warna yang terang dan menarik.
Nantilah ... InshaaAllah, aku akan hasilkan satu lagi anyaman kelarai yang mengambilkira pemilihan warna, kaedah sisipan/kemasan yang lebih sempurna dan sudah semestinya mencedok pengalaman hasil pertamaku ini.

Ini pula adalah semasa proses menganyam. Aku just follow sahaja motif kelarai yang siap kubuat.

dan ini pula adalah motif kelarai yang aku hasilkan sendiri. Pada aku alang2 nak menganyam tu, baiklah kita buat sendiri motif kelarai(corak)nya ... baru puas hatikan😉

Oklah sahabat. Berhenti di sini dahulu.
Moga Allah berkati kita semua dan melindungi kita semua daripada malapetaka dan bahaya terutamanya ancaman covid 19 ... covid delta ...
covid lambda ... dan covid 21?😱😱😱
"Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 penolong dan tempat pergantungan".

Jumpa lagi sahabat

-peace-
>__<


No comments:

Post a Comment