Popular Posts

Monday 18 January 2016

Lukis jea ... Perjalanan

Lukis jea ... Perjalanan



Perjalanan...
Tika lukisan aku baru setakat ini ... sedang aku melukis  sambil menunggu suamiku keluar dari bilik air untuk menanti giliran berwuduk ... sebaik sahaja suamiku keluar dan melihat aku masih memegang berus lukisan ... kata-katanya yang tidak pernah terlintas dalam fikiranku ...
"Abang suka tengok Zai melukis"
"Yeke?" Balasku , sememangnya tak percaya. "Selama ni abang tak pernah suka pun saya melukis".
"Betul. Abang suka cuma abang tak ada masa nak menghayati lukisan Zai".
"Hahaha ... yalah tu". Balasku sambil terkenangkan lukisan2ku yang pernah kutunjukkan padanya dan suamiku hanya memandangnya acuh tak acuh!
Dan setelah begitu banyak lukisan kulukis sejak aku dinikahinya ... Hmm ... boleh caya ke? ^__^

Perjalanan...

Perjalanan hidup aku 2016 ...


(Bla...bla...bla...bla....atas sebab2 tertentu , bahagian ini terpaksa ku 'delete' ....bla...bla...bla)


dan sekarang
Seriously ... macam tak larat nak selesaikan semua tugasan.
dan lebih parah ... rasa macam tak sempat hendak menyentuh hati anak2 muridku sedangkan inilah tujuan aku yang sebenarnya. Menyentuh hati mereka dan membimbingnya ke jalan Allah.

Tu lukisan kat atas tu sampai seminggu baru siap ... puas aku menyempurnakannya dalam minda sahaja ... tapi malam ni , aku dah tak berdaya menahan keinginanku melukis. Aku tinggalkan kerja yang ku bawa balik dan menghabiskan malam (dah pagipun) demi  menyudahkannya.
Asal siap ... lepas geram melukis ^__^
dan kira aku belanja mereka yang suka tengok blog aku ni.
...sekarang rasa mengantuk sangat ... nak tidur.









-peace-
>__<

-Doaku moga Allah beri kekuatan kepadaKu untuk mengerjakan ketaatan kepadaNya dan melaksanakan segala tugasanku dengan sempurna.
"Selamat malam semua ... eh! Selamat pagi buta".
...Ngeh ngeh ngeh...