Popular Posts

Monday 29 June 2015

Lukis jea .... jom lari!

Lukis jea .... hidup bukan sekadar satu warna

Jom lari...
dan nikmati hembusan angin








-peace-
>__<

...La tahzan...


Lukis jea ... kebenaran itu lebih baik?


Lukis jea ... kebenaran itu lebih baik?

"Sungguhpun kebenaran itu jauh lebih baik daripada suatu pembohongan namun ada ketikanya ia
memberikan rasa yang amat pedih





-peace-
>__<

Apa2 saja lah...











Friday 19 June 2015

Lukis jea ... bila sabar itu diuji

Lukis jea ... bila sabar itu diuji...

Teruslah bersabar atau musnahkan segalanya.
"Orang yang kuat adalah orang yang boleh mengawal marahnya".

Benarlah pernyataan itu ...  sering kali orang yang sedang marah bertindak di luar batas dan cenderung mengeluarkan kata2 kesat atau penghinaan yang pastinya akan mengguris hati pihak lain.
(Asal saja dia merasa puas dan kemarahannya dapat dilontarkan sepuas2nya atau ada juga orang yang memanipulasikan kebolehannya untuk 'marah' bagi melindungi kesilapan yang dilakukan).

Kemudian ... bila marahnya hilang , barulah rasa sesal lalu terhegeh2 mahu berbuat baik. Hmm ... hakikatnya , ada hati yang telah terguris!



Pengajarannya , kawallah rasa marah itu. Jangan biar ia memusnahkan segalanya.



-peace-
>__<
...tentunya tak mudah...
lebih2 lagi jika kepercayaan itu sudah bukan 100%

Monday 8 June 2015

Lukis jea...Bermain warna

Lukis jea...Bermain warna

Pilih warna hidupmu mengikut apa jua warna yang kamu mahu...asal saja ianya membawa kamu  kepada redhaNya kerana itu saja jalan untuk temui bahagia.




-peace-
>__<

Pengalaman dan pengajaran buat aku hari ini...
'Hargai segala yang kita ada hari ini agar tiada sesal setelah ianya tiada.
Bersyukur atas apa yang kita miliki kerana tiada satupun milik kita adalah milik kita.

Alhamdulillah...jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur.


Thursday 4 June 2015

Lukis jea ... 'hangat2 tahi ayam'

Lukis jea...hangat2 tahi ayam

Hmm...pernah tak rasa, buat kerja baru separuh jalan pastu rasa bosan dan malas yang melampau

Asal siap... so inilah hasilnya lukisan
'Hangat2 tahi ayam' aku ... kesian lukisan ni.

Peribahasa 'hangat2 tahi ayam' ni merefleksikan bahawa orang melayu dahulu sebenarnya adalah  'observer' yang sangat baik. Sentiasa mengambil iktibar dan pengajaran daripada alam sekeliling lalu cukup kreatif untuk mengaitkannya dengan kehidupan.
Seharusnya kualiti itu menjadikan Melayu itu seorang inventor yang hebat...
hmm... Melayuku jangan terlayu



-peace-
>__<

Baru nak tido
Pesanan untuk malam ni ...
'Jangan lupa-moco dungane turu'
Zzzzz...

Wednesday 3 June 2015

Lukis jea ... paya dan bakau

Lukis jea ... paya dan bakau


Kenapa paya dan bakau?
Untuk menghargai alam dan isinya
Juga melahirlan rasa syukur kepada Allah , tuhan yang Esa atas kurniaNya.




-peace-
>__<

Pada mindaku Paya bakau  bagai sinonim ngan sang pencinta alam sebab ekosistem ini menawarkan habitat buat pelbagai spesies hidupan dan sayangnya ianya semakin terancam dan pupus lantaran 'konflik kepentingan manusia'.
Hmm ... sayangi alam kita.





Tuesday 2 June 2015

Lukis jea ... 'Sayang kamu'...

Lukis jea ... 'Sayang kamu' ...
Aku sayang kamu

Tiada syarat untuk kasih sayang

Aku lihat banyak gambar , video malah melalui pengamatanku sendiri tentang tulusnya ikatan kasih sayang yang wujud antara haiwan , baik daripada spesies yang sama mahupun berbeza.
Lantas aku turut teruja untuk menzahirkan kasih sayang itu melalui lukisanku ini.
Sambil aku melukisnya , wajah2 yang kusayang turut hadir di hati.



-peace-
>__<

Dan aku harap aku juga memiliki kasih sayang yang tulus tanpa syarat.
-Sebarkan kasih sayang itu-