Popular Posts

Wednesday 28 April 2021

Puisi: aku dan waktu yang tersisa

Angin menderu ...
Hujan turun mencurah-curah
Dan aku ... sendirian di meja ini
Menghadap semangkuk cendol laici
Yang diinovasikan daripada cendol biasa ...

Sesekali cendol laici ku sudu
Sambil hati mengira2 bilangan laici hancur di dalamnya
Mataku sesekali mengerling kiri dan kanan
Ada juga yang sendirian sepertiku
Walau ramainya bersama keluarga
Atau sekurang-kurangnya berdua

Aku sendiri
Jarang sekali dapat sendirian seperti ini
Terasa indah juga diberi kesempatan begini
Sambil menyudu cendol laici ...berbicara hati
Dalam bahasa tak bisa diungkap
Mengenang kisah-kisah lalu
Kisah dulu ... yang semakin kabur
Dan kiranya ... ada rindu menghinggap
Pada segala yang telah tiada ...

Aduhai kiranya aku manusia biasa
Yang terlalu biasa-biasa
Berlari mengejar waktu ... dan waktu yang tersisa
Kaki melangkah laju sedang nafas tercungap
Tangan menjangkau impian  yang kian menjauh
Semangat membara dalam tubuh yang lelah
Dan aku yang terlalu biasa-biasa
Tidak mampu mengurai rasa tersimpul
Agar menjadi untaian lembut beralun



Buat arwah bonda tercinta-
"semoga Allah menempatkanmu di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh dan memeliharamu dari siksaan kubur dan azabnya api neraka"
"Semoga Allah menjadikan kuburmu sebagai satu taman daripada taman2 syurga bukan satu lubang daripada lubang2 neraka"
"Semoga kita kan berkumpul lagi di dalam syurga Allah, alFirdaus yang tertinggi"
"Aamiiiinnnnn"



Saturday 17 April 2021

Sekolahku syurgaku ... kelas PSV

 

Lukis jea ... lukisan

Setelah begitu lama mengajar secara online, baru kini bersua muka.
Murid pun bagai dah lupa segala 🤪🤪🤪
Masuk ke kelas PSV tanpa membawa apa.

Makanya ... sebagai aktiviti 'warming up'.
"Ok...ketua kelas, ambik duit ni , pergi kooperasi dan beli kertas lukisan"
"Siapa yang takde pensik ... ni, ambil. Pinjam je...habis kelas pulangkan balik pada cikgu".
"Kita nak lukis apa cikgu?"
"Kita main2 lukis je ... senang. Pecahkan kertas lukisan anda kepada 6 kotak .... bla bla bla bla bla "

Nak kasi lebih menarik ... aku pun buat sama.

Inilah sedikit sketsa ...
Belajar bersemuka setelah sekian lama hanya belajar dalam talian.

-sekadar perkongsian-

-peace-
>__<

Lukis jea ... mentari terbit


Lukis jea ... mentari terbit.

Koleksi catan terkiniku setelah sekian lama tidak bermain warna.

Akhirnya aku hadiahkan buat seorang teman yang bersara sebagai tanda penghargaanku atas segala sumbangan bakti beliau dalam mendidik anak bangsa.🙃🙃🙃

Begitulah adatnya ... satu masa, sampai ketika , semuanya pasti berakhir. Dari muda kepada tua , dari sihat kepada sakit dan dari ada kepada tiada.

Pasti,  masaku juga akan tiba. Tak lama , jika diizinkan Allah , jika masih ada umur, aku juga akan menyusul. Meraikan diri sendiri dan diraikan di hari persaraan.

Bersara sebagai guru bukan bererti kita berhenti mendidik kerana 'mendidik' itu adalah satu dakwah, amanah yang diberi kepada semua selagi kau masih berpijak di bumi Allah ini.

Sedikit kata nasihat dariku ... hargai apa jua yang mendatang.
Jika ia buat kau tersenyum ... hargai ia
Jika ia buat kau menangis ... hargai ia
Kerana yang datang itu tidak pernah sia-sia.
Kurniaan buat mendewasakan kita dan sebagai peringatan bahawa kita adalah hambaNya.

-salam persahabatan-

-peace-
>__<