Popular Posts

Thursday 31 January 2019

Jom berpuisi ... jambangan

Lukis jea ... lukiskan

Ketika bunga ini kulakarkan
Atas kertas putih ...
Kuzahirkan sama ketulusan
Lahir dari kalbu
Lalu kuterjemahkan dengan  gerak jemari
Yang tidak perlu dipaksa

Dan ketika kelopaknya ingin kuwarna
Dari bayangan mata yang terbuka luas
Kuadunkan krayon ... biar harmoni
Bersatu dalam kelainan
Berbeza tapi tetap indah
Sendiri dalam kebersamaan
Menyerikan sebuah jambangan

... dan masa yang berlalu
Bunga jambangan yang belum sempurna
Berdiri atas kekurangan
Membahu disandar paduan hasrat yang sama
Satu cita ... satu harapan
Dengan keyakinan
Nanti ... di hadapan sana
Jambangan kan terserlah indah

Tika masanya tiba
Kita bersama menyujud mengucup tanah
Bumi tempat berpijak
Mengagumi kehebatan
Mengagongkan Yang Esa
Mentafsir yang tersurat
Menzahir yang tersirat
Dalam tiap gerak tindak
Seorang hamba
Yang mensyukuri kesempurnaan penciptaan
~Allah ya robbi~


-peace-
>__<




Saturday 26 January 2019

Lukisan dsn puisi ... 'Bangkitlah anakanda'

Lukis jea ... anakanda
Ayuh! ... bangkitlah anakanda
Tegakkan kepalamu jengah dunia
Bersaksi akan kehancuran yang melata
Kezaliman bermaharajalela
Sewenangnya merosak dunia
Membunuh jiwa sesuka rasa!!

Bangkitlah anakanda
Isi dada dengan ilmu dan iman
Perkasakan diri biar kau tegak berdiri
Melangkah penuh yakin
Laungkan kebencian
Pada pendusta ... pada penderhaka
Yang pandai bermain kata
Menjadi gunting dalam lipatan
Merosak bangsa ... menista agama!

Bangkitlah anakanda
Usah  pernah berasa lemah
Walau dunia kian menghimpit
 Lautan mengila gelora
Halilintar menyambar dan langit meraung kuat
Sedang cahaya bagai selindung
Disebalik gumpalan awan hitam
Bangkitlah dengan keyakinan
'Muslim yang kuat itu lebih dicintai Tuhan'

Bangkitlah anakanda
Dengan adab memperadabkan dunia
Meletakkan yang haq ditempatnya
Putusasa usah dibicara
Bacul dan gentar tak seharusnya ada!
Kerna kita muslim ... sedang Allah itu sentiasa ada
Lebih dekat daripada urat lehermu anakanda
Dan tika tiap satu perkara akan dikira
Dengan janjiNya akan pasti terkota

-ojai: 26 Januari 2019-



-peace-
>__< 

Saturday 19 January 2019

Lukis jea ... 'Oh, bangsaku'



Lukis jea ... asas senireka~unsur seni

Kelas psv 4h.

Lama tak menjenguk ke ruangan blogku ini. Sibuk awal persekolahan. Banyak perkara perlu dibereskan😉
Malam ni ... ops! Dah pagi sebenarnya :3))
Apa nak dicelotehkan ya.
Hrmmm....ayuh kita berbicara soal yang serius.
Tentang bangsa dan agama kita...di negaraku yang tercinta.

Bersandarkan perkembangan politik semasa aku merasakan sudah tiada masa lagi buat kita untuk berangan2 ... membuang masa dan hanyut mengejar angan.
Sebaliknya, kini masa berpijak di bumi nyata.
Lagu 'anak kecil main api' yang sering kami (anak2 mara) nyanyikan sewaktu remaja dulu kian menjadi nyata.

Malah aku berusaha bersungguh2 membimbing anak2 didikku hari ini utk bangkit memajukan diri.
"Usah lagi terpesona dengan ungkapan bahawa , kita adalah bangsa asal negara ini. Ini bumi kita ... kitalah tuan sebenar negara ini.
Tuan kah kita ... andai lebih 80% ekonomi negara dipegang bangsa lain?
Siapa pemilik rumah2 mewah negara ini?
Berapa  % lagi tanah di bumi ini milik kita?...mujur saja masih ada tanah2 rezab melayu😢
So ... masih mendabik dada dan tiada malu berkata, kami pemilik bumi ini?

Aku bukan pemarak api kebencian.
Seperti yang sering juga kunasihati anak2 didikku ...
Jangan salahkan orang lain kerana mereka maju...kerana mereka kaya ... kerana mereka adalah pemilik gedung2 besar dan bangunan2 mahal di negara ini.
Kerana apa?
Kerana mereka adalah bangsa yang berusaha!
Apa yang mereka lakukan adalah demi kemandirian bangsa mereka.
Salahnya pada kita ... terlalu memberi
Terlalu selesa dengan apa yang ada
Masih ramai yang kurang berfikir
dan serius memajukan diri.
Rata2 anak2 melayuku hidupnya mengikut arus ... bukan pembentuk arus.
Bukan malas tapi terleka
Gemar berhibur dan merasa cukup dengan apa yang ada.

Harapnya kita belum terlambat mempertahankan bumi berpijak ini daripada terus dimonopoli orang lain.
Ayuh sahabat pembaca budiman...kita sama2 berganding bahu memikul tanggungjawab ini

-peace-
>__<