Popular Posts

Saturday 28 February 2015

Fikiranku-Setinggi Kilimanjaro

Setinggi Kilimanjaro

Lama dah aku lukis gambar ni-cuti akhir tahun lepas...Kilimanjaro.
Tak pernah sampai dan tak mungkin sampai.
Tapi tak salah mengambil semangat Kilimanjaro.
Pasakkan semangat setinggi dan seutuh Kilimanjaro.
Biar tinggi menggapai awan


Harungi hari penuh ceria
Permulaan yang baru untuk cerita baru

-peace-
>__<

Friday 27 February 2015

Lukis jea...Sembunyikan wajah

Lukis jea ... Sembunyikan wajah

Watak kartun mempengaruhi lukisanku ini
Apapun...lantas sembunyikan wajah itu agar aku dan hanya aku
saja yang tahu...
Memang acapkali kita melalui pelbagai pengalaman
dan acapkalinya pengalaman itu khusus untuk kita saja
kerna jika dikongsi sekalipun belum tentu ada yang mengerti.

-peace-
Hidup itu sendiri merupakan suatu misteri

>__<


Thursday 26 February 2015

Lukis jea...Tersemai

Lukis jea....tersemai

Pohon yang besar dan kuat itu pasti asalnya dari benih yang
 amat kecil dan rapuh


-peace-
>__<


Monday 23 February 2015

Sekolahku Syurgaku...'Lelaki tak bertelur!'

Aku punya impian....antaranya
'Mengubah anak2 bangsaku daripada malas berfikir kepada
bijak berfikir'




Lelaki tak bertelur!

Pengalaman mengajar kelas hujung untuk subject sains teras tingkatan 4 amat menghiburkan.
(Walaupun dalam kebanyakkan keadaan amat mencabar-mereka itu ku ibaratkan dalam bahasa mindaku umpama anak2 kambing bebiri yang comel dan nakal sedangkan aku adalah si gembalanya. Memanjang merayau dan pergi ke mana saja hinggakan acap kali aku berteriak ...
"Ba ba ba ba baaaa" memanggil dan mengarah mereka kepadaku!. - Ini kalau mereka tahulah aku mengumpamakan mereka bagai anak kambing bebiri! Ha ha ha ha ... nak buat macam mana , dah memang ini bahasa mindaku)

Hmmm...berbalik kepada kisah 'lelaki tak bertelur!'.
Mengajar mereka tajuk 'Koordinasi badan' menyebabkan aku perlu memperkenalkan kelenjar-kelenjar endokrin yang terdapat dalam tubuh seorang manusia lelaki dan perempuan. Bermula daripada Pituitari , Tiroid , Pankreas , Adrenal hinggalah kepada Ovari bagi perempuan dan Testis bagi lelaki.

Setiap fungsi kelenjar tersebut aku terang dan bincangkan bersama mereka (Kelas2 akhir ni memang takkan buat persediaan awal atau bacaan tambahan. Kalau boleh semua nak cikgu yang terangkan-anak2 terlebih vitamin M!). Hinggalah sampai giliran kelenjar Ovari.

Aku      : "Okey , kelenjar kelima bagi seorag perempuan adalah kelenjar Ovari"
               "Fungsi kelenjar ini antaranya adalah untuk mengawal ciri-ciri seks sekunder seorang                            perempuan"
Murid 1: "Cikgu , apa tu ciri-ciri seks sekunder seorang wanita?"
Aku      :  "Ciri-ciri yang kalau kamu tengok dia aje kamu tahu dia perempuan. Tak payah nak periksa                 , terus tahu dia perempuan".
Murid 2:  "Oh! Cikgu maknanya ........................" (Bisik seorang budak perempuan kepadaku)
                (Aku senyum dan mengiakan)
Murid 3:  "Bagi contoh cikgu!"
Aku      :  "Contohnya , perempuan suaranya tidak besar seperti lelaki , kaki dan tangannya tak                               banyak bulu ...
                 (Tak sempat aku nak menghabiskan ayat...)
Murid 4 : "Alah! macam perempuan takde bulu kaki. Bulu ketiak pun adalah cikgu , panjang lagi tu!"
                 (Diikuti gelak ketawa murid2 lelaki)
Aku       : "Memang lah ada tapi tak sebanyak lelaki. Tengok , perempuan takde janggut dan misai"
Murid 5 : "Adalah cikgu!. Ada juga perempuan yang ada janggut dan misai!!"
Aku       : "Itu kes2 terpencil. Kes istimewa. Contoh lain , perempuan takde halkum macam lelaki.                         Punggung perempuan juga lebih besar daripada lelaki".
Murid 6 : "Buah dada cikgu!"
Aku       : "Ya. Termasuklah jugatu. Ok , Fungsi lain ovari adalah untuk penghasilan telur. Telur ini
                  kita panggil ovum. Ingat , perempuan yang bertelur bukan lelaki. Lelaki tak ada telur".
Murid    : "Apa pulak cikgu!"
Murid    : "Siapa kata kitorang takde telur cikgu!"
                (Murid + Murid+Murid- keadaan jadi hinggar bingar sebab anak2 murid lelakiku rasa                             tercabar apabila aku kata , lelaki tidak bertelur!)
Aku       : "Iya , perempuan yang bertelur bukan lelaki. Awak dah salah konsep tu. Cuba tengok ayam                 , ayam jantan yang bertelur ke atau ayam betina?"
Murid    : "Habis tu yang dua biji ni apa cikgu?. Kalau cikgu tak percaya , saya boleh tunjuk!"
Aku       : "Takde maknanya saya nak tengok!. Itu yang dua biji tu bukannya telur. Itu Testis. Kelenjar                   endokrin kelima bagi lelaki. Testis bukan telur!"
Murid    : "Habis tu cikgu , kalau saya takut atau kena belasah ngan budak lain nanti mak saya marah                   , 'Kau ni nape penakut?. Takde telur ke?!'. Mak saya pun kata telur!!"
Murid   : " Itu maknanya mak kaupun salah konsep!!!"
                (Diikuti gelak ketawa murid-murid yang lain)


Itulah secebis kisah dan pengalaman aku bersama anak2 didikku.
Seronokkan menjadi seorang guru ... memang ini duniaku.
Cumanya , tugasan sampingan lain yang semakin menidakkan tugas sebenar pendidik yang menyebabkan profesion ini menjadi semakin hambar (Hanya luahan rasa yang tak mungkin ada siapa pun yang ambil peduli)


  -peace-
   >__<



Sunday 22 February 2015

Lulis.jea...sampan itu bocor

Lukis jea...sampan itu bocor

***Sampan itu***ojai
Sudah bocor diburetannya
Mengasak air bersaing memenuhi rongga
Hingga tiada lagi ruang berdiri
Apatah lagi bersila
Dalam kering tanpa dingin

Sampan itu
Kelibatnya masih gah dipandang
Larusnya masih tetap meruncing
Kayaknya terus deras meredah arus
Kerna pincangnya bukan dipandangan mata
Terpendam dalam ruang paling dasar

Sampan itu
Sampai kapan bermain seloka
Nyawa bukan lagi taruhan
Saat yang berlalu takkan mampu dirantai
Tiupan bayu tidak lagi senyaman dulu
Seluruhnya keras kaku

Sampan itu
Lubang diburetan segeralah ditampal
terus berdayung meredah arus
Sejujurnya mengarah tanjung
Usah lagi bermain riak
***Atau singgah memetik  teratai***



-peace-
Ojai

>__<



Friday 20 February 2015

Lukisan jea dan Fikiranku ... Kawan

Lukis jea...tidak sendiri

Kawan

Kawan rapat atau mungkin kawan sejati?
Perlukah aku miliki kawan rapat atau kawan sejati?
Atau lebih tepat ... Pernahkah aku miliki kawan seperti itu?

Mungkin kita akan merasa bertuah jika memiliki kawan rapat yang tentunya mempunyai banyak persamaan dengan kita hinggakan dia menyukai apa saja yang kita suka dan turut membenci apa saja yang kita benci.
Kawan yang sentiasa sedia mendengar suka duka yang kita lalui
Kawan yang sentiasa ada bila kita perlu

Soalan buat aku ... Perlukah aku bersedih kerana tidak memiliki 'kawan' seperti itu?
Sedang hakikatnya...semua kita terlalu unik dan tersendiri. Mana mungkin akan ada 'dua' kita.

Di sini aku sendirian di kalangan ramai orang.
Di sini aku kembali bertatih mencari tapak berpijak.
Di sini aku terbuang di sebalik nama gah yang kubawa.
Di sini aku kembali membisikkan kata semangat buat diri yang terasing.
"Islam dulu datangnya dagang dan bakal kembali dagang".
Maka perlukah aku kecewa?
Dan pasti jawapannya...TIDAK!!!

Positive! Positive! Positive! Positive!positive!

-peace-
Ojai
>__<



Tuesday 17 February 2015

Fikiranku..."Sebulan aku di sini..."


Lukis jea ... Sekadar lakaran
Buat melepas rindu tangan melorek


Sebulan aku di sini...

Sudah sebulan dua hari aku di sekolah baru.
Perasaanku?
Hmm...tak penting.
Namun memang banyak bezanya...paling ketara , di sini aku cuba untuk tidak menonjolkan diri...low profile (itulah istilahnya)

Mengajar hanya 1 kelas fizik (itupun kelas ting. 4 sahaja), dilontar2 sesukanya , kejap-kejap
 PSK Ting 5  ( sampai 4 kelas), lepas tu tukar PSK ting. 2 pulak!
( walhal aku dah rancang strategi dan bincang ngan bebudak ting 5 tu- Walaupun kelas2 hujung yang diberikan kpd aku , aku tetap mahu pastikan keputusan spm mereka kelak adalah keputusan peperiksaan terbaik yang pernah mereka perolehi sepanjang mereka bersekolah dan moga ianya menjadi 'batu lonjatan' buat mereka semua untuk menyambung pelajaran kelak).
Aku ni bab membimbing dan mendidik takkan aku buat main-main.
Lagi pulak aku tahu - memotivasikan murid dan merancang strategi dan jadual belajar itu memang dah jadi kemahiran dan kekuatan aku. Sayang dan satu pembaziran jika tidak digunakan.
Hhmmm...macam 'naik bakul angkat sendiri!'.
Ngeh ngeh ngeh! :D

Last2 ... sehingga hari ini aku diberi amanah mengajar , 1 kelas fizik , 2 PSK ting2 dan 3 kelas sains ting. 4 
Perasaan aku?...Alhamdulillah.
Semua yang berlaku ada hikmahnya.
Komen kawan2 aku di sekolah lama: "Rugi dorang tak guna akak utk ting. 5".
Jawab aku ... "Sebab dorang tak tahu aku ni 'power'!!!".
 Hahahaha...lagi sekali masuk bakul angkat sendiri! >__<

Hmm...itu kata-kata gurauan saja. Sebenarnya pada aku , pasti ada sebabnya mengapa aku dipertemukan dengan murid2 kelas hujung yang tidak minat belajar dan rata2 adalah anak2 kampung yang sederhana miskin malah anak2 yatim piatu , miskin dan tinggalpun di rumah kebajikan Ruqayah. 

Dan aku  juga yakin , ada sebab mengapa aku digerakkan Allah ke sini.
Disini , priority aku bukan lagi mengejar kecemerlangan akademik.

Sebaliknya membangkitkan anak2 bangsaku yang lena dan leka dengan kesempitan hidup hingga mereka tidak menganggap pelajaran itu penting.
'Jika hidup sekadarnya dan ibubapa pula bertungkus lumus bekerja demi memastikan anak2 ada makanan utk dimakan dan ada pakaian utk dipakai maka tidak hairanlah mengapa pencapaian pelajaran anak2 bukanlah perkara utama dalam agenda hidup mereka'

Belum lagi kita membicarakan dan mempersoalkan tentang sahsiah anak-anak mereka. Adab sopan dalam percakapan, adab belajar dalam kelas, adab bersama guru dan lain2....
Gelaran budak 'gedik' dah jadi biasa utk anak gadis di kelas hujung....


Perasaan aku pada mereka?
Aku tetap selesa dan sayang mereka. Sebulan bergaul dengan mereka, mengenal hati budi mereka...simpatiku melimpah ruah...
'Ada anak bangsaku tak mampu beli buku tulis'
'Ramai anak bangsaku yang tercari2 perhatian yang mungkin tak dapat mereka perolehi dari ahli keluarga'
'Anak2 bangsaku yang miskin atau yatim , terpaksa berpisah ngan keluarga, tinggal di rumah kebajikan'
'Anak bangsaku yang berkata kepadaku...
"Teacher please hug me"...pada hari kedua aku mengenalinya!

Maka atas semua alasan itu aku bersyukur berada di sini..
Dan aku yakin....aku lebih diperlukan di sini dan inilah medan sebenar aku..
"Bukan lagi sebagai mesin mengejar kecemerlangan akademik semata-mata tetapi sebagai seorang insan yang harus membuka luas hatinya buat menampung hati2 mereka yang sesat tanpa arah tuju".
Moga Allah menerima usahaku dan terus memberi kekuatan kepadaku untuk melakukan kebajikan di dunia ini. Aamiinnn...



-peace-
ojai
>__<

Monday 9 February 2015

Lukis jea...ketulusan

Lukis jea...ketulusan

Gambarnya menarik hatiku untuk kulakarkan semula menjadi
koleksi lukisanku

Simple...lakaran mudah namun penuh makna



-peace-
>__<

Sunday 1 February 2015

fikiranku...Serabut

Lukis jea...Serabut

Lukisan serabut ni menggambarkan isi kepala aku sekarang...
Ngeh ngeh ngeh....serabut!!! ~_^

Cincai...conteng...cuma nak lepaskan perasaan

Dan tiba2 aku teringatkan sebuah buku yang pernah
diberikan seseorang kepadaku suatu ketika dulu
"Mengenal Diri"
Itu tajuk bukunya...sayangnya aku baca pun tak khatam
dan buku itu entah di mana aku letakkan
(Hmm...teruknya. Tak pandai menghargai ilmu dan
pemberian orang  ~_~)

Barangkali buku itu dihadiahkan kepadaku untuk
diambil iktibar daripada isinya agar
tidaklah aku 'serabut' macam sekarang!

Ops!!! Rugi tak mengkhatamkannya

Pengajaran-hargai ilmu dan rajin2 lah membaca



-peace-
>__<

...Banyak merepek malam nie...