Popular Posts

Tuesday 15 December 2015

Fikiranku ... atas kurniaNya


Gerimis...
Rintik halus membasahi wajah
Tika padang kuredah laju
Nyaman ... melontar hangat terik mentari
Disapu angin yang merentang

Gerimis...
Sejat sudah
Tika terik hari semakin meninggi
Meninggalkan perit kulit dibakar
Kataku dalam hati ...
"Gerimis, bila kan kembali?"

..................

Semalam adalah hari keputusan peperiksaan PT3 keluar secara rasmi.
Aku bawa semua anak2 ku untuk sama menemani abang mereka mengambil keputusan tersebut.
Bagaimana reaksi anakku itu?
Tentulah resah ... masih berharap keajaiban akan terjadi. Manalah tahu gred matapelajaran2 'killer' akan diturunkan. ^__^

Setelah lama berbaris di dewan, maka tibalah giliran kami.
"Hmm...tahniah awak dapat 7A dan awak satu2nya murid sekolah kita yang dapat A untuk matematik", kata guru yang bertugas.
"Alhamdulillah...". Ucapku perlahan sambil tersenyum memandang wajah anakku yang kecewa.
Dari riak wajahnya aku tahu dia kecewa kerana keputusannya tidak setanding keputusan abang2 dan kakaknya.
"Tak apa ... tugas kita hanya berusaha bersungguh2. Hasilnya adalah hak Allah. Apa jua yang diberiNya, kita harus bersyukur". Kataku padanya ... moga dia faham bahawa kita hanyalah hambaNya. Segala yang kita miliki hari ini adalah atas kurniaanNya yang Maha Pemurah.

Dan tentunya Allah itu Maha mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Jika inilah pegangan kita, pastinya kita mampu berlapang dada atas apa jua ... suka , duka , kehilangan atau apa saja kisah yang tertulis buat kita. >__<

Maka jadilah kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan redha atas segala yang ditentukan.

...Ingatan buat aku dan kamu teman...
Jadilah kita insan yang sentiasa ...
 menyokong insan lain yang memerlukan
Menghibur tatkala ada yang berduka
Mengingatkan dengan sabar dan solat untuk dia yang kecewa
Mendoakan dengan tulus agar semua bahagia.



-peace-
>__<