Popular Posts

Wednesday 7 December 2016

Lukis jea ... agak2lah...

Lukis jea ... 'dari kawan kepada kawan'
Dek tugasan maka aku berkenalan dengan seseorang. Hampir sebulan bertugas bersama maka terbina ukhuwwah. Sememang melukis memang menjadi tabiatku menempiaskan apa jua yang terbuku ...
Maka tatkala aku menyiapkan lukisan yang tertangguh sudah beberapa hari ni kawan baruku terlihat dan meminta untuk 'membeli lukisan yang belumpun siap itu ....
"Hahahaha ... biar betik. Tak kan nak jual lak lukisan tak seberapa ni".
Beria2 dan bersungguh2 dia lantas
 kusegerakan menyudahkannya .... akhirnya lukisan tak seberapa ini ku berikan saja sebagai tanda persahabatan.
"Dari kawan kepada kawan"

... kenapa aku memilih harimau sebagai objek lukisanku ...
Jawabnya,
Waktu itu aku tidak mahu bersabar atas kebiadapan 'seseorang' yang seringkali menjadikan aku sebagai tempat melepaskan kemarahan atau apa saja rasa 'tidak senang' hatinya atas apa jua!

Tahulah ... As sabrun jamilun ... tapi agak2lah. Takkan tiap kali nak tadah je kan. Sesekali best gak melawan!!!!

Hahahahaha
Jahat gak aku ni!


-peace-
>__<