Popular Posts

Sunday 24 May 2015

Fikiranku ... langkahnya makin jauh

Lukis jea ... langkahnya makin jauh

Waktu ini , tika semua yang lain sedang lena tidur...
Aku masih di sini, merasai suasana sepi yang lebih menyepikan hati....
Esok aku akan menghantar anak gadisku meneruskan pengajiannya...bukan jauhpun. Matrikulasi di Londang, Melaka.
Tapi aku tahu...perginya dia esok menandakan kedewasaannya semakin bertambah , langkahnya semakin jauh dan tentunya zaman kanak2 dan remajanya semakin hilang.
Hmm...itulah yang akan aku kenang...cerita dan kisah2 di zaman kanak2 dan remajanya. Ketika dia masih bergantung dan mengharap padaku ... dan kini aku mengharapkan agar penggantungannya bulat kepada Allah kerana sesungguhnya Allah adalah sebaik2 tempat penggantungan.

Dunia berputar
Moga Allah sentiasa memberkatinya di dunia hingga akhirat dan sentiasa melindunginya dari segala kejahatan makhluknya dan  daripada malapetaka.
Amiiinnnn
(Perkenankanlah Ya Allah)



-peace-
>__<