Popular Posts

Thursday 30 January 2014

Fikiranku 2 : Rahsia dalam rahsia

        Seseorang telah 'memberikan' aku ayat ini ; "Rahsia dalam rahsia". Sekali ku fikirkan terasa lucu , kembali mengimbau kenangan di zaman kanak-kanakku. Banyak 'rahsia dalam rahsia' yang ku simpan bersama adik beradikku dan ada juga yang ku simpan sendiri (Banyak juga sebenarnya sebab aku ni  selalu saja punya keinginan dan pemikiran sendiri).
        Antara 'rahsia dalam rahsia' yang kini sepatutnya bukan lagi rahsia malah menjadi peristiwa indah yang bakal ku kenang selamanya adalah saat2 abang sulungku yang selalu ku panggil 'abang tatan' sering membawa kami , tiga orang adik perempuannya ke tempat2 yang dilarang oleh abah dan emakku. Ke mana ye?
Ke mana lagi kalau tidak ke dalam hutan belukar mencari batang kayu untuk di buat lastik atau ke sungai yang letaknya entah di hutan kecil mana untuk memancing ikan (cacing tanah  kami korek sendiri untuk dijadikan umpan)  atau juga mandi manda di sungai bersama kawan-kawan 'rahsia' kami yang lain atau ke lombong mencari buah teratai , siput termasuklah ikan 'tiger fish' yang ada dalam lombong ('tiger fish' itu adalah nama yg kami beri kerana ikan itu berbelang hitam) dan banyak lagilah 'rahsia dalam rahsia ' yang kami lakukan semasa kecilku. Indahnya zaman itu!... kalaulah ianya dapat diulangi ... atau sekurang-kurangnya hubungan kami semua masih tetap semesra dulu ...
        'Rahsia dalam rahsia' antara aku dan kakakku yang sudah terlalu lama tidak kutemui. Ketika itu kami di tinggalkan berdua saja di rumah. Aku baru darjah dua dan kakakku itu pula darjah empat. Kakakku mengajak aku memasak pisang goreng. Bukannya lapar sangat tapi saja-saja untuk berseronok mencuba!. Pada masa itu dapur memasak sepertinya agak tinggi untuk kami berdua. Selesai memasak aku terjengket-jengket mengangkat kuali panas menggunakan kain , entah mana silapnya kuali terlepas dan minyak panas mencurah atas kaki kananku. Apa lagi , aku menangis meraung-raung. Kakakku yang panik telah meletakkan pelbagai benda atas kakiku itu antaranya yang masihku ingat termasuklah ubat gigi , kicap . planta dan entah apa-apa lagi.  Konon benda2 ini akan segera melegakan kesakitanku dan akan mengelakkan kulitku dari melepuh. Tak cukup dengan itu kami berpakat untuk tidak memberitahukan hal ini kepada emak dan abah kerana takut akan lebih dimarahi kerana memasak dan menggunakan api. Maka aku yang biasanya ber'skirt' saja telah menukarnya dengan kain panjang untuk menutupi kakiku yang sebenarnya cederanya agak teruk.
Apabila keadaan kakiku tetap merah dan mula melepuh maka kami berbincang semula dan akhirnya membuat keputusan untuk menukar cerita , konon kakiku telah terkena air panas dari tarmos ketika hendak membancuh air. Wah! Sudah pandai kelentong rupanya aku dan kakakku ini. Semuanya kerana takut dimarahi!!. Pendekkan cerita , aku tak pastilah sebenarnya emak dan abah aku percaya atau tidak bahawa kakiku yang melepoh teruk itu adalah disebabkan air panas!!. (Haha teruknya aku dulu).
        Antara 'Rahsia dalam rahsia' yang tidak sepatutnya ku rahsiakan dulu daripada pengetahuan emak dan abahku pula adalah ketika aku di darjah lima. Tahun itu aku akan menduduki peperiksaan penilaian darjah lima. Sekolahku, SRK Sg Koyan mengadakan kelas tambahan pada waktu malam. Abahku yang sepatutnya menghantarku ke sekolah menaiki motornya telah mengarahkan aku menumpang motor kawan baikku , Anita Bahari. Dia ni kira ada 'bau-bau bacang' denganku. Bukan Anita yang bawa motor tetapi pakciknya. Kebetulan pada hari itu teman pakciknya yang selayaknya ku panggil abang sahaja (Kerana masih belasan tahun) datang bertandang. Dia menawarkan diri untuk menumpangkan aku ke sekolah.
"Sempit nak naik motor bertiga". Katanya. Pakcik Anita boleh pula bersetuju maka mahu tidak mahu terpaksalah aku menumpang naik motor yang dibawa oleh 'abang' ini. Aku ingat lagi , aku duduk sebelakang mungkin dan kedua tanganku memegang kuat tepi motor. Inilah kali pertama aku membonceng motor dengan lelaki yang bukan muhrimku. Dalam hati aku berkata ,"Kenapalah aku yang kena naik dengan dia ni!". 'Abang' ini bawa motor punyalah lambat hingga kami tertinggal jauh dari motor yang dinaiki Anita.
Tiba2 ketika melalui laluan yang agak sepi dan kebetulannya di hadapan tanah perkuburan kampungku pula , 'abang' ini merentap tangan kananku dan cuba meletakkannya di pinggangnya sambil berkata , "Peluklah , nanti jatuh!".
Tapi aku tidaklah sebodoh itu , naluriku langsung tidak membenarkan aku mematuhi arahannya. Tangan kurentap kembali. Beberapa kali dia cuba membuatkan aku memeluk pinggangnya tapi tiap kali itu jugalah aku merentap semula tanganku sehinggalah akhirnya dia terpaksa mengalah kerana kami  telah melepasi kawasan yang agak sepi itu. Sekali fikir , kenapalah aku tidak terjun saja dari motor  tapi dua kali fikir ... takut juga nak terjun sebab dahlah nak maghrib lalu depan kubur pulak tu. Kot jalan tu sibuk takpelah jugak!. Tapi itu kisah lalu , Alhamdulillah hanya setakat itu sahaja yang terjadi.
        Pengajaran yang aku pelajari , 'Biasakan anak2 bercerita apa saja dengan kita , ibubapa mereka. Juga uruslah urusan anak-anak ke sekolah /ke mana saja dengan baik atau sekurang-kurangnya lepaskan anak-anak kita dengan orang-orang yang kita percayai agar mereka sentiasa selamat.
        Banyak lagi 'rahsia dalam rahsia' yang ku simpan hingga kini. Sekarang, dalam usia sebegini  aku masih punya 'rahsia dalam rahsia' yang baru saja kukongsikan dengan seseorang. Maka aras kerahsiaannya sudah semakin berkurangan. Hmm ... banyak juga 'rahsia dalam rahsia' dalam hidup aku ini.
Rupa-rupanya setelah 'rahsia dalam rahsia' ini ku kongsikan barulah hatiku terasa lapang. Terpulanglah padanya untuk menilaiku , yang penting  batu berat yang mengikat kakiku selama ini baru saja dilepaskan. Maka aku kini bebas melangkah. Andai aku mempunyai sayap pasti aku sudah terbang tinggi , melayang bersama deruan angin sambil  menikmati keindahan alam dari sudut yang berbeza dengan jarak yang lebih tinggi ... kanku katakan pada penghuni bumi , biarkan aku terbang bebas bersama naluriku setinggi dan sejauh mana sesuka hatiku ... aku ingin bebas! bebas! bebas memilih arahku sendiri.

"Keranamu DIAH" : Bab 3



BAB 3:           CINTA ITU BUTA
“Cinta itu buta!”                                                                                       
Sejak malam  itu  , Raziq dan Diah semakin akrab. Diah sedar , hubungan mesra mereka berdua itu tidak seharusnya berlaku. Pesanan Ustaz semasa di sekolah dulu sentiasa terpahat dalam ingatan. ‘Bila berdua , yang ketiga pasti syaitan!’.
Walaupun begitu Diah tidak mampu menolak pelawaan Raziq. Perasaannya berbunga-bunga setiap kali bertemu Raziq. Amat bahagia ... memang benarlah , cinta itu buta. Cinta juga bisa mengubah manusia.                                                                                                                                                             
“ Hah , cuba kau fikir ...  aku Mardiah Amir , dia Raziq Amir , kan ke serasi nama tu? Bagai irama dan  lagu , mana boleh dipisahkan!”. Itulah jawapan Diah apabila Ziah mempertikaikan keakraban hubungannya dengan Raziq.
Ziah mulai risau melihat perubahan sikap Diah. Diah kini tidak seperti dahulu lagi. Hilang sudah sifat malunya ... tiada silu bila keluar berdua-duaan. Setiap kali ditegur , “Kami tak buat apa-apapun! . Kami sekadar keluar berdua , makan-makan , bercerita ... itu saja!”. Itulah jawabnya.
“Jangan Diah , nanti kalau sampai berlaku sesuatu menyesal kau. Kita ni perempuan , ada yang perlu kita pertahankan. Terlajak perahu masih boleh diundur. Aku tak mahu kau menyesal di kemudian hari”. Nasihat Ziah. Ziah benar-benar tidak mahu sahabatnya itu tersilap langkah.
“Kau jangan risaulah. Taulah aku menjaga diri , lagipun Raziq itu baik orangnya. Dia memang benar-benar ikhlas berkawan dengan ku. Malah kami sama-sama  bercadang akan bernikah sebaik saja tamat kursus ni. Bukannya  lama  ,  tinggal beberapa bulan je lagi kan?”. Diah cuba mendapatkan  pengertian daripada sahabatnya itu.
“Please Ziah , sokonglah aku. Patutnya kau tumpang gembira bila aku sudah bertemu lelaki yang sesuai dengan jiwaku. Kami serius dengan hubungan ini. Sudahlah , janganlah kau risau. Apa yang aku perlukan sekarang adalah doa kau agar tiada halangan untuk kami mencapai impian kami menjadi suami isteri yang sah”. Pinta Diah bersungguh-sungguh.
“Baiklah Diah , jika itu kata kau. Aku tak boleh nak buat apa-apa lagi. Pandai-pandailah menjaga diri”. Ziah akhirnya terpaksa mengalah. Nasihatnya kepada Diah sia-sia sahaja , Diah benar-benar sedang mabuk cinta. Menasihatinya samalah seperti mencurah air ke daun keladi. Ziah kini hanya mampu mendoakan kebahagiaan sahabatnya itu.
“Ziah , aku tahu kau risaukan aku tapi aku janji ... tiada apa yang akan berlaku!”. Diah mengangkat tangan seperti berikrar lalu dengan segera mencium pipi Ziah sebelum berlari keluar mendapatkan Raziq yang sedia menunggu di luar rumah. Ziah hanya mampu memandang sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

... kancil putih meluncur laju mengarah ke  lebuh raya pantai timur ...
            Ketika Ziah masih terfikir-fikirkan dan risau akan keselamatan sahabatnya , Diah pula sedang bergembira dan merasa amat bahagia duduk di sebelah Raziq , buah hati dan pengarang jantungnya kini.
“Nak makan apa hari ni?”. Tanya Diah sambil tersenyum manja .                                                                                                             
“Makan angin ... mahu?”. Balas Raziq , mengerling sebentar kekasih hatinya sebelum memandang ke depan untuk meneruskan pemanduan.                                                                                              
“Taknaklah ... nanti kembung perut!” . Balas Diah dan mereka sama-sama tertawa.                                   
“I sebenarnya nak bawa Diah ke tempat istimewa ... bolehkan?”. Sambung Raziq sambil cuba mencapai tangan Diah. Diah menepis lembut. Tersenyum sambil menggelengkan kepala.
“Oppss!!!”. Raziq akur.  Memang selama ini jarang sekali dia dapat memegang tangan atau mengusik mana-mana bahagian tubuh Diah. Sungguhpun cintakannya separuh nyawa namun gadis ini tetap pandai menjaga kehormatannya.  Itu yang membuatkan Raziq bertambah sayang dan yakin dengan pilihannya.                                
“Ke mana dan kenapa?”. Tanya Diah.                                                                                                              
“Hari ni hari istimewa ... hari lahir I tau!. I  nak sambut dengan orang yang istimewa di suatu tempat yang sangat  istimewa di hati I ini ”.  Suara Raziq menggoda sambil mengerling ke arah Diah.                                                                                                                                                                
“Opps ... betul ke hari ini ‘birthday’ awak?. Sorry , saya tak tahu hari ni birthday  awak. Sorry yea ... ‘Happy birthday!’. Err ... masih tak terlambatkan?. Saya doakan semuga hidup awak  akan sentiasa diberkati Allah dan semuga segala hajat awak akan tercapai”. Kata Diah  sambil mengangkat tangannya berdoa. Dia  rasa bersalah kerana tidak tahu tarikh lahir kekasih sendiri. “Macamlah ramai sangat kekasih!” . Fikirnya sambil mengutuk-ngutuk diri sendiri.                                                                                                                                  
“Disamping orang yang tersayang!”. Sampuk Raziq segera.  
“Apa?”.
“Ya. Doa you. Semuga  hidup I diberkati Allah dan segala hajat I akan tercapai ... disamping orang yang tersayang , youlah tu orang yang I sayang!”. Jawab Raziq sambil tersenyum manis.                                                                          
“Aminnn ...”. Kata mereka serentak. 
Kereta kancil putih yang dipandu Raziq terus meluncur laju meninggalkan pekan Kajang.                                                                                                                                                                                  
“ Kalau boleh saya tanya , kita ni nak ke mana?”.   Diah bertanya lagi.                                                                                                
“Surprise ... nak sampai nanti I bagitahu you”.   Jawab Raziq. Dia ingin membuat kejutan buat Diah.     Sudah lama dia merancang dan menanti-nantikan tibanya hari ini.                                                                                                 
“Tapi ... jauh ke tempat yang kita nak pergi ni?” .  Diah tetap ingin tahu.                                                                                                                            
“Kenapa? Takkan you takut keluar dengan I ... apa , you takut I hilang kawalan? Takut I tak dapat kawal diri bila berdua-duaan dengan you lama-lama?”. Usik Raziq sambil tersengih , sengaja keningnya dinaik-naikkan.                                                                                                     
“Yelah ... tentulah takut!”. Balas Diah spontan.                                                                                                                                          
“Sayang , I takkan apa-apakan you..  Percayalah ,  I cadangkan you bertenang  dan cuba berehat.  Nak tidur pun tak apa sebab perjalanan kita ni lama tau. Lagi lima jam baru sampai”. Terang Raziq.                                                                   
“Apa ?... lima jam?. Biar betul ... Awak serius ke Raziq?”  . Diah bagaikan tidak percaya.   Terbeliak matanya memandang Raziq.                                                                                                                                    
“ Ha ha ha . Kalau yapun ,  janganlah  pandang I begitu. You nampak lucu!”. Raziq berkata sambil terus tertawa. Diah mencebik.
“Ok. Sorry , I betul-betul gelihati lihat reaksi you tadi. Hmm ...  janganlah risau. Hari ni jugak I akan hantar you balik , okey?”. Janji Raziq.
Diah akhirnya terpaksa akur. Apa hendak dibuat , hati kata sayang maka segalanya terpaksa diturut saja. Namun hatinya tetap resah , matanya sibuk  memerhati papan tanda jalan , cuba mencari jawapan ke mana arah tuju kancil puitih hari ini. Raziq hanya tersenyum melihatkan telatah dan kelakuan Diah.
            Setelah sejam perjalanan , kancil putih terus juga meluncur laju mengarah ke  lebuh raya pantai timur. Diah memerhati  papan tanda jalan. ‘Anak panah ke kiri - 500m ke simpang  Bentong’.                                                   
“ Raziq , kita ke Bentong ke ?. Nak buat apa ke sana?”.   Diah penasaran ingin tahu.                                                                                                                                      
“SShhh ... sabar sayang , nanti you akan tahu juga”. Jawab Raziq , masih juga berahsia.
Diah mencebik dan Raziq tertawa. Pertanyaan Diah akhirnya  terjawab sendiri. Mereka tidak ke Bentong. Kancil putih terus dipandu  laju meninggalkan simpang Bentong.
Perjalanan yang sudah memakan masa lebih satu jam itu membuatkan  Diah  letih . Akhirnya tanpa disedari matanya sudah terlelap. Hembusan angin sejuk dari penghawa dingin kereta membuatkan Diah terus lena dibuai mimpi. Sedangkan kancil putih masih terus meluncur laju. Raziq mengerling ke arah Diah yang sedang lena . Diah nampak sungguh cantik di matanya.
“Mimpikan yang indah-indah tentang kita berdua ya sayang”. Fikirnya . Tersenyum bahagia.
Puisi cinta bermain di dada hati. Bahagia ... itulah perasaannya kini.
                                   

                 Bahagia

                    Bagaikan bulan jatuh ke riba
                   Akan ku peluk lekapkan di dada
                   Harapan bersulam mimpikan si dara
                   Agar belayarlah bahtera cinta
                  Gah membelah lautan asmara
                   Indah berombak tak gentar gelora
                  Ah!  Bahagianya  mimpiku nyata”.

 

 Kancil terus meluncur laju. Jam di kereta menunjukkan pukul 11:30 pagi. Perjalanan masih jauh ... cuaca sudah mulai panas. Raziq menguatkan penghawa dingin keretanya .
“Biar Diah selesa dalam tidurnya!”. Fikir Raziq.  Sudah lebih empat jam dia memandu.  “Harrrggghhhhh ... mengantuk pulak mata ni!”. Sangap besar  sambil membiarkan mulutnya terbuka luas.
“Heeee ... kalaulah Diah nampak ni mesti malu!. Alah , sekarang malulah tapi nanti bila sudah menjadi isteri tiada apa yang perlu disorokkan lagi”. Raziq tersengih membayangkan saat mereka sah menjadi suami isteri kelak. “Ah! Bahagianya!!”.
Tiba-tiba ... “Ya Allah!!!” Raziq terkejut. Spontan kakinya menekan pedal brek. Kancil terhenjut ke hadapan sebelum mendadak berhenti. 
                                                                                                        
“Uuushh! ... ooiiii lembu! , tak ada ke tempat lain  kau nak landing?”. Raziq merungut setelah  keretanya hampir terlanggar sekawan lembu yang sedang berehat di atas jalan raya.                                   
“Kenapa ziq , awak marahkan lembu?”.  Diah terbangun daripada tidurnya sambil  tertawa kecil.                                                                                     
“Hai sleeping beauty , dah bangun ?”.  Tanya Raziq lembut.                                                                                                                    
“ Yelah , marah awak pada lembu tu tadi mengejutkan saya”. Jawab Diah sambil terus tertawa.                                                                                       
“ Hmm sorry ye sayang sebab buat you terjaga  ... you nak tau tak , dulu bapak I pernah kata yang  lembu ni lebih hebat daripada  raja tau” . Cerita Raziq.                                                   
“Apasal lak?. Macam mana pulak lembu boleh jadi lebih hebat dari raja?”. Tanya Diah.                                                                                                                                                                
“Yelah!. Dia boleh suka-suka landing kat mana-mana saja. Tenguklah tadi , tengah-tengah jalanpun dia landing semacam aje.  Mana boleh marah. Kalau marahpun dia takkan peduli!”. Jawab Raziq dan mereka sama-sama tertawa.                                                                                                                                                                             
“Ada-ada saja awak ni ... eh , kita dah sampai mana ni ?”.  Tanya Diah setelah kembali segar.  Tangannya menggosok-gosok matanya sambil memandang sekeliling.                                                                                                                  
“ Kita dah nak sampaipun. Tu cuba pandang sebelah kanan. Nampak tak laut tu?” . Jawab Raziq sambil menudingkan tangannya ke kanan.                                                                                                     
“Yelah ... cantiknya. Kita kat Pantai Timur kan. Tapi apa ye nama tempat ni?”.  Tanya Diah. Rasa teruja melihat keindahan laut pantai timur.                                                                              
“Sayang , kita dah sampai Ceratinglah!”.  Raziq memberitahu. Puas hatinya melihat senyuman di bibir Diah. Terasa hilang penat lelahnya memandu hampir lima jam lamanya.                                                                                                                                                 
“Eh, kita nak berkelah kat sini ke?”.  Diah bertanya penuh harap.                                                                                                                                                     
“Tidak sayang , I bagi tahu you sekarang. Lebih kurang 15 minit lagi kita akan sampai ke rumah I. Inilah kampung I. I nak bawa you jumpa mak  I. Hari ini , sempena hari lahir I  maka I nak perkenalkan mak I dengan calun menantunya.  Barulah  I  rasa yakin yang you akan menjadi milik I dan ... itulah hadiah hari  lahir yang terhebat buat I”. Kata Raziq sambil menarik  nafas lega. Puas sambil menatap sayang wajah Diah.                                                                                                        
“Apa?!.Kampung awak?. Tapi awak langsung tak macam orang Terengganupun. Macam
orang KL adalah. Cakap pun I – you saja”. Balas Diah. Raziq  hanya tersengih mendengar
komen Diah.
“Seperkara lagi , saya tak bersedia. Saya tak bersedia nak berjumpa keluarga awak. Yang
awak pandai-pandai buat rancangan nak jumpakan saya dengan keluarga awak tu
kenapa?!!”.  Diah  tiba-tiba terasa cemas.
“Tak adillah awak bagitahu saya last minit macam ni”. Diah sedikit jengkel.                                                                                                                           
“Maksud  you?”. Raziq tidak faham.  Sepatutnya Diah tidak perlu jengkel. Pertemuan ini nanti akan menjadi bukti keikhlasan hatinya untuk menyunting Diah sebagai suri hidupnya.                                                                                                                                                                 
“Yelah ... ini perkara besar. Sekurang-kurangnya awak kenalah beritahu saya lebih awal. Saya perlu bersedia mental dan fizikal. Sekurang-kurangnya  memilih pakaian yang lebih baik , lebih sopan dan ...” . Diah tidak berpuashati.                                                                                                                                                                            
“Sayang , janganlah  risau . You look great. Lagipun mak I tu sangat baik orangnya”.  Raziq terasa lucu melihat Diah yang mula menggelabah.                                                    
“Ayah awak atau adik beradik awak yang lain ...”.  Diah masih juga cemas.                                                                                                           
“Relakslah sayang ,  tak ada apa yang kurang dengan you. Kita cuma nak pergi jumpa mak I. I ni  anak tunggal dan ayah I pula dah lama meninggal dunia. Sejak I berumur 12 tahun. Lemas di laut”. Jelas Raziq.  Diah terdiam agak lama.
“Hmmm ... betul?.  Apalah  saya ni , kata saja teman istimewa tapi ... banyak perkara tentang diri awak yang saya tidak tahu. Kesian awak dapat special girlfriend macam sayakan!”. Diah malu sendiri.                                                                                                   
“Ya kesian I tapi tak pe , nanti bila kita sudah kahwin , kita akan ada sepanjang hayat untuk tahu tentang satu sama lain. Eee ... rasa tak sabar. Tentu hebat malam pertama kita kan?”. Kata Raziq , sengaja ingin melihat respon daripada Diah. Wajah Diah serta merta bertukar menjadi merah.                                                                                     
“ Eee ... tak sukalah!”. Balas Diah.                                                                                                                                                          
“Eh, apa pulak tak suka?. Cakap ajepun , takkan lah malu. Lagipun ... I tak katapun tentang apa yang kita ‘buat’ pada malam pertama kita nanti. I cuma cakap secara general je. Hah, you fikir apa ni?!”. Raziq seronok menyakat Diah.  Sengaja perkataan ‘buat’ itu disebut dengan kuat.                                                                                                                                                     
“ Raziq , hentikanlah!”.  Diah terasa malu dan benar-benar tidak selesa .                                                                                                                                               
“Sorry sayang , I saja nak bergurau dengan you. I suka tengok wajah you bila malu. Merah , cantik!”.Usik Raziq lagi. Diah tersipu.

Mak , Inilah calun menantu mak!
Akhirnya kancil putih merangkak masuk ke satu perkarangan rumah kayu. Pintu rumah sudah sedia terbuka. Sebuah rumah kampung yang sederhana besar dengan anjung veranda yang dihiasi  tumbuhan gantung  pelbagai warna. Deretan pelbagai jenis pokok bunga disusun  kemas pada setiap anak tangga rumah tersebut. Di hadapan rumah tersebut pula ada sebatang pokok manggis yang agak rendang.  Sebuah pangkin kayu yang dilapik dengan tikar mengkuang menambah indah pemandangan pada waktu itu.
“Wah ... indahnya! Errr ... Raziq , mak awak tahu ke kita nak datang ni?” . Tanya Diah. 
“Heee ...  tak. Hari ni I nak bagi kejutan pada dua wanita yang I paling sayang dalam dunia!” . Raziq menjawab dengan sepenuh hati. Sengaja matanya dipejam-pejamkan.
“Yelah tuuu ... belum dapat memanglah paling sayang. Cuba kalau dah dapat!”. Diah mencebik.
“Eh , betullah tu. Belum dapat paling sayang , nanti kalau dah dapat berlipat ganda sayang!” . Raziq merenyih. “ Jom!”. Mengambil peluang menarik tangan Diah.
“Eeee ... dosalah!. Belum halal lagi!”. Marah Diah lalu merentap tangannya.
“Oppss!!”. Raziq mengangkat kedua tangannya sambil tertawa.
“Assalamualaikum ... mak! mak! Mak!” Raziq tangkas berlari masuk ke dalam rumah. Mencari ibunya.  Diah dapat mendengar dengan jelas  suara Raziq dari luar rumah.
“Mak! Anak mak dah balik ni. Bawa calun menantu mak!”. Sengaja suaranya dikuat-kuatkan.
“Mak! Mana mak ni , tak nakke jumpa calun menantu mak ni?!”. Jeritnya lagi. Akhirnya Raziq muncul semula di hadapan pintu rumah. Tersengih pada Diah sambil mengangkat kedua-dua belah bahunya ,“Mak tak adalah”.
“Habis tu?”. Tanya Diah , mulai resah.
“Hmm ... tak apa!.  Tentu mak pergi ke rumah jiran je tu. Mesti tak lama  pasal tu pintu ni dibiarkan terbuka. Tak apalah , kejap lagi baliklah tu . Marilah naik. Kita tunggu di dalam”. Pelawa Raziq. Diah hanya menurut. Menanggalkan kasut dan menaiki anak tangga lalu  berdiri di anjung rumah.                                          
“Eh takkan nak duduk di luar saja , marilah masuk.” .   Ajak Raziq lagi. 
“Eeee tak mahulah. Nanti kena tangkap basah!”. Diah berseloroh. Tersengih memandang Raziq.
“ Heee ... tangkap basahlah best , boleh kahwin free”. Balas Raziq.                                                                                                                        
“Eee ... siapa nak kahwin dengan awak?.  Perasan. Tak malu!”. Sakat Diah pula.
“Err ... betul tak nak?. Kalau gitu sekarang jugak I terjun laut , pergi mati. You mesti tak sedihpun kan?!”. Jawab Raziq , buat muka sedih.
“Heiii! Celuparnya mulut. Tak baiklah kata yang bukan-bukan”. Tegur Diah. Teringat pesan ibunya , ‘jangan suka cakap yang bukan-bukan sebab kata-kata tu boleh jadi doa!’.
“Habis tu , buat apa I hidup kalau you tak nak kahwin dengan I. Masuk rumah I pun tak sudi”. Raziq mengada-ngada . Sengaja buat aksi merajuk.
“Heee  jangan merepeklah. Kat luar ni lagi best tau , boleh rasa angin bertiup  , segar ... nyaman”.  Balas Diah.                                                           
“Hah! . Itulah hebatnya rumah kampung I ni. Kalau kita dah kahwin nanti , bolehlah you lepak sini lama-lama. Mak  mesti suka sebab selama ni pun mak duduk sorang saja”.   Jawab Raziq sambil tersengih. Sengihnya cukup lebar apabila membayangkan saat-saat Diah menjadi miliknya nanti. Pada ketika itu tentulah emaknya merupakan orang yang paling bahagia. Bukan sekali dua emaknya itu mendesaknya agar  segera beristeri malah sudah berbuih-buih mulut orang tua itu berkata. “Mak dah tak sabar hendak menimang cucu!”.
“Heee ... lebarnya senyum. Beranganlah tuu. Tak baik tau berangan lebih-lebih. ”. Usikan Diah mematikan angan Raziq.
“ Eh mestilah. Kan you dah tak sabar-sabar nak jadi wife I. Rupa hensem  macam I ni mana tahan setakat tengok je!”. Raziq mengangkat keningnya. Tersengih.
“Ada-ada saja awak ni Raziq. Perasan lebih!”. Balas Diah sambil membalas senyuman.
”Ada benar juga apa yang dikatakan Raziq”. Fikirnya.

Wajahnya terpancar kabahagiaan ...
            Tidak berapa lama kemudian , terdengar suara dari bawah  ... “Heh ,  siapa pulak yang riuh-riuh dalam rumah mak ni!.  Eeee ... alahai , seronoknya anak mak dah balik. Raziq! Raziq!. Alah rindunya mak!”.
Raziq dan Diah segera menjengahkan kepala melalui tingkap rumah yang sedia terbuka lalu segera memandang ke bawah. Kelihatan seorang wanita separuh umur berlari anak , riang menaiki anak tangga. Wajahnya terpancar kabahagiaan.
“Bila sampai nak ooiiii?!. Kenapa nak balik tak bagi tahu?”. Tanyanya sambil terus memeluk anak tunggalnya itu. Raziq membalas pelukan ibunya.
“Baru saja sampai mak. Saja balik mengejut , nak buat surprise untuk mak. Mak dari mana ni tadi?” Tanya Raziq.                                                                                                                            
“Mak ke rumah kak Temah kau tu , dia baru bersalin malam tadi. Tolong apa yang patut. Kesian ... suaminya masih di laut. Ikut bot besar. Esok lusa baru balik.”  Terang Mak Mah.                                                                                     
“ Eh, siapa ni?” Tanya Mak Mah setelah terpandangkan Diah.                                                                                             
“Oh ya mak , inilah surprise untuk mak. Mak ingat lagi tak dengan gadis yang Aziq bagitahu mak  dua minggu lepas?”.   Tanya Raziq kepada ibunya.                                      
“ Ya , ingat! Ingat!. Jadi ... inilah gadis tu ? Bakal menantu mak. Betul Ziq?” . Tanya Mak  Mah minta kepastian.    Wajahnya berseri-seri memandang Diah.                                                                                                                                                                                 
“ Ya mak. Inilah orangnya!”.  Jawab Raziq. Diah hanya berdiri tegak memandang keakraban dan kemesraan dua beranak ini. Berdebar jantungnya menunggu reaksi dari bakal mertuanya.                                                                                                                                                                                     
“Alah ... comelnya. Mardiah kan?”.  Mak Mah melahirkan perasaan gembiranya  lantas segera merangkul erat bakal anak menantunya. Diah hanya mampu tersenyum dan merelakan dirinya dipeluk. Terkejut juga dia kerana ibu ini tahu akan namanya. Raziq pula memandang keduanya penuh bahagia.

Peristiwa hitam...
Hari itu terasa berlalu  begitu pantas sekali.  Kebaikan dan kemesraan Mak Mah membuatkan Diah yakin dengan pilihannya , Raziq. Masak gulai tempuyak ikan patin yang dihidang Mak Mah bagaikan masih terasa-rasa di tekak Diah.
“ Hmmm ... seronoknya!. Punya ibu mertua sebaik Mak Mah”. Fikir Diah sendirian. Senyuman tidak lekang menguntum di bibirnya.  Bersama pengalaman manis yang telah dilaluinya hari ini , Diah kini kembali berada dalam perut kancil putih. Hari terang yang membahagiakan kini beransur gelap.                                                                              
“ Baik sungguh mak awak Raziq. Bertuah betul awak.”  Puji Diah ikhlas.                                                                                    
“Hmmm ... baru tahu?. Tadi masa nak datang menggelabah semacam , takut sangat!”. Balas Raziq.
“Yelah!. Dah awak tak bagitahu awal. Tiba-tiba je nak kena jumpa bakal mak mertua. Mana tak menggelabah!”. Balas Diah pula. Raziq hanya tersenyum mendengar kata-kata Diah.
“Mak I adalah manusia paling penting dan sentiasa ada di hati I. Tapi sekarang  dah tambah lagi sorang!”. Balas Raziq.  Diah tersenyum mendengar kata-kata Raziq sambil terus menikmati pemandangan laut Cherating , “Sementara boleh , cantiknya pemandangan di sini. Entah bila lagi agaknya aku akan ke mari. Ke laut Cherating , bertemu lagi dengan mak Mah , bakal ibu mertuaku!”. Fikir Diah.  
“Hmm ... apa lagi yang difikirkan tu?. Esok-esok kalau rindu nak ke mari lagi , bagitahu saja I. Kita balik kampung sama-sama”. Tanya Raziq , bagai tahu sahaja apa yang sedang bermain di fikiran Diah.
“Hmm ...  terima kasih kerana telah bawa saya ke mari. Saya betul-betul gembira hari ini.  Err ... Jauh lagi  perjalanan kita nikan. Esok saya ada kuliah pagi. Saya tidur dulu ya”. Mata Diah terasa berat. Mana tidaknya , perut sudah kenyang ditambah dengan sejuknya penghawa dingin , bagai dodoian mesra memujuk tidur.                                                                                 
“Eh, tak takut ke kalau tiba-tiba I jadi nakal?!. Maklumlah ... kan dah gelap ni. I kalau malam-malam macam ni jadi serigala tau!”. Usik Raziq.                                                                                                                             
“Ziq , saya percayakan awak. Lagipun , kan awak sayangkan saya. Takkanlah!”. Balas Diah dengan yakin. Terus memejamkan matanya.                                                         
“Hmm ... jangan disangka air yang tenang tiada buaya!”. Pantas Raziq memotong kata-kata Diah.                     
“Tak ... awak tidak begitu. Saya percayakan awak!”. Jawab Diah pasti.
“Jangan percaya sangat!”. Balas Raziq tersengih.
“Awak biar betul Raziq!”. Marah Diah dipermainkan begitu.   Duduk tegak memandang Raziq sambil berpeluk tubuh.                                                                                                     
“Ok , jangan marah. Tidurlah sayang , nanti dah sampai I kejutkan you”. Janji Raziq. Diah senyum , memejamkan matanya semula.
Kancil dipandu penuh hemah. “Hati-hati bawa kereta Ziq. Awak tu bawa anak dara orang. Kang susah mak nak jawab pada mak bapak dia kalau jadi apa-apa”. Pesan mak Mah sambil tersenyum memandang Diah. Raziq hanya mengangguk-nganggukkan kepala. Raziq ingat pesan ibunya itu. Lagi pula Diah adalah segalanya dalam hidupnya kini. Masakan sanggup dia membiarkan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepadanya. 
“Akan ku pastikan kau selamat. Aku janji akan membahagiakanmu selagi hayat dikandung badan”. Bersama janji itu , Raziq terus memandu. Hari semakin gelap , kancil terus membelah malam.

Jika berdua pasti yang ketiga adalah syaitan!
Diah terkejut dari tidurnya. “Eh, apasal sunyi sangat ni? Mana Raziq?. Eeee ... belum sampai lagi ni!”. Diah melihat jam ditangannya. 1:30 pagi. “Biar betul. Takkan lah Raziq tinggalkan aku sendirian kat tengah-tengah hutan ni!”. Fikir Diah.
Diah melihat-lihat sekeliling. Serun hatinya menyedari dirinya kini berada di tepi jalan yang dikelilingi pokok-pokok hutan. Pepohon yang hanya nampak berbalam-balam itu membentuk pelbagai imej yang menakutkan. Dedahan dengan daunan merimbun bagaikan momok yang melambai dan mendepang tangannya. Takut , cukup menakutkan!.
“Eeee ... seramnya!”. Fikir Diah sambil meraba tengkuknya sendiri.
Mana tidaknya , tiada lampu jalan di kawasan itu. Hanya cahaya bulan dan lampu kereta  yang dipasang  menerangi malam. “Raziq , mana awak?”. Katanya perlahan.
Setelah puas memerhati  sekeliling , Diah terpandang pula  sesusuk tubuh sedang terbongkok - bongkok di tepi kancil putih.
“Ya Allah! Apa tu!!”. Pekik suara hatinya. Lantas matanya terus mencari sepasang kaki milik sesusuk tubuh itu. “Kata orang tua-tua hantu tak menjejak ke tanah”. Fikir Diah.
Setelah pasti dengan apa yang dilihat . “Heee ...”. Diah tertawa sendiri. Tertawakan kebodohannya , takut tidak bertempat!. Lalu pintu kereta dibuka.  Diah melangkah turun.
“Raziq?!”. Kata-katanya terhenti.  Berbekalkan cahaya bulan , Diah dapat melihat Raziq sedang bersusah payah menukar tayar kereta.
“Kenapa Ziq , tayar pancit ke?”. Tanya Diah.
“Ya sayang. Sorry la sebab you terjaga”. Raziq menjawab.
“Takpa ... kenapa tak kejutkan saya?”. Tanya Diah lagi.
“Buat apa?.  Lagipun kan you ada kuliah pagi esok. Nanti you mengantuk”. Jawab pula Raziq.
“Habistu ... you tak de kuliah?.  Hei , kita kan satu kuliah. Raziq , berat sama dipikul , ringan sama dijinjing. Sekurang-kurangnya saya boleh temankan awak berborak”. Balas Diah.
“Okey juga, I pun dah penat sangat ni. Lepas ni bolehlah you tolong picit pinggang  I. Penat terbongkok-bongkok ni!” . Gurau Raziq dan tiba-tiba ...
“Aduh!”. Raziq separuh menjerit.
“Kenapa Ziq?”. Tanya Diah , cemas.
“Tangan I terkepit kat jet ni! Tolong Diah ...”. Diah pantas bergerak, memegang dan cuba menarik tangan Raziq. Raziq menangkap tangannya dan tertawa. Diah tersedar. Raziq hanya bergurau.
“Jahatlah you ni!”. Lalu memukul bahu Raziq. Raziq menyambut tangan itu. Diletakkan di dadanya. Diam dan wajahnya begitu serius memandang Diah , “I sayangkan you sangat-sangat Diah”. Diah diam , terpaku mendengar kata-kata tulus Raziq.
“Saya pun sayangkan awak”. Kata hati Diah.
Di bawah sinaran bulan segalanya tampak lebih indah. Tanpa sedar tangan Raziq telah merangkul  tubuh Diah. Wajah  mereka cukup dekat. Lama ... tiada sebarang gerakan.Tiada bantahan. Tiada kata. Lama ...  Diah tidak mampu menolak. Diah sendiri hanyut dengan perasaannya  , suasana malam yang disinari cahaya bulan itu cukup mengasyikkan.


‘Bila berdua pasti yang ketiga itu adalah syaitan’
Akhirnya malam yang sunyi itu menjadi saksi dosa mereka.  Dosa yang sering dilakukan oleh mereka yang asyik bercinta. Perkara terlarang telah dilanggar. Diah terlupa , walaupun Raziq seorang yang budiman  ... pesan ustaznya selalu benar. “Jika berdua pasti yang ketiga adalah syaitan!”.
“Ha ha ha!!”. Pastinya syaitan tertawa gembira meraikan kemenangan mereka. Mudah benar manusia diperdaya ...
 Mengapa harus sebuah cinta suci dicemari onar berduri?. Semuanya kini bagai sekam yang membakar hangus. Terperangkap dalam jerat buatan sendiri.
Siapa yang harus dipersalah tatkala syaitan-syaitan menari riang meraikan kejayaan mereka  menjahanamkan anak adam.     Maka merataplah anak adam ... menyesali takdir diri.


Gadisku kini terenggut jua
                                    Oleh sidia sanjungan jiwa
                                    Dambakan kasih sayang darinya
                                    Apakan daya ternoda pula
                                    Aku ternoda di malam durjana
                                    Nafsu serakah merobek semua
                                                Syaitan tertawa merasuk jiwa
                                                Yah! Benar aku  berdosa
                                                Aduhai malang mengundang derita
                                                Impian hancur punah segala
                                                Tamatkah sudah cita bahagia?
                                                Ayuhai sedih jiwa merana
                                                Nasibku kini apa sudahnya?
                                   
                                             Ratapan Mardiah   : Mac  1994