Popular Posts

Sunday 27 December 2015

Lukisan jea dan fikiranku ... Pulanglah! Pulanglah!

Lukis jea ... pulanglah! Pulanglah!
Salam buatmu ...
Izinkan aku mencoret warkah buat dirimu yang entah di mana. Barangkali akan ada ketikanya engkau terbacakan coretanku ini maka tika itu akan fahamlah engkau akan maksud yang ingin aku sampaikan.

Sudah acapkali aku mendengar keluhan demi keluhan yang terbit dari seorang tua yang lama kau tinggalkan ... mungkin juga telah kau pinggirkan dari lubuk hatimu.
"Ada kau dengar berita tentangnya?"
"Di manalah agaknya dia sekarang ..."
Apa yang boleh kujawab?
"Maaf ... saya tidak tahu. Langsung tidak dengar khabar beritanya"
"Huhhhh ... ". Keluh orang tua itu sebelum berlalu pergi. Sedih melihat orang tua itu berlagak gagah, berlalu bagai tiada apa mengganggu benaknya. Kesal rasaku kerana tidak dapat memberi khabar gembira buatnya.
Sebaliknya engkau?
Adakah pernah terbit rasa sesal itu di hatimu?
Apa sudah lupakah engkau bahawa tanggungjawabmu kepada orang tua itu tidak pernah terpadam walau sebesar manapun beban yang kau galas dibahu?.

Tahukah engkau , luluh rasa hatiku bila ada yang mengkhabarkan padaku , orang tua itu selalu termenung memikirkanmu. "Manalah dia?". Suaranya bagaikan tidak terkeluar dek saratnya rindu yang membara dalam jiwa. Meronta hatinya menanti khabar berita darimu. Sudah berbulan kau pergi begitu saja ... tega sungguh hatimu. 

Kau mungkin tidak akan faham rasa hati seorang tua itu kerana kau sendiri tidak pernah punya kesempatan untuk menjadi seorang tua kepada insan lain. Bukan niatku menghinamu tapi menurutku , langkahmu telah tersasar jauh. Kau harus segera kembali.

Kau kenal orang tua itu ... bagaimana sikapnya , apa yang telah dilalui dalam hidupnya. Satu ... satu ujian melanda. Tiap kali orang tua itu tabah menghadapi segalanya ... walau ada ketika dia kecundang. Dia bukan manusia sempurna. Dia sama seperti kau ... aku , tidak lepas dari berbuat silap. Namun itu bukan alasan untuk kau meninggalkannya. Apatah lagi hilang begitu saja.
Jangan kau fikir musibahmu bukan ujian buatnya. Bukankah orang tua itu telah menghabiskan sebahagian hidupnya buat kau?. Mengiringi tiap langkahmu dengan doa. Apa sudah putuskah harapmu terhadap doanya?

Akhir coretanku ... pulanglah. Pulanglah! Pulanglah!
Selagi mata orang tua itu belum tertutup. 



-peace-
>__<

Cerita hidup kita tidak berakhir di dunia ini
kelak segalanya akan dipertanggungjawabkan kembali

  


Tuesday 22 December 2015

Lukis jea ...hidup bukan sekadar satu warna...

Lukis jea ... bukan sekadar satu warna...



...bukan sekadar satu warna...
Kalaulah boleh aku memilih
Biarlah warna hidupku hanya satu
-putih-


-peace-
>__<

Friday 18 December 2015

Lukis jea ... dari kejauhan

Lukis jea ... dari kejauhan




...dari kejauhan...
Aku melihat keindahan
Lalu ku lontarkan rasa rindu

-peace-
>__<
...dan ada ketika...

Tuesday 15 December 2015

Fikiranku ... atas kurniaNya


Gerimis...
Rintik halus membasahi wajah
Tika padang kuredah laju
Nyaman ... melontar hangat terik mentari
Disapu angin yang merentang

Gerimis...
Sejat sudah
Tika terik hari semakin meninggi
Meninggalkan perit kulit dibakar
Kataku dalam hati ...
"Gerimis, bila kan kembali?"

..................

Semalam adalah hari keputusan peperiksaan PT3 keluar secara rasmi.
Aku bawa semua anak2 ku untuk sama menemani abang mereka mengambil keputusan tersebut.
Bagaimana reaksi anakku itu?
Tentulah resah ... masih berharap keajaiban akan terjadi. Manalah tahu gred matapelajaran2 'killer' akan diturunkan. ^__^

Setelah lama berbaris di dewan, maka tibalah giliran kami.
"Hmm...tahniah awak dapat 7A dan awak satu2nya murid sekolah kita yang dapat A untuk matematik", kata guru yang bertugas.
"Alhamdulillah...". Ucapku perlahan sambil tersenyum memandang wajah anakku yang kecewa.
Dari riak wajahnya aku tahu dia kecewa kerana keputusannya tidak setanding keputusan abang2 dan kakaknya.
"Tak apa ... tugas kita hanya berusaha bersungguh2. Hasilnya adalah hak Allah. Apa jua yang diberiNya, kita harus bersyukur". Kataku padanya ... moga dia faham bahawa kita hanyalah hambaNya. Segala yang kita miliki hari ini adalah atas kurniaanNya yang Maha Pemurah.

Dan tentunya Allah itu Maha mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Jika inilah pegangan kita, pastinya kita mampu berlapang dada atas apa jua ... suka , duka , kehilangan atau apa saja kisah yang tertulis buat kita. >__<

Maka jadilah kita hambaNya yang sentiasa bersyukur dan redha atas segala yang ditentukan.

...Ingatan buat aku dan kamu teman...
Jadilah kita insan yang sentiasa ...
 menyokong insan lain yang memerlukan
Menghibur tatkala ada yang berduka
Mengingatkan dengan sabar dan solat untuk dia yang kecewa
Mendoakan dengan tulus agar semua bahagia.



-peace-
>__<

Friday 11 December 2015

Lukis jea .... dalam mimpi ^__^

Lukis jea ... dalam mimpi

Percaya tak aku jumpa dia dalam mimpi
Hahahaha
Lawak...pakai kopiah , baju melayu n berpelikat
Naik basikal roda satu dengan gaya berlagak gilerrrr!!!!
^__^

Bila aku tersedar aku rasa kelakar
So ... biar aku boleh senyum sorang2 kemudian hari
Maka aku abadikan gambaran tersebut dalam bentuk kartun.

...........................
Tadi x-anak murid pm
Kami bercerita.
Rupanya dia  accident tak lama dulu. Jatuh motor pada hari pertama kerja lepas habis spm.
Patah kaki n jari kaki.
Kasihan....moga dia sabar n segera sembuh.
X-anak murid aku ni beragama hindu.
Namun takdir Allah, aku 'sayang' dia dan dia juga amat menghormati aku.
Walaupun dah setahun tak jumpa (sebab aku dah berpindah sekolah), dia yang kutinggalkan rajin gak menghubungi aku.
Akupun selalu mengambiltahu perkembangan dia dalam diam melalui fb.
Kekadang, timbul rasa risau melihatkan perkembangan kehidupannya.  Tapi ya lah .... tiap manusia punya pilihan untuk menentukan kehidupan masing2.
Namun jauh disudut hatiku, aku berharap yang dia akan mendapat hidayah daripada Allah(swt) juga pada suatu hari nanti.

.................
Ada keikhlasan , kebaikan dan kekuatan disebalik kekasaran  dan kejerihan hidup




-peace-
>__<
Jauhi prasangka 

Thursday 10 December 2015

Lukis jea ... hening subuh

Lukis jea ... hening subuh ini




Hening subuh ini
Kupanjatkan doa pada yang Maha Kuasa
Buat aku dan kamu
Juga saudara-saudara seagamaku
Mohon keberkatan dariNya
Agar tiap gerak langkah
Helaan nafas
Denyutan nadi
Detikan waktu yang berlalu...
Hingga saat itu
....
Dalam pencarian penantian
Mendamba cinta sejati
Dari yang Maha Mencintai

Dengan rahmatMu
Seluas kasih sayangMu
Izinkan kami sipendosa hina ini ...
... menjadi penghuni
Al-Firdaus yang tertinggi
-Amiinnnn-


-peace-
>__<




Tuesday 8 December 2015

Lukis jea ... adakalanya lebih sukar...

Lukis jea ... adakalanya lebih sukar...




Ya!
Adakalanya  lebih sukar untuk memujuk hati sendiri.
Pujuk hati untuk tabah dan sabar mengharungi ujian hidup
Pujuk hati untuk redha dengan takdir diri
Pujuk hati untuk terima segalanya seadanya

Banyak perkara berlaku dalam hidup kita
Tiap satu punya hikmah yang tersembunyi
Ada yang bikin senyuman terukir dibibir
Tidak kurang juga menitiskan airmata dalam jiwa
Senyum dalam tangis

Apapun rupanya
Manis atau pahit rasanya
Yang pasti....
"Andai kita bersyukur dengan apa jua yang Allah beri
Pasti akan ditambah nikmat buat kita
Sebaliknya, andai syukur itu tiada
Pasti ditarik kembali  kenikmatan  yang ada






-peace-
>__<
...Bila hati tidak sekeras waja...

Monday 7 December 2015

Sekolahku Syurgaku ... Kajian Tindakan 1 : "Tarik Tali"

MENINGKATKAN ADAP BELAJAR DAN HORMAT GURU BAGI MURID ‘NAKAL’ TINGKATAN 4 HARMONI MELALUI PENDEKATAN ‘TARIK TALI’

Oleh

Pn. Rozai Asnizah Bt Mohd Shariff


SMK DATO’ ABU BAKAR BAGINDA
SEPANG , SELANGOR


              ABSTRAK

            Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan adab belajar dan kepatuhan murid kepada arahan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains Tingkatan 4 Harmoni supaya proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dapat dijalankan dan dicapai. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah aktiviti yang patut dilaksanakan guru apabila berhadapan dengan murid ‘nakal’ dan kurang adab sewaktu PdP di dalam kelas. Kajian dimulakan dengan aktiviti ‘membina hubungan’ melalui aktiviti ‘memancing’.‘ Seterusnya langkah ’pecah dan atur’ dilaksanakan agar kenakalan murid sasaran dapat dikawal. Langkah ‘endah dan abai’ pula diaplikasikan agar murid sasaran merasa ‘rugi’ dan terpinggir jika mereka tidak beradab hingga tidak diendahkan oleh guru. ‘Semuka’ dan ‘Ibu Bapa disamping’ merupakan kaedah lanjutan yang agak agresif dan akan dilaksanakan sebagai langkah seterusnya sekiranya perubahan sikap murid masih tidak memberangsangkan. Soal selidik dilakukan secara rawak kepada 15 orang murid (50% enrolmen) dalam kelas tersebut (Bukan kumpulan sasaran) untuk menjustifikasikan keperluan menjalankan kajian tindakan ini.  Pra Ujian dan Pos Ujian pula dijalankan terhadap kumpulan sasaran untuk menganalisis perubahan tingkah laku mereka sebelum dan selepas kajian ini dijalankan. Daripada soal selidik yang dijalankan, analisis menunjukkan bahawa kajian tindakan ini perlu dijalankan agar pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dilaksanakan manakala murid sasaran pula telah mula menunjukkan minat dan mengubah tingkah laku mereka daripada kurang beradab dan engkar arahan guru kepada lebih beradab dan lebih patuh guru. Hal ini menjelaskan kepada guru pengkaji bahawa pendekatan ‘Tarik Tali telah berjaya mengubah tingkah laku tidak beradab murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran kepada lebih beradab dan lebih patuh kepada arahan guru.Sebagai kesimpulannya, kaedah pendekatan guru yang pelbagai,  bermotivasi dan memotivasikan serta menghargai dan menghormati setiap individu murid mampu membentuk suasana PdP yang lebih efektif melalui sikap murid yang lebih beradab dan lebih patuh guru.



1.0      REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

 Berdasarkan pengalaman mengajar kelas 4H dan analisis Ujian Penilaian 1 yang telah dijalankan pada bulan Mac lalu , sikap ‘nakal’, kurang beradab dan tidak patuh kepada arahan guru tujuh orang  murid 4 Harmoni menyebabkan  suasana PdP keseluruhan kelas terganggu dan memberi impak besar terhadap konsentrasi pelajar lain serta pencapaian mereka dalam ujian tersebut.

Pengkaji memulakan kajian dengan memberi satu soal selidik secara rawak kepada 10 murid kelas 4 Harmoni ( bukan sasaran ),  tentang suasana Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas dan masalah yang mengganggu keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran . Murid juga diminta menyenaraikan nama rakan-rakan mereka yang menjadi punca gangguan dan suasana pembelajaran yang kurang kondusif.

Hasil soalselidik tersebut mengesahkan bahawa suasana Pengajaran dan Pembelajaran yang  kurang kondusif itu jelas berpunca daripada sikap tidak beradab tujuh orang murid sasaran.

Pengkaji telah meminta pendapat beberapa orang guru yang mengajar 4 Harmoni mengenai sikap dan pencapaian murid sasaran. Guru-guru tersebut memberikan komen yang sama iaitu ,  semangat berusaha dan disiplin diri murid-murid tersebut sangat lemah dan selalu tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

Pengkaji juga menjalankan pra ujian dan pos ujian kepada kumpulan murid sasaran agar perubahan tingkahlaku mereka sebelum dan selepas kajian dijalankan dapat dianalisis.




2.0          ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Keseluruhan murid-murid  tingkatan 4 Harmoni adalah murid-murid yang mencapai tahap keputusan PT3 yang amat lemah. Mereka setakat lulus beberapa matapelajaran dan gagal dalam beberapa matapelajaran yang lain. Namun tiada seorangpun daripada mereka menyangkal akan kepentingan pelajaran dalam hidup..

Masalah ini berlaku kepada mereka kerana sikap ‘tidak peduli’dan tidak rajin ‘berfikir’ dan kurang pendedahan terhadap pentingnya merancang dan menggunakan masa dengan baik. Lebih teruk lagi apabila mereka terkumpul dalam satu kelas yang sama dan ada di antara mereka mempunyai sikap yang amat tidak beradab dan sering kali engkar  arahan guru. Sikap sekumpulan murid yang tidak beradab seperti membuat bising  yang keterlaluan , keluar masuk kelas sesuka hati dan  langsung tidak mahu menyalin atau membuat kerja yang diberikan guru telah menyumbang kepada suasana PdP yang amat tidak kondusif.

Kajian ini dijalankan agar sekumpulan murid yang tegar tidak beradab dan engkar arahan guru itu dapat ‘dirawat’ agar suasana PdP yang kondusif dapat diwujudkan dan semua murid dan guru mendapat manafaatnya. Seterusnya , suasana yang kondusif dapat dijana  dan diharapkan akan dapat meningkatkan motivasi belajar murid 4H keseluruhannya dan akhirnya mampu mencapai  keputusan peperiksaan murid yang lebih memberangsangkan.




3.0          OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am

Kajian ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suasana PdP yang lebih kondusif dalam kelas matapelajaran Sains Teras tingkatan 4 Harmoni.


Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah untuk;

1.  Mengubah sikap tidak beradab semasa PdP sekumpulan  murid.
2.  Meningkatkan kepatuhan sekumpulan murid pada arahan guru.
3.  Membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dapat dijalankan.



4.0       KUMPULAN SASARAN

Terdiri daripada tujuh orang murid tingkatan 4 Harmoni.

Mereka ialah :

Bil.
Nama
Keputusan
Ujian Penilaian 1 (Sains)
Catatan/Sikap Murid
1
Murid 1
31
Terlalu malas , tidak minat belajar dan tiak menghormati guru
2
Murid 2
37
Sering  membuat bising melampau dan tidak menghormati guru.
3
Murid 3
31
Mengikut suasana dan  sering engkar arahan untuk menyiapkan tugasan
4
Murid 4
46
Sering  membuat bising melampau dan tidak menghormati guru.
5
Murid 5
49
Sering  membuat bising melampau dan kurang menghormati guru.
6
Murid 6
31
Sangat tiada minat belajar dan sentiasa engkar arahan.
7
Murid 7
26
Tidak minat belajar dan mengikut sikap kawan-kawan
            Catatan:    Nama sebenar murid sengaja dilindungi




5.0       PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1       TINJAUAN MASALAH

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan soal selidik, pemerhatian,           ujian pra dan ujian pos.


Soal Selidik
        
Borang soal selidik disedia dan diedarkan secara rawak kepada 10 orang murid untuk mengetahui maklumat yang berkaitan dengan sikap dan punca pembelajaran dalam kelas menjadi tidak kondusif. Borang ini diisi oleh murid secara rahsia dan jujur bagi mendapatkan maklumat yang tepat.Daripada soal selidik yang dijalankan , didapati terdapat tiga faktor utama yang menjadi punca pembelajaran dalam kelas menjadi tidak kondusif iaitu;       

i..        sikap sekumpulan murid yang sering mengganggu pdp menyebabkan suasana   
           pembelajaran menjadi tidak menarik.
ii.       Sukar untuk fokus dalam kelas.
iii.      Sukar memahami dan mengingat fakta sains disebabkan gangguan yang wujud di     
           dalam kelas.


5.2       ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1    Analisis  Soal Selidik
Berikut adalah rasional kajian ini patut dijalankan terhadap kumpulan murid yang dimaksudkan.:

Item
Peratus
Sebelum
Peratus
Selepas
Refleksi

Perubahan
positif

Kekal
% murid  tidak suka dimasukkan / menjadi ahli kelas 4
Harmoni
46.2%
30.8%

% murid yang merasakan tidak semua rakan kelas
mereka beradab ketika belajar dalam kelas

84.6%

84.6%
Kumpulan Sasaran
Perubahan Tingkahlaku
(Berdasarkan soal selidik secara rawak)
Penilaian
Guru
Kekal
(Tidak beradab)
Semakin Beradab
Murid 1
100%
0%
-
Murid 2
30%
70%
+
Murid 3
0%
100%
+
Murid 4
60%
40%
+
Murid 5
90%
10%
+
Murid 6
100%
0%
-
Murid 7
100%
0%
-
                                  Jadual  4  : Jadual Analisis Soal Selidik

Analisis soal selidik

Hasil dapatan  soal selidik sebelum kajian tindakan dijalankan mendapati ;
Kajian tindakan ini adalah amat wajar dan perlu dijalankan kerana tingkah laku kumpulan sasaran amat menyumbang kepada suasana yang tidak kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Hasil dapatan setelah Kajian tindakan dijalankan menunjukkan ;
Telah berlaku perubahan tingkahlaku  positif terhadap empat  daripada tujuh orang murid sasaran.
Sungguhpun hanya 57% sahaja daripada kumpulan sasaran menunjukkan perubahan tingkahlaku positif namun kajian tindakan ini adalah dianggap berjaya.
Mengubah tingkahlaku individu/manusia bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan. Empat daripada tujuh murid sasaran telah menunjukkan perubahan sikap yang positif. Maka kajian ini dianggap telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang disasarkan.



5.2.3    Ujian Pra dan Pos Kumpulan Sasaran.
                       
Item
Peratus
Sebelum
Selepas
Murid mempunyai cita-cita kerjaya
Semua mempunyai cita-cita
(Polis,tentera,pilot,jurutera,usahawan , pemain bola,orang kaya)
Murid seronok datang ke sekolah
Untuk belajar
42.8%
71.4%
Murid seronok datang ke sekolah kerana hendak berjumpa kawan-kawan (social)
85.7%
57.1%
Murid datang ke sekolah atas desakan ibubapa
14.3%
00.0%
Murid tidak seronok ke sekolah kerana pelbagai alasan
14.3%
00.0%

Dapatan ujian Pra mendapati murid-murid sasaran seronok datang ke sekolah kerana dapat bersosial dengan kawan-kawan menyebabkan mereka cenderung untuk bermain , membuat bising dan berbual-bual sesama sendiri adalah paling tinggi. Manakala dapatan ujian pos mendapati murid-murid sasaran seronok datang kesekolah untuk belajar meningkat dari 42.8% kepada 71.4% dan tiada murid yang datang ke sekolah atas desakan ibubapa.



5.2.3    Analisis  Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati;
a.         Murid tersebut mulai fokus dalam kelas.
b.        Murid mula mendengar arahan guru untuk berpecah kumpulan tempat duduk.
c.         Murid mula menunjukkan sedikit pertambahan minat untuk mendengar dan terlibat dalam latihan di  papan putih.
d.         Murid tidak lagi keluar masuk kelas sesuka hati sewaktu guru mengajar.
e.         Hampir kesemua murid sasaran sudah mula membuat catatan / latihan yang diberi sekiranya mereka membawa buku.


Analisis Soal Selidik (Dalam bentuk Graf)





            Catatan:
            Soalan 1 : Murid seronok datang ke sekolah untuk belajar
            Soalan 2 : Murid seronok datang ke sekolah untuk berjumpa kawan-kawan (Bersosial)
            Soalan 3 : Murid datang ke sekolah atasdesakan ibubapa
            Soalan 4 : Murid tidak seronok ke sekolah kerana pelbagai alasan

         Jadual 7 : Perbandingan Perubahan sikap sebelum dan selepas kajian secara graf
  Daripada perbandingan secara graf didapati perbezaan yang ketara dalam perubahan sikap murid sasaran.



              5.2.4     AKTIVITI dalam Kajian Tindakan "Tarik Tali"
               Lima aktiviti yang dijalankan dalam kajian tindakan ini adalah;

a.    Aktiviti 1-   Memancing
b.    Aktiviti 2-   Pecah dan Atur
c.    Aktiviti 3 – Endah dan Abai
d.    Aktiviti 4 – Semuka
e.    Aktiviti 5 – Ayah dan Ibu disamping

Kelima-lima aktiviti diringkaskan dalam bentuk carta aliran di bawah;
          




































     Catatan: Kelima-lima aktiviti di atas akan dijalankan mengikut turutan bergantung kepada                                 keperluan dan hasil perubahan sikap murid sasaran.


5.4          PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN

Setelah dikenalpasti masalah yang dihadapi maka pengkaji mengambil masa yang sesuai bergantung kepada keperluan aktiviti sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap kumpulan sasaran selama 3 bulan (Februari hingga April).


5.4.1    Perlaksanaan Aktiviti 1 : ‘Memancing’

 1.     Sesi berkenalan ; pengkaji dan semua murid kelas 4 Harmoni saling berkenalan dan mengingati          nama satu sama lain.

 2.     Pengkaji membina hubungan dan kepercayaan murid terhadapnya dengan   membawa roti /                        makanan ringkas sebagai alas perut murid sebagai sarapan pagi. Aktiviti ini dijalankan pada waktu                  pertama PdP (rujuk Jadual waktu Sains-Isnin , Rabu dan Jumaat). (Aktiviti ini dipilih dan sesuai                        kerana majoriti murid 4 Harmoni tidak mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah).


 3.     Pengkaji memulakan kelas dengan memberikan  satu hingga dua minit kata-kata  semangat/motivasi.


i.         Pemerhatian

Majoriti murid  mula menunjukkan minat dan memberikan tumpuan sewaktu PdP.  Namun terdapat sekumpulan murid hanya memberikan tumpuan dan terlibat secara aktif sewaktu sesi ‘berbual/motivasi’ sahaja. Mereka mula menunjukkan skap penolakan dan kurang sopan sebaik sahaja PdP dimulakan.

ii.      Refleksi

Sekumpulan murid sasaran tersebut tidak berminat dengan apa jua aktiviti berbentuk akademik. Mereka tidak mampu menunjukkan sikap beradab dan akur kepada arahan guru sewaktu PdP.



5.4.2    Perlaksanaan Aktiviti 2: Pecah dan Atur

1.   Sebelum memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran , murid-murid dalam kumpulan sasaran dipecah-pecahkan kedudukannya.

2.  Pengkaji melibatkan murid-murid dalam kumpulan sasaran dalam perbincangan dan aktiviti kelasdengan cara memanggil nama mereka sekurang-kurangnya sekali sewaktu aktiviti kelas Sains.

i.        Pemerhatian

Murid-murid dalam kumpulan sasaran agak keberatan dipecah/diasingkan tempat duduk mereka di dalam kelas. Mereka hanya akan akur setelah dipujuk dan dipaksa beberapa kali.

Setelah berpecah dan duduk berasingan , 4 daripada 7 orang murid dalam kumpulan sasaran tetap enggan mematuhi arahan menyalin nota dan membuat latihan. Mereka menunjukkan sikap protes dengan cara membatukan diri dan hampir langsung tidak mahu terlibat dalam aktiviti PdP yang sedang berjalan.

ii.     Refleksi

Aktiviti ‘Pecah dan Atur’ ini hanya dapat mengurangkan gangguan dalam kelas sewaktu PdP untuk beberapa ketika. ‘Pecah dan Atur’ tidak dapat dilaksanakan pada setiap kali kelas kerana murid sasaran mulai menunjukkan sikap protes dengan membatukan diri di kerusi masing-masing apabila dipecahkan.


               

5.4.3         Perlaksanaan Aktiviti 3 : ‘Endah dan Abai’

1.     Guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan beramah mesra dengan  semua ahli kelas dan dengan sengaja mengabaikan murid-murid dalam kumpulan sasaran.

2.     Guru sengaja menarik perhatian semua murid dengan membicarakan topik-topik menarik yang menyebabkan murid-murid semua berlumba-lumba memberi respon. Guru melayan respon murid-murid lain dan sengaja mengabaikan  murid-murid dalam kumpulan sasaran.

3.     Guru melaksanakan sesi PdP tanpa mengendahkan langsung kumpulan sasaran walaupun mereka berbuat bising atau ketiadaksopanan yang lain.


i.      Pemerhatian

Murid-murid kumpulan sasaran cuba untuk terlibat dalam perbincangan isu-isu menarik (Bukan yang berkaitan dengan sukatan pelajaran mereka). Mereka akhirnya sedar yang mereka sedang diabaikan guru dan mulai menunjukkan reaksi tidak selesa. Ada di antara mereka mulai diam dan mula membuat kerja sendiri.

ii.    Refleksi

Empat daripada tujuh murid sasaran mulai akur dan patuh pada arahan guru. Manakala tiga yang lain mengambil sikap tidak menghiraukan guru dan berbual sesama sendiri.
Maka aktiviti seterusnya harus dilaksanakan.



5.4.4    Perlaksanaan Aktiviti 4 : Semuka

1.     Guru menggunakan kaedah ‘semuka’ sebagai langkah agresif bagi menamatkan tingkahlaku tidak beradab murid sasaran sewaktu PdP dijalankan.
Guru menetapkan masa dan tempat yang sesuai bagi pertemuan secara tertutup antara guru dan semua murid sasaran.

2.     Guru menyemak jadual ‘relief’ kelas 4 Harmoni untuk memilih masa yang sesuai supaya tidak mengganggu masa pembelajaran murid.

3.     Pertemuan telah dijalankan secara formal di bilik unit bimbingan dan kaunseling. Lokasi ini dipilih untuk mendapatkan suasana yang formal dan jauh daripada gangguan faktor sekeliling.

4.     Perbincangan serius dijalankan tertumpu kepada  perkara berikut;

i.              Sikap tidak beradab murid sewaktu PdP
ii.             Ketidakpuashatian guru
iii.            Keidakpuashatian murid
iv.           Kaedah menangani ;
     iaitu dengan melaksanakan dua perkara ;
     -    dengar guru mengajar dan
     -      bertanya guru semua perkara yang tidak difahami sewaktu PdP.

i.     Pemerhatian

Kesemua murid sasaran telah memberikan komitmen yang baik sepanjang sesi pertemuan tersebut.
Kesemua mereka mengakui kebiadapan masing-masing adalah disebabkan diri mereka sendiri yang kurang berminat bersekolah dan kesukaran memahami topik yang diajar.

Keadaan ini disebabkan mereka telah terlalu lama mengabaikan pelajaran menyebabkan mereka kehilangan punca dan tidak tahu bagaimana mahu berubah dan membaiki keadaan.


ii.    Refleksi

Mereka lebih fokus dan cuba untuk mengambil bahagian secara positif sewaktu PdP Sains dijalankan.
Bagi mengatasi masalah murid yang tidak memahami pengajaran guru akibat sikap mereka sebelum ini yang telah terlalu lama mengabaikan pelajaran maka guru meneruskan kajian tindakan yang kedua iaitu ‘iqra’.



5.4.5    Perlaksanaan Aktiviti 5 : Ayah dan Ibu disamping

Aktiviti ini tidak perlu dijalankan kerana kesemua murid kumpulan sasaran mulai menunjukkan perubahan sikap yang positif sewaktu kelas Sains dijalankan.




6.0       REFLEKSI KAJIAN

Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa majoriti murid 4 Harmoni lebih yakin dan   berminat terhadap matapelajaran Sains .

Perhatian dan pendekatan yang pelbagai tanpa putus asa adalah amat perlu untuk mendekati dan membimbing murid-murid yang tidak beradab dan tidak akur pada arahan guru sewaktu PdP dijalankan.
Sikap mereka ternyata berpunca daripada kelemahan mereka untuk memperbaiki diri yang telah terlalu lama dan banyak ketinggalan dalam pelajaran (murid tercicir).



7.0       CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

      Sikap  murid yang tidak minat membaca menyebabkan murid semakin lemah dan tidak dapat menguasai pelajaran dengan baik. Satu kajian tindakan perlu dijalankan agar murid-murid mula menguasai kemahiran membaca ,  memahami dan menterjemahkan bahan bacaan tersebut dalam bentuk peta konsep atau rajah.

     





Kajian dan laporan Kajian tindakan ini telah dijalankan oleh :

Rozai Asnizah Bt Mohd Shariff
Guru matapelajaran Sains Kelas 4 Harmoni.



...........................................................................................................................

                                                                                                                                                                                Lampiran 1
Borang Soal Selidik Kajian Tindakan Kelas 4 Harmoni (Semua ahli 4H)

1.     Jantina: ……………………………….

2.     Perasaan anda sekarang tentang kelas 4 Harmoni. ( Tandakan / )

Sangat Suka

Suka

Tidak suka

Sangat tidak suka



3.     Nyatakan sebab bagi pilihan anda di 2.

…………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………..

4.     Adakah anda rasa semua rakan sekelas anda sudah beradab ketika belajar dalam kelas?. (Tandakan /)

Ya              ……………………….

Tidak        ……………………….

5.     Jika tidak , nyatakan nama rakan-rakan anda yang masih kurang/tidak beradab semasa pembelajaran di dalam kelas sedang berlangsung.
Bilangan
Nama
1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.




6.     Adakah kesalahan / kenakalan yang sering dilakukan mereka (Tanda /)

Bil
Item/Isu
Jawapan
1
Mengganggu PdP dengan membuat bising/berbual dengan nada suara yang kuat


2
Engkar arahan guru (Tidak menyalin nota atau tidak  membuat latihan yang diberikan oleh guru)


3
Keluar masuk kelas sesuka hati



4
Tidak membawa buku teks/ rujukan/buku nota



5
Tidak mempunyai sebarang alat tulis seperti pen , pensil , pembaris dan lain-lain




Disediakan oleh: Rozai Asnizah Bt Mod Shariff
                        Guru matapelajaran Sains 4Harmoni.





..................................................................................................................................................
                                                                                                       

                                                                                                          Lampiran 2

Ujian Pra
Kajian Tindakan  : Kelas Sains 4 Harmoni (Kump. Sasaran)

Nama : ………………………………………..                   Jantina: …………………………….

1.    a)         Adakah anda mempunyai cita-cita kerjaya?  (Tandakan /)             

Ya


Tidak



            b)         Jika Ya , nyatakan cita-cita anda : ………………………………………

2.    Adakah anda seronok ke sekolah?


Nyatakan alasan / sebab

Ya






Tidak








3.    Terangkan secara jujur mengapa anda ke sekolah?




_________________________________________________________




Disediakan Oleh : Rozai Asnizah Bt Mohd Shariff



.............................................................................................................................................

                                                                                                                                            Lampiran 3


Ujian Pos
Kajian Tindakan  : Kelas Sains 4 Harmoni (Kump.Sasaran)

Nama : ………………………………………..                   Jantina: …………………………….

1.     a)             Adakah anda mempunyai cita-cita kerjaya?       (Tandakan /)                        

Ya


Tidak



                b)             Jika Ya , nyatakan cita-cita anda : ……………………………………………..


2.     Adakah anda seronok ke sekolah?



Nyatakan alasan / sebab

Ya






Tidak











3.     Terangkan secara jujur mengapa anda ke sekolah?

________________________________________________________________________________




Disediakan Oleh : Rozai Asnizah Bt Mohd Shariff