Popular Posts

Tuesday 3 December 2019

Lukis jea ... "Bapak, mummy n nina"



Add caption

Lukis jea ... "Bapak, mummy dan nina"
Mereka adalah keluarga aku ...
Mummy ni adik betul2 di bawah aku. Kami memang rapat dr kecil.
Walaupun beza sekadar 2 tahun ... tapi aku memang selalu mengalah n kena manjakan dia.  Dulu masa kecik2 ... aku selalu gak jealouskan mummy ni.  Sebabnya?!
Sebabnya dia adalah anak kesayangan abah den ... manja yang amat. Setiap kali abah bawa balik makanan , janganlah berani nak makan dulu. Rasa sikitpun tak boleh. Semuanya mesti dia yang 'rasmi'kan dulu ... kalau tak, alamatnya dia punya raungan tu ....
Selagi kau tak kena marah dengan abah, memang takkan berhentilah jawabnya!!!
Teruklah mummy ni masa kecik dulu🤣🤣🤣

Tapi itu kessh masa kecik2.
Biasalah , aku ni anak ketiga. Kategori anak tengah ... anak yg sering 'terabai tanpa sedar' oleh mak n abah. Sebab tu aku terpaksa 'menonjolkan' diri sendiri utk dapatkan perhatian mak n abah.
Macam mana tu?
Macam ni lah ... aku jadikan tabiat, setiap kali nak ke mana2, pasti aku cium mak n abah. Nak tido ucap selamat malam ... rajin2 kemas rumah, untung2 dapat pujian mak n abah😅

Mana taknya ... selalu saja aku merajuk , siap duduk bawah katil lagi ... malangnya takde sispa pun tahu atau kesah kalau aku merajuk pun. Last2 ... pujuk diri sendiri. Keluar dari bawah katil dan keadaan menjadi seperti biasa.😢

Okey ... itu part sedih aku di masa kecik (aku je yg sedih). Mari kita tengok kebaikan dr kesedihan itu...
1. Aku lebih berdikari
2. Aku biasa mengalah dan percaya bahawa rezeki itu memang sudah tertulis.
3. Aku tak rasa canggung untuk peluk abah dan arwah mak aku (semasa hidupnya) walaupun di hadapan khalayak ramai.
4. Semua pengalaman itu menjadikan aku kakak yang sangat 'kakak' terhadap adik2ku
5. Inshaa Allah, pengalaman itu menjadikan aku seorang yg lebih memahami dan menghargai.

Hargailah apapun yg dikurniakan Allah buat kita. Bersangka baik pada takdir kita.
Apa pun yang hilang pasti akan diganti Allah dengan yg lebih baik asal saja kita redha dan bersyukur.

Mak abah adalah anugerah ... adik beradik juga adalah anugerah. Hargai selagi boleh ... cipta n simpan kenangan yang indah kerana langit tidak selalunya cerah.
Andai takdirnya waktu memisahkan ... sekurang2nya kita masing2 ada kenangan untuk dipaut sebagai tanda kita pernah bersama bergembira dan berkasih sayang.
*************
Jom ... aku tunjukkan proses menghasilkan likisan di atas.






-peace-
>__<

Wednesday 27 November 2019

Lukis jea ... tunaikan permintaan

Jom melukis .... tunaikan permintaan sahabat.


Lukis jea .... Sahabat ini ku kenali ketika sama2  berkhidmat di SMK Cyberjaya. Baik ... lembut dan amat bersopan orangnya . Jauh lebih muda dariku ... anak2 masih kecil.
Lama jugalah dia meminta aku melukiskan gambarnya ni. Alhamdulillah ... tertunai sudah.

Biasalah ... part melukis potret ni aku memang agak 'bercinta' sikit sebab aktiviti ini memerlukan konsentrasi dan ketenangan. Kalau tak ... sendiri fahamlah. Lukis gambar A ... nanti jadi gambar B🤣

Kali ni aku follow sekali gambar latar belakang sahabat aku ni. Selalunya aku lukiskan potret sahaja dan latarbelakangku biarkan kosong. Tapi yang ini ... latarbelakangnya menarik hatiku ... ada seni tersendiri di situ.

Sebenarnya part yang paling susah bagiku adalah part ini ... nak jelmakan air muka dan wajah tuan empunya gambar. Kena cari 'kekuatan' pada wajah. Macam sahabatku jni kekuatan pada wajahnya adalah senyuman...tarik bibirnya dan lesung pipit di hujung bibir.
Bahagian 'kekuatan' ni kena fokus lebih ... sebab bila 'kekuatan' menyimpang, alamatnya air muka akan lari jauh ... payah lak nak kejar🤣🤣🤣


Ini adalah peringkat2 awal melukis...masa ni sekadar nak dapatkan bentuk dan posisi (nisbah saiz ... mata ... mulut ... lentuk kepala dan ciri2 lainnya). Taklah mencabar sangat tapi tak boleh dipandang remeh kerana ...
Pernah tak anda melukis tetiba kertas lukisan tu jadi tak muat atau  .... habis melukis nampak hidung atau mata dia nampak macam terlebih besar ..
 Atau senget😁
Jadi ... itulah kepentingan part ini. Tentukan nisbah saiznya betul sesuai.

Sekianlah celoteh aku kali ini.
Selamat bercuti sahabat2 guru semalaysia.
Selamat menamatkan paper last spm hari ni ... sekolah aku, hari ini ,budak2 prinsip akaun sedang bertarung di dewan peperiksaan manakala majoritinya dah merdeka semalam.

Cuti2 panjang ni rancang dan manafaatkan masa dengan baik ye ...
Aku sendiri merancang ... nak membaca sekurang2nya 3 buah buku ilmiah ... nak gemburkan tanah2 pasu2 sayur aku ... nak tambah hafalan dan zikir harian ... nak tunaikan permintaan lukisan2 yang tertangguh ... teringin juga nak bermain warna ... nak selesaikan jahitan2 yang juga tertangguh dan yang paling penting ... nak luangkan masa berkualiti untuk keluarga.
Haishhhh ... banyaknya rancangan.
So .... kenalah tulis on paper ... rancang schedule harian ... letak target tiap aktiviti ... laksanakan mengikut perancangan  ... ingatkan diri sendiri, hari cuti bukan hari utk bangun lambat😅
ATAU
Semuanya akan jadi angan2!!!
Jom sahabat sekelian ... kita manafaatkan masa anugerah Allah ini sebaiknya💪💪💪

Ops ....jangan lupa doakan kebaikan buat kita semua di dunia dan akhirat ... dan negara kita, Malaysia.

Juga saudara2 kita yg dizalimi dan dalam sengsara ... di Gaza, Syria, Kashmir , Xinjiang ... dan di seluruh bumi Allah ini. Ayuh kita sama2 doakan agar mereka tabah dan teguh mempertahankan islam dan iman dlm diri mereka dan dipelihara keturunan2 mereka drp menjadi kufur (sedihnya teringatkan anak2 di Xinjiang yang dipisahkan dari ibubapa masing2 dan diasuh oleh musuh islam)
Lindungi mereka Ya Allah.

-peace-
^__^


Wednesday 20 November 2019

Lukis jea ... "Mensyukuri Kurnia"

Lukis jea ... mensyukuri kurnia

Bersyukurlah kita atas kurniaan segala nikmat yang telah dianugerahkan Allah utk  kita kecapi.

Hari ini ... aku ditakdirkan bersama beberapa orang sahabat menyelami ... memahami ... simpati dan empati akan nasib seorang anak murid kami.

Memahami dia  menginsaf kan aku akan betapa kurangnya aku bersyukur atas segala yang kumiliki ... kehidupan ... keluarga ... keriangan dan segalanya.
Sedang anak ini hidup dalam air mata ... terkapai2 mencari tempat berpaut dengan segala kezaliman yang melingkari.

... dan betapa aku merasai , tiap satu perkara diatur Allah dan betapa kita manusia ini terlalu kerdil.
Benarlah ...
'Kita merancang dan Allah juga merancang ... dan perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan'

Biar aku belanja kalian sebuah cerpen dan puisi yang pernah kutulis  lama dulu ... moga terhibur membacanya ^__^

Cerpen: Ibrah Sebuah Kehidupan
***ojai“Waalaikumussalam. Maaf atas setiap kesalahan. Semoga awak berbahagia sentiasa dan itu memang sudah pasti kerana itu adalah pilihan awak. Terus pandang ke hadapan. Saya bukan orang yang istimewa untuk dirindui. Terima kasih atas segala”.
Dilaila memandang kosong pesanan terakhir yang diterima dari  seorang teman yang telah terlalu lama bertapa dalam hatinya. Untuk hari ini sahaja , sudah lebih lima kali Dilaila membaca pesanan ringkas itu.
Dilaila memejamkan mata , “Terima kasih atas segalanya?. Terima kasih untuk apa?. Apa yang pernah kuberikan untuknya hingga dia harus berterima kasih?. Tiada yang pernah kuberikan melainkan kenangan luka yang sentiasa menusuk tiap kali dikenang. Huh!!” Keluh Dilaila
“Maafkan aku awak … maafkan aku kerana melorek sejarah hitam dalam hidup awak. Aku juga telah maafkan awak atas apa jua warna rasa yang pernah terhimpun dan masih kekal dalam sanubariku ini. Hingga kini … dan tak mungkin kulontar”.

“ Dilaila … sayang?”. Tegur Amri , sengaja bahu Dilaila yang membelakangkannya itu disentuh.
“Eh! Abang”. Balas Dilaila , lantas dengan segera telepon bimbitnya dimatikan.
“Kenapa termenung panjang, fikir apa?”.
“Err… takde apa. Teringatkan zaman muda-muda dulu…zaman sekolah”. Dilaila berdalih.
“Hmm … sekarang ni dah tua sangatlah ya?”. Usik Amri sambil menyelak rambut isterinya yang jatuh menutupi mata.
“Heee…”Dilaila membalas dengan senyuman.
“Err…abang cari Dilaila sebab apa ye?”
“Laa…cari isteri sendiri pun kena ada sebab?. Ni…sekarang dah masuk waktu isya’ , jom kita solat”
“Oh!...ingatkan apa tadi. Hmm… abang pergilah ambil wuduk dulu. Lepas tu baru Dilaila”.

Sementara , Amri membersihkan diri dan berwuduk , Dilaila termenung lagi. Terimbau kenangan saat mula-mula bertemu Amri.
“Hmm … saya Amri. Saya betul-betul nak berkawan dengan awak. Malah, kalau awak sudi , saya ingin segera menikahi awak”. Begitu telus dan mudahnya Amri menyatakan hasratnya.
“Err … saya tak tahu. Itu bergantung pada penerimaan orang tua saya. Lagi pula , sejauh mana awak mengenali saya?. Nama saya … awak tahuke?”.
“Tidak , saya memang tidak tahu nama awak. Tapi , kali pertama saya nampak awak , saya sangat yakin...saya sukakan awak dan awak memiliki ciri-ciri wanita idaman saya”.
Bagai terpukau Dilaila mendengar jawapan pemuda di hadapannya ini. Inilah kali pertama dalam hidupnya , seorang pemuda dengan yakin dan berani mengetuk pintu hatinya tanpa silu.
“Err … entah. Saya serahkan segalanya pada mak dan abah saya. Kalau awak serius , awak jumpalah mereka”.
“Maknanya , kalau mereka setuju , awak akan setuju?”. Tanya Amri , bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. “Masakan begitu mudah?”. Fikirnya.
Dilaila diam , sukar baginya untuk menjawab soalan itu. Mana tidaknya , wajah ‘dia’ yang ditinggalkannya masih segar dalam ingatan. Malah beban rindu yang ditanggungnya tidak pernah berakhir.
“Awak?...betul ni. Kalau saya jumpa mak dan abah awak dan mereka setuju , maknanya awak pun akan setuju, begitu?”.
“Ya. Rasanya betullah”. Jawab Dilaila ragu-ragu.
“Err…bas saya dah nak gerak, saya pergi dulu”.
“Eh, nanti!. Beri saya alamat atau nombor telepon awak. Saya akan hubungi awak lagi lepas ni dan saya pasti akan jumpa mak dan abah awak dalam masa terdekat”. Kata Amri penuh yakin.
Tanpa berfikir panjang , Dilaila menuliskan nombor telepon rumahnya pada sehelai kertas lalu dihulurkan pada  Amri sebelum berlari anak menaiki bas yang sudahpun dihidupkan enjinnya.

“Hei! Berangan ya?”. Sergah Amri.
Dilaila tersentak lalu memberikan senyuman manis buat suaminya itu.
“Adalah sikit … berangan”. Balasnya sebelum masuk ke bilik air untuk berwuduk.

Lewat solat hari itu , Dilaila berdoa … “Ya Allah , bantulah aku untuk menjadi hambamu yang pasrah dengan segala ketentuan takdir yang telah Kau corakkan untukku. Bantulah aku untuk melepaskan apa yang patutku lepaskan sejak lama dulu. Kurniakan aku ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi ujianMu ini.
Ya Tuhanku , diriku  … hatiku  seluruhnya adalah milikMu yang kau pinjamkan padaku untuk hayat ini. Kau amanahkan kepadaku buat mencari redhoMu … maka ampunkanlah aku atas kelancangan tindakku hingga aku melukakan hati insan lain sedangkan hak diriku sendiri tidakku tunai. Sesungguhnya  aku amat sedar bahawa syurga dan neraka itu benar.
Ya Allah , tiada yang terselindung dariMu … maka maafkanlah aku , ampuni aku.
Ya Allah dari lubuk hatiku kupohon , simpulkanlah hatiku dengan sifat seorang hamba hingga redhaMu menjadi matlamat hidupku. Amiinnn…”


Ibrah sebuah kehidupan …

Tika hening menghentak jiwa resah
Gerangan apa mengocak jenjam sukma
Menyendal  tersumpal mengundang gundah
Mencengkam nadi membunga lara

Tika hening menghentak jiwa resah
Ku harap biar alah diri ini membawa bungkam
Ke suatu arah yang tak kunjung
Tika pangkalnya kian menjauh
Tenggelam dek pandangan
Diselaputi kabus bergalas amanah
Memberat lalu memasung tangan menjangkau

Kiranya aku sudah terlalu lama faham
Akan ditarik songsang rasa itu
Lalu kukaut segala biar tersisip rapi
Hingga menjadi untaian sejarah nan tak terlepas
Kupasak pada sudut paling diam
Dalam sukma diri bagai ukiran terpahat mati***ojai


-peace-
>__<

Monday 4 November 2019

Lukis jea ... belajar memahami ... menghargai

Lukis jea ~ belajarlah memahami ... menghargai

Hari ini , peperiksaan spm fasa 2 bermula. Anakandaku, juga salah seorang calon spm tahun ini.
Jauh dr mataku, tapi jujur...debaran hari pertama peperiksaannya terasa dalam hatiku.
Mungkin kerana aku amat 'kenal' anakku ... debar di dadanya juga menjadi debar di dadaku.

Pagi ini aku sama2 meraikan anak2 sekolahku yang turut mengambil spm. Aku mengharapkan kejayaan buat mereka seperti juga aku amat mengharapkan kejayaan buat anakku sendiri.
Tersentuh hati ... bila ada sorang anak sekolahku ini , menitiskan air mata sedih dan sebak kerana hadir ke sekolah dengan.pakaian seragam.yang kurang sempurna.
Lagi ditanya...lagi merembes air matanya. Seorang teman memegang tanganku , memberi isyarat kepadaku agar jangan teruskan pertanyaan.
Dia lalu membisikkan kepadaku akan masalah yang dihadapi anak ini.
Hatiku tersentuh ... lalu dalam diam aku mendoakan agar dia tabah dan tenang menduduki peperiksaan spm hari ini dan.hari2 seterusnya.

Selalu ingat ... dalam kesempitan, pasti ada kesempatan.
Terpulang pada kita bagaimana mahu mencari kesempataan itu.

Semoga Allah sentiasa menjadikan kita semua, hamba2Nya yang sentìasa tabah dan sabar, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Doaku ...
"Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur dan gantikanlah setiap kehilangan itu dengan yang lebih baik.

Aamiiinnn

-peace-
>__<

Sunday 20 October 2019

Lukis jea ... penutup PSV 2019


Lukis jea ... inilah muka depan koleksi muka depan semua hasil kerjaku sepanjang mengajar PSV pada tahun ini.
PSV ... apa tu?
PSV tu adalah pendidikan seni visual.
Bahasa mudahnya ... ajar kelas lukisan.
Tapi bukan setakat melukis ... ianya termasuklah segala tok nenek teori yang berkaitan. Ada antara istilahnya , aku sendiri pun tak berapa nak faham. Maklumlah ... aku bukan belajar aliran seni.
Tapi tak susah ... sekarang, semua maklumat di hujung jari.

Aku terus terang je ngan anak2 murid ku ..
 Cikgu tak belajar seni lukisanni. "Jom kita google sama2", ini ayat biasaku bila mengajar bab teori.
Ada kalanya anak2 didik kita ni lebih suka kita berterus terang daripada kita try 'merepek dan merekacipta jawapan' tak tentu pasal😄

Tak timbul soal anak murid tak respect aku sebab mereka tahu dan lihat ... aku akan sama2 'google', sama2 cuba fahamkan ... dan aku juga melukis dan buat hampir semua tugasan yang ku berikan kepada mereka bersama2.
Dalam banyak perkara ... anak2 didik ini mahukan "kebersamaan" kita dan mereka.
Sama2 faham susah senang sesuatu tugasan. Ada kita untuk membimbing dan ada kita untuk menjadi tempat rujukan.
Gitue lah cara aku mengajar PSV.

Kaedah yang aku guna itu bukanlah kaedah yang terbaik cuma ... kaedah ini berkesan buat aku. Aku tak perlu jadi yang terbaik ... cukup menjadi diri sendiri. Dalam masa yang sama terus memperbaiki dan mempertingkatkan kemahiran diri. Bersungguh mengajar mereka ... menghargai dan menyayangi mereka.

Aku percaya ... sangat percaya, 'Apa saja dari hati akan sampai ke hati'.😊


Kalau orang tanya ... aku sayang tak anak2 didik aku. Jawapan aku ... 'mestilah sayang'. Sebab , setahun bersama ... kita pasti kenal mereka. Baik buruknya mereka. Tambahan pula , memang kelas pilihan aku adalah kelas2 hujung. Anak2 didik yang punya pelbagai cerita dan berjuang untuk hidup. Aku mengajar mereka ... dan aku juga belajar  daripada mereka.

Harapan aku buat mereka ...
"Sebagaimana aku mengimpikan kejayaan buat anak2 ku sendiri ... begitu jugalah aku mengimpikan dan mengharapkan kejayaan buat mereka.
Cuma, impian dan.harapan itu harus berpijak di bumi nyata.
Maksudnya ... kena fikirlah sendiri 😉

Oklah ... aku berhenti ber'pokpek' di sini.
Semoga sahabat sekelian dan kita semua sentiasa dalam lindungan Allah dan diberkatinya di sepanjang kehidupan dunia hingga akhirat. Aamiinnnn

-peace-
>__<



Friday 18 October 2019

Lukis jea ... jom bermain warna

Lukis jea ... mengisi waktu

Mengisi waktu ... atau lebih tepatnya mengisi emosi.
Kat luar tu hujan renyai2 ... sejuk. Terasa malas sangat nak berkebun. Jadi aku habiskan masa petang ni dengan bermain warna.
Kenapa tak tidur je?
Aku ada satu prinsip ... sebolehnya nak elakkan diri daripada tidur di siang hari. Esok2 dah tua ... tak larat nak buat apa , masa tu boleh tidur. Barangkali masa tu, tidur bukan lagi satu pilihan ... maknanya?.
Maknanya ... tahap kesihatan dan kudrat yang tersisa masa tu memang menuntut kita utk tidur.
Lama2 lepas tu ... kita pun akan tidur selamanya.
Apa tu?
Maknanya ... matilah😁

Sampai waktunya ... kita semua akan mati.
"Ya Allah ... matikanlah aku dalam semulia2 kematian"
Bagaimana?
Aku ingin sekali mati sebagai syuhada' dalam memperjuangkan agama ini.
Bila ... bagaimana ... biar Allah sahaja yang tentukan.
Tapi akukan seorang perempuan ... cam mana nak mati sebagai syuhada'?
Macam aku katakan tadilah ... bila dan bagaimana , biar Allah sahaja yang tentukan.
Tugas aku ... berdoa ... berdoa ... dan terus berdoa.
Doakan aku ya sahabat.

Melukis ni betul ke kena ada bakat?
Pada pendapat aku ... taklah betul seratus peratus.
Ada orang takde bakat langsung tapi ada minat. Masuk.kelas ...practice bebanyak, lama2 pasti boleh.
Aku?
Aku berbakat tak?
Aku rasa ya ... (perasannya! Hahahaha)
Sebab apa aku rasa aku berbakat ... sebab sejak sekolah rendah lagi lukisan aku sering ditampal cikgu di dinding belakang kelas.
Sekolah menengah ... poster aku di frame kan dan di gantung di dinding bilik sakit. Bilik sakit?. Yalah ... poster tu pasal kesihatan...rokok ke dadah. Lupa lah😁

Alhamdulillah...sedikit bakat yang Allah kurniakan ...mungkin juga kuwarisi daripada arwah bonda. Arwah bondaku seorang yang sangat kreatif ... tapi kekreatifannya disalurkan dalam gubahan bunga ... sulam menyulam ... rekaan taman ... banyaklah kalau nak aku senaraikan. Hebatnya arwah bonda😘😘😘
Sedikit bakat  kurniaan Allah ditambah dengan minat yang menenangkan bagiku.
Itu saja ... taklah sehebat mana. Tapi cukuplah utk mengisi emosi dan perasaan aku.

Melukis ni tak payah nak sempurna sangat. Prinsip aku dalam melukis ... lukis je. Lukis je apa yang kita nak ... pilih je warna ikut rasa dan pemikiran kita. Tak kesah kalau orang kata cantik atau tidak. Yang penting, kita gembira.

Mungkin juga sebab aku melukis sekadar minat n suka2 maka aku tak terasa bebannya.
Barangkali kalau pelukis yang menjadikan 'melukis' itu sebagai kerjaya dan sumber rezeki, mungkin lain kisahnya.
Apapun ... kita jadilah apapun yang kita mahu. Asal dalam hati dan tindakkan kita sentiasa sayang Allah ... sayang islam ... dan sayang sesama kita. Hormati sesama kita ... hormati makhluk lain yang sama2 menumpang hidup di bumi Allah ini.
Jadi hamba Allah yang baik dan jangan menzalimi.
Jom sahabat ... kita sebarkan kasih sayang dan jadi warga yang peduli.


-peace-
^__^

Sunday 13 October 2019

Lukisan dan puisi ..."Izinkan aku"

Lukis jea ... Izinkan aku

Izinkan aku ...
Berbicara dalam diam
Meluahkan rasa yang lama terpendam

Izinkan aku ...
Melihat dalam gelap malam
Mencari sinar di limpahan cahaya

Izinkan aku ...
Mengisi di ruangan hampa
Memenuhinya dengan impian
Walau hanya kupinjam
Senaskah dari pustaka riwayat hidup
Yang datangnya sebagai dongengan
Buat yang walang menerjah arah
Merangkak di denai yang kian kelam
Diselubungi kabut ... kian memekat

Izinkan aku ...
Berbisik dalam sepinya malam
Ketawa di keriuhan siang
Menari di atas pentas kehidupan
Dalam tarikan nafas yang dihela
Dan saat yang berdetik
Sedangkan deringan waktu bertempik kuat
Sayangnya seorang aku
Masih lagi terpesona dalam keizinan yang menyia



Aku melukis ketika ini ... dalam kereta sambil menanti seseorang berbelanja. Lama benar terasa penantian ini andai tidak diisi ...

Lukisan tidak seberapa ini cukup untuk mengisi emosiku yang barangkali bergolak akibat lamanya menunggu🤣

Dan pastinya semuanya ada permulaan.


Doaku ...
"Ya Allah , ya tuhanku ...
Anugerahkan aku kekuatan untuk terus istiqomah dalam apa jua amal kebaikan yang pernah kulakukan walaupun dalam sekecil2 amal perbuatan"

Aamiinnnnn

-peace-
>__<

Friday 11 October 2019

Lukis jea ... jom melukis~"Bunga buat kakak"

Jom melukis ...

Lukis jea ... "Bunga buat kakak"


Selalunya bila aku mahu melukiskan bunga ros atau sedang melukiskannya, dia pasti hadir dalam ingatanku.
'Dia' ... sepertinya aku tidak peduli lagi ... sedang 'dia' yang sering hadir dalam doa2ku.

Dan 'dia' yang memendamkan sesal di sudut hatiku yang diam membisu.
'Dia' yang mungkin menjadi fitnah duniaku sedang aku bagai takkan pernah mengubahnya.
(Mengapa? ... pasti kerana aku punya alasanku sendiri)

Dan untuk 'dia', kupanjatkan doa buatnya, "Ya Allah yang Maha Adil ... Maha Pengasih ... , kiranya dunia ini bukan miliknya, maka jadikanlah akhirat itu kebahagiaan buatnya" Aamiinnnn





Kalau boleh kusampaikan pesan
"Bersangka baiklah dengan takdir Allah"
Moga kita semua dikurniakan Allah hati yang tenang menerima apa jua yang datang

-Selagi Allah ada-
... dan Allah yang kekal abadi.


-peace-
>__<


Monday 30 September 2019

Lukisan dan puisi ... "Tika laut masih bergelora"

Lukis jea ... ketika laut masih bergelora

Ketika laut masih bergelora
Seorang ayah masih gigih turun ke laut
Meredah lambungan dengan penuh berani
Terpukul  dek hentaman ombak menggila
... dan kolek yang terumbang ambing

Laut yang kian bergelora
Melambung tinggi kolek ke udara
Lalu menghempas di muka air
Menampar si ayah yang nekad , tangan berpintal urat
Demi sesuap nasi
Bèrtarung menggenggam bilah pendayung

Ayah yang berani
... dan alam yang memperkasa
Di sebalik wajah-wajah tulus murni
Menanti dengan senyuman mengulum harapan
Ayah pulang membawa bekal
Esok lusa tak lagi kelaparan

Sedang lautan masih tetap bergelora




*********
Lama tak melukis ... rindu
Sibuk atau mungkin buat2 sibuk😉
Akhir kalam ... semoga Allah memuliakan kita semua dengan iman dan islam, memuliakan kita semua dengan ilmu yang berguna, memuliakan kita semua dengan akhlak yang mulia dan memuliakan kita semua dengan harta kekayaan yang dimanafaatkan di jalanNya.

Dan paling kuharap
Memuliakan kita dengan semulia-mulia pengakhiran-mati di jalanNya.
Aamiinnnn




-peace-
>__< 

Thursday 29 August 2019

Lukis jea ... "tangkap ikan"

Lukis jea ... tangkap ikan.
Kisah ikan ... suatu ketika, teringat akan janji seorang teman untuk melukiskan gambaran ikan yang sedang berenang.
Hrmmm ... janji itu sudah expired mungkin😉

Dalam melukis ni ... apapun boleh.
Asal ada kemahuan ... keinginan dari hati.
Biarpun di separuh jalan ... tetiba hati menjadi berat mahu menyempurnakannya. Usah dibuang ... simpan.
Nanti2 bila keinginan itu hadir semula, bolehlah disambung semula.

Bila mahu melukis ... usah risau akan kesempurnaan.
Gerakkan jari melakar ... adunkan warna mengikut rasa.

Yang penting ... apa saja dari hati akan sampai ke hati.

Hari ini, 30 Ogos 2019.
Esok ... hari merdeka negara kita.
Selamat hari merdeka sahabat.
Hargai kemerdekaan ini.

Sayangi agama, bangsa dan negara
Usah jadi pak kaduk ... menang bersabung kampung tergadai.
Usah jadi bangsa yang bangsat ... merempat di negara sendiri!!.

-peace-
>__<

Wednesday 21 August 2019

Lukis jea ... labah2 dan mangsa


Lukis jea ... kelas PSV
Kali aku ajarkan anak2 didikku untuk mengkombinasikan lukisan menggunakan tona hitam putih (pensil dan pigmen liner) dengan warna air sebagai latar belakang.
Saja ... nak mereka tahu, boleh saja nak persembahkan hasil kerja mereka dengan pelbagai cara. Takde yang salahnya dalam berkarya ... asal saja tak cetak rompak idea orang lain😁

Aku mulakan dengan 'warna selamat' sebagai latar belakangnya.
Warna selamat?
Ya ... warna selamat tu adalah warna yang senang nampak rata dan kurang memberi kesan jika ditindan dengan warna lain.


Melukis gambar labah-labah ni mengingatkan aku akan gambar2 awal yang pernah aku abadikan dalam blog ni.
Sarang labah2 ... yang rapuh!

Apa yang 'menghidup'kan blog aku ni?
Jawapannya ... perasaan ... hati dan perasaan

Namun ... sejak aku mula menjadi cikgu PSV ni , perasaan tu makin kurang.
Hasil tanganku sudah tidak lagi 100% datangnya dari hati dan perasaan.
Lukisan yang terhasil adalah atas amanahku sebagai guru PSV.

... dan senada dengannya ...
Akupun bagai sudah tak punya hati untuk berpuisi ... kini terasa payah untuk menghasilkannya.

Mungkin juga sebab dalam hati sudah bersarang rasa 'marah' yang tak mampu diluah.
Marahkan siapa?
Marah akan pelbagai perkara yang 'tidak wajar' berlaku dibumi ,tanah tumpahnya darahku ini.
Kebiadapan yang melampau!!
Dan ... lebih mengecewakan?

Perlakuan 'Dayus' dan bacul , manusia yang memikul tanggungjawab!
... dan mereka2 yang terus2an membutakan mata dan hati!
Jawablah kalian di hadapan Allah nanti!!!

********   **********  ********

Dilaila ... wajah pertama kujumpa

Apabila tabir silamku singkap...
Sewaktu gerimis petang membasahi bumi
Bersama angin dingin menyapa ... menyampai pesan


-peace-
>__<


Monday 5 August 2019

Lukis jea ... Sungai di pinggir hutan

Lukis jea ... kelas PSV
Mengajar anak didik melukis 'Sungai mengalir di pinggir hutan'

Sebenarnya aku beri pilihan kepada anak didikku untuk menggunakan warna poster, warna pensil, crayon atau pensil sahaja.

Bagi diriku ... aku memilih menggunakan pensil 'faber castell' 2B dan pigmen liner sahaja. Pigmen warna ni tak ada pun tak apa ... ia hanya utk menaikkan 'seri ' lukisan tu.

Nak tahu kenapa aku tak memilih warna poster atau warna2 yang lain?
Sebabnya ... pengalaman mengajar aku tentang 'sikap' ...  selalunya anak2 didik kelas2 hujung ni bukan kesahpun exam paper apa pada waktu peperiksaan. Mereka datang sekolah  sehelai sepinggang ... kalau bawa pensil sebatang tu pun dah kira cukup baik.😁😁😁

Jadi, menurut pemikiranku ... baiklah aku ajarkan mereka menyempurnakan lukisan menggunakan pensil ... penekanan tona warna, jalinan dan ruang.

Moga masa periksa nanti ... bolehlah derang melukis dengan baik.
Sungguhpun ianya hanyalah subject 'Lukisan'!😚

Jom bercerita ... baru2 ni dalam kelas sains ting. 4 , kami berbicara soal 'couple'. Sesi sumbangsaran macam ni biasanya dalàm 5 hingga 10 minit terakhir. Lepas habis apa yg nak diajar ... maka aku manafaatkan masa yang ada untuk penerapan nilai. Gitue lah.
Aku sampaikan message -tolak budaya couple. Ini bukan budaya islam. Islam mengajar kita untuk menjauhi zina.
Lagi pula ... bercouple mendorong kita kepada berbuat maksiat. Bukan sahaja maksiat secara fizikal ... pegang tangan ... peluk bahu ... cium pipi dan  semakin melarat ..
 hrmm...faham2 je. Kalau dah sayang ... macam2 boleh jadi. Bila berdua ... siapa yang ketiga?

 Malah tak kurang bahayanya juga adalah maksiat hati ... maksiat di fikiran!
Kamu boleh melakukan maksiat di fikiran tanpa perlu berdua2an!!!
Lalu bagaimana kita nak isikan pemikiran dan akal kita dengan ilmu dan perkara2 baik jika ia dipenuhi maksiat?

Lalu seorang daripada anak muridku bertanya ...
"Tapi kalau dah cinta?"
"Cinta?"
Lalu jawabku ... rasa cinta ...rasa rindu ... itu semua Allah yang beri. Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk kita merasai 'rasa cinta' ... 'rasa rindu'. Namun itu bukan alasan untuk kita berbuat maksiat kerana dalam masa yang sama, Allah beri kita akal dan iman untuk kita kendalikan perasaan itu.

Ingat ... Allah beri kita rasa itu bukan untuk kita buat maksiat sebaliknya untuk kita bergantung dan berharap pada Allah.
Kalau betul2 suka dan cinta ... berdoalah,
"Ya Allah ... jaga dia untuk ku"
Jawabku sambil tersenyum dan disambut dengan deraian tawa anak didikku.

Belum sempat habis perbualan kami ... loceng rehat dah berbunyi ... maka berakhirlah sesi penerapan nilai hari itu.

Teringat aku akan suatu peristiwa di suatu ketika dahulu ... seseorang pernah mengkhabarkan kepadaku akan sebaris ayat daripada sepucuk surat,
"Segala yang ada di dunia ini adalah milik Allah. Jika kita inginkannya , mohonlah kepadaNya".

Indahkan ayatnya😊

Dan pada aku ...
Apa jua yang Allah berikan kepada kita ... itu adalah yang terbaik. Bersyukurlah agar kita sentiasa tenang menerima takdir yang tertulis buat kita.

Jom ... kita sama2 jadi hamba Allah yang bersyukur



-peace-
>__<

Wednesday 24 July 2019

Lukis jea ... jom jawab soalan

Lukis jea ...  kelas PSV
Soalan:
Gambarkan pemandangan; seorang pemuda sedang bertarung dengan seekor burung gergasi yang sangat besar di tepi sebuah kolam.
Tunjukkan kesan jalinan dan ruang.

Aku pilih soalan ini sebagai latihan untuk anak muridku.
Namun ... bukan senang nak minta mereka menyelesaikan tugasan.
"Alaaahhhh...susahlah nak.lukis cikgu!"
"Cikguuuu...macam mana nak lukis burung"
"Boleh tak cikgu tolong lukiskan burung?".

Hrmmmm...
Seperti biasa , aku akan suruh anak didiikku kenalpasti objek apa yang hendak dilukiskan. Contoh, dalam kes ini termasuklah seorang pemuda dengan senjatanya, seekor burung besar , kolam, batuan kolam dan pokok.

Selepas itu, langkah kedua; aku minta anak2 didikku tentukan/lakarkan dudukletaknya setiap objek itu diatas kertas lukisan mereka.

Lastly ... perincikan lukisan bagi setiap objek tersebut.

-senang ke susah?-
Senang bila kita tidak dikejar masa
Kalau dalam peksa ... stress lak tu, tentu lain ceritanya🙂




-peace-
>__<



#ada orang minta maaf sebab terlupa laksanakan sesuatu
yang kupesan.
Jawabku,"Hrmmmm ... takpelah, dah memang takdir kot" , (walaupun sebenarnya sedikit kecewa)

Sendirian aku berfikir ... Allah beri kita lupa untuk raih hikmah yang tersembunyi
Allah beri kita lupa agar kita tak berasa sedih mengenangkan kisah duka.
Allah beri kita lupa sebagai halangan menjayakan sesuatu rancangan yang pastinya tidak sesuai/berbaloi untuk.kita laksanakan.
Allah beri kita lupa agar kita sedar bahawa kita ini adalah hambaNya yang tak mampu melaksanakan apapun tanpa izinNya. Hatta 'mengingat' perkara yang telah dirancang!.

Maka berlapang dadalah atas perkara yang telah berlaku.
😊

Saturday 6 July 2019

Lukis jea ... "menghilir kita"

Jom bermain warna..."menghilir kita"

Lukis jea ... 'Air terjun ... menghilir kita'
Lama sangat tak bermain warna ... mengikut rasa hati ... bersenang2 menenangkan minda dan perasaan.
Tak penatkah duduk mewarna?
Physically ... penatlah. Balik meeting, lepas solat zohor gitue , aku mula mewarna.
Tak yah lukis2 ... warna je terus.
Siapnya bila?
Campur tolak ... pukul 11 malam baru siap. ( tapi itu termasuklah waktu solat ... sediakan makan malam ... layan suami makan (opss...aku tak makan malam. Nak  kurangkan risiko obes sebab aku ni malas bersenam) ... termasuklah masa angkat baju dari ampaian dan siram pokok2 dan tanaman2 aku).
Namun walaupun penat  ... tapi minda dan perasaan tenang.  Rasa bahagia ...
Agak2nya macam kebanyakkan perempuan yang suka pergi shopping atau window shopping.
Bak kata adik perempuan aku ... "tak beli pun takpe, tengok2 barang pun dah happy"😊
Itu mereka ... bagi aku 'shopping' itu adalah perkara yang memenatkan. Kalau aku shoppingpun adalah atas dasar tanggungjawab semata2. Istilah 'window shopping' memang takde dalam kamus hidup aku ...
Daripada shopping baiklah tidur ke ... melukis ke ... berkebun ke ... atau tengok ikan kat kolam belakang ke😄.

+++++++×××××÷÷÷÷----------

Jom aku tunjukkan step2 dalam melahirkan 'air terjun' ni
Step 1.
Peringkat ni relaks2 jea...kira cam kita lakar2kan kedudukan objek2 yang hendak kita lukiskan.
Tak payah perfect sangat ... asal nampak ala2 rupanya cukup😉

Step 2 ... jom teruskan💪💪💪
So , sekarang kita mulai perincikan satu persatu.
Tak payah gopoh2 ... masa ni 'take ur own sweet time' sambil menikmati setiap palitan warna itu😊

Step 3 ... dah part2 last
Ni dah kira peringkat2 akhir sebelum kita limpahkan air terjun dalam lukisan tu.

Gitue lah ...

Cukuplah setakat ini aku berceloteh. Harapnya bermanafaat.
Lagi best kalau ada yang rasa bahagia
Barulah rasa usahaku ini macam berjasa😁😁😁

-peace-
>__<