Popular Posts

Monday 15 April 2019

Lukis jea ... 'sebagai cenderahati'



Lukis jea ... mantan pengetua SMK DABB
Sebagai cenderahati

Tugasan ...
Menyempurnakan tugasan. Aku anggap permintaan utk melukiskan potret mantan pengetua sekolah kami sebagai tugasan.

Rasa terbeban?
Taklah ... sebab aku memang suka melukis.
Cuma potret memang bukan kategori lukisan kegemaranku ... but yet ... ia masih sebuah lukisan. ... dan pula, selagi boleh memudahkan dan buat orang lain gembira, aku ok je.

Seperti yang selalu dipesan arwah bondaku...'memberi ... jangan tunggu kaya'.
Aku improvise skit ... 'memberi ... jangan berkira'.
'Memberi' itu bukan juga semestinya atas wang ringgit.
Menjadi pendengar yang baik ...
Menjadi teman yang memahami ...
Menjadi insan yang suka melihat orang lain bahagia dan tersenyum ...
Itu semua adalah 'harta' yang boleh kita berikan tanpa perlu memikirkan balasan dan keuntungan yang boleh kita terima.

Kerana bagi kita ... seorang muslim, tiada yang lebih tinggi nilainya daripada dipandang Allah dengan kasih sayangNya , mendapat redhaNya atas tiap hembusan nafas yang dihela.

K ... mari ku kongsikan proses melaksanakan tugasan tersebut.

Dimulai dengan lakaran kasar .
Lakaran kasar ... lakaran ni agak menyimpang daripada wajah sebenar tuannya. Tapi takpe ... namapun lakaran kasar. Just nak tentukan dudukletaknya mata...mulut...hidung ...bla bla

Now...step 2. Yang ni aku dah mula menekankan perincian wajah. Paling penting pada peringkat ini ... 'air muka' siempunya wajah mesti sudah kelihatan.
Agak sukar jugak...masa ni aku akan betul2 membelek raut wajah secara terperinci.
Cabaran utama ialah biasanya gambar yang diwhtsapp kepada aku atau gambar yang aku cari dalam media sosial tuan empunya wajah yang perlu ku lukisni, gambarnya tidak jelas.
Masa ni lah aku akan melihat menggunakan 'mata hati'.
Apa tu?🤣🤣🤣🤣🤣 ...
... agak2 ikut firasat dan naluri akulah!. Kira nasiblah gak ... kadang kena tepat , kadang tidak😅
Lebih senang kalau orang itu kita kenal dan biasa 'belek' wajah dia.

Mantan tuan pengetua ni orangnya berjanggut sedikit. Malangnya tak.pernah tergerak pulak hati aku nak 'merenung' janggutnya tu. Aku tanya2kan pada kekawan sekeliling ku ...
"Mantan ada janggut ke?"
"Ada ... nipis je kak"
Nipis? ... boleh pulak janggut nipis. Mungkin maksudnya jarang.😄
Kebetulan, seorang ustaz yang duduk.depan aku memang berjanggut. Dan kebetulan juga dia lalu ketika aku tengah nak mula melukiskan part janggut.
Maka spontan aku bertanya ...
"Ustaz ... boleh tengok janggut?".
Jawapannya ... buat aku nak tergelak dan terfikir, "Uish rozai ... tak sesuai tanya cam tu. Kalau nak tengok ... tengok jelah senyap2'🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️
 Nak tahu apa ustaz tu jawab ...
"Eh! Janganlah. Janggut saya berserabut". Sambil malu2 alang cuba menutup janggutnya!
🤣🤣🤣🤣🤣

Ok ... ni part akhir...masa ni aku gunakan pen 'artline' utk menimbulkan perincian pada bahagian2 tertentu. Nampak tu ... matanya sudah kelihatan 'agak hidup' dalam kepingan kertas lukisan ni.

... dan seterusnya hinggalah selesai ... seperti yang tertera pada permulaan celotehku di atas.

Terima kasih sebab setia membaca coretan merapuku di sini. Moga bahagia singgah di hati kalian tatkala mbaca coretanku.
😋



-peace-
>__<

Sunday 7 April 2019

Puisi ... Ingatan

Puisi ... Ingatan

Putaran waktu
Menyelak helaian episod
Kisah lalu ...
Ketika batu asas dipacak
Di dasaran kalbu
Rupanya sebagai ingatan
Untuk dikenang pada hari ini

Ombak ... camar ... dan lambaian pepohonan
Juga kaki yang menginjak pepasir pantai
Tanpa resah dan kesah
Meninggalkan bekas jejak
Sayangnya sementara cuma ...
Sebelum dihapus desiran ombak
Yang mendesah

Dan lukisan yang terlakar
Atas kanvas putih
Terpahat pada dinding jiwa
Adalah adunan pelbagai warna dan tona
Mengindahkan tiap hari-hari berlalu
Kerna hembusan nafas dan ceritanya
Bukanlah sekadar dua warna hitam putih
Yang kan sirna dek bahang mentari

Tawa dan tangis
Mengimbangi rasa yang berlabuh
Di dasaran kalbu
Pada sudut paling sunyi dan dalam
Diam tanpa suara
Ada dalam tiada
Mencari tenang pada dingin hari
Tika damai itu saling berdakapan
Diselimuti makna tersirat
Tanpa bicara

Dan terima kasih
Atas sebuah ingatan yang menjadi sejarah
Tiap derap langkah yang ditinggal
Kisah semalam yang kian menjauh
Kabus pagi yang menyejat
Juga panahan mentari yang memerit
Membakar kulit ... dalam jerih perih
Mengajar manusia erti manusia
Mendidik hamba menjadi hambaNya


Mensyukuri segala rasa
Tatkala melihat
Camar berterbangan digigi air
Dan bebuih yang beralun
Anak2 kecil berlari meninggalkan jejak baru
Pada pepasir putih
Yang pasti ... sebentar lagi
  Kan juga hilang dek desiran ombak yang mendatang




-peace-
>__<