Popular Posts

Monday 5 August 2019

Lukis jea ... Sungai di pinggir hutan

Lukis jea ... kelas PSV
Mengajar anak didik melukis 'Sungai mengalir di pinggir hutan'

Sebenarnya aku beri pilihan kepada anak didikku untuk menggunakan warna poster, warna pensil, crayon atau pensil sahaja.

Bagi diriku ... aku memilih menggunakan pensil 'faber castell' 2B dan pigmen liner sahaja. Pigmen warna ni tak ada pun tak apa ... ia hanya utk menaikkan 'seri ' lukisan tu.

Nak tahu kenapa aku tak memilih warna poster atau warna2 yang lain?
Sebabnya ... pengalaman mengajar aku tentang 'sikap' ...  selalunya anak2 didik kelas2 hujung ni bukan kesahpun exam paper apa pada waktu peperiksaan. Mereka datang sekolah  sehelai sepinggang ... kalau bawa pensil sebatang tu pun dah kira cukup baik.๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Jadi, menurut pemikiranku ... baiklah aku ajarkan mereka menyempurnakan lukisan menggunakan pensil ... penekanan tona warna, jalinan dan ruang.

Moga masa periksa nanti ... bolehlah derang melukis dengan baik.
Sungguhpun ianya hanyalah subject 'Lukisan'!๐Ÿ˜š

Jom bercerita ... baru2 ni dalam kelas sains ting. 4 , kami berbicara soal 'couple'. Sesi sumbangsaran macam ni biasanya dalร m 5 hingga 10 minit terakhir. Lepas habis apa yg nak diajar ... maka aku manafaatkan masa yang ada untuk penerapan nilai. Gitue lah.
Aku sampaikan message -tolak budaya couple. Ini bukan budaya islam. Islam mengajar kita untuk menjauhi zina.
Lagi pula ... bercouple mendorong kita kepada berbuat maksiat. Bukan sahaja maksiat secara fizikal ... pegang tangan ... peluk bahu ... cium pipi dan  semakin melarat ..
 hrmm...faham2 je. Kalau dah sayang ... macam2 boleh jadi. Bila berdua ... siapa yang ketiga?

 Malah tak kurang bahayanya juga adalah maksiat hati ... maksiat di fikiran!
Kamu boleh melakukan maksiat di fikiran tanpa perlu berdua2an!!!
Lalu bagaimana kita nak isikan pemikiran dan akal kita dengan ilmu dan perkara2 baik jika ia dipenuhi maksiat?

Lalu seorang daripada anak muridku bertanya ...
"Tapi kalau dah cinta?"
"Cinta?"
Lalu jawabku ... rasa cinta ...rasa rindu ... itu semua Allah yang beri. Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk kita merasai 'rasa cinta' ... 'rasa rindu'. Namun itu bukan alasan untuk kita berbuat maksiat kerana dalam masa yang sama, Allah beri kita akal dan iman untuk kita kendalikan perasaan itu.

Ingat ... Allah beri kita rasa itu bukan untuk kita buat maksiat sebaliknya untuk kita bergantung dan berharap pada Allah.
Kalau betul2 suka dan cinta ... berdoalah,
"Ya Allah ... jaga dia untuk ku"
Jawabku sambil tersenyum dan disambut dengan deraian tawa anak didikku.

Belum sempat habis perbualan kami ... loceng rehat dah berbunyi ... maka berakhirlah sesi penerapan nilai hari itu.

Teringat aku akan suatu peristiwa di suatu ketika dahulu ... seseorang pernah mengkhabarkan kepadaku akan sebaris ayat daripada sepucuk surat,
"Segala yang ada di dunia ini adalah milik Allah. Jika kita inginkannya , mohonlah kepadaNya".

Indahkan ayatnya๐Ÿ˜Š

Dan pada aku ...
Apa jua yang Allah berikan kepada kita ... itu adalah yang terbaik. Bersyukurlah agar kita sentiasa tenang menerima takdir yang tertulis buat kita.

Jom ... kita sama2 jadi hamba Allah yang bersyukur



-peace-
>__<