Popular Posts

Sunday 23 October 2022

Lukis jea ... "Dancing monkeys"

 

Lukis jea ... 'dancing monkeys'

Saja-saja menghabiskan masa melukiskan kebahagiaan monyet-monyet ini menari.

Kenapa monyet?🤪

Hmm...mungkin kerana kerjayaku sebagai seorang guru ???? 😱😂😂😂

Hahaha...jangan salah faham.
Maksud aku , sebagai seorang guru , aku sememangnya selalu melihat anak2 murid berbuat nakal, bising, mengejek , mengusik satu sama lain ... dan disebalik kenakalan mereka itu ,ianya tetap membawa kebahagiaan.😉

Semuanya bergantung kepada bagaimana kita menerima kenakalan tersebut.
Pada aku , semua itu adalah sebahagian daripada proses perkembangan minda, emosi dan sosial skill yang membantu meningkatkan kematangan mereka.

Jangan pula ada yang kata, aku menyamakan anak2 muridku dengan monyet🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

Ianya adalah analogi semata2.

Yang penting, emosi bahagia dan ceria yang ingin aku lahirkan daripada lukisan ini.

Hmm...sebenarnya aku sekarang ni berada di klinik gigi. Bawa anak aku buat pemeriksaan gigi. Tengah2 sarapan pagi tadi tiba2 gigi gerahamnya terepih (pecah sedikit).
Aku syak , mesti ada lubang pada gigi tersebut ... dan sangkaan aku betul.
Cumanya lubang itu dah terlalu besar dan dah sampai ke akar/saraf gigi.
Yang peliknya , anak aku ni tak pula rasa sakit gigi. Kalau ikutkan dia, tidak mahu dia mengikut aku ke sini. Aku yang berkeras, khuatir nanti masa belajar sakit gigi lagi susah. 

Sekarang dia sedang menerima rawatan 'tampalan sementara' sebelum membuat temujanji lain utk rawatan saraf gigi.

Hmm...cukuplah celoteh hari ini.
Hingga berjumpa lagi.

Akhir pesanan...
"Ayuh kita sama2 menjadi hamba Allah yang baik dan sama2 berusaha utk membina keluarga yang setiap ahlinya mencintai Allah dan sentiasa berusaha menjadi hambaNya yang bermanafaat buat umat ini dan agama ini.

-Salam persaudaraan-

-peace-
>__<
 

Friday 23 September 2022

Lukis jea ... jom lukis harimau

 

Lukis jea ... jom hari ni kita lukiskan wajah harimau
Ini adalah 3 asas mudah yang boleh digunakan

Langkah seterusnya , hasilkan wajah harimau itu menggunakan 3 asas tadi. 
Senangkan? ... sedikit susah?🤔
Nak bantuan lebih , boleh lihat video penghasilannya di youtube channel aku ...
'Cikgu Rozai Asnizah'

Hmm...inilah hasilnya😜

Harap dapat membantu sesiapa yang mahu melukiskan wajah harimau.😁

Jom borak ...
Aku pilih utk melukiskan wajah harimau ni sebab ... dulu, masa aku kecik, aku selalu saja menghadapi masalah utk melukiskannya. Tiap kali aku cuba melukiskan harimau , hasilnya seakan kucing!🤣
Hmmm...tak puas hati betul.
Jadi...kali ini, sebelum aku melukiskannya, aku 'study' sikit 3 asas wajah harimau tu dan kembangkan dari asas tersebut.  Gitulah ceritanya.

Baiklah kawan ... alarm jam aku dah berbunyi. Suruh stop di sini. Sudah masa untuk masuk bilik air dan bersiap utk aktiviti hari ini.
Moga Allah mudahkan urusan aku dan urusan kita semua dunia hingga akhirat.

Jumpa lagi

-peace-
>__<

Saturday 13 August 2022

Lukis jea ... 'Portrait drawing : beautiful Malay lady'





Lukis jea ... beautiful Malay lady

Dia ni guru muda di sekolah,  ditakdirkan Allah, dapat berpindah ke sekolah lain. Rajin dan ceria orangnya.

Aku baru nak jadikan dia pelapis guru KRS , dia pun memang nampak berminat ... tup tup pindah sekolah pula!😪

Pun begitu, Alhamdulillah ... sahabat aku ni dapat berpindah ke sekolah yang diminta.   Tentunya untuk kehidupan yang lebih baik. Baik buat dirinya, suami dan anak2.
Moga Allah permudahkan segala urusannya di sana dan menjadi guru dan pendidik yang cemerlang.

Sedikit perkongsian ...
Teman pembaca budiman , tahukah anda bahawa kesan daripada PKP akibat Covid 19 yang lepas , telah banyak memberikan impak membimbangkan dan mencemaskan kepada anak2 didik khususnya para remaja?

Remaja kini punya peluang terbuka luas dan banyak menghabiskan masa dengan/menggunakan gadjet sama ada dalam bentuk telepon bimbit , komputer riba atau lainnya.

Pendedahan meluas kepada media sosial, capaian internet tanpa kawalan pastinya mempengaruhi pemikiran, atitude , pembawaan dan jati diri anak2 remaja.

Apa dan bagaimana?
Hmm...nanti aku huraikan dalam pos yang lain. Aku nak kena berhenti di sini , ada tugas lain memanggil🤪



-salam persahabatan-
Ayuh jadi warga prihatin!

-peace-
>__<


 

Tuesday 8 March 2022

Lukis jea ... 'One big family'

Lukis jea ... 'One big family'

Ini adalah portrait family seorang rakan seperjuangan yang telah pun bersara.
Sekarang memegang jawatan mutlak sebagai seorang 'grandma' dengan tujuh orang cucunda yang comel.

Untuk pertama kalinya aku melukiskan portrait lapan individu dalam satu lukisan. Sebelum ini, paling ramaipun aku lukis setakat tiga orang sahaja. (Memang aku nak elak melukiskan banyak karektor dalam satu lukisan).

Cuma kali ini aku tidak punya hati untuk menolak permintaan beliau kerana permintaannya sudah dibuat berbulan-bulan yang lalu. Lagi pula sahabat seperjuanganku ini adalah individu yang sangat komited dalam mendidik anak bangsa.

 Pemikiran...kecintaan...masa , tenaga malah wang ringgit telah banyak ditaburkan untuk mendidik anak bangsa. Atas besarnya pengorbanan dan jasa yang diberikan, mana mungkin aku tergamak untuk menidakkan hajatnya😊

Cabaran buatku bila aku dihantarkan lapan gambar photo yang berasingan , berbeda situasi dan keadaannya. Malah gambar photonya juga merupakan sebahagian keratan gambar (gambar photo tidak penuh). Aku juga tidak tahu spesifik umur setiap karektor itu. 

Makanya, lukisan yang terhasil adalah daripada justifikasi aku akan umur dan saiz badan setiap karektor itu. Harap sangat justifikasi aku itu adalah betul dan tepat.

Ops...tak boleh berceloteh panjang, laa ni aku sedang mengikuti salah satu kursus secara online. Ok ... hingga jumpa lagi. 

Terima kasih sebab rajin melayari blog aku ni. Semoga dapat menitipkan sedikit rasa bahagia pada kalian yang membaca.

-peace-
>__<


 

Thursday 27 January 2022

Lukis jea ... Potrait teman , sempena persaraan.

 

Lukis jea ... Potrait teman
sempena persaraan 



Melukiskannya sebagai tanda kenangan2an dari aku untuknya.
Semoga Allah memberkati kehidupannya dan sentiasa hidup dalam lindungan Allah , terhindar dari segala malapetaka dan bencana di dunia hingga akhirat.

Persaraan ... satu kitaran yang bakal dilalui oleh semua yang bekerja. Aku juga bakal melaluinya😊
Bila tu?
Bila waktunya tiba😁

Sementara tibanya waktu itu, kita nikmati dulu apa yang kita ada pada hari ini, apa yang kita lalui hari ini, dengan siapa kita bertemu, segala peristiwa dan cerita kita hari ini ... semua itu bakal menjadi pengalaman yang mematangkan dan kisah dalam lipatan sejarah hidup kita.

-Hingga jumpa lagi-

-peace-
>__<