Popular Posts

Tuesday 13 October 2015

Lukis jea ... menyusuri laluan

Lukis jea ... menyusuri laluan ...

...antara kisah yang kulalui hari ini sebagai penutup  tahun ...



Kisah 1:
"Cikgu ... semalam hari jadi Safari". Ujar Iman , ketua kelas 4B.
"Oh ye ke?". Balasku ...
"Safari , semalam hari jadi awak ye?". Tanyaku untuk memastikan.
"Ya cikgu ". Jawab Safari sambil tersengih-sengih.
"Hmm ... kalau gitu , jom kita doakan untuk Safari. Cikgu doa kamu semua amin kan , okey?"
"Okey cikgu". Jawab murid-murid kelas 4B secara beramai-ramai.

(Memang menjadi kebiasaan aku sejak bertahun-tahun lalu untuk mendoakan anak2 muridku apabila tiba hari lahir mereka-itupun kalau dorang ingatkan aku yang sering terlupa ni. ^__^.
Seperkara lagi ... sungguhpun aku perempuan dan ramai jea anak2 muridku yang lelaki , aku tetap mahu mendoakan dan diaminkan oleh mereka.
Sebabnya?...sebabnya aku mahu mohonkan sendiri yang terbaik buat mereka.)

Maka akupun mulai berdoa setelah mengucap puji2an kepada Allah (swt) , Tuhan yang Esa dan setelah bersalawat ke atas junjungan kita , Nabi Muhammad (saw). Doaku mulai...

"Ya Allah ya tuhan kami , ampunkanlah dosa-dosa kami , dosa kedua ibubapa kami , dosa guru-guru kami , dosa adik beradik kami , dosa sahabat-sahabat kami , dosa saudara mara kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia yang beriman kepadaMu Ya Allah"
"Ya Allah , bersihkanlah hati dan jiwa kami dari segala penyakit hati , muliakanlah akhlak kami , baikkanlah tutur kata kami dan sempurnakanlah iman kami"
"Ya Allah , janganlah Kau bolak balikkan hati kami setelah Kau berikan taufiq dan hidayah kepada kami , berkatilah kami dan permudahkanlah segala urusan hidup kami"

"Ya Allah , semalam adalah hari lahir sahabat kami , Safari Bin ....................(kena jagalah privacy) , maka kami pohon Ya Allah , Kau jadikanlah dia sebagai hambamu yang soleh , permudahkan segala urusan hidupnya , cemerlangkanlah dia dalam peperiksaan SPMnya pada tahun hadapan dengan mendapat straight A's. Kurniakanlah kepadanya kelak jodoh yang baik dan beriman , juga zuriat-zuriat yang soleh dan solehah"

"Ya Allah , kurniakanlah juga kepada kami semua kecemerlangan dalam SPM pada tahun hadapan. jadikanlah kami semua cendekiawan islam yang menyumbang kepada kecemerlangan islam".
"Ya Allah kurniakanlah kami badan yang ringan untuk mengerjakan ketaatan kepada perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu. Berilah kekuatan kepada kami semua untuk menunaikankan segala tanggungjawab kami dengan sempurna"

"Ya Allah , sekiranya suatu hari nanti kau takdirkan kami mati maka matikanlah kami semua  sebagai para syuhada' dalam memperjuangkan agamaMu. Dan kumpulkanlah kami semua kelak dalam syurga FirdausMu yang tertinggi"

"Sesungguhnya ya Allah , Engkaulah tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang"

"Amiiinnnn..."

Kisah 2:
Habis mengajar , aku ke bilik guru ... terserempak dengan muridku yang bernama Hazwanie ...
"Cikgu , saya beri cikgu kek yang saya buat sendiri". Katanya
"Ya?. Awak bagi saya kek yang awak buat sendiri?. Wah! Hebatnya awak , pandai buat kek". Balasku.
"Ya cikgu , saya buat sendiri". Ucapnya lagi.
"Hmm ... terima kasih buatkan cikgu kek". Kataku , benar-benar menghargai pemberiannya.
Lalu aku menuju ke meja kerjaku. Di situ aku lihat ada sebekas kek ... comel. Bawahnya , dilapisi biskut manakala bahagian tengahnya seperti krim atau cheese (Aku part buat kek ni memang tak pandai-makan je suka >__<). Bahagian atasnya pula ditaburi serbuk2 halus , mungkin kacang.

"Tulah , tadi murid you hantar , you takde so saya dah ucapkan terima kasih pada dia untuk awak". Kata Mr Soon , rakan sebelah mejaku.
"Heh heh ... ni dia buat sendiri ni. Rajin tu". Balasku.
"Kelas mana tu kak?". Tanya pula Ustazah Su
"Kelas 4H". Jawabku

Kisah 3:
Dalam perjalanan pulang menghantar anakku ke Kelas Tambahan UPKK malam ini , aku membuka radio kereta dan kebetulan lagu berikut baru saja berkumandang ...

Sejati 
Itu yang kau ucapkan
Bila janji kugenggam
Bawah pohon kemboja
Yang sekecil kita

Menanti
Di mahligai mainan
Kita bina bersama
Dari dahan yang rapuh

Usia perangkap kita
Remaja kita tinggalkan
Namun aku masih
Menggenggam janji

Tinggal kenangan
Gagal segala impian
Tinggal bertanya
Erti sejati

Kenangan itu
Hanya mainan bagimu
Tinggal bertanya
Erti sejati
Yang telah engkau janjikan dulu

Satu ketika lagu ini selalu saja bermain di bibirku ...  siapa  penyanyi asalnya , aku kurang pasti.
Tapi tatkala mendengar semula lagu ni , terlintas sesuatu di fikiranku ...
"Ramainya orang yang kecewa dalam dunia ni ... tapi yalah , laluan dan suratan takdir masing-masing sudah tertulis. Bukan kecewa itu yang harus kita besarkan tetapi 'bagaimana kita bangkit dari rasa kecewa itu' , menyusun dan mengatur semula kehidupan untuk mencari redho Allah.
Pun begitu , rasa kecewa itu tidak harus diremehkan , ianya adalah satu anugerah yang terindah buat kita mengenal cinta Ilahi. Buat sesiapa saja yang pernah singgah di laluan hidupku ... jutaan penghargaan dariku ... kalian pasti ku kenang , selagi hayat dikandung badan.
Doaku , agar kita semua mampu mengakhiri kalam kehidupan ini dengan kalimah yang mulia ... kalimah syahadah ...

-Salam Tahun Baru Dari ku-







-Peace-
^__^

Fikir ke arah kebaikan dan sebarkan kasih sayang
Apa saja dari hati akan sampai ke hati