Popular Posts

Tuesday 27 October 2015

Lukis jea ... biar saja ... pelayaran

Lukis jea ... pelayaran

Antara pemandangan yang aku suka tengok ...
Kapal ala2 model lama belayar ... di lautan tenang atau bergelora.
Di situ ada ketabahan dan kesabaran.
Di situ ada pergantungan pada yang Esa
...Allah tuhanku...




-peace-
>__<
Namun tetap ada orang lain yang tidak sukakan kapal belayar ... lebih2 lagi yang dipukul gelora.
Biar saja ... masing2 punya pilihan

Friday 23 October 2015

Puisi... cukuplah!!!


Lukis jea ... cukuplah memggila!!


Hei Angin!!... cukuplah menggila!! 

Tika angin menghembus
air beriak perlahan ... dan kian kuat
mengocak jaga lelabah air yang lena
Hei!!! Siapa yang mengganggu mimpi indahku?
Jengkel!

Tika angin menghembus
Perlahan dan kian menggegar
mencantas dahan  tempat berpaut
berguguran dedaunan menyembah bumi
Menyisih kuntum bunga sendiri
Nun di atas ... Uh! Mengapa pergi?

Tika angin menghembus
Pepasir berterbangan ... perlahan dan kian jauh
Nanti!! Jangan biarkan aku di sini!!!
Jeritan bebatu memberat tak berganjak
Memboyot kian terpasak
Namun siapa yang peduli?

Tika angin menghembus
Phuhhhh!!! Phuhhhh!!! Phuhhh!!!
Perlahan dan kian ... dan kian menggila
Gelombang  membukit 
Siang kian kelam
Alam bagai menjerit
Tolong!!!! Bumimu ini punah dijarah!!

Namun tika angin masih menghembus
Nafas mencungap mencari nyawa
turun naik yang kian perlahan
Sedang angin sudah menggila
Liar tidak terkawal
Meranap sudah gunung harap
Tembok mana nak disandar?

Dan tika angin tetap menghembus
Melangkaui batas tanpa silu
Apa lagi yang boleh diharap?
Siap siaga segala yang ampuh digarap
Susun baris satu persatu 
Usah lengah!!! Jangan lena!!! Ayuh bersegera!
Kerna mentarimu kian tenggelam
Sebentar lagi kan tiba malam



-peace-
>__<
Cukup-cukuplah
Kerana kegilaan itu menjahanamkan







Thursday 22 October 2015

Lukis jea ... jangan kecundang

Lukis jea ... jangan kecundang


Hari ini mengawas kelas ting 4 .........
Dia adalah antara anak murid yang sopan dalam kelas ... bakal pemuda yang baik dan penuh adab.
Tapi sayang ...
(Tak perlu diperkatakan kerana gambar itu sudah menjelaskan)

Ayah ibu ....
Tolonglah perhatikan anak2 kalian
Sarapankah ke sekolah....
Apa bekalnya untuk waktu rehat?
Bagaimana pencapaian pelajarannya
Pandaikah dia ? ... atau sebaliknya?
Jika ya .... apa lagi yang boleh ayah ibu bantu agar anak itu lebih terserlah potensinya...
Jika tidak ... janganlah bersedih kerana kelebihan  dan kecenderungan manusia berbeza ... mungkin kemahiran lebih sesuai buatnya?




-peace-
>__<
Anak itu amanah
Cikgu puas menatap anak murid di kelas...siapa yang tumbuh jerawat baru atau tukar gaya sikat rambut ... yang lap hingus guna hujung baju atau yang tertidur ternganga ... hingga yang mula nak bercinta sampai yang putus cinta ...
Mak ayah jangan jealous jika tiada kesempatan.lihat semua itu.

Lukis jea ... itu hanya bayang

Lukis jea ... itu hanya bayang
Bayang ... bayang ... dan bayang ...
yang maya



-peace-
>__<

Dari aku untuk aku


Tuesday 20 October 2015

Lukis jea ... redah

Lukis jea ... redah ...

Redah ...
Dunia hari ini bukan lagi dunia pilihan
Suka...tidak suka ... apa pilihan yang kamu ada?
Hari ini kita diselubungi asap jerebu ... semua akibat kebodohan manusia ... sekolah tutup, ulangkaji terbimbing oleh para guru tidak dapat dijalankan, peperiksaan terpaksa ditunda ... hmm ... siapa yang untung?. Jangan ingat para guru suka bila sekolah ditutup saat2 genting cam ni. SPM dah dekat...kalau result tak mencapai ETR yang disasar, siapa yang akan berpeluh menjawab?
Nak salahkan jerebu?
Hmm...alamatnya tahun depan kerja berlipat ganda.

Pun begitu ada anak murid (kelas2 depan) ambil cuti jerebu ini sebagai peluang. Ulangkaji sendiri...masa sendiri, pilihan subject sendiri. Tak.perlu ikut rentak cikgu tapi ikut rentak sendiri.
Malangnya ramai malah majoriti murid terutamanya kelas sederhana ke bawah...lepak, meronda dalam jerebu , tidur sampai tinggi hari ... dan membuang masa begitu saja.
Golongan ini memang perlu paksaan untuk belajar.

Boleh cikgu pas tugas tu pada mak ayah?
Bila keluar result, kita sama2 pikul ... cikgu kata , "Alhamdulillah...tahun depan kita mantapkan lagi strategi. Harap anak didik tak.putus asa. Mak ayah tolong galakkan anak2 untuk teruskan belajar ke peringkat lebih tinggi"
Mak ayah, "Alhamdulillah...terima kasih cikgu. Betullah, apa yang ditanam, itulah yang dituai. Takpe, kami cari jalan agar anak kami boleh sambung belajar"
Kalau itulah yang terjadi ... ^__^

Itu baru kisah jerebu ... belum lagi kisah bumi tempat kita berpijak ini bergolak dengan masalah mata wang yang terus menjunam ... haishh! Bila nak naik?
Harga barangan melambung tinggi. Cuba bawa rm 50 ke kedai. Apa yang dapat kita beli?. Setakat 2 ekor ayam n sedikit sayur2an. Kicap pun sebotol dah rm 10.00 ... mana ada benda yang murah lagi?
Tapi nape beli ayam sampai 2 ekor?
Yelah ... bil ahli rumah aku 11 orang. Sekor ayam boleh potong 14 (itupun.kecil). Kalau nak makan berlauk tengahari n malam, takke kena beli 2 ekor.
Laaa...nape tak beli ikan je?
Ikan?
Siapa kata ikan murah?
Gi tengok harga ikan di pasaran.
Ikan bilis jea boleh beli berekor2! >__<

Hmm ... inilah dunia kini ... bukan pilihan lagi.
Itu belum lagi cakap bab jenayah , rasuah , politik kotor n bla bla bla ...
Cukuplah...sebagai rakyat biasa...cakap yang biasa2...pasal hal anak2 sekolah...pasal barang pasar mahal ....ngeh ngeh ngeh

Hmm ... sempena jerebu ni dan sebagai motivasi kepada aku untuk menanda kertas 3 fizik PAT. Aku lukis gambar di atas , belanja pengunjung blog ni ... kuda yang tabah!.
Tapi kenapa lukisan kuda tu?.
Bunga ke... kereta ke...rumah banglow ke... tak de?
Hmm...kuda sebab dia binatang hebat n kuat. Laut ... sebab laut tu indah.
Di sebalik jerebu ... ada laut yang indah.


                                -peace-
                                  >__<

Cukuplah merapu ... nak sambung wat keja sekolah.


Friday 16 October 2015

Lukis jea ... dunia ini luas

Lukis jea ... dunia ini luas


Berlarilah...
Dunia ini cukup luas buat kamu

Ingin aku kisahkan  kisah duka .. dari diari hidup insan-insan yang bertandang dalam hidupku ...
Kisah satu ...
Seorang gadis ... hidup bersosial tanpa batas. Mengharungi hari demi hari tanpa arah tuju. Menjadi luahan caci hina. Satu hari ditimpa kemalangan. Jatuh ...jatuh dan jatuh ... Payah untuk bergerak kerana mengalami kecederaan di bahagian pinggang. Malangnya tiada yang sudi menjenguk di hospital hatta keluarga sendiri ...
"Sudah rosak ... tiada boleh dibaiki lagi?!"

Kisah dua ...
Seorang gadis ... bijak dan ayu. Terperangkap dengan cinta remaja. Sesungguhnya 'cinta itu sememangnya buta' ... 
nasi lemak buah bidara 
daun selasih hamba lurutkan
Tinggallah emak tinggal saudara 
 kerana kasih hamba turutkan. 
Satu hari , dia ditangkap oleh ibunya berdua-duaan bersama teman lelaki di bilik tidur rumahnya sewaktu ibubapa keluar bekerja. Kesudahannya? ... Kini tinggallah gadis itu di salah satu pusat pemulihan akhlak.

Kisah tiga ...
Seorang lelaki ... ingin hidup senang , ingin punya wang banyak , ingin berbuat apa saja dengan wang di tangan sedangkan ekonomi kian meleset , hidup kian menghimpit. Hutang keliling pinggang. Segalanya terlalu mahal untuk dimiliki hatta sebuah motor cabuk!
Putus asa ... kecewa ... dikejar pemiutang ... tiada tenang lagi. Lantas ke mana harus di tuju?
Apa yang patut diperbuat?. Hingga kesudahan hidupnya ... tidak sanggup kuperkata ...

Kisah empat ...

Kisah lima ...

Kisah enam ...

dan banyak kisah-kisah lagi...

Cuma satu nasihatku ... "Kembalilah ke jalan tuhanmu ... di situ ada tenang" 




-peace-
>__<
Jom berlari di tepian pantai
Kita lihat cantiknya matahari terbit
dan
Indahnya merah mentari tatkala senja menjelma
Itupun jika malam belum tiba

Thursday 15 October 2015

Lukis jea ... atas nama cinta

Lukis jea ... atas nama cinta


Kenapa?
Kerana aku melukis atas nama cinta


Mengapa cinta?
Dengan cinta kita lahir ke dunia
Demi cinta kita berani hadapi segala
Setianya cinta kita masih di sini
Dan kerana cinta juga ...
Kita akhirnya melangkah pergi 


Moga dengan cintaNya kita tetap di atas jalanNya hingga akhirnya menggapai cinta hakiki
 ... segalanya kerana cinta ...






-peace-
>__<

Sentiasa berfikir ke arah kebaikan dan sebarkan kasih sayang
Apa yang lahir dari hati akan sampai ke hati


Tuesday 13 October 2015

Lukis jea ... menyusuri laluan

Lukis jea ... menyusuri laluan ...

...antara kisah yang kulalui hari ini sebagai penutup  tahun ...



Kisah 1:
"Cikgu ... semalam hari jadi Safari". Ujar Iman , ketua kelas 4B.
"Oh ye ke?". Balasku ...
"Safari , semalam hari jadi awak ye?". Tanyaku untuk memastikan.
"Ya cikgu ". Jawab Safari sambil tersengih-sengih.
"Hmm ... kalau gitu , jom kita doakan untuk Safari. Cikgu doa kamu semua amin kan , okey?"
"Okey cikgu". Jawab murid-murid kelas 4B secara beramai-ramai.

(Memang menjadi kebiasaan aku sejak bertahun-tahun lalu untuk mendoakan anak2 muridku apabila tiba hari lahir mereka-itupun kalau dorang ingatkan aku yang sering terlupa ni. ^__^.
Seperkara lagi ... sungguhpun aku perempuan dan ramai jea anak2 muridku yang lelaki , aku tetap mahu mendoakan dan diaminkan oleh mereka.
Sebabnya?...sebabnya aku mahu mohonkan sendiri yang terbaik buat mereka.)

Maka akupun mulai berdoa setelah mengucap puji2an kepada Allah (swt) , Tuhan yang Esa dan setelah bersalawat ke atas junjungan kita , Nabi Muhammad (saw). Doaku mulai...

"Ya Allah ya tuhan kami , ampunkanlah dosa-dosa kami , dosa kedua ibubapa kami , dosa guru-guru kami , dosa adik beradik kami , dosa sahabat-sahabat kami , dosa saudara mara kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia yang beriman kepadaMu Ya Allah"
"Ya Allah , bersihkanlah hati dan jiwa kami dari segala penyakit hati , muliakanlah akhlak kami , baikkanlah tutur kata kami dan sempurnakanlah iman kami"
"Ya Allah , janganlah Kau bolak balikkan hati kami setelah Kau berikan taufiq dan hidayah kepada kami , berkatilah kami dan permudahkanlah segala urusan hidup kami"

"Ya Allah , semalam adalah hari lahir sahabat kami , Safari Bin ....................(kena jagalah privacy) , maka kami pohon Ya Allah , Kau jadikanlah dia sebagai hambamu yang soleh , permudahkan segala urusan hidupnya , cemerlangkanlah dia dalam peperiksaan SPMnya pada tahun hadapan dengan mendapat straight A's. Kurniakanlah kepadanya kelak jodoh yang baik dan beriman , juga zuriat-zuriat yang soleh dan solehah"

"Ya Allah , kurniakanlah juga kepada kami semua kecemerlangan dalam SPM pada tahun hadapan. jadikanlah kami semua cendekiawan islam yang menyumbang kepada kecemerlangan islam".
"Ya Allah kurniakanlah kami badan yang ringan untuk mengerjakan ketaatan kepada perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu. Berilah kekuatan kepada kami semua untuk menunaikankan segala tanggungjawab kami dengan sempurna"

"Ya Allah , sekiranya suatu hari nanti kau takdirkan kami mati maka matikanlah kami semua  sebagai para syuhada' dalam memperjuangkan agamaMu. Dan kumpulkanlah kami semua kelak dalam syurga FirdausMu yang tertinggi"

"Sesungguhnya ya Allah , Engkaulah tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang"

"Amiiinnnn..."

Kisah 2:
Habis mengajar , aku ke bilik guru ... terserempak dengan muridku yang bernama Hazwanie ...
"Cikgu , saya beri cikgu kek yang saya buat sendiri". Katanya
"Ya?. Awak bagi saya kek yang awak buat sendiri?. Wah! Hebatnya awak , pandai buat kek". Balasku.
"Ya cikgu , saya buat sendiri". Ucapnya lagi.
"Hmm ... terima kasih buatkan cikgu kek". Kataku , benar-benar menghargai pemberiannya.
Lalu aku menuju ke meja kerjaku. Di situ aku lihat ada sebekas kek ... comel. Bawahnya , dilapisi biskut manakala bahagian tengahnya seperti krim atau cheese (Aku part buat kek ni memang tak pandai-makan je suka >__<). Bahagian atasnya pula ditaburi serbuk2 halus , mungkin kacang.

"Tulah , tadi murid you hantar , you takde so saya dah ucapkan terima kasih pada dia untuk awak". Kata Mr Soon , rakan sebelah mejaku.
"Heh heh ... ni dia buat sendiri ni. Rajin tu". Balasku.
"Kelas mana tu kak?". Tanya pula Ustazah Su
"Kelas 4H". Jawabku

Kisah 3:
Dalam perjalanan pulang menghantar anakku ke Kelas Tambahan UPKK malam ini , aku membuka radio kereta dan kebetulan lagu berikut baru saja berkumandang ...

Sejati 
Itu yang kau ucapkan
Bila janji kugenggam
Bawah pohon kemboja
Yang sekecil kita

Menanti
Di mahligai mainan
Kita bina bersama
Dari dahan yang rapuh

Usia perangkap kita
Remaja kita tinggalkan
Namun aku masih
Menggenggam janji

Tinggal kenangan
Gagal segala impian
Tinggal bertanya
Erti sejati

Kenangan itu
Hanya mainan bagimu
Tinggal bertanya
Erti sejati
Yang telah engkau janjikan dulu

Satu ketika lagu ini selalu saja bermain di bibirku ...  siapa  penyanyi asalnya , aku kurang pasti.
Tapi tatkala mendengar semula lagu ni , terlintas sesuatu di fikiranku ...
"Ramainya orang yang kecewa dalam dunia ni ... tapi yalah , laluan dan suratan takdir masing-masing sudah tertulis. Bukan kecewa itu yang harus kita besarkan tetapi 'bagaimana kita bangkit dari rasa kecewa itu' , menyusun dan mengatur semula kehidupan untuk mencari redho Allah.
Pun begitu , rasa kecewa itu tidak harus diremehkan , ianya adalah satu anugerah yang terindah buat kita mengenal cinta Ilahi. Buat sesiapa saja yang pernah singgah di laluan hidupku ... jutaan penghargaan dariku ... kalian pasti ku kenang , selagi hayat dikandung badan.
Doaku , agar kita semua mampu mengakhiri kalam kehidupan ini dengan kalimah yang mulia ... kalimah syahadah ...

-Salam Tahun Baru Dari ku-







-Peace-
^__^

Fikir ke arah kebaikan dan sebarkan kasih sayang
Apa saja dari hati akan sampai ke hati




Monday 12 October 2015

Lukis jea ... cari bahagia itu

Lukis jea ... cari bahagia itu

Teman ...
Bahagia itu tidak datangnya bergolek
Tidak juga jatuh dari langit
Tapi
  perlu dicari
 dari kepingan hati yang pasrah
dari belahan hati yang meretak

Dibelai dipujuk hingga terbit tenang
Hingga terpasak rasa syukur
Yang merelakan
Sebuah kisah yang telah tertulis
Dalam kitab riwayat hidup





-peace-
>__<

Andai bisa
Untuk membahagiakan semua
Kiranya kita hanya manusia biasa

Thursday 8 October 2015

Lukis jea...Selamat Ulang Tahun Oktober

Lukis jea...Selamat Ulang Tahun Oktober




Semoga diberkati Allah di dunia hingga akhirat
Dihiasi senyuman sepanjang perjalanan
Dikelilingi insan-insan penyayang
Penunjuk jalan tatkala sesat
Penghibur tatkala duka
Peneman tatkala sunyi



-peace  -
>__<
Ayie jai bukh ... + semua kelahiran oktober


O

Saturday 3 October 2015

Lukis jea ... bebaskan

Lukis jea ... bebaskan

... ingin bebas ...
Bersama angin nan menghembus
Rerumput panjang nan beralun
Membelai ... membuai

-peace-
>__<
Sekurang2nya kebebasan mutlak dalam minda


Thursday 1 October 2015

Lukis jea ... tapi awak harimau bintang

Lukis jea ... Tapi awak harimau bintang ...

Jangan dikenang ... luas lagi dunia ni untuk diteroka
Hargai segala yang menghargai
Leraikan segala yang meleraikan
Jauhi segala yang menjauhi

Senyum pada yang senyum
Senyum pada yang diam
Sebarkan salam ... taburkan doa
Walau dunia bukan syurga mari bersama mengukir bahagia


-peace-
>__<
Hidup bukan lama
Dunia bukan syurga