Jom belajar tentang warna pigmen.
(Pendidikan Seni Visual : Asas Seni Reka)
|
Roda warna: Warna boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu;
1. Warna Primer-terdiri daripada tiga warna asas iaitu merah , kuning dan biru
2. Warna Sekunder-adalah gabungan dua warna primer
Merah+kuning=jingga
Merah+biru=ungu
Biru+kuning=hijau
3. Warna Tertier- campuran satu warna primer dengan
satu warna sekunder (Rujuk roda warna di atas) |
|
Inilah 3 warna primer ... merah , biru n kuning |
|
Kombinasi warna primer merah dan kuning membentuk kumpulan warna yang terang dan garang. |
|
Inilah hasilnya ... roda warna yang sempurna
Perhatikan warna-warna tertier yang terbentuk.
Warna tertier dipanggil dengan mendahulukan warna primer diikuti oleh warna sekundernya.
Contoh
(Warna Primer) kuning jingga (Warna Sekunder)
Kuning hijau
Merah jingga
Merah ungu
Biru hijau
Biru ungu
Sekian
Harap semua dah faham pasal warna-warna ini ya.
Hrmmm ... apa jua warna hidup kita semua, moga ianya tetap indah dan harmoni.
Selagi syukur itu ada
-peace-
>__< |
No comments:
Post a Comment