Popular Posts

Tuesday, 8 March 2022

Lukis jea ... 'One big family'

Lukis jea ... 'One big family'

Ini adalah portrait family seorang rakan seperjuangan yang telah pun bersara.
Sekarang memegang jawatan mutlak sebagai seorang 'grandma' dengan tujuh orang cucunda yang comel.

Untuk pertama kalinya aku melukiskan portrait lapan individu dalam satu lukisan. Sebelum ini, paling ramaipun aku lukis setakat tiga orang sahaja. (Memang aku nak elak melukiskan banyak karektor dalam satu lukisan).

Cuma kali ini aku tidak punya hati untuk menolak permintaan beliau kerana permintaannya sudah dibuat berbulan-bulan yang lalu. Lagi pula sahabat seperjuanganku ini adalah individu yang sangat komited dalam mendidik anak bangsa.

 Pemikiran...kecintaan...masa , tenaga malah wang ringgit telah banyak ditaburkan untuk mendidik anak bangsa. Atas besarnya pengorbanan dan jasa yang diberikan, mana mungkin aku tergamak untuk menidakkan hajatnya๐Ÿ˜Š

Cabaran buatku bila aku dihantarkan lapan gambar photo yang berasingan , berbeda situasi dan keadaannya. Malah gambar photonya juga merupakan sebahagian keratan gambar (gambar photo tidak penuh). Aku juga tidak tahu spesifik umur setiap karektor itu. 

Makanya, lukisan yang terhasil adalah daripada justifikasi aku akan umur dan saiz badan setiap karektor itu. Harap sangat justifikasi aku itu adalah betul dan tepat.

Ops...tak boleh berceloteh panjang, laa ni aku sedang mengikuti salah satu kursus secara online. Ok ... hingga jumpa lagi. 

Terima kasih sebab rajin melayari blog aku ni. Semoga dapat menitipkan sedikit rasa bahagia pada kalian yang membaca.

-peace-
>__<


 

Thursday, 27 January 2022

Lukis jea ... Potrait teman , sempena persaraan.

 

Lukis jea ... Potrait teman
sempena persaraan 



Melukiskannya sebagai tanda kenangan2an dari aku untuknya.
Semoga Allah memberkati kehidupannya dan sentiasa hidup dalam lindungan Allah , terhindar dari segala malapetaka dan bencana di dunia hingga akhirat.

Persaraan ... satu kitaran yang bakal dilalui oleh semua yang bekerja. Aku juga bakal melaluinya๐Ÿ˜Š
Bila tu?
Bila waktunya tiba๐Ÿ˜

Sementara tibanya waktu itu, kita nikmati dulu apa yang kita ada pada hari ini, apa yang kita lalui hari ini, dengan siapa kita bertemu, segala peristiwa dan cerita kita hari ini ... semua itu bakal menjadi pengalaman yang mematangkan dan kisah dalam lipatan sejarah hidup kita.

-Hingga jumpa lagi-

-peace-
>__<



Tuesday, 14 December 2021

Lukis jea ... 'Respect is earned'

Lukis jea ... 'Painting by numbers'
Kali ini aku tolong Ketua Panitia PSV sekolah ku untuk menyempurnakan painting ni. 
Sebenarnya aku pun baru tahu ada material seperti ini.
Lukisan yang telah siap dinomborkan. Kau tinggal warna ikut nombor2 yang tertera.

Kedengaran macam senang tapi sebenarnya memerlukan kesabaran ... ketekunan ... dan kesungguhan.
Kiranya aku ini tergolong dalam golongan orang2 yang sabar, tekun dan bersungguh dalam mencapai matlamat.๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Sebenarnya apa yang ingin kusampaikan hari ini ya?๐Ÿค”
"Respect is earned ... not given'!
Ya ... inilah yang nak aku sampaikan petang ni.

Sahabat pembaca sekelian ... dalam hidup kita, kita berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Hatta keluarga terdekat kita sendiri, ada juga ragamnya yang kadangkala amat menjengkelkan.
Namun ... atas dasar keluarga atau atas rasa kasih sayang kita selalu berlapang dada dengan 'ragam' yang menjengkelkan itu.

Persoalannya ... sampai bila?
Sampai bila kita harus menerima dan terus menadah perlakuan yang tidak sesuai. 
Bukankah kita ini sebaik2 umat ... dikurnia Allah akal dan tanggung jawab.

Tanggung jawab memakmurkan alam ini , juga termasuklah memperbetulkan mana yang tidak betul.
Pada aku ... untuk jenis2 manusia tertentu, yang sentiasa merasa dirinya  betul dan sentiasa percaya diri mereka perlu sentiasa dihormati , atas dasar apa pun menurut fikiran mereka (mungkin kerana kedudukan mereka , harta mereka atau umur mereka) ... sesekali bagus juga jika kita menyanggah!. Tidak mengiakan perbuatan mereka yang kurang berbudi bahasa!!! 

Biar golongan ini sedar, bahawa untuk dihormati mereka juga harus belajar untuk menghormati orang lain.
Untuk disayangi , mereka juga perlu belajar menyayangi ... dan perlu diingat, sayang itu walau tidak diucap, pasti dapat dirasai.
Maknanya?
Maknanya ... jika sayang itu sudah tidak pernah dizahirkan dengan perlakuan maupun perbuatan , apatah lagi sudah tidak dapat dirasai , makanya...masih adakah lagi sayang itu?

Fikir-fikirkanlah

Salam sayang dan persaudaraan dari aku
Manusia biasa yang terlalu biasa-biasa.

-peace-
>__<





 

Tuesday, 30 November 2021

Lukis jea ... Bunga

 

Lukis jea ...
 inilah hasil lukisan warna air aku. Melukiskan bunga2 putih yang asalnya adalah permintaan daripada satu2nya puteriku.

"Akak nak frame kan dan gantung di dinding bilik akak". Itu katanya.

Orang2 seperti aku belajar melukis atas minat dan pengalaman.
Bak kata pepatah ... pengalaman mendewasakan , menjadikan kita lebih matang dan ahli dalam perkara yang kita ceburi.

Namun begitu, aku percaya ... minat yang dilengkapi pembelajaran terancang , pelajari dari ahlinya. Dalami segala teori dan kemahiran yang perlu ...
Pasti hasilnya akan berlipat kali lebih baik daripada belajar sendiri.๐Ÿ˜Š 

Sahabat pembaca sekelian.
Apapun ... aku harap, karya tidak seberapaku itu dapat memberikan rasa bahagia di hati kalian.

Perincian prosesnya adaku muatnaikkan dalam youtube channelku. Moga menjadi amal kebaikanku buat masyarakat dan anak2 didik pendidikan seni yang kuajar.

Sekian untuk kali ini.
'Salam kasih sayang'

-peace-
>__<

Tuesday, 16 November 2021

Lukis je ... corak ilusi

Lukis jea ... illusion patern drawing


'Simple illusion pattern drawing'

Apa pandangan kalian?
Ilusinya adalah, asalnya ... corak ini merupakan bentuk2 geometri segitiga dan segi empat yang aku lukislan secara rawak memenuhi ruang kertas lukisanku.

Seterusnya, aku lorekkan dengan garisan lurus yang berulang mengikut prinsip dan kaedah yang malar ... dengan penuh sabar (tentunya๐Ÿ˜). Maka diakhirnya, terhasillah corak di atas. Kelihatannya seperti , 'seashells on the sea shore'๐Ÿ™ƒ

Daripada bentuk geometri yang kaku kepada bentuk alam yang berlingkar ... inilah indahnya seni๐Ÿ˜Š

Sahabat pembaca sekelian, tolong doakan agar apa jua kesulitan dan ujian yang menimpa ... akan mampu kita hadapi dengan sabar dan tenang.

-peace-
>__<





 

Tuesday, 26 October 2021

Lukis jea ... motif ukiran flora




Lukis jea ... motif ukiran flora

Seni ukiran memang sudah sebati berdarah daging dengan pelbagai bangsa di rantau ini.

Ukiran yang terdapat di istana2 Melayu lama, rumah2 tradisional melayu, ukiran pada chandi , rumah2 ibadat ... malah pada perabot hiasan dalaman rumah yang biasanya diperbuat daripada kayu memang sangat dikenali dan diminati terutamanya oleh para pencinta seni ukiran ini.

Biasanya ukiran yang dibuat oleh para pengukir adalah bersumberilhamkan flora dan fauna yang ada di persekitaran kita , diubahsuai mengikit mata dan pentaksiran pengukir sehingga menjadi begitu indah dan harmoni untuk ditatap dan dinikmati.

Sungguhpun kehidupan moden hari ini lebih berpihak kepada gaya hidup yang lebih simple, lebih mudah dan lebih praktikal namun nilai estetika yang tinggi akan menjadikan seni ukiran ini mampu untuk terus berdaya saing untuk menawan dan kekal di hati para generasi akan datang.

Jom , sama2 kita hargai seni warisan ini.

๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘† motif ukiran flora di atas aku buat dan videokan untuk menjadi rujukan anak2 didik pendidikan seni visualku (subjek seni lukisan).  Sebenarnya akupun masih bertatih untuk menghasilkan motif ukiran ini. Al maklumlah, aku bukannya dari background pendidikan seni. Aku budak sains ... bangga gak jadi budak sains ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Baiklah sahabat pembaca sekelian, aku mohon diri dulu.
Banyak tugasan lain sedang menanti.

Moga kita semua dikurnia Allah masa yang berkat. Ingat ... usah teragak2 untuk berbuat baik.๐Ÿ˜Š

-peace-
>__<




Monday, 25 October 2021

Lukis jea ... lebah

Lukis jea ... "Grid - scale technique"

Kali ini aku melukis menggunakan skala grid untuk melukiskan imej lebah di atas.
Teknik ni best sebab kita akan dapat terus nisbah yang betul bagi saiz setiap elemen/bahagian lebah itu.

Kalian yang suka melukis pasti pernah melalui pengalaman berikut ....
Lukis punya lukis ... tetiba bila lukisan kita hampir siap, kita dapati kertas lukisan kita tak cukup besar untuk memuatkan semua.
Atau
Dah siap lukis, sedang kita menikmati karya lukisan kita tu, tetiba kita dapati ada bahagian tertentu yang saiznya terlalu besar atau terlalu kecil. Dengan kata lain, nisbah saiz bahagian tidak sesuai. Contohnya, badannya kelihatan terlalu besar berbanding saiz kepala.
Atau jika itu adalah lukisan wajah, kita dapati saiz hidungnya tidak sesuai dengan saiz mata n mulut. Mungkin hidungnya terlalu besar atau terlebih panjang menyebabkan wajah yang bulat comel menjadi lebih lonjong!๐Ÿ˜…

Sebab tulah, kaedah skala-grid ini sesuai dan merupakan kaedah penyelesaian untuk melukiskan rupabentuk imej dengan mudah.

Ok lah teman2 ... aku nak bersiap2 ke sekolah.
Menyebarkan ilmu , mendidik anak bangsa๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช
Semoga Allah terima sebagai amal kebaikanku. Aamiiinnnn

Hari ini aku akan meneruskan topik fizik kuantum.
Percaya ke tidak ... aku bangun seawal pukul 4 pagi, membuat pembacaan pasal topik ini(ini topik baru yang dimasukkan dalam sukatan fizik tingkatan 5, so kena study sikit sebelum mengajar. Biar faham kehendak sukatan dan capai cara mudah menyampaikannya kepada anak murid๐Ÿ˜‰).

Lebihan masa sebelum bersiap, aku gunakan utk berceloteh di ruangan ini.
Moga dapat menghiburkan kalian yang membacanya.

-jom berusaha menjadi manusia yang bermanafaat-

-peace-
>__<



 

Friday, 15 October 2021

Lukis jea ... 'sunset di pantai'


Lukis jea ... 'sunset'

Assalamualaikum / salam sejahtera
๐Ÿ˜ƒ

Lama tak berceloteh di ruangan ini. Sibuk sedikit ... melayan anak2 yang dah nak kembali ke sekolah/pengajian masing2.

Semalam baru menghantar 'buah hati' kembali ke UPNM. Sesi pembelajaran sudah bermula. Sama2 kita doakan agar semua anak2 ini terhindar daripada malapetaka dan bencana terutama daripada ancaman virus dan penyakit Covid.

Alhamdulillah ... isnin ini kami , guru2 yang mengajar murid tingkatan 5 akan kembali ke sekolah.
'Jadual anjal utk yg tingkatan 5 dan dlm masa yg sama masih berkelas online dengan murid2 bagi tingkatan yang lain.
Jadual anjal tu apa?
Jadual anjal tu  adalah jadual yang dilaksanakan bagi pembelajaran murid yanh biasanya akan menduduki peperiksaan besar seperti spm.
Sehari biasanya hanya 2-4 matapelajaran sahaja diajar.
Masa ditambah sehingga 1.5 jam bagi setiap sesi kelas. Tujuannya supaya murid boleh fokus dan
guru boleh merancang strategi pembelajaran dengan lebih baik. 

Saat2 macam ni juga banyak betul meeting yang perlu dihadiri ...
Al maklum, ada banyak tindakan dan SOP yang perlu dipatuhi sebelum sekolah bersemuka bermula. Dalam masa yang sama , juga ada banyak program yang perlu dilaksanakam secara online bagi memenuhi keperluan murid.


Hmmm ... kembali kepada catan 'sunset' di atas
☝☝☝☝☝☝
Sengaja aku memilih untuk melukiskan panorama matahari terbenam. 
Kenapa?
Kerana pada ketika ini, pemandangannya cukup indah. Kaya dengan adunan warna-warna yang tergubah begitu harmoni sekali.
Harap kawan2 suka dan mampu menikmati karyaku itu.

Akhir kata, jaga diri dan usah teragak2 untuk berbuat baik.

Salam hormat n jumpa lagi.
๐Ÿ˜‰

-peace-
>__<

 

Sunday, 19 September 2021

Lukis jea ... 'sunset' disebalik pokok๐Ÿ˜

Lukis jea ... 'sun set' di sebalik pokok๐Ÿ˜

Baru2 ni aku mengajarkan anak2 didik kelas PSV ku mengenai warna2 asas dalam seni lukisan. Warna primer , warna sekunder dan warna tertier.

Sebagai aplikasi pembelajaran tersebut, maka dalam kelas seterusnya, aku persembahkan sebuah video pembelajaran yang mengaplikasikan teori pembelajaran lepas , warna2 asas dan warna gabungannya. Hasilnya adalah lukisan di atas๐Ÿ‘†๐Ÿ‘†๐Ÿ‘† 

Lukisan  'simple water color sunset painting' menjadi tajuk video dan kuuploadkan di youtube channel ku dengan harapan boleh menjadi rujukan anak2 didikku dan semoga bermanafaat bagi yang lain.

Dalam usia2 begini, kenalah cari jalan mengumpul
sebanyak mungkin bekalan di alam sana. Moga Allah terima sedikit perkongsian ilmu yang tidak seberapa itu sebagai amal kebaikan yang berpanjangan. Aamiinnn.

-doakan kebaikan buat satu sama lain-
๐Ÿฅฐ

-peace-
>__<

 

Thursday, 16 September 2021

Lukis jea ... Selamat Hari Malaysia

 

Selamat 'Hari Malaysia'

Setiap tahun kita , warga Malaysia menyambut 'Hari Malaysia' pada 16 September.
Sambutan ini adalah sebagai mengingati penubuhan persekutuan Malaysia yang asalnya dianggotai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Pengistiharan persekutuan Malaysia ini telah terlaksana pada 16 September 1963.

Namun akibat 'konflik' yang berlaku, akhirnya Singapura terkeluar daripada Malaysia. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1965.

Sejak itu, Malaysia terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sehinggalah kini.
Kitalah warga Malaysia!!!
Semoga akan terus kekal bersama sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Saya sayang Malaysia!!!
Tahukah pembaca budiman, mencintai negara juga sebahagian dari iman. Menjaga kedaulatan dan kemerdekaannya menjadi tanggungjawab yang tergalas di setiap bahu warganya dan bakal diwarisi dari generasi ke generasi seterusnya.

"Selamat Hari Malaysia"

-peace-
>__<

Monday, 13 September 2021

Lukis jea ... "Doodles kemerdekaan Malaysia 2021"

Doodles Kemerdekaan
Malaysiaku yang tercinta buat kali ke 64.

Alhamdulillah.
Untuk kali kedua, negara kita masih menggunakan logo dan tema kemerdekaan yang sama ; "Malaysia Prihatin".

Tahun ini sedunia masih belum bebas daripada ancaman covid. Sewajarnya tema , Malaysia prihatin itu terus dikekalkan. Slogan untuk menjadi warga yang prihatin atas keperitan hidup yang ditanggung oleh sebahagian kita , yang terjejas teruk kehidupannya akibat Covid ini.

####  ########### ####

'Doodles kemerdekaan ini , sekali dengan videonya telah kusiapkan dan telah selesai diuploadkan dalam youtube channelku, sehari sebelum tanggal bertuah Malaysia dan warganya, "31 Ogos" ... cumanya dalam blog ni, dah jauh ketinggalan.

Sibuk dengan kehidupan๐Ÿคช
(Boleh tak nak bagi alasan begitu?. Bak kata ramai orang, 'kalau nak bagi alasan, seribu satu alasan boleh kita beri'๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…)
Seharusnya, kita berpegang pada pepatah ini,
"Kalau hendak seribu daya"!!!
Barulah hidup selalu progress.

Okeylah sahabat pembaca sekelian.
Marilah sama2 kita menjadi warga merdeka yang cintakan negara dan sanggup berkorban demi mempertahankan kemerdekaan ini.

Hayati dan hargai erti kemerdekaan ini. 
Ayuh!! Kita merdekakan diri dari sifat lemah dan malas.
Bersama menjadi hamba Allah yang baik dan taat.

-peace-
>__<



 

Sunday, 29 August 2021

Jom menganyam๐Ÿคช

 Jom menganyam bersamaku ... ๐Ÿ˜

Ini adalah satu lagi aktiviti kelas Pendidikan seni visual aku secara online.

Bersekang mata sehingga jam 3 pagi aku menyiapkan bahan, siap videokan lagi ... semuanya utk memberi minat kepada anak2 didik ku. 

Kalau berminat nak tengok videonya bolehlah ke youtube channel aku ye๐Ÿ˜„

(Moga Allah terima sebagai amal kebajikan)

Alhamdulillah...inilah hasil anyaman kelarai aku. Kali pertama tau aku buat aktiviti ini.
Kira oklah kan.๐Ÿ˜„
Taklah cantik sangat, terutama dari segi pemilihan warnanya tu.
Namun ... aku cukup bersyukur. Sekurang2nya aku belajar sedikit tentang susah senang menganyam ni. Tentunya lepas ni aku lebih menghargai hasil kerja anyaman orang lain

Ini adalah bahagian belakangnya...nampak lagi menarik dari yang bahagian hadapan kan
๐Ÿคช๐Ÿคช๐Ÿคช๐Ÿคช๐Ÿคช๐Ÿคช
Satu benda yang aku belajar ialah, pemilihan warna sangat penting.
Kena pilih warna yang terang dan menarik.
Nantilah ... InshaaAllah, aku akan hasilkan satu lagi anyaman kelarai yang mengambilkira pemilihan warna, kaedah sisipan/kemasan yang lebih sempurna dan sudah semestinya mencedok pengalaman hasil pertamaku ini.

Ini pula adalah semasa proses menganyam. Aku just follow sahaja motif kelarai yang siap kubuat.

dan ini pula adalah motif kelarai yang aku hasilkan sendiri. Pada aku alang2 nak menganyam tu, baiklah kita buat sendiri motif kelarai(corak)nya ... baru puas hatikan๐Ÿ˜‰

Oklah sahabat. Berhenti di sini dahulu.
Moga Allah berkati kita semua dan melindungi kita semua daripada malapetaka dan bahaya terutamanya ancaman covid 19 ... covid delta ...
covid lambda ... dan covid 21?๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ
"Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 penolong dan tempat pergantungan".

Jumpa lagi sahabat

-peace-
>__<


Monday, 16 August 2021

Lukis jea ... kaligrafi

Lukis jea ... jom berkaligrafi.

Hmm ... kenapa tiba2 nak berkaligrafi?
Jawapannya ... kerana dah habis semua teori pendidikan seni visual tingkatan 4 aku ajarkan melalui kelas online kepada anak2 murid seniku! (Semuanya gara2 virus covid-19 yang menyebabkan tiada pengajaran secara bersemuka dapat dilaksanakan).

Maka terpaksalah aku memikirkan aktiviti yang boleh dibuat dan dipantau secara online utk aktiviti kelas seterusnya.
'3-D Calligraphy' adalah antara aktiviti yang 'bersih' , mudah dan menggunakan alatan yang mudah didapati.

... dan seperti biasa  , aku akan mencuba dahulu sebelum mengarahkan anak2 didikku melaksanakannya sebagai tugasan.

Itulah jawapannya.๐Ÿ˜‰

... dan hari ini , 16 Ogos 2021 - sahlah sudah perletakkan jawatan pm. Sejujurnya aku rasa sedih ... marah n geram!
Awat pasal?
Yelah ... ketika kita masih bertarung dengan ancaman dan serangan Covid yang semakin mengganas , tetap ada yang ingin menangguk di air yang keruh!!๐Ÿ˜ก

Aku sudah tidak percaya , kononnya adalah demi kepentingan rakyat.
Semuanya adalah demi kepentingan diri dan cita2 sendiri yang digendung sejak dulu sampai kini.
Pada aku ... merekalah toksik negara!.

Maaf ya andai kalian tidak sefahaman denganku. 
Kita masing2 punya pemikiran dan pendirian.

Akhir kalam,
Ayuh sama2 kita doakan agar pemimpin yang bakal menerajui negara kita adalah terdiri dari bijakpandai yang mampu mentadbir negara dengan baik dan mereka ini punya hati yang sentiasa terikat kepada Allah (s.w.t) dan jiwa mereka sentiasa takut akan kemurkaan Allah. 

Aamiiinnnn

-Aku sayang Malaysia-

-peace-
>__<


 

Sunday, 18 July 2021

Fikiranku ... "Selamat Hari Arafah"

Lukis jea ... lukisan lama , saja pamerkan semula.

Why? ...
Sebab nak ucapkan, 
"Selamat Hari Arafah"
Perbanyakkan doa di hari ini.
Andai kita inginkan kebaikan utk diri kita, jangan lupa doakan kebaikan utk orang lain juga.

Why?
Kerana doa yang baik itu akan kembali kepada diri kita. Bila kita doakan kebaikan utk orang lain maka para malaikat akan berkata,
"Ya Allah, untuknya juga".

Makanya,
Marilah kita doakan kebaikan buat satu sama lain. Juga marilah kita sama2 berdoa agar kita semua bebas dari ancaman dan serangan Covid 19.

 Juga sama2 berdoa agar kita terus istiqomah dengan amal kebaikan yang kita lakukan dalam hidup ini, sentiasa dalam redha Allah , dikurnia Allah kesihatan yang baik, disembuhkan Allah segala penyakit dan dicampakkan rasa takut dalam diri akan kemurkaan Allah sehingga menjadikan kita hambaNya yang baik dan sentiasa taat kepada perintahNya.

Akhir sekali, menjadi impian selamanya untuk mati sebagai syuhada' dalam memperjuangkan agama ini dan dimasukkan ke dalam syurga Firdaus yang tertinggi tanpa hisab.
Aamiiinnnn
(Semoga Allah perkenankan)



-peace-
>__<

 

Sunday, 11 July 2021

Lukis jea ... "Kita belum menang"

Lukis jea ... 'Kita belum menang'

PKPD semula ... kami di Selangor ni semakin 'biasa' dengan pelbagai jenis PKP. Kes semakin membukit ... sehingga kini sudah melangkaui 9K. 
Namun, usah pernah berputus asa. Semua berlaku dengan izinNya, Dia yang memiliki setiap jiwa dan segsla yang ada di langit dan di bumi.

Apa yang harus kita buat?
Semestinya usaha , doa dan tawakal.

Usaha?
Usahakan sungguh2 untuk patub SOP
(Stay at home selagi boleh, pakai mask , jaga penjarakan + dapatkan suntikan vaksin.

Doa ... juga merupakan usaha yang tidak boleh dipandang rendah atau diremehkan. Kita punya Allah , yang Maha penyayang dan sebaik2 tempat pergantungan dan sebaik2 tempat sandaran harapan. 'Berdoa' merupakan penyerahan , pengharapan dan pengakuan akan kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa.

Terakhir , tawakal. Serahkan segalanya kepada Allah yang  Maha Bijaksana.



- peace-
>__<

Tuesday, 8 June 2021

Pray for Palestine

Lukis jea ... Free Palestine
Mengapa perlu ambil berat tentang mereka?

Jawapannya ...
"Kerana kami mengucapkan kalimah syahadah yang sama".

Dan kerana islam itu bersaudara
Tidak dibatasi oleh bangsa dan keturunan
Tidak juga oleh jarak dan taraf hidup.

Moga kita semua ada jawapan di hadapan Allah nanti ...

-peace-
>__<

 

Wednesday, 2 June 2021

Lukis jea ... 'Tulip'

Lukis jea ... 'Tulip'
Lambang kelembutan dan keikhlasan
Buat tatapan mata yang mahu melihat๐Ÿ˜Š

**************

Apa barangkali isu yang patut aku ketengahkan hari ini?
Hmm...๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”
Ya, isu satu dunia ... Covid 19!!!๐Ÿคช
Satu dunia membicarakan dan sedang bertungkus lumus membebaskan diri dari ancaman virus ini.
(Sungguhpun begitu China diberitakan telah 'bebas' dari ancaman ini. Wow utk mereka!!!๐Ÿ˜ฒ)

Mengikut fahamku, virus adalah mikroorganisma patogen(membawa penyakit) yang 'bukan hidup' tatkala ia berada di luar badan perumah. Di luar badan perumah ia wujud dalam bentuk hablur. Virus hanya akan menjadi aktif dan membanyakkan dirinya tatkala berada di dalam badan perumah.

Jadi ... camana nak bunuh virus , derang bukan benda hidup pun bila berada di luar badan perumahnya?.

Hmm๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”
 Maka itu,
virus ini boleh dibunuh/dihapuskan oleh antibodi yang dihasilkan oleh badan sendiri melalui keimunan aktif semulajadi atau keimunan aktif buatan.
Apa itu?๐Ÿ˜ฑ
Tak fahamlah๐Ÿคช๐Ÿคช๐Ÿคช

Takpe...baca ni๐Ÿ‘‡

Keimunan aktif semulajadi ... adalah
 apabila badan kita menghasilkan antibodi sendiri setelah diserang virus, maknanya...kita akan sakit/demam akibat serangan virus ini.
Sistem pertahanan badan akan mengecam virus yang menyerang tersebut lalu menghasilkan antibodi yang sesuai utk menghapuskannya.
Manakala,
Keimunan aktif buatan ... adalah
apabila badan kita menghasilkan antibodi sendiri setelah kita mendapatkan suntikan vaksin di klinik/hospital.
Vaksin itu biasanya adalah virus sebenar yang telah dilemahkan dan dimasukkan dalam badan supaya sistem pertahanan badan dapat mengenalpasti dan mengecamnya sebelum badan boleh mengeluarkan antibodi yang sesuai utk menghapuskan virus tersebut.
(Ingat! Antibodi sifatnya adalah spesifik!!!. Kita tidak boleh menggunakan antibodi bagi virus campak utk menghapuskan virus covid 19 dan begitu juga sebaliknya)

Hasilnya ... kita mungkin demam sedikit selepas suntikan vaksin dan antibodi telah berjaya dihasilkan oleh badan.

 Jika ditakdirkan virus sebenar yang kuat dan agresif menyerang kita di masa akan datang maka badan kita sudah bersedia dengan antibodi utk menangkis serangan tersebut.
Jika kuantiti/dos antibodi yang telah terhasil cukup tinggi maka virus tersebut takkan mampu membuatkan kita sakit ... namun , jika kuantiti/dos yang dihasilkan itu belum begitu banyak ... maknanya , kita akan sakit akibat virus tersebut. Cuma, tahap kesakitan dan tempoh sakit itu adalah minima sahaja.

Berbalik pada isu Covid 19 ini.
Perlukah kita mengambil vaksin?
Jawapannya ... YA!!!
Ayuhlah...pembaca budiman sekelian, mari kita semua mengambil suntikan vaksin ini sebagai usaha kita bersama utk memutuskan rantaian jangkitan virus covid 19 ini.

Bersama kita usaha, kita susuli usaha itu dengan doa dan tawakal kepada Allah(s.w.t)
Moga kita semua dalam lindungan Allah dan semoga Allah memberkati usaha kita ...

Ingat teman2 ,
'Jaga diri' dan 'kita jaga kita'
๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

***********************

Sedikit perkongsian proses melukis


Aku gunakan media warna pensil di atas kertas lukisan bersaiz A4.
Moga mampu menjamu mata kalian

-peace-
>__<


Wednesday, 28 April 2021

Puisi: aku dan waktu yang tersisa

Angin menderu ...
Hujan turun mencurah-curah
Dan aku ... sendirian di meja ini
Menghadap semangkuk cendol laici
Yang diinovasikan daripada cendol biasa ...

Sesekali cendol laici ku sudu
Sambil hati mengira2 bilangan laici hancur di dalamnya
Mataku sesekali mengerling kiri dan kanan
Ada juga yang sendirian sepertiku
Walau ramainya bersama keluarga
Atau sekurang-kurangnya berdua

Aku sendiri
Jarang sekali dapat sendirian seperti ini
Terasa indah juga diberi kesempatan begini
Sambil menyudu cendol laici ...berbicara hati
Dalam bahasa tak bisa diungkap
Mengenang kisah-kisah lalu
Kisah dulu ... yang semakin kabur
Dan kiranya ... ada rindu menghinggap
Pada segala yang telah tiada ...

Aduhai kiranya aku manusia biasa
Yang terlalu biasa-biasa
Berlari mengejar waktu ... dan waktu yang tersisa
Kaki melangkah laju sedang nafas tercungap
Tangan menjangkau impian  yang kian menjauh
Semangat membara dalam tubuh yang lelah
Dan aku yang terlalu biasa-biasa
Tidak mampu mengurai rasa tersimpul
Agar menjadi untaian lembut beralun



Buat arwah bonda tercinta-
"semoga Allah menempatkanmu di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh dan memeliharamu dari siksaan kubur dan azabnya api neraka"
"Semoga Allah menjadikan kuburmu sebagai satu taman daripada taman2 syurga bukan satu lubang daripada lubang2 neraka"
"Semoga kita kan berkumpul lagi di dalam syurga Allah, alFirdaus yang tertinggi"
"Aamiiiinnnnn"



Saturday, 17 April 2021

Sekolahku syurgaku ... kelas PSV

 

Lukis jea ... lukisan

Setelah begitu lama mengajar secara online, baru kini bersua muka.
Murid pun bagai dah lupa segala ๐Ÿคช๐Ÿคช๐Ÿคช
Masuk ke kelas PSV tanpa membawa apa.

Makanya ... sebagai aktiviti 'warming up'.
"Ok...ketua kelas, ambik duit ni , pergi kooperasi dan beli kertas lukisan"
"Siapa yang takde pensik ... ni, ambil. Pinjam je...habis kelas pulangkan balik pada cikgu".
"Kita nak lukis apa cikgu?"
"Kita main2 lukis je ... senang. Pecahkan kertas lukisan anda kepada 6 kotak .... bla bla bla bla bla "

Nak kasi lebih menarik ... aku pun buat sama.

Inilah sedikit sketsa ...
Belajar bersemuka setelah sekian lama hanya belajar dalam talian.

-sekadar perkongsian-

-peace-
>__<

Lukis jea ... mentari terbit


Lukis jea ... mentari terbit.

Koleksi catan terkiniku setelah sekian lama tidak bermain warna.

Akhirnya aku hadiahkan buat seorang teman yang bersara sebagai tanda penghargaanku atas segala sumbangan bakti beliau dalam mendidik anak bangsa.๐Ÿ™ƒ๐Ÿ™ƒ๐Ÿ™ƒ

Begitulah adatnya ... satu masa, sampai ketika , semuanya pasti berakhir. Dari muda kepada tua , dari sihat kepada sakit dan dari ada kepada tiada.

Pasti,  masaku juga akan tiba. Tak lama , jika diizinkan Allah , jika masih ada umur, aku juga akan menyusul. Meraikan diri sendiri dan diraikan di hari persaraan.

Bersara sebagai guru bukan bererti kita berhenti mendidik kerana 'mendidik' itu adalah satu dakwah, amanah yang diberi kepada semua selagi kau masih berpijak di bumi Allah ini.

Sedikit kata nasihat dariku ... hargai apa jua yang mendatang.
Jika ia buat kau tersenyum ... hargai ia
Jika ia buat kau menangis ... hargai ia
Kerana yang datang itu tidak pernah sia-sia.
Kurniaan buat mendewasakan kita dan sebagai peringatan bahawa kita adalah hambaNya.

-salam persahabatan-

-peace-
>__<

Saturday, 27 March 2021

Lukis jea ... teman seperjuangan

 

Lukis jea ... teman seperjuangan
            
Ku lakarkan wajahnya sebagai tanda kenangan dan penghargaan bahawa kami satu ketika pernah bekerja bersama.

Semoga Allah memberkati dia dan aku sendiri dalam laluan kehidupan kami masing2 seterusnya. 

Alhamdulillah, teman seperjuanganku ini diamanahkan Allah utk mengorak  setapak lagi  langkah sebagai pentadbir.
Semoga beliau berjaya memimpin amanah di bawahnya ke arah mengEsakan Allah.

Aku?
Aku punya cita aku sendiri.
Punya alam aku sendiri dan punya pemikiranku sendiri. Mungkin tidak yang terbaik  namun inilah yang aku mahu.
Pengalaman hidup mengajarku utk terus bahagia dengan pilihan sendiri.

Kamu?
Punya cita?
Punya pilihan?

Seharusnya ... ya!
Kerana tiap kita dikurnia Allah akal dan keinginan.
Dan pastinya kita akan dipertanggung jawabkan atas tiap perkara tersebut.

Apapun pilihanmu, kamu pasti ada alasan yang tersendiri.
Nasihatku... pastikan alasan itu boleh membawamu ke syurga Allah.

Kita usaha ... tawakal ... dan berdoa.
Moga Allah terima setiap amal kita sebagai amal kebaikan dan membolehkan kita menjadi tamuNya di syurga kelak.
Apa yang lebih indah dari memasuki syurga Allah?

Moga kita semua kan bertemu kelak di sana.
Aamiiinnnn

-peace-
>__<




Lukis jea ... sehingga jumpa lagi

Lukis jea ... sehingga bertemu lagi
Kisah hidup yang menarik dan penuh ketabahan. Seorang yang pernah berkongsikan pengalaman hidup yang cukup bererti.
Satu kisah dari beribu kisah perjuangan masyarakat bangsaku yang perih, berpayah mengorak langkah bagi membina kehidupan yang lebih baik.

Pengalaman hidup yang amat bererti menjadikan seorang manusia yang lebih manusia.

Moga sentiasa dalam lindungan Allah dan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan seterusnya.
Sehingga bertemu lagi.
Inshaa Allah.



-peace-
>__<

                                      


Monday, 15 March 2021

Lukis jea ... menghargai teman

Lukis jea ... dengan tulus ikhlas

Lukisan potret ini kulukis sempena persaraan seorang guru yang sudah puluhan tahun menabur bakti mendidik anak bangsa.

'Cikgu Aishah Berahim'

"Semoga Allah menerima segala jasa baktinya sebagai amalan kebaikan yang menjadi asbab buatnya menjadi tetamu Allah di syurga. Aamiiinnn"

"Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan"

Sekali bergelar guru, kan selamanya tetap menjadi guru.




-peace-
>__<

 

Sunday, 7 February 2021

Fikiranku ... "Jaga akhlakmu!"

 Assalamualaikum.

Lama tak jengok blog aku ni ... sibuk!

Orang ramai kata , "Apa sibuknya cikgu mengajar online masa PKP ni?". Orang tak percaya cikgu sibuk ...siap minta potong separuh gaji cikgu ... beri pada mak bapak sebab sekarang mereka mengajar anak2 di rumah. Mengajar?. Ye ke ... baguslah, Allah beri peluang kita mengajar anak sendiri.( Jangan lupa ... cikgu pun parents gak).

Mungkin korang tertanya2, apa sibuknya 'work from home'. (Walhal ada juga kelas bersemuka di sekolah + kelas online yang ada ketikanya terpaksa buat di sekolah).

Ginilah aku bagitahu ... ambil contoh aku ,

Aku mengajar kelas fizik f52020, f52021 dan f42021 dan sains f42021. Bagi kelas bersemuka, biasalah ... sekarang musim pecutan akhir, soalan2 dan perbincangan2 jawapan dengan anak2 didik yang berdebar nak spm tak berapa lama lagi.

Bagi kelas2 online yang lain...menyediakan slaid2 pembelajaran dan video2 sebelum kelas bermula mengambil masa yang jauh lebih lama dari kelas bersemuka. Sampai masa ... persembahkan bahan pengajaran dan mengajarlah kami secara online dengan anak2 murid. Kot kelas depan ramailah ..

Kalau kelas2 hujung, yang masuk boleh dikira dengan jari. Itu takpe lagi...tengah2 mengajar, bagi soalan. Anak murid tak dapat jawab tetiba bapak dia tolong jawab!.

Apa maknanya tu?...maknanya, ada saja parents yang akan mencerap cikgu mengajar. Tapi bagi aku , itu 'no hal' sebab kami guru2 memang selalu dicerap oleh pentadbir di sekolah bagi memastikan mutu pengajaran adalah baik.

Sekarang kau nampak sibuknya kat mana?

Ya...sibuknya seperti 2 kali kerja.

1. Menyiapkan bahan pengajaran online.

2. Mengajar secara online

Isunya WFH menyebabkan kami guru2 wanita ni kena juga memastikan urusan makan pakai di rumah tersedia utk seisi keluarga yang juga WFH dan belajar secara online di rumah.

So...mudahnya hidup lagi sibuk. Aku tak leh bayangkan kawan2 yang ada anak2 kecil. Lagi lah , ... camana nak buat kerja.

Hmm...sebenarnya bukan isu 'Sibuknya seorang aku' yang nak aku ketengahkan dalam perkongsian kali ini.

Habis tu apa?

Sebenarnya , hari ini aku cuma nak sampaikan satu pesanan...buat diri sendiri dan semua.

1."Jagalah akhlakmu ... jagalah akhlakmu terutama ketika kamu marah. Tolonglah jangan menjatuhkan maruah dan harga diri kamu dengan memgeluarkan kata2 makian, kasar dan tidak beradab!"

"Ketahuilah...buruknya akhlakmu terutamanya ketika kau sedang marah hanya merendahkan nilaimu di mata orang lain ... lebih2 lagi di mata aku yang mandang dan menilai".

Jangan sampai hilang rasa hormat orang kepada kita disebabkan buruknya akhlak yang kita pamerkan.

2. "Usah selalu berkata kesat ... kerana bila sudah terbiasa, susah nak kau buang. Ia keluar begitu saja ... dan begitu saja meninggalkan kesan pada  hati yang mendengar. Kau mungkin sudah lupa ... tapi tidak bagi yang merasa".

3. Bukankah sudah acap kali diajar..."Assabrun jamilun", sabar itu indah. Ya, sabar itu indah ... namun kata2 kesat penuh makian pasti mengikis bukan saja rasa hormat tapi kemanisan perhubungan itu semakin tawar.

Akhir kalam ... sahabat, malulah kita untuk berkata kesat dan kotor. Malulah kita jika berakhlak buruk!!

Salam ingatan.

-peace-

  >__<


Monday, 11 January 2021

L ukis jea ... "Hanyut"

 

Lukis jea ... 
Kapal hanyut dilautan bergelora sebagai penutup tahun.
Seperti hidup seorang manusia yang pasti ada ketikanya juga diuji dengan gelombang cubaan yang pastinya membina satu garis sempadan antara tabah dan putus asa ...
Berusaha atau menyerah ...
Mengabaikan atau menghargai

Apapun cerita hidup kita ... ianya bukanlah satu dongegan
  Dan juga bukan angan-angan!

Semuanya nyata dan kita bakal dipertanggungjawabkan atas tiap satunya... makanya, bersedialah untuk hari pengadilan itu tanpa pernah meninggalkan dunia, tempat kita diuji.


"Hanyut"

Lukisan penutupku bagi tajun 2020.
"Selamat tinggal 2020...selamat datang 2021"

Semoga rahmat dan kasih sayang Allah buat kita semua ... dunia hingga akhirat.

"Selamat menempuh 2021 dan cabarannya , sahabat"

-peace-
>__<