Popular Posts

Monday 25 October 2021

Lukis jea ... lebah

Lukis jea ... "Grid - scale technique"

Kali ini aku melukis menggunakan skala grid untuk melukiskan imej lebah di atas.
Teknik ni best sebab kita akan dapat terus nisbah yang betul bagi saiz setiap elemen/bahagian lebah itu.

Kalian yang suka melukis pasti pernah melalui pengalaman berikut ....
Lukis punya lukis ... tetiba bila lukisan kita hampir siap, kita dapati kertas lukisan kita tak cukup besar untuk memuatkan semua.
Atau
Dah siap lukis, sedang kita menikmati karya lukisan kita tu, tetiba kita dapati ada bahagian tertentu yang saiznya terlalu besar atau terlalu kecil. Dengan kata lain, nisbah saiz bahagian tidak sesuai. Contohnya, badannya kelihatan terlalu besar berbanding saiz kepala.
Atau jika itu adalah lukisan wajah, kita dapati saiz hidungnya tidak sesuai dengan saiz mata n mulut. Mungkin hidungnya terlalu besar atau terlebih panjang menyebabkan wajah yang bulat comel menjadi lebih lonjong!😅

Sebab tulah, kaedah skala-grid ini sesuai dan merupakan kaedah penyelesaian untuk melukiskan rupabentuk imej dengan mudah.

Ok lah teman2 ... aku nak bersiap2 ke sekolah.
Menyebarkan ilmu , mendidik anak bangsa💪💪💪
Semoga Allah terima sebagai amal kebaikanku. Aamiiinnnn

Hari ini aku akan meneruskan topik fizik kuantum.
Percaya ke tidak ... aku bangun seawal pukul 4 pagi, membuat pembacaan pasal topik ini(ini topik baru yang dimasukkan dalam sukatan fizik tingkatan 5, so kena study sikit sebelum mengajar. Biar faham kehendak sukatan dan capai cara mudah menyampaikannya kepada anak murid😉).

Lebihan masa sebelum bersiap, aku gunakan utk berceloteh di ruangan ini.
Moga dapat menghiburkan kalian yang membacanya.

-jom berusaha menjadi manusia yang bermanafaat-

-peace-
>__<