Popular Posts

Friday 31 January 2014

"Keranamu DIAH" : Bab 4



BAB 4 :          KONFLIK DAN KEKESALAN
Satay Kajang.         
Angin petang itu sungguh nyaman. Diah bersama Ba’ie sedang menunggu bas untuk ke Pekan Kajang. Petang ini Dr Imran akan  belanja mereka setutorial makan satay Kajang. Beliau baru mendapat seorang cahaya mata baru ... baby boy!. Dengar cerita , dari isterinya yang kedua. Isteri pertamanya meninggal dunia dua tahun lalu iaitu semasa melahirkan anak sulung mereka. Lebih malang , bayi tersebut  turutmengikut jejak ibunya.
“Begitulah kehidupan ... kita hanya mampu merancang dan berusaha , selebihnya hanya Allah yang menentukan. Semuanya bergantung kepada takdir kita”. Kata Ba’ie kepada Diah. Diah diam sahaja mendengar komen Ba’ie tentang kehidupan , tentang takdir.

Matanya tepat memandang wajah gadis ayu dihadapannya ...
“Wah ... cepatnya korang sampai!”. Sapa  Ba’ie kepada yang lain. 12 pelajar ‘lukisan dan puisi’ yang lain  telah terlebih dahulu sampai. Masing-masing sedang seronok menikmati satay Kajang yang sangat popular seantero Malaysia. 
“Eh , bukan mereka yang cepat tapi kamu berdua yang lambat!”. Sapa mesra Dr Imran , datang menghampiri mereka.
“Sorry Doc. Kami tunggu bas bukan main lama lagi sebab tulah lambat sampai”.  Balas Ba’ie.
“Habis tu , tak cakap awal-awal nak datang. Kalau tidak kan boleh naik kereta saya saja. Tak payah penat-penat tunggu bas”. Sampuk Zuraimie. Matanya tepat memandang wajah gadis ayu di hadapannya. Diah mengangkat muka dan pandangan mata mereka bersatu.  Diah segera mengalihkan pandangannya , dapat dibaca isi hati pemuda ini. Jelas terpancar dari sinar mata dan senyuman yang terukir.
Bagi Zuraimie , Diah cukup sempurna. Cuma kebelakangan ini , gadis manis ini tidak seceria selalu. “Kenapalah agaknya kau bermuram durja?”. Fikirnya.
“Ah ... renunganmu benar-benar membuatkan ku resah!”.  Usik Dr Imran. Usikan itu menyedarkan Zuraimie dari lamunannya lantas segera mengalih pandang. Diah hanya berdiam diri , malas untuk mengambil sebarang bahagian dalam usikan tersebut.
“Zaman aku teruja dengan usikan seperti itu sudah berlalu. Aku bukan lagi Diah yang dulu. Aku sudah setapak ke hadapan dari kalian semua. Setapak ke hadapan yang menjatuhkan aku jauh dari kalian. Setapak yang menjadikan aku manusia hina!”. Kata hati Diah.
“Mmm ... takkan nak berdiri saja , duduklah”. Suara Dr Imran menamatkan episod ‘pandang memandang’ itu. Diah dan Ba’ie tersenyum lalu memandang sekeliling untuk mencari tempat kosong. “Mmm ... ramai pulak orang hari ini”.  Kata Ba’ie sendirian.
 “Aha! Itu aku punya tempat!”. Sebuah kerusi kosong di sebelah Dr. Imran , Ba’ie segera ke sana dan Diah ... hanya tinggal sebuah lagi kerusi kosong  iaitu , betul-betul di sebelah Zuraimie!. Sengaja Zuraimie mengosongkan kerusi itu. Berdoa dan berharap agar Diah duduk di sebelahnya.
“Alamak! Kenapa aku harus duduk di sebelah mamat ni?”. Getus hati Diah.
“Mmm ... jemputlah duduk”.  Zuraimie bangun lalu menarik kerusi untuk Diah. Wajahnya bersinar ceria. Tiada pilihan , Diah terpaksa senyum dan duduk.
“Terima kasih”. Ucapnya ,  sekadar bersopan.
“My pleasure!”. Balas Zuraimie dengan senyuman.
“Inilah peluang aku . Akan ku usahakan!”. Bisik hati Zuraimie. Sudah lama peluang ini dinantinya , untuk rapat dan  menambat hati sidara. 
“Aku akan buat kau tersenyum semula!”. Itulah azamnya. Dia bercerita dan terus bercerita dengan diselangi  tawa mesra. Memang dia pandai bercerita. Langsung Diah tidak merasa kekok , malah cukup selesa!. Makan petang itu sungguh menggembirakan. Terlupa seketika tentang masalah yang sedang melanda diri.

Keesokan harinya ,  kita belajar sama ...
Hari ini berlalu seperti biasa. Pergi balik kuliah , kelas tutorial , makan di cafe PUSANEKA  ( Pusat Aneka)  , buat rujukan di perpustakaan ... semuanya sama ,  perkara rutin.                                                                                              
“Aku rasa bosanlah hari ni ...”. Keluh Ziah  kepada Diah ketika sama-sama berjalan ke arah  perhentian bas.
“Mengapa pula ?”.  Tanya Diah , hairan mendengar Ziah berkeluh kesah.                                                                                                                                                       
“Sebab hari ini , kawan aku ni senyap dan tak ceria langsung!”. Jawab Ziah sambil menudingkan mulutnya ke arah Diah. Diah mencebik.  Malas hendak melayan kerenah dan ocehan Ziah.  Mana tidaknya , hatinya kini sedang menggelabah . Resah gelisah tidak keruan. ‘Nasi sudah menjadi bubur , mahkotanya sudah tergadai , buah sudah ditebuk tupai!’.
“Aaaahhhh!!!”. Jerit suara hati Diah sambil tangannya menekup kedua-dua belah telinganya. Mujur Ziah tidak melihatnya , jika tidak lain pula yang difikirkannya nanti.
“ Itu memang betul salah satu dari sebab mengapa aku bosan hari ini. Tapi bukan itu saja , sebenarnya ada sebab lain juga”. Ziah melanjutkan pembicaraan tentang kebosanannya.
“Apa lagi yang buatkan kau bosan?”. Balas Diah acuh tidak acuh.
“Huh!  Entahlah Diah , aku semakin terasa yang hari-hari yang kita lalui di sini semakin membosankan. Setiap hari adalah satu  rutin biasa yang mesti kita patuhi , lepas satu satu aktiviti yang sama . Rutin yang keseronokannya semakin hilang. Rutin yang amat membosankan!.  Tiada perubahan langsung. Hidup kita ni ‘monotone’  dan senada je. Graf harian kita tak ada turun naik langsung . Tak ada langsung elemen yang mengejutkan. Segalanya boleh dijangka , bagaikan satu graf garis lurus  y = k , di mana k itu adalah  satu pemalar , satu ‘constant’.  Lurus , betul-betul lurus ... dan hanya memenggal paksi y pada satu  nombor sahaja. Bosankan?. Lebih teruk dari itu , sahabat baik aku sekarang ni  dah pandai berahsia. Kuat termenung. Tak ceria. Memanjang mukanya monyok macam cekodok basi!.  Hai ... apalah malang nasib aku ni?. Bilalah sesuatu yang menarik akan berlaku dalam hidup aku?. Tak ada ke kejutan yang tiba-tiba membuatkan aku melompat gembira atau mungkin  perasaan aku jadi berbunga-bunga”.  Keluh Ziah , sengaja  bercakap dengan nada sedih yang dibuat-buat untuk menarik perhatian Diah.                                                                                                                     
“ Hallo makcik , dah habis membebel?. Aku tahulah awak tu budak Math tapi tak payahlah nak samakan hidup kita ni dengan graf garis lurus  y=k pulak. Lagipun kadang-kadang hidup  monotone ni jauh lebih baik dari hidup yang penuh kejutan. Sebab semuanya sama. Semuanya dapat kau jangka. Kau tak mungkin melakukan kesilapan!”. Jawab Diah sedikit geram dengan rungutan Ziah.  
“Makcik?!. Eeee tolonglah , aku belum kahwin lagi tau!. Hmm ... aku taknak komen pasal hidup ‘monotone’ kau yang sempurna tu. Cuma aku nak kau sedar  bahawa sesungguhnya perkara yang menjadikan hidup aku ni lebih membosankan adalah perangai kau yang semakin pelik ni. Kau perasan tak yang sekarang ni kau asyik termenung saja. Di rumah termenung , kat kuliah pun termenung. Sekarang ni , ketika aku sedang bercakap dengan kaupun ,  kau masih boleh  termenung!. Eeee ... Diah , apa yang dah berlaku sebenarnya?.  Kenapa dengan  kau  ni?  Ke ... kau bergaduh dengan Raziq?”. Ziah cuba serkap jarang. Diah menggeleng.
“Taklah , aku tak gaduhpun dengan dia”. Jawab Diah.
“Ok. Kalau tak gaduh dengan Raziq , kenapa kau sampai bermuram durja?.  Cuba kau ceritakan pada aku.” Pinta Ziah bersungguh-sungguh.
“Err , nampak sangat ke perubahan aku?. Maksud aku air muka aku ni , betul ke nampak muram?”. Tanya Diah , langsung tidak menjawab pertanyaan Ziah.
“Orang lain mungkin tak nampak tapi  aku ni kawan baik kau. Aku boleh baca isi hati kau. Aku faham sangat riak wajah kau bila kau sedang  menghadapi masalah. Tinggal lagi aku tak tahu apa yang dah berlaku pada kau. Ceritakan pada aku ya , mana tahu ada yang boleh aku tolong. Paling tidakpun kau akan rasa lebih lega  ...”. Pujuk Ziah.
“Huh! Entahlah Ziah , susah aku nak bagitau ... nantilah aku fikirkan”. Balas Diah.
“Tapi kau tu pulak , janganlah  asyik berkeluh kesah. Cubalah kau hargai segala yang kita ada dan lalui di sini. Bukan semua orang berpeluang sampai ke menara gading macam kita ni. Hei ... hanya orang-orang pandai dan bertuah saja sampai ke sini tau! Belajarlah bersyukur. Bukan kau tak tahu , kalau kita bersyukur pasti Allah akan menambah lagi nikmat kepada kita”.  Balas Diah sambil mencuit bahu Ziah.
“Hmm hebat kata-kata kau. Sebenarnya bukan aku tak bersyukur cuma ... akhir-akhir ni aku rasa macam sunyilah. Hati aku ni rasa sepi sangat , kadang-kadang rasa sayu  , rasa sedih dan entah apa-apa lagi rasa yang aku sendiri tidak faham. Susah aku nak cakap.  Tak selesa lah ... aku rasa macam nak balik kampung jumpa mak bapak aku je. Agaknya aku rindukan mereka kot. Rasanya hanya mereka yang dapat me’normal’kan balik perasaan dan hidup aku ni” . Jawab Ziah. Akhir-akhir ini hatinya terasa kosong. Sunyi ... dan seperti ada sesuatu  yang kurang.
Diah mendengar luahan rasa sahabatnya itu dengan penuh simpati , ada juga rasa bersalah kerana telah mengabaikan perasaan sahabatnya itu. Mana tidaknya , dia jauh tenggelam dalam masalah yang sedang dihadapinya kini. Diah cuba memahami dan menganalisa masalah yang melanda Ziah. Sehinggalah akhirnya Diah membuat kesimpulan ,
 “Hmm ... aku rasa , engkau ni bukan perlu balik kampunglah”. Balas Diah sambil memaksa diri untuk tersenyum.                                                                                  
“Eh!. Kenapa kau kata macam tu?. Habis , kalau bukan pasal itu ... aku ni kenapa?”.Tanya Ziah.   Benar-benar keliru dengan perasaannya sendiri. Lebih keliru apabila terlihatkan senyuman Diah yang penuh makna.                                                                                                                               
“Menurut firasat akulah ... kau ni....”.    Diah berkata sambil memain-mainkan jari telunjuk kanannya di dagu , tiba-tiba timbul rasa ingin menyakat kawannya ini.                                                                                                                               
“Apa?. Kenapa dengan aku?”.  Ziah menjadi tidak sabar.                                                                                                                                                                           
“Kalau aku cakap janji jangan marah ye”.  Diah menguji.                                                                                                                                      
“Apa?!!” . Tanya Ziah semakin tidak sabar. Apalah agaknya yang difikirkan Diah tentang dirinya. Ziah membulatkan pandangannya kepada Diah. 
“Betul nak tahu?” .Tanya  Diah. Ziah cepat mengangguk-nganggukkan kepalanya.
“Betul tak marah?”. Tanya Diah lagi , sengaja berlengah-lengah. Suka melihat keadaan Ziah yang seperti cacing kepanasan itu.     
“Tidak!!!!. Cakap je lah!”. Marah pula Ziah jadinya.                                                                                                                                                                               
“ Baiklah , sebab kau mendesak maka aku akan beritahu sekarang. Jawapannya ialah ... kau kena kahwinlah! Ha ha ha. Kena kau!” . Bercanda juga Diah akhirnya.  Lupa seketika tentang musibah yang sedang melanda dirinya kini.                                                                                                                              
“ Tak guna!”. Ziah berlari laju mengejar Diah  yang  terlebih dahulu telah lari  lintang- pukang bagaikan  lipas kudung menuju ke perhentian bas. Termengah-mengah...

Jangankan nak bagi hadiah , wish pun tidak!
Petang itu , tiada orang lain yang menunggu bas. Hanya mereka berdua. Diam dan bosan memandang satu sama lain. Mana tidaknya bas yang sepatutnya sampai lebih lima belas minit yang lepas masih tidak sampai-sampai juga. Akhirnya Ziah bersuara.                                                                                                                                                        
“ Diah ... kau sedar tak berapa umur kita sekarang ?”.  Tanya Ziah.                                                                                        
“Maunya tak. Tahun ni kita dah pun 25 tahun. Minggu depan , 14 Mac hari jadi aku. Eh ... kau jangan lupa bagi hadiah. Aku nak hadiah yang special dari kau. Ingat tu!”.   Jawab Diah dengan muka tidak malunya.                                                                               
“Aloo cik kak ooiii ... kau punya hadiah aje kau kira. Aku punya ‘birthday’ semalam tak sorang pun ingat. Jangankan nak bagi hadiah , wish pun tidak!. Huh! Jauh panggang dari api!!”.  Marah Ziah apabila teringatkan tiada seorangpun daripada teman serumahnya yang memberi ucap selamat kepadanya. Puas dia menunggu semalam , kot-kot ada di antara  teman serumahnya yang ingat akan hari lahirnya.  Malangnya , tiada!.                                                        
“Alamak! ... yelah kak, aku betul-betul lupa. Sorry ye ... tapi  masih tak terlambatkan nak ucap. ‘Happy belated  birthday’ Ziah! Aku doakan hidup kau akan bahagia dan berjaya , tercapai segala hajat dan mendapat suami yang soleh tahun ini juga!”.  Diah menyerigai memandang Ziah.                                                
“ Aaammiiinnnn ...”.  Ziah mengaminkan bersungguh-sungguh.                                                                                                                                          
“ Eh , tak marah ke?”. Tanya Diah , hairan melihat reaksi Ziah.                                                                                                                                                        
“Buat apa nak marah. Aku memang harap akan berjumpa orang yang sesuai dan dapat menamatkan zaman bujang aku  pada tahun ini jugak!. Kitakan  dah 25 tahun. Nabi kita Saidina Muhammad  (s.a.w)  berkahwin dengan saiyiditina Khatijah pun pada umurnya 25 tahun. Ikut sunnahtu ... kau tak nak ke?”. Tanya Ziah.
Diah hanya menjawab pertanyaan itu dengan senyuman. Fikirannya terus terbayangkan wajah Raziq ...  Malam itu ... semuanya masih jelas diingatan ,  setelah  segalanya terjadi , mereka sama-sama menangis. Raziq beratus kali memohon maaf daripadanya. Jelas terbayang penyesalan yang teramat sangat di wajah anak muda itu. Entah berapa kali dia menampar-nampar dirinya sendiri. Tapi untuk apa?. Nasi sudah menjadi bubur!

“Diah , maafkan I. I bersalah. I tak dapat menahan nafsu .  I terlalu sayangkan you. Tolong ...
Tolong jangan marahkan I. Jangan benci I”. 
Diah teringatkan rayuan  Raziq dengan seribu penyesalan.
Namun menyesalpun sudah tidak berguna lagi. Kelapa telah ditebuk tupai!.
“I memang akan bertanggung jawab. I janji. I janji atas nama mak I. I takkan tinggalkan you. Begini ... kita kahwin?!”. Diah teringatkan cadangan spontan Raziq. Raziq yang sungguh-sungguh menyesal dengan perbuatannya berkata dengan cukup ikhlas. Baginya , cintanya pada Diah bukan main-main.
 Reaksi Raziq sebegitu telah memadamkan  terus api kemarahan yang baru mahu terbit di lubuk hati Diah. Lagipun Diah cukup sedar bahawa semua itu terjadi dengan kerelaannya juga. Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi!. Dia sendiri tidak mampu untuk menolak perlakuan Raziq terhadapnya. Tapi perlukah mereka berkahwin sekarang? Bagaimana dengan ibubapanya nanti , akan setujukah mereka?.  Pelbagai persoalan  membelenggu fikiran kini. Wajah kedua orang tuanya terbayang di mata.
“Tentu kecewa mereka dengan perlakuanku”. Fikir Diah , menyesal.
“ Hah ... beranganlahtu! . Berangan lagi!!” . Ziah mengejutkan Diah dari lamunan.
“Huh?!”. Terkejut Diah mendengar sergahan Ziah. Lantas wajahnya diraut berkali-kali , “Jauhnya aku berangan”. Fikirnya.
            Tiba-tiba  , “Eh! Diah , cuba kau tengok siapa yang sedang berjalan menuju ke mari”. Perhatian Ziah tiba-tiba beralih ke arah seorang pemuda , segak berjalan menghampiri mereka.                                                                              
“Mana?”.  Tanya Diah sambil memandang ke arah yang ditunjukkan.                                                                                                                                                                  
“Tuu ... mmm ... tampan  bergaya. Cuba kau teka siapa yang akan dia tegur dulu , aku atau kau?”. Tanya pula Ziah. Diah agak terkejut mendengar  soalan itu.   
“Cehh!. Apa punya soalan!!”. Fikirnya .                                               
“ Kau rasa siapa?”. Tanya Diah kembali. Malas untuk menjawab soalan tidak relevan Ziah itu.                                                                                                                                                                   
“Aku tanya kau , kau tanya aku balik! Apa punya orang!. Alahhh ... , sudah terang lagikan bersuluh. Tentulah kau!. Semua orang tahu yang dia tu dah lama sukakan kau!!”.  Ziah tersengih memberi jawapan tanpa rasa ragu. Diah hanya tersenyum mendengarnya. Memang dia sedia maklum akan perasaan pemuda ini terhadapnya. Kalau hendak difikirkan , memang tiada kurangnya pemuda ini , ada rupa , ada gaya , bertubuh sasa dan yang lebih penting ... sangat sopan dan bertanggung jawab. Namun apakan daya hati Diah sudah terpaut pada yang lain.
Bagi Ziah pula , dia amat sedar bahawa kulitnya yang hitam manis itu tentu tidak terlawan kulit Diah yang putih menguning. Tambahan pula rupa paras Diah memang  ayu  dilengkapi dengan sepasang mata yang redup dan senyuman yang menawan. Semua itu menjadi asset lumayan buat Diah untuk dikagumi.
“Eh, kamu berdua ada di sini. Tak sangka akan dapat berjumpa  waktu petang-petang begini. Hmm ... agaknya memang jodoh kita kuat. Itu yang boleh jumpa”.  Zuraimi berbahasa sambil matanya terus memandang Diah yang bagaikan acuh tidak acuh mendengar kata-katanya.                                                                                                                                                                                     
“ Eleh Zuraimie , tadi  kan kita bertiga dari kuliah yang sama. Habis kuliah dah tentu-tentulah kami nak balik. Saja je kau tu . Sudah gerharu , cendana pula!”. Balas Ziah bersahaja. Zuraimie hanya tersengih. “Hmm ... lain yang aku umpan , lain pulak yang mengena!”. Fikirnya.
“Nak terus balik ke?”.  Zuraimie pura-pura bertanya kepada Diah tanpa menghiraukan sindiran Ziah itu.                                                                                                                                                         
“Mestilah nak balik , dah petang. Takkanlah baru nak pergi kuliah”. Jawab Ziah dengan senyuman.    
“Heee ... awak ni Ziah , tak habis-habis nak hentam saya. Err ... Diah , kenapa senyap saja. Penat sangat ke hari ni? Yelah ... masa di kuliah Puan Rubiah tadi saya tengok awak diam saja. Selalunya awak yang bukan main banyak bertanya”. Tanya Zuraimie kepada Diah. Ziah langsung tidak dihiraukannya.
“Ye ke?... Eerrr ...”. Diah terkedu. Tidak menyangka yang Zuraimie begitu perihatin terhadap

perubahannya.

“Aa ah!. Betullah tu. Dia ni sekarang sedang dalam kemurungan. Asyik termenung dan

 berangan saje!”. Ziah mencelah.

“Eh! Taklah. Saya sebenarnya memang begini. Selalu tu  saya tanya sebab banyak yang tak

faham. Tak ‘terror’ lah ... tak macam  awak”.  Jawab Diah , cuba  berdalih.                                             
“Eh takkanlah sampai begitu ... tapi kalau awak suka kita boleh belajar sama. Maksud  saya

... awak , Ziah dan saya belajar as a study group. Kita boleh study sama di library. Amacam

... setuju?”.  Cadang Zuraimie. Berharap sangat agar cadangannya itu  diterima.                                                  
“ Bagus juga cadangan tu , lagipun tak sampai dua bulan saja lagi kita akan menduduki 

peperiksaan akhir semesta . Diah , macam mana  ...  kau setuju tak ?”. Ziah minta

persetujuan     daripada sahabat karibnya itu.

“Aku ikut ajelah ...”. Jawab Diah , malas untuk berfikir panjang.                                                                                                                                                          
“Set! ... kita tetapkan sekarang. Setiap kali habis kuliah Puan Rubiah kita terus ke library sama ada untuk selesaikan tugasan atau ulangkaji mana-mana topik yang lepas. Setuju?”. Cadang Zuraimie dengan penuh semangat.                                                                      
“Setuju!” Jawab Ziah  manakala Diah hanya tersenyum tawar.

 ‘Study group’ pertama.
Seperti yang telah dipersetujui semalam maka sebaik sahaja  tamat  kuliah Pn Rubiah pada hari ini Diah dan Ziah terus ke perpustakaan. Hari ini  bermulalah aktiviti ‘study group’ mereka. Diah dan Ziah  memilih tempat ‘favourite’ mereka. Lebih kurang lima belas minit kemudian , Zuraimi sampai bersama seorang temannya.                                                     
“Assalamualaikum , kenalkan teman serumah saya , Zaid”. Tegur Zuraimie.                                                                            
“Zaid , ini Ziah dan ini pula Diah”.   Zuraimie memperkenalkan Zaid kepada kedua-dua gadis itu. Sengaja dia memilih Zaid kerana kebetulan Zaid juga mengambil kursus yang sama.  Lagi pula Zuraimie terasa janggal untuk belajar  bersama dua gadis itu.  Sekurang-kurangnya kehadiran Zaid akan dapat  mengimbangkan kejanggalan tersebut.                                                                                                                                      
“Waalaikummussalam!...”. Kata Diah dan Ziah serentak.                                                                                                                        
“ Zaid ni  juga mengambil kursus Pn. Rubiah so saya ajak dia sekali joint ‘study group’ kita. Bolehkan ?”. Sambung Zuraimie , mengiakan tindakannya.                                                                                                                                                             
“Eh apa salahnya . Lagipun kita baru tiga orang. Tambah satu tak da hal lah”. Ziah menyatakan persetujuannya.                                                                                                                                                 
“Diah? ...”.  Tanya Zuraimie meminta kepastian.                                                                                                                                                                
“Saya okey. Tak da hal!”.      Jawab Diah ringkas.                                                                                                                                                  
“Wah semua dah setuju , baguslah . Jom kita mulakan . Saya rasa elok kita mulakan dengan menyiapkan assignment yang Pn Rubiah bagi tadi. Nanti mana-mana yang sangkut kita boleh bincang dan buat sama-sama”.   Cadang Zuraimie.                                                                                                                                                                
“Cantik lah tu  ...!” Jawab  Ziah dan Zaid serentak , berpandangan dan sama-sama tersenyum.
Mereka pun mula menyelesaikan tugasan yang diberi. Tidak sampai 10 minit membelek-belek buku rujukan yang dipinjam , Ziah mencari helah ...
“Zuraimie ...”. Panggil Ziah .                                                                                                                                         
“ Panggil saya mie je, pendek dan senang”. Balas Zuraimie sambil tersenyum.                                                                                                       
“Ya ... mie aku tak fahamlah soalan ini. Ni pasal pengkamiran. Tak taulah , boleh tolong ajar?”. Pinta Ziah.
 “ Mana?. Oh! yang ini. Macam ni ...”. Zuraimie menerangkan kepada Ziah dengan bersungguh-sungguh. Ziah mengangguk-nganggukkan kepalanya. Sesekali wajah Zuraimie direnungnya. Hatinya bergetar  ... “ Oh! Tampannya!!”. Bisik hati kecil Ziah.
“Eh taklah susah sangat ye” .  Kata Ziah sebaik saja Zuraimie selesai menerangkan konsep pengkamiran itu kepadanya.                                                                                                                                        
“Memanglah , yang penting kita kena faham konsepnya , then baru apply formula”. Zuraimie  gembira dapat  membantu Ziah. Terasa dirinya hebat.  Tanpa disedari Ziah mahupun Zuraimie , sedari tadi lagi Diah  hanya memerhatikan gelagat mereka berdua.
“ Hai Ziah , pasang pancing nampaknya!”. Fikirnya sendirian lalu tersenyum.                                                        
“Eh Diah , kenapa tersenyum sendiri?”. Sapa Zaid. Diah terkejut lalu memandang Zaid.Tersenyum dan  menggelengkan kepalanya. “Tak ada apalah ... ada orang memasang jerat!”. Balas Diah , tersenyum lagi. 
“Memasang jerat?. Tak fahamlah”. Kata Zaid.
“Heee ... tak ada apalah. Tak pentingpun!”. Balas Diah , masih juga tersenyum.  Zaid menggaruk kepala yang tidak gatal. “Ok. Tak pentingpun”. Balasnya lalu menyambung kerja.                                                                                
“Ye  lah Diah. Saya pun perasan awak sedari tadi asyik senyum-senyum saja. Apa ... ada yang  lucu pada kami ke?”. Tanya pula Zuraimie  sambil menunjuk pada dirinya dan Zaid.                                                                                    
“ Tak lah ... saya cuma suka tengok cara awak  mengajar Ziah. Nampak  macam cikgu mengajar anak muridnya”. Diah berdalih.
“Hishhh!!”. Ziah menyinggung siku Diah.
“Ya? ... itu saja?”.  Zuraimie  tidak percaya.                                                                                                                       
“Ya, itu saja”. Balas Diah sambil mengerling Ziah. Ziah membulatkan matanya!.  
“Ok. Fine. Mungkin nanti saya memang betul-betul  akan jadi seorang guru yang hebat”. Jawab Zuraimie sambil tersenyum memandang Diah.       
“Ya pasti!”. Jawab Diah dan Ziah serentak lalu mereka sama-sama tertawa.

Nada suaranya berbau cemburu.                                     
Mereka kembali membuat kerja masing-masing. Saling membantu hinggakan semua ‘assignment’ hari itu terasa mudah dan lebih cepat dapat diselesaikan.
“Hmm ... Saya dah siap. Macam mana dengan you all?”. Tanya Zuraimie kepada yang lain.
“Kami pun dah siap”. Kuliah seterusnya lagi setengah jam. Apa kata kita pergi  minum kejap?”. Cadang Zaid.
“Boleh gak , saya pun dah haus ni”. Jawab Ziah.
Belumpun sempat mereka bergerak bangun , tiba-tiba Raziq telah terpacul di hadapan meja mereka. “Assalamualaikum. Study group ke?”. Tanya Raziq sambil mengerling kepada Diah dan Zuraimie. Nada suaranya berbau cemburu.
“Ya ,  kami buat assignment sama-sama.  Ziq you nak joint ke?”. Jawab Zuraimie ,  agak tidak selesa dengan pertanyaan Raziq. Dia sedia maklum bahawa Raziq adalah teman istimewa Diah. Namun dia berpegang pada pepatah , ‘Suami-isteri lagikan bercerai , ini kan pula baru berkasih!’. “Tak salah mencuba!”. Fikirnya.
“Tak apalah , terima kasih saja. I datang ni pun sebab ada hal.  Nak jumpa Diah . Diah , boleh I  jumpa you kejap”. Raziq berkata sambil memandang Diah.
“Of course!”. Jawab Diah. Diah bangun lalu berdiri di sebelah Raziq.
“Hmmm  ...  kawan-kawan . Saya gerak dulu. You all pergilah minum. Nanti jumpa dalam kuliah key ...”. Diah meminta diri lalu berjalan beriringan dengan Raziq. Zuraimie hanya mampu tersenyum pahit sambil memerhatikan langkah Diah yang  semakin menjauh!. Terpampang kekecewaan di wajahnya. Tanpa disedarinya , Ziah sedang memandangnya dengan penuh rasa kesal!. “Mengapa bukan aku?”. Fikir Ziah ...
“Mengapa bukan aku?”. Fikir Zuraimie juga ...

Kenapa bukan aku
Engkau pilih menjadi kekasih
Nestapa hati melihat langkahmu
Apakan daya kau sengaja menyisih
Pedih bak mati rindukan kamu
Ah! Mengapa  bukan aku yang kau kasih?

Kenapa bukan aku?
Keluhan Zuraimie ... 31 Mac 1994