Popular Posts

Tuesday 26 October 2021

Lukis jea ... motif ukiran flora




Lukis jea ... motif ukiran flora

Seni ukiran memang sudah sebati berdarah daging dengan pelbagai bangsa di rantau ini.

Ukiran yang terdapat di istana2 Melayu lama, rumah2 tradisional melayu, ukiran pada chandi , rumah2 ibadat ... malah pada perabot hiasan dalaman rumah yang biasanya diperbuat daripada kayu memang sangat dikenali dan diminati terutamanya oleh para pencinta seni ukiran ini.

Biasanya ukiran yang dibuat oleh para pengukir adalah bersumberilhamkan flora dan fauna yang ada di persekitaran kita , diubahsuai mengikit mata dan pentaksiran pengukir sehingga menjadi begitu indah dan harmoni untuk ditatap dan dinikmati.

Sungguhpun kehidupan moden hari ini lebih berpihak kepada gaya hidup yang lebih simple, lebih mudah dan lebih praktikal namun nilai estetika yang tinggi akan menjadikan seni ukiran ini mampu untuk terus berdaya saing untuk menawan dan kekal di hati para generasi akan datang.

Jom , sama2 kita hargai seni warisan ini.

👆👆👆👆👆 motif ukiran flora di atas aku buat dan videokan untuk menjadi rujukan anak2 didik pendidikan seni visualku (subjek seni lukisan).  Sebenarnya akupun masih bertatih untuk menghasilkan motif ukiran ini. Al maklumlah, aku bukannya dari background pendidikan seni. Aku budak sains ... bangga gak jadi budak sains 🤣🤣🤣

Baiklah sahabat pembaca sekelian, aku mohon diri dulu.
Banyak tugasan lain sedang menanti.

Moga kita semua dikurnia Allah masa yang berkat. Ingat ... usah teragak2 untuk berbuat baik.😊

-peace-
>__<




No comments:

Post a Comment