Popular Posts

Wednesday, 5 August 2015

Cerpen : Ibrah Sebuah Kehidupan

Cerpen: Ibrah Sebuah Kehidupan
Lukis jea ... selagi sungai itu mengalir
***ojai“Maaf atas setiap kesalahan. Semoga awak berbahagia sentiasa dan itu memang sudah pasti kerana itu adalah pilihan awak. Terus pandang ke hadapan.Terima kasih atas segala”.

Dilaila memandang kosong pesanan terakhir yang diterima dari  seorang teman lama. Untuk hari ini sahaja , sudah lebih lima kali Dilaila membaca pesanan ringkas itu.
Dilaila memejamkan mata , “Terima kasih atas segalanya?. Terima kasih untuk apa?. Apa yang pernah kuberikan untuknya hingga dia harus berterima kasih?. Tiada yang pernah kuberikan melainkan kenangan luka. Huh!!” Keluh Dilaila
“Maafkan aku … maafkan aku kerana melorek sejarah hitam dalam hidupmu. Aku juga telah memaafkan dan redha  atas apa jua warna rasa yang pernah terhimpun dan kekal dalam ingatan ini".

“ Dilaila … sayang?”. Tegur Amri , sengaja bahu Dilaila yang membelakangkannya itu disentuh.
“Eh! Abang”. Balas Dilaila , lantas dengan segera telepon bimbitnya dimatikan.
“Kenapa termenung panjang, fikir apa?”.
“Err… takde apa. Teringatkan zaman muda-muda dulu…zaman sekolah”. Dilaila berdalih.
“Hmm … sekarang ni dah tua sangatlah ya?”. Usik Amri sambil menyelak rambut isterinya yang jatuh menutupi mata.
“Heee…”Dilaila membalas dengan senyuman.
“Err…abang cari Dilaila sebab apa ye?”
“Laa…cari isteri sendiri pun kena ada sebab?. Ni…sekarang dah masuk waktu isya’ , jom kita solat”. Balas Amri sambil merenyih.
“Oh!...ingatkan apa tadi. Hmm… abang pergilah ambil wuduk dulu. Lepas tu baru Dilaila”.Balas Dilaila lembut.

Sementara , Amri membersihkan diri dan berwuduk , Dilaila termenung lagi. Terimbau kenangan saat mula-mula bertemu Amri.
“Hmm … saya Amri. Saya betul-betul nak berkawan dengan awak. Malah, kalau awak sudi , saya ingin segera menikahi awak”. Begitu telus dan mudahnya Amri menyatakan hasratnya.
“Err … saya tak tahu. Itu bergantung pada penerimaan orang tua saya. Lagi pula , sejauh mana awak mengenali saya?. Nama saya … awak tahuke?”.
“Tidak , saya memang tidak tahu nama awak. Tapi , kali pertama saya nampak awak , saya sangat yakin...saya sukakan awak dan awak memiliki ciri-ciri wanita idaman saya”.
Bagai terpukau Dilaila mendengar jawapan pemuda di hadapannya ini. Inilah kali pertama dalam hidupnya , seorang pemuda dengan yakin dan berani mengetuk pintu hatinya tanpa silu.
“Err … entah. Saya serahkan segalanya pada mak dan abah saya. Kalau awak serius , awak jumpalah mereka”.
“Maknanya , kalau mereka setuju , awak akan setuju?”. Tanya Amri , bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. “Masakan begitu mudah?”. Fikirnya.
Dilaila diam , sukar baginya untuk menjawab soalan itu. Seribu satu persoalan bermain dlm fikirannya.
“Awak?...betul ni. Kalau saya jumpa mak dan abah awak dan mereka setuju , maknanya awak pun akan setuju, begitu?”.
“Ya. Rasanya betullah”. Jawab Dilaila ragu-ragu.
“Err…bas saya dah nak gerak, saya pergi dulu”.
“Eh, nanti!. Beri saya alamat atau nombor telepon awak. Saya akan hubungi awak lagi lepas ni dan saya pasti akan jumpa mak dan abah awak dalam masa terdekat”. Kata Amri penuh yakin.
Tanpa berfikir panjang , Dilaila menuliskan nombor telepon rumahnya pada sehelai kertas lalu dihulurkan pada  Amri sebelum berlari anak menaiki bas yang sudahpun dihidupkan enjinnya.

“Hei! Berangan ya?”. Sergah Amri.
Dilaila tersentak lalu memberikan senyuman manis buat suaminya itu.
“Adalah sikit … berangan”. Balasnya sebelum masuk ke bilik air untuk berwuduk.

Lewat solat hari itu , Dilaila berdoa …
"Ya Allah , bantulah aku untuk menjadi hambamu yang pasrah dengan segala ketentuan takdir yang telah Kau corakkan untukku. Bantulah aku untuk melepaskan apa yang patutku lepaskan sejak lama dulu. Kurniakan aku ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi ujianMu ini.
Ya Tuhanku , diriku  … hatiku  seluruhnya adalah milikMu yang kau pinjamkan padaku untuk hayat ini. Kau amanahkan kepadaku buat mencari redhoMu … maka ampunkanlah aku atas kelancangan tindakku hingga aku melukakan hati insan lain sedangkan hak diriku sendiri tidakku tunai. Sesungguhnya  aku amat sedar bahawa syurga dan neraka itu benar.
Ya Allah , tiada yang terselindung dariMu … maka maafkanlah aku , ampuni aku.
Ya Allah dari lubuk hatiku kupohon , simpulkanlah hatiku dengan sifat seorang hamba hingga redhaMu menjadi matlamat hidupku. Amiinnn…”


Ibrah sebuah kehidupan …

Tika hening menghentak jiwa resah
Gerangan apa mengocak jenjam sukma
Menyendal  tersumpal mengundang gundah
Mencengkam nadi membunga lara

Tika hening menghentak jiwa resah
Ku harap biar alah diri ini membawa bungkam
Ke suatu arah yang tak kunjung
Tika pangkalnya kian menjauh
Tenggelam dek pandangan
Diselaputi kabus bergalas amanah
Memberat lalu memasung tangan menjangkau

Kiranya aku sudah terlalu lama faham
Akan ditarik songsang rasa itu
Lalu kukaut segala biar tersisip rapi
Hingga menjadi untaian sejarah nan tak terlepas
Kupasak pada sudut paling diam
Dalam sukma diri bagai ukiran terpahat mati***ojai


-peace-

>__<

No comments:

Post a Comment