Popular Posts

Tuesday 10 November 2015

Lukis jea ... pentas tari



Lukis jea ... pentas dunia

Analogikan dunia ini sebuah pentas tarian dan kita adalah para penari yang punya watak dan peranan masing-masing.
Tanyakan pada diri ...
 "adakah aku telah menarikan watakku dengan baik sekali... sempurna. Tidak sumbang ... seiring tiap gerak tariku dengan pasangan dan kumpulan tariku hingga maksud tersirat dalam tarian ini mampu disampaikan buat seisi dunia yang menonton?"

Juga tanyakan pada diri?
"Sudah fahamkah aku akan perananku atas pentas tari ini? ... semboronokah aku atau sudah banyak menyimpang watakku hingga pincang semuanya ... gara2 aku?"

Juga perlu tanya pada diri
"Apa lagi yang patutku perbaiki dan ku sumbangkan agar aku dan semua warga tari mampu menarikan watak dengan sempurna. Biar pentas ini dihiasi keharmonian gerak tari dan mencapai maksud kewujudannya"

Andai pentas itu dunia
Jangan bertanya...
Mengapa dunia ini tiada harmoni
Manusia bertelagah ... mencari pengaruh
Menguku besi ... mengejar kuasa
Menyubur benci ... membunuh nyawa tanpa silu dan masih tetap dijunjung.

Jawabnya...
Kerana kealpaan kita sendiri
Kelalaian dan sikap tidak peduli yang besar dalam diri.


Surah Al A'raf 7:179
Allah berfirman (terjemahannya);
"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakkan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak , bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai".

Doaku
"Ya Allah, janganlah kau golongkan kami dalam golongan orang2 yang lalai"
Sungguh kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu tetapi kami juga tidak pernah sanggup menghadapi siksaan nerakaMu.
Ampunilah kami Ya Allah

Amiinnn









-peace-
>__>


Jom fikir arah kebaikan , lakukan kebaikan dan sebarkan kasih sayang