Popular Posts

Wednesday 18 January 2017

Lukis jea ... dan aku sudah lelah


Lukis jea ...
Harus belajar untuk berhenti
Kerna perjalanan ini sudah hilang arahnya.
Dan aku sudah lelah ... dengan umur yang semakin bertambah.

Lukis jea ...
Ada perkara yang sukar dilahirkan dengan kata2.
Maka ada yang melukis untuk melahirkannya ... akulah itu >__<
Pasti ada yang akan melihat segala yang tersurat dan harapnya ada juga yang memahami segala yang tersirat.

Akhir kalam ...
Teman, hidup kita suatu perjalanan
Jauh sudah kita berjalan
Mengharung suka duka dan pelbagai onak duri
Sering saja yang terpamer tidak pernah sama dengan yang terpendam
Apapun ceritanya ... kita masing2 punya tanggung jawab dalam dua dunia yang berbeza.
Tidak mungkin ada pertembungan antara keduanya.
Kau tetaplah melangkah ke utara
Sedang aku tetap mencari arahku ke selatan.
Harapnya di penghujung dunia kita masih boleh berselisih dan melempar senyuman buat satu sama lain...yang ikhlas dari hati.
Cukuplah buat dikenang dihujung nafas nanti.

-Maaf dan terima kasih-

-peace-
>__<