Popular Posts

Thursday 26 November 2015

Lukis jea ... Segalanya hanyalah pinjaman

Lukis jea ... segalanya hanyalah pinjaman



Segalanya adalah pinjaman
Agaknya apa ye milik mutlak kita?
Ada ramai berbicara ... milik kita adalah amalan.
Maksudnya?
Contoh, kita punya rm 100.
Kita sangka milik kita ... tetiba, rm 100 itu tercicir dan dijumpai oleh orang lain.
Rm 100 itu bukan lagi milik kita ...

Sebaliknya, kita derma atau sedekahkan rm 100 itu kepada yang memerlukan dengan ikhlas tanpa menunjuk2 atau mahu dipuji orang makanya pasti Allah menerima perbuatan kita itu sebagai amal kebajikan. In shaa allah dianugerahkan pahala.
Jadi...pahala itu milik kita.
Hmm ... menarik hidup ini.
'Digenggaman tapi bukan milik kita'

Arwah emak dulu selalu berpesan,
"Memberi jangan tunggu kaya"
"Apa yang ada seikhlasnya beri saja"

Dan aku hari ini...juga percaya
Amat berkat jika orang lain mendapat rezki melalui kita. Kerana rezki itu milik Allah. Boleh saja diberikanNya terus kepada yang berhajat ... andai Allah memilih kita sebagai jalan untuk orang lain mendapat rezki , alangkah bahagianya.

Amat beruntung andai kita dapat memudahkan urusan orang lain kerana pasti Allah akan memudahkan urusan kita ... sedikit yang kita beri akan berlebihan yang kita dapat.
ALLAH itu maha pemurah


-peace-
>__<
Jom memberi!
Saudara kita diuji lapar, sakit, tiada tempat berlindung,  ditindas dan menderita di tanahair sendiri ...
Siapa mereka?
Mereka adalah saudara kita

Tingkatkan prihatin dan sebarkan kasih sayang
'Aku sayang kamu'



Friday 13 November 2015

Puisi ... Demi KasihMu

Demi KasihMu

Tika bulan itu kelihatannya suram
tiada bintang berkelipan memancar cahaya
tunduk sujud warga diri ... pasrah
menagih kasih dari yang mengasihi
berbisik pada yang sudi ...
luahan dari kalbu paling sepi
dalam diam menyimpul erti

Titipkan aku rindu sejati
Mereda gundah nan melarut 
Meredah gelora yang kapan surut
Meningkah arah naluri yang mengusut

Hembuskan aku nafas cinta
Biar tegak tonggak iman nan rapuh
Biar betah melafaz syukur 
Meniti di bibir bertahta akur

Selimuti aku dengan gebar kasih
Menghangati jiwa nan mendingin
Membangkit rasa yang kian mati
Mengulit takwa membenteng diri

Dalam sunyi suram malam yang kian kelam
tunduk sujud warga diri ... pasrah
demi denyut nadi yang masih berdetik
sisa waktu nan setia menemani
langkah demi langkah menapak satu ... satu
Kurniakan aku cahaya penyuluh 
Dari obor redha nan menyinar

Demi KasihMu ... terima kasihku





-peace-
>__<

#demikasihmuterimakasihkudanakurindu#



Tuesday 10 November 2015

Lukis jea ... pentas tari



Lukis jea ... pentas dunia

Analogikan dunia ini sebuah pentas tarian dan kita adalah para penari yang punya watak dan peranan masing-masing.
Tanyakan pada diri ...
 "adakah aku telah menarikan watakku dengan baik sekali... sempurna. Tidak sumbang ... seiring tiap gerak tariku dengan pasangan dan kumpulan tariku hingga maksud tersirat dalam tarian ini mampu disampaikan buat seisi dunia yang menonton?"

Juga tanyakan pada diri?
"Sudah fahamkah aku akan perananku atas pentas tari ini? ... semboronokah aku atau sudah banyak menyimpang watakku hingga pincang semuanya ... gara2 aku?"

Juga perlu tanya pada diri
"Apa lagi yang patutku perbaiki dan ku sumbangkan agar aku dan semua warga tari mampu menarikan watak dengan sempurna. Biar pentas ini dihiasi keharmonian gerak tari dan mencapai maksud kewujudannya"

Andai pentas itu dunia
Jangan bertanya...
Mengapa dunia ini tiada harmoni
Manusia bertelagah ... mencari pengaruh
Menguku besi ... mengejar kuasa
Menyubur benci ... membunuh nyawa tanpa silu dan masih tetap dijunjung.

Jawabnya...
Kerana kealpaan kita sendiri
Kelalaian dan sikap tidak peduli yang besar dalam diri.


Surah Al A'raf 7:179
Allah berfirman (terjemahannya);
"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakkan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak , bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai".

Doaku
"Ya Allah, janganlah kau golongkan kami dalam golongan orang2 yang lalai"
Sungguh kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu tetapi kami juga tidak pernah sanggup menghadapi siksaan nerakaMu.
Ampunilah kami Ya Allah

Amiinnn









-peace-
>__>


Jom fikir arah kebaikan , lakukan kebaikan dan sebarkan kasih sayang




Sunday 8 November 2015

Lukis jea ...tidak mengapa kita berbeza

Lukis jea ... tidak mengapa kita berbeza

Ya!
Tidak mengapa kita berbeza , asal saja kita membuka hati dan minda masing-masing untuk menerima perbezaan itu secara positif.
Tidak perlu menjadi orang lain untuk suatu hubungan.
Namun tidak  patut juga menjadi  terlalu angkuh dan rigid hingga tiada ruang toleransi.

Satu keluarga , satu identiti?
"Mak dia cikgu. Bapak dia cikgu. Kakak dan abang dia juga cikgu. Tapi dia sorang saja nak jadi askar!"
"Adik beradik kita semua ambil aliran sains tulen , kenapa kau sorang nak ambil sastera?!"
"Aku tak tahulah apa nak jadi dengan kau. Semua anak-anak aku berlumba-lumba nak masuk sekolah asrama penuh. Kau?!!"

Bagaimana dengan hubungan sesama rakan ?
"Wei! Group kita semua ada motor. Kau ada?"
"Kitorang semua kaki lepak tapi score gak dalam peksa. Kau?. Memanjang jadi ulat buku. Sesuai ke nak joint kitorang?"
"Eh!Aku tak selesalah dengan dia tu. Dia tu budak tabligh , kaki surau!!"

Bangsa?
Melayu , China , India , Kadazan , Iban ... bla bla bla ... semua berbeza.
Bukan saja dari segi budaya dan cara hidup , malah rupa dan warna kulit kita juga berbeza.
 Kepentingan dan cara pemikiran apatah lagi.
Jadi , perlukah kita berbalah  dan membenci satu sama lain kerana perbezaan itu?

Bercakap dalam skop yang lebih kecil ... tentang Melayu. Melayu-jawa , Melayu-minang , Melayu-Pahang , Melayu-Kelantan dan bla bla bla ... pelbagai Melayu lagi. Melayu dengan pelbagai fahaman politik (Wow! Isu sensitif ni!!).
Perlukah kita hapuskan semua perbezaan hingga yang tinggal hanyalah  persamaan yang syumul barulah kita boleh semeja?.

Hakikatnya , fitrah kita dijadikan berbeza-beza.
Lahir daripada satu rahim yang sama , satu ayah yang sama , satu keluarga yang sama ... tetap tidak mampu kita miliki persamaan yang total. Malah , kembar seiras yang terbentuk dari sperm dan ovum yang sama juga tetap punya perbezaan yang membolehkan kita mengenal mereka.

Maka apa perlunya kita menjadi 'satu'?
Kerana fitrahnya memang begitu.
Perbezaan itulah yang menyokong kemandirian sesuatu spesies.
Perbezaan itulah yang menguatkan kita sebenarnya.
Jadi apa yang ditakutkan dengan perbezaan antara kita.
Terima perbezaan itu sebagai satu anugerah dari yang Esa buat kita menikmati kehidupan dengan mengagumi kehebatanNya.
Cukup kita punya satu aqidah yang sama , bertuhankan Allah yang satu maka perbezaan lain tidak perlu lagi disatukan.






-peace-
>__<




Tuesday 3 November 2015

Lukis jea ... hingga ke dasar

Lukis jea ... hmm ...hingga ke dasar

Teratai?
Antara ciptaan terindah di dunia
Siapa kata?
Akulah...sebab aku suka teratai
Hingga ke dasar?
Hajat hati nak berpuisi ... nantilah bila ada masa



-peace-
>__<
Buat mengelak babak tersengguk2 jaga peksa
Siksa menahan ngantuk

Monday 2 November 2015

Lukis jea ... mengejar impian



Lukis jea ... mengejar impian

Pernah punya impian?
Masakan tidak ... pasti tiap manusia punya impian. Impian itu memberi nafas pada jiwa agar terus tabah dan bersemangat dalam mengharungi hari2 mendatang ... walau disulami selirat halangan dan dugaan.
Demi impian itu , manusia merendahkan hati menadah tangan pada yang Kuasa agar ... jika tidak hari ini , esok atau lusa kan dapat dicapai.
Ramai berkata , Pemilik jiwa mengurniakan apa yang kita perlu ... bukan yang kita impi kerana lemah sifat kita sebagai hambanya, sering gagal dalam menilai dan Dia lebih tahu apa yang baik buat hambaNya.

Aku punya impian?
Ya ... itu pasti.
Dan impian ku kini ... hanya ingin mengharungi hidup dengan  limpahan berkat dari Tuhanku , Allah (swt).
Ingin jadi apa saja yang diinginiNya.
Redha dalam pasrah

... Itu saja tentang aku dan impian ...

Hari ini , aku cuba membina impian dalam jiwa anak didikku yang kukira kian hambar hidupnya. Mengharungi hari demi hari begitu saja tanpa arah tuju yang jelas. Bukan mudah  kerana hatinya bukan hatiku. Apatah lagi mahu kuusik dengan sentuhan semangat dan cita-cita demi sebuah kehidupan  di masa depan.

"Awak! Bangun ... ni cikgu bawakan gula-gula. Makanlah hilangkan ngantuk. Jawab soalan , jangan biar kosong"
Kataku sambil menepuk bahu anak didikku yang kecundang sewaktu menjawab soalan Pendidikan Islam.
 Dia bangun seketika sahaja dan tidur semula ... lantas terlintas dibenakku , "Susah sangat ke soalannya sampai tak nak jawab langsung?". Lalu kertas soalan pendidikan agama Islam itu kubelek. Ada hadith , ada keratan ayatul qur'an ... tapi ada juga banyak soalan yang boleh dijawab dengan logik akal!!

'Apakah maksud hidayah?'
'Berikan dua contoh perbuatan mempersendakan agama'
dan...dan...dan soalan2 lain yang sememangnya boleh dijawab dengan akal semata.

"Awak! takdelah susah mana soalan ni. Ni! ni! ni! ... semua awak boleh jawab. Tinggal fikir sikit je!". Kataku lagi setelah mengejut anak didikku itu untuk kali kedua. Sehelai demi sehelai muka surat soalan itu kubuka didepannya.
"Ya! Saya tahu ... tapi saya malas nak tulis. Boleh tak saya cakap , cikgu  tolong tulis". Jawabnya selamba sambil memandang wajahku.
PANG!!! Bahunya ku tepuk kuat.
"Nape malas sangat?!. Dah! Bangun sekarang , jawab!!". Kataku
Dia memandang aku terkebil-kebil , menegakkan duduknya seketika. Bila aku mula bergerak , dia rebah semula!
"Astargfirullah ... " Ucapku.
Tidak daya untuk aku mengejutkannya untuk kali ketiga ... kerana bukan sorang yang perlu kukejut!. Sedih melihat anak bangsa seagamaku terlalu MALAS dan terus malas. Langsung tidak memikirkan keringat dan harapan orang tua yang sedia susah di tanah bumi sendiri. Punya anak yang tidak pernah mahu berfikir untuk mengubah nasib keluarga.

...Malang dan terus malang bangsaku...
Yang berkuasa terus mengumpul harta
Yang miskin terus diinjak
Yang alpa ... pastinya merempat!








-peace-
>__<

Buat sahabat yang kian jauh ...
"Awak okey ke?"
Okey jea....^__^