Popular Posts

Tuesday 2 September 2014

Lukis jea .. Kebebasan


Lukis jea ... Kebebasan....


Membicarakan soal kebebasan ... Bebas untuk apa atau bebas daripada apa?

Manakah yang lebih utama - bebas secara fizikal daripada terus-terusan akur pada aturan atau ketertiban yang dicipta manusia dan budaya peradaban atau ...
Kebebasan minda untuk berfikir , meneroka seterusnya menzahirkannya secara fizikal?

Apapun pilihan kita seharusnya kebebasan itu adalah berlandaskan kebebasan seorang hamba  dalam merencanakan kehidupan lalu melaksanakannya seperti yang telah digariskan Tuhannya kerana menjadi kewajipan bagi seorang hamba mendapatkan redha tuhannya kerana di situlah terletaknya syurganya.

'Ya Allah berkati aku ... Dan semua yang dekat di hatiku. Juga berkati saudara seagamaku walau di bumi manapun mereka berada.







                                       -peace-
                                         >__<

Aku mahu mindaku bebas dari belenggu dunia dan isinya yang menarik aku jauh dari tuhanku ...Tuhan bebaskan aku...

Lukis jea ... Menarilah...


Lukis jea ..."Menarilah dan terus ketawa
Walau dunia tak seindah syurga..."

Tarikan sketsa hidupmu mengikut paluan gendang watak yang sedia tersurat dalam lembaran pengembaraan riwayat yang panjang.

Andai kau tersadung
jangan ragu untuk bangkit semula dan teruslah menari ... menari dan menari hingga ke penghujungnya




                                        - peace-
                                           >__<

Aku ingin sekali menari mengikut paluan gendang kehidupan ini tapi sayang langkahku pincang.