Popular Posts

Monday 3 February 2014

"Keranamu DIAH":Bab 8



BAB 8 :          BERMULANYA SUATU TRAGEDI

Bukannya lama lagi.
Malam itu , Raziq mengajak Diah keluar lagi ...  tidak boleh tidak , setiap malam Raziq mesti mengajak Diah keluar. Hidupnya sudah tidak betah tanpa Diah disisi.
“Rindulah ... I tak tahan kalau tak jumpa you. Tulah ... I ajak you kahwin sekarang , you tak mahu!. Akibatnya I juga yang sengsara. Tidur tak lena , mandi tak basah. Hai ... bilalah penyiksaan ini akan berakhir?” . Suara Raziq kedengaran separuh merajuk dan merayu. Diah tersenyum mendengar rungutan manja Raziq. Telefon bimbit pemberian Raziq itu digenggam kemas , dilekapkan lebih rapat ke telinganya. 
“Mmm ... sabarlah sayang. Bukannya lama lagi. Kan bulan depan kita dah nak posting. Lepas posting bolehlah you hantar rombongan meminang. 5 bulan lepas tu kita kahwin . Okey?”. Pujuk Diah.
“Kalau dikira itu makan setengah tahun jugak tu. Sempat I mati dulu belum tentu kita dah kahwin!”. Bantah Raziq
“Hish kenapa cakap macam tu. Tak baik sebab kata-kata itu doa. Sabarlah , kita habiskan belajar , lepastu baru kahwin. Bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian . Janganlah terburu-buru.  Okeylah , untuk tenangkan you  , kita jumpa malam ni ye ... bye!”. Diah mengalah.

Raziq menangkap tangan itu ...
Suasana malam itu sungguh romantik. Mereka bergandingan tangan  berdiri di lereng bukit , memandang lampu-lampu daripada pelbagai bangunan yang tersergam gagah di lembah Kelang.
“ Eh , menariknya ... boleh nampak ‘twin tower’ lah ... pandai you pilih spot”. Diah memuji.
“Tengok oranglah ...”. Raziq merenyih , gembira bila dipuji.
“You tau ... I selalu bayangkan bila kita dah bersatu nanti. Tentu seronok. Setiap malam kita ke sini. Lepas tu , lepas  tengok pemandangan yang cantik seperti ini , kita akan balik sama-sama. Makan-makan dan ... mmm ...boleh ...”. Raziq mula melarat. Keningnya terangkat-angkat membayangkan rasa hati.
“ Eh jangan nak merepek lah!”. Spontan  Diah bereaksi sambil mengusik hidung Raziq. Pantas Raziq menangkap tangan itu lalu merentapnya kuat ke arahnya. Diah tersembam di dada Raziq. Badan mereka bersatu ... Diah cuba melepaskan diri. Raziq menguatkan  rangkulannya.
“Ziq , jangan ... jangan diulang kesilapan lalu!”. Rayu Diah. Raziq tersentap lantas melepaskan rangkulannya. Kata-kata Diah itu menyedarkannya , dia telah melampaui batas!.
“Maaf ...”.  Raziq lantas bangun lalu berjalan laju ke kereta.
“Jomlah ... I hantar you balik!”. Katanya  tiba-tiba.  Diah kebingungan namun kakinya turut melangkah  mengikuti jejak Raziq , berjalan laju menuju ke kereta. Ada kekesalan dalam hatinya.
Sepanjang perjalanan  , mereka hanya mendiamkan diri. Diah serba salah . Tidak tahu apa yang perlu atau patut diucapnya. Ditegah salah , dibiar lagilah salah.
“Huh! Salahkah aku?”. Fikir Diah. Sedih dengan apa yang berlaku. Sesekali wajah masam Raziq dikerlingnya. “Huh!!”.
“Mmm ... dah sampai”. Raziq keluar membukakan pintu kereta buat Diah. Dia hanya berdiri tegak. Langsung tidak dipandangnya wajah Diah. Sebaik sahaja Diah keluar , pintu segera ditutup. Kemudian Raziq berjalan laju  menuju ke tempat memandu , menutup pintu dengan keras lalu memecut pergi.
“Raziq! Raziq! ” . Diah cuba memanggil namun kancil putih terus berlalu pergi. Tanpa  ucapan selamat malam apatah lagi ucapan sayang!

... bermimpi ...
Jam 2 pagi  -   telefon bimbit Diah berbunyi. Diah tersedar ...
“Ya Allah, aku bermimpi rupanya!”. Tangannya segera mencapai telefon bimbit yang masih berbunyi. Mukanya diraub , “Huh!. Teruk ni , setiap saat memikirkan soal hubunganku dan keterlanjuranku dengan Raziq hinggakan  terbawa-bawa di dalam tidur”. Fikirnya.
“Hello.... ?”. Jawabnya sebaik telepon digapai.
“Diah , maaf menganggu. Ini Raziq. Sepanjang malam ni I tak dapat tidur. Asyik teringat pasal kita. I rasa you tentu sedang resah juga kan ?”. Tanya Raziq.
“Er sebenarnya  saya  tengah tidur tadi. Raziq , saya memang resah tapi  hidup mesti diteruskan. Lagipun , saya percayakan awak. Tak sampai  tiga bulan lagi kita akan  berkahwin kan?”. Balas Diah.
“Insyaallah ... I takkan tinggalkan you. Kita akan sentiasa bersama. Susah dan senang. Selagi hayat dikandung badan! Sabtu ni I nak ke rumah mak ayah you. Kita pergi sama ya?”. Jawab Raziq , lembut.
“Ya, mari kita tanggung beban ini bersama-sama.  Saya akan sentiasa ingat. Susah senang kita akan sentiasa bersama. Selagi hayat dikandung badan!”. Diah mengulangi kata-kata Raziq. Entah mengapa hatinya terasa begitu sayu mengulangi kata-kata itu.
“Diah , I really love you ... ”. Ucap Raziq.
“I love you too. Dah nak menjelang pagi ni. Eloklah kita tidur. Esokkan ada kuliah. Ingat sayang , walau apapun terjadi hidup ini harus diteruskan. Selamat malam sayang”. Balas Diah.
“Selamat malam”.

Malam Durjana ...
Hari ini Diah , Ziah dan Zuraimie terpaksa pulang lewat ... Sudah jam 10 malam mereka masih di perpustakaan. Mereka perlu menyiapkan tugasan kumpulan yang perlu dibentangkan  pada esok hari. Entah  manalah silapnya  , kerja yang sepatutnya telah lama siap masih belum juga selesai. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri hinggakan masa untuk berkumpul semakin sukar dicari.
“Hmm ... bila nak balik ni. Aku dah penat ”. Keluh Ziah , memandang Zuraimie dengan harapan pandangan itu akan dibalas mesra.
“Kenapa? Kau penat ke?”. Respon Zuraimie acuh tidak acuh  tanpa memandang wajah Ziah. Ziah kecewa , tidak faham dengan sikap Zuraimie. Sepertinya dia telah melakukan kesilapan yang besar padanya. Sejak akhir-akhir ini Zuraimie terlalu dingin padanya.
“Kadang macam suka , kadang macam benci. Eee ... tak fahamlah!”. Fikir Ziah sambil memandang Zuraimie dengan tajam. Zuraimie hanya berbuat bodoh , baginya  hatinya masih bengang dan tersinggung  mengingatkan nota balasan yang diterimanya tempohari.
“Sengal!. Sesedap rasa sahaja kau mengutuk aku. Langsung tidak memikirkan perasaan orang lain!”. Fikirnya.
“Penatlah  ...  mana tidaknya dah 2 jam berterusan  tau  kita menyiapkan kerja ni”. Balas Ziah , sengaja memanjangkan perbualan. Lagi pula dia ingin sekali memahami sikap dan perasaan pemuda ini terhadapnya.    
Diah hanya mendiamkan diri. Langsung tidak menghiraukan perbualan antara Zuraimie dan Ziah. Baginya apa yang penting ialah  segera menyiapkan  kerjanya  secepat yang boleh. Esok mereka akan membentangkan tugasan yang bertajuk , ‘Penerapan pemikiran kreatif dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah’. Diah akan menyiapkan bahan bantu pembentangan. Oleh kerana Diah memang pandai melukis maka dia diberikan tugas melukis bahan bantu dalam bentuk kartun sesuai dengan isi pembentangan. Ziah mencari bahan untuk pemikiran kritis manakala Zuraimie pula ditugaskan untuk mencari bahan bagi pemikiran ‘kreatif’.
Diah terus bekerja. Tangannya terus melukis. Diah ingin segera siap. Selesai nanti, Raziq akan  menjemputnya. Mereka perlu membincangkan perkara berkenaan hal hari Sabtu ni. Bagaimana cara yang terbaik untuk menyampaikan ‘berita pahit’ ini kepada kedua orang tuanya.
“Biarpun pahit tapi masih ada manisnya. Huh! Bagaimanalah penerimaan mereka nanti”. Kecut hati Diah membayangkan reaksi kedua ibubapanya nanti.
“ Diah , banyak lagi ke?”.Tanya Zuraimie. Perihatinnya terhadap Diah masih tetap seperti dulu. “Makin cuba ku hindari makin mendalam perasaanku terhadapmu”. Kata hati Zuraimie , cuba merenung wajah Diah yang terlalu leka melukis.
Ziah pula hanya diam mendengar perbualan itu. Ada cemburu di hati. Ziah tidak mengerti dengan sikap Zuraimie , sekejap bagaikan  mahu memikat , sekejap membuatnya bagaikan melukut di tepi gantang.
“Taklah , sikit je lagi”. Jawab Diah.
“Awak balik macam mana?. Dah lewat ni , biar saya hantar balik. Awak dan Ziah sekali”. Pelawa Zuraimie. Sengaja menyebut nama Ziah sebagai umpan. 
“Okey gak”.Jawab Ziah tanpa diminta. Entah mengapa mulutnya begitu lancang menjawab bagi pihak Diah. Inilah peluangnya untuk berbaik-baik semula dengan Zuraimie.
“Eh , tak apalah  ...  saya nak jumpa kawan lepas ni. Awak  hantar Ziah sajelah”. Jawab Diah. Jawapan  itu benar-benar mengecewakan Zuraimie.
“Mengapa perlu berjumpa kawan malam-malam buta begini?. Tentu Raziq!” . Fikir Zuraimie ,  timbul rasa cemburu di hatinya. Bukan sekali ini saja dia perlu melihat  dan membiarkan Diah berdua-duaan dengan Raziq tetapi sudah banyak kali dan setiap kali ianya berlaku hatinya terasa sakit sekali. Api cemburu membakar jiwanya.
“Saya rasa dah lewat sangat untuk awak jumpa kawan . Apa kata awak  jumpa kawan awak  tu esok saja. Lagipun anak gadis tak elok keluar malam-malam. Err ... berdua-duaan dengan anak teruna pulak tu. Boleh menimbulkan fitnah. Betul tak ?”. Zuraimie memberikan cadangan dan berharap sangat agar Diah akan menerimanya.       
“Eh fitnah apa pulak. Kalau tak penting takkanlah Diah nak jumpa kawan pada waktu malam-malam  begini. Biarlah Mie , Diah pandailah menjaga diri!”. Balas Ziah. Berubah air muka Zuraimie mendengar kata-kata Ziah itu.
“Ceh! Bukannya nak halang , lagi menggalakkan pulak!!”. Getus hati Zuraimie. Geram.

Bagi Ziah pula , dia memang faham akan masalah yang sedang dihadapi sahabatnya Diah. Mereka perlu diberikan ruang untuk menyelesaikan masalah yang mereka cipta itu. Lagi pula Ziah ingin sekali mencuri peluang berdua-duaan dengan Zuraimie. Mungkin persoalan yang bermain di hatinya akan terjawab malam ini .
“Perang dingin ini harus ditamatkan. Baiklah , aku akan berterus terang dengannya malam ini. Biar semuanya jelas. Kalau padi katakan padi , tidak saya tertampi-tampi , kalau jadi katakan jadi tidak saya ternanti-nanti!. Wah! Sampai berpantun-pantun pulak aku”. Fikir Ziah lalu tersenyum sendiri.
“Tentu baik jika semuanya terurai. Tidak sanggup lagi berteka-teki. Mungkin kami harus bercakap dari hati ke hati. Apapun yang terjadi , malam  ini pasti segalanya bakal terungkap!”. Ziah membulatkan tekad.
Diah menganggukkan kepala , mengiyakan kata-kata Ziah sebentar tadi  sambil memandang Zuraimie. Zuraimie hanya mampu mengeluh sambil mengangkatkan kedua bahunya. Jelas terpancar kekecewaan pada wajahnya.
“ Huh! Bilakah kau  akan mengerti perasaan ku ini?”. Keluhnya .
“Bukan aku tak faham perasaanmu itu tapi apakan daya. Kita memang tidak ditakdirkan bersama. Maafkan aku Zuraimie ...”. Kata hati Diah sambil mengalihkan pandangan matanya daripada terus memandang wajah Zuraimie.

Selesai  sahaja tugasannya , Diah segera memohon diri. Bergegas meninggalkan sahabatnya yang lain , pergi untuk mendapatkan Raziq ... kekasih hatinya , bapa kepada bayi yang sedang dikandungkannya kini. Zuraimie hanya mampu  memerhatikan langkah Diah yang kian menjauh. Sedih , pilu perasaannya.
‘Mengapa bukan aku yang kau cinta?’ , soalan itu masih dan  sentiasa bermain di benak hatinya. “Huhh!!”. Dia mengeluh lagi.
“Jom!. Kita balik”. Kata-kata Ziah mengejutkannya. Zuraimie terdiam , memandang Ziah dengan dahi yang berkerut!.
“Mengapakah kehadiranmu saat ini sangat menjengkelkan sedangkan ada waktunya pintu hatiku ini bagaikan terbuka untukmu?”. Zuraimie bingung.
“Benci tapi rindu?. Ah! Merepeklah!!”. Fikir Zuraimie


Entah mengapa matanya bagaikan tidak mahu berganjak ...
 Sementara itu di tempat letak kereta , kancil putih telah sedia menanti tidak jauh dari  tangga perpustakaan. Diah berlari anak mendapatkannya.
“Assalamualaikum”. Ucap Diah sebaik saja pintu kancil dibuka.
“Waalaikummuassalam , penat?”. Balas Raziq , tersenyum gembira memandang wajah gadis yang amat dicintainya ini.
“ Penat lah jugak tapi lega sebab tugas dah selesai. Mmm  ... kita nak ke mana?”. Tanya Diah.
“Kita kena bincang betul-betul malam ni. I ingat nak bawa you ke Bandar Kajang. Lagipun anak ayah ni mesti dah lapar dan hauskan. Mama tu asyik buat kerja je”. Jawab Zuraimie sambil mengusap lembut perut Diah. Diah hanya tersenyum dan membiarkan perlakuan Zuraimie.
“Kita bincang sambil makan satay Kajang. Setuju?”. Tanya Raziq.
“Diah ikut je ... Diah akan ikut ke mana saja  Raziq pergi”. Balas Diah sambil memandang Raziq. Wajah Raziq tampak begitu tampan dan menawan di matanya.
“Saya sayang awak!”. Katanya perlahan sambil terus memandang  Raziq. Matanya tidak lekang dari  menatap wajah lelaki ini. Entah mengapa matanya bagaikan tidak mahu berganjak.
“I pun sangat sayangkan you tapi ... renungan you tu buat I takut ,  macam nak telan I je!. Kenapa?. Takkan baru kejap dah rindu kot!”.  Raziq mengusik.
“Heeee ... rindulah jugak. Kalau boleh tak nak berpisah sesaat pun!”. Jawab Diah sambil tersenyum.
“Eeeee ...  mana boleh macam tu. Apa-apa pun hidup mesti diteruskan. Kita tak boleh hidup hanya dengan cinta. Tu baby dalam tu tak boleh hidup dengan cinta semata”. Jawab Raziq dengan nada yang agak serius. Diah diam mendengar jawapan Raziq , tidak faham akan maksud yang tersirat.


kalau ditakdirkan I mati dulu ...
Kancil putih terus dipandu laju mengarah ke Pekan Kajang. Raziq memasang radio  , lagu nyanyian biduan Negara  allahyarham P. Ramlee sedang berkumandang.
“Jangan tinggal daku ... oh kasih ... oh dewiku. Andai, dikau tiada . Daku teman tiada ... meratap sepi. Hampa ... merana!” Raziq turut menyanyikan lirik lagu tersebut sambil tersenyum-senyum memandang Diah. Diah tertawa kecil melihat gelagat Raziq.
“Eh , Diah kan dah kata tadi. Diah takkan ke mana-mana. Diah akan ikut je ke mana Raziq pergi!”.  Diah menggayakan tangan seperti sedang berikrar.
“Eh, janganlah kata begitu”. Balas Raziq spontan. Wajahnya tiba-tiba menjadi serius semula. Hilang senyuman manisnya.
“Kenapa?”.Tanya Diah kehairanan , bukankah mereka sepatutnya bersama hingga ke akhir hayat. Bukankah itu janji pasangan yang bercinta?
“Diah , dengar. Betul , I memang sayangkan you and kalau boleh memang nak sangat-sangat hidup bersama dengan you sampai bila-bilapun tapi ... kalau ditakdirkan I mati dulu , I tak naklah you ikut sama sebab nanti ...  baby kita siapa yang nak jaga?”. Jawab Raziq sambil memandang Diah. Diah membalas pandangan tersebut dengan dahi yang berkerut. Diah menggelengkan kepala. Raziq mengangguk-nganggukkan kepala. Masing-masing tidak mahu mengalah!.

Bagi Raziq , pendiriannya jelas. Kini mereka bukan saja perlu memikirkan soal diri mereka berdua sahaja. Mereka  juga perlu memikirkan nasib seorang lagi insan yang bakal hadir ke dunia ini hasil buah cinta mereka. Kebajikannya harus dijaga. Insan  itu kini kian membesar dalam rahim Diah. Insan yang bakal mengeratkan lagi hubungan mereka.  Anak mereka berdua!.
“Kenapa cakap begitu?. Diah tak mungkin boleh hidup tanpa Raziq. Lagi pulak dalam keadaan sekarang. Kami berdua sangat memerlukan awak!”. Balas Diah sedih sambil memegang perutnya.
“Ya sayang , I pun takkan dapat hidup tanpa you”. Raziq memandang Diah sambil menggenggam erat tangan Diah.
“Kita harungi kehidupan ini bersama?”. Diah berkata separuh merayu.
“Ya sayang , selagi hayat dikandung badan!”. Jawab Raziq . Matanya tajam menatap wajah Diah.  Diah mengangguk.
“Ya. Selagi hayat dikandung badan!”.  Diah mengulangi kata-kata Raziq.

Sedang keduanya asyik berpandangan dan melayan perasaan tiba-tiba , sebuah waja hitam keluar dengan laju dari simpang Komuter Kajang dan terus masuk ke lorong laluan kancil putih. Raziq terkejut dan cuba mengelak waja hitam. Dengan pantas dan spontan stering kereta dipusing ke lorong kanan.
“Fuhh...Alhamdulillah...”
Belumpun sempat Raziq dapat menghabiskan ayatnya ...
“Raziq , jaga-jaga!!!”.  Diah menjerit sekuat hati apabila sebuah lori hantu tiba-tiba muncul dari arah hadapan lalu menghentam kancil putih , “Gedebummm!!!”. Bunyi hentaman yang sangat kuat itu menarik perhatian semua mata yang ada di sekeliling.
Kancil putih remuk di bahagian hadapan. Raziq dan Diah tersepit dalam perut kancil putih yang terbenam di bawah lori hantu tersebut. Semuanya berlaku dalam sekelip mata , begitu cepat sekali. Malang tidak berbau ... tiada siapa menyangka , tidak Raziq , tidak juga Diah.
“Tolong ... tolong ...”. Suara Raziq meminta tolong menyedarkan Diah.
“Raziq ...”.  Diah mengangkat mukanya mencari Raziq. Dalam kesamaran gelap malam , Diah masih dapat melihat wajah Raziq berlumuran darah dan sedang menahan kesakitan yang amat sangat.
“Diah ...”. Raziq menghulurkan tangannya ke arah Diah. Diah cuba menyambutnya tapi tangannya tidak mampu diangkat.
“Raziq , saya tak dapat bergerak ... saya tak dapat bergerak! ”.  Rintih Diah.
“Sabar Diah ...”. Raziq memujuk.
“Raziq ...  awak bagaimana?” . Dalam kesakitan Diah  tetap risaukan keadaan Raziq. Darah yang melumuri wajah Raziq  sungguh banyak dan mengerikan.
“Diah ...  I sayangkan you. Jaga baby kita! Jaga baby kita!!”.  Raziq tidak menghiraukan soalan Diah.
“Raziq , awak kenapa?. Awak kenapa? Awak ...”.  Diah bertanya dengan nada suara yang semakin lemah.
“Diah , ingat ... tak kira apapun  berlaku  ...  I sangat sayangkan you dan anak kita ... I minta maaf ...”. Itulah kata-kata terakhir Raziq yang sempat sampai ke telinga Diah sebelum dia sendiri hilang kesedaran diri.
“... I minta maaf  kerana tidak mungkin dapat bersama you mengharungi saat kelahiran bayi kita”. Kata Raziq dalam tangisan. “Ya Allah , ampunkanlah  kami. Ampunkanlah kami!!”.
Apabila nyawa sudah ke penghujungnya , tiada apa yang lebih berharga melainkan keampunanNya ... maka pergilah dia bila tiba waktunya  dan tinggallah yang masih bernyawa mengharungi segalanya ....


Tuhanku , kau jadikanlah kegembiraan ini kekal berpanjangan ...
 “Doktor! Doktor! , dia dah sedar!!”.  Zuraimie menjerit kegembiraan memanggil doktor yang bertugas. Tidak lama selepas itu Doktor Anisah masuk ke kamar pesakit bersama dua orang jururawat.
“Doktor , dia dah sedar! Dia dah sedar! Dia dah sedar!!”.  Zuraimie mengulang-ulangi kata-katanya sambil menggoncang-goncang tangan doktor Anisah yang sedang berjalan laju ke kamar pesakit. Gembira sungguh dia. Tidak sia-sia penantiannya sekian lama.
Doktor Anisah hanya mengangguk-nganggukkan kepalanya lalu bergegas ke katil pesakit. Sesampai sahaja di lokasi yang dimaksudkan , jari jemari pesakit digenggam.
“Ya , ada respon ... bersyukurlah!.  Boleh tunggu di luar dahulu. Kami perlu melakukan pemeriksaan lanjut”. Pinta Doktor Anisah.
“Yes , sure!”. Balas Zuraimie lalu berlari-lari anak keluar meninggalkan kamar itu.
Keadaannya tidak keruan. Tidak tentu cara untuk melahirkan kegembiraan hati yang teramat sangat. Sesekali tangannya dipanjatkan  ke atas mendepang seluas-luasnya mengucap syukur lalu menyapukannya ke  muka.
“Ya Allah ... Maha suci Engkau. Hambamu ini sangat bersyukur dengan kurniaMu. Ya Tuhanku , kau jadikanlah kegembiraan ini kekal berpanjangan. Sembuhkanlah dia. Sihatkanlah dia. Limpahilah kegembiraan buat dirinya dan diriku. Kembalikanlah dia kepadaku. Ya Tuhan, sesungguhnya aku amat menyayangi dan mencintainya!”. Doa Zuraimie. Zuraimie memohon dengan sepenuh hati.


lautan apipun sanggup direnangi
Tiba-tiba sahaja wajah perempuan lebih separuh usia terbayang di kotak fikirannya.
“Ya Aunty Norlina!”. Fikirnya.
“Biar ku khabarkan berita gembira ini padanya”.  Tangannya segera mencapai telepon bimbit yang tersisip di pinggang lalu segera menelefon Aunty Norlina , ibu Diah.
“Makcik , berita gembira. Bersyukurlah ... tadi jari jemari Diah dah mula bergerak-gerak” .  Cerita Zuraimie dengan perasaan yang sangat teruja.
“Betul ke?.  Alhamdulillah! ...”.  Terdengar esakan Aunty Norlina. Esakan kegembiraan!.

“Aunty datanglah sini. Diah tentu amat memerlukan aunty sekarang  ini”.  Pinta Zuraimie. Demi gadis kesayangannya , lautan apipun sanggup direnangi!
“Ya ... ingin sekali. Aunty pun dah terlalu rindukan  Diah. Tapi ... aunty tak boleh nak janji. Uncle tuuu ... marahnya tak pernah reda”. Aunty Norlina berkata dengan suara yang amat sayu. Ibu  mana yang tidak sayangkan anaknya. Walau sebesar manapun dosa yang telah mereka lakukan!. Namun apakan daya syurganya kelak bergantung pada redha suami ... dia tidak sanggup menjadi isteri durhaka.
“Huhhhh ...” . Keluh Zuraimie , hampa. Dia tahu  maksud disebalik kata-kata aunty Norlina.
“Ya aunty saya faham. Cuma kalau boleh aunty datanglah ke sini. Kehadiran aunty tentu amat bermakna buat Diah” Pinta Zuraimie lagi. Dia tidak lagi sanggup menerima alasan  daripada seorang ibu.
“Ya  , nanti aunty akan cuba pujuk uncle. Entahlah ...   kalau boleh aunty memang harap sangat akan dapat ke sana secepat mungkin. Hari ini uncle  tak ada di rumah. Outstation. Lewat petang esok baru balik. Aunty mohon , buat sementara ni Zuraimie tolonglah tengok-tengokkan Diah. Kalau ada apa-apa berlaku jangan lupa telefon aunty lagi ya Mie. Aunty hanya bergantung harap pada kau sajelah Mie ...”.  Sedu  Puan Norlina meledak hingga dapat di dengari dengan jelas oleh Zuraimie.
“Ya aunty ... cuma saya perlu ingatkan aunty bahawa saya ini bukannya  siapa-siapa dengan Diah.  Dalam keadaan seperti ini , keluargalah yang perlu ada di sekelilingnya. Soal menjaganya aunty jangan risau kerana saya yang hanya seorang teman ini tak mungkin membiarkan Diah melarat sendiri!”. Itulah janji Zuraimie kepada aunty Norlina sebelum menamatkan perbualan mereka. Zuraimie cukup sedar , bukan mudah bagi aunty Norlina untuk datang melawat anaknya itu. Namun dia  sudah tidak boleh menerima alasan lagi. “Diah itu anak mereka!”. Soal uncle Amir itu , aunty Norlina yang harus menanganinya. Bukan dia!. Bukan dirinya yang harus memikirkan semua perkara!!
“Huhhhh!!!” Keluhnya lagi. Telepon bimbitnya kembali disisipkan di tepi pinggangnya.
Zuraimie diam , termenung memikirkan semua yang terjadi. Kegembiraannya sebentar tadi punah dek alasan yang diberikan oleh aunty Norlina. Tiba-tiba peristiwa tragis yang mengheret dirinya di sini  bermain  di fikirannya  lagi.  Kemalangan yang berlaku pada malam itu telah meragut nyawa Raziq. Diah pula hilang kesedarannya. Dia koma. Kini sudah  hampir dua bulan Diah terlantar di hospital besar Kajang. Bergantung hidup pada mesin. Tangan kirinya sudah nampak membengkak akibat terlalu banyak dimasukkan air atau pelbagai ubat-ubatan lainnya. Perutnya juga sudah  mulai kelihatan , semakin membesar ...  kemalangan tersebut bukan saja telah meragut nyawa Raziq tetapi juga turut membongkar rahsia Diah. Namun Allah Maha berkuasa , dengan kehendakNya bayi dalam kandungan Diah  masih mampu bertahan ...
Sepanjang tempoh Diah di hospital , Zuraimielah yang sentiasa menemaninya. Ibu dan bapa Diah hanya menjengoknya sekali sahaja. Sebaik sahaja mereka mengetahui yang Diah telah berbadan dua , ayah Diah terus memutuskan hubungan ayah-anak. Tega sungguh hati lelaki itu. Hanya ibunya , aunty Norlina sahaja yang mengambil tahu baik buruk perkembangan satu-satunya anak mereka. Itupun hanya melalui telepon!.
“Diah , mengapalah ini semua perlu berlaku?”. Keluh Zuraimie sendirian. Masih segar dalam ingatan Zuraimie reaksi uncle Amir apabila mengetahui anak kesayangannya itu sedang berbadan dua. Bukan salah uncle Amir. Bukan salah dia untuk bereaksi begitu. Dia tidak dapat menerima kenyataan. Ya! Mana mungkin sesiapapun sanggup  menerima kenyataan seperti itu.
“Mana mungkin!!!.  Doktor pasti telah melakukan kesilapan!. Tolong periksa sekali lagi!!”. Tempik uncle Amir membantah dengan keras  apabila diberitahu akan keadaan diri anak gadisnya itu. Pada ketika itu wajah yang asalnya penuh kerisauan serta merta bertukar menjadi singa. Jelas terpancar api kemarahan daripada  kedua biji matanya yang membakar segenap ruang yang dilihatnya.  Mana tidaknya , maruah keluarganya sedang dirobek-robek oleh anaknya sendiri!.
“Sabar encik , perkara ini boleh dibawa berbincang. Lagi pula kita ni di hospital. Anak encik pula sedang bertarung nyawa. Antara hidup dan mati. Sabarlah encik!” . Pujuk Doktor Anisah. Doktor yang bertugas merawat Diah.
“Doktor , kalau benar dia mengandung  sedangkan saya pasti dia belum bernikah dengan mana-mana lelaki , saya tidak teragak-agak untuk memutuskan ikatan dengannya. Tidak pernah dalam salah silah keluarga saya ada yang berperangai buruk sebegini!. Baik saya tiada anak daripada mempunyai anak yang hanya pandai menconteng arang di muka!” . Kata uncle Amir dalam nada kemarahan yang semakin mereda.
Doktor Anisah hanya mampu mendengar. Rasa simpati membuak di hatinya. Jika boleh , ingin sekali dia menyatakan yang sebaliknya. Namun hakikatnya , gadis ini memang sah sedang mengandung!.
Setelah semuanya pasti , uncle Amir tanpa berlengah dan tanpa mempedulikan nasib anaknya Diah , terus pulang bersama isterinya aunty Norlina. Rayuan dan tangisan Puan Norlina langsung tidak berbekas di hatinya. Uncle Amir telah benar-benar berpatah arang dan berkerat rotan dengan anaknya itu. Hatinya hancur. Dia benar-benar kecewa dengan perbuatan anak gadisnya itu. Siapa sangka anak yang ditatang bagai minyak yang penuh  kini menjadi api dalam sekam. Membakar dan merobek  maruah keluarganya dalam diam!.
“Malu! Malu!!”.  Itulah kata-kata uncle Amir semasa berjalan laju meninggalkan hospital sambil mengheret tangan aunty Norlina.  Zuraimie yang ada di situ hanya termangu-mangu. Tidak pasti apa yang patut dilakukannya. Kini semuanya bagaikan terletak di bahu Zuraimie. Siapa lagi kalau bukan dirinya. Siapa lagi yang boleh diharap untuk menjaga Diah. Diah itu anak tunggal , bukan ada saudara atau adik beradik lain.
“Mengapa? Mengapa kau juga yang kucinta?!”.  Keluhnya.
Sejak hari itu , Aunty Norlina dan uncle Amir tidak pernah lagi menjengok Diah. Cuma sesekali aunty Norlina ada menghubungi Zuraimie , bertanya khabar anaknya. Jelas sekali ibu ini tidak sanggup membuang anaknya begitu saja ... seburuk-buruk daging , dibasuh dimamah dimakan jua!.
Bagi Zuraimie pula , segala yang berlaku adalah takdir dan ketentuan daripada Tuhan yang Maha Esa. Memang sudah ditakdirkan dia yang harus memikul tanggung-jawab ini. Jika tidak masakan dia boleh berada  di tempat kejadian pada malam itu.


... awak yang beria-ia nak siapkan semua ni ...
Segalanya masih jelas di mata ... setelah selesai menyempurnakan tugasan kumpulan mereka pada malam itu , Diah segera memohon diri. Tinggallah Zuraimie bersama Ziah. Tidak selesa ditinggalkan berduaan dengan Ziah , Zuraimie terus mencadangkan agar mereka menyiapkan baki tugasan di rumah masing-masing.
“Errr ... saya penatlah. Rasa mengantuklah pulak. Hmmm  ... saya ingat nak balik dan siapkan kerja ini di rumah sajalah”. Zuraimie mencari helah.
“Huh?”. Ziah agak kehairanan. Jelas terbayang kekecewaan di wajahnya.
“Eh bukankah  tadi awak yang beria-ia nak siapkan semuanya ini  malam  ni jugak?. Siap nak ajak pergi minum lagi?”. Tanya Ziah. Mempertikaikan perubahan rancangan Zuraimie.
“Err ... tulah. Niat memang macam tu tapi tiba-tiba saje rasa penat sangatlah. Ahh ... sudahlah. Marilah saya hantarkan awak balik. Awak pun tentunya dah penatkan?”. Jawab Zuraimie. Masih lagi berdalih.
“Huh! ... dah penat atau  kerana Diah dah tak ada?”. Ziah terlepas kata , rasa marah dan cemburu dihatinya bercampur-baur. Zuraimie buat-buat tidak mendengarnya.
“Hmm ... kalau dah gitu kata awak. Saya ikut sajalah”. Sambung Ziah. Akhirnya terpaksa mengalah , hampa. Niatnya untuk bersemuka dan merongkai konflik antara mereka tidak kesampaian.
Setelah selesai mengemaskan barang masing-masing , mereka berjalan beriringan menuju ke kereta Zuraimie. Masing-masing diam membisu. Tiba-tiba Ba’ie , rakan serumah Ziah muncul entah dari mana. Ba’ie berjalan laju menuju ke arah mereka. Satu episod yang agak mengejutkan telah terjadi...
“Wah Ziah!.  Kawan makan kawan rupanya kau ini!”. Sergah Ba’ie dengan berangnya.
“Eh Ba’ie , apahalnya ni? Kenapa marah-marah?”. Tanya Ziah , terkejut.
“Kenapa marah-marah?? . Sudah gerharu cendana pula!!”. Tempik Ba’ie . Terlopong mulut Ziah dan Zuraimie mendengar tempikan Ba’ie itu.
“Apahalnya ni ?”. Tanya Ziah dan Zuraimie serentak.
“Kau diam!. Ini hal aku dengan dia”. Ba’ie mengarahkan Zuraimie agar diam.
“Kau memang perempuan tak tahu malu. Tak tahu nak hormati hak orang lain. Dah desperate sangat ke?”. Sesukanya Ba’ie memarahi Ziah. Bukan itu saja , Ba’ie juga sempat menampar Ziah sebelum berlari  pergi. Ziah tergamam , langsung tidak terkata apa.
“Ya Allah! Apa yang dah terjadi?”. Ziah menepuk dahi. Dia juga sangat malu diperlakukan semahunya oleh Ba’ie , lebih-lebih lagi di hadapan  Zuraimie!. Namun Ba’ie itu tetap sahabatnya , rakan serumahnya. “Salah faham ini harus dirongkai!”. Fikirnya.
“Ba’ie! Ba’ie!!”. Ziah memanggil lalu cuba mengejarnya namun langkahnya terhenti. Tangannya ditarik oleh Zuraimie.
“Apahal dia tu?”. Tanya Zuraimie. Hairan dengan tindakan Ba’ie.
“Bukankah dia itu rakan serumah awakkan?”. Tanya Zuraimie lagi.
“Eerrr Zuraimie ... ya. Dia Ba’ie  , rakan serumah saya.  Maafkan saya . Saya nak kejar Ba’ie. Ini pasti ada salah faham . Awak balik dululah ya ...”. Ziah terus berlari mengejar Ba’ie, meninggalkan Zuraimie berteka-teki sendiri.
Dalam keadaan tidak mengerti , Zuraimie terus masuk ke dalam keretanya lalu  memandu pulang. Taman Seksyen 4 tambahan itulah destinasinya. Sepanjang pengajiannya di UKM , Zuraimie menumpang tinggal di rumah kakaknya , Doktor Anisah. Kakaknya itu memang sangat menyayanginya. Maklumlah mereka hanya dua beradik. Sedari kecil kakaknya itu memang terlalu mengambil berat tentang dirinya.
Tidak sampai sepuluh  minit meninggalkan pintu masuk UKM , jalan raya mulai sesak. Barisan kereta bergerak sangat lambat.
“ Haiii ... pelik. Malam-malam beginipun boleh jem?”.  Fikir Zuraimie.
“Bang , kenapa teruk sangat ni?”. Zuraimie menurunkan cermin tingkap keretanya lalu menjengahkan kepalanya keluar untuk bertanya kepada seorang pemandu yang telah lama berhenti di tepi jalan.
“Entahlah dik , dia orang kata ada ‘accident’ kat depan tu. Kancil dengan lori hantu. Teruk jugaklah rasanya. Tadi polis dah lalu. Agak-agaknya tengah tunggu ‘ambulance’lah tu”. Jawab lelaki itu.
“Apa?. Kancil?!”. Berderau darah Zuraimie mendengar penjelasan itu.
“Mungkinkah...?.  Ahh tak mungkinlah. Bukan dia saja yang pakai kancil!”. Itulah doa dan harapan Zuraimie.
Namun sesampai sahaja di tempat kejadian ... jantung Zuraimie bagaikan berhenti berdegup sebaik sahaja melihat kereta mangsa kemalangan tersebut. Kancil putih yang memang sangat dikenalnya kini terperosok di bawah lori!.
“Ya Allah!!”. Teriaknya.
Tanpa menghiraukan arahan  polis yang bertugas ,  Zuraimie terus memberhentikan keretanya di bahu jalan lalu berlari mendapatkan kancil putih.
Melihat plat number BJE 7024 ... lututnya terasa lemah . Separuh semangatnya hilang!
Sudah pasti Diah dan Raziq adalah mangsa kemalangan ini!. Zuraimie membongkokkan badannya , menjengahkan kepala pada ruangan yang amat terhad di burit lori hantu itu. Demi terlihatkan mangsa , semangatnya hilang. Tergamam. Tidak sanggup untuk mempercayai apa yang dilihat.
“Ya Tuhan!!!”. Separuh badan Diah dan Raziq tersepit di bahagian hadapan kancil yang remuk. Wajah dan tubuh mereka  berlumuran darah. Keduanya diam bagai sudah tidak bergerak!. Zuraimie terpaku  , terpaku terus ... hatinya penuh ketakutan . Takut jika benar ajal sudah menjemput mereka. Adakah ini kesudahannya cerita mereka?
“Mie!  Zuraimie!”. Kedengaran suara memanggil lemah. Bagaikan mendapat kekuatan semula  mendengar namanya dipanggil. Suara yang sangat lemah itu  ... Zuraimie segera mendapatkan pemilik suara itu.
“ Mie ... tolong Diah!”.  Penuh kepayahan , Raziq menghulurkan tangannya lalu mencapai dan  menarik bahagian hadapan kemeja Zuraimie.
“Raziq . Sabar ziq ... aku akan cuba tolong bawa kau dan Diah keluar”. Zuraimie cuba menenangkan Raziq. Dalam keadaan begini , hilang semua perasaan cemburunya terhadap Raziq selama ini.
“Tidak. Dah tak ada masa ...”. Jawab Raziq dengan suara yang terputus-putus.
Zuraimie cuba berkata sesuatu tetapi dipotong oleh Raziq.
“Mie ... dengar. Tolong aku ... tolong jaga Diah ... anak kami!. Anak kami!! ... Allah!!!!!” . Itulah kata-kata terakhir Raziq sebelum genggamannya terlerai. Zuraimie terngadah melihat Raziq yang sudah tidak bernafas dan Diah yang masih tersepit, tidak sedarkan diri.
“Anak kami?. Anak Kami?. Mengapa anak kami?!!!”.  Zuraimie bingung.

 ... kata-kata terakhir  Raziq  terus  terngiang-ngiang di telinga ...
Cubaan  orang ramai untuk menolong mengeluarkan  kedua mangsa  gagal. Keduanya tersepit teruk. Pihak bomba sudah dipanggil dan sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian. Lalulintas semakin sesak. Orang semakin ramai namun Zuraimie masih di situ. Terduduk di bawah buritan  lori ,  terkejut dengan apa yang dilihat dan didengarnya.
“Mie , tolong aku ... tolong jaga Diah ... anak kami! . Anak kami!!”. Kata-kata terakhir  Raziq  terus  terngiang-ngiang di cuping telinganya.
“Anak kami?. Apa maksud kau Raziq?”.  Zuraimie berkata pada dirinya sendiri.
“Kalaulah kau sempat menjelaskannya!”. Fikir Zuraimie lagi. Segalanya samar.
“Huhhh!” Keluhnya.  Hanya satu yang pasti , segalanya telah ditentu Tuhan .... 

  

    
                                          TAKDIR ...

 
                               Tiada jawapan bagi soalan
                              Akan takdir  di masa depan
                            Kalaupun ada hanyalah  rancangan
                        Dan menjangka masa hadapan
                          Itupun segalanya hanyalah harapan
                             Rencana sebenar ditentu Tuhan ...







"Keranamu DIAH" : Bab 7



BAB 7            :           CINTA ZIAH

Cintanya mula berputik .
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pertelingkahan antara Zuraimie dan Raziq tempohari rupanya membuka cerita baru. Peristiwa yang terjadi telah merapatkan hubungan antara Ziah dan Zuraimie. Lagipun  , jika mahu dibandingkan antara Ziah dan Diah , masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Sungguhpun kulit Ziah tak secerah kulit Diah namun wajah bujur sireh ayu dan lembut miliknya itu juga mampu menambat hati sesiapa yang melihat.  Tambahan pula ,  sifatnya yang luhur dan prihatin terhadap orang lain menjadikannya teman yang cukup senang didampingi.
Hari ini selesai sahaja kuliah , Ziah terus ke perpustakaan sendirian. Sejak Diah berbadan dua dan pergi baliknya ke kuliah sentiasa di hantar Raziq , Ziah lebih banyak menghabiskan masanya bersendirian mengulang-kaji di perpustakaan. Sengaja tidak diajaknya Ba’ie , teman serumahnya itu. Entah mengapa sejak mengetahui bahawa mereka berdua meminati lelaki yang sama , hubungan antara mereka juga menjadi semakin renggang. Hanya kehadiran  Diah  sahaja yang mampu menjadi pemangkin yang  akan merapatkan mereka kembali.
Setelah duduk di tempat biasanya , Ziah memulakan pembacaan. Banyak perkara yang berkaitan dengan kaedah pedagogi  harus difahami seterusnya dihafal olehnya. Buku nota kecilnya dibuka dan semua maklumat penting dicatatkan secara ringkas di dalamnya. Selesai mencatat dan memahami apa yang dibaca , Ziah akan memejamkan matanya dan mula bercerita sendiri tentang perkara tersebut.
“Untuk belajar dengan lebih cekap , kamu hendaklah menggunakan semua pancaindera yang ada. Contohnya , mata untuk membaca , tangan untuk mencatat dan mulut untuk menceritakan semula tentang perkara tersebut. Dengan  cara begitu tiga kali otak kamu akan dirangsang dengan perkara yang sama. Maka kamu akan dapati sesuatu maklumat itu akan lebih mudah difahami dan lebih cepat untuk diingat atau dihafal. Kelebihan lainnya ialah jika kamu terlupa dengan perkara tersebut di masa-masa akan datang , dengan hanya melihat satu atau  dua perkara yang berkaitan , ingatan kamu tentang perkara tersebut lebih mudah dicapai”. Itulah pesan Cikgu Asni , guru matapelajaran Fizik Ziah semasa dia masih di sekolah menengah duhulu. Hingga ke hari ini pesanan cikgu Asni itu masih lekat dihatinya dan  akan terus diamalkannya.
“Hai Ziah , assalamualaikum. Boleh saya duduk sama?”. Tegur satu suara.
Ziah mengangkat mukanya lalu tersenyum , “Hai , sejak bila pulak awak bukan main sopan sampaikan meminta izin untuk duduk semeja?”. Balas Ziah.
“Oppsss! Selama ini tak pernah  minta  izin ye?”. Kata Zuraimie sambil menutup mulutnya , berpura-pura terkejut.
“Eh , dahlah. Duduk sajalah. Saya banyak perkara yang perlu difahami dan dihafal ni”. Balas Ziah , tidak begitu gemar jika masa belajarnya diganggu.
“Oo gitu. Hmm ...  kalau tak keberatan , boleh saya tahu ... awak sedang belajar pasal apa?”. Tanya Zuraimie sambil menarik kerusi sebelum mengambil tempat betul-betul di hadapan Ziah.
“Saya sedang buat perbandingan  antara  kaedah-kaedah pedagogi yang biasa diguna pakai dalam  pengajaran di sekolah-sekolah”. Jawab Ziah.
“Oo macam kaedah yang dicadangkan oleh tokoh seperti Ivan Parlov dan Skinner?”. Tanya Zuraimie lagi. Sengaja menyebut nama-nama itu untuk menarik perhatian Ziah ... dan dia berjaya!.
“Ya!”. Jawab Ziah sambil memandang muka Zuraimie. Bersinar-sinar matanya merenung wajah lelaki di hadapannya ini. “Wah! Awak tahu pasal mereka?”. Ziah kagum.
“Hmm ... ya. Cuma masalahnya mereka berdua tu yang tidak kenal saya. Hahaha”. Zuraimie berseloroh.
“Eee buat lawak pulak. Dah tu gelak kuat-kuat. Hello! Ini perpustakaanlah!”. Bisik Ziah.
“Okey sorry. Saya cuma teruja jumpa awak di sini. Err ... kalau itulah perkara yang awak nak belajar hari ini , saya boleh bantu. Idea-idea mereka telahpun saya fahami dan ingat di kepala ini baik-baik”. Kata Zuraimie  dengan penuh bangga.
“Betul?. Hmm ... kalau begitu bolehlah saya ‘short cut’. Tak payah  baca  buku  tebal-tebal ni.  Awak sajalah yang terangkan kepada saya , boleh?”. Tanya Ziah.
“Ha ha ha ... pandai mengelat ya?. Tak apa , demi awak saya rela membantu tapi ... dengan satu syarat”. Kata Zuraimie.
Ziah memandangnya sambil mengangkat kening , “Syarat?”. Tanyanya kurang pasti.
“Ya. Syarat mudah saja”. Jawab Zuraimie.
“Apa dia?”. Tanya Ziah lagi.
“Teman saya makan tengahari. Perut saya ni dah lapar sangatlah. Saya belanja , boleh?”. Pinta Zuraimie.
“Awak belanja?. Hmm  ... okey jugak. Lagipun sekarang ni dah pukul 1:45 petang. Memang patut sangatlah kita makan tengahari. Err  habis tu bila awak nak tolong ajar saya?”. Tanya Ziah .
“Alah , sambil makanpun saya boleh terangkan. Jomlah , lapar ni!”. Ajak Zuraimie.
“Err okey”. Pucuk dicita ulam mendatang , Ziah tidak melepaskan peluang. Dia gembira kerana Zuraimie sudi mengajaknya keluar makan bersama. Hanya mereka berdua!

Saya nak mengenali awak lebih dalam ...
Mereka berjalan beriringan meninggalkan pintu besar bangunan perpustakaan. 
“Kita makan di Katetaria?”. Tanya Ziah.
“Tak mahulah , kita makan di luar. Pernah dengar ‘Rimbunan Buluh?”. Tanya Zuraimie.
“Rimbunan Buluh?. Tempat makan ke tu?”. Tanya Ziah sambil mengerutkan dahinya.
“Hmm ... tempat makanlah tu. Kan kata nak pergi makan tengahari?”. Jawab Zuraimie sambil tersenyum memandang Ziah. Ziah turut tersenyum.
“Jauh ke?”. Tanyanya.
“Tak jauh. Dekat dengan Pekan Kajang je”. Jawab Zuraimie.
“Kita pergi berdua saja?”. Ziah tiba-tiba berasa kurang selesa.
‘Bila berdua , yang ketiga pasti syaitan!’. Pesan ustaznya dulu masih segar dalam ingatan.
“Ya. Bolehkan?. Lagipun  kita bukan nak ke mana-mana. Cuma nak pergi makan tengahari sahaja. Ke awak nak kita ajak Ba’ie?. Saya ada nombor telepon dia”. Tanya Zuraimie.
“Hushhh! Siap ada nombor telepon Ba’ie lagi. Minah tu kalau Zuraimie yang ajak mesti takkan tolak. Makin tipislah harapan aku. Ini tak boleh jadi!!”. Fikir Ziah.
“Laa ... temenung pulak. Nak ajak Ba’ie ke?”. Tanya Zuraimie lagi.
“Err ... tak apalah. Tak payahlah ajak dia. Nanti tambah lambat pula kita. Kata dah lapar sangat tadikan. Jomlah kita terus pergi”. Ziah memberikan alasan.
Zuraimie tersenyum mendengar jawapan itu.  Sengaja Zuraimie menyebut nama  Ba’ie kerana dia sebenarnya ingin menguji sama ada Ziah ada menaruh hati padanya atau tidak.

Peristiwa Ba’ie datang kepadanya dan berterus-terang tentang perasaannya tempohari menyebabkan  Zuraimie  sedar bahawa ada gadis lain yang juga mencintainya dalam diam. Demi mencapai hajatnya , Ba’ie secara tidak sengaja telah memburukkan gadis itu. Gadis yang sebenarnya amat bersopan dan sangat rugi untuk dilepaskan. Kini gadis itu sedang duduk bersebelahan dengannya!.

“Zuraimie , saya tahu apa yang mungkin akan saya katakan ini agak janggal , tapi hati saya mendesak agar saya  menyatakannya juga kepada awak. Saya yakin jika perempuan semulia Syaiditina Khadijah telah menunjuk jalan maka tak salah saya mengikutinya”. Ba’ie memulakan bicara. Berani benar gadis ini memburu cintanya. Siap menjadikan isteri rasulullah (saw) sebagai contoh ikutan. Tidakkah dia sedar yang wanita mulia itu tetap menjaga tatasusila dan keanggunan seorang wanita. Beliau tidak menyatakan hasratnya sendiri sebaliknya menyampaikannya melalui utusannya , Nafisah.
Terkejut Zuraimie mendengar kata-kata Ba’ie itu. Tidak disangka , pertemuan yang diminta oleh Ba’ie adalah untuk meluahkan perasaannya terhadap dirinya. Zuraimie rasa terperangkap namun tidak dapat melepaskan diri , terpaksalah dia bertahan mendengar luahan perasaan Ba’ie.
“Terus – terang saya katakan , saya memang menyukai awak dan kalau boleh saya ingin menjadi suri dalam hidup awak. Saya berjanji akan menjadi  seorang isteri yang baik dan patuh. Juga akan menyayangi kedua ibu bapa awak seperti ibu bapa saya sendiri”. Kata Ba’ie lagi , berkata tanpa segan silu. Matanya memandang tepat ke muka Zuraimie.
Zuraimie tergamam , "Wow!". Fikirnya.
“Saya terpaksa mengambil tindakan nekad memulakan langkah dahulu kerana saya tahu awak ni memang ramai peminat malah rakan serumah saya sendiri kini menjadi saingan ”. Ba’ie mempertahankan tindakannya.
Zuraimie membuat muka ‘pelik’ dan ‘tidak faham’ mendengar kata-kata Ba’ie itu , “Rakan serumah dia?. Siapa?. Diah ... tak mungkin atau ...”. Zuraimie berfikir.
“Huh!. Saya yakin lepas ni akan ada orang lain , mungkin Ziah atau gadis lain akan datang kepada awak dan meluahkan perasaan mereka. Jadi , saya harap awak akan mempertimbangkan permintaan saya dahulu”. Kata Ba’ie , celupar benar mulutnya kerana sanggup mengaitkan orang lain demi mengiyakan tindakannya itu.

“Puhh! Berani betul kau !!”. Kata Zuraimie tiba-tiba.
“Err ... apa maksud kata-kata awak tu Zuraimie?”. Tanya Ziah , terperanjat mendengar kata-kata Zuraimie yang terlebih emosi itu.
“Eh!. Sorry! Sorry Ziah. Saya sebenarnya terkenangkan orang lain.  Errr ... kawan saya, Zaid!. Dia hari tu bertekak dengan tutor Bio-Math dia!!”. Zuraimie berbohong.
“Hmmm ... ingatkan awak mengata saya. Sebenarnya saya tak biasa keluar berdua sahaja dengan mana-mana lelaki. Ini kali pertama”. Akui Ziah. Terasa malu untuk menyatakannya.
“Hmm ... kiranya saya ini sangat bertuah menjadi lelaki pertama yang keluar dengan awak. Terima kasih Ziah. Gembira saya mengetahuinya”. Balas Zuraimie sambil tersenyum meleret memandang Ziah. Ziah tertunduk malu.
“Hmm ... manisnya melihat kau tersipu-sipu begitu!”. Kata hati Zuraimie.
Entah mengapa , dia merasakan Ziah ini mampu menggantikan tempat Diah di dalam hatinya. Dia juga rasa bersyukur apabila Ba’ie telah terlajak kata . Rahasia  hati Ziah terhadapnya telah terbongkar. Dalam masa yang sama Zuraimie mengagumi kesungguhan dan kemampuan Ziah berlagak biasa di hadapannya.
“Pandai kau menyembunyikan perasaanmu. Hmm ... akan ku usahakan agar kau menjadi milikku!. Buat apa ditunggu pada yang tak sudi. Ya! Aku yakin , kau lebih sesuai buatku”. Kata hatinya. Bersama keyakinan itu , Zuraimie memberhentikan kenari biru di perkarangan ‘Rimbunan Buluh’ , medan makan yang agak popular di  Bandar Kajang.
Rimbunan Buluh –  mungkinkah akan bertambah kukuh ikatan yang terjalin antara dua hati . Semuanya masih suatu misteri ...

Ziah gembira ...
Malam itu di rumah sewa mereka ,  Ziah sangat gembira. Hatinya berbunga mekar mengenangkan kemesraan yang ditunjukkan Zuraimie kepadanya sewaktu mereka makan bersama tengahari tadi. Dia menyanyi-nyanyi kecil ...
“Wah! Seronoknya cik akak kita ni hari ni. Ada apa-apa yang berlaku?”. Tanya Nonie , sengaja mendekatkan telinganya ke mulut Ziah.
“Hishh!. Apa pulaknya?!”. Jawab Ziah sambil menolak  muka Nonie.
“Hushh! Sampainya hati!”. Jerit Nonie.
“Ya lah Ziah. Sedari tadi kau asyik menyanyi saja. Hati kau bagaikan sedang berbunga-bunga. Hah! Ada prince charming sudah menambat hati kau ke?”. Tanya pula Mazliana. Mazliana budak kampus yang menumpang tidur di rumah mereka malam  itu juga turut perasankan kegembiraan dan keceriaan Ziah.
“Eh! Mana ada. Aku memang selalu macam nilah. Kan Diah?!”. Ziah meminta sokongan sahabat karibnya. Diah hanya tersenyum sambil mengangkat tangannya.
“Aku tak campur!”. Jawabnya.
“Ceh!!. Tak sporting langsung!”. Balas Ziah. Mencebik.
“Ha ha ha ha ha”. Yang lain sama-sama tertawa.
“Eh , apa kecoh-kecoh ni?”. Tanya Ba’ie , tiba-tiba mencelah.
“Betul ke Ziah , ada prince charming mengorat kau?”. Tanyanya agak kasar.
“Eh! Sudah-sudah. Mari kita dengar berita ni. Kisah budak sekolah disimbah asid. Macam-macam kes jenayah sekarang ni!!”. Diah  yang berbaring di hadapan televisyen , tiba-tiba bangun  lalu  menarik Ziah duduk bersamanya. Sengaja mahu menyelamatkan Ziah daripada melayan kata-kata Ba’ie yang menyakitkan hati itu.
“Jadi budak U kenalah tahu isu-isu semasa”. Katanya selamba.
“Ya lah mak nenek. Kekawan mari kita dengar berita!”. Balas Nonie lalu turut mengambil tempat di hadapan  kaca televisyen. Begitu juga dengan Mazliana , tinggallah Ba’ie sendirian. Bengang benar perasaannya lalu melangkah masuk ke bilik.
“Aku ada kerja nak buat. Sorry , tak dapat nak joint korang!”. Katanya sebelum menutup pintu bilik.


Zuraimie memasang angan
Tersenyum mengenangkan wajah Ziah yang tertunduk malu apabila dia mula membayangkan perasaannya siang tadi.
“ Saya sebenarnya suka sangat berkawan dengan awak. Awak dan Diah memiliki sifat yang amat  berbeza  tetapi kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang sukar dicari pada orang lain”. Kata Zuraimie. Ziah memandangnya tidak faham.
“Err ... maksud saya. Kalau boleh , saya nak mengenali awak  dengan lebih dekat lagi. Saya nak tahu semua perkara tentang diri awak , kegemaran awak , keluarga dan semualah yang berkaitan dengan awak”. Kata - kata Zuraimie itu membuatkan Ziah malu. Tergambar padanya perasaan yang cuba disampaikan oleh Zuraimie.
“Adakah aku bermimpi?”, Katanya perlahan ...
“Tidak!. Awak tidak bermimpi. Saya jujur ingin berkawan rapat dengan awak!”. Balas Zuraimie. Ziah tergamam  mendengar jawapan itu , “Eeee ... malunya!. Kenapalah aku sampai terlepas cakap!!”. Kata Ziah dalam hatinya.
Zuraimie bagaikan dapat membaca fikiran Ziah. Dia tersenyum panjang!.

 “Hmm ... sahlah sudah. Aku tidak bertepuk sebelah tangan. Tunggulah Ziah , aku pasti akan berterus-terang menyatakan  cintaku  padamu dalam masa terdekat ini. Tapi sebelum itu akan aku fikirkan dahulu cara yang romantik untuk menyatakannya. ‘Candle light dinner’? atau ... petikkan gitar dan mainkan sebuah lagu cinta buatmu? Atau ... sms cinta?. Ahh! Susahnya nak jadi lelaki romantik!”. Katanya sendiri sambil tersenyum-senyum lalu mencapai gitar yang tersandar di dinding biliknya. Tali gitar dipetik perlahan maka beralunlah puisi cinta buat sidia ... diiringi petikan gitar ... ‘Ah! Romantiknya!’



Engkaukah itu?

Engkaukah itu?
Yang datang tatkala hati merindu
Jiwa gelisah bagai diburu
Dilanda gelombang kasih hampa
Hancur luluh kedamaian di jiwa
Ranap punah sebuah harapan
Dek kekecewaan yang datang melanda
Tika Patah semangat si pemburu cinta.

Engkaukah itu?
Yang  datang bersama nur kasih
Membawa penawar hati nan rindu
Buat mendamai jiwa nan resah
Menghulur tangan memimpin jalan
Agar pulih kedamaian di jiwa
Terbina semula harapan nan menghilang
Hapus sudah kekecewaan lama
Bersama memulih  membina cinta

Engkaukah itu?
Kan sama mengorak langkah
Membuka tirai kehidupan baru
Menyemai kasih memadu asmara
Menyerikan perjalanan  hidup
Bersama senyum tawamu
Kan menjadi pengubat lelah
Setelah penat  mengharungi hariku
Namun aku pastinya bahagia
Kerna ku tahu
Kau sentiasa ada ... menunggu!


 
“Ziah!!! ... Engkaukah itu?!”. Jerit Zuraimie.
“Mungkinkah engkau yang bakal datang mengubat  lukaku  ini?. Atau ... kau hanyalah sebuah persinggahan buatku melepas lelah”. Zuraimie berkata kepada dirinya sendiri.
Dia cuba membayangkan andai ditakdirkan Diah datang merayu kasih , mampukah dia menolaknya?.
“Tidak! Kasihku tetap padamu Diah. Tapi aku tahu hatimu sudah menjadi milik orang lain.  Milik dia ... bukan aku!. Huh! hidup ini harus diteruskan sungguhpun tanpamu di sisi. Mungkin bersama Ziah ,teman baikmu sendiri.  Diah! Diah! Mengapa bukan aku yang kau pilih?”. Zuraimie berkata sendiri , cuba memujuk hati menerima hakikat bahawa cintanya terhadap Diah hanya bertepuk sebelah tangan. 

Setelah lama berfikir , Zuraimie menutup malamnya dengan keputusan yang bulat di dada ... “Ziah , bersedialah untuk menerima cintaku!”.  Katanya sebelum mencampakkan jauh bayangan Diah dari hatinya. Keputusan telah dicapai , Zuraimie melelapkan mata dengan senyuman di bibir ... “Ya. Kau adalah orangnya Ziah.  Zzzzzzz ...”

Zuraimie mengorak langkah.
Pagi itu Ziah dikejutkan oleh bunyi ‘alarm’  telepon bimbitnya.
“Huh! Dah pagi ... dah sampai masa bangun”. Ziah mencapai telepon bimbitnya lalu menghentikan ‘alarm’ yang masih berbunyi. Ketika mahu meletakkannya  semula  di atas rak buku bilik tidurnya , matanya tertangkap lambang ‘pesanan masuk’ yang tertera pada skrin telepon bimbitnya itu.
“Siapa  pula yang pagi-pagi buta sudah menghantar pesanan ni?”. Katanya sendiri lalu membuka peti pesanannya ...

‘Assalamualaikum!. Selamat pagi ... semuga hari anda akan ceria sentiasa’
Ziah  agak terkejut membaca ‘pesanan’ itu lalu menekan pendetailan butiran ;
                                    From : Zuraimie
                                    Date : 25 Mac  6:01am
“Seawal ini dia sudah menghantar ucapan selamat pagi kepadaku. Apa maknanya  semua ini?”. Ziah bertanyakan dirinya sendiri , terkebil-kebil matanya cuba mencari makna yang tersirat.
“Mungkinkah ini petanda baik? Aku tidak bertepuk sebelah tangan atau ... aku hanya persinggahan buat merawat hatinya yang luka?. Hmm ... apapun , baik aku tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya. Jangan over excited Ziah. Nanti kalau jatuh , sakitnya tak teranggung , kau juga yang parah”. Ziah mengingatkan dirinya. Ziah sedar bahawa dia hanyalah pilihan kedua.
 Sebaik sahaja Ziah melangkah keluar dari bilik untuk ke bilik air , Ba’ie yang tidur disebelahnya terus mencapai telepon bimbit Ziah lalu menekan ‘inbox’ , mencuri baca isi  pesanannya!.
“Tak guna!. Kenapalah kau mahu juga bersaing denganku?”. Kata hatinya , bengang membaca pesanan yang dihantar Zuraimie kepada Ziah. “Zuraimie ni pun satu , sudah aku ingatkan masih juga dia nak melayan minah ni. Ini tak boleh jadi. Uh! Apa aku nak buat ni?. Macam mana nak buat Zuraimie benci dia?”. Setelah berfikir sejenak , Ba’ie bertindak nekad ...
“Maafkan aku Ziah. Kawan tetap kawan tapi kalau soal cinta , aku takkan mengalah!” lalu jari jemarinya segera menaip sesuatu ...

‘Awak tak ada kerja lain ke pagi-pagi buta mengganggu orang dengan pesanan yang tak masuk di akal?’.
Setelah habis menaip , segera butang send ditekan. Kemudian Ba’ie  memadamkan pula maklumat dalam kotak send item Ziah.
“Aku pasti , Zuraimie tentu tersinggung menerima pesanan ini”. Ba’ie berkata sambil tersenyum puas lalu meletakkan semula telepon bimbit Ziah ditempat asalnya.
Pasti tiada siapa menduga , Ba’ie sanggup bertindak biadap membalas pesanan dari Zuraimie itu tanpa pengetahuan Ziah.
“Eh! Awak buat apa tu Ba’ie?. Bukankah itu telepon bimbit Ziah?”. Tanya Diah yang kebetulan melangkah masuk ke dalam bilik setelah selesai menunaikan solat subuh pagi itu.
“Errr ... errr ... Diah. Dah solat?. Saya cuma tumpang tengok jam. Baru sedar , dah pukul 6 lebih. Errr ... takpalah saya nak pergi mandi dulu”. Jawab Ba’ie tergagap-gagap , cuba menutup tembelangnya.
“Kan bilik air ada orang , macam mana awak nak mandi sekarang”. Balas Diah , mulai curiga.
“Oo ye ke?.Takpalah kalau gitu saya gosok baju dululah. Nanti senang lepas mandi terus boleh bersiap”. Balas Ba’ie sebelum tergesa-gesa melangkah keluar.
“Pelik!. Macam ada yang tak kena je dengan budak Ba’ie ni”. Fikir Diah.


Ba’ie itu mencurigakan
Sebaik sahaja Ziah habis mandi , Diah segera mendapatkannya.
“Ziah , aku rasa baik kau ‘check’ telepon bimbit kau tu pasal tadi aku nampak Ba’ie macam buat sesuatu pada telepon kau tu. Aku syak dia ada buat yang tak baiklah sebab bila aku tanya dia gelisah semacam je”. Diah memberitahu Ziah hal yang berlaku. Dia tidak mahu ada orang yang mengkhianati atau berbuat jahat kepada sahabat baiknya ini.
“Hishh! Biar betul Diah. Berat tuduhan kau tu”. Balas Ziah acuh tidak acuh.
“Betul!. Bila aku tegur , dia tergagap-gagap menjawab. Konon nak tumpang tengok jam. Bukankah dia sendiri ada telepon bimbit. Nak juga tengok kau punya!”. Kata Diah.
“Tak mungkinlah , mungkin bateri telepon dia ‘ kong’  sebab tulah terpaksa tengok telepon bimbit aku. Ahh! Sudahlah!!. Takde bendapun yang rahasianya dalam telepom  aku tu” . Jawab Ziah selamba.
“Dahlah ! Jangan risau yang bukan-bukan!”.  Kata Ziah lagi sebelum menolak  Diah ke arah bilik air. “Pergi mandi. Busuk!”.


Bergegas ke Perhentian bas
Setelah selesai bersiap , seisi rumah kecuali Diah bergegas ke Perhentian bas.
“Eh! Diah tak ikut  sekali?”. Tanya Mazliana , masih belum tahu bahawa Diah akan dijemput dan dihantar pulang oleh Raziq.
“Tak!. Dia sekarang ada driver”. Jawab Nonie sambil tertawa kecil.
“Driver?”. Tanya Mazliana , tidak faham.
“Diah sekarang ada  yang datang mengambil dan menghantar balik . Setiap hari begitu”. Jawab Nonie. “Orang dah ada ‘boyfriend’lah katakan. Eh silap , bakal tunang!”. Usik Nonie sambil merenyih.
“Ya?. Bertuahnya badan. Apasal aku paling lambat tahu hal ni?!”.Balas Mazliana . Diah hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala  mendengar komen rakan-rakannya itu.


Mahu tidak mahu Ziah terpaksa mengalah ...
Maka berjalanlah mereka beramai-ramai ke perhentian bas , meninggalkan Diah menanti ‘kereta’nya di hadapan rumah . Sedang mereka menanti bas tiba-tiba sebuah kereta kenari biru muncul dan berhenti betul-betul di hadapan mereka. Cermin kereta diturunkan , “Assalamualaikum! Ziah marilah saya tumpangkan awak ke kuliah!”. Panggil Zuraimie dengan sopan.
“Waalaikumussalam.  Err ... terima kasih banyak tapi ... saya lebih selesa naik bas. Saya naik bas dengan kawan-kawan saja”. Balas Ziah.
“Tak mengapalah , ajaklah kawan-kawan Ziah naik sama”. Balas Zuraimie , agak mendesak.
“Errr ...”. Ziah teragak-agak.
“Oklah tu Ziah , boleh cepat sikit kita sampai. Tak perlu berdiri di sini lama-lama”. Sampuk Nonie lalu mendahului Ziah membuka pintu kenari sebelum mengambil tempat di kerusi sebelah belakang. Tindakannya diikuti oleh Mazliana maka tinggallah satu lagi tempat kosong di hadapan. Mahu tidak mahu Ziah terpaksa mengalah duduk di situ.
“Kebetulan  saya lalu di sini ketika kamu orang tengah menunggu bas. Memang patutpun saya tumpangkan awak semua”. Kata Zuraimie , cuba membenarkan tindakannya.
“Ya , betul kata awak”. Balas Ziah.
“Hmm ... terkejut saya menerima balasan awak tadi pagi”. Zuraimie berkata perlahan , sekadar untuk didengar oleh Ziah sahaja.
“Err ... balasan?”. Ziah tidak dapat menangkap maksud kata-kata Zuraimie itu.
“Tak mengapa  , saya suka permainan awak. Jinak-jinak burung merpati”. Kata Zuraimie lagi. Ziah tambah keliru , “Permainan apa yang dimaksudkan Zuraimie?”. Fikirnya sebelum mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
“Hmm ... jual mahal ye?”. Fikir Zuraimie sendiri sambil tersenyum. Mengerling ke tangan dan jari jemari  Ziah yang panjang runcing , “Hmm ... cantik!”.


 Zuraimie mengorak langkah
Begitulah keadaannya setiap hari ... setiap pagi pasti ada sahaja nota pesanan yang dikirimkan buat Ziah. Namun tiap kalinya pasti akan dijawab oleh Ba’ie tanpa pengetahuan Ziah.  Kemudian Zuraimie pasti akan memberhentikan keretanya  tepat pada waktunya di perhentian bas. Nota-nota pesanan yang dihantar oleh Zuraimie dan pembohongan dan laku khianat Ba’ie  terhadap sahabatnya sendiri ... semuanya menjadikan hidup Zuraimie semakin ceria dan bermakna. “Permainan ini semakin menarik!”. Fikir Zuraimie.

Pesanan pada hari kedua:
‘Assalamualaikum.  Semoga hari anda akan seceria dan seindah wajah anda’
Balasan oleh Ba’ie  tanpa pengetahuan Ziah:
‘Tiada kena mengenanya keindahan hari ini dengan wajah sesiapapun!’
Respon Zuraimie:
“Ha ha ha ... melawan nampaknya. Menarik!”.

Pesanan hari ketiga:
‘Assalamualaikum. Semuga hati anda kan tetap ceria di pagi yang mendung ini’
Balasan oleh Ba’ie  tanpa pengetahuan Ziah:
‘ Hanya empunya diri sahaja yang akan tahu rasa hatinya. Orang lain tak perlu  
  peduli!’
Respon Zuraimie:
“Wow! Garangnya!. Tercabar aku jadinya ”.

Pesanan hari ke empat:
‘Assalamualaikum. Saya suka melihat wajah anda yang sentiasa tenang dan ayu’
Dan sebaik sahaja Ba’ie terbacakan nota pesanan Zuraimie itu , marahnya meluap-luap , rasa cemburu bagai tidak terbendung lagi ...
Balasan oleh Ba’ie tanpa pengetahuan Ziah :
‘ Sengal!!!!! ’
Respon Zuraimie:
“Sengal?”. Zuraimie terkejut dengan balasan yang diterimanya.
“Biar betul minah ni. Kot iya pun agak-agaklah sikit. Ada ke patut dia kata aku sengal?”. Fikirnya lagi. Tersinggung dengan balasan jawapan yang diterimanya.
Maka hari itu  Zuraimie tidak berhenti lagi untuk menumpangkan Ziah dan teman-teman serumahnya. Ziah pula yang merasa hairan ...
“Kenapa agaknya dia tidak berhenti menumpangkan kami hari ini?. Sakitkah dia atau ... ada sesuatu yang tidak kena?”. Ziah tertanya-tanya sendiri.
“Hai Ziah , mana cik abang kita ni?”. Tanya Nonie. Ziah hanya tersenyum tawar.

Pelik ... macam ada yang tidak kena
Sampai sahaja di dewan kuliah hari itu , Ziah segera mencari bayangan Zuraimie.
“Kenapa dia tak menjemput kami hari ini?. Pelik ... macam ada yang tidak kena sahaja”. Fikir Ziah lagi. Setelah puas mencari , memandang kiri dan kanan maka ternampak olehnya  orang yang dicari. Zuraimie mengambil tempat paling depan , betul-betul di hadapan ‘lecturer’. Bagai sengaja mahu menayangkan dirinya kepada Ziah. Mukanya masam mencuka. Sesekali menoleh ke belakang melihat-lihat ke arah Ziah.
“Pelik lelaki ini. Haii ... Zuraimie , apa yang tak kena ni?. Aku ada buat salah ke?”. Kata Ziah perlahan.

Sikap Zuraimie hari itu membuatkan Ziah bingung. Rosak  harinya dek rasa resah gara-gara sikap Zuraimie yang berubah tiba-tiba. Sedari pagi membawa ke tengahari sehingga menjelang petang ,  persoalan  masih tidak terurai. Zuraimie tetap juga begitu. Malah lebih teruk lagi , setiap kali Ziah cuba mendekati atau memanggil namanya , Zuraimie segera melarikan diri.
“Kenapa ni?. Kenapa tiba-tiba marah , apa yang tak kena?”. Ziah bingung dan sedih.  Perangai Zuraimie yang kebudak-budakkan itu memeningkan kepala Ziah.
“Kalau ada yang tak kena , bincanglah. Bukan melarikan diri macam ni!”. Getus Ziah lantas telepon bimbitnya dikeluarkan dari dalam beg

‘Mie , awak kenapa?. Saya ada buat salah pada awak ke?. Kalau ada maafkan saya. Boleh tak kita jumpa dan bincangkan hal ni?’

Setelah butang send ditekan , Ziah menunggu sebentar tapi sampai sudah , pesanannya langsung tidak dibalas. Kasihan Ziah ... sedih ... bingung ... resah ... akhirnya berlalu juga hari itu. Hari yang telah mematikan impian indah Ziah!.

                                             Selembar nasihat  :
                                    Mengapa harus meresah sendiri?
                                  Andai curiga memecah damai jiwa
                                         Kian dibiar kian parah

                             Seharusnya persoalan segera dirongkai
                   Berkomunikasi ! berkomunikasi ...  itulah caranya
                               Agar menghilang kabus kelam
                           Kembali menyinar cahaya kepastian
                          Yang pastinya membawa kebahagiaan