Popular Posts

Tuesday 8 March 2022

Lukis jea ... 'One big family'

Lukis jea ... 'One big family'

Ini adalah portrait family seorang rakan seperjuangan yang telah pun bersara.
Sekarang memegang jawatan mutlak sebagai seorang 'grandma' dengan tujuh orang cucunda yang comel.

Untuk pertama kalinya aku melukiskan portrait lapan individu dalam satu lukisan. Sebelum ini, paling ramaipun aku lukis setakat tiga orang sahaja. (Memang aku nak elak melukiskan banyak karektor dalam satu lukisan).

Cuma kali ini aku tidak punya hati untuk menolak permintaan beliau kerana permintaannya sudah dibuat berbulan-bulan yang lalu. Lagi pula sahabat seperjuanganku ini adalah individu yang sangat komited dalam mendidik anak bangsa.

 Pemikiran...kecintaan...masa , tenaga malah wang ringgit telah banyak ditaburkan untuk mendidik anak bangsa. Atas besarnya pengorbanan dan jasa yang diberikan, mana mungkin aku tergamak untuk menidakkan hajatnya😊

Cabaran buatku bila aku dihantarkan lapan gambar photo yang berasingan , berbeda situasi dan keadaannya. Malah gambar photonya juga merupakan sebahagian keratan gambar (gambar photo tidak penuh). Aku juga tidak tahu spesifik umur setiap karektor itu. 

Makanya, lukisan yang terhasil adalah daripada justifikasi aku akan umur dan saiz badan setiap karektor itu. Harap sangat justifikasi aku itu adalah betul dan tepat.

Ops...tak boleh berceloteh panjang, laa ni aku sedang mengikuti salah satu kursus secara online. Ok ... hingga jumpa lagi. 

Terima kasih sebab rajin melayari blog aku ni. Semoga dapat menitipkan sedikit rasa bahagia pada kalian yang membaca.

-peace-
>__<