Popular Posts

Friday 14 December 2018

Lukis jea ... Dinihari di rumah rakit

Jom bermain warna ...
Dinihari di rumah rakit Wak Sempuh

Lukis jea ... menanti kemunculan sang mentari
Inilah hasil lukisan aku kali ini.
Seperti yang pernah ditanyakan kepadaku, guna material apa?
Sebenarnya aku tak reti sangat nak jawab soalan ini sebab aku bukan belajar seni lukisan ... apatah lagi bergaul dengan para pelukis. Jadinya ... bila nak jawab soalan mudah seperti ini aku jadi cuak. Takut istilah yang diguna tu ke laut🤣

So ... sebagai jawapan orang biasa2 macam aku,
Material yang aku guna adalah kertas lukisan biasa dan warna air biasa + beberapa batang berus


Lukisan separuh siap.
Prinsip melukis yang aku pegang ... jangan buang lukisan.
Kalaupun ketika sedang melukis ada berlaku kecacatan sana sini ... jangan ambil peduli sangat. Sebab, lukisan boleh dibaiki. Lebih2 lagi warna air cam ni. Betulkan jea mana yang tak kena.
Lagi pula ... kita yang melukis , suka hati kitalah nak tambah atau tolak mana yang patut. Ye tak?😁

Satu lagi ... kalau setakat gambar2 pemandangan cam ni, tak payah nak lukis2 ngan pensel dulu sebab bila kita warna semua lukisan itu akan hilang. Asal kita tahu nak lukis apa, terus jea dengan mewarna.
Lainlah kalau yang kita nak lukis tu ada ciri2 tertentu yang terperinci ... contoh, rupa orang ... bunga2 tertentu ... haiwan or manusia dengan aksi2 tertentu. Orang biasa cam aku ni memang akan lukis ngan pensil dulu untuk dapatkan bentuk yang sesuai , sebagai draf.
Dan aku yakin ... pelukis2 hebat tak yah nak lukis2 dulu. Terus ambil berus , cicah warna dan tenyeh atas kanvas.
Itu dah kategori sifu
Aku?
Jauh panggang dari api
🤣🤣🤣🤣🤣

Terima kasih baca celoteh aku hari ni
Jangan tinggal solat ye
Moga diberkati Allah sentiasa


-peace-
>__<


Puisi ... tika mentari mulai menjelma


Bicaraku ...

Di sini
Aku merenung pekat malam
Dari anjung rumah rakit
Tampak berbalam deretan bakau yang menyubur
Tiada yang jelas ... melainkan kedamaian

Sesekali
Bunyi kocakan air
Mungkin ada ikan yang menjengah ... melihat aku di sini
Cuba merenung mencari makna
Damainya malam di muara

Dan tika ...
Tabir siang di singkap dari jendela malam yang menghilang
Menzahirkan harapan menatap mentari menyinar
Sedikit demi sedikit mempamer keindahan
Ciptaan Allah yang Maha Esa

Tatkala
Terang menjelma
Bersama mentari yang semakin menghangat
Awan putih indah didakap hamparan langit biru
Burung2 berkawan berterbangan di gigi air
Riuh berkicau ... meraikan hari siang
Mensyukuri hayat dan nafas yang dihela

Dan ketika ini ...
Perut mulai berkeroncong
Berdendang mesra minta diisi
Sedang bekal semalam ... sudah menjadi kenangan


-peace-
>__<





Tuesday 4 December 2018

Lukis jea ... tatapan mata

Tatapan mata...

Lukis jea ... tatapan mata




-peace-
>__< 

Tuesday 27 November 2018

Lukis jea ... kerana kita sekampung

Lukis jea ... taa daaa ...
Siap jugak akhirnya.
Sejujurnya ... lagi payah lukis wajah suaminya berbanding si isteri. Berapa kali aku padam lukis wajahnya tu.
Mungkin sebab akh memang tak pernah jumpa tuannya. Lukis berdasarkan gambar whtsapp yang tak berapa nak besar.
Hrmm ... banyak lagi nak kena belajar.

Susah gak nak practice sebab suami aku tak suka aku lukis benda2 hidup. "Kalau lukis pemandangan takpe"  itu katanya.
So sebab aku dengar cakapnya dan hormatkan dia jadi aku jarang sekali melukis benda hidup. Aku lepaskan keinginan melukis dengan melukis pemandangan. (Walaupun sebenarnya tangan ni 'gatal' jea nak langgar arahan 🤣🤣🤣)

Lukis jea ... perkembangan lukisanku. Lembab sangat progressnya ... sibuklah. Aku masih bertugas rasmi sehinggalah 13 Disember ni...disamping tugasan2 2018 yang tak selesai lagi. Ermmmmm...
Jadi petang ni aku sambunglah sekejap lukisan ni. Baiki wajah sang suami yang terlebih panjang aku lukis🤣🤣🤣.
 Adoiiilaaaa...dah faham kenapa aku malas nak lukis potrait?
Hahahaha
Bila lagi nal sambung?.
Nanti2lah ... ngantuk lak mata ni. Ingat nak membuta kejap ...
Lukis jea ... kerana  kita sekampung



Hari ni aku mula melakar ... gambar portrait rakan sekampungku.
Pada aku melukis portrait ni memang leceh. Kalau ikut2kan hati malas sangat aku nak memportraitnya. Tapi yelah ... hajat rakan sekampung. Dah dari tahun lepas bagi clue kat aku nak minta lukiskan gambar.
Hrmmm...so rasanya wajar sangatlah aku tunaikan hajatnya itu.
Tak siap lagi ... baru lakaran pertama. Banyak yang perlu dibuat.
Nanti dah siap aku kasi korang tengok ya.

Sekarang ni aku di bilik UPSM (Unit pembangunan sahsiah murid)...sendirian, hujan pulak tu. Sunyi lah gak. Asalnya aku spend masa dalam ni sebab nak beri peluang kepada anak2 didikku yang nak ambil paper spm fizik esok. Manalah tahu ada yang nak datang bertanya. Cuak juga aku bila malam tadi masih ada yang whatsup aku tanya pasal hukum keabadian momentum.
Jawab tu jawablah gak ... tapi dalam minda aku berkata2 , 'Mak aiiii...soalan simple pasal hukum keabadian momentum pun takleh jawab ...eeeee...seruunnnn aku!'
Sayangnya...sejak semalam lagi aku dah maklumkan kat anak2 muridku yang aku akan setia menanti mereka di bilik UPSM ni sampai 12:30...dan sekarang dahpun 1:43. Sorang pun tak kelihatan.
Takpelah ... bersangka baik.
Mungkin mereka ada strategi sendiri utk score esok.
Doakan anak2 didikku ya.

Kalau tak ... jenuhlah aku nak menjawab masa post mortem nanti. Ngeehhhh

-peace-
>__<

Monday 26 November 2018

Lukis jea ... jalan pulang

Jom bermain warna ... jalan pulang
Lukis jea ... tenanglah wahai jiwa yang mencari jalan pulang


...Sesuatu untuk diabadikan...

'Sifat Allah yang penyayang dan Maha mengetahui mengajar manusia membina rasa syukur dan kiranya ... syukur itu adalah pintu kebahagiaan.

Bukan mudah mencarinya ... namun dengan doa dan pengaduan kepadaNya, pasti akan ditemui jalannya.


-peace-
>__<

Saturday 10 November 2018

Lukis jea ... perjalanan?

Lukis jea ... 'Perjalanan?'
Inilah aku ... pergi kursus keibubapaan
Ceramah dan ceramah ... yang tak best diselitkan idea2 politik. Hrmm...aku sudah ada pendirian sendiri. Tak perlu nak sogokkan aku dengan idea kalian.

Makanya ... cam biasa, acap kali ~ mengalih perhatianku dengan melukis membuatkan aku mampu bertahan hingga tamat program.
Ops...walaupun tangan dan mataku sibuk dengan lukisan yang tak seberapa ni, telinga aku tetap mendengar apa yang mahu aku dengar. 

Lukisan ni tak siap lagi ... nanti2 bila ada kelapangan akan aku sambung.
Bila aku lihat balik lukisan ni ... aku perasankan sesuatu. Dalam banyak perkara yang duduk di kepala ni ... tiap kali aku nak melukis, gambaran 'perjalanan' yang tak sudah ... atau gambar sampan kosong terdampar ... atau paling2 bunga teratai di tasik, sering je terlintas dan tergambar di fikiran.
Dan ...
Lakaran 'perjalanan tak sudah' lebih dekat di hati.
Mungkin juga kerana hidup ini sememangnya adalah satu perjalanan yang kesudahannya adalah suatu misteri.
Bila ... di mana ... dan bagaimana ...
Yang pasti ... aku amat sedar bahawa aku tiada pilihan melainkan masuk ke syurgaMu Ya Allah.
Doaku ...
"Ya Allah ... bebaskanlah aku dari belenggu dunia yang menarik aku jauh dari redhaMu.


Akhir ... inilah hasilnya ... 13 November 2018
Moga sedikit usaha ini mampu membahagiakan orang lain yang sudi melihat.
Seorang sahabat komen ... "Road to taken?"
My answer: Yup! Life is about choices
-peace-
>__<

Sunday 4 November 2018

Jom melukis ... raikan

Raikan ...

Teman ... Puan Norizan Maarof
Seorang teman sekerja yang bakal menempuh alam persaraan.
Sedikit hasil tangan sebagai kenangan dan tanda penghargaan bahawa kita pernah berkenalan dan bekerjasama sebagai satu 'team' ~ mendidik diri dan anak bangsa

Jom lukis ...
Kelak
Bila smpai saat persaraanku ... andai tiba saat itu.
Paling penting ... bagaimana aku memanafaatkan masa dan sisa umur kurniaan Allah buat menambah bekal ke alam sana.
Dan aku ...
Ingin terus berbakti
di atas jalan perjuangan
Selagi nafas dikurnia tuhan ... dalam ruang batas kehidupanku.

-peace-
>__<

Saturday 22 September 2018

Lukis je ... Usaha!💪

Lukis jea ... usaha💪

Lukisan atas ni aku lukis untuk mengelakkan aku tertidur di meja kerjaku ...
Sememangnya aku tidak akan membenarkan diriku tertidur di meja kerjaku walau untuk seketika.
Kenapa?
Sebabnya ... teman2 sebilik kerjaku semuanya lelaki dan aku sorang saja yang perempuan.
Camne boleh jadi cam tu?
Hrmmmm...aku anggap itu sebagai takdir.

Pernah ada rakan sekerja perempuan nak pindah masuk dari bilik guru ke bilik kerja ni tapi ... tak jadi. Yelah, aku faham mengapa mereka tak jadi nak masuk ... elok2 ada member bergelak ketawa, bercerita ... leh lepak2 sesama perempuan tetiba nak kena 'skema' skit. Dah lah kerja cikgu ni kian mencabar ketabahan ... huhuhu

Apapun ... masing2 ada sebab dan alasannya sendiri. Aku hormat itu ... dan aku tetap okey jea duduk bekerja di bilik ini. Rakan2 sekerjaku dalam bilik ni pun baik2 ... dua orang ustaz ... dua orang cikgu pj dan seorang cikgu IT.
Masing2 komited dengan tugas ... dan kami masing2 faham yang kami perlu berada di sini kerana kami perlu bekerja sama dalam menjaga disiplin sekolah ini.
Lagi pula ... aku suka memandang sesuatu itu dari sudut yang positif.
Contohnya ... aku tak tidur di meja kerja!😄😄😄
Kalau aku mengantuk.sangat ... aku melukis. Sebab melukis boleh melekakan aku. So dapat gak aku lukis sesuatu buat tatapan sesiapa yang sudi. Percuma ... sebab sehingga hari ini aku melukis bukan untuk menjana pendapatan.

Aku suka melukis ... dan aku akan terus melukis. Aku juga nak anak2 murid aku percaya, kita boleh jadi apa saja yang kita inginkan.
Tidak perlu limitkan diri kita pada satu2 bidang saja ... dan aku nak mereka juga percaya, kegagalan dalam kebanyakkan masa dan kejadian  dalam mencapai impian hidup adalah berpunca daripada diri sendiri. Kita sendiri membina tembuk halangan itu.
Tembuk halangan?
Tidak yakin dengan diri sendiri ... terlalu banyak memberi alasan ... hidup dengan keluh kesah ... semua itu adalah tembuk halangan yang tidak akan membawa kita ke mana2.

Usaha! Dan usaha! 💪💪💪
Hasilnya ... kita serahkan kepada Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik.untuk kita.
Siapa.lagi lebih memahami diri kita kalau tidak yang Maha mencipta?
Yakin itu.
Begitu banyak impian , harapan dan permintaan dalam hidup kita. Tidak semuanya malah sering saja kebanyakkannya tidak kita miliki.
Kenapa?
Sebab kebanyakkan impian, harapan dan permintaan kita adalah bersandarkan akal yang terbatas dan sering pula dibuai emosi.

Okey teman2 pembaca sekelian.
Sedikit omong kosong dari aku petang ni.
Usaha💪💪💪 ... selebihnya kita serahkan pada Allah.

-peace-
>__<



Friday 31 August 2018

Fikiranku ... mencetak~hargai karya sendiri

Antara subtopik dlm subject PSV yang aku kena ajar adalah 'Cetakan'.
Cam biasa ... apa saja yang aku suruh murid aku buat, pasti akan ku cuba dulu ...
So, dua design yang aku sediakan utk.mencetak adalah design yang aku buat sendiri mengikut idea dlm kepala otak aku ni.

Walaupun ketua Panitia PSV ada maklumkan, banyak.je design sedia ada di tenet, boleh google je.
Tapi mestilah tak seronok kan kalau kita ceduk idea orang lain ... lagi tak beretika kalau idea yang kita ceduk tu kita modified sana sini , pastu claim yang itu adalah hasil karya kita.

So ... berpegang atas nilai diri dan etika tersebut , maka aku hasilkan dua design ini sebagai contoh dan pembangkit semangat kpd anak2 didikku.

Mereka juga kugalakkan melahirkan idea sendiri (walaupun mereka lagi suka guna design aku atau design lain yang dicopy dari aunty google😅).

So ... inilah dua design aku ....
Sengaja aku abadikan di sini utk kukenang di kemudian hari.

😊😊😊😊😊😊😊😊

Yes! I'm proud to be muslim
💪💪💪💪💪💪

Cetakan atas t-shirt


Monday 20 August 2018

Puisi .... lakarkan



Lukis jea ... lakarkan

Lakarkan ...
Dengan tangan ini
Dalam sedar
Mengatur gerak
Gemalai bagai sipenari
Melintuk mengikut irama berkumandang
Menyatu dalam tona berbeda
Buat menzahir wajah jiwa

Lakarkan
Dalam benak hati
Denai yang kau pilih
Dalam tiap injak langkah
Semerbak mewangi
Mengiringmu ke taman indah
Atau mungkin
 Merangkak penuh payah
Membawamu entah ke mana

Lakaran
Yang terhasil
Dari lakaran tanganmu sendiri
Adalah takdir yang tertulis
Sejak azali bersama doa yang kaupanjatkan
Bersatu dalam azam kehidupan
Yang mungkin kau impikan
Atau tidak pernah kau mimpikan
Membentuk sebuah kisah
Termaktub dalam kitab tebal
Riwayat hidupmu

Lakarkan lakaranmu
Impian dalam mimpi-mimpimu
Beralun dalam gerak tari
Gemalai menyatu bersama alunan gendang
Yang sendiri kau palu
Semahumu
Dan teruskan lakaranmu
Tika injak langkah tidak lagi bersepah
Menyusuri denai pilihan
Asal saja
Mampu merongkai segala belenggu
Yang menarikmu jauh
Dari jalan tuhanmu


-peace-
>__<

Saturday 28 July 2018

Lukis jea ... aku tak melukis dinihari ini

Cebisan kisah
Berantakan di wajah alam
Seloka dan insan tertawa
Duka telah menitiskan air mata

Jerit perih kehidupan
Jatuh bangun manusia
Derita dan sengsara
Adalah lumrah dunia

Mari kubisikkan
Kita hanyalah seorang hamba
Bertuankan Tuhan Yang Maha Esa
Biarpun apa ceritanya

Wednesday 25 July 2018

Lukis jea ... Delaila ... dan kerna aku cikgu

Lukis jea ... kerana aku cikgu

Apa yang ingin kuterapkan pada anak2 didik ku melalui aktiviti melukis?
Banyak ... banyak yang cuba kuterapkan.
Walaupun hanya dengan melukis
1. Berfikir dan merancang
Ambillah masa utk berfikir ...  apa nak lukis? , warna apa baik digunakan? , apa yang ingin disampaikan? , apa yang ingin kita capai?.
2. Keyakinan
Yakin ... setelah buat keputusan , dengan keyakinan kita melukis.
3. Bersungguh dan jangan putus asa
Ramai orang melukis separuh jalan. Rasa cam cam tak cantik atau tak jadi terus 'konyok' kan  kertas lukisan tu dan buang. Rule dalam melukis ... hargai hasil kerja sendiri dan takde yang salahnya dalam lukisan. Kalau rasa tak cantik, cantikkanlah dia ... kalau rasa pudar sangat , tambahlah warna ... kalau rasa terover , 'tepek'kan dengan warna yang boleh buat ia nampak cool.
Cam gituelah ...

Begitu juga dengan hidup ni.
Fikir ... rancang ... laksanakan dengan yakin ... bersungguh dan jangan putus asa!.


#####@@@@@@@#####

Dalam perjalanan balik dr skul hari ni ... sambil dengar radio.
Lagu yang sering menyentuh rasa tiap kali kudengar
...Delaila ...
Wajah pertama kujumpa
Dari hatiku yang kau teroka
Dari jiwaku yang bergelora

Perjalananku ... bersamamu Delaila




-peace-
>__<

Sunday 22 July 2018

Lukis jea ... Minat itu diwarisi?

Anakanda2 ... 
Hari ini aku melihat mereka melukis watak2 kartun kegemaran mereka ... kartun jepun, Naruto?. Akupun kurang pasti :3)

Kalau aku...kartun yang aku pernah layan antaranya ialah dragon ball...daripada heronya kecil ... dewasa ... dan kecil semula. Beratus episod. (siapa yang layan dragon ball saje yang akan faham apa yang aku maksudkan😁). ... dan watak utamanya, Goku ... hensem kot!!. Sayang tak ada manusia sebenar sepertinya🤣🤣🤣

Sengaja aku abadikan lukisan anak2ku ini di ruangan ini. Mana tahu ... andai umur panjang, anak2 sibuk dengan kehidupan masing2 dan aku orang tua yang sepi menjalani kehidupan di hujung usia, tetiba terasa rindukan mereka ... maka rasanya masa tu ruangan ini pasti menjadi pengubat rindu. Boleh gak aku belek2 ... buat senyum sorang2🙄

"Ya Allah,  rasa marahku, perasaan tersinggungku atau kata2 yang kulontar ketika marah kepada anak2 ku , semua itu adalah kelemahanku ... dan aku pohon padaMu, janganlah Kau hukum anak2ku atas kelemahanku ya Allah. Sesungguhnya aku memaafkan dosa mereka terhadapku walau sebesar gunung sekalipun baik dosa2 yang telah lepas mahupun yang akan datang. Ampunkanlah mereka dan ampunkanlah aku ya Allah. Aamiinnn"

Inilah antara doa yang seringku panjatkan kepada Allah buat anak2ku. Aku manusia biasa ... anak2ku juga manusia biasa. Pastinya tidak mungkin lepas daripada melakukan kesalahan.

...dan aku menyeru kepada semua para ibubapa ... jangan pernah putus doa buat anak2 dan jangan pernah putus harap terhadap mereka.

Semoga kita semua diberkati Allah dan sama2 dikurniakan syurga olehnya.
Sahabat, 
jangan lupa cari aku ye andai kau ke syurga dahulu.


Lukis jea ... by Izzaty Khairi

Lukis jea ... by Al Bukh

Lukis jea ... Al Bukh

Lukis jea ... Al Bukh

Lukis jea ... Al Bukh

Lukis jea ... Al Luq



-peace-
>__<

Wednesday 11 July 2018

Puisi .... mari kita pulang


Mari kita pulang

Tentang kita ...
Ketika langit biru itu terasa sungguh indah
Dihiasi lakaran pelangi tujuh warna
Dan gumpalan awan nan memutih
Suci murni membiaskan cahaya

      Dan kita bagai unggas yang berterbangan
      Tanpa arah tuju ...
      Melayang bebas menerokai angkasa
      Ditiup angin menghembus ... ke mana jua
      Sejauh mata memandang ...

Sayang ... ketika matahari sudah tenggelam
Diam beradu di sebalik dunia
Dan gelapnya alam muncul kembali
Bersama dodoian sang cengkerik
Membingit mencelikkan yang lena
Memecah kedamaian malam

     Dan kita mulai sedar ...
     Minda ini telah terbang mencapai langit
     Menjunam dalam mendasar laut
     Membuih bersama deruan ombak
     Menghijau seluas pepohonan Amazon
     Menjajar sebanjaran Andes

Dan ... minda ini sudah lelah
Akhirnya belajar dan diajar buat membeza
Antara realiti dan angan
Mimpi dan nyata
Mata yang pejam diasak terbuka
Bangunlah ... masanya sudah tiba
Sudah terlalu jauh mengembara
Ayuh ... kita cari jalan pulang
Mari kita pulang ...

                                    -peace-
                                       >__<







Thursday 5 July 2018

Lukis jea ... mencari kekuatan

Lukis jea ...

Lembut bukan untuk diinjak
Keras bukan kerana biadab


Tiap kita harus cari dan punya kekuatan
Sekurang2nya dalam membimbing diri
Agar tidak hanyut dalam lautan keinginan atau mungkin cuma satu impian
Yang pada hakikatnya adalah mainan emosi semata
Akal yang dikaburi keinginan melulu
Berpijak di bumi nyata
Sedang
Jutaan jiwa lain
Juga turut diuji
Dengan pelbagai ujian yang lebih berat
Yang tak mahu kita lalui
Semuanya mereka harungi demi melayakkan mereka meraih redhaNya.

Sekurang2nya ...
kita tidak diuji dengan
Lapar...yang tiada makanan untuk dijamah
Takut...yang tiada tempat berlindung
Sepi...setelah semuanya hilang sekelip mata
Dan  sendirian dalam keriuhan manusia

... mencarj jalan pulang ...
Dan ampunkan aku Ya Rob
Atas kecurangan rasa ini
Yang berlabuh tanpa diundang



-peace-
>__<


Friday 11 May 2018

Fikiranku ... rasahatiku, "Harus bagaimanakah lagi?"

Fikiranku ... rasa hatiku, "Harus bagaimanakah lagi?"
Lukis jea ... Harus Bagaimanakah Lagi ...

Harus bagaimanakah lagi...
Lama betul masa nak menyiapkan lukisan tak seberapa ni.
Sibuk?
Mungkin ya ... mungkin juga tersibuk tanpa rela  atas pelbagai perkara ... tanggung jawab? ... ya
Pastinya sibuk dengan tanggung jawab dan amanah yang pastinya harus digendong hingga ke hari penentuan.

9 Mei 2018 ... PRU14
Dah pun berlalu
Aku pilih siapa? ... Ops!! Undi anda adalah rahsia.
Aku bukan ahli mana2 parti.
Dan kini sendiri ...
Walau aku tahu dan sudah lama hafal ...
Cerita dari zaman kanak2ku
"Serigala akan makan berbiri yang sendirian"
Hrmm ... takpe sebab aku bukan berbiri🤣

Kenapa mahu sendiri.
Seikat lidi tidak mudah dipatahkan berbanding sebatang lidi ... ini kata2 para motivator.
Dan aku memang percaya itu ...
habistu, mengapa tidak mahu bersama yang lain?
Hrmmm
Kecewa mungkin ... dengan perpecahan yang terjadi?.
 Bila masing2 merasakan diri sendiri betul dan tidak membuka hati untuk menerima perbezaan satu sama lain ...  dua tarbiah berbeza . Pastinya punya dua cara dan pembawaan berbeza.
Analoginya...
Sepasang manusia
Akhirnya bersetuju mendirikan rumah tangga.
Pertelingkahan ... itu lumrah.
Kerana keduanya berlatarbelakangkan dua keluarga berbeza. Seharusnya mereka sudah maklum dan bersedia untuk itu.
Didikan...pembawaan...cara berfikir...cara berbicara malah seringkali  bahasa sendanya juga adalah berbeza.
Lantas apa ... sudah tidak mahu bersabar dan memaafkan. Terasa ego diinjak2 bila pandangan sentiasa diperlekeh?
Makanya
Harus bercerai berai ...
Begitu saja?
"Rupanya kita tidak sehaluan ... kira berpisah saja".
Wahhh!!!
Bagaimana dengan anak2 yang terhasil dari perkahwinan itu?
Harus ikut siapa?
Terpinga2 ... dan harus turut kecewa dengan perpisahan yang terjadi?
Hrmmm ...
Mana sabarmu?
Mana akhlakmu?
Hilang sudah rasa hormat anak pada kamu kedua orang tuanya.

-#---###############---#-

Apapun ... itu cerita lama.
Apa yang berlaku telahpun berlaku.
Semuanya terjadi dengan izin Allah (s.w.t)
Doakan yang baik2 buat negara kita ini.
Moga barisan pemimpin yang diberi mandat mampu merubah nasib anak bangsa.
Cuma janganlah ada yang suka2 mempertikai dan menggadai ... hak keistimewaan bumiputera negara ini.
Kerna itu adalah hak yang diberi sejak negara ini mula tertubuh ... sebagai menghargai dan pengiktirafan peribumi asal negara ini.
Demi anak bangsaku yang semakin merempat.
Pertahankanlah apa yang seharusnya menjadi milik mereka.
Doaku ... moga nasibmu anakbangsa akan terbela.
Demi kehidupan hari ini.
Dan demi kebahagiaan di alam akhirat.
Awaslah anak bangsaku
Sesungguhnya ...
"Kefakiran itu membawa kepada kekufuran".



-peace-
>__<



Sunday 29 April 2018

Fikiranku ... tiada yang kebetulan

Lukis jea ... lukisan ini sekadar hiasan
Sesungguhnya dalam hidup ini tiada yang kebetulan. Terima kasih teman ... keranamu aku diuji untuk mengerti makna redha dan pasrah dan menghargai sebuah kenangan.

Hari ini aku ke sekolah. Terkocoh-kocoh mengejar masa.
"Adoiilaaaa...7:26! Lambat aku hari ini. Haishhhh...."
"Eh akak...bukan sepatutnya akak takde di sekolah ke?". Tegur seorang sahabat yang sedang sibuk menyiapkan jadual 'relief' guru hari ini.
"Uik? Nape ... akak kena pergi mana2 ke?". Tanyaku dengan muka blurrrr (mana taknya , Isnin hingga Rabu aku berkemah di Bagan Lalang. Alih-alih hari ni kena keluar sekolah lagi-surat arahan pun tak  tengok lagi!).
"Tu ... kat papan relief tu...akak kena ke JPS".
"Laa ye ke ...". Jawabku cemas sambil memeriksa 'pegion hole' yang tertulis namaku.
"Alamak ... ye lah. Akak ada taklimat di JPS. Adoiiilaaa...matilah cam ni. Tak pernah 'drive' ke sana. Jalan pun tak tau". Keluh ku ... ala2 membebel sendiri.
"Alah akak ... waze lah kak". Jawab sahabatku ini sambil tersengih.
Mahu tak mahu terpaksalah aku gagahkan diri memandu ke sana.
Jam sudah 7:30....jalan mesti sesak punya. Kebenaran En. suami belum diminta.
"Ni kang kalau call En suami , belum tentu lepas ni. Silap hari bulan kena tunggu En suami hantarkan. Itupun selepas selesai urusannya ... lagi teruk kalau En suami tak bagi pergi terus. Mampus...tak pasal2 kena buat surat tunjuk sebab!". Haishhhh ... berat ni. Last2 minute cam ni memang menyusahkan-__-

Fikir punya fikir akhirnya aku mengambil keputusan nekad ... kira darurat! (Boleh ke?🤔😉😉😉)

Aku bergegas ke kantin sekolah. Beli beberapa biji kuih dan sebotol air mineral. Laparrrr....
Aplikasi Maps aku buka dan lokasi tujuan, ku tetapkan ...
Dan bermulalah perjalananku ...
(Mesti pelikkan, dah bertahun2 memandu takkanlah nak ke Shah Alam pun kecoh.🤣
Sebenarnya aku ni kategori isteri yang 'dimanja'kan. Tak pernah dapat 'lesen' daripada en suami bawa kereta sesuka hati kecuali laluan2 tertentu yang dianggap 'zon selamat' bagiku oleh en.suami. Ikut hati ... aku nak terbang seperti burung. Bebas ke mana suka. Namun , aku amat sedar ...  sesiapa pun yang memegang status isteri harus akur n patuh pada en suami masing2. Perasaan aku?. Okey jea sebab dia yang memegang kunci syurgaku. Lagi pula, aku tahu ... semuanya utk keselamatan n kebaikanku juga😊).

"Adoiiilaa maps ni ... napelah dibawanya aku ke arah sungai besi. Punyalah sesak laluan ni. Pukul berapalah nak sampai". Fikirku.
Ikut maklumat dalam surat...pendaftaran bermula 8:30 pagi.
"Sempat ke ni?".
Dipermudahkan cerita akhirnya 9:20 pagi baru aku sampai ... itu dah kira campur laluan 'sesat' yang telah kutempuh! ^__^

Bergegas ke bilik mesyuarat ... pintu depan ku buka.
"Assalamualaikum ...." ucapku.
"Hah....dah sampaipun. Baru saja dia sampai". Kata seorang pegawai jps yang sedang bercakap dalam telepon.
"Alamak!. Kata akulah tu ... mesti dia call sekolah aku tu. Haishhhh!!!".
"Maaf ... lambat".Tuturku sambil tersenyum.
"Cikgu...ambil fail ni. Dalam tu ada bahan2 dan borang yang perlu cikgu lengkapkan dan ambil tindakan".
"Ya. Terima kasih". Ucapku sambil memandang audience yang sedia ada.
" Hrmmm ... mana nak duduk ni...". Mataku memandang sekeliling. Kerusi depan semua dah penuh. Tengahpun dah penuh ... lalu baris2 belakang kuperhatikan.
Ada beberapa tempat kosong yang boleh kupilih. Sebelah kanan ada satu tempat kosong iaitu di sebelah 2 orang guru perempuan. Di sebelah kiri pula ada seorang guru perempuan duduk sendirian di hadapan barisan guru2 lelaki.
"Hrmmm...sian lak akak ni. Sesorang jea ... baik aku duduk.sebelah dia". Keputusan telah kubuat.

"Sambil menyelam minum air".
Biasa dengan peribahasa itu?.
Maka sambil mendengar ceramah...celoteh...taklimat...dan pelbagai info berkaitan 'tugasan' buatku daripada pihak JPS ni, sempat aku berkenalan dengan kakak sebelahku ini. (Orang peramahlah katakan🤣).
Mudahkan cerita ... aku terkesima!. Rupanya kskak ni tinggal setaman denganku. Ex-cikgu sekolah yang berhampiran dengan ex-skulku , cyberjaya.
Patutlah ayat pertama dia bila pandang aku ...
"You pernah sekolah kat cyber ye?. Rasa macam familiar sangat"... dan aku ... cam biasa, payah nak cam orang. Tengok akak ni tak rasa pun cam pernah jumpa!. Haishhhh....

Dan story punya story tetiba tepon akak ni berbunyi ... ada ' pesanan' masuk. Akak ni pun buka n baca ... terus berubah wajah dia. Pandang aku dengan rupa yang amat risau.
"Husband akak kena tahan kat wad lagi". Katanya sambil memegang lenganku.
Tangannya kucapai, "Sabar kak. Husband di hospital mana ... sakit apa?".
Maka ... terbongkarlah suatu kisah yang mengusik hatiku ...
Suami akak ni baru sahaja disahkan menghidap sakit kanser peparu dan dah merebak ke hati. Stage 4!. Allahu Akbar.
Ternyata akak ni seperti tidak berapa tahu tentang bahaya dan seriusnya penyakit ini. Stage 4 itupun aku yang suruh dia tanyakan suaminya.
Bila dah tahu stage 4 aku nasihatkan dia agar fikir secara serius utk menjaga suaminya.
"Saya cadangkan akak ambil cuti kak...jaga suami akak...tak kiralah cuti separuh gaji ke ... cuti tanpa gajike ... stage 4 itu stage akhir kanser kak".
"Maknanya apa ... mana Rozai tahu?" Tanyanya sambil memandangku dengan wajah sugul.
"Saya tahu sebab arwah ibu saya meninggal kerana kanser. Kanser serviks melarat ke kanser tulang belakang stage 3b. Masa menghadap doktor, saya lihat sendiri filem x-ray ibu saya. Nampak vertebra lumbarnya yang runtuh. Masa tu doktor beritahu hayat ibu tinggal beberapa bulan saja. Bila2 masa boleh pergi ... tak dapat diubati lagi".(macam cerita drama melayukan?. Tapi itulah realitynya) Cerita ringkasku kepadanya.
Langsung tidak terniat di hatiku untuk menakut-nakutkan akak ni. Niatku agar dia tahu betapa seriusnya sakit suaminya itu dan agar dia bersedia mengjadapi sebarang kemungkinan.
"Tapi dia suami kedua akak ... kami baru beberapa bulan  bernikah. Anak suami masih ada yang tak dapat terima akak. Akak tak kan balik ke rumah suami kalau anak2 dia ada. Inilah masalahnya. Macam mana akak nak jengok n jaga suami".
AllahuAkbar ... rupanya ada kisah di sebalik kisah.
"Kak...selesaikan masalah akak dan anak2 suami tu secepat mungkin. Saya khuatir akak sudah tidak punya banyak waktu".
"Akak tak bersedia utk kehilangan kali kedua". Ucap akak ini dalam sendu ... dan aku amat simpati padanya kerana konflik yang dihadapinya dan juga kerana aku tahu betapa peritnya sebuah kehilangan itu.

Dan tika sendirian ...
Aku sangat meyakini ... tiada yang kebetulan dalam hidup ini ... siapa pun yang kita jumpa ... apapun yang berlaku ... semuanya adalah di bawah perancangan Allah. Sememangnya aku ditakdirkan Allah untuk bersama akak ini ketika 'kebenaran' buatnya itu amat menyakitkan.

Pesanan buat diri sendiri khususnya ...
"Usah mengeluh wahai diri ... usah merungut ... tugas kita hanyalah redha dan terima ketentuannya dengan hati yang terbuka"





                             -peace-
                               >__<

Wednesday 25 April 2018

Lukis jea ... tentang warna

Jom belajar tentang warna pigmen.
(Pendidikan Seni Visual : Asas Seni Reka)
Roda warna: Warna boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu;
1. Warna Primer-terdiri daripada tiga warna asas iaitu merah , kuning dan biru
2. Warna Sekunder-adalah gabungan dua warna primer
Merah+kuning=jingga
Merah+biru=ungu
Biru+kuning=hijau
3. Warna Tertier- campuran satu warna primer dengan
satu warna sekunder (Rujuk roda warna di atas)

Inilah 3 warna primer ... merah , biru n kuning

Kombinasi warna primer merah dan kuning membentuk kumpulan warna yang terang dan garang.

Inilah hasilnya ... roda warna yang sempurna
Perhatikan warna-warna tertier yang terbentuk.
Warna tertier dipanggil dengan mendahulukan warna primer diikuti oleh warna sekundernya.
Contoh
(Warna Primer) kuning jingga (Warna Sekunder)
Kuning hijau
Merah jingga
Merah ungu
Biru hijau
Biru ungu

Sekian
Harap semua dah faham pasal warna-warna ini ya.

Hrmmm ...  apa jua warna hidup kita semua, moga ianya tetap indah dan harmoni.
Selagi syukur itu ada



-peace-
>__<




Wednesday 11 April 2018

Lukisan dan puisi ... Usah disanggah


Lukisan jea ... 5 Disember 2015

Puisi: Usah disanggah

Kujejaki denai-denai nan kian menghilang
Dek suburnya rerumput yang menjalar
Akar yang berserabut melingkari permukaan
Tumbuh melata memenuhi ruang hamparan.
Sukarnya kaki memijak mengatur langkah
Tersadung lalu tersungkur mengucup tanah
(Ah! Nakalnya kau akar yang selindung ...)

Jatuh terhempas membongkar ruang ingat
Kiranya sudah terlalu jauh menghilang
Melerai dipukul waktu yang berdetik
Kian luput di gambaran mata
Menyusut di telaga hati
Mengering dan kian tandus ...
Tidak mampu terjangkau lagi ...

Tanyakan pada diri ...
Apakah masih ada yang tersisa?
Sekadar buat menggenggam secebis kenangan?
Masih tetapkah sebaris senyum dihujung bibir?
Terukir manis tika seloka lalu hadir mengusik?
Terus berbungakah sekuntum harapan?
Atau sudah gugur kudupnya sebelum kembang?

Hari ini jawabnya kubaris..
Wahai jiwa ...
Usah digusar fitrah kejadian
Yang berlalu  biarlah pergi
Yang hadir jangan disanggah
Lagikan siang bergantian malam
Lautan pasang kan surut jua
Inikan pula kita manusia ...
Bernafas hanya seketika
Nyawa cuma secarik benang

Pahatkan tugu keikhlasan ditapak paling dasar
Dukung dan tegakkan mercu ketulusan
Perkukuhkan dengan haruman doa
Perindahkan dek kemanisan senyuman
Impikan sebuah dunia abadi yang damai
Buat semua ... selagi nafas masih mampu dihela🤗






Saturday 10 March 2018

Puisi ... 'Untukmu hati yang masih celik'

Lukis jea ... sehebat rerama
Indah mempesona walau hayat seketika cuma
Dan ini ... sebibit bicara
  • Dariku ... untukmu sahabat dunia
Moga kekal hingga ke syurga
Berbahagialah ... wahai hati yang masih celik


Tika dunia ini ku jengah
Mulut membatu sedang hati berbicara
Mata bagai tidak mau berkelip
Dek pesona keindahan nan terbentang
Terkesima oleh limpahan gahnya riwayat
Sebuah kehidupan gilang gemilang
Diperdaya keinginan membusut kian membukit
Hingga tidak mampu dibendung
Tetap tegak menjulang menongkat langit ...

Lalu apa?
Lupa pada janji termeterai?
Pada amanah tergalas dibahu?
Di jemala patik yang leka nan mengalpa
Kerna kaki sudah melangkah jauh
Berlari mengikut irama beralun dibenak kalbu
Bermelodikan alunan serunai mendayu
Merdu .... gemersik menusuk ke tangkai jiwa 
Membangunkan istana angan terbilang
Sungguhpun di alam fana yang bakal punah?

Dan ketika peringatan itu menyapa lembut
Dengan kasih menggegar dunia kecil nan terbina
Meranap ... merobohkan tembok keakuan
Punah rasa keegoan yang bertapa teguh
Sekian lama ... hasil titik peluh nan menitik
Tulang empat kerat yang merintih
Atas dasar ampuh bertiang rapuh
Berpasak pada igauan mimpi semata
Kini sudah tidak mampu lagi bertahan
Tersungkur rebah menyujud bumi!

Lalu bersyukurkah hati yang masih celik?
Atau terus buta menyanggah takdir ?!.
                                  -peace-
                                    >__<



Thursday 15 February 2018

Lukis jea ..."Harus bagaimana"

Lukis jea ... harus bagaimanakah lagi...
Untuk memiliki kesempurnaan itu
Sekeping hati yang tulus ...

"harus bagaimana?"
Mendidik hati menjadi yang terbaik



Sering kali ...
Dan seringkali ...
Mungkin juga setiap kali
Insan dilanda konflik
Antara keinginan dan kewarasan akal fikiran
Dan seringkali juga
Pilihan terbentang di hadapan mata
Jalan yang lurus atau berliku dan keliru
Dan kaki melangkah
Di antara keduanya
Berputar di kitaran yang sama
Hingga terbit lelah
Lalu meruntuhkan benteng keazaman...
Maka tanyaku pada diri
Layakkah memiliki sekeping hati yang terbaik
Untuk dipelihara
Buat mencari jalan
Menuju Tuhan.


-peace-
>__<

Thursday 25 January 2018

Lukis jea ... Aku cikgu sekolah

                           Aku cikgu sekolah.
Lukis jea ... 'Bunga plastik atas meja cikgu'
Hrmmm ... aku.memang cikgu sekolah. Cikgu biasa di sekolah biasa ... dan aku memang 'biasa2 saja orangnya'😁

Dilatih sebagai guru biologi ... mengajar bio setakat tiga tahun sebelum beralih ke physics. Dah jadi macam opsyen aku mengajar fizik.

Tahun ni ... era baru dalam sejarah aku sebagai cikgu.
Era baru? ... cam gempak jea! >__<
Yelah ... bagi orang biasa yang terlalu biasa2 cam aku ni , kira gempaklah.
Apa yang gempaknya?
Citernya bermula sejak akhir tahun lepas ...
Aku dirisik dan dipinang utk mengajar matapelajaran Tasawwur islam ... Wow! Jadi ustazah aku 🤣
...dan macam biasa , aku selalu dan cuba lihat semua yang berlaku daripada sudut positif sesuatu itu terjadi dan aku menerima baik pinangan itu ... dan mulalah aku mencari maklumat , menggoogle sukatan pelajaran bagi matapelajaran tasawwur ini ... ambil positifkan. Nak mengajar mestilah kena lebih pandai daripada yang diajar.

Hinggalah tahun baru bermula. Jadual waktu pengajaran diedarkan ... wow! Sekali lagi, aku terlopong ... terkesima. Hilang kata2 ... tak jadi ajar tasawwur sebaliknya aku diberikan matapelajaran PJK.
(Haishhh ... apabila kaki bangku diminta mengajar PJK😂).
...dan aku ... tetap terima secara positif. Tengok sukatan...2 kali terkesima!!. Mana taknya ... sukatan Pend. Jasmani termasuklah gerakan berirama, lompat kijang, trampolin dan bla bla bla ... agak2 boleh ke nak ajar?. Haishhhh....

Mengajar PJK masuk 2 minggu, jadual baru dikeluarkan lagi dan kali ini ... aku mengajar matapelajaran PSV pula ... dan tentulah termasuk physics dan science.
PSV ... Apa tu? ... Pendidikan Seni Visual!! ... lukisanlah!

Dah hampir tamat 2 minggu aku memgajar PSV ... so hari ni aku nak kongsikan hasil lukisan , karya aku sendiri. Lukisan ini aku lukis dalam kelas lukisan atas permintaan anak2 muridku.

Mana taknya, selesai tugasan ; lukisan 1~ berdasarkan gambar 'mesin jahit' yang dipilihkan oleh ketua panitia PSV.
Maka seterusnya aku harus memilih tugasan  lukisan~2 utk anak2 muridku.
Garu2 kepala mencari idea, aku akhirnya menyusun bunga plastik  atas meja cikgu depan kelas, letakkan buku modul physics yang aku bawa dan adjust sikit lapik meja, biar berlapis2 n nampak beralun sikit.
Lalu aku arahkan anak2 muridku utk melukis model lukisan yang kususun kat depan kelas tu.

Oleh kerana anak2 didikku ini sukar benar nak melukis berdasarkan apa yang mereka lihat ...
"Cikgu! Susahlah. Tak tahu nak lukis cam mana".
"Awak lukis jea berdasarkan apa yang awak nampak".
"Alahh...susahlah cikgu. Cikgu lukislah dulu..."
Maka ... begitulah mulanya terhasil lukisan yang bertajuk, " Bunga plastik atas meja cikgu".
Aku share kan hasilnya di sini. Harap korang bisa menikmati hasilnya ... 😅😅😅

q1

... dan melukislah aku ...
Dulu di sekolah lama , aku adalah guru physic yang mengajar Sivik. Tahun ni, aku adalah guru physics yang mengajar PSV🤣🤣🤣


                                        -peace-
                                           >__<