Popular Posts

Saturday 27 February 2016

Lukis jea ... kau , aku ... kita

Lukis jea ... kau , aku ... kita




Ku mulai dengan lakaran pensil
Dan kusudahi dengan lukisan warna air
Kugabungkan keduanya agar tampak indah di mataku


Mungkin juga ingin aku sampaikan sesuatu...
Sungguhpun kita berbeda, kita masih mampu membina dunia yang indah dan aman bersama



-peace-
>__<
Sebarkan kasih sayang dan sayang itu tanpa syarat

Tuesday 23 February 2016

Lukis jea ... aturkan langkah

Lukis jea ... aturkan langkah

Aturkanlah langkah
Kerana perjalanan ini masih panjang
Berpaut pada iman
Sandarkan pada harapan
Dengan keyakinan Allah itu sentiasa ada

Usah jadi
"Lembu dicucuk hidung atau patuh membuta tuli"
Akal letaknya di kepala
Pastikan ia sentiasa mulia di tempatnya
Bukan dilutut atau dihenyak dek dasar kasut
Hmm...





Lukis jea ... biarkan pink
Lukisan hari ini berasaskan warna pink
Nape pink?
Sebab aku tak minat warna ni.
Jadi ... warna pink ni masih penuh hampir tak pernah terusik.
Kesian ... jadi aku mulakan lukisan dengan mendasarkan warna ini.
Kata2 hikmah hari ini ...
"Tak minat tidak semestinya tidak bermanafaat"
Tiap yang dijadikan pasti ada fungsi n peranannya
Jadi
"Belajar utk menghargai"

Harap lukisan ini memadai utk menjadi halwa mata pengunjung blog ini >__<



-peace-
>__<
Belajar menghargai ... selagi masih diberi peluang utk menghargai dan dihargai.

Thursday 11 February 2016

Fikiranku ... Ibu ... emak... mama

Lukis jea ... Ibu ... emak ... mama

Hmm ... lukis kartun hari nie ...
Kira aku belanja korang lukisan kartun yang lama dah takku lukis

Ibu ... mak ... mama ...
Atau apa gelarannya ... ianya merujuk kepada seorang insan yang bertahta atau sekurang2nya pernah bertahta di hati seorang anak ... dua orang anak atau juga anak-anak.

Alhamdulillah aku diberi peluang untuk menjadi ibu kepada tujuh orang anak. Malah menjadi 'ibu' kepada dua lagi anak saudara ...
Dan aku juga ingin menjadi 'ibu' kepada anak2 didikku. Tamakkah aku? >__<

Mengapa aku suka sangat menjadi ibu?
Hmm...tidak tepat itu. Bukan suka tapi atas rasa tanggungjawab. Tanggungjawab untuk mencorakkan manusia menjadi insan budiman yang hatinya terpaut kepada Pencipta.
Barulah kita mampu membina dunia yang aman dan penuh kasih sayang.
(Sungguhpun semua itu bagai impian sahaja. Hakikat dunia kita hari ini amat 'buruk' rupanya. Penuh penindasan, kebencian dan huru hara).

Sedar atau tidak ... pengaruh seorang ibu amat besar terhadap gaya pemikiran ,pembawaan dan hala tuju anak2nya. Tanpa sedar juga ibu menjadi idola dan kebanggaan anak2nya.
Hmm ... bagaimana agaknya pengaruhku terhadap anak2ku ....

Umar: "tak nak...Umar tak nak Ira. Umar nak isteri macam mak". Respon Umar apabila apak (pakciknya) mengusik Umar dengan sepupunya. Itu cerita ketika Umar berumur 5 tahun. Hahaha lawaktu bila ingat2 balik ^__^.
Dan sekarang Umar sudah 14 tahun. Pendiriannya masih sama.
"Umar tetap nak cari isteri macam mak  tapi lebih baik lagi ... Umar nak isteri yang pakai niqab!
Wahh!!! Harap sangat satu hari nanti impian Umar tercapai dan aku bermenantukan wanita solehah. Amiinnnn .... moga Allah perkenankan. >__<

Jepah:"Macam dah lama sangat tak makan masakan mak". Rungut Jepah pada satu hari ketika aku datang melawatnya di asrama."Lain kali mak masaklah". Pintanya. Aku dan suami yang selalu sahaja nak cepat akan membawa makanan 'segera' yang kami beli semasa dalam perjalanan. Aku rasa makanan2 itu memang menjadi makanan kegemaran ramai remaja seusia huzaifah. Tapi sebaliknya ... dia lebih menghargai masakan aku yang sekadarnya itu ... (Aku  bukan jenis orang yang masak beria2 ... semua simple2 saja. Tak lah sesedap masakan ibu2 lain. Tapi betullah agaknya , bagi seorang anak masakan ibunya adalah yang paling sedap...walaupun sekadar masakan aku! hahaha).

Macam aku juga ... seumur hidupku , popia yang tersedap dalam dunia ini adalah popia basah masakan arwah makku!!. Tak pernah jumpa popia sesedap itu lagi di mana2 pun ... dan ikan keli yang aku 'boleh makan' hanyalah ikan keli belada masakan arwah emakku. Sejak arwah emak meninggal dunia 17 tahun yang lalu ... aku sudah tidak pernah menjamah ikan keli atau ikan2 lain seumpamanya. Bukan tak mahu , tapi tak boleh nak telan. Pernah juga aku cuba memaksa diri makan ikan keli goreng. Sengaja aku goreng garing2 supaya rangup. Masa makan tu bolehlah gak masuk tapi lepas habis makan  , aku rasa nak muntah dan seharian tekak aku rasa loya! Pelikkan? ... dan sejak itu aku tidak berani lagi mencuba.

Kakak: " Akak rasakan , maklah perempuan paling cantik dalam dunia". Hahahaha ... tertawa besar aku mendengarnya.
"Yalah ... mak dah berumur , tak 'makeup' tapi mak cantik je!". Komen Izzaty pada suatu hari ketika kami sedang lepak bersama.
"Aduhai kakak , mak tak ada duit keciklah kak. Duit mak semua besar-besar". balasku dalam gurauan.
lalu kami sama2 tertawa ...
Umar: " Pada Umarkan , kat sekolah ni maklah cikgu paling cantik". Komen Umar pada suatu hari.
Dan aku ... hanya tertawa setiap kali anak2ku memuji ...
(Walhal ... melambak saja orang lain yang jauh lebih cantik daripada aku. Kalau boleh disusun , rasanya aku adalah orang yang ke ... entah berapa billion tercantik di dunia. Maknanya tak termasuk dalam senaraipun!!!. >__<). Mujurlah aku bukan orang yang cepat perasan. Pada aku , anak2 memang begitu. Selagi mereka berpaut kepada ibubapanya , pasti ibubapanya adalah segala2nya bagi mereka. 
Dan arwah ibuku adalah perempuan yang mempunyai kulit paling cantik!. (Aku tahu kerana aku pernah melihatnya. Hmm ... rindunya arwah mak).

"Eh! Luqman tak tidur lagi?". Aku yang balik agak lewat malam hari itu terkejut melihat Luqman yang sepatutnya sudah tidur berjalan laju menyambutku.
"Luqman tak boleh tidur kalau mak tak ada". Jawabnya.
Allah ... kasihannya anak bungsuku ini. Macam manalah keadaan dia jika sesuatu terjadi kepadaku. Dan sebab itulah demi anak2ku , aku berusaha menjaga kesihatan diri. Aku mahu selalu ada jika mereka memerlukanku.

Begitu juga dengan ayie ...tiap kali waktu melawat atau waktu menghantarnya pulang , dia pasti mahu aku ikut sama. Walhal boleh saja jika abahnya sahaja yang hantar. Sekurang-kurangnya bolehlah aku rehat di rumah. (Jadi ibu ni mana pernah ada masa rehat ... ^__^)
Dan hujung minggu ni aku akan menghantar Uzair ke sekolah berasrama. Dan aku pasti ... dia akan merinduiku. Hmm ... ini bukan perasan tapi aku pasti! ^__^ 

Cukuplah cebisan2 cerita di atas ... seorang ibu bukanlah insan yang terbaik tetapi di mata anak2nya dia sentiasa  adalah yang terbaik. Hinggakan jika mahu ditukar dengan yang lain ... pasti jawapannya-tidak!.
Bukan soal menjadi yang terbaik tetapi 'usaha' untuk menjadikan hari ini sentiasa lebih baik daripada semalam dan pemikiran , "Apa lagi yang boleh dilakukan agar keadaan menjadi bertambah baik" , itulah yang penting.

-Moga aku dan semua para ibu di dunia ini mampu membimbing anak2 ke syurga Allah-

Dan arwah emakku sendiri ... adalah wanita terhebat di mataku. Melahirkan dan membesarkan aku dengan kasih sayang. Lambang kecekalan seorang wanita. Aku sayang emak ... Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama orang2 yang diredhoi Allah dan semoga kelak kami kan bertemu lagi di syurga Al-Firdaus yang tertinggi.
-Amiinnnn-




-Peace-
>__<
-Semoga Allah memberkati semua insan yang kusayang dan sayang itu tanpa syarat-

Eh aku nak kongsi cerita ... hari ni aku akhirnya gi bank buat kad ATM yang dah lebih 20 tahun tidak aku guna.
Bila aku bagi tahu kekawan sekolah yang aku harus segera ke bank utk berbaris di kaunter semata2 utk keluarkan duit, mereka semua bagaikan terkejut besar.
"Apa ? Akak masih berbaris di kaunter?. Nape tak pakai kad atm?"
"Akak ni orang lama ... kitorang baris kat kaunter. Tak pakai atm kad ni". Balasku sambil tersengih.
Hmm...masa berlalu. Minggu lepas seorang pegawai bank minta akubuat kad atm. Mungkin nak kurangkan  urudan di kaunter.
"Kena buat kad. Tak boleh nak baris di kaunter lagi". Katanya.
"Errr...hari ni saya nak cepat. Nantilah lain kali saya datang buat". Balasku.














Tuesday 9 February 2016

Lukis jea ... bebaskan mindaku

Lukis jea ... bebaskan mindaku

Biar mindaku terbang tinggi mencapai langit
Atau ...
Menjunam dalam mendasar laut









-peace-
>__<


Sunday 7 February 2016

Puisi ... Berbekas

Berbekas ...
Air terjun yang mengalir tak mungkin pernah kembali ke laluannya ...

Tika kaki melangkah
Tinggalkan jejak-jejak
Berbekas ... melekuki tanah laluan
Yang dulunya menjadi tempat bermain

Membawa pergi hilai tawa
Tepuk tampar ...
Seribu kenangan ...
Menjadi bekal perantauan
Buat dikenang bila hening menyapa

dan terus melangkah
Kerna waktu tak pernah kembali berputar
Detakkannya meninggalkan semalam
Jauh dan menjauh
Bagai dua simpang berlainan haluan
Menjarak dan memisah

Melangkah dan melangkah lagi
Kumpulkan segala cerita
Tambah koleksi rencam hidup
Biar matang dalam menilai
Tepat dalam menghitung
Baik buruk perjalanan
Menjadi bekal memapan jiwa

Ada ketika ... lelah menyapa
Berhenti dan tolehlah ke belakang
Cari jejak semalam dan kelmarin
dan mulut terlopong ...
Kiranya semuanya masih segar
Jejak itu masih basah
Masih jelas bentuk dan lekuknya
Sedang waktu telah berdetak
Masa untuk pergi ...




Hmm ... sedikit perkongsian ...
Semalam anak-anakku bercerita ...
Kakak: "Kat asrama kan akak bila malas bangun tidur akak selalu bayangkan mak datang bangunkan                akak ,  tarik tangan akak  sambil bacakan doa bangun tidur. Macam dulu-dulu masa akak kecik            ... macam real"
Bukh : "Aa ahh ... mak pun kalau kejutkan bukh nanti mak tarik tangan sambil baca doa bangun tidur"
Luq   : "Aa ahh ... luqman pun ..."
Aku  : (Hanya mendengar dan berkata-kata di hati)
           Wah! Tak sangka , perkara kecil  dan ku anggap 'rutin' itu rupanya berbekas di hati mereka.







-peace-
>__<

Terlalu banyak perkara yang berbekas di hatiku.
Ada kalanya aku harap  sangat yang aku ini adalah seorang  pelupa







Tuesday 2 February 2016

Lukis jea ... mencari bayang

Lukis jea ... mencari bayang



Mencari bayang ...
Mencari bayang sendiri ... buat merefleksi kehidupan






-peace-
>__<
Jom lukis