Popular Posts

Monday 2 November 2015

Lukis jea ... mengejar impian



Lukis jea ... mengejar impian

Pernah punya impian?
Masakan tidak ... pasti tiap manusia punya impian. Impian itu memberi nafas pada jiwa agar terus tabah dan bersemangat dalam mengharungi hari2 mendatang ... walau disulami selirat halangan dan dugaan.
Demi impian itu , manusia merendahkan hati menadah tangan pada yang Kuasa agar ... jika tidak hari ini , esok atau lusa kan dapat dicapai.
Ramai berkata , Pemilik jiwa mengurniakan apa yang kita perlu ... bukan yang kita impi kerana lemah sifat kita sebagai hambanya, sering gagal dalam menilai dan Dia lebih tahu apa yang baik buat hambaNya.

Aku punya impian?
Ya ... itu pasti.
Dan impian ku kini ... hanya ingin mengharungi hidup dengan  limpahan berkat dari Tuhanku , Allah (swt).
Ingin jadi apa saja yang diinginiNya.
Redha dalam pasrah

... Itu saja tentang aku dan impian ...

Hari ini , aku cuba membina impian dalam jiwa anak didikku yang kukira kian hambar hidupnya. Mengharungi hari demi hari begitu saja tanpa arah tuju yang jelas. Bukan mudah  kerana hatinya bukan hatiku. Apatah lagi mahu kuusik dengan sentuhan semangat dan cita-cita demi sebuah kehidupan  di masa depan.

"Awak! Bangun ... ni cikgu bawakan gula-gula. Makanlah hilangkan ngantuk. Jawab soalan , jangan biar kosong"
Kataku sambil menepuk bahu anak didikku yang kecundang sewaktu menjawab soalan Pendidikan Islam.
 Dia bangun seketika sahaja dan tidur semula ... lantas terlintas dibenakku , "Susah sangat ke soalannya sampai tak nak jawab langsung?". Lalu kertas soalan pendidikan agama Islam itu kubelek. Ada hadith , ada keratan ayatul qur'an ... tapi ada juga banyak soalan yang boleh dijawab dengan logik akal!!

'Apakah maksud hidayah?'
'Berikan dua contoh perbuatan mempersendakan agama'
dan...dan...dan soalan2 lain yang sememangnya boleh dijawab dengan akal semata.

"Awak! takdelah susah mana soalan ni. Ni! ni! ni! ... semua awak boleh jawab. Tinggal fikir sikit je!". Kataku lagi setelah mengejut anak didikku itu untuk kali kedua. Sehelai demi sehelai muka surat soalan itu kubuka didepannya.
"Ya! Saya tahu ... tapi saya malas nak tulis. Boleh tak saya cakap , cikgu  tolong tulis". Jawabnya selamba sambil memandang wajahku.
PANG!!! Bahunya ku tepuk kuat.
"Nape malas sangat?!. Dah! Bangun sekarang , jawab!!". Kataku
Dia memandang aku terkebil-kebil , menegakkan duduknya seketika. Bila aku mula bergerak , dia rebah semula!
"Astargfirullah ... " Ucapku.
Tidak daya untuk aku mengejutkannya untuk kali ketiga ... kerana bukan sorang yang perlu kukejut!. Sedih melihat anak bangsa seagamaku terlalu MALAS dan terus malas. Langsung tidak memikirkan keringat dan harapan orang tua yang sedia susah di tanah bumi sendiri. Punya anak yang tidak pernah mahu berfikir untuk mengubah nasib keluarga.

...Malang dan terus malang bangsaku...
Yang berkuasa terus mengumpul harta
Yang miskin terus diinjak
Yang alpa ... pastinya merempat!








-peace-
>__<

Buat sahabat yang kian jauh ...
"Awak okey ke?"
Okey jea....^__^