Popular Posts
-
Di suatu pagi .... “Hoii! Berapa kali nak aku kejutkan kau?. Ni dah pukul 7:00 pagi. Bila lagi kau nak bangun?. Asyik nak membesarkan ti...
-
Lukis jea ... Pasangan Bahagia Ini adalah gambar sahabat aku. Kami pernah sama-sama bertugas di Cyberjaya. 2015 aku berpindah ke Dato' A...
-
Lukis jea ... family Ihsan. Ihsan? Ya ... Ihsan adalah anak comel pasangan bahagia ini. Cikgu Naeemah dan suaminya. Cikgu Naeemah , sahaba...
-
Jom kita melakar bersama-sama Lukis jea ... Alam ini indah Aku pasti, anda tentu setuju jika aku katakan bahawa setiap insan punya ho...
-
Lukis jea...seterik Sahara *** Andai satu hari... *** Mengingatiku bagai api dalam sekam Membahang lalu membakar Mengundang r...
-
Lukis jea.... ' Aku stress!!!' Nama saja cuti sekolah... Kerja dibawa balik melambak! Kertas jawapan percubaan SPM (dahlah pap...
-
Lukis jea ... Bunga Ros Lukis jea ... Bunga Ros Gabungaan warna pensel dan ton hitam putih Harap dapat membahagiakan siapa jua yang melihatn...
-
Lukis jea ... antara impian dan reality 'BIla ManA iMpiAN DaN reaLItY SUkaR dI bEZAkaN' -peace- >__<
-
BAB 14 : BAHAGIAMU DERITA BAGIKU Lukis jea ... hari ini juga adalah cebisan2 episod daripada sebuah naskah kehidupan. Kamal t...
-
‘Farid’ ke ‘Faridah’? Suatu hari di sekolah “Apa? ... pengkid?. Pengkid tu apa?”. Tanya Azeera . “Woi! . Kau duduk dalam dunia apa hah , sa...
Saturday 28 July 2018
Hijau-biru : Dua warna yang sentiasa cantik di mataku. Seindah warna alam - lelangit dan lautan yang membiru dan pepohonan yang menghijau. Esanya Tuhan yang Maha mencipta!.
Amat menghargai ketulusan dalam semua urusan hidup dan percaya apa saja dari hati akan sampai ke hati.
Wednesday 25 July 2018
Lukis jea ... Delaila ... dan kerna aku cikgu
Labels:
Lukisan jea
Hijau-biru : Dua warna yang sentiasa cantik di mataku. Seindah warna alam - lelangit dan lautan yang membiru dan pepohonan yang menghijau. Esanya Tuhan yang Maha mencipta!.
Amat menghargai ketulusan dalam semua urusan hidup dan percaya apa saja dari hati akan sampai ke hati.
Sunday 22 July 2018
Lukis jea ... Minat itu diwarisi?
Anakanda2 ...
Hari ini aku melihat mereka melukis watak2 kartun kegemaran mereka ... kartun jepun, Naruto?. Akupun kurang pasti :3)
Kalau aku...kartun yang aku pernah layan antaranya ialah dragon ball...daripada heronya kecil ... dewasa ... dan kecil semula. Beratus episod. (siapa yang layan dragon ball saje yang akan faham apa yang aku maksudkan😁). ... dan watak utamanya, Goku ... hensem kot!!. Sayang tak ada manusia sebenar sepertinya🤣🤣🤣
Sengaja aku abadikan lukisan anak2ku ini di ruangan ini. Mana tahu ... andai umur panjang, anak2 sibuk dengan kehidupan masing2 dan aku orang tua yang sepi menjalani kehidupan di hujung usia, tetiba terasa rindukan mereka ... maka rasanya masa tu ruangan ini pasti menjadi pengubat rindu. Boleh gak aku belek2 ... buat senyum sorang2🙄
"Ya Allah, rasa marahku, perasaan tersinggungku atau kata2 yang kulontar ketika marah kepada anak2 ku , semua itu adalah kelemahanku ... dan aku pohon padaMu, janganlah Kau hukum anak2ku atas kelemahanku ya Allah. Sesungguhnya aku memaafkan dosa mereka terhadapku walau sebesar gunung sekalipun baik dosa2 yang telah lepas mahupun yang akan datang. Ampunkanlah mereka dan ampunkanlah aku ya Allah. Aamiinnn"
Inilah antara doa yang seringku panjatkan kepada Allah buat anak2ku. Aku manusia biasa ... anak2ku juga manusia biasa. Pastinya tidak mungkin lepas daripada melakukan kesalahan.
...dan aku menyeru kepada semua para ibubapa ... jangan pernah putus doa buat anak2 dan jangan pernah putus harap terhadap mereka.
Semoga kita semua diberkati Allah dan sama2 dikurniakan syurga olehnya.
Sahabat,
jangan lupa cari aku ye andai kau ke syurga dahulu.
Labels:
Fikiranku
Hijau-biru : Dua warna yang sentiasa cantik di mataku. Seindah warna alam - lelangit dan lautan yang membiru dan pepohonan yang menghijau. Esanya Tuhan yang Maha mencipta!.
Amat menghargai ketulusan dalam semua urusan hidup dan percaya apa saja dari hati akan sampai ke hati.
Wednesday 11 July 2018
Puisi .... mari kita pulang
Mari kita pulang |
Tentang kita ...
Ketika langit biru itu terasa sungguh indah
Dihiasi lakaran pelangi tujuh warna
Dan gumpalan awan nan memutih
Suci murni membiaskan cahaya
Dan kita bagai unggas yang berterbangan
Tanpa arah tuju ...
Melayang bebas menerokai angkasa
Ditiup angin menghembus ... ke mana jua
Sejauh mata memandang ...
Sayang ... ketika matahari sudah tenggelam
Diam beradu di sebalik dunia
Dan gelapnya alam muncul kembali
Bersama dodoian sang cengkerik
Membingit mencelikkan yang lena
Memecah kedamaian malam
Dan kita mulai sedar ...
Minda ini telah terbang mencapai langit
Menjunam dalam mendasar laut
Membuih bersama deruan ombak
Menghijau seluas pepohonan Amazon
Menjajar sebanjaran Andes
Dan ... minda ini sudah lelah
Akhirnya belajar dan diajar buat membeza
Antara realiti dan angan
Mimpi dan nyata
Mata yang pejam diasak terbuka
Bangunlah ... masanya sudah tiba
Sudah terlalu jauh mengembara
Ayuh ... kita cari jalan pulang
Mari kita pulang ...
-peace-
>__<
Labels:
puisi
Hijau-biru : Dua warna yang sentiasa cantik di mataku. Seindah warna alam - lelangit dan lautan yang membiru dan pepohonan yang menghijau. Esanya Tuhan yang Maha mencipta!.
Amat menghargai ketulusan dalam semua urusan hidup dan percaya apa saja dari hati akan sampai ke hati.
Thursday 5 July 2018
Lukis jea ... mencari kekuatan
Labels:
Lukisan jea
Hijau-biru : Dua warna yang sentiasa cantik di mataku. Seindah warna alam - lelangit dan lautan yang membiru dan pepohonan yang menghijau. Esanya Tuhan yang Maha mencipta!.
Amat menghargai ketulusan dalam semua urusan hidup dan percaya apa saja dari hati akan sampai ke hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)