Popular Posts

Friday 27 May 2016

Lukis je dan fikiranku ... cukup2lah. Usah takut pada perbezaan.

Lukis jea ... cukup-cukuplah

Aku selalu terfikir dan berfikir ... tentang ...
Masyarakat yang semakin tenat , pemimpin-pemimpin ramai yang jahat dan hilang amanah.
Yang diharap semakin tidak boleh diharap.
Berpecah belah dan semakin menjauh!

Suka atau tidak
Rela atau paksa
Memang kita harus sentiasa berfikir untuk anak bangsa.
Bagaimana mahu menanamkan 'cinta agama' dalam dada mereka?;:
Hari ini mereka anak ... esok kan jadi dewasa.
Bakal pemimpin negara. Maka harap kita , jadilah mereka pemimpin negara yang cinta agama.

Pemimpin negara yang memandang perbezaan itu sebagai satu rahmat. Biar kita saling menampung kekurangan satu sama lain hingga terbena bangsa mulia yang gerun untuk dipersenda.

Tidak perlu menanti untuk menjadi sempurna buat sama-sama menyinsing lengan. Laksanakan saja apa yang perlu. Sebarkan kasih sayang dan jana sebanyak mungkin pemikiran positif.

Cukup-cukuplah budaya berhibur.
Sudah masanya 'bekerja'
Moga ada jawapan di hadapan Allah nanti.


-peace-
>__<

Saturday 21 May 2016

Fikiranku ... konflik

Konflik ...
Dalam hidup kita yang singkat ni ... pun tak terlepas merasai dan mengharungi pelbagai konflik.

Konflik dalam memilih intan dari butiran kaca yang bertebaran.
Konflik dalam menentukan arah tuju.
Konflik untuk menjaga hati orang lain atau meraikan kehendak sendiri.

Mudah orang berkata...
Selesaikan konflik cara berhemah.
Lembut lidah berbicara ... hakikatnya bagaimana 'cara berhemah' itu mampu dicapai jika hati tidak cukup besar untuk cuba memahami.

Mudah untuk memberi nasihat ...
Sandarkan segalanya kepada Allah.
Sungguh memang kita mahu menyandarkannya kepada Allah kerana Dia yang Maha mengetahui segala yang baik dan buruk buat diri kita.
Namun...bagaimana sandaran itu mahu dibina sedangkan kita dikurniaNya akal fikiran untuk bertindak dan membuat keputusan.

"Ya Allah, janganlah Kau biarkan nasib diri kami ditentukan oleh diri kami sendiri walau kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu"
Ya Allah ... bantulah kami dalam mengharungi konflik yang semakin membusung.

-Amiinnn-


-peace-
-__-
"Andai jiwa tidak cukup besar, perkara ria kan bertukar duka"


Saturday 14 May 2016

Lukis jea ... sabar itu indah

Lukis jea ... sabar itu indah

Beberapa hari lepas aku lihat gambar seekor rusa sendirian. Ada gunung ganang dari kejauhan.
Hari ini aku cuba membayangkan semula di kotak ingatan ni ... lalu cuba melukiskannya.
Sengaja gambar asal itu tidak kucari. Nak tengok sejauh mana kemampuanku mengingat.

Tulah hasilnya. Part yang payah sikit adalah melukiskan kepala rusa tu sebab aku bukan biasa belek muka rusa. Agak2 tak jadi rupa kambing atau anjing sudahlah! >__<

"Sabar itu indah"
Benar sekali bicara indah ini.
Ketika aku sedang memilih makanan di kantin (perlu memilih makanan sihat-bukan sekadar mengikut selera ^__^).
Lama gaklah aku berdiri memandang2 juadah apa yang bakal mengisi perutku yang berkeriuk...lapar!!
Tetiba seseorang menghampiriku lalu memelukku ...
Aku?
Aku seperti aku yang biasa ... memang tak pandai nak marah atau sakit hati lama-lama. Itulah kelebihan yang juga kelemahan paling besarku ... lalu kubalas pelukan itu.
"Dahlah ... lupakan saja". Kataku.

Ya, lupakan saja.
Tiada guna diingat lagi. Apa yang terjadi tetap telah terjadi.
Cuma aku akan lebih berhati2 dengan persahabatan ini.


-Ya Allah bimbing aku untuk jadi hambaMu yang sabar dan pemaaf-


-peace-
>__<

Wednesday 11 May 2016

Lukis jea ... rapuh

Lukis jea ... Rapuh

Semalam aku pulang ke rumah dengan rasa kesal yang amat sangat.  Berat kepalaku. Dalam umur begini , urat2 di kepala ni sudah tidak setegar dulu. Sedikit tekanan sudah cukup untuk membuatkan ia berdenyut.

Mengapa begitu rapuh?
Hanya sekadar aku telah dikhianati dan ditikam dari belakang ...

Mengapa harus kecewa?
Sedangkan aku sering berkata ... dunia ni tempat kita diuji.

Mengapa? Mengapa? Dan mengapa?
Walhal doaku sentiasa agar dikurniakan ikhlas dalam setiap tindak ku.
Bukan redho manusia yangku cari.

"Tidak mengapa, biarkan saja. Orang lain sendiri akan dapat menilai". Nasihat seseorang kepadaku.
Lantas keinginanku untuk bersemuka aku pendamkan dan hilangkan terus dari fikiranku.
"Betul ... tak perlu aku menari mengikut gendang yang dipalu".


-Ya Allah , janganlah kau biarkan aku rapuh-





-peace-
>__<

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya aku tahu nilai 'persahabatan' yang dihulur.