Popular Posts

Tuesday 19 March 2019

Lukis jea ... baby comel



Lukis jea ....melihat senyuman baby ni saja sudah cukup buat aku tergoda utk melukis wajahnya.
Comelkan dia 😍

Saja aku gandingkan sekali dengan wajah sebenar baby ni.
Bolehlah sama2 kita nikmati kecomelannya

Alhamdulillah ... sedikit bakat yang dipinjamkan Allah buatku. Sekurang-kurangnya aku mampu mengukirkan senyuman di wajah orang lain ...
Dan yang membuatkan aku lebih bersyukur ialah ... melukis ini mampu membuatkan aku rasa tenang ... dan 'reduce'kan intensiti stress yang adakalanya di luar kawalan.
Stabilkan kembali perasaan ... sebab walaupun hanya menjadi guru biasa yang terlalu biasa-biasa, adalah tidak wajar bagi aku untuk melempiaskan emosiku yang terganggu kepada anak2 murid atau orang sekeliling.

Emosi terganggu?.
Hrmmmm...
Biasalah ... hidup ada pasang surutnya.
Ada kalanya ... orang lain nak sangat diri mereka difahami sedangkan mereka sendiri gagal memahami kita.
Ada kalanya kita juga berbuat silap ... itu lumrah manusia biasa macam aku yang terlalu biasa-biasa.
Persoalannya ... perlukah diperbesar dan diperpanjangkan kesilapan itu hingga lautan yang tenang pun bergelora?
Sebabtulah ... memaafkan itu lebih baik.
Cuma masalahnya ... ada orang yang hanya akan menghulurlan kemaafan setelah kita 'sujud' di kakinya agar dapat ditenyeh2 muka kita ni ... barulah dia puas hati gamaknya.🤣🤣🤣

Kalau itulah rupanya ... baik kita abaikan saja manusia2 spesies ini.
Dahlah tak mampu memahami kita ... memaafkan pun amat berkira ... ego pulak melambung tinggi.
Selagi boleh kita layankan ... kalau dah over d limit ...lantaklah kau. Aku abaikan ...

Tq sebab sudi menikmati lukisan aku ni.
Dan ... sudi baca coretan aku yang merapu.
Jadi manusia yang memahami dan memaafkan ya sahabat



-peace-
>__<

Thursday 14 March 2019

Lukis jea ... "Bunga buat kakak"

Lukis jea ... jom bermain warna
Entah mengapa ... aku rasa nak namakan karya tak seberapaku ini sebagai ...
"Bunga buat kakak"




Dalam hidup ini kita sering dihadapkan dengan konflik.
Ada kalanya sesuatu keputusan yang kita ambil dianggap salah oleh orang lain atau ... mungkin 'tidak tepat' atau tidak sepatutnya dilakukan.
Hakikatnya ... keputusan itu kita ambil setelah menimbang tara pelbagai perkara ... yang tidak mungkin kita terangkan kepada orang lain.
Kerana apa?
Kerana hidup kita ... pertarungan kita ... hanya kita dan Yang Maha Mencipta yang tahu ...

Apapun kakak ... ku lukiskan bunga buatmu sebab aku sayang kamu.

"Ya Allah ... kiranya dunia ini bukan miliknya ...
Maka jadikanlah akhirat itu kebahagiaannya".



-peace-
>__<

-setiap kita punya pertarungan sendiri-

Sunday 3 March 2019

Lukis jea ... menunaikan harapan

Lukis jea ... menunaikan harapan seorang teman.
Lama dah teman ni minta aku lukiskan potretnya. Makan tahun lah jugak. Haishhhh ... teruk gak aku ni🤦‍♀️
Tapi.hakikatnya ...melukis potret ni bukan minat aku. Tu yang payah sangat nak cari mood 





Aku mulakan dengan melukiskan lakaran kasar wajah mereka suami isteri. Teman aku ni hantar gambar melalui whtsapp.
Gambarnya kurang jelas di bahagian2 yang agak kritikal iaitu bahagian mata terutamanya.
So ... aku guna mata hati melihat mana yang patut ... dan ... itulah akhir hasilnya.

Habis lukis aku framekan dan biar teman ni datang ambil sendiri di meja aku. Sekali dia tanya ... "nak bayar berapa ni kak?"
Uik?!
Aku melukis bukan untuk pendapatan. Lukis sekadar suka2.
Berbayar ... tu bukan buat masa ini.
Akan datang aku tak berani cakap.
Tapi yang jelas ... tujuan aku hanyalah nak gembirakan hati seorang teman. Itu saja ... semoga Allah terima niat aku itu sebagai amalan.baik.

Baru ni kat kantin sekolah ... aku makan besar gak hari tu. Selalunya aku makan sikit jea. Yelah ... umur2 macam ni, metabolisme dah rendah ... badan cepat naik ... bersenam malas.
Tapi hari tu aku rasa nak makan banyak. Ambil nasi beriani berlaukkan kari kambing+propodom+acar nenas+kuah dalca dan air limau ais tanpa gula.
Time nak bayar tetiba adik kantin bagitau..."dah ada orang nak tolong bayar"
"Siapa?"
"Rahsia. Dia tak kasi bagitau"
"Alaaaa...bagitaulah. lagi pulak cikgu ambil banyak ni. Malulah cikgu cam ni". Pujukku ... membodek. Kotlah akan dimaklumkan kepadaku siapa gerangan org yang belanja tu.
"Tak boleh cikgu. Orang tu tak kasi bagitau"
Hrmmmmm...
Tapi aku agak2 ... mesti teman yanv aku lukiskan gambarnya tu.
Kau orang rasa?

Apapun...kalau dia baca coretan aku ni, aku nak ucapkan'terima kasih bayarkan makanan aku'
Dan pesananku ... 'jangan belanja aku lagi ... sebab aku cuak gak nak makan makanan yang dibelanja oleh orang yang misteri'🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣


-peace-
>__<

Saturday 2 March 2019

Lukis jea ... hanya

Lukis jea ...

Kaki yang terus melangkah
Meninggalkan semalam
Dengan penuh hati-hati
Agar tidak terpelecok lagi

Lorong lurus di hadapan
Atau simpang yang berliku ...

Berbekal keazaman
Menjadi yang terbaik dalam diri sendiri
Hanya dan hanya yang tahu
Dengan penuh sedar ... dunia ini sungguh memperdaya


-ojai-
>__<