Lukis jea ... Mengalirnya membasahi bumi... |
***Tengkujuh datang lagi***ojai
Ribaun titisan manik jernih menghujani bumi
Kelmarin hadirnya nyaman membasahi
Menggerak akar sang flora menghirup segar
Merangsang pepucuk menjengah dari celahan butiran tanah
Membersih atmosphera dek cemaran kotoran asap kilang nan membakar
Menjadi rahmat jutaan hidupan alam ini
Tengkujuh datang lagi
Namun datangnya hari ini amat berbeda
Bukan lagi ribuan titisan manik jernih menghujani bumi
Malah jutaan yang tiada henti
Memenuhi kekolam...melimpahi tasik dan sungai
Membanjiri seluruh alam melaut pandangan
Melahir gentar pada hati sekalian makhluk tuhan
Tengkujuh datang lagi
Umpama curahan rahmat atau hamburan kemurkaan
Dari Tuhan yang Maha Esa buat seisi alam
Namun apa jua tanggapan itu
Tanah tempat berpijak ini sudah hilang
Tenggelam dalam rakusan air bah
Mengheret apa jua dilaluan
Hatta nyawa si anak kecil yang jauh dari dosa
Juga tangan yang mencencang lumat anugerah alam
Hingga runtuhlah pasak nan menongkah bumi
Tengkujuh pergilah
Cukuplah sudah mengajari insan
Hati nan alpa kan kembali sedar
Jiwa nan kosong akan segera terisi
Raga nan lemah akan diperkasa
Lelumpur menutupi peparit akan dibongkar
Sesungai nan mendangkal kan diperluas
Pepohon yang dicantas kan disubur semula
Bebukit tidak lagi ditarah merajalela
Alam yang musnah akan dibina
Tengkujuh pergilah
Datangmu membawa rahmat
Pergimu meninggal berkat
Mencelik hati nan buta
Membangun insaf nan lena
Menghidup iman yang kaku
Membangkit sedar bahawa sesungguhnya
Bumi ini milik siapa
Kita ini tiada apa ...
***Mengharap belas dari yang Esa.***..
Nyawa di hujung tanduk
-peace-
Tengkujuh kali ini amat menyedihkan namun pasti ada rahmat disebaliknya
kerana Allah itu Maha Penyayang
-peace-
-peace-
>__<
31.12.14
No comments:
Post a Comment