Lukis jea...bunga yang memerah dan dedaunan Yang menghijau tidak lagi indah... |
***Tidak mengapa , aku faham...***ojai
Bila bulan mengambang hilang serinya
Dilindung awan hitam bergulung kelam
Walau sinar itu masih mampu mencelah
Mewarnai malam gelap nan berbalam
Menzahir bebayang mencungkil kengerian
Dalam jiwa nan memandang ...
Tidak mengapa, aku faham...
Bila lautan sepelaung pandangan
Kian menyesak nafas sang pengail
Yang sabar menanti joran dipagut sembilang
Sedang sampan besar sarat muatan
Berjam sudah berlabuh di tepian jeti
Tinggal menanti ringgit bertukar tangan
Tidak mengapa, aku faham...
Bila bunga itu tidak lagi mewangi
Setelah madunya direnggut pergi
Dek sang kelicap sebagai santapan
Atau dek keringnya kelopak yang mekar
Meluruh jatuh satu persatu
Dipanah terik mentari musim kemarau
Yang menyapa tanpa diundang
Tidak mengapa, aku faham...
Bila teratai tidak lagi indah
Tatkala bayu petang membelai nyaman
Berbuai bebunga merah mekar
Beralun dedaun hijau melebar
Angkara sidurjana mencemar alam
Tanpa ehsan mahupun insaf
Bahawa bumi ini hanya pinjaman
Tidak mengapa, aku faham...
Kalau tali itu telah putus
Kalau pelita itu mulai suram
Kalau coretan itu kian pudar
Kalau bukit itu sudah gondol
Kalau sungai itu sudah kering
Kalau ... nasi itu menjadi bubur!
Tidak mengapa...
***Kerna aku amat memahami...***
-peace-
>__<
Melihat dengan hati lebih jelas daripada pandangan mata
nan sering tertipu
No comments:
Post a Comment