Popular Posts

Thursday, 1 January 2015

Fikiranku...'Pohonku sempena hari lahirku'

Lukis jea ... Hajatku

***Selamat ulang tahun ojai...***ojai

Dalam ingatan jelas terbayang
Mengusik rasa yang lama tenggelam
Bukan dek banjir bah yang mendatang
Tapi dek putaran waktu siang dan malam
Sebiji kek sebagai pembayang
Sebatang lilin membakar usia semalam


Mak...abah...adik-adik tercinta
Kali pertama kejutan buatku teruja
Aku yang selalu keras susah nak kata
Keras hati dan keras kepala
Juga keras kaku bila dimanja...
Senyum bagai sumbing bila mereka tertawa
"Selamat hari lahir anakanda tercinta!"
Tersipu aku hilang gaya
Memotong kek tanpa suara

Cerita itu cerita lama
Mak pun kini berdekad dah tiada
Menjadi kenangan di laluan masa
Tersimpul kemas sepanjang usia

Hari ini aku bermunajat
Sempena setahun lagi umurku panjat
Izinkan aku menyata hasrat
***Buatmu teman sepanjang hayat***

"Sempena hari lahir aku tahun ini , aku bermohon kepadaMu ya Allah yang Maha Pemurah agar menunaikan segala hajatku buat diriku dan temanku"

Ya Allah, aku bersyukur kerana masih bernafas hingga kini dan aku amat bersyukur atas kurniaanMu yang telah menemukan dan menganugerahkan kepadaku  teman yang banyak mengajarku erti cinta dan kasih sayang sesama insan.
Sakit menyakiti, singgung menyinggung, marah dan benci yang silih berganti mendewasakan aku hingga menjadikan aku lebih menghargai erti dan persahabatan yang disandarkan kepadaMu.
Hingga keikhlasan itu timbul buat melihat satu sama lain sentiasa berada dalam redhaMu di dunia ini hingga ke akhirat.

Ya Allah...
Terlalu banyak kepahitan yang pernah kuwarnakan dalam hidupnya maka izinkan aku memaniskannya dengan ketulusan ukhuwah tanpa berhajat akan sebarang balasan dan syarat.
Gantikanlah kepahitan yang pernah mengelamkan warna-warna hidupnya dengan tawa bahagia yang mengundang damai dalam jiwanya.

Ya Allah...
Aku bersyukur atas keluarga yang Kau kurniakan kepada ku dan kepadanya masing-masing. Campakkanlah mawaddah wa rahmah yang berkekalan dalam tiap hati-hati kami. Hingga keluarga yang Kau kurniakan ini akan lebih mendekatkan kami kepadaMu.
Bantulah aku dan temanku ini dalam melaksanakan tanggung jawab kami sebaik mungkin dan dalam menjalankan peranan kami agar setiap ahli keluarga kurniaanMu ini sentiasa dalam keberkatan dan redhoMu.

Ya Allah...
Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran hingga ada masanya kami menjadi lemah dan kecewa.
Malah lebih parah bila kesenangan dan kesibukan dunia melalaikan kami daripada mengingatiMu.
Maka ampunkanlah kami dan janganlah ya Allah Kau biarkan kami terus-terusan lalai dan leka, tertipu dengan keinginan kami sendiri atau terpedaya dengan seribu alasan yang kami cipta.
Tetapkanlah kami atas jalan yang Kau redhoi dengan cita-cita menegakkan daulah islamiah yang terus subur di hati.
Bantulah kami untuk menyandarkan segalanya kepada yang haq-diriMu ya Allah.

Ya Allah, akhir permintaanku...
Jika satu hari nanti Kau takdirkan aku dan temanku ini mati maka matikanlah kami sebagai syuhada' dalam memperjuangkan agamaMu.
Bagaimana , di mana dan bila waktunya ku serahkan padaMu ya Allah. Mohonku agar kau tabahkan kami dalam mengharungi laluan ke situ yang pastinya bukan mudah dan mungkin tak pernah kami jangka atau bayangkan ... Aminnnn ...

Perkenankanlah dan tunaikanlah hajatku ini Ya Allah.








-pohonku sempena hari lahirku-
-peace-
>__<
2-1-2015





1 comment: