Popular Posts

Monday, 3 February 2014

"Keranamu DIAH":Bab 6



BAB 6 :          SALAH FAHAM

Hari yang suram
Hari ini Diah bangun agak lewat. Fikirannya kusut memikirkan nasib diri.
“Huhh!. Kenapalah ini semua sampai boleh terjadi?”. Fikirnya sendiri. Peristiwa hitam yang berlaku malam itu bermain semula di fikiran.
“Siapa yang bersalah?. Aku? ... Raziq?”. Keluhnya sendiri. Masih melunjur di atas tilam yang dihampar tadi malam. Jam dinding rumah itu ditatap. 9:30 pagi ... lambat benar bangunnya pagi itu.

                                     ‘Diah , aku dah ke kuliah. Sengaja kau tak   
                                               ku kejut. Nak tahu kenapa?.  
                                                             Sebab ...
                                          Kau tidur lena sangat macam baby!!
                                                              Heee .....
                                Berehatlah di rumah. Aku balik nanti kita ‘story’ ye!

                                                  
                                                   Sahabatmu yang comel
                                                                Ziah.

 

 Nota pendek Ziah yang ditampalkan  di tepi dinding ditatapnya.
“Huh!. Sahabatmu yang comel!”. Diah tersenyum sendiri membaca nota itu.
“Habis kuliah aku hari ini. Ahh! Tak boleh jadi ni. Masih sempat untuk ke kuliah pukul 11 nanti. Baik aku bersiap-siap sekarang”. Fikir Diah. Namun sebaik sahaja Diah bangun berdiri kepalanya terasa bagaikan melayang , tekaknya tiba-tiba mual.
“Uwekk!. Uweekk!!. Uweeekk!!”. Diah segera menutup mulutnya , berlari ke bilik air. Berkali-kali Diah cuba memuntahkan  rasa mual yang bergumal di tekaknya namun sia-sia.
“Eeeee ... apa ni?!. Macam mana nak pergi kuliah kalau macam ni”. Keluh Diah. Perasaannya tertekan. Diah sedar perubahan yang berlaku kepadanya kini adalah disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam dirinya. Progesteron telah berkuasa!.Dia kini berbadan dua!!!
“Ini semua kerana aku mengandung!. Ya! Ini semua kerana aku ini mengandung!!. Aku mengandungkan anak luar nikah! Anak haram!!!. Anak haram yang berada dalam rahimku ini!!! Anak haram!!!!”. Lantas perutnya ditumbuk-tumbuk. Tiba-tiba Diah menjadi begitu beremosi , sedu sedannya semakin menjadi-jadi. Diah kesal , mengapalah cinta sucinya harus dicemari dengan noda hitam. Mengapalah mahligai yang bakal dibinanya harus dimulakan dengan dosa. Setelah puas melepaskan  geram  barulah tumbukannya menjadi semakin perlahan , air matanya sahaja yang masih mengalir ...
“Ya Allah! Aku kini mengandung!!!”. Katanya sendiri . Masih tidak percaya. Tersandar di dinding bilik air lantas duduk pula di mangkuk tandas yang sedia tertutup.
“Aku mengandung!. Apa yang harus aku lakukan?. Fikir! Fikir! Fikir!”. Kata Diah kepada dirinya sendiri sambil mengetuk-ngetuk kepalanya.
“Bagaimana harus  aku  hadapi semua ini?. Apa yang harus aku lakukan sekarang?”. Fikirnya lagi. “Apa yang harus aku lakukan. Huhh!!!”. Keluhnya.
“Sudah terlanjur begini , apa lagi yang patut aku lakukan selain dari segera bernikah!”. Katanya kepada diri sendiri. “Ya! Aku harus segera bernikah! ... atau ...”. Diah menekup mukanya. “Gila!!. Mana mungkin aku berbuat begitu!. Aku tidak mahu menjadi pembunuh!!”. Takut dengan apa yang ada di fikirannya sendiri.
‘Jangan kamu menutup kesalahan yang kamu lakukan dengan melakukan kesalahan yang lain’. Kata nasihat yang entah dari siapa tiba-tiba menyinggah di kotak fikirannya.
“Ya!. Bayi ini tidak bersalah. Kenapa dia yang harus menerima padah?. Yang salah adalah aku! ... Raziq!. Kita yang bersalah Ziq ...”. Kata Diah sambil mengusap-ngusap perutnya.
“Maafkan ibu nak! Maafkan ibu!”. Katanya perlahan sambil terus mengusap-ngusap perutnya.
“Ahhh!!! Apa yang harus aku risaukan?. Raziq telah berjanji yang dia akan bertanggung-jawab. Jadi ... apa lagi yang harus aku risaukan?. Apapun yang terjadi ... hidup ini mesti diteruskan!. Hidup mesti diteruskan!!”. Bersama tekad itu Diah segera bangun mandi dan menyiapkan dirinya.
Setengah jam kemudian Diah sudah berada di perhentian bas! , membulatkan tekad  untuk mengharungi rintangan yang mendatang dengan hati yang tabah. Di wajahnya ada senyuman. “Mari wahai anak , bersama ibu kita harungi semua ini”. Katanya kepada si anak yang masih segumpal darah!
Tiba-tiba sebuah kenari biru muncul dan berhenti betul-betul di hadapan Diah. Cermin tingkap diturunkan.
“Diah!. Masuklah  ... saya pun nak ke kuliah ni”. Sapa Zuraimie , pemuda yang sememangnya telah menaruh hati terhadap Diah sejak sekian lama.
“Errr ... Zuraimie?”. Diah ragu-ragu , tidak menyangka akan bertemu dengan Zuraimie  tika ini. Diah jadi serba salah , naik atau tidak?.
“Ya. Naiklah ... takkan tak sudi?”. Tanya Zuraimie sambil merenyih memandang Diah.
“Err ... ya!”. Jawab Diah sepatah sebelum melangkah masuk.
“Terima kasih!”. Kata Diah.
“Hmm ... lambat awak ke kuliah. Err ... tak sihatke?. Awak nampak pucat”. Zuraimie perasankan wajah pucat Diah. Risau benar hatinya , apa yang terjadi kepada gadis kesayangannya ini.
“Ahh ... err saya pening sikit. Mungkin nak demam”. Diah memberi alasan.
“Demam?. Sudah ke klinik?. Sekarang  ni demam tidak boleh dipandang ringan”. Tanya Zuraimie lagi.
“Err ... tak mengapa. Demam sikit saja. Nanti petang kalau belum kebah juga saya akan ke klinik”. Janji Diah , sengaja memberi alasan agar Zuraimie tidak terus bertanya dan mendesak.
“Hmm ... macam nilah. Habis kuliah nanti saya bawa awak ke klinik kampus”.  Cadang Zuraimie.
“Err ... tak payahlah. Kalau perlu saya boleh pergi sendiri. Lagipun saya dah janji dengan Ziah. Nanti kami boleh pergi sama-sama”. Diah menolak.
“Ya ke awak nak pergi dengan Ziah? ... atau ... dengan Raziq?”. Kata Zuraimie tiba-tiba. Dia sebenarnya sangat cemburukan hubungan Diah dengan pemuda itu.
“Ukhh!! ...”. Diah kehilangan kata-kata. Zuraimie pula menyesal kerana telah berkata yang tidak sepatutnya.
“Yelah ... orang tak sudi kita tolong , nak buat macam mana”. Kata Zuraimie dengan nada merajuk. Sengaja mahu menutup kelancangannya tadi.
“Awak ...”. Kata-kata Diah  terputus. Tidak pasti apa yang harus dikatakannya.
“Heee ... saya gurau sajalah. Tak usahlah  risau. Ok. Habis kuliah nanti , awak pergi ke klinik dengan Ziah. Janji?”. Balas Zuraimie.  Memaksa diri untuk tersenyum.

Mahu saja dia berlari mendapatkan Raziq ...
Perjalanan diteruskan dan akhirnya Kenari biru membelok ke tempat letak  kereta berhadapan dengan bangunan Fakulti mereka.
“Dah sampaipun. Jom!”. Kata Zuraimie sebelum melangkah keluar daripada kereta dengan segera lantas berlari anak untuk membukakan pintu kereta buat Diah.
“Tak payahlah  layan saya sampai begitu sekali”. Kata Diah sambil tersenyum melihatkan gelagat Zuraimie.
“Tak mengapa. Saya suka!”. Jawab Zuraimie , selamba sambil menatap  wajah Diah ,  sengaja mahu melihat reaksinya.
“Errr ... jomlah. Nanti lambat pula kita”. Kata Diah mengalih tajuk perbualan. Diah sedar , dia tidak boleh memberi harapan palsu kepada pemuda ini.
“Huhh!!. Jomlah ...”. Balas Zuraimie , kecewa. Wajahnya tegang , cuba mencari makna  daripada reaksi wajah Diah tadi.  “Apa sudah tertutupkah peluang buatku?”. Fikirnya.
Mereka beriringan , tiba-tiba langkah Diah terhenti apabila terpandangkan Raziq yang rupanya sedari tadi sedang memerhatikan  gelagatnya  dan  Zuraimie. Pemuda kesayangannya itu berdiri tegak betul-betul di laluan masuk bangunan Fakulti mereka.
Zuraimie turut mematikan langkahnya , hairan melihatkan Diah yang bagaikan terlihat ‘hantu’! .
“Kenapa?”. Tanyanya hairan lantas memandang keliling. Sebaik sahaja matanya menangkap kehadiran Raziq tidak jauh dari kedudukannya bersama Diah , fahamlah dia.
“Hmm ... itukan Raziq. Apasallah terkejut sangat?. Hai Ziq!!”. Sapanya , kuat sambil mengangkat tangan ke arah Raziq. Sengaja dia berbuat begitu. Dia  mahu memaklumkan kepada Raziq bahawa  dia juga berhak berusaha memenangi hati Diah , gadis yang didambakannya selama ini.
Diah diam ... entah mengapa hatinya tidak enak melihatkan  reaksi wajah Raziq yang tidak keruan. Mahu saja dia berlari mendapatkan Raziq tika itu tapi ... belumpun sempat dia berbuat apa-apa , Raziq sudah berpaling dan  menghilang.
“Huhh!!!”. Keluhnya , kesal.

Raziq cemburu ...
Sepanjang kuliah hari ini , Diah langsung tidak dapat menumpukan perhatian. Hatinya resah gelisah memikirkan keadaan dirinya , hubungannya dengan Raziq dan tentang perasaan Zuraimie terhadapnya. Bercelaru fikirannya.
“Haiiii ... kenapalah semua ini datang bertalu-talu?”. Keluhnya.
Tanpa disedarinya , tidak jauh dari tempat duduknya Raziq juga sedang resah gelisah. Semua yang dikatakan dan diterangkan  oleh Dr Rubiah pagi itu langsung tidak melekat di fikirannya , apa lagi memahaminya.
“Bagaimana harus aku selesaikan masalah ini. Tiada pilihan lain , dia harus segera aku nikahi. Tapi bagaimana?. Duitpun sekadar cukup belanja makan sehari-hari aku di sini saja. Bagaimana  dengan penerimaan keluarga Diah?. Mak aku bolehlah  faham tapi mak bapak Diah?. Huh!! Silap hari bulan mati aku dibunuh mereka!”. Fikirnya lagi.
Resah betul perasaannya. Hatinya bertambah parah apabila teringatkan  Diah berjalan beriringan dengan Zuraimie.
“Kenapa mesti kau layan dia?. Mamat tu memang sudah lama cuba memikat kau. Kenapa mesti kau layan dia?!”. Fikirnya. Cemburu benar rasa hatinya!.
Geram betul hatinya melihatkan lagak Zuraimie yang  sengaja menunjuk-nunjuk padanya.
“Apa ?. Kau fikir kau masih ada peluang mendapatkan Diah?. Kau tak tahu yang aku telah terlebih dahulu ‘dapat’ dia. Dia itu sedang membawa anak aku. Lelaki bodoh!!”. Kata hatinya.
“Kau belum kenal siapa aku!!”. Katanya perlahan ... kalau diturut darah mudanya , mahu sahaja muka Zuraimie itu ditumbuknya.

... badannya melayang ...
Sebaik sahaja Dr Rubiah meninggalkan dewan kuliah , Diah menarik nafas lega.
“Dah tak tahan . Pening betul kepala ni. Baik aku balik saja ... dah sah-sah , memang aku alah mengandung”. Fikir Diah sambil bangun melangkah meninggalkan dewan kuliah.
Daripada  tempat duduknya Raziq melihat Diah berjalan keluar lantas dia juga segera bangun dan berjalan  laju , cuba mendapatkan Diah. Namun langkahnya tertahan-tahan  kerana duduk kerusinya adalah ditengah-tengah barisan. Dia terpaksa melalui deretan panjang pelajar lain yang sedang menunggu kuliah seterusnya.
“Maaf. Tumpang lalu! . Tumpang lalu!. Tumpang lalu!”. Pintanya berkali-kali.
Diah pula berjalan dengan susah payah. Kepalanya berpusing , badannya terasa bagaikan melayang-layang.
“Aduh!! Teruknya  keadaan aku  ni.  Macam mana nak sampai rumah kalau macam ni?”. Katanya resah. Tiba-tiba pandangannya mulai gelap ... semakin gelap ... dan semakin gelap.
“Diah!”. Jerit Zuraimie lantas segera menyambut tubuh Diah yang mulai rebah. Mujur Zuraimie segera menyambutnya. Jika lambat sedikit pasti tubuh itu sudah jatuh terjelepok ke lantai.
“Diah!. Kenapa ni?!”. Tanyanya. Cemas benar hatinya. Lantas segera membetulkan posisi tangannya untuk menggendung Diah.
“Kena segera bawa kau ke klinik”. Katanya.  Namun belumpun sempat Diah digendungnya ...
“Heiii!!! Tunggu!”. Jerit satu suara. Zuraimie berpaling memandang ke arah datangnya suara itu. Dilihatnya Raziq sedang berlari laju ke arahnya. Tercungap-cungap berhenti di hadapannya.
“Kenapa dengan dia?”. Tanya Raziq lantas cuba mendapatkan Diah dari gendungan Zuraimie.
“Eh! Kenapa kau ni?”. Tanya Zuraimie , bengang dengan kebiadapan Raziq. Raziq tersentak mendengar pertanyaan Zuraimie. Mengapa Zuraimie harus menghalangnya dari mendapatkan Diah yang sudah tidak sedarkan diri itu. Bukankah Diah itu kekasihnya , bakal isterinya?.
“Aku teman lelakinya . Aku hendak bawa dia ke klinik”. Jawabnya ringkas lantas cuba merampas Diah dari gendungan Zuraimie. Maka berlakulah adegan tarik menarik.
“Tidak!. Aku yang seharusnya membawanya ke klinik. Kalau kau teman lelakinya aku pula adalah bakal tunangannya!”. Marah benar Zuraimie sampai berkata begitu.
“Bakal tunangannya?. Jangan kau nak berangan. Kami akan bernikah dalam masa terdekat ini. Janganlah kau bermimpi di siang hari!!”. Jerit Raziq. Membara api cemburunya mendengar kata-kata Zuraimie. Lebih marah lagi apabila Zuraimie enggan menyerahkan Diah kepadanya.
“Hei! Korang!!. Apa ni. Kalau korang nak bergaduhpun , kesiankanlah Diah tu!”. Tempik Ziah yang entah dari mana , tiba-tiba berada di situ. Terperanjat betul dia apabila melihat  adegan ‘tarik menarik’ antara Zuraimie dan Raziq. Tidak disangkanya  ‘inilah adegan gempak' yang dilihat para  pelajar yang bersesak di depan ruang masuk dewan kuliah. Semuanya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan adegan yang  jarang-jarang  sekali dapat dilihat. Dua pemuda tampan bertegang leher  bagaikan orang hilang akal merebutkan seorang gadis yang pengsan di gendungan!.
“Sudah!!. Janganlah kalian nak bertekak lagi. Zuraimie! , serahkan Diah itu kepada Raziq. Raziq bawa Diah ke klinik sekarang!!”. Bagaikan anak kecil yang dimarahi ibunya , Zuraimie terpinga-pinga lalu menyerahkan Diah kepada Raziq . Raziq  pula segera berlari anak membawa Diah ke keretanya. Zuraimie cuba mengejarnya.
“Sudah!. Jangan!!”. Ziah berkata sambil menarik tangan Zuraimie. Zuraimie memandangnya minta penjelasan.
“Biarlah dia yang uruskan , dia lebih tahu apa yang terbaik buat Diah”. Sambung Ziah , menatap wajah Zuraimie.
“Huhh?!!”. Zuraimie mengeluh. Entah mengapa hatinya berkata , “Aku kehilanganmu!”.
Para pelajar yang berkerumun tadi berteriak dengan pelbagai gaya , “Kacaulah minah ni!”. Kata seorang daripadanya sambil menuding jari ke arah Ziah.
“Booo !!”. Macam tak ada minah lain sampai nak berebut-rebut”. Kata yang lain .
“Awek player! Buat-buat pengsan , saja nak tarik perhatian!”. Kutukan buat Diah pula.
“Heii!!!. Dah tak ada apa lagi yang hendak ditengok. Blah lah!!!”. Jerit Ziah , marah dengan apa yang didengarnya.

Kembali sedar ...
Raziq mengendung Diah masuk ke dalam keretanya. Perlahan-lahan Diah dibaringkan di kerusi hadapan. Sandar kerusi di turunkan. “Supaya kamu lebih selesa sayang”. Bisik hatinya.
Setelah selesai Raziq segera ke tempat memandu , menghidupkan enjin keretanya dan memasang penghawa dingin paling maksima.
“Diah! Diah! Diah!”. Bisiknya lembut sambil mengelus lembut tangan gadis yang bakal menjadi ibu kepada anaknya itu. Tidak lama kemudian Diah membuka matanya.
“Raziq!”. Panggilnya sebaik sahaja terlihatkan Raziq.
“Diah , you dah sedar”. Balas Raziq , cemas bunyi suaranya.
“Uh! Kepala saya rasa macam berpusing. Badan pula melayang-layang. Raziq , teruknya saya mabuk mengandung ni”. Keluh Diah.
“Ya. Tadi you pengsan”. Terang Raziq.
“Ya?. Macam mana saya boleh berada dalam kereta awak ni?”. Tanya Diah. Teringat kembali peristiwa dia melangkah keluar dari dewan kuliah. Niat hatinya mahu balik berehat di rumah Tapi kini  dia tiba-tiba sudah berada di dalam kereta Raziq!.
“Lepas habis kuliah tadi I nampak you berjalan keluar. I rasa tak sedap hati lalu turut keluar. Niat hati I nak dapatkan you ... risau juga tengok you tiba-tiba keluar macam tu saja. Tapi sebab I duduk jauh di tengah so susah sikit nak keluar , lambat. Bila I sampai depan pintu masuk Fakulti , nampak you sedang dikendung oleh Zuraimie”. Raziq menceritakan apa yang telah terjadi. Berubah wajahnya apabila teringatkan Diah dikendung Zuraimie. Api cemburu kembali meluap-luap membakar jiwanya hinggakan terpancar di raut wajahnya , bergerak-gerak rahang pipinya. Diah perasankan perubahan pada wajah Raziq itu. Diah kesal kerana telah membuat kekasih hatinya itu resah menahan rasa cemburu.
“Raziq!. Zuraimie itu hanya seorang teman biasa. Saya hanya cintakan awak sorang”. Kata Diah sambil memandang Raziq.
“Percayalah! ... jangan merosakkan perasaan sendiri dengan rasa cemburu itu. Betul  ... saya hanya cintakan awak sorang. Lagi pula awak adalah bapa kepada anak ini. Bukankah kita akan berkahwin dalam masa terdekat?”. Diah memandang Raziq meminta kepastian.
“Ya. Itu janji I. Demi cinta I kepada you and our baby”. Jawab Raziq.
“Sorry sayang. I tak mampu  nak  membendung  rasa cemburu ini. Harap you faham. Satu lagi I minta sangat  , you janganlah terlalu rapat dengan dia. I tak boleh tahan melihatnya , perasaan cemburu ini terasa bagai membunuh jiwa.  Macam pagi tadi  , you jalan beriringan dengannya ... I tak boleh tengok!”. Sambung Raziq.
“Ziq , pagi tadi dia tumpangkan saya ke kuliah. Sebab mabuk ini , saya bangun lambat dan tertinggal kuliah Dr Othman. Jadi saya agak tergesa-gesa nak mengejar kuliah Dr Rubiah. Masa sedang menunggu bas , tiba-tiba Zuraimie  berhentikan kereta. Ajak naik sekali sebab kebetulan dia pun memang nak menghadiri kuliah yang sama. Lagipun ... tak manis kalau saya menolak. Kan dia tu teman sekuliah kita juga”. Terang Diah , cuba menenangkan dan membuang api cemburu dari jiwa Raziq.
“Ya Diah. I ni yang terlalu cemburu. Maafkan I”. Balas Raziq sambil mengusap wajahnya sendiri.
“Tak mengapa ... kan ke cemburu itu tandanya sayang”. Balas Diah sambil tersenyum.
“Kalau begitu keadaannya , I nak mulai hari ini biar I yang ambil dan hantar you ke kuliah. Setiap hari ... setuju?”. Cadang Raziq. Berseri-seri wajahnya , suka benar dia dapat berkhidmat buat yang tersayang.
“Hmm ... nanti apa kata orang lain?”. Tanya Diah. Risau teman-teman serumahnya akan mula bercerita.
“Alah ... semua orang dah tahu yang you tu teman wanita I. Lagipun , kan tak lama lagi kita akan bernikah. Bolehkan?. Anggaplah ini sebagai tanggung-jawab I yang pertama sebagai seorang suami dan ayah. Please ...”. Pinta Raziq bersungguh-sungguh.
“Hmm ... baiklah ayah!. Ayah ambil dan hantar ibu setiap hari ye”. Balas Diah , bergurau tanda dia bersetuju dengan cadangan Raziq. 
“Yes!!”. Raziq gembira.



                                                          Anak itik  si anak angsa
                                                          Cantik terbangnya anak lelayang
                                                       Apa benar bagai dikata
                                                        Cemburu itu tandanya sayang?

                                                        Asam dimasak si ikan keli
                                                       Mari dihidang di dalam loyang
                                                   Anak itu ibaratkan  tali
                                                      Buat pengikat kasih dan sayang

                                                      Seloka Kasih

 



Zuraimie tidak faham ...
Zuraimie diam , bengang dengan apa yang terjadi. Mengapa mesti dia yang beralah?. Diah yang sudah berada digendongannya harus diserahkan begitu saja kepada Raziq.
Mengapa harus begitu?. Adakah itu tandanya haknya untuk sama bersaing memiliki Diah telah dinafikan?. Bukankah Diah itu masih tidak dimiliki sesiapa?. Bukannya dia merampas tunangan atau isteri orang. Langsung bukan dia ‘meruntuhkan masjid’ jadi , mengapa dia pula  yang perlu beralah?. Persoalan demi persoalan berlegar di sanubarinya.
“Zuraimie”. Panggil Ziah. Resah melihatkan reaksi Zuraimie yang terlampau. Wajahnya masam mencuka , kedua tangannya digenggam kuat hinggakan terpamer urat-urat darahnya yang jelas timbul.
“Sudahlah tu mie . Usahlah diturutkan hati yang marah. Mereka dah lama pergi”. Pujuk Ziah lagi.
“Ah!. Ini semua angkara kau!!”. Kata-kata kasar terpacul dari mulut Zuraimie. Marah betul dia terhadap Ziah. Mana tidaknya , Ziah yang tiba-tiba muncul entah dari mana lalu memandai-mandai  memberi arah kepadanya agar Diah diserahkan kepada Raziq. Dia pula bagaikan terpukau , hanya mengikut arahan tersebut tanpa dapat berfikir panjang.
“Zuraimie!! ...”. Terkejut Ziah mendengar tuduhan Zuraimie itu.
“Apa maksud awak?. Saya tidak faham”. Tanya Ziah. Berkerut kedua kening matanya.
“Apa maksud saya?. Bukankah awak yang tiba-tiba mengarahkan saya menyerahkan Diah kepada Raziq. Diah itu sudah digendunganku , mengapa harus  ku serahkan  dia kepada Raziq?”. Zuraimie menjelaskan maksudnya.
“Ya Allah , Zuraimie ... bukankah awak sendiri telah sedia maklum yang mereka itu adalah pasangan kekasih. Bukan awak saja malah satu kampus ini sudah tahu perkara itu!”. Jawab Ziah , tidak setuju dirinya dipersalahkan.
“Hanya pasangan kekasih yang boleh putus bila-bila masa!”. Balas Zuraimie.
“Tidak!. Bukan hanya pasangan kekasih biasa. Mereka sudahpun merancang untuk bernikah dalam masa terdekat ini. Mungkin  seminggu dua ini mereka akan bertunang dan bernikah secepat yang boleh!!”. Terang Ziah , mempertahankan dirinya. Geram hatinya dipersalahkan terus oleh Zuraimie.
“Tidak!. Aku tidak percaya!!”. Jawab Zuraimie keras.
“Terpulanglah pada awak sama ada mahu mempercayainya atau sebaliknya. Cuma saya mahu awak tahu bahawa saya tidak pernah bermaksud buruk kepada awak apatah lagi mahu menafikan hak awak untuk bercinta. Saya kawan rapat Diah dan saya amat memahami dia. Jika dia sedar tadi  tentunya dia sendiri akan memilih Raziq berbanding awak. Tentu awak akan  lebih terluka. Sudahlah Zuraimie , lupakanlah Diah. Masih ada orang lain yang ambil berat terhadap awak”. Kata Ziah , hampir menyatakan perasaannya.
“Ah! Apa yang awak merepekkan ini?. Ada atau tiada sekalipun saya tak pernah peduli. Yang saya mahu hanya Diah!. Bukan orang lain”. Balas Zuraimie.
“Sungguhpun orang  lain itu adalah saya?. Saya sangat ambil berat terhadap diri awak. Saya tidak mahu awak membina harapan yang tidak mungkin kesampaian bersama Diah. Jika tidak keberatan , saya sudi menggantikan tempatnya”. Ziah mengakhiri kata-katanya sebelum melangkah laju meninggalkan Zuraimie sendirian ,  termangu-mangu mencari makna di sebalik kata-kata Ziah itu ... Ziah juga ingin segera berlalu. Malu ... "Laa ... apalah bodohnya aku pergi cakap macam tu tadi. Eee ... hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Bodoh! Bodoh! Kau ni memang bodohlah Ziah. Buat malu saja!!". Apa nak dibuat lagi , telajak perahu boleh diundur , telajak kata ... terimalah akibatnya.


Makna persahabatan ini ...
Petang itu sebaik sahaja selesai kuliah  , Ziah melangkah perlahan menuju ke perpustakaan. Hatinya sedih ... sedih mengenangkan nasib dirinya yang kini terperangkap dengan cinta tiga segi. Sedih juga mengenangkan sahabat baiknya yang sedang menerima hukuman akibat dosa yang dilakukan. Dan amat sedih sekali kerana dirinya hanya bertepuk sebelah tangan.
“Hidung tak mancung , pipi tersorong-sorong!. Sudahlah begitu , macam manalah aku sampai boleh menyatakan perasaanku terhadap dia. Eeee malunya. Orang tak sudi , aku terhegeh-hegeh!”. Katanya  , mengejek diri sendiri. Peristiwa pagi tadi masih menghantui perasaan dan fikirannya.
“Hoii!! Berangan ye?”. Sergah Ba’ie tiba-tiba dari belakang.
“Eh! Ba’ie. Kau dari mana?”. Tanya Ziah.
“Dari mana lagi?. Dari rumahlah!”. Jawab Ba’ie.
“Tadi masa aku keluar rumah , aku terserempak dengan seseorang. Cuba teka , siapa?”. Tanya Ba’ie sambil tersengih-sengih memandang Ziah.
“Eeee ... manalah aku tahu. Kau kalau  nak cakap tu , cakap ajelah. Tak payah nak berteka-teki!”. Balas Ziah. Malas benar dia hendak melayan cerita Ba’ie itu.
“Alah kau ni , gurau sikitpun tak boleh. Moody semacam je.  Nape ... kau datang bulan ke?”. Tanya Ba’ie lagi.
“Hmm ...  kalau ‘moody’ je datang bulan. Habis tu kalau orang lelaki moody tu datang  bulan jugak ke?”. Balas Ziah sambil membeliakkan matanya memandang Ba’ie.
“Heee ... takkanlah sampai macam tu. Eeee ... kau ni ada –ada sajalah!”. Jawab Ba’ie , tersengih.
“Hah! Ceritalah siapa yang kau  jumpa masa nak keluar rumah tadi?”. Ziah mengingatkan Ba’ie tentang soalannya tadi.
“Hmm ... begini , masa aku nak keluar rumah tadi aku terserempak dengan Diah. Kau tahu dia dihantar balik oleh Raziq. Naik kereta kancil Raziq!”. Ba’ie membuka cerita. Suaranya diperlahankan. Gayanya betul-betul macam ‘makcik-makcik’ yang suka bergosip!.
“Okey ... So?”. Balas Ziah. “Cerita basi!”. Kata hati Ziah.
“So?. Apa maksud kau dengan berkata ‘so’ itu?”. Tanya Ba’ie , terbeliak matanya memandang Ziah. Tidak disangkanya Ziah boleh berkata begitu. Bukankah Ziah yang dikenalinya amat  menentang  orang yang ‘couple’?.
“Hishh! Dosa . Mana boleh couple-couple!”. Komen Ziah suatu ketika dulu apabila ditanyakan pendiriannya tentang perilaku pasangan-pasangan yang sibuk bercinta.
“Ziah , kau boleh buat tak tahu saja bila sahabat baik kita sendiri ber’couple’. Sampai main hantar-hantar balik ke rumah pulak!”. Tegur Ba’ie , tidak suka dengan sikap ‘double standard’ Ziah itu.
“Mentang-mentang sahabat baik sendiri yang buat , maka semuanya jadi tak apa?!”. Marah Ba’ie , memandang tepat ke mata Ziah.
“Astarghfirullah ... Ba’ie , aku bukan menyokong perbuatan mereka. Cuma ...”. Ziah terhenti , tidak pasti mahu berkata apa.
“Cuma dia tu sahabat baik kau?. Sahabat baik kita?. Begitu?”. Desak Ba’ie lagi.
“Bukan!. Bukan kerana dia itu sahabat baik kita tapi ...  tadi masa kuliah Dr Othman , Diah tidak sihat. Diah pitam. Sebab itulah Raziq menghantarnya balik. Mujur ada Raziq , kalau harapkan kita , mati agaknya budak tu kena tunggu bas!”. Terang Ziah.
“Ooooo ... cakaplah awal-awal. Tak payahlah aku sampai berburuk sangka pada mereka”. Balas Ba’ie tersipu-sipu.
“Huh!!”. Ziah , meninggalkan Ba’ie sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.


Zuraimie menebus kesalahannya
Jam sudah pukul 3:30 petang. Perut Ziah sudah lama berkeroncong. Sejak pagi tadi , belum ada makanan yang masuk ke dalam perutnya hari ini. Mana tidaknya , sejak Diah mabuk-mabuk Ziah seperti hilang selera makan. Kalau dulu , Diahlah yang paling suka makan. Pantang tiba waktu makan saja pasti Diah akan merengek-rengek mengajaknya makan. Sekarang ini , selagi perutnya tidak berkeroncong , jangan haraplah Ziah akan pergi makan.
“Eeee ... laparnya perut aku ni. Hmm ... patutlah , dah petangpun!. Kesian kau perut. Mesti jus gaster dah mula mengikis dinding perut aku ni. Hishh ... silap hari bulan boleh dapat gastrik aku ni”. Kata Ziah sendirian sambil mengusap dan memicit-micit perutnya yang berkeroncong.
“Nak pergi makan , aku sendirian. Tak bestlah nak makan sorang-sorang. Huh!. Si Ba’ie ni pun satu. Elok-elok nak pergi perpustakaan tadi tak jadi pulak. Sekadar jumpa aku untuk mengutuk Diah. Hmm ... dah tak tahu hujung pangkal cerita , pandai-pandai saja nak buat cerita sendiri. Leceh betullah minah ni. Tapi seleceh-leceh dia , kalau dia ada , dapat juga temankan aku  makan. Tak ada rotan akarpun berguna juga!. Taklah perlu aku makan sorang-sorang ... macam kera sumbang je. Eee ... apalah kau ni Ziah. Tak baik tau kata  Ba'ie tu 'akar'. Setiap orang kan berbeza. Ada positif dan pasti ada negatifnya juga”.  Ziah berdialog dengan dirinya sendiri sambil mengemas buku dan barangan yang dibawanya.
Selesai mengemas , Ziah melangkah keluar daripada perpustakaan menuju  ke  kafeteria yang terletak di tingkat bawah bangunan sebelah. Tidak ramai orang di kafeteria ketika itu , maklumlah hari sudah beransur petang. Waktu  hampir melewati masa makan  tengahari  , sebentar lagi bermulalah waktu minum petang .
Banyak lauk-pauk yang sudah habis . Ziah masih berdiri memerhatikan makanan yang masih boleh dipilihnya.
“Hmm ... apa yang ada sajalah”. Ziah menyenduk nasi lalu menyeduk gulai telur itik bersama sedikit ulam kacang botol. “Sedikit sambal belacan sebagai pembuka selera!”. Katanya perlahan sambil tersenyum sendiri.
Selesai membayar Ziah mengambil tempat paling hujung dan agak tersorok. Sengaja tidak mahu dilihat orang. “Baru ada privasi , makan sepuas-puasnya!”. Kata hatinya.
Sedang Ziah menikmati juadah tengaharinya itu , tiba-tiba ... “Hai!. Sedapnya makan. Boleh joint?”. Satu suara menyapa. Ziah mengangkat mukanya .
Terkejut dia apabila mendapati  Zuraimie sedang berdiri di hadapan mejanya bersama sepinggan makanan dan sebiji gelas berisi air sirap di tangannya.
“Eh! . Awakpun baru nak makan tengahari?”. Tanya Ziah.
“Ya!. Lapar sangat ni. Err ... boleh saya duduk sini?”. Tanya Zuraimie lagi.
“Eh! Duduklah!”. Pelawa Ziah. Zuraimie meletakkan makanannya di atas meja sebelum menarik kerusi. Dia kemudiannya makan dengan lahapnya tanpa memperdulikan Ziah yang sedang memerhati.
"Mimpi apa mamat ni datang duduk semeja dengan aku. Tu punya banyak meja yang kosong , ke sini juga dia. Apa dia dah lupa ke dengan peristiwa pagi tadi?". Fikir Ziah.
“Lapar benar awak nampaknya”. Tegur Ziah.
“Ha ha ...”. Zuraimie tertawa kecil.
“Lapar yang amat!”. Katanya sebelum menghabiskan semua makanan yang diambilnya tadi.
Selesai makan ...
“Ziah , saya sebenarnya nak minta maaf pada awak kerana berkata kasar dengan awak pagi tadi”. Kata Zuraimie.
“Hmm ... tak mengapa. Saya dah tak fikirpun tentang perkara itu.  Lagipun awak dalam keadaan tertekan masa tu. Saya faham”. Balas Ziah.  Sungguhpun sebenarnya dia masih jengkel dituduh melulu oleh Zuraimie  namun semua itu hilang sebaik saja Zuraimie muncul dihadapannya dengan senyuman yang  menguntum di bibir.
“Tapi  ... saya kurang fahamlah. Gayanya seperti hubungan antara Diah dan Raziq itu sudah terlalu serius?”. Tanya Zuraimie.
“Ya. Seperti yang saya katakan. Mereka akan bertunang dan bernikah dalam masa yang terdekat ini”. Jawab Ziah , memandang dan cuba mencari  maksud di sebalik riak di wajah Zuraimie.
“Huh! Begitu?”. Balas Zuraimie , hampa.
“Mie , janganlah terlalu kecewa. Pernah dengar peribahasa , ‘bunga bukan sekuntum dan kumbangpun bukan seekor’ ”. Kata Ziah sambil tersenyum memandang Zuraimie.
“Ya. Betul . Bunga memang bukan sekuntum ... tapi setiap bunga itu ada ciri dan sifatnya yang tersendiri. Itu yang susah ...”. Balas Zuraimie.
“Hmm ...”. Balas Ziah. Tidak pasti apa yang harus dikatakannya lagi. Kedua mereka diam ... lama diam.
“Eh , malam ni awak pergi perpustakaan tak?”. Tanya Zuraimie , mengalih tajuk perbualan.
“Ya. Mungkin. Kenapa?”. Tanya Ziah.
“Jom kita study sama”. Ajak Zuraimie. Ziah mengangguk. Bibirnya mengukir senyuman , hatinya bahagia. Mungkinkah sesuatu akan berkembang selepas detik ini?.
“Mungkinkah ini hari bahagia buat diriku . Hmm ... hidup ini memang suatu misteri”. Fikir Ziah namun tetap terus tersenyum.
 “Hei! Berangan ya?”. Tanya Zuraimie sambil memetik jarinya di depan wajah Ziah.
“Heee ... tengah memikirkan sesuatulah!”. Jawab Ziah , tersipu.
“Entah mengapa , sungguhpun terlalu sedikit yang  kau beri ,  ianya sudah cukup membuatkan  duniaku ini tampak indah dan hariku terasa begitu bahagia”. Bisik hati Ziah.

 





No comments:

Post a Comment