BAB 5 : NASI SUDAH MENJADI
BUBUR
... sudah dua minggu period I lambat!
Diah mengekori langkah Raziq.
Mereka akhirnya berhenti lalu duduk di satu sudut di perpustakaan itu. Terlindung
dan agak ‘privacy’. Masing-masing
terasa canggung dengan pertemuan ini. Inilah pertemuan pertama mereka semenjak
‘peristiwa itu’ ...
“Diah , maafkan I sebab ganggu you
belajar”. Kata Raziq.
“Tidaklah Ziq , kami dah siap
kerjapun , ingat nak pergi minum tadi”. Jawab Diah , cuba berlagak biasa.
“Eh , you haus ke?”. Tanya Raziq prihatin.
“Takpalah. Itu tak penting. Awak tiba-tiba nak jumpa saya ni kenapa?”.
Tanya Diah sambil memandang wajah Raziq yang tidak lagi seceria selalu.
“Diah , biarlah I berterus terang ...”
. Raziq menarik nafas panjang. Diah memandangnya tanpa kelip. Hatinya
berdebar-debar ... “Apa yang ingin dikatakan Raziq?. Takkan dia mahu memutuskan
hubungan ini ?. Setelah ... oh! Tidak!!”. Jerit hati Diah.
“Diah kekasihku , kita sama-sama
telah melakukan dosa sayang!” . Raziq
terdiam panjang setelah mengeluarkan kata-kata itu. Diah tunduk , kesal dengan
keterlanjuran mereka.
“Sejak peristiwa malam itu ... , I tak dapat tidur lena. I sungguh
menyesal dengan apa yang telah terjadi. I betul-betul kesal kerana I sepatutnya
melindungi you bukan mengambil kesempatan terhadap you. Tapi menyesalpun tiada
berguna. Nasi sudah menjadi bubur. Kita tidak boleh berpatah balik. Yang hilang
tidak boleh diganti. Jadi ... I rasa
sangat bertanggung jawab untuk menebus kembali
kesalahan itu. Maruah you harus I bela. I benar-benar ikhlas. Diah , Izinkan I
melakukannya ... marilah kita
perbetulkan kesilapan itu. Yang lepas
itu sudahlah ... yang penting kita sedar dan berusaha untuk memperbaikinya. I
harap sangat you setuju ”. Kata
Raziq , matanya memandang Diah penuh
harap. Diah membalas pandangan itu , hatinya berdebar...
“Diah , tangan ini yang
mencencang maka bahu inilah yang harus
memikulnya. Secepat yang boleh , I mahu kita kahwin. Kita tamatkan semua ini.
Mari kita jalani hubungan yang sah. Hubungan yang diredhai Allah”. Raziq
menyatakan niatnya dengan yakin. Mana
tidaknya , sudah berhari-hari dia memikirkan hal ini.
Cadangan Raziq itu tidak sedikitpun
mengejutkan Diah. Malah memang sudah dijangkanya . Diah tahu bahawa Raziq
memang amat mencintainya.
“Raziq , saya memang nak kahwin dengan awak . Kalau nak
diikutkan , saya lagi takut. Ziq , bulan ni saya tak ‘period’ lagi. Dah lambat
2 minggu. Saya betul-betul takut!”. Diah
menyatakan kebimbangan. Rupa-rupanya inilah perkara yang menyebabkan Diah
sentiasa murung.
“Apa?. Mengapa baru sekarang you nak
bagi tahu I?”. Raziq terkejut mendengar
pengakuan Diah. Diah tunduk diam. Dia sendiri sudah buntu fikiran ...
“Ahh ... sudahlah! . Jom sekarang
juga kita ke farmasi”. Raziq pantas
menarik tangan Diah. Mereka menuruni tangga ‘library’ dengan agak tergesa-gesa
, masuk ke perut kancil putih lalu bergerak laju menuju ke kedai farmasi. Diah
hanya menurut. Dia sudah tidak tahu apa yang patut dilakukannya.
“You tunggu , I keluar beli
‘pregnancy test’ kejap”. Arah Raziq setelah mematikan enjin. Diah hanya
mengangguk. Hatinya sedang bingung. Pada ketika ini dia akan menurut apa saja kata
Raziq.
Sungguhpun begitu , Diah masih tetap
bersyukur kerana ‘lelaki’ yang menodainya ini memang amat mencintainya. Dia
tidak ditinggalkan sendirian. Lelaki ini sanggup mengharungi lautan api yang
mereka cipta bersama-sama.
Seketika kemudian , Raziq muncul
dengan sebungkus plastik di tangannya.
“Okey sayang , hujung sana tu ada
washroom. You pergi , I tunggu di sini. Jangan takut , walau apapun yang
terjadi I pasti menikahi you. Percayalah!”. Raziq menggenggam erat tangan Diah
sebelum menyerahkan plastik itu kepadanya..
Diah akur. Mengambil bag plastik
tersebut lalu segera ke tandas wanita.
Diah terperosok di satu sudut ...
Setelah hampir setengah
jam Raziq menunggu , Diah masih belum juga tiba. Raziq menjadi resah lalu
akhirnya mengambil keputusan untuk menyusuli Diah. Dari luar tandas lagi ,
Raziq sudah dapat mendengar suara tangisan Diah. Raziq cemas lalu terus meluru masuk ke dalam. Mujurlah
tiada orang lain di dalam tandas ketika itu!
Hati lelakinya tersentuh apabila
melihat gadis yang dicintainya kini terperosok
di satu sudut dengan tangisan yang kian menjadi. Tangannya masih memegang ‘pregnancy test’ yang
diberinya tadi!. Hati Raziq berdebar kuat ...
“Ya Allah , memang kami bersalah tapi janganlah Kau hukum kami seberat ini”. Doanya
lalu menghampiri Diah. ‘Pregnancy test’
itu ditatapnya. Terbeliak matanya , apa yang ditakuti kini menjadi nyata ... dua garisan merah jelas kelihatan!
“Ya Allah!”. Raziq menepuk dahinya
sendiri. Terduduk dia dibuatnya.
“Ya Allah!. Janganlah kau uji kami
dengan sesuatu yang tidak mampu kami hadapi”. Tuturnya lagi. “ Diah ,
maafkanlah I!!”. Mereka lantas berpelukan dalam
tangisan.
Apa yang penting ialah baby ini akan lahir berbapa!
Setelah Diah kembali tenang , Raziq memimpin Diah
keluar dari tandas wanita itu.
“Tak mengapa sayang. Kita harunginya
bersama ...”. Raziq berkata perlahan sambil terus menggenggam tangan Diah
.Otaknya bekerja keras ...
“Akan ku usahakan agar semuanya mudah
buatmu sayang”. Bisik hati kecilnya.
“ Diah , begini ... kita tiada banyak
masa lagi. Hujung minggu ni I akan
berjumpa dengan ibu bapa you. I akan berterus terang kepada mereka.
Hujung minggu berikutnya I akan datang bersama ibu I. Merisik dan terus
meminang. Sebulan atau dua bulan kemudian kita nikah. Masa tu kandungan you
baru nak masuk tiga bulan. Masih tidak kelihatan. Dan anak yang bakal lahir
nanti masih boleh ber ‘bin’kan I!”. Raziq berkata tanpa ragu. Bayi dalam
kandungan itu adalah zuriatnya. Dia tidak boleh berlengah atau teragak-agak
lagi.
“Tapi nanti orang akan tahu juga. Takkanlah
6 bulan kahwin dah dapat baby”. Jawab Diah penuh kerisauan.
“Tak apa , kita boleh kata baby tak
cukup bulan. Lagipun itu semua tak penting. Apa yang penting ialah baby ini
akan lahir berbapa!”. Jawab Raziq sambil
menyentuh perut Diah. Diah hanya menganggukkan kepala. Pun begitu hatinya cukup
gentar membayangkan reaksi kedua ibubapanya kelak.
“Sayang , sekarang I tak mahu you
risau langsung. Jaga kesihatan you dan anak kita. Serahkan segalanya pada I. I akan uruskan. Kita kahwin secepat
yang boleh , okey”. Raziq berkata lembut sambil terus menggenggam tangan Diah.
“Ya , terima kasih Ziq. Awak memang
baik dan saya sayangkan awak. Saya yakin awak takkan tinggalkan saya sendirian”.
Diah bersuara. Lega sedikit rasa hatinya mendengar janji Raziq.
“Ya, I tahu. I pun sangat sayangkan
you. I takkan biarkan you susah. I mahu you ingat betul-betul kata-kata I ni ,
sampai bila-bila pun I akan tetap sayangkan you . I akan sentiasa bersama you hingga ke akhir hayat. Dan I minta walau apa pun terjadi tolonglah jaga
diri you ... and our baby!”. Raziq berpesan perlahan dengan wajah yang serius memandang
Diah. Diah membalas pandangan itu.
“Janji?!”. Raziq menggoncang tangan
Diah yang masih digenggamannya.
“Ya janji!”. Diah berjanji.
“Aku sengaja ... cari jalan ...”
Setelah segalanya habis
dibincangkan Raziq menghantar Diah kembali
ke Fakultinya. Sungguhpun kuliah doktor Rubiah telahpun tamat , sekurang-kurangnya Diah masih sempat
mengikuti kuliah seterusnya.
“Ingat sayang , jaga diri you
baik-baik. You kini berdua ... makan banyak sikit”. Pesan Raziq sambil
menghulurkan note RM 100 kepada Diah. Diah membeliakkan matanya , “Apa ni?!”.
Tanyanya , terperanjat dengan tindakan Raziq.
“Ambillah ... tanda sayang I pada you
and baby kita. I nak you makan makanan
yang berkhasiat. I nak you dan baby kita sihat. Janji ?”. Raziq
bersungguh-sungguh mahu memikul tanggung-jawabnya sebagai bakal suami dan bapa sebaik mungkin.
“Hmm ... baiklah. Terima kasih. Saya
janji akan jaga diri dan bayi kita. Demi awak!”. Janji Diah sebelum melangkah
keluar.
“Bukan. Bukan demi I tapi demi diri
you sendiri dan anak kita. Janji , jaga diri you and anak kita”. Pesan Raziq
lagi.
“Ya , saya akan ingat pesanan awak
selalu , daddy!”. Janji Diah , tersenyum sebelum bergegas ke dewan kuliah. Raziq
tersenyum sama.
“Selagi kita tetap bersama , kita pasti masih mampu
tersenyum , tidak kiralah apa jua yang berlaku”. Fikirnya sambil terus
memandang langkah Diah yang kian menjauh.
Setiap pertanyaan patut ada jawapan!
Setelah tamat kuliah hari
itu , Diah dan Ziah sama – sama menaiki bas untuk pulang ke rumah. Di dalam bas
, semasa dalam perjalanan balik ...
“Ziah , aku rasa tadi masa study
group , engkau sengaja buat-buat bodoh kan ?”. Diah memulakan bicara.
“Apa lak?”. Balas Ziah , tidak
tertangkap olehnya maksud kata-kata Diah itu.
“Eleh! Masa study group pagi tadi kau sengaja nak tarik perhatian Zuraimie.
Betulkan?”. Soal Diah.
“ Eh , ketara sangat ke?”.Tanya Ziah kembali.
“Tak lah sangat tapi ... aku kenal
kau luar dan dalam. Orang lain mungkin tak perasan tapi aku memang faham. Eh ,
kau betul-betul ke sukakan Zuraimie tu?”.
Tanya Diah.
“Macam yang kita dah bincangkan. Aku
kalau boleh tahun ni jugak aku nak tamatkan zaman bujang . Aku tengok dalam ramai-ramai pelajar lelaki di
kampus ni , Zuraimie tu adalah antara
calon suami yang baik. Ada rupa , pandai
, bertanggung-jawab dan yang lebih penting ... berbudi bahasa. Betul tak?”. Terus terang Ziah meluahkan perasaannya.
“ Ya. Aku memang sengaja mencari
jalan untuk rapat dengannya . Tak salahkan?”. Ziah membuat pengakuan. Diah
menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Memang tak ada salahnya”. Balas
Diah.
“Tapi ... kau rasalah , dia sukakan
aku tak?”. Tanya Ziah.
Pertanyaan Ziah itu membuatkan Diah
tergamam kerana jauh di sudut hatinya , Diah
sedia maklum bahawa Zuraimie sememangnya ada menaruh hati padanya tapi
bukan pada Ziah!. Diah sedar , ‘study
group’ itupun hanyalah alasan Zuraimie untuk rapat dengannya.
“Woi!! Setiap pertanyaan patut ada
jawapan!”. Sergah Ziah , tidak puas hati dengan reaksi Diah.
“Entahlah Ziah ... susah
nak teka hati orang. Lagipun aku tak le kenal sangat Zuraimie tu”. Diah berdalih. Ziah hanya mengerutkan
dahinya.
“Eh , jomlah ... dah sampai pun kita”.
Diah berdiri menekan loceng ...
“Eh ... jom beli laksa kat selekoh
jalan tu”. Ajak Ziah sebaik sahaja mereka turun dari bas. Diah hanya
menganggukkan kepalanya.
“Kak , laksa satu . Eh , kau nak tak
Diah?”. Tanya Ziah.
“Boleh gak ... kau belanja?”. Tanya
Diah kembali.
“Boleh lah ... asal kau tolong aku”. Balas Ziah. Diah hanya mengerutkan dahinya.
“Tolong aku ‘tacle’ Zuraimie.
Please...”. Bisik Ziah ke telinga Diah. Memandang Diah dengan penuh harapan.
Sengaja matanya dikebil-kebilkan. Berubah air muka Diah. Bagaimana mungkin dia
membantu Ziah memikat Zuraimie?. Takut
nanti sebaliknya yang terjadi ...
“Eeee ... kau ni . Aku tak buat lah
kerja-kerja macam ni. Soal hati ni susah nak cakaplah. Lagipun cinta mana boleh
dipaksa-paksa!”. Bantah Diah. Pak cik penjual laksa tersenyum mendengar
kata-kata Diah. Ziah menyenggong lengan Diah.
“Woii ... perlahanlah sikit. Malulah
aku!!”. Ziah jengkel melihat senyuman Pakcik penjual laksa itu.
“Hmmm ... tahupun malu!”. Diah
sengaja menyakitkan hati Ziah. Ziah muncung!
“Okeylah ... nanti aku cuba fikirkan
cara nak bantu kau ‘tacle’ dia tu”. Diah berjanji sambil menekankan perkataan
‘tacle’ itu. Ziah tersenyum.
“Tapi aku tak jamin ianya akan
berjaya. Cinta memang tak boleh dipaksa!”.
Diah mempertahankan pendapat dan pendiriannya.
“No no no ... mak dan bapak aku pun
dulu kahwin paksa ... mereka bahagia. Kalau tak , takkanlah aku boleh lahir ke
dunia ini!”. Jawab Ziah sambil tersengih.
“Itu kata kau. Kau tahu tak. Kalau
dah dipaksa duduk sebilik dengan perempuan. Lelaki mana yang boleh tahan nafsu
dia?!”. Bantah Diah.
“Eh kau ni Diah ... mempertikaikan
cinta mak bapak aku lak. Kang aku suruh kau bayar sendiri laksa ni baru tau!”. Jengkel Ziah mendengar jawapan
Diah.
“He he ... yelah aku tau mak bapak
kau memang ‘loving couple’!”. Diah mengalah.
“Hah, tau tak pa!”. Balas Ziah ,
puashatinya mendengar pengakuan Diah itu. Memang setahunya , mak bapaknya
memang ‘loving couple’. Dari dulu sampai sekarang.
“... dia ingat tak kat aku ye?.”
Setelah membayar kedua-dua bungkus
laksa itu , Ziah menarik tangan Diah berjalan bersamanya menuju ke rumah sewa
mereka. “Mulai hari ini aku kenalah buat baik lebih sikit pada kau. Kan ke kau
dah janji nak tolong aku pikat Zuraimie. Eeee ... bestnya kalau dia juga
sukakan aku! ”. Ziah berkata sambil tersenyum-senyum.
“Ee gatalnya minah ni!”. Balas Diah
sambil merentap tangannya , berjalan laju mendahului Ziah. “Ziah , macam
manalah aku nak tolong kau pikat dia. Dah sah-sah dia tu sukakan aku. Huh!
Macam manalah aku nak bagitahu kau perkara yang sebenarnya ini”. Fikir Diah.
Sepuluh
minit kemudian sampailah mereka di hadapan pintu rumah sewa mereka. Pintu
tertutup rapat menunjukkan masih belum ada ahli rumah mereka yang telah balik.
“Alamak ... Ziah , kau bawa kunci
rumah tak ?”. Tanya Diah sambil menyeluk-nyeluk beg tangannya.
“Eh kau ni , sejak bila lak aku ada
kunci rumah ni ? Hah! Kau jangan ... aku dah penat ni!”. Getus Ziah , memandang
Diah sambil mengetap bibirnya. Jengkel!
“Maaflah Ziah , aku memang tak bawa kunci ni. Rasanya
aku tertinggal dalam rumahlah”. Kata Diah.
“Betul ke? Cuba kau cari sekali lagi”.
Cadang Ziah sambil menuding ke arah beg tangan Diah. Diah mengangguk lalu
tangannya terus meraba-raba ke dalam beg tangannya. Agak payah kerana segala
macam barang disumbat masuk ke dalam beg itu , selagi muat!!.
“Eee ... sinilah , biar aku carikan”.
Tidak puas hati , Ziah segera merampas
beg tangan Diah lalu cuba mencari kunci rumah mereka.
Gagal mencari akhirnya
mereka saling berpandangan dan ... tanpa sengaja tangan Ziah tercapai sesuatu
lalu menariknya keluar - ‘pregnancy test’ milik Diah!. Matanya terbeliak besar
memandang dua garis merah yang tertera di atasnya. Matanya dibeliakkan lebih
besar lagi memandang Diah. Namun belumpun
sempat mulutnya berkata apa-apa...
“Eh , ada orang di luar rupanya!”. Satu
suara menyapa mereka dari dalam. Mesra
dan ceria. Pintu rumah dibuka dan kedua sahabat ini terpaku memandang Ba’ie
tercegat di muka pintu , sedang memerhatikan mereka.
“Hah!. Dah rupa macam orang kena
sampuk korang dua orang ni kenapa?”. Tanya Ba’ie melihatkan gelagat kedua
‘housemate’nya itu.
“Sorang bagaikan singa nak telan
orang dan yang sorang lagi macam tikus nak kena terkam kucing!. He he he”.
Ba’ie tertawa.
“Heii! Setakat tertinggal kunci tu
kira perkara biasalah. Takkanlah sebab tu pun sampai nak telan orang!”. Ba’ie
menyinggung siku Ziah.
“Hmm ... kau nipun satu Diah , kenapa
keluar tak bawa kunci ?”. Tanya Ba’ie lagi , terus membebel macam mak nenek.
“Ni hah , kawan baik awak ni. Tua
sebelum waktunya!”. Sindir Ziah sambil memandang Diah dengan tajam. Diah hanya
mendiamkan diri. Malu dan tidak pasti apa yang patut dilakukan. Habis hilang
gayanya!!
“Eee ... sedapnya bau . Rezeki
terpijak aku ke ni?”. Balas Ba’ie sambil mengerling bungkusan di tangan Ziah.
“Aha yalah tu ... eh , kami bawa
balik laksa ni. Jomlah makan sama”. Ajak
Ziah.
“ Tak pelah aku sebenarnya baru lepas
makan nasi goreng tadi”. Tolak Ba’ie dengan sopan.
“Kau beli ke ? ”. Tanya Ziah.
“Eh tengok orang lah . Kalau setakat
nasi goreng tu ... pejam matapun aku boleh masak!”. Balas Ba’ie bergurau
sebelum meninggalkan dua sahabatnya itu.
“ Yelah tu! Kau sajalah yang bagus!”.
Balas Ziah .
“Bagus gak. Bolehlah kita berbincang.
Ada banyak perkara yang kau kena bagitau aku!”. Bisik Ziah dengan suara yang
tegas. Diah serba salah.
“Betulke apa yang aku fikir ni?”.
Tanya Ziah dan Diah hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
“Huh!. Mana perginya janji kau pada
aku yang kau akan jaga diri dan korang tak mungkin akan tersalah laku?”. Ziah
memulangkan paku buah keras kepada Diah. Diah hanya diam membisu , tunduk dan
tidak sanggup menentang wajah Ziah yang sudah bagaikan singa lapar itu.
“Tak mungkin orang lain kan ?”. Tanya
Ziah. Diah terus membatu. Entah mengapa terasa
kecil benar dirinya di hadapan Ziah sekarang.
“Jawab soalan aku. Ini kerja ‘dia’
kan?!”. Ziah meninggikan suara. Kesal
dan marah sungguh dengan sikap sahabat karibnya itu.
“Jawab!!”. Ziah meninggikan suaranya lagi. Sukar baginya
menerima kebiadapan dan dosa yang telah dilakukan Diah. Setelah didesak begitu
, Diah akhirnya terpaksa mengaku.
“Perlahanlah sikit Ziah , nanti Ba’ie
dengar!. Betul ... , memang tak de orang lain lagi dah. ‘He’s the one and only!’ ”. Jawab Diah.
“Huh!. Tahu malu!!. So?! ...”. Tanya Ziah. Marah.
“So?!”. Balas Diah , tidak faham.
“So apa korang nak buat lepas ni?.
Takkan nak biarkan baby dalam perut tu membesar macam tu saja?!!”. Tanya Ziah
lagi. Marah benar dia dengan sikap Diah yang bagaikan ‘buat-buat bodoh’ itu.
“Kami akan kahwin”.Jawab Diah.
Pendek.
“Mudahnya kau berkata ...”. Ziah mula
mengomel.
“Ziah , please ... semuanya berlaku
tanpa dirancang. Kami tidak sengaja!”. Diah segera memotong kata-kata Ziah.
“Kan aku dah berpesan. Dah ingatkan
kau ... kalau berdua yang ketiga pasti syaitan!”. Ziah masih tetap marah.
“Ya , kami silap ...
janganlah kau marah lagi. Aku dah cukup tertekan sekarang ini. Kami tahu
kami bersalah , kami telah berbuat dosa ... tapi semuanya itu tak boleh ditarik
balik. Benda dah terjadi. Untuk menebus dosa itu , kami sama-sama akan bertanggung jawab. Lagi 2 minggu kami
akan bertunang dan 2 bulan lepas tu kami kahwin. Anak ini akan lahir berbapa!
Itu yang penting. Itu yang terbaik yang kami boleh lakukan sekarang”. Diah
menjawab dengan linangan air mata.
“Hish ... sudahlah. Nasi sudah
menjadi bubur. Apa gunanya kau menangis. Menyesal dahulu pendapatan , menyesal
kemudian tiada gunanya!. Ada sesiapa lagi yang tahu tentang perkara ini?!” . Ziah
menarik nafas panjang. Diam ... dan mula berfikir. Diah menggelengkan kepala.
“Takde ... minggu depan Raziq akan ke rumah aku ,
berterus terang dengan mak dan ayah aku. Kau rasa mereka akan marah tak?”. Diah masih bertanya walaupun dia sendiri
sudah tahu jawapannya!.
“Gila kau , tentulah mereka akan
marah. Tapi aku rasa mereka juga sedar yang mereka tiada pilihan lain melainkan
menerima cadangan kau orang.Tapi apa-apapun aku sangat kesal dengan perbuatan
kau orang berdua. Kau tahu tak , anak yang bakal lahir ni pasti malang
hidupnya. Kau ingat , senang ke nak hidup sebagai anak luar taraf?. Salah mak bapak , anak yang menjadi mangsa!!?.
Ziah melepaskan geramnya. Marah betul
dia dengan keterlanjuran sahabatnya itu. Diah hanya mendiamkan diri. Kemarahan
itu disambut dengan linangan air mata. Diah juga sangat kesal dengan apa yang
telah berlaku.
“Sudahlah ... jom makan laksa. Apapun
... hidup mesti diteruskan!”. Ziah menutup bicara.
Tangannya pantas membuka plastik laksa dan menuangkannya ke dalam dua mangkuk.
Satu buat dirinya dan satu lagi dihulurkan kepada Diah. Mahu tidak mahu Diah
menyambutnya juga. Seleranya sebenarnya telah tertutup lebih-lebih lagi apabila
mengenangkan nasib diri dan takdir yang bakal dilaluinya.
Tiba-tiba , Ba’ie muncul
semula lalu menyertai mereka. Dengan selamba mengangkat mangkuk laksa Diah
dan menikmatinya sesudu dua. Akhirnya
dengan senyuman , Ba’ie membuka mulut.
“Eh , tadi kau orang ada nampak
Zuraimie tak?” Tanya Ba’ie selamba.
“Kenapa?”. Keras kedengaran suara
Ziah. Dahinya dikerutkan. Tiba-tiba timbul rasa cemburu , macamlah Zuraimie itu
miliknya!.
“Eh , kau ni macam marah je . Apahal?”. Tanya Ba’ie kebingungan dan
jengkel dengan nada suara Ziah.
“Bukan apa , hari tu Zuraimie ada
‘slow talk’ ngan aku. Dia kata , dia ada suka sorang minah ni. Tapi tak berani
nak berterus – terang. Aku teruja sangat nak tahu siapa minah tu. Manalah tahu
kalau kau orang tahu. Lagipun kan kau orang selalu study sama. Mmm ... yang
pasti dah tentu bukan kau orang berduakan?”. Ba’ie menduga.
“Apasal lak?”. Geram Ziah mendengar
komen Ba’ie itu.
“Yelah , kalau dah satu ‘study group’ , maknanya status
kau berdua ialah kawan baik je atau paling-paling BFF. Tak mungkin jadi ‘idaman
hati’ dia!. Lagipun kalau dia sukakan kau orang berdua mesti dia tidak teragak-agak
nak bagitahu sendiri. Kamu bertiga kan dah saling mengenal hati budi
masing-masing!”. Sambung Ba’ie meluahkan pendapatnya.
“Hah, habis kau ingat dia sukakan
kaulah?!. Kau fikir dia baik ngan kami berdua pasal nak ‘tacle’ kaulah?. Ceh ,
perasan lebih lah kau ni!”. Marah Ziah apabila mengetahui yang Ba’ie juga ada hati terhadap
Zuraimie. Dia seperti terasa kedudukannya tergugat kerana Ba’ie itu boleh tahan
juga lawanya.
“Tak le macam tu ... cuma aku harap
akulah orang yang dimaksudkannya itu. Kau berdua pun tahukan , tak lama lagi
kita dah nak tamat khusus ni. Aku masih takde calon suami. Aku risau jugalah ,
nanti kalau dah mula bekerja , dah jadi cikgu ... kita dah sibuk takde masa nak
cari teman hidup!”. Sambung Ba’ie. Ba’ie melahirkan resah hatinya.
Diah dan Ziah hanya mendiamkan diri.
Bagi Ziah , ada betulnya kata-kata Ba’ie. Cikgu lelaki kan dah hampir pupus.
Kalau adapun dua tiga kerat saja di sekolah. Itupun sudah beristeri. Takkan nak
jadi ‘no 2’ atau ‘no 3’. Minta simpang. Membina kebahagiaan atas air mata orang
lain. Jika diberikan pilihan , mana ada perempuan yang sanggup bermadu. Kalau
adapun hanyalah perempuan yang pasrah dengan takdir yang tersurat buat diri
mereka!.
Diah pula bingung .Tidak pasti apakah
respon yang patut diberikan. Matanya merenung Ziah dan kembali ke wajah Ba’ie.
“Aduh , apa nak cakap ni?...”.
Fikirnya.
“Kenapalah semua housemate aku ni
sukakan lelaki yang sama dan lelaki itu pulak sebenarnya sukakan aku yang telah
ternoda ini. Huh!”. Diah bingung memikirkannya.
... ‘gadis idamannya’ itu adalah aku
Melihatkan reaksi Diah
dan Ziah yang agak pelik , Ba’ie terasa seperti telah berada di tempat yang
salah pada masa yang tidak sesuai. Didorong oleh rasa tidak selesa itu Ba’ie meninggalkan Ziah
dan Diah. Namun begitu , ada senyuman dibibirnya!
“Hei, dahlah ... mari kita habiskan laksa ni”. Diah
mengejutkan Ziah dari lamunannya.
“Eh Diah , kau rasakan ... Ba’ie tu betul-betul ke sukakan Zuraimie?”. Tanya
Ziah. Cuak juga rasa hatinya apabila mengetahui yang Ba’ie kini adalah
pesaingnya.
“Kau pun sendiri dah dengar pengakuan
diakan”. Balas Diah.
“Dengar!. Ini yang aku tak suka ni ...
aku tak suka nak bersaing. Dengan ‘housemate’ pulak tu. Kau rasalah , apa patut
aku buat?. Perlukah aku ‘declare’ kat Ba’ie yang akupun sukakan Zuraimie.
Akupun harap yang ... ‘gadis idamannya’ itu adalah aku. Kau tahu tak , sejak
akhir-akhir ini aku asyik teringatkan diaaa ... je. Aku ni dah betul-betul
sukakan dia!”. Ziah pula melahirkan kerisauan hatinya. Mengharap sahabatnya itu
akan menyokongnya.
“Eee ... kau ni . Cubalah insaf
sikit. Tak baik tau asyik fikir pasal dia. Maksiat fikiran tu namanya!”.
Nasihat Diah tetapi segera terdiam , “Paku serpah paku serpih , mengata orang aku yang lebih!”.
Terkedu apabila terkenangkan keterlanjuran dirinya.
Ziah masih tidak puas hati ... dia
masih belum mendapat jawapan kepada soalan yang bermain difikirannya kini.
“Diah ... kau rasa lah , ketika ini
... pada saat kita sedang berbicara ini , dia ingat tak kat aku?”. Tanya Ziah ,
agak terdesak.
“Siapa?”. Balas Diah.
“Siapa lagi ... Zuraimie tu lah!”.
Ziah agak jengkel dengan respon Diah.
Diah terdiam panjang. Fikirannya
bercelaru. Takkanlah dia hendak beritahu Ziah yang Zuraimie sebenarnya meminati dirinya dan bukan Ziah
atau Ba’ie!. Rasa kasihan bertapak di hatinya melihat penasaran sahabatnya itu.
“Aku mesti membetulkan Ziah ...
jangan terlalu mengharap. Tapi ... takkan nak kata , Ziah, sebenarnya aku rasa
Zuraimie tu syok kat aku bukan kau atau Ba’ie! Eee ... tak boleh ... tak boleh ...
habis tu....?”. Diah resah sendiri.
“Hei , aku tanyalah bukan suruh kau
berangan!”. Marah Ziah.
“Opss! ... sorry , Ziah aku nak bagi
tau kau sesuatu. Sabar dan dengar ye”. Akhirnya Diah mendapat idea.
“Suspen je bunyinya!”. Balas Ziah.
“Dengar!”. Arah Diah. Ziah segera
menutup mulutnya.
“Ziah , sebagai sahabat baik kau yang
sangat memikirkan kebahagian kau , aku rasa menjadi tanggungjawab aku untuk
mengingatkan kau agar jangan terlalu mengharap kepada sesuatu yang tidak pasti”.
Nasihat Diah.
“Maksud kau ...”. Ziah tidak mahu
faham.
“Yelah ... kau sendiri pun tahu yang Zuraimie tu tak ada
apa-apa perasaan pada kau. Jadi ... janganlah terlalu mengharap. Aku takut kau
akan kecewa nanti” . Diah berterus terang.
“Sebab aku tahulah , aku perlukan kau untuk mambantu aku mendapat kan dia. Lagipun aku tahu ... dia
sebenarnya suka pada kau!”. Terkejut Diah mendengar kata-kata Ziah. Tidak
disangkanya Ziah sedia tahu perkara sebenar.
“Apa ... kau tahu?”. Diah benar-benar
terkejut.
“Yup! Takkan kau tak tahu lagi ... I’m a good observer! But ... dengan keadaan kau
sekarang , aku tahu tak mungkin kau akan menerima diakan?”. Tanya Ziah dan Diah
hanya mengangguk.
“Habis tu ...”. Balas Diah
kebingungan.
“Habis tu ?. Hei! kawan , since aku ni sahabat baik kau. Kau
tolonglah aku .Please ...”. Rayu Ziah sambil mengebil-ngebilkan matanya sekali
lagi , minta simpati.
“Mmm ... yelah aku tolonglah mana
yang boleh!”. Diah akhirnya mengalah.
“Cam tulah ... barulah tenang hati
aku ni. Tapikan Diah , perlukah aku berterus terang dengan Ba’ie?”. Tanya Ziah.
“Tak yah lah. Kau risau apa, ‘the
best lady , win!’. Betul tak?. Jadi ajelah diri kau yang sebenarnya. Berdoa
pada Allah. Jika dia tu memang jodoh kau tentu akan bersatu jugakan ?”. Jawab Diah. Ziah menganggukkan
kepala dan mereka sama-sama tersenyum.
Tanpa mereka sedari ,
Ba’ie sedari tadi memasang telinga
mencuri dengar setiap perbualan mereka. Berketap bibirnya menahan marah. Helahnya merekacipta cerita kononnya Zuraimie
meminati ‘ seorang gadis’ itu telah
gagal. Niat hatinya untuk memberitahu
rakan serumahnya agar tidak memikat Zuraimie telah tidak kesampaian. Hakikatnya
Zuraimie langsung tidak pernah bercerita apa-apa dengannya. Sebenarnya Ba’ie
hanya ingin menyampaikan hasratnya untuk menjadi teman istimewa Zuraimie kepada Ziah dan Diah dengan harapan kedua
rakan serumahnya itu akan memihak kepadanya dan tidak menjadi pesaing yang akan
menghalang hasratnya itu.
‘Jangan disangka air yang tenang
tiada buaya’
‘Bagai gunting dalam lipatan’
‘Bagai api dalam sekam’ . Ketiga-tiga
peribahasa ini mungkin sesuai untuk menggambarkan sikap Ba’ie yang sebenar.
Cahaya bulan menerangi alam
Indah dipandang di kala malam
Nun si pungguk merindu dendam
Tangiskan bulan yang kian terbenam
Ayuhai malang kian kelam
Tatkala awan mengucap salam
Impian ini kian menyilam
Gundah gulana hati di dalam
Angan tak capai cita semalam
Saatku lemas cintaku karam
Engkau sahabat akrabmu suram
Gerak tingkahmu buatku geram
Impianku hancur hasratku padam
Perasaan penasaran ... Mac 1994 |
No comments:
Post a Comment