|
Lukis jea ... mantan pengetua SMK DABB
Sebagai cenderahati |
Tugasan ...
Menyempurnakan tugasan. Aku anggap permintaan utk melukiskan potret mantan pengetua sekolah kami sebagai tugasan.
Rasa terbeban?
Taklah ... sebab aku memang suka melukis.
Cuma potret memang bukan kategori lukisan kegemaranku ... but yet ... ia masih sebuah lukisan. ... dan pula, selagi boleh memudahkan dan buat orang lain gembira, aku ok je.
Seperti yang selalu dipesan arwah bondaku...'memberi ... jangan tunggu kaya'.
Aku improvise skit ... 'memberi ... jangan berkira'.
'Memberi' itu bukan juga semestinya atas wang ringgit.
Menjadi pendengar yang baik ...
Menjadi teman yang memahami ...
Menjadi insan yang suka melihat orang lain bahagia dan tersenyum ...
Itu semua adalah 'harta' yang boleh kita berikan tanpa perlu memikirkan balasan dan keuntungan yang boleh kita terima.
Kerana bagi kita ... seorang muslim, tiada yang lebih tinggi nilainya daripada dipandang Allah dengan kasih sayangNya , mendapat redhaNya atas tiap hembusan nafas yang dihela.
K ... mari ku kongsikan proses melaksanakan tugasan tersebut.
Dimulai dengan lakaran kasar .
|
Lakaran kasar ... lakaran ni agak menyimpang daripada wajah sebenar tuannya. Tapi takpe ... namapun lakaran kasar. Just nak tentukan dudukletaknya mata...mulut...hidung ...bla bla |
|
Now...step 2. Yang ni aku dah mula menekankan perincian wajah. Paling penting pada peringkat ini ... 'air muka' siempunya wajah mesti sudah kelihatan.
Agak sukar jugak...masa ni aku akan betul2 membelek raut wajah secara terperinci.
Cabaran utama ialah biasanya gambar yang diwhtsapp kepada aku atau gambar yang aku cari dalam media sosial tuan empunya wajah yang perlu ku lukisni, gambarnya tidak jelas.
Masa ni lah aku akan melihat menggunakan 'mata hati'.
Apa tu?🤣🤣🤣🤣🤣 ...
... agak2 ikut firasat dan naluri akulah!. Kira nasiblah gak ... kadang kena tepat , kadang tidak😅
Lebih senang kalau orang itu kita kenal dan biasa 'belek' wajah dia.
Mantan tuan pengetua ni orangnya berjanggut sedikit. Malangnya tak.pernah tergerak pulak hati aku nak 'merenung' janggutnya tu. Aku tanya2kan pada kekawan sekeliling ku ...
"Mantan ada janggut ke?"
"Ada ... nipis je kak"
Nipis? ... boleh pulak janggut nipis. Mungkin maksudnya jarang.😄
Kebetulan, seorang ustaz yang duduk.depan aku memang berjanggut. Dan kebetulan juga dia lalu ketika aku tengah nak mula melukiskan part janggut.
Maka spontan aku bertanya ...
"Ustaz ... boleh tengok janggut?".
Jawapannya ... buat aku nak tergelak dan terfikir, "Uish rozai ... tak sesuai tanya cam tu. Kalau nak tengok ... tengok jelah senyap2'🤦♀️🤦♀️🤦♀️🤦♀️🤦♀️
Nak tahu apa ustaz tu jawab ...
"Eh! Janganlah. Janggut saya berserabut". Sambil malu2 alang cuba menutup janggutnya!
🤣🤣🤣🤣🤣 |
|
Ok ... ni part akhir...masa ni aku gunakan pen 'artline' utk menimbulkan perincian pada bahagian2 tertentu. Nampak tu ... matanya sudah kelihatan 'agak hidup' dalam kepingan kertas lukisan ni.
... dan seterusnya hinggalah selesai ... seperti yang tertera pada permulaan celotehku di atas.
Terima kasih sebab setia membaca coretan merapuku di sini. Moga bahagia singgah di hati kalian tatkala mbaca coretanku.
😋
-peace-
>__< |
No comments:
Post a Comment