Popular Posts
-
Lukis jea ... saat kamu jatuh Cebisan kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri ... kisah ini adalah satu daripada jutaan rasa yang...
-
Bab 25 : Kita redah bersama Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama Dan setelah hati itu memilih ... Maka teruslah m...
-
Lukis jea ... yang tidak sempurna... Inilah lukisanku yang tidak sempurna...pudar...sepudar rasaku sekarang ni. Hilang mood aku untuk m...
-
Lukis jea ... Hajatku ***Selamat ulang tahun ojai...*** ojai Dalam ingatan jelas terbayang Mengusik rasa yang lama tenggelam ...
-
Berbekas ... Air terjun yang mengalir tak mungkin pernah kembali ke laluannya ... Tika kaki melangkah Tinggalkan jejak-jejak Berb...
-
Lukis jea ... Layanz... Jom layan ... cantik tu nombor 2... Yang penting... aku layan n nikmati apa yang aku buat Dari jari yang melo...
-
Ceritakan ... C eritakan kisah nan gemilang E rti hidupnya jiwa insan nan malang? R ia pilu tawa sendu nan bersilang I ndah sang mata ...
-
Aku suka Fizik ... Sebab ... ia ajar aku menghargai ilmu ia ajar aku menghargai orang bijak pandai ia ajar ...
-
Lukis jea ... Rapuh Semalam aku pulang ke rumah dengan rasa kesal yang amat sangat. Berat kepalaku. Dalam umur begini , urat2 di kepala n...
-
Hee ... gambar ni aku lukis n aku hantar pada 2 orang. Orang pertama tak terima sebab dia kata raut wajah yang ku lukis tu tak sama deng...
Tuesday, 30 August 2016
Lukis jea ... penyuluh jalan pulang
Kisah hari ini ...
Pilu hati , aku melihat juraian air mata seorang ibu yang hancur remuk hatinya.
Dihempas anak sendiri yang ditatang setinggi gunung.
Dengan tulang empat kerat dan titisan peluh yang mengalir ...
Harapan yang punah
Kepercayaan yang dimusnah
Oleh seorang insan yang bergelar 'anak'...
Dan aku ... sedaya mungkin menahan titisan jernih menitis dari kelopak mataku.
Cukuplah juraian air mata dari hati seorang ibu yang remuk membanjiri ruang petang ini.
Tika riuhnya hilai tawa menghitung detik merdeka
Tika langit dihujani percikan bunga api
Dalam diam ... ada hati yang terluka.
31 Ogos 2016
Merdeka Malaysia
Merdekakah warganya?
Labels:
Lukisan jea dan puisi.

Friday, 26 August 2016
Lukis jea ... lukisan itu belum sudah...
Labels:
Fikiranku

Saturday, 20 August 2016
Novel 2:Selepas Hujan Bab 6
BAB 6 : ABANG ANIP BERUBAH
SIKAP?
Seminggu kemudian ... perubahan yang memeranjatkan!
Ziah bersiap-siap. Memasukkan tiga
pasang baju kurung ke dalam beg sandangnya. Setiap helai dipadankan dengan
tudung yang sesuai. Setelah selesai , Ziah ke ruang tamu. Abang Anip sedang
leka membaca surat khabar . Begitu khusyuk sekali . Mungkin terlalu banyak
berita sensasi yang mampu mengusik dan menyentuh emosi dilaporkan sejak akhir-akhir ini. Lebih-lebih
lagi kisah sumbang mahram , pembuangan bayi yang semakin berleluasa , gejala sosial remaja dan kes-kes jenayah yang
semakin meningkat.
“Hmm ... baca surat khabar. Apa pulak
berita hebat hari ini?!”. Fikir Ziah sebaik saja terpandangkan abang Anip.
Ziah duduk di atas tangga veranda
rumah itu sementara menunggu cikgu Karim bersiap untuk menghantarnya ke perhentian
bas Kuantan . Hari ini Ziah akan turun ke KL. Ba'ie sahabatnya telah berjaya memujuk Ziah untuk hadir majlis konvokesyen mereka sebagai guru. Kalau ikutkan hati , Ziah sudah malas mahu berkunjung semula ke tempat di mana 'hatinya belajar erti kehilangan ...erti terluka dan kecewa'. Hilang cinta dan sahabat ... kecewa dengan segala yang berlaku dan terluka apabila cintanya bagaikan dipermain. Harapan yang diberi hanya untuk mengajarnya erti kecewa. Cinta yang ditawar hanya untuk melakar sejarah duka. "Huh! ...ke sana semula aku akhirnya". Keluh Ziah.
Ziah termenung di veranda. Sengaja ke veranda ... malas dan tidak mahu duduk seruangan
dengan abang Anip. Bengkak hatinya
mengenangkan keangkuhan dan buruk laku lelaki itu.
“Benci! Sombong! Berlagak baik!
Cehh!!” Ziah mencemuh dalam hatinya. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di antara
mereka pula kini berlegar dalam ruang ingatannya dan segalanya memang amat menyakitkan hati!.
“Berani dia merentap tangan aku dan
marah-marah sesuka hatinya!”. Fikir Ziah sambil terus memusingkan pergelangan
tangannya yang masih sakit akibat direntap kuat.
“ Eeee ... tak puashati betul!. Hanya kerana
aku tak jawab pertanyaan dia. Kenapa aku menangis konon!. Macamlah dia tu
prihatin sangat. Apasallah aku tak marah dia balik puas-puas masa tu!. Aku
nipun satu , yang nak takut sangat dengan dia tu pasal apa?. Takkanlah sebab
aku menumpang di sini maka aku kena patuh dan layan je segala kerenah dan
kehendak dia!. Eeeee ... tolong skit!!”. Fikir Ziah lagi apabila terkenangkan
peristiwa sewaktu makan malam tempohari.
"Suka hati je rentap tangan orang. Apa tak sekolah ke?. Kan ke berdosa perempuan dan lelaki yang bukan muhrimnya bersentuhan. Huh! Tak sekolah!!". Kutuk hati Ziah. Mulutnya di cebik-cebikkan dan
keningnya berkerut-kerut , terbawa-bawa dengan emosinya.
Tiba-tiba Ziah tersenyum sendiri apabila cuba
membayangkan abang Anip sedang berdiri di hadapannya dengan wajah yang tunduk pasrah
mendengar segala cemuhan dan kutukan yang dilontarnya.
“Tentu seronok jika dapat luahkan semua rasa tidak puashati tu di hadapan mukanya sendiri”. Fikir Ziah. “Bayangkan
kalau aku boleh herdik dia balik , ‘Oii! Mak bapak kau tak ajar budi bahasa ke?. Dahlah kolot! Berlagak
bagus! Sombong pulak tu!!”. Ziah berangan.
Tiba-tiba angannya terputus dek riuhnya bunyi beberapa ekor ayam jantan yang mula bergaduh sesama sendiri . Masing-masing
menunjuk hebat untuk menarik perhatian
satu dua ekor ayam betina yang sedang mengais tanah di situ.
“ Haii ayam ...
kot ye pun nak tunjuk hebat , tak payahlah sampai nak bergaduh. Tak cukup ke
dengan lawan berkokok. Siapa yang kokokannya paling panjang dan merdu , dia
menang. Kan senang gitu ... badanpun tak sakit. Eeee ayam , kau ni betul-betul
macam tuan kau. Serabut!!”. Kata Ziah sambil membayangkan wajah abang Anip!.
“Berapa hari balik KL?”. Suara
menyapa dari arah belakang. Ziah terkejut. Kenal sangat dengan suara itu.
“Huhh!!. Sibuk aje!!!”. Ziah mencemuh perlahan , benci.
Rupa-rupanya abang Anip sengaja
menunggu peluang untuk bercakap dengan Ziah. Ziah buat-buat tidak mendengarnya.
“Eee ... tak payahlah sibuk!. Mimpi apa agaknya malam tadi ... tiba-tiba nak beramah mesra. Hipokrit!!!”. Fikirnya lagi. Perangai
buruk abang Anip memang tidak boleh dimaafkan.
“Aku bukan mak kau yang sanggup
terima segala kerenah buruk kau. Dahlah memalukan aku dan menghina Kamal yang
baik itu. Ada hati nak beramah mesra ngan aku lak. Cehh!”. Fikir Ziah lagi.
“Balik KL berapa hari?”. Abang Anip mengulagi pertanyaannya. Sengaja
suaranya dikuatkan. “Pekak agaknya minah ni!”. Fikir abang Anip.
“Err ... dua tiga hari”. Jawab Ziah
acuh tak acuh, terpaksa juga menjawab. Malas untuk melayan pertanyaan lelaki sombong itu.
“Haah dengarpun. Ingatkan betul-betul
pekak tadi!”. Fikir abang Anip. Tersenyum sinis.
“Maksudnya?” . Tanya abang Anip lagi cuba memberanikan diri lalu mula
mengambil tempat di sebelah Ziah. Walhal dia sendiri tidak mengerti mengapa dia harus
berbuat begitu!.
“Eeee ... apahal pulak mamat ni!”. Kata suara hati Ziah. Diam tidak menjawab.
Tidak selesa dengan kehadiran abang Anip. Ziah berpura-pura mencari sesuatu
dari dalam beg sandangnya.
Melihatkan
sikap Ziah bagai acuh tidak acuh itu , abang Anip jadi serba salah lantas bergerak turun dan berdiri di
anak tangga yang terakhir. Memandang tepat ke wajah Ziah.
"Ah! sudah ... apa pulak yang aku buat ni?". Fikir abang Anip , tidak faham dengan tindakan spontannya. Ziah jadi serba salah. Takut pun ada. Mana tidaknya
, segalanya mungkin bila bersama lelaki ini. Anginnya boleh berubah bila-bila masa!.
Keresahan Ziah sebenarnya tidak berasas kerana abang Anip sendiripun resah gelisah!
“Eee ... kenapa aku ni?. Buat apalah
berdiri betul-betul depan muka dia ni ... aduh! Masak aku. Nak buat apa ni?!!”. Katanya dalam
hati.
“Errr ... tak lama, konvo Isnin ni.
Selasa baliklah”. Jawab Ziah pendek tanpa memandang wajah abang Anip. Gementar
hatinya ... entah mengapa ... sukar untuk dimengertikan.
“Hmm ... ingatkan tak dengar!”. Abang Anip terpaksa menyindir. Sengaja berbuat begitu untuk 'cover' keresahan yang memuncak. Ziah bengang. .....
“Benci! Benci! Benci!!” . Pekik hati
Ziah.
“Cehh! Masih ada hati nak sakitkan hati orang.
Memang dasar mulut longkang!”. Ziah betul-betul geram. Membungkamkan dirinya.
Mukanya kelat mencuka. Abang Anip tersenyum lebar ... geli hati melihat muka
muncung Ziah dan entah mengapa dia juga terasa amat lega. Resahnya
tadi hilang begitu saja ... .
Setelah diam seketika , abang Anip menyambung
perbualan.
“Hmm ... lama juga tu . Empat harikan?”. Katanya tapi Ziah diam , tidak menjawab. Hatinya masih marah. “Errr ... dah siap?” . Tanya abang Anip.
Matanya terus memandang tepat ke wajah
Ziah. Ziah hanya menganggukkan kepala. Sengaja tidak mahu mengangkat muka.
Hilang gaya dan serba salah apabila terus dipandang begitu.
“Jomlah , abang hantarkan!”. Bagaikan hendak gugur jantung Ziah mendengar pelawaan
abang Anip. Matanya terbeliak besar memandang tepat wajah abang Anip.
Terkejut! . Lebih terkejut lagi apabila melihat perubahan pada wajah lelaki
ini. Rambutnya disisr kemas ke tepi. Jambang yang tumbuh meliar sudah dicukur .
Misai yang menutupi bibir dipotong nipis ... “Biar betul!!”. Fikir Ziah. Abang
Anip tersenyum memandang reaksi wajah Ziah. “Eh! Kenapa pandang macam tu?”. Teguran abang Anip menyedarkan Ziah.
“Ulluppss!!”. Ziah menelan air liurnya , tak terkata apa!
“Jomlah , abang hantarkan!”. Ulang abang Anip lagi. Ziah
mengerutkan dahinya.
Sepatutnya cikgu Karim yang menghantarnya ke bandar Kuantan,
bukan abang Anip. Bukan dia!!. Semalam
lagi cikgu Karim sudah berjanji dengannya. Kenapa mungkir?. Jika Ziah tahu dia
akan dihantar lelaki ini , baiklah dia membatalkan saja niatnya. Sekarang semuanya sudah terlambat , lelaki sombong penuh misteri yang
sudah bertukar wajah itulah yang akan menghantarnya ke Bandar Kuantan!.
“Eh bermimpikah aku ini. Sejak bila pulak
aku berjanji dengan dia?”. Getus suara hati Ziah. Protes! Tidak suka dengan perubahan dan sikap baik yang cuba ditunjukkan
abang Anip. Baginya semua itu hanyalah lakonan semata-mata.
“Plastik!”. Bisik hatinya. Selama lebih sebulan tinggal
serumah , lelaki itu tidak pernah sebaik dan sesopan ini. Lelaki ini sentiasa
bersikap kasar dan menjengkelkan. Pandangannya penuh kebencian dan kata-katanya
berbau dendam yang tak kesudahan. Sungguh menjengkelkan!
“Err ... tapi ... pakcik kata akan
hantar Ziah petang ni”. Jawab Ziah. Tidak
mahu menerima bantuan daripada abang Anip.
“Tak jadi ... dia ada urusan lain .
Abang hantar Ziah. Marilah , nanti habis tiket bas pulak!”. Jawab abang
Anip sambil terus berlalu ke arah kereta. Membiarkan Ziah termangu-mangu.
“Hah cepatlah! Tunggu apa lagi?”.
Jerit abang Anip apabila Ziah masih juga tidak berganjak.
Mahu tidak mahu Ziah terpaksa akur ...
mengangguk lalu mengikut abang Anip memasuki kereta. “Eeee ... kenapalah tempat ni tak da bas masuk!”. Bentak hatinya. Matanya pula
memandang sekeliling mencari-cari bayangan Miah. Berat sungguh hatinya untuk ke
Bandar Kuantan berdua sahaja dengan abang Anip.
“Miah pun tak kelihatan! . Ini mesti
satu konspirasi !!”. Getusnya di dalam hati.
“Benci!! Mereka sengaja nak kenakan
aku!” . Jerit suara hatinya. Tangannya menarik-narik tali beg tangannya. Geram!
Kereta berlalu pergi meninggalkan
perkarangan rumah cikgu Karim. Ziah membatukan diri. Sengaja tidak mahu memandang atau berborak
dengan abang Anip. Dia berpura-pura membaca novel cinta yang dibelinya lama
dulu.
“Eee ... salah-salah cakap , kang tak
sampai aku ke Bandar Kuantan. Baik aku diam je...”. Fikir Ziah.
“Hemm , menarik ke cita yang dibaca
tu?” . Tanya abang Anip , memecahkan kesunyian.
“Err ... ya!”. Jawab Ziah sepatah.
“Huhh ... dah biasa baca buku
terbalik?”. Tanya abang Anip sambil tersenyum sinis. Ziah mengerutkan dahinya
lalu melihat novel di tangannya.
“Aduhhhh ... malunya!!”. Kata hati Ziah apabila mendapati
novel itu dipegangnya secara terbalik!. Ziah tersengih-sengih tak tentu rasa.
“Kenapa? Ziah tak suka abang
hantarkan?”. Tanya abang Anip, berterus-terang. Serius benar wajahnya.
“Eh taklah ... errr ... Ziah cuma takut kalau
Ziah telah menyusahkan abang”. Jawab Ziah , cuba menyembunyikan jawapan
sebenarnya. Ziah tidak menyangka abang Anip akan bertanya seperti itu. Patutkah
dia berterus-terang saja , “Ya, Ziah memang tak suka abang hantar!!”. Fikir
Ziah di dalam hati. “Hushh ... bahaya. Kang tak pasal-pasal dia tinggalkan aku
kat tengah-tengah hutan ni”. Fikir Ziah sambil matanya liar memandang keluar.
Paya , anak sungai , hutan kecil dan sebiji dua rumah adalah pemandangan yang
akan dilihat sepanjang perjalanan dari Pagan Sena ke Bandar Kuantan.
“Ziah , abang tahu Ziah tak sukakan
abang. Abang tak salahkan Ziah sebab sejak mula Ziah datang ke rumah abang, abang tidak pernah
layan Ziah dengan baik. Malah kita selalu bertengkar dan menyakitkan hati satu
sama lain”. Kata abang Anip.
“Tahu pun!”. Bisik hati kecil Ziah.
“Abang juga tahu yang Ziah juga tak
selesa dengan cadangan mak dan abah abang ... pasal kita. Maafkan abang” . Abang
Anip menyambung kata.
“Memang pun!!!”. Jerit hati Ziah.
“Eeee ... kita?. ‘Kita ’ tak pernah
wujud , okey?!”. Jerit suara hati Ziah lagi. Geli mendengar perkataan ‘kita’
yang keluar daripada mulut abang Anip , lelaki ego itu!.
“Taklah ... Ziah tak kisahpun.
Lagipun Ziah tak minta dilayan . Abang sekeluarga sudi menumpangkan Ziah pun dah cukup baik. Ziah ,
bersyukur sangat. Kalau tidak , tak tahu nak tinggal di mana. Pasal perkara kedua
tu , Ziah dah lupakan ...” . Ziah berbohong. Apa yang ada di kepala tidak sama
dengan apa yang diluahkan.
Abang Anip hanya mendiamkan diri mendengar
jawapan Ziah. Raut wajahnya nampak lembut , tidak lagi keras kaku seperti
selalunya. Dia menoleh memandang Ziah , Ziah terdorong untuk membalas pandangan
tersebut namun Ziah tidak pasti sama ada dia patut senyum atau sebaliknya.
Akhirnya Ziah menundukkan semula kepalanya ...
“Ziah , boleh kita mulakan segalanya
semula?”. Tanya abang Anip. Ziah
tergamam mendengar permintaan itu. Wajah abang Anip ditatapnya.
“Mulakan segalanya semula? ... Pelik!”.
Fikirnya , dahinya berkerut.
“Abang tak mahu Ziah terus
beranggapan buruk terhadap abang. Abang janji yang abang akan cuba mengubah
diri abang menjadi orang yang lebih baik ”. Pinta abang Anip.
Ziah bingung , menjadi lebih tidak faham.
“Untuk apa semua perubahan itu?”. Fikir Ziah. Soalan abang Anip itu tidak
dijawab.
Kereta terus dipandu laju ke arah bandar Kuantan. Bersama pertanyaan mengandungi permintaan yang tidak dijawab akhirnya mereka tiba di
Bandar Kuantan. Abang Anip menghentikan keretanya di kawasan tempat letak kereta
di pinggir stesen bas Kuantan.
“Hmm ... dah sampai”. Abang Anip
berkata sambil memandang Ziah. Ziah hanya mengangguk lalu cuba membuka tali
pinggang keledar yang dipakainya. Entah mengapa , tali pinggang itu tersekat
lagi , bagaikan tidak mahu tercabut . Puas Ziah menekan dan mencubanya
berkali-kali.
“Eeee ... asyik buat hal lah kau ni!”. Rungut Ziah di
dalam hati sambil terus mencuba.
Melihatkan keadaan Ziah masih gagal
membuka tali pinggang keledarnya , abang Anip terus menutup semula pintu kereta
yang telah terbuka.
“Mari abang tolong. Ini kereta lama , semuanya
dah tua. Kereta lama macam ni tak boleh kasar-kasar. Kena lembut-lembut ,
barulah boleh!”. Abang Anip berkata sebelum menolong membukakan tali pinggang keledar
yang dipakai Ziah . Ziah diam , mencuri pandang pada riak wajah lelaki ini ...
ada senyuman di wajahnya!. Terpegun Ziah melihat senyuman itu . “Sweet!”. Fikir
Ziah sebelum segera mengalihkan pandangannya.
Menyedari dirinya sedang diperhatikan
, abang Anip sengaja melambat-lambatkan gerakannya. Setelah mencabut kepala
tali pinggang tersebut , abang Anip tidak terus melepaskannya sebaliknya
mengalihkannya sendiri hingga ke sisi kiri Ziah. Ziah terkejut dengan perlakuan
berani abang Anip itu. Perasaannya sungguh gemuruh apabila tangan abang Anip
menjangkaui sempadan melepasi dirinya.
“Ahh!!”. Kata hati Ziah. Mereka
terlalu dekat!!.
“Jom , beli tiket”. Abang Anip berkata
sambil menatap wajah Ziah yang cemas . Ziah tidak selesa , duduk badannya ditegakkan. Suaranya
bagaikan terkunci apabila wajah abang Anip begitu dekat dengannya.
“Hmm ...
jom!”. Kata abang Anip lembut sebelum melepaskan tali pinggang keledar yang
dipakai Ziah , tersenyum menampakkan barisan giginya yang tersusun kemas.
“Jahat!!!”. Kata Ziah perlahan
sebelum turut keluar daripada kereta untuk mengekori jejak abang Anip dari belakang.
“Eeee ... apasallah aku ni gemuruh
sangat , pegi tenung muka dia pulak tu!. Eeee ... tak pasal-pasal perasan lebih pulak mamat tu karang!”. Getus hati Ziah sambil mengetuk-ngetuk
kepalanya beberapa kali. Kesal dengan tindakannya . Cuak kalau-kalau abang Anip sedar akan gemuruh perasannya tadi.
Malu!
Sampai sahaja di kaunter tiket , abang
Anip terus berbaris. Ziah pula duduk di kerusi menunggu sambil matanya tidak lekang daripada terus
memerhatikan abang Anip.
“Pelik benar perangai lelaki ni hari ini.
Tiba-tiba saja boleh bertukar. Lembut , ambil berat dan cukup prihatin ... dan
yang lebih penting , manisnya senyuman itu!”. Fikir Ziah.
“Sekarang sanggup pulak berbaris untuk aku. Pelik?!!.
Mimpi apalah agaknya dia malam tadi”. Fikir Ziah lagi. Dia benar-benar hairan
dengan perubahan sikap abang Anip itu.
“Hmm ... lama-lama pandang , hensem jugak abang Anip ni
tapi ... kalau diingat-ingatkan
perangainya yang sebenar ... eeeee ... hilang
semua kehensemannya itu. Takde maknanya!!. Mati hidup semula pun aku tak mungkin akan berbaik
dengan lelaki ini!”. Fikirnya lagi , mengingatkan dirinya sendiri tentang siapa
abang Anip yang sebenarnya.
“Jangan tertipu dengan pandangan mata!”. Ziah
mengingatkan dirinya.
“Pasti ada udang disebalik batu , jika tidak masakan dia
tiba-tiba berubah. Takkanlah sebab dia terpikat
kat aku ni ... atau ... dia dah termakan pujukan mak dan abah dia
untuk mengambil aku sebagai isteri? ... Eee ... taknak lah aku!. Takkan nak kahwin
dengan lelaki misteri dan pelik macam tu!!!”.
Ziah berfikir lebih jauh. Tali beg sandangnya dipulas-pulas tanpa sedar.
“Jauh melamun ... dah tak sabar nak
jumpa buah hati?”. Tegur abang Anip sebelum mengambil tempat di sebelah Ziah.
Ziah tersentak ... lamunannya terpadam.
“Eh , taklah...”. Jawab Ziah spontan.
“Hmm ... takkan tak ada buah hati?” . Abang Anip menduga.
“Eh , tak adalah!”. Jawab Ziah
ringkas. Berubah air mukanya , tidak
selesa disoal begitu. Tiba-tiba saja wajah Zuraimie menerpa dalam kotak ingatannya.
“Benci! Benci kau Zuraimie!!” . Jerit hati Ziah. Keningnya dikerutkan ,
wajahnya cukup tegang. Tanpa disedarinya
, abang Anip merenungnya , lelaki ini cuba mencari jawapan daripada riak wajah gadis
ini.
“Hmm ... marah ke abang tanya begitu?”. Tanya abang Anip . Mungkin dia dapat mengesan kebencian yang
terpancar di wajah Ziah tatkala soalan tadi
diajukan . Ziah hanya menggelengkan kepala. "Memanglah marah!. Sibuk je nak tahu itu ini. Sendiri punya hal sendiri jagalah!!". Kata hati Ziah. Hilang mood dia apabila teringatkan Zuraimie. "Harap aku tak perlu mengadap wajah kau lagi!". Kata Ziah perlahan.
"Apa? ... ". Tanya abang Anip spontan.
"Eh! takde apalah".Balas Ziah. "Adoiiii!!! ...boleh terlepas pulak!". Rungut hati Ziah.
“Hmm ... ni tiketnya , 10 minit lagi bas akan
berlepas. Bas dah sampaipun. Jom abang hantarkan”. Ajak abang Anip. Berubah sedikit air mukanya mendengar kata-kata Ziah tadi.
“Err ... takpalah , Ziah boleh pergi sendiri”. Ziah menolak ,
perasaannya masih diganggu dek insiden 'terlepas kata' tadi."Dia dengar ke?". Fikirnya.
Abang Anip tidak mempedulikan jawapan
Ziah lalu terus bangun dan menggalas beg pakaian Ziah . Tangan Ziah ditariknya. Abang Anip menggenggam kuat tangan Ziah sampai ke muka pintu bas. Ziah terpaksa akur. “ Oiiii!!! Auratlah!. Psyco lelaki ini!!”. Bisik hati kecil Ziah.
“Nah , ini tiketnya. Tempat duduk
nombor 22”. Abang Anip menghulurkan tiket bas. Ziah mengambilnya.
“Terima kasih”. Ucap Ziah sepatah lalu
terus memanjat tangga bas. Langsung tidak memandang wajah abang Anip .
Tempat duduk no 22. “Hmm ...”. Ziah tersenyum sendiri setelah menemui tempat
duduknya. Perasaan wanitanya berbunga ceria kerana dia bakal duduk bertemankan
seorang lelaki muda , berkulit cerah dan berwajah menarik. Saling tidak tumpah
wajah angkasawan negara yang digilai ramai itu , Sheikh Muzaffar Shah!
“Err encik , boleh tak kalau tukar ke sebelah sini ...”. Tiba-tiba abang Anip
bersuara dari arah belakang . Ziah terkejut.
“Macam manalah mamat ni tiba-tiba
boleh muncul di belakang aku. Tak dengar derap kakinya pun?”. Fikir Ziah. Ziah
melihat abang Anip menunjukkan sebuah kerusi kosong bersebelahan seorang lelaki
tua kepada pemuda itu.
“Err ... boleh , tak de masalah”. Jawab
lelaki berkulit cerah dan menarik itu dengan sopan. Dia bangun sambil tersenyum
memandang Ziah. Ziah membalas senyuman itu.
“Terima kasih...” . Kata Ziah , terpaksa!.
“No big deal!”. Jawabnya mesra.
“Eee ... sibuk je abang Anip ni.
Lepas peluang aku nak berkenalan”. Kata suara hati Ziah. Jengkel!
“Ok Ziah , abang balik dulu.
Hati-hati dalam perjalanan”. Pesan abang Anip. Ziah hanya menganggukkan kepala.
Malas untuk menjawab apa lagi hendak memandang wajah abang Anip ketika itu.
“Sibuk je ganggu urusan orang!!. Apa?
..... ingat nak suruh aku kata terima kasihlah tuu , sorry!”. Kata suara hati
Ziah lagi. Marah betul dia. Masakan dia diperlakukan seperti budak. Semua perlu
diatur seperti tidak tahu menjaga diri sendiri!. Setelah segalanya selesai abang
Anip melangkah turun dan terus berdiri
di tepi bas itu sehinggalah bas bergerak meninggalkannya.
“Huh! Lega ... dia dah tak kelihatan!” . Sorak hati Ziah.
“Haiii
.... mimpi apalah abang Anip tu malam
tadi?”. Fikir Ziah lagi. Tersenyum.
Bas ekspress Melor bergerak semakin laju
meninggalkan bandar Kuantan. Sistem jalan raya
yang telah banyak dinaiktarafkan
menyebabkan bas mudah dipandu melebihi 110 km/j.
“Hmmm ... bye bye Kuantan. Bye bye Pagan
Sena. Bye bye abang Anip!.
“Bye bye abang Anip yang
pelik!”.Tersenyum-senyum sendiri. Hatinya terasa amat lega kerana telah
meninggalkan kehidupan yang mencabar di Pagan Sena walaupun hanya untuk
sementara. Umpama batu besar yang memberati kepalanya selama ini telah
dipindahkan , dibuang jauh-jauh!. Dushhh!!! ... masuk ke dalam sungai Pahang yang besar dan
lebar itu!.
Namun dalam kelegaan itu timbul pula keresahan.
Resah dan cemas untuk mengetahui khabar sahabat baiknya , Diah. “Apa khabar
kamu Diah?!” . Fikirnya. Perasaannya bertambah resah dan gelisah apabila
memikirkan kemungkinan dia terpaksa berhadapan semula dengan pemuda yang telah
menolak cintanya. “Menolak cintaku mentah-mentah!. Huhh ... apa yang patut aku
katakan bila kami bersua nanti?”. Fikirnya gelisah.
Berbagai peristiwa dan kenangan
datang dan pergi dalam kotak fikiran Ziah. Rasa hatinya sentiasa berubah-ubah
daripada suka , duka , kecewa , benci , marah ... semuanya bercampur baur.
Dalam keresahan itu akhirnya matanya terlelap. Lena dibuai
kenangan silam. Ekspress Melor terus bergerak laju ...
Ziah semakin lena. Sejam , dua jam ... Ziah benar-benar lena ...
Labels:
Novel

Wednesday, 17 August 2016
Lukis jea ...terima kasih
![]() |
Lukis jea ... Terima Kasih Terima kasih ... Kerana merantaiku dengan cintaMu Kerana mengajarku erti bahagia Menjadi manusia ... |
![]() |
Kuzahirkan rasa itu dalam lorekan ... Andai ditanya ... Apa nilai kejujuran? Maka jawabku ... Nilainya adalah seumur hidup -peace- >__< |
Labels:
Lukisan jea ...

Saturday, 13 August 2016
Novel 2 : Selepas Hujan Bab 5
BAB 5: Kisah sedih
abang Anip
Pagi yang indah .....
Keesokan harinya awal-awal lagi kedua
sahabat ini sudah bersiap untuk ke
sekolah. Mereka sedang menanti cikgu Karim menguruskan mak Midah. Setelah
mengangkat mak Midah ke ruang tamu dan
meletakkan ‘remote TV’ bersebelahan dengan mak Midah , cikgu Karim turun
menghidupkan enjin kereta.
“Pergi dulu mak!” . Miah
mencium pipi ibunya sebelum melangkah turun.
“Pergi dulu makcik!” . Ziah
menghulur tangan untuk bersalaman dengan mak Midah. Mak Midah tidak menyambut
salam itu sebaliknya menarik Ziah ke
arahnya. Kedua pipi Ziah dicium.
“Kamu tu sebaya saja
dengan Miah. Tinggalnya pun di sini jadi makcik dah anggap kamu tu macam anak
makcik sendiri”. Terang mak Midah. Ziah mengangguk dan tersenyum sahaja apabila
mak Midah menciumnya.
“Terima kasih makcik. Kami
pergi dulu”. Mereka berpamitan.
Di dalam kereta Ziah
berfikir, “Baru kenal sehari sudah dianggap seperti anak sendiri. Hmmm ...
baiknya hati mereka”. Kereta yang dinaiki mereka mulai bergerak meninggalkan
perkarangan rumah. Mata Ziah masih leka memerhatikan pintu rumah yang dibiar
terbuka.
“Selamatkah mak Midah
tinggal sendirian. Tak ada kah pencuri atau orang berniat jahat datang
menceroboh?. Hmm ... mungkin tidak. Mungkin orang-orang di kampung ini semuanya
baik-baik belaka. Macam ibu dan ayah Miah juga”. Fikir Ziah lagi. Sedang leka
memikirkan soal keselamatan mak Midah , tiba-tiba matanya tertangkap susuk
tubuh abang Anip berdiri tegak di salah satu tiang di bawah rumah , memerhati
ke arahnya.
“Astarghfirullah
al-adzhimmm ...”. Ziah mengurut dada. Terkejut dia dibuatnya.
“Huh?. Kenapa Ziah?”.
Tanya Miah sambil memandang ke arah pandangan Ziah.
“Ooohhhh!. Patutlah. He he
he ... biar sajalah dia tu”. Kata Miah.
Ziah hanya
mengangguk-nganggukkan kepalanya. “Biar betul!”. Fikirnya.
Kereta terus dipandu cikgu Karim
dengan cermat dan berhati-hati. Tidak sampai dua puluh minit perjalanan , akhirnya kedua guru muda ini sudah melangkah turun dari kereta untuk ke sekolah
dengan perasaan yang cukup gembira. Jam di tangan menunjukkan pukul 7: 25 pagi.
“Eh , cepatlah. Dah 7:25 .
Kang tak pasal-pasal nama kita merah!”. Miah berkata sambil mempercepatkan
langkahnya. Ziah berlari anak mengekorinya. Lupa sudah akan renungan abang Anip
yang menakutkan tadi.
Sesampai sahaja di pejabat
sudah ramai guru yang sedang menunggu giliran untuk merakam masa kehadiran
mereka menggunakan ’punch card’.
“Hah 7:27! Heee ...
selamat!”. Ucap Miah sambil tertawa. Begitulah setiap hari. Semakin menghampiri
7:30 pagi semakin panjang barisan guru yang tergesa-gesa merakamkan masa
kehadiran mereka. Semuanya menjadi penting kerana setiap akhir tahun prestasi
setiap guru pasti akan dinilai. Kad kehadiran ini merupakan salah satu elemen
yang akan digunapakai untuk penilaian
prestasi kecemerlangan kerja oleh pihak pentadbiran sekolah. Inilah sebagai petunjuk
sama ada seorang guru itu berdisiplin dan menepati masa atau sebaliknya.
“Amboi ... lihatlah dua
sahabat ni. Dah macam adik beradik lah pulak!. Tau le awak tu tinggal serumah
tapi jangan le asyik ke mana-mana berdua. Kesian lak kami ni hah...”. Usik kak
Zu tatkala melihat Ziah dan Miah berjalan beriringan menuju ke kantin.
“Eh kak Zu. Jom breakfast
sama”. Ajak Miah.
“Mmm ... tak dapatlah ,
akak ada kelas laa. Enam masa ‘direct’.
Lepas tu baru boleh makan. Pergi lah korang dulu. Makan jangan lupa baca
bismillah!”. Kak Zu berpesan sebelum bergegas ke kelas , Miah dan Ziah hanya
tersengih mendengar pesanan kak Zu itu.
“Jangan lupa baca
bismillah!”. Ulang Miah sambil menudingkan jari telunjuknya kepada Ziah. “Okey!
Okey!”. Jawab Ziah dan mereka sama-sama tertawa.
“Miah , kalau aku tanya skit boleh tak?”. Tanya Ziah sebaik
sahaja selesai memilih sarapan paginya, nasi lemak sambal udang.
“Boleh, tanyalah” . Balas Miah
selamba , mengambil tempat di hadapan Ziah..
“Bila kau nak ceritakan pada aku pasal abang kau tu?. Dah lama kau
janji nak ceritakan kisah dia” .Tanya Ziah. Sikap abang Anip yang ‘pelik’ dan terlalu
menjengkelkan itu menguja rasa ingin tahu dalam hati Ziah. “Masakan manusia
normal dan waras sanggup bersikap sepertinya … sombong , kasar , menyakitkan
hati , sentiasa cari pasal dan langsung tidak menghormati orang lain”.
“Ooo kau fikir pasal abang aku. Ingatkan nak
tanya apalah tadi”. Usik Miah. Tersengih.
“Hmmm ... kenapa kau beria-ia sangat nak tahu pasal dia tu? . Hahhhh ... kau suka dia?”.
Usik Miah lagi.
“Eh kau ni Miah , ke situ
pulak perginya. Aku ni cuma hairan tengok sikap abang kau. Sering murung je ...
air mukanya bagai menyimpan seribu rahsia”. Ziah memancing ... umpannya
mengena!
“Mmm ... betullah apa yang
kau kata tu. Memang abang aku tu asyik murung saja. Tapi dulu dia tak begitu.
Dulu dia periang , penuh semangat dan bercita-cita tinggi. Tapi itu semua dah
tak de lagi sekarang. Yang tinggal ... seorang
abang yang pendiam , pemarah dan suka menyendiri”. Cerita Miah.
“Tapi kenapa?”. Tanya Ziah
ingin tahu.
“Panjang ceritanya. Sebenarnya
aku dah malas nak ingat-ingat lagi cerita ni tapi tak pelah , untuk kau aku
ceritakan , ceritanya macam ni. Dulu ...
empat tahun lepas , abang aku
pernah bertunang dengan anak ketua kampung dekat rumah aku tu. Aku panggil dia
kak Cah. Nama penuh dia Siti Aisyah. Cantik orangnya , baik , lemah lembut ,
sopan ... pendek kata ‘perfect ten’lah. Ramai yang tergila-gilakan dia
termasuklah abang aku tu. Dalam
ramai-ramai orang yang cuba nak ‘tacle’ kak Cah , abang akulah yang terpilih.
Dia memang bernasib baik sebab dia tidak
bertepuk sebelah tangan. Akupun hairan , apalah yang ada pada abang aku tu
sampaikan kak Cah sanggup menerima
pinangannya. Dengar kata , itu adalah pinangan yang ke lapan. Hebatkan kak Cah
ni?”. Miah bercerita.
“Betul , hebat. Aku
bayangkan dia tu macam puteri gunung ledang je ...” .Ziah memberikan
pendapatnya.
“Isshhh apalah kau ni ... puteri
gunung ledang lah pulak. Itu cuma dongeng je. Nih cerita yang real punya. Nak
tahu tak?”. Tanya Miah.
“Eh , naklah ...”. Jawab
Ziah.
“Majlis pertunangan mereka
dijalankan secara besar-besaran. Yelah ... kan kak Cah tu anak penghulu
kampung. Habis seisi kampung dijemputnya. Kirakan tok penghulu sampai sembelih
kambing lah!” . Sambung Miah.
“Sembelih kambing?”. Tanya
Ziah.
“Yelah , di kampung
sembelih kambing untuk majlis pertunangan tu dah kira besarlah tu!”. Miah merenyih.
“Wah besarnya majlis tunang.
Selalunya orang buat majlis pertunangan secara kecil-kecilan je. Majlis kahwin
nanti barulah besar-besaran”. Balas Ziah.
“Itulah pasal. Gembira
punya hal ... mereka berbelanja besar. Tapi ... kau ni rajin sangat lahme klah.
Potong stim aku nak bercerita je!. Okey kau diam ye, biar aku sambung”. Tegur Miah.
“Okey aku diam. Kau
ceritalah”. Balas Ziah.
“Pada asalnya majlis tu
meriah sangat. Bila rombongan kami sampai , kami disambut dengan paluan kompang. Bukan itu
saja , ada juga kugiran kampung untuk menyerikan majlis. Dah kira macam kenduri
kahwin lah meriahnya”. Miah berhenti seketika untuk menarik nafas.
“Tapi tiada siapa yang
sangka panas yang diharapkan sampai ke petang , rupanya hujan di tengahari!. Sedang
semua orang suka gembira tiba-tiba je suka menjadi duka. , hadirin menjerit-jerit dan bertempiaran lari.
Nak tahu kenapa?”. Tanya Miah
“Nak”. Jawab Ziah ringkas.
Perasaan ingin tahunya mengasak jiwa.
“Abang Lan mengamuk!
Terjerit-jerit memaki hamun sambil menghayun-hayunkan sabit pemotong rumput.
Rupa-rupanya dia adalah pemuda ketujuh yang masuk meminang , sebelum abang aku
. Bila dia tahu yang pinangan abang aku diterima dan majlis pulak di adakan
besar-besaran , naik anginlah dia. Dalam kekecohan tu kak Cah turun dan cuba
menenangkan abang Lan. Aku rasa kak Cah sangka marah abang Lan akan reda bila
terpandang dia. Tapi sebaliknya yang berlaku ... tak siapa sangka sebaik saja terpandangkan
kak Cah , abang Lan terus menjerit ... ‘kalau aku tak dapat kau , orang lainpun
takkan dapat!’. Serentak dengan laungan itu mata sabit terbenam di perut kak
Cah. Abang aku nampak semua yang berlaku. Tapi dia tergamam . Bukan dia saja .
Kami semua turut tergamam sebab segalanya berlaku dalam sekelip mata sahaja. Tau-tau kak Cah dah jatuh
terbaring. Tangannya berlumuran darah memegang hulu sabit. Abang aku cuba
mendapatkannya tapi belumpun sempat dia memangku
kak Cah , kak Cah dah terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhirnya. Kat situ
juga!”. Miah berhenti. Menarik nafas panjang. Semuanya bagaikan kembali jelas
terbayang di ruang matanya. Ziah
tergamam mendengar cerita itu.
“Macam cerita TV pulak!.
Biar betul Miah ni”. Fikir Ziah di dalam hati.
“Kesian abang aku ... dia menyalahkan dirinya
kerana tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan kak Cah. Malah nak meriba kak
Cah sebelum akhir hayatnyapun tak sempat. Huhh!! ... dan sejak itulah abang aku jadi seperti sekarang.
Sentiasa dalam kemurungan dan tak habis-habis menyalahkan diri sendiri”. Miah menamatkan
ceritanya.
“Begitu ke kisahnya.
Tragis betul. Macam cerita drama TV ...” . Ziah memberi respon yang agak
keterlaluan.
“Errr ... sorry Miah!”.
“Alahh tak da apalah.
Kisah abang aku tu memang betulpun macam
cerita drama TV. Aku agakkan abang Lan tu pun mesti terpengaruh dengan
drama-drama TV yang ditontonnya”. Miah cuba berlawak. Dia tidak suka
terbawa-bawa dengan perasaannya setiap kali terkenangkan peristiwa itu. Mana tidaknya , semua itu
berlaku di depan matanya sendiri!.
Bagi Ziah cerita Miah agak
sukar untuk diterimanya. Masakan pada zaman ini masih ada berlaku perkara
seperti itu. Untuk beberapa ketika Ziah hanya mendiamkan diri , termenung dan
cuba membayangkan peristiwa itu. Akhirnya Ziah memberikan pendapatnya.
“Kalau begitulah kisahnya
, kesiankan abang kau tu. Aku boleh bayangkan kesunyian dan kekesalan di
hatinya. Tapi abang kau dengan kak Cah tu bercinta dulu ke sebelum bertunang?”.
“Eh , tentulah. Semua orang tak tahu melainkan aku. Mereka selalu berjumpa secara sembunyi-sembunyi. Tapi mesti ditemani aku. Kak Cah tak nak jumpa kalau abang aku datang sendiri. Nanti bila mereka tengah berborak-borak , aku buat-buat tak dengarlah ... tapi itu berlaku sebelum aku pergi KPLI. Masa aku di KPLI aku kurang pastilah macam mana mereka berjanji temu”. Cerita Miah lagi.
“Eh , tentulah. Semua orang tak tahu melainkan aku. Mereka selalu berjumpa secara sembunyi-sembunyi. Tapi mesti ditemani aku. Kak Cah tak nak jumpa kalau abang aku datang sendiri. Nanti bila mereka tengah berborak-borak , aku buat-buat tak dengarlah ... tapi itu berlaku sebelum aku pergi KPLI. Masa aku di KPLI aku kurang pastilah macam mana mereka berjanji temu”. Cerita Miah lagi.
Krriiinnnggg ... bunyi
loceng sekolah menandakan tamat masa pertama pembelajaran.
“Alamak Miah , aku ada
kelas masa kedua nilah. Aku gi dulu ya ... kita sambung cerita lagi nanti”. Ziah
bergegas pergi.
“Heee ... dah habislah cerita
aku. Kita cita kisah kau pulak!”. Jawab Miah sambil merenyih melihatkan
kekalutan Ziah. “Penyapu baru!”.
Fikirnya lagi , masih merenyih.
“Gi dulu Miah!”. Kata Ziah
sebelum bergegas pergi. Miah hanya menganggukkan kepalanya.
Sepanjang perjalanan ke
kelas , kepala Ziah ligat memikirkan cerita Miah tadi.
“Fuhh!! Real macam cerita
drama TV. Abang Anip ... abang Anip. Kesian kau kan!”. Ziah berjalan laju
sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak percaya masih ada lagi kisah cinta
uda dan dara di zaman ini!.
‘Uda dan
Dara ... Bersanding tak di pelamin ...’.
“Masih wujudkah cinta
seperti itu di zaman ini?”. Fikir Ziah .
... seorang pemuda memakai jubah konvokesyen
Malam itu selepas selesai makan malam
, makcik Midah berehat di ruang tamu depan rumahnya. Tangannya mencapai
album-album lama yang disusun rapi dalam rak buku bersebelahan peti televisyen
rumah itu. Album dibuka semuka demi semuka. Wajah-wajah comel dua anaknya , abang
Anip dan Miah ditatap. Terasa kerinduan yang mendalam di dalam jiwa apabila
mengenangkan kembali keletah lucu dua anak comel itu.
Makcik Midah tertawa
sendiri apabila terpandangkan sekeping
gambar abang Anip bersama Miah. Kedua anak comel itu tidak berpakaian dan sedang bermain di dalam periuk besar! Itulah
periuk yang sering digunakan oleh keluarganya untuk memasak nasi semasa kenduri
kendara.
“Wah , gembiranya makcik.
Terkenangkan kisah lama?” . Tegur Ziah dengan senyuman.
“Eh Ziah , marilah ...
makcik tengah tengok gambar Anip dan Miah masa kecil dulu. Comel betul mereka! Rasa
lucu pulak bila teringatkan kisah-kisah
lama dulu. Boleh tertawa sendiri
dibuatnya!”. Jawab makcik Midah sambil melambaikan tangannya mengajak Ziah menyertainya.
Ziah angguk lalu duduk di sebelah makcik Midah. Turut tertawa sama melihat
aksi-aksi lucu abang Anip dan Miah semasa kecil. Habis album pertama dilihat
makcik Midah mengambil pula album kedua.
“Mari tengok yang ini”. Kata
makcik Midah. Ziah menurut sahaja.
“Hah , cuba Ziah tengok
gambar ini”. Pinta makcik Midah sambil membuka ke lembaran yang tertera gambar
seorang pemuda memakai jubah konvokesyen. Ziah merenung lama gambar itu.
“Abang Anip?” . Ziah
memandang makcik Midah meminta kepastian.
“Ya ...”. Jawab makcik Midah perlahan. Ada kekesalan di
wajahnya.
“Dulu dia belajar di UPM.
Ambil kursus berkaitan dengan pertanian dan perladangan. Apa namanya kursus tu
... alah ... makcik dah tak ingat. Tapi dulu dia kata nak jadi petani berjaya
. Habis belajar dapat kerja kat MARDI. Sempat
la kerja dalam dua tahun lebih. Tapi lepas
saja tunang dia mati dibunuh , dia hilang arah , dah macam orang hilang akal ,
kerja entah ke mana. Last-last balik kampung ternak ikan. Tu la abang Anip kau
tu sekarang. Dah serupa dengan budak kampung sini yang tak berpelajaran
tinggi!”. Cerita makcik Midah. Sedih dan ralat benar hatinya dengan perubahan
anak sulungnya itu.
“Bukan begitu makcik.
Abang Anip tu bekerja sendiri dan dia kan gigih bekerja. Kelong sangkar ikannya
tu penuh ikan. Kebun pisang dan kelapa yang diusahanya pun membawa hasil. Itu
sudah lebih bermakna daripada kerja makan gaji. Habis bulan habis gaji”. Ziah
cuba menyenangkan hati makcik Midah walaupun dia sendiri tidak yakin dengan apa
yang dikatakannya itu.
“Alaa ... setakat ikan
empat lima sangkar , kebun pisang dan kelapa tu , budak habis SPM pun boleh
buat!”. Makcik Midah tidak bersetuju dengan Ziah. Ziah bungkam. Ada benarnya
kata-kata makcik Midah itu. Setakat kerja-kerja seperti itu , budak habis SPM
pun boleh buat!. Tinggal lagi mahu atau tidak sahaja. Tiba-tiba Ziah terdengar bunyi tapak kaki melangkah mendekati
mereka dari belakang.
“Aduh ... janganlah abang
Anip!”. Doa Ziah di dalam hati. Ziah memusingkan badannya
dan ... bagai nak luruh jantungnya.
“Errr ... abang !” . Ziah
serba salah. Entah mengapa dia rasa malu pula jika kata-katanya yang membela
abang Anip itu telah didengari oleh empunya diri. Langsung saja memerah pipinya
, makcik Midah tersenyum-senyum melihatnya.
“Alangkah bertuahnya aku
jika mereka bersatu!”. Kata hatinya.
Menggigil tangannya…
Abang Anip memandang Ziah dan ibunya.
Pandangan matanya jatuh pula pada gambar-gambar cerianya semasa majlis
konvokesyen dulu. Gambar lama . Sejarah lama ... hampir empat tahun yang lalu!.
“Apalah agaknya reaksi
abang Anip ni. Eee ... entah-entah dia dah dengar keluhan dan cemuhan makcik
Midah tadi! Alamak habislah!!”. Fikir Ziah .
Cemas Ziah tidak berasas , reaksi abang
Anip di luar jangkaan. Melihatkan gambar-gambar lama keluarganya dibuka , abang
Anip terpanggil untuk menyertai Ziah dan ibunya , duduk di sebelah ibunya dan turut sama menyelak-nyelak
dan melihat setiap muka album. Lama sungguh dia tidak mengulang melihat
gambar-gambar lamanya itu malah banyak yang telah luput dari ingatannya.
“Huh!”. Keluh abang Anip …
terharu dan bercelaru dengan perasaan hatinya.
“Mengapa aku melupakan
diriku sendiri?”. Ucapnya perlahan … menggigil tangannya melihat photonya
menerima ijazah di atas pentas.
Tergamam Ziah menyaksikan
reaksi abang Anip itu. Timbul rasa belas di hatinya , spontan album gambar di
tangan abang Anip diambilnya.
“Abang
…”. Hanya itu yang mampu diucap.
Labels:
Novel

Novel 2: Selepas Hujan Bab 4
BAB 4 BENCI
TAHAP MAKSIMUM
Abang Anip sungguh menyakitkan hati ...
Seminggu sudah berlalu sejak peristiwa
Ziah bersampan menyusuri sungai bersama Kamal. Sejak hari itu , Ziah agak
kurang bercakap. Lebih banyak mendiamkan diri atau sengaja menghabiskan masanya
menyiapkan kerja-kerja sekolah di dalam bilik sahaja. Semua peristiwa yang
terjadi menyebabkan hati Ziah tidak
tenang dan sentiasa resah. Dia bagaikan terperangkap dengan nasibnya di sini.
Abang Anip pula tidak
habis-habis menyakitkan hati , ada-ada saja lakunya sengaja mencari pasal.
Petang itu Ziah ke belakang , memberi
ayam makan sebelum menghalaunya masuk ke
reban. Biasanya kerja itu dilakukan oleh cikgu Karim tetapi sejak semalam cikgu
Karim ke rumah adik iparnya Pak Lang di Pekan. Entah apalah urusannya , Ziah
kurang pasti.
Ketika sedang sibuk dalam
kepayahan , cuba menghalau semua ayam
masuk ke reban , tiba-tiba abang Anip
muncul entah dari mana ...
“Huh!! Halau ayam pun
terkial-kial. Nampak sangat tak biasa buat kerja. Lalulah biar aku yang buat
!”. Arah abang Anip.
Mendengar kata-kata yang
menyakitkan hati itu , Ziah berdiri tegak memandang abang Anip tepat di
wajahnya dengan pandangan yang tajam penuh kebencian.
“Apa!?. Tak betul aku
cakap?. Kerja senangpun tak boleh buat?”. Tanya abang Anip , mencabar kesabaran
Ziah.
“Huhh!!”. Ziah mendengus
sebelum melangkah pergi.
“Tiada gunanya melayan
lelaki angkuh yang tak berperasaan
ini!”. Fikirnya lalu mempercepatkan langkahnya.
“Elehh!! Mengada-ngada!.
Tegur sikit nak merajuklah konon . Kau ingat aku peduli ke?!”. Jerit abang
Anip. Ziah membisu dan memekakkan telinga ... namun begitu hatinya terasa amat
sakit . Bertambah sakit hatinya tatkala mendengar abang Anip tertawa kuat.
Sengaja ketawanya itu dikuat-kuatkan!!
“Sial!. Lelaki tak
guna!!!”. Getus hati Ziah ...
Sampai sahaja di dapur
rumah , Miah sudah sedia menanti Ziah.
“Heii! Kenapa ni , muka
cekudut je?”. Tanya Miah.
“Ah! Tak ada apalah”.
Jawab Ziah sambil terus memuncungkan bibirnya. Miah tersenyum lalu memanjangkan
lehernya menjenguk ke belakan rumah
melalui tingkap dapur .
“Hah! Ini mesti bergaduh
dengan abang Anipkan?”. Katanya.
“Takda mananya aku nak
bergaduh dengan abang kau tu!”. Jawab Ziah , jengkel.
“Alah! Sudahlah tu ... tak
baik tau gaduh-gaduh macam ni selalu. Ok , nanti aku tegur abang aku tu ye”.
Balas Miah , memujuk.
“Eh! Tak payah!!. Aku tak
gaduhpun dengan dia. Kau jangan pulak nak
memandai. Nanti salah sangka pulak dia jadinya”. Ziah memberi amaran.
“Sudahlah . Aku masuk
mandi dululah ye. Ingat !. Jangan memandai-mandai!!”. Pesan Ziah lagi. “Baik
bos!!”. Jawab Miah sambil tersenyum manis.
“Hmm ... ada harapan ni.
Mula-mula benci , lama-lama sayang!!”. Kata Miah dalam hatinya.
Sementara itu , Ziah
termenung lama di dalam bilik air.
“Huh! Apalah nasibku ini.
Sampai bila nak tinggal menumpang di sini?. Sampai bila nak berhadapan dengan
‘mamat psycho’ yang tak habis-habis menyakitkan hati itu”.Keluh Ziah.
“Errrggghhhh!!. Apa nak buat
ni?”. Fikirnya. Ziah memejamkan matanya , memerah otak mencari jalan keluar.
“Mungkin aku harus beli
sebuah kereta sendiri dan menyewa di Bandar Pekan. Walaupun perjalanannya
mengambil masa sejam ke mari , tapi ianya jauh lebih baik daripada terus tinggal
di sini dan berhadapan dengan ‘mamat psycho’ itu. Tapi ... mana nak cari duit
muka?. Hu hu hu ... sedihnya. Terpaksalah aku bertahan tinggal di sini!”. Keluh
Ziah.
Kamal datang ke sekolah ...
Keesokan harinya , sebaik sahaja habis
sesi persekolahan pada hari itu ...
“Ziah , hari ini kau
sorang saja yang balik tau. Aku kena siapkan ‘back drop’ untuk program esok.
Aku tumpang tidur di asrama warden. Nanti bagitahu mak aku ye”. Pesan Miah.
“Apa?. Jadi ... kau tak
balik sama?. Kalau gitu aku ikut kau sajalah , tumpang tidur kat asrama warden
gak”. Balas Ziah. Terbayang olehnya wajah abang Anip yang menjengkelkan.
“Alahh! Mana boleh. Nanti
siapa yang nak masak untuk makan malam ni. Kesianlah mak aku. Please ...”. Rayu
Miah sambil mengebil-ngebilkan matanya.
“Eeee ... nak buat gaya ‘comel’
lah tu. Tak menjadilah ... hmm ... nak
buat macam mana. Terpaksalah aku balik jugak cuma ....”. Kata-kata Ziah
terhenti.
“Ha ha ha aku tahu. Kau
tak suka nak balik berdua je ngan abang akukan?”. Miah dapat membaca hati Ziah.
Ziah mengangguk-nganggukkan kepalanya.
“Hmm ... kesian kau. Tapi
aku tak ada pilihan. Tolong ye Ziah. Sekali ni saja”. Pinta Miah
sungguh-sungguh.
“Okey ... demi kau dan
demi mak kau!”. Balas Ziah sambil memuncungkan bibirnya.
“Terima kasih. Sayang
kau!”. Miah berkata riang sebelum meninggalkan Ziah duduk sendirian di
perhentian bas depan pagar sekolah.
“Habislah aku!”. Fikir
Ziah.
Setelah menunggu hampir lima belas
minit , abang Anip sampai ... berhenti betul-betul di hadapan Ziah. Ziah segera
bangun , menghampiri kereta yang dipandu abang Anip. Namun belumpun sempat
pintu kereta dibukanya ...
“Cikgu!. Cikgu Ziah!”.
Jerit satu suara.
Ziah berpaling ke arah
suara itu. “Eh Kamal!. Kenapa ni?. Nampak tergesa-gesa”. Tanya Ziah. “Yelah ,
takut tak sempat jumpa cikgu. Alhamdulillah ... ada jodoh nak jumpa cikgu hari
ni”. Jawab Kamal , tersengih.
“Err ... saya dah nak
balik ni. Ada apa nak jumpa saya?”. Tanya Ziah , resah kerana terpandangkan
wajah abang Anip yang masam mencuka. Mungkin marah dibiarkan menunggu lama.
“Tak da apa pun cikgu cuma
ni hah , emak saya beria-ia suruh saya berikan pada cikgu. Kesian cikgu tak
dapat makan pengat pisang tempohari ... itu yang dia buatkan ni”. Beritahu
Kamal sambil menghulurkan bungkusan pengat pisang kepada Ziah.
“Laa susah-susah saja.
Kirimkan ucapan ‘terima kasih’ saya kepada mak awak. Bagi tahu dia saya memang
suka sangat makan pengat pisang. Err ...
terima kasih pada awak juga. Hmm ... saya balik dulu. Nanti ada orang
marah!”. Ziah berbisik di telinga Kamal
sambil tertawa kecil.
“Ha ha ha ... yelah cikgu.
Jumpa lagi!”. Balas Kamal sambil menjeling ke dalam kereta.
Bengang!! ...
Entah mengapa , perasaan abang Anip
bagaikan terbakar ... panas melihatkan kemesraan Ziah dan Kamal. “Ceh! Siap
berbisik-bisik!!. Gedik! Meluat betul aku melihatnya!!”. Bebel abang Anip
sendiri.
Sebaik saja Ziah masuk dan
menutup pintu kereta ...
“Apasal kau duduk depan?”.
Tanya abang Anip dengan bengis.
“Err ... abang , Miah tak
balik hari ini. Dia ada kerja yang perlu diselesai ...”. Belumpun sempat
Ziah menghabiskan ayatnya , abang Anip sudah menekan minyak lalu membawa kereta
selaju-lajunya. Ziah cemas lantas segera mengenakan tali pinggang keledar.
“Abang , tolong bawa
perlahan sedikit. Ziah takut ...”. Pinta Ziah. Malangnya bukan bertambah
perlahan malah sebaliknya. Abang Anip terus kuat menekan minyak , mengaum-ngaum
enjin kereta jadinya.
“Abang!. Kalau abang tak
mahu perlahan , abang turunkan sajalah Ziah di tepi jalan ni!”. Jerit Ziah. Dia
benar-benar takut ... peristiwa kemalangan yang menimpa teman baiknya Diah
telah menjadikannya ‘fobia’ menaiki kenderaan yang dipandu laju.
Sebaik mendengar jeritan
Ziah itu , abang Anip segera menekan brek ...
“Hah! Turunlah!!”. Kata
abang Anip. Ziah yang agak terkejut masih terpaku.
“Tunggu apa lagi?. Kata
nak turun sangat tadi!”. Ejek abang Anip. Setelah dicabar dan terasa dihina
begitu sekali , Ziah segera mencapai begnya lalu cuba membuka tali pinggang
keledar yang dipakainya tadi. Malangnya
... setelah mencuba berkali-kali , tali
pinggang itu masih tetap tidak dapat dirongkai.
“Eee ... kenapa ni?”.
Katanya sambil terus cuba menarik-narik kepala tali pinggang dari pasaknya.
“Hmm ... sudahlah!. Buka
tali pinggangpun tak tahu. Nak turun tepi jalan konon!!”. Ejek abang Anip lagi
sebelum menekan minyak semula. Ziah bengang , betul-betul bengang hingga tidak
mampu berkata sepatahpun lagi!.
Ziah menangis ...
Sampai sahaja di rumah , abang Anip
segera mematikan enjin sebelum keluar meninggalkan Ziah terpinga-pinga.
“Jahat!!”. Kata Ziah sambil memandang abang Anip berlalu pergi.
“Huh!!”. Keluh Ziah sebelum
cuba menanggalkan tali pinggang keledar itu sekali lagi. Sekali ... dua kali
... tiga kali ... berkali-kali ... tali pinggang itu masih juga belum terbuka.
“Eeee ... kenapa susah
sangat ni?”. Rungut Ziah sambil mengesat peluh yang mula menitik di dahinya.
Panas terik tengahari itu menjadikan Ziah bagaikan disalai ... Pintu kereta
dibuka , masih panas juga. Ziah tidak berputus asa , terus mencuba ... entah
mengapa , rasa geram , marah dan sedih datang bercampur baur menyebabkan air
matanya mengalir. Mungkin Ziah marahkan abang Anip atau mungkin juga marahkan dirinya sendiri. Kini , dia terasa amat sedih pula kerana
dibiarkan berpanas dalam keadaan tidak
dapat melepaskan diri.
“Takkan nak jerit. Kalau
jeritpun siapa yang nak tolong ...”. Fikirnya. Air matanya mengalir terus ...
tiba-tiba , abang Anip datang menjengahkan sebahagian daripada tubuhnya melalui
pintu kereta yang terbuka. Terdiam ...
kaget melihat air mata yang mengalir di pipi Ziah. Tanpa sepatah kata tangannya
mencapai kepala tali pinggang keledar lalu memulas dan menekan-nekannya
beberapa kali. Tali pinggang keledar itu dapat dirongkai akhirnya.
Sebaik sahaja abang Anip
keluar berdiri di sisi kereta , Ziah segera mencapai begnya lalu bergegas naik
ke rumah. Benci benar dia melihat abang Anip!
“Tentu puas hati kaukan
tengok aku menangis?!”. Bentaknya di dalam hati.
Abang Anip pula masih
terpaku di sisi kereta. “Kenapa sampai menangis?”. Fikirnya. Ada belas di hati
....
Malam itu sewaktu makan malam ...
Malam
itu sewaktu makan malam , Ziah lebih
banyak mendiamkan diri. Malam ini hanya mereka bertiga sahaja yang makan
bersama , makcik Midah , Ziah dan abang Anip. Ikan keli goreng berlada bersama
lemak pucuk labu ditambah dengan sambal belacan dan ulam raja sepatutnya menjadi
hidangan yang cukup menyelerakan namun semua yang ada bagaikan mati seleranya.
Ziah hanya makan sedikit untuk menemani makcik Midah dan abang Anip. Abang Anip
pula hanya menguis-nguis nasi di pinggan sedang matanya tidak berkelip daripada
memandang Ziah. Peristiwa petang tadi benar-benar menyentuh hatinya. “Mengapa
kau sampai menangis hanya kerana tidak boleh membuka tali pingang itu?”.
Fikirnya.
Makcik Midah pula ...
“Ziah , maafkanlah makcik. Malam ni rasa tak berapa sihat , makcik tak lalu nak
makan. Kepala ni rasa pening pula. Kamu berdua makanlah ye. Anip tolong dukung
mak masuk bilik dulu”. Pinta makcik Midah.
Abang Anip akur , membasuh
tangannya lalu mengendung ibunya ke bilik. Setelah selesai , dia kembali ke
meja makan.
“Kenapa kau menangis petang
tadi?”. Soalnya tiba-tiba. Ziah terkejut dengan pertanyaan itu . “Err ... tak
ada apa!”. Jawabnya lalu segera menghabiskan sisa nasi yang masih berbaki di
pinggannya sebelum bangun ke sinki untuk membasuh tangan.
“Aku tanya , kenapa kau
menangis?”. Ulang abang Anip.
“Itu ... abang tak perlu
tahu”. Jawab Ziah lalu terus mengemas meja makan. Abang Anip diam memerhatikan
tiap gerak laku Ziah. Dia tidak puas hati selagi soalannya tidak dijawab.
Setelah
selesai mengemas dan membasuh pinggan , Ziah berjalan laju untuk segera naik
ke atas. Tanpa diduganya , abang Anip tiba-tiba menarik tangannya dari
belakang.
“Eee apa ni?!”. Tanya Ziah
sambil cuba melepaskan tangannya.
“Kenapa kau menangis?”.
Ulang Abang Anip lagi.
“Kau ni kenapa hah?. Suka
hati akulah nak nangis ke tidak. Kau apa peduli?. Kau mana pernah fikirkan hati
dan perasaan orang lain. Yang kau tahu hanyalah diri kau saja!. Kau saja yang betulkan?. Lepaslah!!”. Ziah
akhirnya menjawab dengan berani sekali. Terlepas sudah apa yang terbuku di
hatinya. Terlepas juga tangannya dari genggaman abang Anip.
Abang Anip terpaku di
situ. Sudah lebih 4 tahun tiada siapa yang pernah menyanggahnya. Segalanya
dibuat sehendak hati ... semua orang sentiasa beralah padanya . Tapi hari ini
... lain pula. Bagai satu tamparan hinggap di benak hatinya!
Terharu memerhatinya ...
Sebelum masuk ke biliknya , Ziah
menjengah makcik Midah . Makcik Midah sedang berehat di katil sambil menyisir
rambutnya yang agak kusut. Ziah masuk menghampiri ...
“Makcik ... mari , biar
Ziah sikatkan rambut makcik”. Katanya lembut. Belas melihat ibu tua yang kurang
upaya ini.
“Eh , Ziah. Seharian
makcik tak menyisir rambut ni. Kusut betul jadinya”. Kata makcik Midah sambil
menghulurkan sikat kepada Ziah. Ziah menyambutnya lalu duduk di sisi belakang
makcik Midah. Rambut perempuan tua itu disisirnya perlahan-lahan.
“Ziah gaduh dengan Anip
ke?”. Tanya makcik Midah tiba-tiba.
“Errr ...”. Ziah gugup ,
tidak disangkanya ibu ini tahu tentang pertelingkahannya dengan anak lelakinya
itu.
“Ziah , makcik minta maaf
bagi pihak Anip. Dia tu memang kasar orangnya ...”.
Ziah diam mendengar
kata-kata makcik Midah.
“Mengapa makcik yang perlu
meminta maaf bagi pihaknya?”. Fikir Ziah , tidak bersetuju dengan tindakan
makcik Midah itu.
Sementara
itu abang Anip yang tertampar dengan kata-kata Ziah tadi berjalan perlahan
menuju ke bilik ibunya. Sekurang-kurangnya akan lega perasaannya nanti apabila
dapat menatap wajah kasih ibunya itu ... dan di kala itulah hatinya benar-benar
tersentuh , melihat Ziah , gadis yang
sentiasa disakiti hatinya itu sedang menyisir lembut rambut ibunya.
“Tak mengapa makcik , Ziah
tidak ambil hatipun. Ziah faham ...”. Ziah cuba memberikan jawapan yang dapat
menenangkan hati seorang ibu.
“Makcik tahu Ziah , Anip
tu selalu saja menyakitkan hati kau. Entahlah makcik tak tahu nak buat macam
mana lagi dengan dia tu. Nak ditegur dah besar panjang ...”. Keluh makcik
Midah.
“Makcik , kita serahkanlah
segalanya kepada Allah. Ziah yakin dengan izinNya , abang Anip akan sedar dan
berubah juga. Bagi diri Ziah , makcik janganlah risau. Walau seburuk manapun
sikapnya pada Ziah , Ziah langsung tidak menyimpan dendam sebab Ziah sedar kehadiran Ziah di sinilah sebenarnya yang telah mengganggu ketenangan dan keselesaannya
selama ini. Ziah tak apa-apa malah Ziah
bersyukur kerana makcik sekeluarga sudi menumpangkan Ziah di sini”. Jawab Ziah.
Sebaik sahaja Ziah habis berkata ...
“Anip! , kenapa tercegat
saja di situ?. Ke marilah”. Makcik Midah tiba-tiba bersuara.
“Abang Anip?”. Ziah
terkejut lalu menoleh ke belakang , ke arah pintu bilik. Berderau darahnya ,
abang Anip sedang tegak berdiri memandangnya!.
“Pelik ... macam mana
makcik Midah boleh tahu yang abang Anip berada di situ sedangkan posisinya
membelakangi pintu?”. Fikir Ziah.
“Hmm ... tak usahlah hairan Ziah , seorang ibu itu dapat mengenal
anaknya cukup dengan hanya dari bau badannya sahaja”. Kata makcik Midah sambil
tersenyum. Kata-kata makcik Midah itu menyebabkan abang Anip mencium bawah
lengannya sendiri. “Bau badan?!”. Fikirnya.
Ziah pula tersipu-sipu ,
malu jika perbualannya dengan makcik Midah tadi didengari oleh lelaki angkuh
itu .
“Err ... makcik , saya
minta diri dulu. Dah lewat malam ni”. Kata Ziah sambil bangun mencium tangan
makcik Midah.
“Selamat malam makcik”.
Katanya sebelum berlalu pergi , keluar bilik tanpa langsung memandang wajah
abang Anip semasa bergerak melintasinya di pintu bilik. Abang Anip sengaja
tidak mahu berganjak maka terpaksalah Ziah menyendengkan badannya.
“Jahat!!”. Kata hati Ziah
sambil menjeling manakala abang Anip hanya tersenyum sinis. Entah mengapa
seronok benar dia jika dapat mengenakan gadis ini!.
Anip , janganlah kau
dera perasaannya.
Abang Anip mendapatkan ibunya , duduk
diam disisinya.
“Hmm ... Anip , janganlah
kau dera perasaannya. Dia itu gadis yang baik”. Abang Anip diam lalu meletakkan
kepalanya di atas riba ibunya. Makcik Midah mengusap-ngusap lembut rambut lurus
lebat anaknya itu. “Ya Allah!. Nyalakanlah semula sinar cahaya yang telah
lama terpadam di hati anakku ini!”. Doanya.
Malam itu sewaktu mahu melelapkan mata ...
Malam itu sewaktu mahu melelapkan mata
, abang Anip mengenangkan semula semua
kejadian yang dialaminya sejak Ziah , gadis ayu itu tinggal menumpang di
rumahnya.
“Ayu! Tapi lucu bila
marah”. Abang Anip tersenyum mengenangkan wajah Ziah ketika sedang marah.
Lantas terbayanglah peristiwa demi peristiwa pertengkaran antara mereka berdua.
“Wow! . Sungguh menyeronokkan!”. Katanya sambil tersenyum
tetapi ada juga peristiwa yang benar-benar menyakitkan hatinya . Semuanya gara-gara budak kampung yang bernama
Kamal itu. Sakit benar hatinya
sewaktu melihat Ziah begitu mesra
dengan Kamal , “Budak kampung tak sedar diri!”. Rungut abang Anip apabila
teringatkan senyuman Kamal tatkala Ziah jatuh tersembam ke dadanya sewaktu mahu
menaiki sampan tempohari. Lebih menyakitkan hatinya ketika Ziah
membisikkan sesuatu ke telinga Kamal dan akhirnya keduanya tertawa mesra.”Ceh!
Saja
“Mengada!. Langsung tak
dihiraukan aku yang ada di situ!”. Rungutnya lagi.
“Huhhh!. Tapi kenapa aku
nak marah?”. Abang Anip bertanya kepada
dirinya sendiri ... Bersama pertanyaan itu abang Anip melelapkan mata.
Puisi : Keliru Mei 1994
Cuba kau katakan maknanya
Engkau fikir apa maksudnya
Meluat marah melihat manjanya
Berbulu sakit mata melihat guraunya
Uwekk! Bagai nak muntah melihat
gediknya
Resah gelisah melihat mesranya
Uh! Sakitnya hati kerananya
|
Puisi:
Kasih
Bonda
Kasih bonda ...
Akan kekal selamanya
Sungguh gelora datang melanda
Indah tak ternilai dengan harta benda
Hanya tulus murni untuk anakanda
Ini bondamu memanjat doa
Buatmu anakanda pengarang jiwa
Utuh bahagia hidupmu kekal selama
|
Labels:
Novel

Subscribe to:
Posts (Atom)