Sebab ... ia ajar aku menghargai ilmu
ia ajar aku menghargai orang bijak pandai
ia ajar aku lebih berimaginasi
ia ajar aku melihat yang tersirat
ia ajar aku berfikir
ia ajar aku menggerakkan minda
ia ajar aku melihat dunia dengan cara sendiri
Sebab ... ia jadikan aku lebih sabar
ia jadikan aku lebih memahami
ia jadikan aku lebih kreatif
ia jadikan aku kagum dengan fenomena alam
ia jadikan aku sedar bahawa tiada yang sia-sia
ia jadikan aku akur aku adalah hambaNya
ia jadikan aku terasa kehebatan Pencipta
Sebab ... ia fahamkan aku bahawa ...
"Yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang"
ia fahamkan aku bahawa ...
"Hari ini harus lebih baik dari semalam"
ia fahamkan aku bahawa ...
"Cabaran buat hidup ini lebih menarik"
ia fahamkan aku bahawa ...
"Kekuatan minda mampu mengalahkan kekuatan fizikal".
Satu hari di kelas fizik ... transformer - memanipulasikan a.c terhadap elektromagnet bagi mengaruhkan emf agar terjana arus - bijak! Sangat bijak!! |
Tentang solenoid ... bagaimana manusia begitu kreatif menggunakan tangan kanan untuk menentukan kutub elektromagnet yang terhasil. |
Mengkombinasikan fluks magnet kekal dan elektromagnet untuk menghasilkan daya bagi menggerakkan motor ... hebatnya kuasa minda ... sebab itulah aku suka belajar fizik. |
No comments:
Post a Comment