BAB 25 : TERASING
Hari ini , Zuraimie meminta seorang setiausaha peribadi daripada ayahnya.
Kerja-kerjanya yang melambak menyebabkan dia kerap kali terlepas
perjumpaan-perjumpaan penting yang telah dirancang lebih awal.
“Ayah , Mie rasa dah tak menang tanganlah menguruskan semua
perkara”. Zuraimie memulakan bicara.
“Habis , gaji kau bukannya sedikit. Macam mana besarnya gaji
yang kau terima , begitulah
tanggung-jawab yang harus kau pikul”. Balas Tuan Zaman dengan selamba. Langsung
tiada rasa simpati dengan masalah anaknya itu.
“Bukan begitu maksud Mie ayah”. Zuraimie agak tersinggung
apabila ayahnya membangkitkan soal gaji.
“Habis , apa cadangan kau?”. Tanya Tuan Zaman acuh tidak acuh.
“Hmm ... begini , kalau boleh saya ingin mempunyai seorang
setiausaha atau personal assistant saya sendiri. Jadi bolehlah dia uruskan
temujanji dan jadual harian saya nanti”. Terang Zuraimie.
“Okey. Minta setiausaha Syarikat uruskan perkara itu. Ayah
tak ada halangan”. Tuan Zaman memberikan persetujuan. Sebenarnya Tuan Zaman
amat berpuashati dengan mutu dan kerja
anak lelakinya itu. Semua tanggung jawab yang diberi , pasti dilaksanakan
dengan baik. Dia kini sudah boleh bersenang hati melihatkan perubahan sikap
Zuraimie yang tekun dan serius bekerja.
“Mungkin perkahwinan telah mematangkannya”. Fikir Tuan Zaman.
Dalam diam dia mengagumi Diah , menantunya yang telah mengubah sikap acuh tidak
acuh anak lelakinya itu. Kalau dulu , amat susah untuk mengajak anaknya itu
bekerja dalam Syarikatnya. Kini , anaknya itu sudah lebih daripada sedia untuk
mengambilalih tempatnya.
“Hmm ... akhirnya aku sudah boleh berehat. Tak sangka , lebih
awal dari yang kujangka”. Katanya sendiri sambil tersenyum panjang.
Perkenalan
Tidak lama selepas bercakap dengan ayahnya , Zuraimie sudah dibekalkan
dengan seorang pembantu peribadi. Pagi itu Zuraimie agak terkejut sebaik sahaja masuk ke dalam bilik pejabatnya
dan mendapati seorang wanita awal tiga puluhan siap menyambutnya di muka pintu.
“Selamat pagi tuan. Er ... saya Siti Aina , pembantu peribadi
tuan yang baru”. Siti Aina memperkenalkan dirinya.
“Oh ya. Saya terlupa. Semalam Lela , setiausaha Syarikat ada
maklumkan tentang kehadiran awak hari ini. Hmm ... satu lagi , awak bukan
pembantu peribadi saya yang baru. Awak adalah penyandang jawatan ini yang
pertama”. Balas Zuiraimie membetulkan kenyataan Siti Aina sebelum berlalu
menuju ke meja kerjanya.
“Err ... Saya rasa
lebih baik awak duduk di luar bilik pejabat saya ni. Mungkin itu lebih selesa
bagi awak”. Kata Zuraimie sambil mengerling ke arah meja tambahan yang baru
dipindah masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Siti Aina mengerutkan dahinya. Dia tidak dapat menangkap
maksud di sebalik kata-kata bos barunya itu. Melihatkan keadaan Siti Aina yang
agak kebingungan , Zuraimie segera menekan butang intercom , berhubung terus
dengan setiausaha Syarikat.
“Lela , tolong masuk sekejap”. Arah Zuraimie dan beberapa
ketika kemudian , Lela sudah tercegat di sebelah Siti Aina.
“Tolong bawa meja ni keluar. Susunkan agar Siti Aina boleh
duduk setempat dengan pekerja lain. Jadi bolehlah awak tunjuk ajar dia mana
yang patut”. Arah Zuraimie sambil memandang wajah Lela dan Siti Aina sepintas
lalu.
“Huh! Sombongnya dia ni. Macamlah aku ni terhegeh-hegeh
sangat nak duduk sebilik dengan dia!”. Kata Siti Aina di dalam hati. Dia agak tersinggung dengan
sikap Zuraimie.
“Baik tuan. Sekarang juga saya uruskan”. Jawab Lela lalu
memanggil budak pejabat untuk mengangkut keluar meja dan kerusi Siti Aina. Siti
Aina pula segera mengambil semua peralatan dan tas tangannya , beriringan
dengan Lela keluar dari ruang pejabat bosnya itu.
“Hmm ... sorrylah Siti , bos kita tu memang begitu. Jangan
ambil hati okey”. Kata Lela , memahami ketidak selesaan Siti Aina pada ketika
itu.
“Hmm Tak apa. Lagipun dia tu bos. Kita ikut saja apa yang dia
nak. Err ... lagi satu. Panggil saja saya Aina , rasa lagi mesra”. Balas Aina.
Tugas pertama
Banyak perkara yang Siti Aina buat untuk bosnya hari ini , dari menyusun
jadual , menetapkan tarikh dan masa temujanji sehinggalah membancuhkan teh
tarik buat bosnya.
Menjelang petang barulah dia dapat berehat , itupun setelah
Zuraimie bermesyuarat di luar.
“Hmm ... macam mana hari pertama bekerja?”. Tanya Lela ,
memandang Aina dengan senyuman penuh makna.
“Errgg!”. Aina membuat isyarat dengan jari , memenggal
lehernya sendiri.
“Macam nak pengsan!. Lega , dia dah keluar!. Hehehe”. Aina tertawa
kecil.
“Dah namanya kerja. Kita nikan ‘kuli’ bos. Terpaksalah ikut
rentak bos”. Balas Lela sambil meneruskan kerjanya.
“Yalah kak. Err kak , boleh tanya sikit?”.
“Yup! Ada apa?”. Lela menghentikan kerja lalu memusingkan
kerusi mengadap Aina.
“Err ... tapi akak jangan salah sangka tau. Saja nak tahu.
Hmm ... Tuan Zuraimie tu dah kahwin ke belum?”. Tanya Aina.
“Hmm pasal status.
Rasanya dia tu pernah kahwin dulu. Cuma sekarang ni tak tahulah”. Jawab Lela
lalu berpusing kembali mengadap kerja-kerjanya yang masih melambak. Dia
sebenarnya tidak suka mahu membicarakan hal peribadi orang lain pada waktu
kerja.
“Huh! Mengganggu saja!”. Katanya di dalam hati.
Aina yang masih mahu bertanya itu
terpaksa memendamkan niatnya setelah melihat reaksi Lela yang tidak berminat untuk
melanjutkan perbualan tentang Tuan Zuraimie.
“Tak nak bagi tahu tak apa. Aku boleh cari sendiri. Akukan
pembantu peribadinya!”. Fikirnya lagi
sambil mengerling ke arah Lela yang sudah kusyuk menaip atau mungkin juga
pura-pura kusyuk menaip!. “Urusan peribadi dan urusan pejabat tidak boleh dicampuradukkan!”.Rungut Lela perlahan.
Tepat jam 6:30
petang , Aina mengemaskan mejanya untuk
pulang. Lela telah lebih dahulu angkat kaki tepat jam 5:45 tadi. Sengaja Aina
menunggu sebentar di pejabat , berharap
hujan lebat di luar akan segera teduh.
“Huh! Hari pertama kerja dah kena berhujan”. Rungutnya
setelah meninggalkan bangunan pejabat. Aina
yang berpayung , berjalan laju
menuju ke perhentian teksi.
“Nama saja berbumbung “. Rungut Aina merujuk kepada
pakaiannya yang mulai basah terkena tempiasan hujan yang mencurah lebat. Aina
berdiri sambil memandang ke arah jalan
raya. Matanya tercari-cari teksi kosong yang boleh membawanya pulang.
Tiba-tiba ,
sebuah kereta Honda Hitam berhenti di hadapannya. Seketika kemudian , cermin
tingkap diturunkan.
“Siti Aina , naiklah”. Terdengar satu suara dari dalam kereta
mempelawanya masuk. Aina menundukkan
kepala memandang siempunya suara.
“Eh , Tuan. Tak apa , saya tunggu teksi sahaja”. Jawab Aina ,
tidak selesa mahu menumpang kereta bosnya. “Naik kereta dengan bos yang
berlagak?!. Eeeuwww ... tolonglah!”. Kata Siti Aina di dalam hati.
“Hujan ni. Lagipun awak tinggal satu jalan saja dengan saya.
Marilah naik , lebat hujan ni”. Bersungguh-sungguh Zuraimie mengajak Siti Aina.
“Naiklah , mahu sampai besok hujan ni tak reda. Cepatlah naik
, lagi lama awak berdiri di situ mahu lencun awak dibuatnya”. Kata Zuraimie
lagi.
“Err ... baiklah. Terima kasih”. Melihatkan kesungguhan
Zuraimie mempelawanya , Aina tidak mungkin boleh menolak. Terlalu tidak sopan
kalau dia tetap mahu menunggu teksi pada waktu-waktu terdesak begini.
“Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya”. Aina berbahasa.
“Hmm ... tak apa. Kebetulan saya lalu sini. Kenapa lewat
sangat balik?. Bukankah tadi saya dah beritahu yang awak boleh balik pukul 5:45
petang , sama macam pekerja lain”. Tanya Zuraimie.
“Err betul. Saya ingat nak tunggu hujan reda sikit. Mana nak
tahu rupanya hujan sampai ke sudah”. Jawab Aina.
“Hmm ... macam mana tuan tahu yang saya tinggal satu jalan dengan tuan?”. Tanya Aina , agak
ragu-ragu.
“Oh tadi saya sempat baca biodata awak. Itu yang saya tahu
alamat tempat tinggal awak”. Jawab Zuraimie selamba.
“Ooo... minat gak nak tahu pasal aku. Ingatkan kayu , takde
perasan!”. Fikir Siti Aina sambil tersenyum.
“Awak tinggal dengan orang tua atau rumah sewa?”. Tanya
Zuraimie lagi. Dia masih ingat akan status Aina yang dibacanya pagi tadi ,
‘Belum Berkahwin’.
“Saya tinggal di rumah sewa bersama tiga orang lagi rakan
serumah”. Jawab Aina , mulai rasa tidak selesa apabila Zuraimie terlebih ramah
dengannya. ‘Urusan pejabat jangan dicampurkan dengan urusan peribadi’. Itu juga
adalah prinsipnya.
“Hmm kalau boleh saya tahu , kenapa masih sendiri?. Bukankah
pada usia begini awak sudah layak bergelar isteri?”.Wah! Zuraimie sudah
terlebih ramah!
Soalan Zuraimie itu bagaikan petir kilat yang memanah jantung
Aina. Aina sudah muak malah terlalu muak mendengar soalan itu apatah lagi mahu
menjawabnya.
“Huh! Nasiblah kau ni bos. Kalau tak mahu saja aku bahasakan
kau!. Banyak-banyak soalan , tak de soalan lain ke yang kau nak tanya?.
Lagi-lagi benda yang sama!”.
“Bila kau nak kahwin Aina?”
“Bila lagi Aina?”
“Bina nak makan nasi minyak?”
“Kau ni terlalu memilih ke?”.
“Takkan tak ada yang berkenan?”
“Jangan sampai jadi andartu!”
“Jangan bujang sampai ke tua!”
“Jangan mati dengan status ‘solo’!”
Semua pertanyaan dan sindiran seumpama itu sudah menjadi sekam
di hati Aina. Aina sudah bosan menghadapinya. Kalau boleh mahu saja dia
menjerit , memberitahu mereka yang tidak pernah faham , “Soal jodoh itu semua kerja Tuhan!!!!!”.
Jerit Aina tiba-tiba.
Tersentak Zuraimie mendengar jawapan
itu lalu secara tidak sengaja dia telah menekan brek dengan sekuat-kuatnya.
Kereta terhenti serta merta. Aina dan Zuraimie terhumban ke hadapan. Sakit dada
mereka tersentap tali pinggang keselamatan. Mujurlah tiada kereta di belakang.
Jika tidak sudah pasti Honda hitamnya disodok kereta di belakang.
“Eh! Maafkan saya Tuan. Saya betul-betul tak sengaja!”. Aina
mulai rasa bersalah , malupun ada.
“Er ... tak apalah.
Saya turun di sini saja”. Katanya lagi lalu segera menanggalkan tali pinggang
keledar sebelum cuba membuka pintu
kereta.
Spontan dengan itu , Zuraimie menarik
tangan Aina menghalangnya daripada melangkah keluar. “Tak apa. Tak
payahlah keluar. Hujan masih lebat. Biar saya terus hantarkan awak. Lagipun
bukan salah awak. Saya yang bertanya di luar batasan”. Kata Zuraimie. Aina
akur. Dia sebenarnya sudah terlalu malu dengan insidennya menjerit tidak tentu
pasal. Merah pipinya menahan rasa. “Bodoh! Bodoh! Bodoh!”. Kata hatinya
berulangkali.
Mereka akhirnya diam
seribu bahasa hingga ke destinasi masing-masing.
Suasana janggal
Keesokan harinya sewaktu di pejabat , Siti Aina cuba sedaya upaya untuk
berlagak biasa. Zuraimie pula asyik tersenyum-senyum setiap kali terpandangkan
Siti Aina.
“Kelakar betul minah ni. Tak pernah aku rasa lucu begini”.
Fikir Zuraimie. Lebih melucukan hatinya apabila pembantu peribadinya itu jelas
‘hilang gaya’ setiap kali berhadapan dengannya.
“Hmm aku harus
memulihkan keadaan. Kasihan dia kalau terus bekerja dalam keadaan tidak selesa
begini. Dia itu pembantu peribadi aku , jadi tidak sesuai jika dia sudah berasa
tidak selesa bekerja bersamaku”. Fikir Zuraimie lantas bila tiba waktu makan tengahari , Zuraimie keluar mengajak
Siti Aina dan Lela makan tengahari bersamanya. Pada asalnya kedua pekerjanya
itu menolak tetapi terpaksa menhgikut setelah melihatkan kesungguhan bos mereka
itu.
“Ini bukan ajak-ajak ayam ni”. Fikir Lela.
“Hmm tak apa kot. Mungkin dia
buat baik pasal hal semalam. Lagipun ada kak Lela. Jadi tak salah ikut
“. Fikir Siti Aina pula. Maka mereka bertiga
akhirnya bersetuju untuk mengisi perut di salah satu Restoran di KLCC –
‘Spice of India’. Masakan hangat
berempah , bagai nak memulas perut Siti Aina menahan rasa hangat , pedas kari
kepala ikan yang dipesan Zuraimie.
“Banyak-banyak restoran , tempat ini juga yang dipilihnya.
Dahlah jauh , mahal dan errgghhh pedas!. Sakit perut aku dibuatnya”. Rungut
Siti Aina di dalam hati.
Sebaliknya Lela dan Zuraimie menikmati makan tengahari itu
dengan cukup berselera.
“Kalau hari-hari bos belanja makan begini bestkan Aina”. Kata
Lela tiba-tiba , tersedak Siti Aina dibuatnya dan Zuraimie hanya tersenyum ...
Hubungan pekerja dan
majikan
Masa berlalu , bermula dengan ketidakselesaan dan pelbagai insiden yang
kurang menyenangkan , akhirnya Siti Aina dapat menyesuaikan diri dengan suasana
kerja dan kerenah bosnya , Tuan Zuraimie.
Hubungan mereka berdua cukup professional. ‘Urusan pejabat
tidak boleh dicampur adukkan dengan urusan peribadi’ sehinggalah suatu hari.
“Mie , masuk ke pejabat ayah sekejap”. Panggil Tuan Zaman.
“Ya ayah”. Seketika kemudian Zuraimie sudah duduk di
hadapan Tuan Zaman.
“Ya , ada apa ayah panggil Mie?”. Tanya Zuraimie.
“Hmm begini. Minggu depan ada
‘Team building’ aktiviti di
Cameron Highland. Hampir semua kakitangan Syarikat akan ada di sana. Ayah
sepatutnya ‘joint’ sama tapi kesihatan ayah akhir-akhir ini tidak membenarkan
ayah untuk pergi ke tempat-tempat sejuk begitu. Jadi ayah mahu kau gantikan
tempat ayah. Cuma untuk hari pertama saja. Kita akan bincangkan sedikit tentang
‘performance’ Syarikat. Alah secara sambil lalu saja sebab aktiviti ini
sebenarnya adalah aktiviti tahunan yang sengaja kita atur pada setiap tahun.
Tujuannya adalah agar semua kakitangan
dapat berkenalan lebih rapat antara satu sama lain , melepak bersama sambil
berehat setelah bertungkus lumus bekerja sepanjang tahun. Bukan lama ,
tiga malam empat hari sahaja. Khamis petang bertolak , balik ke
mari hari Ahad”. Jelas Tuan Zaman.
“Hmm tapi rasanya pagi Jumaat tu Mie ada mesyuarat di ...”
“Ah tak apa. Semua mesyuarat kau tu ayah yang akan ganti.
Nanti kau suruh pembantu peribadi kau
berurusan dengan Lela. Lela akan update ayah. Kalau agak-agak boleh ditangguhkan , kita akan tangguhkan”.
Tuan Zaman memotong kata-kata Zuraimie.
“Hmm kalau begitu ,
baiklah ayah”. Jawab Zuraimie.
“Well , Bos is still a bos!”. Fikirnya sambil berjalan keluar
meninggalkan pejabat ayahnya
Syak Wasangka.
Hari ini
hari Khamis. Zuraimie pulang agak awal petang itu. Hajatnya adalah untuk
mengemas barangan yang perlu dibawanya untuk program di Cameron Highland nanti.
Malangnya setibanya sahaja dia di muka pintu rumahnya , Puan Sarah , ibunya
sedang tergesa-gesa keluar rumah sambil mendukung Raziq.
“Cepat Abu , cepat. Panas betul badan budak ni”. Kata Puan
Sarah cemas. Langsung tidak dihiraukan anak lelakinya yang tercegat
memandangnya.
“Mak! Mak! Apahalnya tergesa-gesa ni?”. Tanya Zuraimie ,
bergegas mendapatkan Puan Sarah yang sudahpun berada di dalam kereta.
“Eh! Mie dah balik. Mak tak perasanpun. Err ... ni mak tengah
risau ni. Raziq demam panas. Dah puas mak tuam kepalanya dengan air asam jawa
tapi panasnya tak juga turun. Sudahlah , mak nak bawa dia ke klinik sekarang”.
Kata Puan Sarah lalu terus menutup pintu kereta. Seketika kemudian kereta yang
dipandu Pak Abu sudah jauh meninggalkan Zuraimie.
“Hishh mak ni. Panik tak tentu pasal. Kenapa tak panggil saja
kakak balik tengokkan Raziq?”. Zuraimie
berkata sendiri , hairan dengan sikap ibunya yang kelam kabut.
“Kalau pasal cucu , semuanya sanggup!”. Rungutnya pula.
Tiba-tiba Zuraimie teringatkan isterinya Diah , “Anak demam, emaknya buat
apa?”. Fikirnya lalu bergegas naik ke tingkat atas.
Sebaik
sahaja Zuraimie membuka pintu bilik , dilihatnya Diah sedang berdiri di muka
jendela bilik. Kelihatannya sedang leka memerhatikan sesuatu.
“Hmm ...” . Zuraimie berdehem , sengaja mahu menarik
perhatian Diah. Diah menggerakkan kepalanya sedikit ke arah suara Zuraimie
tanpa memusingkan tubuhnya yang tegak berdiri.
“Raziq demam , awak
tahu tak?”. Tanya Zuraimie. Diah menganggukkan kepalanya .
“Habis , kenapa tak ikut mak bawa Raziq ke klinik?”. Tanya
Zuraimie , hairan.
Diah tidak menjawab , hanya kepalanya sahaja digelengkan
perlahan. Zuraimie mulai geram dengan sikap Diah yang langsung tidak mahu
menjawab pertanyaannya.
“Awak ni kenapa?. Sejak bila pulak jadi bisu?”. Herdik Zuraimie. Dia tidak memahami sikap Diah yang seperti
tunggul , langsung tidak menunjukkan kebimbangan tentang kesihatan anaknya
sendiri. Sudahlah begitu , asyik mendiamkan diri setiap kali ditanya.
Walaupun
sudah diherdik , Diah masih tetap mendiamkan diri. Diah tetap tidak berpaling
memandang Zuraimie. Zuraimie jadi hilang sabar lantas berjalan laju ke arah
Diah.
“Awak ni!”. Separuh
menjerit sambil tangannya kasar merentap lengan Diah agar berpusing
mengadap ke arahnya.
Sebaik sahaja Diah
mengadapnya , Zuraimie tergamam kerana dilihatnya mata Diah sudah
membengkak merah tanda dia telah menangis sepanjang hari. Wajah Diah yang
memucat pula membuatkan Zuraimie cemas lalu dahi Diah dirasanya dengan belakang
tangan.
“Ya Allah Diah , apa dah jadi ni. Badan awak panas sangat ni.
Sudah , mari saya hantarkan awak ke klinik”. Katanya spontan sambil terus
menarik tangan Diah.
“Tak nak. Tak payah. Saya tak mahu ke mana-mana”. Jawab Diah
tiba-tiba. Jawapan yang tidak diduga oleh Zuraimie.
“Diah , sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk membantah!”.
Serentak dengan itu Zuraimie mengendung Diah secara paksa. Diah diam , dia
tidak mampu berbuat apa-apa. Badannya terasa sungguh lemah dan tanpa sedar dia
akhirnya terkulai digendungan suaminya.
Sedar-sedar
Diah mendapati dirinya terbaring di atas
katil biliknya. Zuraimie pula sedang sibuk mengelap dahinya dengan kain basah.
Sesekali kain basah itu dicelupkan ke dalam mangkuk berisi ais dan diperah
sebelum diletakkan semula ke atas kepala dan dahi Diah.
“Lega sikit sayang?”. Tanya Zuraimie sebaik sahaja melihat
Diah telah sedar dan sedang memerhatikannya.
“Terima kasih”. Jawab Diah sepatah. Zuraimie tersenyum
mendengar penghargaan yang diberikan oleh isterinya itu. Bukan senang hendak
mendengar Diah mengucapkan terima kasih kepadanya.
“Abang sayangkan Diah. Maafkan abang kerana telah mengabaikan
Diah”. Katanya penuh sesal. Zuraimie bagaikan baru tersedar yang selama ini dia
telah mengabaikan isterinya. Melihatkan keadaan Diah sekarang , timbul semula
rasa kasih dan cintanya yang kian tenggelam dek pelbagai masalah yang melanda
dan menguji hubungan mereka.
Diah hanya tersenyum mendengar kata –kata Zuraimie.
Perlahan-lahan matanya dipejamkan semula.
“Hei! Jangan tidur semula. Seharian ini awak tak makan. Ni ,
kak Biah dah masakkan bubur nasi untuk Diah. Makan ya , abang suapkan”.
Zuraimie memaksa Diah untuk bangun semula.
“Perut yang kosong
harus diisi , barulah cepat sembuh”. Katanya lagi lalu mula menyudukan bubur
nasi ke dalam mulut Diah. Mahu tidak mahu Diah hanya menurut. Lagi pula
perutnya memang betul-betul lapar. Dah lama dia tak menjamah nasi. Tiada siapa
tahu yang sudah hampir sebulan dia hanya mengisi perutnya dengan biskut kering
yang diambilnya dalam diam dari dapur.
“Oh! Nikmatnya dapat menjamah nasi, walaupun hanya bubur
nasi”. Kata Diah dalam hatinya sambil terus mengangakan mulutnya setiap kali
Zuraimie menghulurkan sudu ke padanya.
“Hmm laparnya isteri abang. Baguslah , kalau ada selera
begini tentu cepat sembuh nanti”. Kata Zuraimie lagi sambil mengucup dahi Diah.
“Abang , Raziq?”. Diah teringatkan anaknya Raziq.
“Hmm baru teringatkan anak?. Hehehe. Dia tak apa-apa. Deman
panas sebab campak. Tadi doktor dah sahkan yang Raziq kena demam campak. Agak
biasa untuk bayi yang berumur 6 bulan. Jangan risaulah sayang. Pandailah mak
menguruskannya”. Jawab Zuraimie. Diah mengangguk-nganggukkan kepalanya.
Tiba-tiba
telepon bimbit Zuraimie berbunyi , “Ya Hello!”
“Oo awak Aina. Ada apa telepon saya malam-malam begini?”.
“Oh! Okey. Terima kasih atas keperihatinan awak. Saya akan
bawak sekali nanti. Okey , Jumpa awak di sana malam esok”. Zuraimie mematikan
telepon bimbitnya.
Siti Aina , pembantu peribadinya mengingatkannya agar membawa
kasut sukan untuk aktiviti ‘team building’ di Cameron Highland nanti.
Diah yang pura-pura tidak mendengar terganggu
dengan perbualan antara Zuraimie dengan perempuan yang di panggil Aina itu.
“Jumpa awak di sana malam esok?. Aina?. Siapa dia?. Kenapa
malam esok?. Ada apa pada waktu malam esok?”. Fikiran Diah dipenuhi persoalan-persoalan yang
merosakkan ketenangan perasaan yang baru dirasainya.
“Baru saja nak berbaik sudah begini pula jadinya. Tapi kenapa
aku resah?. Kenapa mesti rasa kecewa?. Adakah aku cemburu?. Cemburu?. Kenapa?.
Ah! Tak mungkin. Aku tak mungkin cemburu malah aku memang tak perlu rasa
cemburu. Aku tak boleh! Tak boleh!. Aku tak boleh rasa cemburu. Kalau Zuraimie
mahu mencari yang lain , mahu mencari seribu Aina sekalipun , biarkan. Biarlah!.
Aku harus rela kerana aku tidak mencintainya. Aku tidak akan pernah
mencintainya. Ya! Aku tak akan pernah
dan tidak boleh mencintainya. Aku tidak boleh
mencintainya kerana aku tidak akan pernah menduakan kau Raziq. Tidak akan Raziq!.
Sampai bilapun aku akan tetap setia padamu. Jika di dunia ini kita terpisah ,
pasti di sana nanti kita akan bersama. Aku akan menjadi bidadarimu di syurga.
Hanya kamu!. Hanya kamu Raziq!!”. Diah berperang dengan perasaannya sendiri.
“Huh! Tapi mengapa hatiku masih resah?. Ah! Mungkin kerana
aku sedang sakit sekarang ni. Ya , aku sakit dan perlukan seseorang untuk aku
berpaut. Seseorang yang dapat memberikanku kata-kata semangat untuk terus hidup
dan mengharungi semua ini. Hidup yang bagaikan sudah tiada makna lagi bagiku. Aku
kecewa dengan hidupku ini ... ahhhhh!”. Keluh Diah dalam diam. Lantas
perlahan-lahan matanya dipejamkan rapat-rapat. Diah cuba menafikan rasa sayang
yang mulai tumbuh di dalam hatinya. Bukankah cemburu itu tandanya sayang?.
“Sayang dah nak tidur semula?. Kalau begitu abang panggil kak
Biah kemaskan pinggan mangkuk ni. Rehat ya sayang”. Kata Zuraimie sambil
mengucup dahi Diah sekali lagi.
Zuraimie pergi
Malam berarak pergi , siang mula menjelma ... berlalu sudah satu hari
yang menuntut ketabahan. Diah membuka matanya dengan payah sekali. Kepalanya
masih terasa berat. Seluruh sendi badannya pula terasa lemah dan lesu.
“Ah! Kenapa dengan aku ini?”. Fikir Diah.
Dalam kepayahan kedua tangannya ditadahkan ke langit , berdoa
bersyukur kerana masih bernafas sehingga ke hari ini. Diah juga berdoa agar
kebahagiaan dan kegembiraan sudi menyapanya.
“Eh! Dah bangun isteri abang?”. Sebuah kucupan singgah di
dahi Ziah. Itu sahajalah yang boleh dilakukannya , mengucup dahi isteri
tercinta. Jika meminta lebih , pasti buruk padahnya!.
Diah membalas sapaan suaminya dengan senyuman , terasa
bahagia disayangi. Serta merta hilang rasa berat di kepalanya. Diah rasa lebih
bersemangat untuk mengharungi hari ini.
Diah
melangkah ke bilik air , membersihkan badan lalu berwuduk.
“Aku harus bersolat hari ini. Sudahlah semalam aku tertidur
tanpa solat isya’. Mujur masih bernyawa. Jika tidak , mati dalam dosalah aku. Ya Allah
ampunilah hambamu yang lalai ini ”. Doa Diah setelah siap
berpakaian. Suaminya , Zuraimie sudah
tiada di bilik , mungkin sudah turun bersarapan pagi di bawah.
“Awalnya turun”. Fikir Diah.
Tiba-tiba matanya terpaku pada sebuah
beg pakaian yang sudah siap di kemas. Sepasang kasut sukan diletakkan di atas
beg tersebut.
“Ke mana dia nak pergi?. Mungkinkah ... Ahh!”. Diah
memejamkan matanya , meletakkan tangannya di dada sambil memujuk hatinya yang
tiba-tiba diserang gelisah.
“Sabarlah diri. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya”.
Setelah tenang semula , Diah menunaikan
solat subuh dengan khusyuk. Di akhir solatnya , dalam sujud yang terakhir ,
Diah berdoa ... memanjatkan harapannya dan memohon ketenangan dan kebahagiaan
daripada Allah , tuhan yang Maha Berkuasa. Tuhan yang memegang hati manusia ...
“Ya Allah , ampunilah segala dosa-dosa yang pernah kulakukan
dalam hidupku ini. Tunjukkanlah kepadaku jalan yang benar. Tenangkanlah hatiku
yang sentiasa dilanda resah dan gelisah”.
“Ya Tuhanku yang Maha Besar , sesungguhnya Kau mengetahui
masalah dan bebanan yang kutanggung , berilah kekuatan kepadaku untuk
mengharunginya. Jadikanlah aku ini hambamu yang redha dengan segala ketentuan
takdir yang telah Kau tulis buat diriku ini”.
“Ya Rab , aku ini tidak mampu melepaskan kenangan silamku
namun aku juga tidak sanggup melepaskan apa yang telah menjadi milikku kini
maka ya Tuhanku , kau tetapkanlah hatiku
ini agar mampu memilih antara keduanya”.
Usai solat , Diah masih bertelenggu
di atas sejadah , memandang beg pakaian suaminya yang sudah siap berkemas.
Benaknya berkata-kata sendiri , “Jauh perjalanannya hari ini , rasanya bukan
untuk sehari dua. Ke mana agaknya?. Dengan siapa dan mengapa?”. Ingin saja Diah
ajukan semua persoalan itu terus kepada Zuraimie tetapi entah mengapa Diah
terasa malu yang terlampau sangat , egonya menghalangnya daripada berbuat
begitu.
“Ah! Hidung tak mancung , pipi tersorong-sorong. Apa pula
katanya nanti. Sibuk mahu menjaga tepi kain orang!”. Diah akhirnya membulatkan
hatinya untuk tidak ambil tahu segala aktiviti Zuraimie.
“Buat apa nak sibuk , dia itu bukannya pilihan hatiku.
Lagipun , mak dan ayah mertuaku pasti akan gembira kalau anaknya itu keluar
bersama perempuan lain. Aku ini bukan sesiapa pada mereka. Hanya melukut di
tepi gantang. Hmm ... kalau melukut tu tak apalah juga. Ini lebih dari itu ,
aku ini umpama duri dalam daging. Hadirnya aku hanya menyemakkan dan
menyusahkan hidup mereka. Okey , tak apa. Aku takkan ambil tahu tentang kau.
Pergilah ke mana saja yang kau mahu. Berkawanlah dengan sesiapa saja yang kau
suka. Jika satu hari nanti kau menemui seseorang yang mampu membuatkan kau
bahagia maka pada ketika itu aku pasti akan pergi. Aku akan pergi mencari
kebahagiaanku sendiri bersama anakku Raziq”. Kata hati Diah , lama Diah
termenung melayan perasaan yang sedang berkecamuk.
Menungan
Diah terganggu apabila pintu biliknya dibuka dari luar. Zuraimie yang
sudah siap mengenakan pakaian
ke pejabat melemparkan sebuah senyuman kepadanya lalu duduk bertenggung di sisi
isterinya. Telekung yang masih tersarung ditanggalkannya , rambut Diah yang
bersanggul diurai ... “Hmm cantiknya isteri abangni. Biar abang tatap lama
sikit wajah yang abang sayang ni sebab kejap lagi abang akan ke pejabat. Lewat
petang nanti abang akan bertolak bersama rombongan pejabat ke Cameron Highland.
Ada program di sana. Kalau boleh , abang nak bawa Diah dan anak kita bersama
tapi Diah tak sihatkan?. Jadi baik Diah berehat saja di rumah. Jangan lupa makan
ubat tau. Nanti abang telepon dari sana”. Zuraimie memberitahu Diah akan pemergiannya.
Sekali lagi Dahi isterinya itu dikucup sayang.
“Eh! Masih panas lagi badan sayang ni. Mari , baring berehat
di katil”. Zuraimie memimpin Diah ke katil , membantunya untuk baring semula
lalu menyelimutkan isterinya itu.
“Bolehke abang tinggalkan Diah dalam keadaan begini?”. Tanya
Zuraimie.
“Tak apalah , abang pergilah. Diah okey”. Jawab Diah ,
terharu dengan keperihatinan yang ditunjukkan Zuraimie.
“Abang risaulah , takut nanti ...”
“Alah! Apa yang nak dirisaukan Mie , bukannya dia tinggal
sorang-sorang kat rumah ni!”. Puan Sarah yang kebetulan lalu dan terdengar
perbualan anak dan menantunya itu tiba-tiba menyampuk dari luar. Diah dan
Zuraimie terkejut dengan sikap Puan Sarah , tiba-tiba saja mencelah perbualan
mereka. Timbul rasa menyesal di hati Zuraimie kerana terlupa menutup pintu
biliknya tadi.
Puan Sarah
melangkah masuk tanpa diundang , menyentuh dahi Diah dan berpura-pura
menunjukkan rasa simpati terhadap menantunya itu.
“Hmm mesti tengah peningkan?. Dah makan ubat?”. Tanya Puan
Sarah , berlakon sebagai ibu mertua yang baik di hadapan anak lelakinya. Puan
Sarah mahu memastikan Zuraimie tetap pergi ke Cameron Highland , sebab itulah
dia mahu menyakinkan anaknya yang isterinya itu akan dijaga dengan baik
sedangkan sebenarnya dia menyimpan niat yang serong di dalam hatinya.
“Aku akan pastikan yang kau tidak akan kekal sebagai menantu
rumah ini. Daripada bermenantukan kau baiklah aku bermenantukan budak pejabat.
Hmm Siti Aina tu pun boleh tahan juga budaknya. Ada rupa ada gaya. Asalkan
bukan kau Diah!”. Katanya dalam hati , bagai ular yang menyimpan dendam.
“Hmm Mie , usahlah kau risau. Diah n i demam sikit saja.
Leopas ambil ubat tu karang tentu reda panasnya. Lagipun mak dan kak Biah kan ada.
Takkanlah kami nak biarkan dia macam tu saja”. Puan Sarah mengusap lembut bahu
anaknya.
“Yalah mak. Mie tahu , mak memang ibu yang penyayang. Diah
abang pergi ya”. Kata Zuraimie sambil melepaskan tangannya yang sedari tadi
menggenggam tangan Diah. Diah hanya mengangguk sambil mengukirkan sebuah
senyuman buat Zuraimie.
Belumpun
sempat Zuraimie melangkah keluar , tiba-tiba telepon bimbitnya berbunyi
,“Hello. Ya , saya bercakap”
“Oh! Aina , kenapa?”
“Apa?. Teman serumah awak sakit?”.
“Jadi awak tak ke pejabat pagi ni?. Okey , boleh. Taka pa ,
awak ambil cuti saja hari ini”.
“Err ... macam mana dengan Cameron Highland?”.
“Jadi awak akan pergi sendiri. Eh! Bahaya memandu waktu malam
ke sana sebab jalan tu berpusing mengelilingi bukit”.
“Ooo begitu”.
“Err kalau begitu , kita pergi sama sajalah. Biar saya ambil
awak di rumah. Kita pergi lepas kawan awak balik dari kerja. Mungkin pukul
lapan , lepas solat maghrib. Okey?. Baiklah jumpa nanti pukul lapan”. Zuraimie
menamatkan perbualan teleponnya.
Puan Sarah yang sedari tadi menumpang dengar perbualan
anaknya itu mulai tertanya-tanya , ada senyuman tersungging di tepi bibirnya!.
“Ada apa Mie. Aina ada masalah ke?”. Tanyanya , dia memang
kenal dan berkenan dengan Siti Aina kerana gadis itu telah melayannya dengan
baik sewaktu datang ke pejabat anaknya dulu.
“Ya. Ada sikit masalah kecil. Kawan serumah Aina tiba-tiba
demam teruk. Aina terpaksa ambil cuti temankan dia di rumah. Takut terjadi
apa-apa jika dibiarkan tinggal sendirian di rumah”. Jawab Zuraimie.
“Habis tu , dia tak ke Cameron ke?”. Tanya Puan Sarah lagi.
“Tulah yang Mie bualkan tadi. Asalnya dia nak memandu
sendiri ke sana malam nanti , bila kawan
serumahnya yang sorang lagi tu dah balik dari kerja. Tapi Mie cadangkan kami
pergi bersama saja. Pasal dia tu bukannya biasa memandu , kereta tupun bukannya
kereta dia tapi kereta kawan dia yang demam tu. Nanti , lepas pejabat dalam
pukul lapan , Mie ambillah dia di rumahnya”. Terang Zuraimie dengan panjang
lebar.
“Amboi serba tahu ...” Bisik hati Diah , terbit rasa cemburu
di hatinya.
“Baguslah begitu. Tak elok ‘anak dara’ memandu sendiri malam-malam hari. Jauh pulak
tu”. Balas Puan Sarah sambil menjeling ke arah menantunya. Sengaja perkataan
‘anak dara’ itu ditekankannya.
“Lagipun Aina tu gadis yang baik , datang dari keluarga yang
baik-baik. Memang patut sangat kita menolongnya”. Puan Sarah sengaja mahu
mengapi-apikan perasaan Diah. Puas hatinya melihatkan perubahan wajah Diah.
Wajah Diah yang pucat tadi sedikit memerah. Mungkin kerana berat menahan rasa.
“Hmm Mie pergi dulu mak. Zuraimie mencium tangan ibunya.
“Tolong tengok-tengokkan Diah ya mak. Kalau ada apa-apa nanti
, teleponlah Mie”. Pesan Ziuraimie.
“Ya , janganlah kau risau, enjoy okey”. Balas Puan Sarah.
“Sayang , abang pergi dulu. Jaga diri. Kalau ada apa-apa telepon
saja abang. Bila-bila masa saja”. Kata Zuraimie kepada Diah sambil mengucup
dahinya sekali lagi. Diah hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum kepada
suaminya. Puan Sarah memandang perlakuan suami isteri itu dengan rasa meluat
dan benci yang membuak-buak.
“Mengada-ngada!. Nantilah kau , tunggu lepas Zuraimie pergi.
Taulah aku kenakan kau!”. Katanya di dalam hati.
Puan Sarah menunjukkan
taringnya
Kebencian
Puan Sarah terhadap menantunya semakin menjadi-jadi. Diah itu tiada nilai
langsung di matanya. Hadirnya Diah dalam keluarganya hanya dianggap sebagai
‘pembawa sial’. Sial kerana hajatnya untuk terus bermenantukan Hidayah , anak
saudaranya sendiri punah begitu saja setelah Zuraimie menikahi Diah.
Puan Sarah juga khuatir jika suatu hari nanti dia terpaksa
berpisah dengan cucu kesayangannya Raziq gara-gara Diah menuntut haknya sebagai
isteri dan ibu.
“Alangkah baiknya kalau kau lenyap terus dari dunia ini.
Anakku , cucuku akan pasti tetap bersamaku”. Fikiran jahat mula dibisikkan oleh
nafsunya sendiri dan diperindahkan pula oleh syaitan yang sudah tentunya
bertekad untuk menyesatkan manusia.
“Hmm apa yang boleh ku buat di kesempatan ini?”. Puan Sarah
,melihat ketiadaan Zuraimie untuk lebih tiga hari itu sebagai satu peluang
baginya untuk merencanakan sesuatu.
“Puan! Puan!”.
Tiba-tiba suara Kak Biah memanggilnya menyedarkannya dari lena.
“Ya Allah , bermimpi rupanya aku!. Astarghfirullah
al-adzhiimm”. Puan Sarah mengusap wajahnya , memohon ampun daripada Allah (swt)
atas ingatan jahat yang bermain di fikirannya dalam lenanya tadi. Sungguhpun
Diah itu bukan menantu pilihannya , dia pastinya tidak akan tergamak untuk
meruntuhkan masjid yang terbina antara perempuan itu dengan anak lelakinya.
Lagi pula , Puan Sarah sangat sayangkan Raziq , cucunya itu. Puan Sarah tidak
mahu sekiranya sesuatu berlaku terhadap hubungan Diah dan Zuraimie maka dia
akan terpaksa berpisah daripada cucu kesayangannya.
“Kenapa Biah?”. Tanya Puan Sarah sambil memandang pembantu
rumahnya itu.
“Tadi masa saya bawakan bubur untuk Puan Diah , badan dia panas
sangat. Perlukah kita panggil doktor atau bawanya ke klinik?”. Tanya Kak Biah.
“Eh siapa kau pandai-pandai sangat nak buat keputusan?. Sudah
biarkan. Bagi saja ubat yang ada!. Mengada-ngada , demam sikit sudah bising!”.
Herdik Puan Sarah.
“Bising?”. Kak Biah bingung , kata-kata Puan Sarah itu ditujukan untuk Diah atau dirinya.
“Bising?”. Kak Biah bingung , kata-kata Puan Sarah itu ditujukan untuk Diah atau dirinya.
Lewat petang
itu Kak Biah sekali lagi naik ke atas membawa makan malam buat Diah.
“Assalamualaikum!. Puan , ni saya bawakan makanan. Makanlah
supaya segera sembuh”. Katanya sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Diah.
“Laa , kenapa makanan tengahari tadi tak dijamah?. Macam mana
nak baik kalau macam ni puan”. Kata kak Biah lagi.
“Tak apalah kak Biah. Letakkanlah saja makanan di situ. Saya
belum ada selera lagi”. Balas Diah ,sambil menunjukkan ke arah meja kecil yang
ada di tepi katilnya.
“Tak boleh begitu puan. Bila demam kita memang selalunya
tidak berselera tapi untuk segera sembuh kita kena paksa diri untuk makan.
Makan ya. Biar kak Biah tolong suapkan. Ni kak Biah masakkan bubur nasi ayam.
Sedap ni , puan makan sikit ya”. Pujuk Kak Biah sambil mengambil tempat di
sebelah Diah. Kak Biah siap sedia untuk menyuapkan Diah. Mahu tidak mahu Diah
terpaksa akur. Kasihan pula dia kepada Kak Biah yang risaukan kesihatannya itu.
“Yalah , saya makan sedikit. Terima kasih kak Biah”. Kata
Diah , benar-benar menghargai keperihatinan Kak Biah.
Sesudu , dua sudu ... sehinggalah , “Amboi Biah , dah tak ada kerja lain sampai kau kena suapkan
dia?. Apa tangan dia tu kudung ke?”. Meluap-luap kemarahan Puan Sarah
melihatkan Kak Biah melayan Diah sebegitu baik.
“Err Puan , saya ...”
“Sudah!. Pergi turun ke bawah. Banyak lagi kerja yang boleh
kau buat. Kalau dah ‘free’ sangat , pergi keluar basuh kereta aku. Sia-sia saja
aku gajikan kau kalau kau sibuk nek melayan , menyuapkan dia makan. Demam
konon. Demam sampai tak boleh nak makan sendiri?!. Mengada-ngada. Perempuan tak sedar diri. Bagi
betis nak peha!!!”. Jerit Puan Sarah sambil menunjal kepala Diah. Tersembur
bubur nasi yang masih belum sempat ditelan Diah.
“Ya Allah! Apa tolol sangat kau ni hah?!”. Jerkah Puan Sarah
lagi. Geram betul dia apabila terkena semburan bubur dari dalam mulut Diah.
“Ma maaf mak. Diah tak sengaja!”. Kata Diah tergagap-gagap
meminta maaf. Takut dia melihatkan rupa Puan Sarah yang kelihatan begitu
bengis. Mata Puan Sarah bagaikan hendak tersembul memandang Diah.
“Maaf kepala otak kau!!”. Balas Puan Sarah lalu menampar Diah
dengan sekuat-kuat hatinya. Bubur dalam mangkuk yang belum habis
ditonyoh-tonyohkan ke mulut Diah. Sakit mulut dan bibir Diah apabila tepi
mangkuk kaca yang keras itu ditenyeh dan dihentak-hentakkan ke mulutnya.
“Mak sakit!”. Diah merayu. Namun rayuannya itu langsung tidak
dipedulikan.
“Puan , sudahlah. Semuanya salah saya. Saya yang beria-ia
mahu menyuapkan Puan Diah tadi”. Kak Biah merayu , belas sungguh hatinya
melihatkan Diah diperlakukan sebegitu rupa. Entah syaitan mana yang telah
merasuk Puan Sarah. Rayuan menantunya dan Kak Biah langsung tidak dapat
meredakan kemarahannya yang sedang membuak. Hari ini Puan Sarah melepaskan
semahu-mahunya segala rasa benci yang membuku keras dalam hatinya.
Puan Sarah tergamam
Tiba-tiba Puan Sarah tersentak. Tergamam dia untuk beberapa ketika
tatkala mendengar namanya dipanggil dengan kuat.
“Mak!! Apa yang mak buat ni?!!”. Jerit Zuraimie lalu meluru
masuk mendapatkan Diah. Tangan Puan Sarah yang masih memegang mangkuk yang
sudah tumpah semua buburnya ditepis kuat oleh Zuraimie. Mujur bilik itu
berkapet jika tidak pastinya mangkuk itu sudah pecah berkecai. Berkecai seperti
hati Zuraimie yang amat kecewa dan terkejut dengan sikap ibunya!.
“Mie?. Kenapa Mie boleh berada di sini. Bukan ke ...”. Puan
Sarah kehilangan kata-kata. Bagaimana anaknya yang sepatutnya sedang dalam
perjalanan ke Cameron Highland bersama Siti Aina kini boleh berada di depan
matanya dan telah menyaksikan perbuatan kejamnya.
“Mak , Mie tak sangka mak sanggup buat begini pada Diah. Mak
yang Mie sanjung selama ini rupa-rupanya ... kejam!”. Zuraimie terlalu marah
dengan apa yang dilihatnya.
Zuraimie
tidak sangka yang ibunya boleh bertindak sejauh itu. Mujurlah dia tertinggalkan
dompetnya di rumah pagi tadi. Dia yang sepatutnya sudah dalam perjalanan ke
Cameron Highland terpaksa pulang sebentar untuk mengambilnya. Mujurlah ... jika tidak , apalah yang akan
terjadi kepada Diah. Kak Biah yang masih ada di situ menghembus nafas lega ,
“Ya Allah , sesungguhnya Kau memang Maha berkuasa!”. Ucapnya.
“Mie , mak tak sengaja. Mak , mak boleh jelaskan. Mak boleh
jelaskan segalanya , ianya tak seperti yang kau lihat ...”. Puan Sarah cuba
mencari alasan sedangkan hatinya menanggung rasa malu yang tidak terhingga.
Tembelangnya kini sudah pecah. Apa lagi yang patut dilakukannya?.
“Jelaskan apa lagi mak?. Selama ini mie sanjung mak. Mie
sangka mak sanggup menerima pernikahan kami seadanya sungguhpun Diah ini bukan
menantu pilihan mak. Selama ini Mie kagumi mak sebagai ibu yang penyayang dan
baik. Ibu yang sentiasa menyokong anaknya. Tapi ... rupa-rupanya semua itu
hanyalah lakonan! Mie kecewa mak dan Mie betul-betul tak sangka yang mak tergamak
buat semua ini ...”. Zuraimie amat sedih dengan apa yang terjadi. Terpampang
kekecewaan yang amat sangat di wajahnya.
“Ya!. Mak mengaku dengan apa yang mak buat. Tapi semua ini
bukan salah mak sorang. Semua ini berpunca dari kau juga. Kau sendiri tahu yang
mak tidak pernah merestui pernikahan kau dengan perempuan ini. Tapi kau degil.
Kau nikahi dia juga. Kau ceraikan Dayah. Kau bawa dia tinggal sebumbung dengan mak
dalam rumah ni. Lepas kau semua pergi kerja , tinggal aku saja dalam rumah ni
nak mengadap rupa perempuan yang aku benci ni setiap hari. Hati aku ini bagai
dirobek-robek setiap kali terpandangkan dia. Kau kata mak kau ni kejam?. Tapi kau tak sedar
yang kau itu lebih kejam lagi kerana membiarkan mak kau yang mengandungkan dan
melahirkan kau ke muka bumi ini berhadapan dengan orang yang dibencinya setiap
hari. Setiap hari. Kau faham tak?. Sekarang kau bagitahu aku siapa yang lebih kejam
sebenarnya , kau atau aku?!”. Puan Sarah mencari akal meletakkan kesalahan
kembali kepada Zuraimie.
“Huh?!”. Zuraimie terduduk mendengar kata-kata ibunya itu.
Dia tidak menyangka sampai begitu sekali ibunya membenci Diah.
“Baiklah mak. Kalau itulah sebabnya mak tidak berlaku baik
terhadap Diah , Mie minta maaf. Mie minta maaf sangat-sangat kerana tidak
perihatin dengan bebanan perasaan yang mak tanggung selama Diah tinggal di
rumah ini. Jadi demi kebaikan kita bersama , kami akan keluar dari rumah ini
malam ini juga mak!”. Menitis air mata
Zuraimie meluahkan kata-kata itu terhadap ibu yang sangat dihormatinya selama
ini.
Puan Sarah terdiam mendengar kata-kata Zuraimie , terharu
juga hatinya melihat air mata yang menitis di wajah anak lelakinya itu. Namun
ada sesuatu yang lebih penting difikirannya ketika ini , “Aku tak pernah
menyuruh kau keluar dari rumah ini. Tapi jika dah perempuan ini juga yang kau
pilih , terpulanglah. Tapi ingat , walau apapun terjadi , jangan sekali-kali
kau bawa cucuku keluar. Apapun terjadi Raziq akan tetap di sini , bersama aku.
Selagi ada rasa hormat kau padaku , ibu yang telah mengandungkan dan melahirkan
kau ke muka bumi ini , jangan kau bawa cucuku keluar dari rumah ini!”. Kata
Puan Sarah sebelum berjalan keluar meninggalkan anak dan menantunya.
Mengapa ibu
Engkau membenci jantung hatiku?
Namanya rupanya kau tiada sebulu
Gusarnya hati ini tidak menentu
Apa lagi mampu kulaku
Padamu kasih padanya rindu
Ah ibuku , aku keliru.
Ibuku ...
Buatmu istana di awan biru
Untukmu permata dipeputih salju
Ku sayangkanmu sepenuh kalbu
Umpama mentari menabiri malam sendu
Sayang kasihmu
kasihnya tiada bertemu
Aku kini bak musafir yang resah
melulu
Yang keliru arah tuju
Aku
yang selamanya mengharap doa restu
Namun masihkah ada doamu untukku
Gusar gelisah hatiku sentiasa
memburu kasihmu sayangmu ibuku
Mengapa
ibuku sayang?
|
BAB 25 : TERASING
Hari ini , Zuraimie meminta seorang setiausaha peribadi daripada ayahnya.
Kerja-kerjanya yang melambak menyebabkan dia kerap kali terlepas
perjumpaan-perjumpaan penting yang telah dirancang lebih awal.
“Ayah , Mie rasa dah tak menang tanganlah menguruskan semua
perkara”. Zuraimie memulakan bicara.
“Habis , gaji kau bukannya sedikit. Macam mana besarnya gaji
yang kau terima , begitulah
tanggung-jawab yang harus kau pikul”. Balas Tuan Zaman dengan selamba. Langsung
tiada rasa simpati dengan masalah anaknya itu.
“Bukan begitu maksud Mie ayah”. Zuraimie agak tersinggung
apabila ayahnya membangkitkan soal gaji.
“Habis , apa cadangan kau?”. Tanya Tuan Zaman acuh tidak acuh.
“Hmm ... begini , kalau boleh saya ingin mempunyai seorang
setiausaha atau personal assistant saya sendiri. Jadi bolehlah dia uruskan
temujanji dan jadual harian saya nanti”. Terang Zuraimie.
“Okey. Minta setiausaha Syarikat uruskan perkara itu. Ayah
tak ada halangan”. Tuan Zaman memberikan persetujuan. Sebenarnya Tuan Zaman
amat berpuashati dengan mutu dan kerja
anak lelakinya itu. Semua tanggung jawab yang diberi , pasti dilaksanakan
dengan baik. Dia kini sudah boleh bersenang hati melihatkan perubahan sikap
Zuraimie yang tekun dan serius bekerja.
“Mungkin perkahwinan telah mematangkannya”. Fikir Tuan Zaman.
Dalam diam dia mengagumi Diah , menantunya yang telah mengubah sikap acuh tidak
acuh anak lelakinya itu. Kalau dulu , amat susah untuk mengajak anaknya itu
bekerja dalam Syarikatnya. Kini , anaknya itu sudah lebih daripada sedia untuk
mengambilalih tempatnya.
“Hmm ... akhirnya aku sudah boleh berehat. Tak sangka , lebih
awal dari yang kujangka”. Katanya sendiri sambil tersenyum panjang.
Perkenalan
Tidak lama selepas bercakap dengan ayahnya , Zuraimie sudah dibekalkan
dengan seorang pembantu peribadi. Pagi itu Zuraimie agak terkejut sebaik sahaja masuk ke dalam bilik pejabatnya
dan mendapati seorang wanita awal tiga puluhan siap menyambutnya di muka pintu.
“Selamat pagi tuan. Er ... saya Siti Aina , pembantu peribadi
tuan yang baru”. Siti Aina memperkenalkan dirinya.
“Oh ya. Saya terlupa. Semalam Lela , setiausaha Syarikat ada
maklumkan tentang kehadiran awak hari ini. Hmm ... satu lagi , awak bukan
pembantu peribadi saya yang baru. Awak adalah penyandang jawatan ini yang
pertama”. Balas Zuiraimie membetulkan kenyataan Siti Aina sebelum berlalu
menuju ke meja kerjanya.
“Err ... Saya rasa
lebih baik awak duduk di luar bilik pejabat saya ni. Mungkin itu lebih selesa
bagi awak”. Kata Zuraimie sambil mengerling ke arah meja tambahan yang baru
dipindah masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Siti Aina mengerutkan dahinya. Dia tidak dapat menangkap
maksud di sebalik kata-kata bos barunya itu. Melihatkan keadaan Siti Aina yang
agak kebingungan , Zuraimie segera menekan butang intercom , berhubung terus
dengan setiausaha Syarikat.
“Lela , tolong masuk sekejap”. Arah Zuraimie dan beberapa
ketika kemudian , Lela sudah tercegat di sebelah Siti Aina.
“Tolong bawa meja ni keluar. Susunkan agar Siti Aina boleh
duduk setempat dengan pekerja lain. Jadi bolehlah awak tunjuk ajar dia mana
yang patut”. Arah Zuraimie sambil memandang wajah Lela dan Siti Aina sepintas
lalu.
“Huh! Sombongnya dia ni. Macamlah aku ni terhegeh-hegeh
sangat nak duduk sebilik dengan dia!”. Kata Siti Aina di dalam hati. Dia agak tersinggung dengan
sikap Zuraimie.
“Baik tuan. Sekarang juga saya uruskan”. Jawab Lela lalu
memanggil budak pejabat untuk mengangkut keluar meja dan kerusi Siti Aina. Siti
Aina pula segera mengambil semua peralatan dan tas tangannya , beriringan
dengan Lela keluar dari ruang pejabat bosnya itu.
“Hmm ... sorrylah Siti , bos kita tu memang begitu. Jangan
ambil hati okey”. Kata Lela , memahami ketidak selesaan Siti Aina pada ketika
itu.
“Hmm Tak apa. Lagipun dia tu bos. Kita ikut saja apa yang dia
nak. Err ... lagi satu. Panggil saja saya Aina , rasa lagi mesra”. Balas Aina.
Tugas pertama
Banyak perkara yang Siti Aina buat untuk bosnya hari ini , dari menyusun
jadual , menetapkan tarikh dan masa temujanji sehinggalah membancuhkan teh
tarik buat bosnya.
Menjelang petang barulah dia dapat berehat , itupun setelah
Zuraimie bermesyuarat di luar.
“Hmm ... macam mana hari pertama bekerja?”. Tanya Lela ,
memandang Aina dengan senyuman penuh makna.
“Errgg!”. Aina membuat isyarat dengan jari , memenggal
lehernya sendiri.
“Macam nak pengsan!. Lega , dia dah keluar!. Hehehe”. Aina tertawa
kecil.
“Dah namanya kerja. Kita nikan ‘kuli’ bos. Terpaksalah ikut
rentak bos”. Balas Lela sambil meneruskan kerjanya.
“Yalah kak. Err kak , boleh tanya sikit?”.
“Yup! Ada apa?”. Lela menghentikan kerja lalu memusingkan
kerusi mengadap Aina.
“Err ... tapi akak jangan salah sangka tau. Saja nak tahu.
Hmm ... Tuan Zuraimie tu dah kahwin ke belum?”. Tanya Aina.
“Hmm pasal status.
Rasanya dia tu pernah kahwin dulu. Cuma sekarang ni tak tahulah”. Jawab Lela
lalu berpusing kembali mengadap kerja-kerjanya yang masih melambak. Dia
sebenarnya tidak suka mahu membicarakan hal peribadi orang lain pada waktu
kerja.
“Huh! Mengganggu saja!”. Katanya di dalam hati.
Aina yang masih mahu bertanya itu
terpaksa memendamkan niatnya setelah melihat reaksi Lela yang tidak berminat untuk
melanjutkan perbualan tentang Tuan Zuraimie.
“Tak nak bagi tahu tak apa. Aku boleh cari sendiri. Akukan
pembantu peribadinya!”. Fikirnya lagi
sambil mengerling ke arah Lela yang sudah kusyuk menaip atau mungkin juga
pura-pura kusyuk menaip!. “Urusan peribadi dan urusan pejabat tidak boleh dicampuradukkan!”.Rungut Lela perlahan.
Tepat jam 6:30
petang , Aina mengemaskan mejanya untuk
pulang. Lela telah lebih dahulu angkat kaki tepat jam 5:45 tadi. Sengaja Aina
menunggu sebentar di pejabat , berharap
hujan lebat di luar akan segera teduh.
“Huh! Hari pertama kerja dah kena berhujan”. Rungutnya
setelah meninggalkan bangunan pejabat. Aina
yang berpayung , berjalan laju
menuju ke perhentian teksi.
“Nama saja berbumbung “. Rungut Aina merujuk kepada
pakaiannya yang mulai basah terkena tempiasan hujan yang mencurah lebat. Aina
berdiri sambil memandang ke arah jalan
raya. Matanya tercari-cari teksi kosong yang boleh membawanya pulang.
Tiba-tiba ,
sebuah kereta Honda Hitam berhenti di hadapannya. Seketika kemudian , cermin
tingkap diturunkan.
“Siti Aina , naiklah”. Terdengar satu suara dari dalam kereta
mempelawanya masuk. Aina menundukkan
kepala memandang siempunya suara.
“Eh , Tuan. Tak apa , saya tunggu teksi sahaja”. Jawab Aina ,
tidak selesa mahu menumpang kereta bosnya. “Naik kereta dengan bos yang
berlagak?!. Eeeuwww ... tolonglah!”. Kata Siti Aina di dalam hati.
“Hujan ni. Lagipun awak tinggal satu jalan saja dengan saya.
Marilah naik , lebat hujan ni”. Bersungguh-sungguh Zuraimie mengajak Siti Aina.
“Naiklah , mahu sampai besok hujan ni tak reda. Cepatlah naik
, lagi lama awak berdiri di situ mahu lencun awak dibuatnya”. Kata Zuraimie
lagi.
“Err ... baiklah. Terima kasih”. Melihatkan kesungguhan
Zuraimie mempelawanya , Aina tidak mungkin boleh menolak. Terlalu tidak sopan
kalau dia tetap mahu menunggu teksi pada waktu-waktu terdesak begini.
“Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya”. Aina berbahasa.
“Hmm ... tak apa. Kebetulan saya lalu sini. Kenapa lewat
sangat balik?. Bukankah tadi saya dah beritahu yang awak boleh balik pukul 5:45
petang , sama macam pekerja lain”. Tanya Zuraimie.
“Err betul. Saya ingat nak tunggu hujan reda sikit. Mana nak
tahu rupanya hujan sampai ke sudah”. Jawab Aina.
“Hmm ... macam mana tuan tahu yang saya tinggal satu jalan dengan tuan?”. Tanya Aina , agak
ragu-ragu.
“Oh tadi saya sempat baca biodata awak. Itu yang saya tahu
alamat tempat tinggal awak”. Jawab Zuraimie selamba.
“Ooo... minat gak nak tahu pasal aku. Ingatkan kayu , takde
perasan!”. Fikir Siti Aina sambil tersenyum.
“Awak tinggal dengan orang tua atau rumah sewa?”. Tanya
Zuraimie lagi. Dia masih ingat akan status Aina yang dibacanya pagi tadi ,
‘Belum Berkahwin’.
“Saya tinggal di rumah sewa bersama tiga orang lagi rakan
serumah”. Jawab Aina , mulai rasa tidak selesa apabila Zuraimie terlebih ramah
dengannya. ‘Urusan pejabat jangan dicampurkan dengan urusan peribadi’. Itu juga
adalah prinsipnya.
“Hmm kalau boleh saya tahu , kenapa masih sendiri?. Bukankah
pada usia begini awak sudah layak bergelar isteri?”.Wah! Zuraimie sudah
terlebih ramah!
Soalan Zuraimie itu bagaikan petir kilat yang memanah jantung
Aina. Aina sudah muak malah terlalu muak mendengar soalan itu apatah lagi mahu
menjawabnya.
“Huh! Nasiblah kau ni bos. Kalau tak mahu saja aku bahasakan
kau!. Banyak-banyak soalan , tak de soalan lain ke yang kau nak tanya?.
Lagi-lagi benda yang sama!”.
“Bila kau nak kahwin Aina?”
“Bila lagi Aina?”
“Bina nak makan nasi minyak?”
“Kau ni terlalu memilih ke?”.
“Takkan tak ada yang berkenan?”
“Jangan sampai jadi andartu!”
“Jangan bujang sampai ke tua!”
“Jangan mati dengan status ‘solo’!”
Semua pertanyaan dan sindiran seumpama itu sudah menjadi sekam
di hati Aina. Aina sudah bosan menghadapinya. Kalau boleh mahu saja dia
menjerit , memberitahu mereka yang tidak pernah faham , “Soal jodoh itu semua kerja Tuhan!!!!!”.
Jerit Aina tiba-tiba.
Tersentak Zuraimie mendengar jawapan
itu lalu secara tidak sengaja dia telah menekan brek dengan sekuat-kuatnya.
Kereta terhenti serta merta. Aina dan Zuraimie terhumban ke hadapan. Sakit dada
mereka tersentap tali pinggang keselamatan. Mujurlah tiada kereta di belakang.
Jika tidak sudah pasti Honda hitamnya disodok kereta di belakang.
“Eh! Maafkan saya Tuan. Saya betul-betul tak sengaja!”. Aina
mulai rasa bersalah , malupun ada.
“Er ... tak apalah.
Saya turun di sini saja”. Katanya lagi lalu segera menanggalkan tali pinggang
keledar sebelum cuba membuka pintu
kereta.
Spontan dengan itu , Zuraimie menarik
tangan Aina menghalangnya daripada melangkah keluar. “Tak apa. Tak
payahlah keluar. Hujan masih lebat. Biar saya terus hantarkan awak. Lagipun
bukan salah awak. Saya yang bertanya di luar batasan”. Kata Zuraimie. Aina
akur. Dia sebenarnya sudah terlalu malu dengan insidennya menjerit tidak tentu
pasal. Merah pipinya menahan rasa. “Bodoh! Bodoh! Bodoh!”. Kata hatinya
berulangkali.
Mereka akhirnya diam
seribu bahasa hingga ke destinasi masing-masing...
No comments:
Post a Comment