Tempohari aku ke sebuah pusat membeli belah yang agak ternama di daerah ini. Saja jalan-jalan cari makan. Aku pergi berdua saja dengan anak saudaraku ...
Habis makan , kami mula meronda. Konon hendak mencari kedai gambar , kalau-kalau ada bolehlah ambil sekali gambar ukuran pastport untuk anak saudaraku ini. Lagi dua minggu dia akan mendaftar sebagai student sarjanamuda di UITM. Jurusan mikrobiologi ... hmm ... mikrobiologi - entah kenapa aku dok terbayangkan amoeba , bakteriofaj , vibrio cholerae dan segala jenis mikroorganisma seni yang ada dalam kamus pengetahuanku ini. Errgghh ... suatu ketika dulu aku suka juga ambil tahu tentang jenis hidupan ini tapi tidak lagi sekarang. Betullah ... masa mengubah manusia!
Dalam berjalan-jalan itu ... fikiran , perasaan dan hatiku tersinggung dengan apa yang kulihat dan perhatikan.
Perkara yang kukira merosakkan anak bangsaku. Merosakkan masyarakatku. Tidak sensitif terhadap perasaan orang-orang sepertiku dan tidak tahu meletakkan 'wanita' pada tempatnya!! (Wah!! Ini ayat protes)
Apa ye perkara yang menjengkelkan itu?
Aku tersinggung melihat papan / dinding iklan yang mengeksploitasikan 'wanita' bagi melariskan jualan. Terlalu banyak iklan-iklan yang menayangkan tubuhbadan wanita dan yang paling tak dapat diterima oleh akal fikiranku ialah ... 'iklan jam tangan' - gambar besar lelaki dan wanita yang tidak berpakaian dalam posisi yang 'susah nakku tafsirkan' sambil tangan mereka memakai jam tangan. Aku mendefinisikan posisi mereka itu bagai 'cacing bergumpal'!. (Kawan aku ketawa sakan bila aku menceritakan perasaan jengkelku dengan mengguna istilah ini).
Kenapa aku nak kecoh?. Selama inipun dah melambak iklan-iklan seumpama ini.
Isunya , ini bukan soal dulu atau sekarang , soal melambak atau tidak. Seharusnya kita sama-sama membina dan merealisasikan konsep 'masyarakat mendidik'.
Mendidik itu bukan saja berlaku di sekolah , masjid atau di rumah semata-mata. Konsep 'mendidik' ini harus diperluaskan dan diletakkan di atas bahu setiap ahli dan golongan masyarakat. Ayah-ibu , guru-guru , imam surau , pekedai runcit , ahli korporat , doktor di hospital malah pekerja loji pembentungan sekalipun harus memikul tanggung-jawab 'masyarakat mendidik' ini.
Konsep 'masyarakat mendidik' ini amat penting diaplikasikan , lebih-lebih lagi dengan pelbagai masalah gejala sosial yang semakin parah dalam masyarakat kita hari ini. Gejala sosial yang mensasarkan golongan remaja yang masih tercari-cari akan identiti diri. Pastinya mereka mudah terikut-ikut dengan apa yang dilihat dan diperhatikan sehingga akhirnya mereka menerima nilai-nilai buruk itu dalam kehidupan. Bayangkan apabila mereka meningkat dewasa dan menjadi pemimpin keluarga atau lebih parah lagi pemimpin masyarakat / pemimpin negara ... janganlah hendaknya sampai terjadi , pada ketika itu semua orang sudah tidak kesah dan menganggap 'biasa' saja hal anak-anak remaja yang terlanjur atau melahirkan anak luar taraf. Ini tidak termasuk soal cara berpakaian yang menjolok mata atau budaya 'couple' di kalangan remaja. Jika dilarang maka kita akan dianggap tidak memahami dan mundur (Ya Allah , moga dijauhkan)
Mengapa aku berkata begitu?. Pengalaman aku sebagai warga pendidik selama hampir 20 tahun dan telah mendidik di empat buah sekolah berbeza menjadikan aku lebih sensitif akan isu ini. Kes pelajar terpaksa mengambil peperiksaan SPM dalam keadaan berbadandua , satu kes melibatkan kematian bayi dan kes-kes lain termasuklah pelajar terpaksa berpindah sekolah , masuk ke pusat pemulihan akhlak , menangguhkan pelajaran dan ada juga kes yang terus dikahwinkan oleh keluarga (Ambil SPM dengan status seorang isteri!). Siapa yang harus dipersalahkan?. Jawapannya adalah kita semua! Kita semua bersalah jika kita tidak memainkan peranan kita sebagai ahli masyarakat yang mendidik dan ambil berat atau prihatin. Masyarakat mendidik yang penyayang - nilai itulah yang harus kita tanamkan dalam jiwa setiap ahli.
Satu contoh yang harus kupuji tentang menanamkan nilai masyarakat penyayang yang tentunya termasuk dalam nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi ialah sebuah iklan yang terdapat dalam kedai Habib Jewel.
Iklan yang bagaimana?.
Iklan yang simple tapi mempunyai 'nilai' yang tinggi ...
Iklan tentang seorang ayah mendukung anak perempuannya yang masih kecil dalam keadaan kedua mereka melagakan hidung sambil tersenyum riang memandang satu sama lain. (Wah! Suka sangat aku tengok papan iklan ni ... lama gak aku menjenguk dan menghayati nilai kasih sayang dan kekeluargaan yang terserlah. Aku suka ... suka sangat!!).
Sayangnya iklan sebegini tinggi nilainya diletakkan di dalam kedai dan hanya dilihat oleh orang yang mahu memerhati sahaja. (Hmm ... jangan salah faham , aku hanya masuk untuk melihat dan menikmati iklan itu dan bukan untuk membeli barangan yang dijual).
Jadi aku berharap sangat , konsep 'masyarakat mendidik' ini haruslah disemai , dibajai dan disuburkan dalam semua peringkat dan golongan masyarakat. Marilah kita sama - sama berfikir ke arah kebaikan dan selalu berfikir untuk sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan apa yang sedia ada. Seharusnya kita sentiasa berusaha menjadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok juga akan harus lebih baik dari hari ini. Moga selamatlah anak bangsaku ... selamatlah bangsaku.
Popular Posts
-
Lukis jea ... saat kamu jatuh Cebisan kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri ... kisah ini adalah satu daripada jutaan rasa yang...
-
Bab 25 : Kita redah bersama Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama Dan setelah hati itu memilih ... Maka teruslah m...
-
Lukis jea ... yang tidak sempurna... Inilah lukisanku yang tidak sempurna...pudar...sepudar rasaku sekarang ni. Hilang mood aku untuk m...
-
Lukis jea ... Hajatku ***Selamat ulang tahun ojai...*** ojai Dalam ingatan jelas terbayang Mengusik rasa yang lama tenggelam ...
-
Berbekas ... Air terjun yang mengalir tak mungkin pernah kembali ke laluannya ... Tika kaki melangkah Tinggalkan jejak-jejak Berb...
-
Lukis jea ... Layanz... Jom layan ... cantik tu nombor 2... Yang penting... aku layan n nikmati apa yang aku buat Dari jari yang melo...
-
Ceritakan ... C eritakan kisah nan gemilang E rti hidupnya jiwa insan nan malang? R ia pilu tawa sendu nan bersilang I ndah sang mata ...
-
Aku suka Fizik ... Sebab ... ia ajar aku menghargai ilmu ia ajar aku menghargai orang bijak pandai ia ajar ...
-
Lukis jea ... Rapuh Semalam aku pulang ke rumah dengan rasa kesal yang amat sangat. Berat kepalaku. Dalam umur begini , urat2 di kepala n...
-
Hee ... gambar ni aku lukis n aku hantar pada 2 orang. Orang pertama tak terima sebab dia kata raut wajah yang ku lukis tu tak sama deng...
Thursday, 27 February 2014
'Masyarakat Mendidik'
Labels:
Fikiranku

"Keranamu DIAH" Bab 11
BAB 11 : RANCANGAN MENJERAT DIRI
Dua minggu telah berlalu sejak
Hidayah datang melawat Zuraimie dan Diah di hospital. Sejak hari itu tiada
apa-apa yang berlaku melainkan Puan Sarah yang tidak henti-henti menghantar
pesanan ‘sms’ kepada anak lelaki tunggalnya itu agar balik berbincang di rumah.
Setiap kali pesanan dihantar setiap kali itu jugalah Zuraimie membalas dengan
jawapan yang sama .
‘Baik mak , nanti bila ada masa Mie balik’. Tidak puas hati dengan respon anaknya itu
Puan Sarah turut menyampaikan pesanan melalui anak perempuannya Dr Anisah.
“Ya lah kak , nanti lapang Mie
baliklah”. Jawab Zuraimie seperti selalu.
“Kau jangan main-main Mie. Akak dah
tak tahu nak bagitahu mak apa lagi setiap kali dia tanya pasal kau. Jangan
sampai mak datang rumah akak cari kau sudahlah. Kalau sampai terjadi macam tu ,
akak terpaksa nyatakan yang benar”. Ugut Dr Anisah.
“Nyatakan yang benar?”. Tanya
Zuraimie sambil mengerutkan dahinya.
“Ya. Yang benarnya kau menghabiskan
hari-hari kau dan hidup kau selama ini mengadap perempuan yang sudah seperti
mayat hidup ini”. Jawab Dr Anisah , kata-kata yang menyebabkan Zuraimie
tersentak.
“Akak jangan menghina Diah sampai
begitu sekali kak!”. Tengking Zuraimie.
“Hina apa bendanya?. Cuba kau buka
mata kau luas-luas sikit , salahkah apa yang akak cakapkan ni. Mie , akak dah malas
nak cakap dengan kau pasal perkara ni.
Perempuan ini tidak sesuai dengan kau. Tak berbaloi kau menghabiskan masa dan
usia kau mengadapnya. Lagipun tiada siapa yang suruh kau bertanggung-jawab atas
dirinya atau keterlanjurannya”. Pujuk Dr Anisah , berkata lembut sambil
mengusap bahu adiknya itu.
Zuraimie diam , langsung tidak
memberikan sebarang reaksi terhadap kata pujukan kakaknya itu. Wajah Diah yang
sememangnya sudah seperti mayat itu ditatap sayu.
“Dik , bayangkanlah kalau mak dan
ayah tahu apa yang terjadi ni ... akak tak boleh nak bayangkan reaksi mereka nanti”. Dr Anisah cuba
menjastifikasikan pendiriannya tentang Diah.
“Kak , tolong. Jangan sampai mereka
tahu. Sekurang-kurangnya sehingga Diah
sedar semula”. Rayu dan pinta Zuraimie.
“Bila?. Bila dia nak sedar semula?.
Akak yang dah jadi doktor ni pun tak boleh nak beri kata pasti. What if dia tak sedar-sedar langsung?”. Sanggah Dr Anisah.
“Akak jangan kata begitu!. Mie yakin,
suatu hari nanti , Diah akan sedar juga”. Balas Zuraimie.
“Mie , akak nak ingatkan kau. Hal kau
menangguhkan pengajian kau tu pun tak selesai lagi. Mak dan ayah asyik tanya
akak sampai bila kau nak terus menangguhkan pengajian kau tu. Ni belum lagi
masalah kau dan Dayah. Kalaulah mereka tahu hal kau dan Diah ni pula , mahu
rasanya mak dan ayah mengamuk besar. Kalau perempuan ni masih suci satu hallah
jugak . Ni tidak , kau mencintai gadis yang telah ternoda!”.
“Kak! Cukup. Mie tak mahu dengar
lagi. Biarlah takdir yang menentukan segalanya”. Zuraimie mematikan perbualan
dengan menyerahkan segalanya kepada takdir tanpa dia sedar bahawa usaha manusia
itu sendirilah yang bakal menentukan hala tuju takdirnya ...
Sebaik
sahaja Dr Anisah melangkah keluar meninggalkan Zuraimie dengan perasaan yang
sebal dan geram melihatkan sikap adiknya itu , telepon bimbit Zuraimie berbunyi
menandakan ada pesanan masuk. Lambat-lambat Zuraimie mengambilnya lalu membaca
pesanan yang dihantar; ‘Abang , masalah besar. Jerat makan tuan!!’. Pesanan
ringkas daripada Hidayah itu membeliakkan matanya.
“Allah , masalah apalah pula kali
ini?”. Fikirnya cemas.
Tiba-tiba
tidak lama selepas itu , Dr Anisah datang semula , “Mie , mak dan abah nak
datang rumah malam ni. Balik tau. Tolong singgah Bangi beli
satay key... akak tak sempat nak masak. Kau keluar dulu , balik rumah , kemas apa
yang patut”. Arah Dr Anisah sebelum menyerahkan duit seratus ringgit kepada
adiknya itu. Zuraimie yang masih terpinga-pinga
hanya mengangguk mendengar arahan kakaknya itu.
“Sudah ... masak aku kali ni. Ni
mesti ada kena mengena dengan pesanan Dayah tadi. Tapi apa ya?”. Fikirnya
sambil menatap wajah Diah seketika ,
“Abang pergi dulu sayang , nanti abang datang balik”. Katanya perlahan sebelum
melangkah keluar.
Keputusan yang mengejutkan
Malam itu seperti yang telah
dijanjikan , Puan Sarah dan Tuan Razman tiba ke rumah sewa anaknya di seksyen 4
Tambahan , Bandar Baru Bangi. Loceng rumah teres dua tingkat itu ditekan
berkali-kali sebelum Zuraimie sendiri keluar membuka pintu pagar buat kedua
orang tuanya itu.
“Apa khabar mak , ayah?”. Tanya
Zuraimie sambil menghulurkan tangan.
“Khabar baik”. Jawab Tuan Razman dan
Puan Sarah serentak sambil bergilir-gilir menyambut tangan anak lelaki mereka
itu.
“Mengejut saja datang , ada apa ya
mak , ayah?”. Tanya Zuraimie dengan dada yang berdebar. ‘Instinct’nya kuat menyatakan ianya ada kaitan dengan pesanan
ringkas Hidayah.
“Hish kamu ni Mie , tak nak ajak mak
dan ayah masuk ke dalam dulu ke?”. Tanya Tuan Razman.
“Hmm ... dah tak sabar-sabar , petanda
baik tu bang”. Sampuk Puan Sarah sambil terus melangkah masuk ke dalam rumah.
“Kakak kamu mana?. Belum balik
lagi?”. Tanya Puan Sarah setelah tidak melihat bayang anak daranya di dalam
rumah itu.
“Hee ... ada mak. Kakak baru saja
balik tak sampai sepuluh minit lepas. Dia ada kat atas tu , tengah mandi
agaknya. Err ... marilah mak dan ayah , kita makan – makan dulu sambil tunggu
kakak. Ni , Mie dah belikan satay Samuri kegemaran mak. Siap minta kuah kacang
lebih. Nanti bolehlah mak bawa balik sikit , makan dengan nasi impit”. Jawab
Zuraimie. Dia memang telah faham benar dengan tabiat dan kesukaan ibunya itu.
Setiap kali beli satay mesti kuah kacang diminta lebih , buat dimakan dengan
nasi impit sebagai menu sarapan pagi keesokan harinya.,
“Hai kamu ni Mie , macam memerli mak
je!”. Puan Sarah berkata sambil menjeling ke arah anaknya. Berderai ketawa Tuan
Razman dan Zuraimie mendengarnya.
“Wah! Seronoknya . Ada apa-apa yang
Anis tertinggal ke?”. Tanya Dr Anisah sebaik saja turun menyertai keluarganya
itu.
“Hmm ... tak ada apa-apalah Nis ,
dorang dua beranak ni seronok mengenakan mak. Sudahlah tu , marilah duduk di
sini. Ada perkara penting yang kami nak bincangkan dengan kamu berdua”. Jawab
Puan Sarah sambil menunjukkan jari ke arah sebuah kerusi kosong di sebelahnya.
Dr
Anisah akur , maka bermulalah sebuah perbincangan yang menggelapkan mata
Zuraimie seketika. “Ya Allah , helah apa lagi yang harusku beri. Dayah apalah
bodoh sangat kau ni?. Memang ‘jerat dah makan tuan’!”. Kata hati Zuraimie
sambil menggaru-geru kepalanya yang
tidak gatal.
“Ni perkara serius ni Mie. Mak Su dan
Pak Su minta sangat kita hantar rombongan meminang tu dalam minggu ni juga.
Katanya dah ada orang lain yang mula merisik-risik Dayah. Mak Su kau dah tolak
awal-awal dengan alasan yang Dayah tu sudah nak bertunang. Jadi kita kenalah
cepat , tak naklah nanti orang kata yang mak Su kau tu pembohong”. Terang Puan
Sarah lagi.
“Tapi mak , macam tergesa-gesa sangat
saja. Sempat ke nak buat persiapan?”. Tanya Dr Anisah sambil menyenggol lengan
Zuraimie , dia kasihankan adiknya itu. Dia faham konflik dan gejolak yang
berlaku dalam jiwa adiknya sekarang.
“Ya mak . Tergesa-gesa sangatlah. Mie
tak bersedia lagi”. Sampuk Zuraimie menyokong kata-kata kakaknya itu.
“Tergesa-gesa apa pulaknya. Kan
korang dah tahu perkara ni lebih dua minggu lepas. Lagipun bukan ada persediaan
apa yang kau nak kena buat. Semuanya mak dan ayah dah sediakan. Cincin merisik
dan cincin tunang pun dah mak belikan. Kau tinggal bawa badan saja”. Balas Puan
Sarah. Zuraimie hilang akal mendengar penjelasan ibunya itu. Memang sejak dari
kecil lagi dia tidak pandai membantah segala kata Puan Sarah. Dia memang
berpegang teguh pada pepatah ‘syurga di bawah telapak kaki ibu’. Lagi pula mana
ada ibu yang mahu anaknya sengsara , segala yang dilakukan oleh seorang ibu
adalah demi kebaikan anaknya juga. Namun kini dia berhadapan dengan konflik
yang besar. Soal hidup dan mati. Zuraimie tersepit antara mahu membantah
rancangan dan persiapan yang telah diatur ibunya atau berterus-terang
mempertahankan cintanya.
“Err ... emak , ayah , boleh tak kita
tangguhkan dahulu soal pertunangan ni. Mie rasa tak selesalah ianya dibuat
tergesa-gesa begini. Kalau boleh bagilah masa Mie berbincang dengan Dayah
sendiri. Lagipun hari tu Dayah sendiri tidak bersetuju untuk dijodohkan dengan
Mie. Dia dah anggap Mie ni macam abang kandungnya sendiri. Sebenarnya Mie juga
dah anggap Dayah tu macam adik kandung Mie sendiri. Kami tak mungkin boleh
bersama sebagai suami isteri”. Zuraimie berhati-hati dalam berkata-kata demi
menjaga perasaan orang tuanya.
“Mie , soal itu janganlah kau risau.
Mak dan ayah yakin , sebaik sahaja kau melafazkan akad nikah mengambil Dayah
sebagai isteri , perasaan kau orang akan berubah. Akad nikah itu besar maknanya
dan amat barokah. Ia adalah janji yang dibuat oleh seorang lelaki dengan
penciptanya bahawa dia akan mengambil seorang perempuan menjadi isteri dan
bakal dipertanggung-jawabkan ke atas bahunya segala-gala yang berhubungkait
dengan soal hidup perempuan itu di dunia ini membawa ke akhirat. Kerana
keberkatan akad nikah itu , akan disuburkan rasa kasih dan sayang dalam jiwa
pasangan suami dan isteri itu. Yakinlah nak , kami hanya mahukan yang terbaik
untuk kau Mie”. Jawab Tuan Razman dengan panjang lebar. Bahu anak lelakinya itu
ditepuk perlahan. Zuraimie terkedu mendengar kata-kata ayahnya.
Dr Anisah juga tidak tahu
mahu berkata apa lagi. Dia sedar adiknya itu sudah tiada pilihan melainkan
menurut sahaja rancangan kedua orang tuanya. Dia juga sedar , sekali emak dan
ayahnya membuat keputusan maka ianya tidak akan boleh disanggah. Dia masih
ingat bagaimana tegarnya emak dan ayahnya itu memutuskan hubungan cintanya
dengan Tariq Chong. Tariq Chong bin Abdullah , lelaki mualaf yang berjaya
memetik cintanya ditolak mentah-mentah oleh kedua orang tuanya semata-mata
kerana dia berketurunan China.
“Kita memilih pasangan hidup biar
yang sekufu’ dan beragama. Ini jika baru nak mengenal agama , bagaimana kau nak
harapkan dia menjadi suami dan ayah yang baik nanti?. Ramai lagi lelaki Melayu
yang baik akhlaknya , agamanya malah kalau kau mahu mak dan ayah boleh saja
kenalkan dan aturkan jodoh kau”. Kata putus Puan Sarah meremukkan harapan yang
terbina untuk melayari bahtera bahagia bersama lelaki yang dicintainya. Sampai
ke sudah , hubungan mereka tidak pernah direstui hingga akhirnya Dr Anisah
mengalah dan melepaskan cintanya pergi begitu sahaja. Kini setelah mencecah
umur 33 tahun , Dr Anisah masih sendiri ... mengabdikan hidup pada kerjaya dan kedua orang tuanya sahaja.
“Kasihan kau dik tapi mungkin ini juga
adalah yang terbaik buat kau dik”. Katanya di dalam hati , sambil memandang
wajah adiknya yang sugul.
“Diah ...”. Keluh Zuraimie perlahan
...
Hidayah tertekan
Semetara itu , jauh di Alor Star
Kedah seorang gadis sedang menangis teresak-esak di dalam kamar tidurnya. Sekeping gambar dipegang kemas ditatap tanpa
jemu. Sudah berkali-kali dia berguling dan menukar cara baringnya yang resah di
atas tilam empuk bersaiz ‘queen’ itu.
“Saiful , apa sudahnya hubungan kita
ini?. Ini semua salah aku , beria-ia memaksa kau terlibat dalam rancangan bodoh
yang akhirnya memakan diri kita sendiri”. Ratapnya hiba. Hidayah teringatkan
bagaimana dia memujuk kekasih hatinya , Saiful untuk setuju dengan rancangan
gilanya.
“Ah! Tak mahulah. Daripada mengaku sesuatu yang tidak kita buat baiklah
kita ditangkap basah sahaja. ‘Confirm’ boleh kahwin percuma lepas tu!”. Saiful
menentang rancangan ‘gila’ Hidayah. Hidayah memaksanya berjumpa dengan kedua orang
tuanya dan mengaku bahawa mereka telah terlanjur. Sebagai lelaki budiman ,
Saiful mahu bertanggung-jawab mengambil Hidayah sebagai isteri sebelum
kandungan Hidayah semakin membesar.
“Habis tu. You tak kesahlah I dijodohkan dengan orang lain?. Atau sebenarnya
you memang tak sayangkan I?. You berpura-pura sahaja selama ini?”. Tanya
Hidayah bertubi-tubi , marah sungguh dia apabila Saiful membantah rancangannya.
“Bukan begitu sayang. Pada I kita tak harus membina kehidupan dengan satu
pembohongan. Itu ibu dan ayah you sendiri dan bakal menjadi mertua I juga. I
tak mahu ada tanggapan buruk mereka terhadap I dan dalam hubungan kita ini. Sayang
, apa kata kita berterus terang sahaja
dengan mereka?. I yakin mereka pasti akan faham dan lebih menghargai kita”. Sanggah
Saiful , budak UUM yang berada di tahun akhir itu cuba memujuk kekasih hatinya yang
juga merupakan juniornya.
“Sayang , you tak kenal mak dan ayah I. Mereka takkan dengar kata kita.
Walaupun kita sekarang ni hidup di zaman moden tetapi mereka tetap macam orang
tua dulu-dulu juga. Hitam kata mereka maka hitamlah jadinya , putih kata mereka
maka putihlah jadinya”. Hidayah menerangkan rasionalnya rancangannya itu.
Saiful terdiam seketika mendengar kata-kata Hidayah sebelum akhirnya
bersuara , “Siapa lelaki yang menjadi calon mak dan ayah you tu?. Macam mana
pula boleh tiba-tiba sahaja timbul kisah dia nak dijodohkan dengan you ni?”.
Tanya Saiful , cuba menganalisa keadaan.
“Hmm ... dia adalah abang sepupu I sendiri. Kami memang rapat sejak
kecil. Dah rasa macam adik beradik pun. Mak dan ayah memang menggalakkan kami
rapat. Sedari kecil , selalu saja masa cuti sekolah dia akan datang bercuti di
rumah kami atau kalau dia tak boleh maka
I yang akan dihantar ke rumahnya. Rupa-rupanya tanpa ketahuan kami , mereka
telah mengikat janji untuk berbesan sebaik sahaja I dilahirkan. Patutlah mereka
beria-ia merapatkan kami. Huh! Terukkan kisah I ni , macam kisah orang zaman
dulu-dulu saja”. Jawab Hidayah dengan panjang lebar.
“Dia macam mana?”. Tanya Saiful lagi , serius.
“Dia?”. Hidayah ‘blurr’.
“Abang sepupu you tulah”.Sambung Saiful tidak sabar.
“Oh dia!. Dia pun sama macam I. Malah dia juga sudah ada kekasih hati”.
Jawab Hidayah.
“Hmm ... kalau begitu , tidaklah rumit mana masalah ini. I cadangkan kau
orang buat ‘gathering’ , lepas tu berterus terang. Beritahu orang tua
masing-masing yang korang dah ada pilihan sendiri. Kalau you nak , I pun
sanggup ‘joint’ sekali’. Lagi bagus kalau abang sepupu you tu boleh bawa sekali
kekasih dia”. Saiful masih percaya bahawa ‘berterus-terang’ dan berbincang
adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka ini.
“Tapi yang ... mak dan ayah I takkan pernah setuju. You tak kenal
mereka!”. Hidayah tetap dengan pendiriannya.
“Kita boleh cuba dulukan?”. Balas Saiful.
“Lagi pula kekasih abang sepupu I tu sedang koma di hospital!”. Kata
Hidayah , geram.
“Laa?”. Saiful tidak terkata dan bingung dengan maklumat yang didengarnya
itu.
“Tak apalah , kalau you tidak beminat nak menjayakan rancangan I , I rasa
setakat ini sahajalah hubungan kita. Bukan I tak sayangkan you tapi I tahu
kalau ikutkan rancangan you tu memang sampai matipun kita tak akan dapat
bersama!”. Hidayah berlari meninggalkan Saiful terpinga-pinga.
“Hidayah! Tunggu!!” ... Saiful mengejarnya. Maka mahu tidak mahu dia
terpaksa akur dengan rancangan ‘gila’ Hidayah!
Peristiwa perangkap makan tuan
Seperti
yang dijangka oleh Saiful , ibu dan ayah Hidayah menghina dan menghalau Saiful
bagai menghalau kucing kurap yang minta simpati. Tanpa belas ikhsan maruah
Saiful dipersenda ... “Apa?. Setelah kau rosakkan anak aku , kau masih berani
datang ke sini dan minta izin dari kami mahu menikahinya?. Sudah enak
bersedap-sedapan baru teringat akan tanggung-jawab?. Dasar lelaki tak guna ,
hidup bertuhankan nafsu. Apa kau kira kami begitu ‘gila’ dan bodoh mahu
melepaskan anak dara kami kepada lelaki rendah akhlak seperti kamu?. Jangan
kamu mimpi akan menjejakkan kaki ke rumah ini lagi. Berambus kau! Berambus kau
dari sini. Kalau aku nampak muka kau lagi di sini , aku tidak akan teragak-agak
untuk membunuh kau. Senapang patah aku tupun dah lama tak mendapat mangsa. Aku
tembak kau kalau kau berani menunjukkan muka!”. Bersama kata-kata nista itu
Saiful lari lintang pukang apabila Pak Su Zaman mengacukan senapang patahnya
kepada Saiful.
Maka
punahlah harapan Hidayah dan Saiful untuk mendapat restu dan keizinan daripada
MakSu Sofea dan PakSu Zaman malah mahligai yang mereka impikan turut runtuh
ranap ditimpa malapetaka kata nista dan ugutan dari kedua orang tua Hidayah.
“Saiful , maafkanlah I. I tak sangka
yang mak dan ayah akan bertindak sampai begitu sekali”. Kata Hidayah dalam esak
tangis semasa berhubung dengan Saiful melalui telepon bimbitnya.
“Entahlah Dayah. I pun tak tahu nak
kata apa lagi. You minta I ikut rancangan you , I ikut. Walaupun hati I ni tak
rela tapi demi sayang dan cinta I pada you , I ikutkan juga. Tapi tengoklah apa
yang I dapat. Maki hamun dan kata nista. I rasa terhina sangat. Tak pernah
seumur hidup I dihina sebegitu rupa. I benar-benar malu
diperlakukan begitu , dihalau bagai anjing kurap dan terpaksa lari lintang
pukang demi menyelamatkan diri dari ditembak. I malu Hidayah. I malu sangat. I
tak tahu nak taruk mana muka I ni. I perlukan masa bersendirian , tolong jangan
hubungi I lagi. Mungkin nanti bila I dah okey , I akan hubungi you”. Itulah
kata-kata terakhir Saiful sebelum memutuskan talian. Sebaik sahaja talian
diputuskan , Hidayah meraung sekuat-kuat hatinya. Dia yakin Saiful mungkin
tidak akan pernah menghubunginya lagi ... ternyata pepatah , ‘Lautan api
sanggup aku renangi’ itu hanyalah pemanis mulut bagi pasangan yang sedang bercinta.
Zuraimie kebingungan
Lantaran kegagalan rancangan Hidayah
dan Saiful , maka bermulalah tragedi sedih dalam hidup mereka. Masing-masing
membawa haluan sendiri. Bukan mereka sahaja malah kegagalan ramncangan itu
turut menyeret Zuraimie dalam kancah kesedihan yang berlarutan ...
Zuraimie termenung di sisi katil
Diah. Wajah cengkung pucat Diah ditatap penuh sayang , dalam keadaan begini
hanya Diah sahaja yang dapat menenangkan hatinya yang sedang gelisah.
“Diah , apa yang harus aku buat
sekarang?. Esok , mak dan ayah akan menghantar rombongan meminang Hidayah ,
gadis yang pernah ke mari tempohari. Kau kenalkan dia?. Kami dipaksa berkahwin
Diah. Sepatutnya aku gembira sebab Hidayah itu baik orangnya. Aku sangat kenal
dia. Adik sepupuku yang cantik dan baik tingkah lakunya. Anehkan, Hidayah yang
memang menjadi rebutan ramai lelaki itu tidak mampu membuatkan aku gembira dan
bahagia sebaliknya , aku amat sedih
dengan pertunangan ini. Hatiku menderita. Hatiku memberontak sebab aku
langsung tidak mencintai dia. Cintaku hanya untukmu. Tak kiralah walau seribu
tahun sekalipun aku harus menunggu , aku tetap memilihmu , mencintaimu. Hanya kamu Diah , hanya kamu
...”. Keluh Zuraimie , tangan Diah dielus perlahan.
“Diah , apa yang harus aku buat?”.
Tanyanya lagi.
Rombongan meminang
Pagi-pagi lagi , Puan Sarah sudah
bangun bersiap dan menyiapkan apa yang patut untuk rombongan peminangan itu
nanti. Tujuh dulang hantaran telah disediakan , sireh junjung , tepak sirih
beserta cincin merisik dan cincin tunang diisikan dalam satu dulang , sepasang
telekung dan sejadah , sedulang pelbagai jenis coklat , kek pertunangan,
‘cookies’ dan sehelai selendang sutera digubah menjadi tiga kuntum bunga ros dihias indah di atas dulang hantaran.
“Biah , tolong masukkan semua
hantaran ini dalam kereta. Susun baik-baik sebab jauh perjalanan ini. Sirih
junjung , tepak sireh dan kek itu jangan diangkat lagi. Tiga gubahan itu akan
dipegang dengan tangan. Sireh junjung itu nanti kau yang pegang , kek itu biar
angah pegang. Nanti tepak sireh itu biar aku sendiri yang pegang”. Arah Puan
Sarah. Mak Biah , pembantu rumah yang juga merupakan pengasuh Zuraimie sedari
kecil itu diajak sama. Mak ngah dan
suaminya pula diajak untuk meramaikan majlis. Lagi pula selain mak Su Sofea ,
angah adalah satu-satunya adik beradik Puan Sarah yang tinggal berdekatan di
sekitar KL ini.
“Baik puan , sekarang juga saya
masukkan semua hantaran yang lain ke dalam kereta”. Jawab Biah , akur dengan
arahan majikannya.
Sedang
seisi rumah yang lain mulai melangkah keluar , Zuraimie masih lagi di dalam
biliknya. Malam tadi dia terpaksa balik tidur di rumah ibubapanya atas arahan Puan
Sarah. Berat sungguh hatinya mahu meninggal Diah tidur sendirian di hospital
semalaman. Pagi ini hatinya masih lagi berat dan resah mengenangkan Diah yang
ditinggal sendiri ,
“Bagaimana jika tiba-tiba Diah
tersedar dari komanya dan tiada siapa di sisi?. Tentunya Diah akan sedih ,
tentu Diah akan rasa tiada siapa yang sayang dan ambil berat akan dirinya
lagi?”. Berbagai persoalan bermain dibenak Zuraimie ketika ini.
“Mie!. Zuraimie!. Apa yang dibuat
dalam bilik tu lama-lama?. Kita dah hendak bertolak ni. Jauh perjalanan tu.
Kang lewat pulak sampainya. Janji lepas asar nanti jadi lepas maghrib pula.
Dahlah bersiap tu , jom ...”. Belumpun sempat Puan Sarah meneruskan bebelannya
, Zuraimie sudah terjongok di atas tangga.
“Laa ... kenapa tak siap lagi?.
Takkanlah nak ke sana pakai kain pelekat pula?”. Terjegil mata Puan Sarah
melihatkan penampilan anak bujangnya itu , masih memakai pakaian tidur! “Mak ,
Mie tak nak pergi. Mie dah buat keputusan untuk tidak meneruskan majlis
pertunangan ini!”. Tegas Zuraimie bersuara , memandang tepat ke dalam mata Puan
Sarah.
“Apa?. Apa kau cakap?. Cuba kau ulang
sekali lagi!”. Jerit Puan Sarah , terkejut benar dia dengan apa yang
didengarnya itu. Mana tidaknya , selama ini anaknya itu tidak pernah menyanggah
apa lagi membantah kata-katanya.
“Ya mak , Mie tidak mahu meneruskan majlis
pertunangan ini. Mie tidak mahu bertunang dan seterusnya Mie tidak mahu
berkahwin dengan Hidayah. Kami sama-sama tidak menyintai satu sama lain.
Pertunangan ini hanya akan menyeksa kami. Kasihanilah kami mak. Tolonglah fahami
kami!”. Jawab Zuraimie , merayu sambil
terus menatap wajah ibunya tanpa mengelipkan mata.
“Mie?. Apa semua ini?. Kenapa
tiba-tiba sahaja kau berkata begitu?. Kenapa tiba-tiba saja kau tidak mahu
bertunang dengan Hidayah?”. Sampuk Tuan Razman yang sudah menyertai isterinya
berdiri di bawah tangga. Hajatnya mahu melihat Mak Biah menyusun hantaran di
dalam kereta terbantut apabila telinganya terlebih dahulu telah menangkap
perbualan isteri dan anak bujangnya itu.
“Perkara seperti ini jangan dibuat main
Mie. Kita dah berjanji dengan keluarga makSu kau yang kita akan sampai petang
ini untuk meminang anak gadisnya. Jangan kau main-main Zuraimie. Ini melibatkan
maruah orang”. Tuan Razman meneruskan kata-katanya , matanya buntang memandang
wajah Zuraimie.
“Maafkan Mie ayah , Mie tak
main-main. Mie dah buat keputusan untuk tidak meneruskan upacara peminangan
ini”. Jawab Zuraimie , kali ini wajahnya ditundukkan sedikit. Bergetar hatinya
mahu terus menatap wajah ayahnya yang sudah mulai membengis.
“Tapi kenapa?!!”. Jerit Tuan Razman ,
marah dengan perangai dan keputusan Zuraimie.
“Kenapa kau menukar keputusan sesuka
hati?!”. Tengkingnya pula.
“Sebab dia dah ada pilihan sendiri
ayah , mak. Bukan saja Zuraimie malah Hidayah juga sudah ada pilihan sendiri.
Mak ayah , bagilah peluang ...”
“Diam!. Aku tanya dia bukan kau!!”.
Herdikan Tuan Razman itu menghentikan kata-kata Dr Anisah.
“Ya ayah , Mie dah ada pilihan sendiri. Hidayah juga
sudah ada pilihan sendiri. Maafkan kami kerana tidak berterus terang dari
awal”. Kata Zuraimie , memandang Tuan Razman dan Puan Sarah bergilir-gilir.
“Ya Allah , bala apalah yang datang
menimpa ni?”. Keluh puan Sarah , terduduk dia jadinya.
Suasana hening seketika.
Masing-masing diam seribu bahasa. Dr Anisah memandang adiknya penuh belas namun
terbit rasa kagum di hatinya kerana adiknya itu sanggup mempertahankan
keinginannya , cintanya utuh . Tidak seperti dirinya yang kecundang dalam
bercinta , sanggup menggadaikan cinta demi menjaga hati kedua orang tuanya.
“Habis , betul kau tak mahu bertunang
dengan Hidayah?”. Tanya Tuan Razman setelah lama diam. Dia cuba menenangkan
hatinya , nada suaranya cuba dikawal sebaik mungkin.
‘Orang yang kuat adalah orang yang boleh menahan marahnya’ , mujur pesanan arwah ibunya
bermain-main di fikiran.
“Betul ayah”. Jawab Zuraimie ringkas.
“Baiklah. Jika itu keputusannya ,
sekarang juga kita pergi meminang kekasih hati kau itu. Alang-alang persiapan
sudah dibuat , aku mahu majlis pertunangan diadakan hari ini juga. Dengan
siapapun aku tak mahu tahu tapi majlis pertunangan mesti dijalankan hari ini
juga!”. Kata Tuan Razman , tegas. Geram dan marah dengan kerenah anak lelakinya
itu.
“Abang!. Abang dah gila ke?. Apa kita
nak kata pada Sofea dan Zaman nanti?”. Tanya Puan Sarah , memandang suaminya
dengan rasa tidak setuju.
“Katakan saja yang benar. Beritahu
mereka yang anak-anak kita ini masing-masing sudah ada pilihan sendiri.
Masing-masing dah tak mahu mendengar kata ibubapa. Masing-masing sudah besar
kepala mahu membuat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan ibubapa mereka
lagi!”. Jawab Tuan Razman sambil memandang Zuraimie dengan geram.
“Tapi bang ...”
“Sudah!. Tiada tapi-tapi lagi. Biah ,
angkat semua hantaran masukkan dalam kereta sekarang. Zuraimie , ayah bagi kau
lima minit untuk bersiap. Kita pinang kekasih kau tu sekarang juga!”. Arah Tuan
Razman.
Mak Biah hanya mengangguk manakala
Puan Sarah terus-terusan menggelengkan kepala , Dr Anisah dan Zuraimie
terlopong memandang satu sama lain ...
Terbongkarlah rahsia
Rentetan keputusan yang dibuat oleh
Tuan Razman itu , maka terbongkarlah rahasia yang selama ini cuba ditutup oleh
Zuraimie , “Belum masanya mereka tahu tentang Diah”. Itulah jawapannya setiap
kali kakaknya , Dr Anisah mendesaknya agar menceritakan tentang kewujudan dan
keadaan Diah kepada ibubapanya. Sekonyong-konyong
itu juga rombongan meminang yang sepatutnya menuju ke Kedah kini sudah berada
di hospital , berdiri mengelilingi seorang gadis yang masih hidup dalam lena
yang panjang.
“Siapa dia ini?”. Tanya Tuan Razman.
“Ayah , mak , inilah Mardhiah Bt
Karim. Kekasih Mie”. Zuraimie memperkenalkan Diah kepada kedua ibubapanya. Puan
Sarah hanya memandang sambil mencebikkan bibirnya. Buruk benar Diah itu pada
pandangan matanya.
“Apa yang dah berlaku padanya?”.
Tanya Tuan Razman lagi.
“Beberapa bulan lepas dia terlibat
dalam kemalangan jalan raya. Sampai sekarang dia masih koma”. Jawab Zuraimie ,
suaranya perlahan. Harapannya kedua orang tuanya akan memahami bebanan perasaan
yang ditanggungnya selama ini apabila orang yang dikasihi koma sekian lama.
“Kak , aku lihat perutnya macam
berisi”. Suara mak ngah memecah keheningan. Sejurus itu juga Puan Sarah
memerhatikan perut Diah yang semakin membuncit. Bagai disentap jantung Zuraimie
dan Dr Anisah mendengar kata-kata mak ngah itu.
“Yalah , kenapa perut dia buncit begitu sekali?. Badan kurus kering
tapi perut buncit?”. Puan Sarah bertanya sambil berpaling mencari riaksi di
wajah Dr Anisah.
“Err ... errr ...” Dr Anisah
teragak-agak mahu menjawab soalan itu.
“Mak , ayah ... maafkan kami. Sebelum
kemalangan itu berlaku kami telah terlanjur. Sungguhpun kami cuba
merahsiakannya namun Allah itu maha besar. Bayi kami masih selamat walaupun
ibunya terlibat dengan kemalangan dan masih koma sehingga ke hari ini.”. Jawab
Zuraimie , terketar-ketar kerana khuatir dengan reaksi yang bakal ditunjukkan
oleh emak dan ayahnya.
“Apa , anak bangsat. Kau sememangnya
tak pernah layak untuk Hidayah. Tidak cukupkah ajaran agama yang aku berikan
kepada kau selama ini?. Mana perginya iman kau
sehingga kau sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. Kini benih kau
hidup dalam rahim perempuan ini. Anak
haram tu namanya?!”. Tuan Razman naik berang mendengar kata-kata Zuraimie lalu
bersama herdikan itu satu tamparan kuat hinggap di pipi kanan Zuraimie. Tidak
cukup dengan itu disusuli pula dengan tamparan di sebelah pipi kiri. Terhuyung
hayang Zuraimie jadinya. Mujur Dr Anisah dengan beraninya mencelah , berdiri antara Zuraimie dan Tuan Razman.
“Sudahlah ayah , nasi sudah menjadi
bubur. Janganlah berbuat kecoh di hospital ini. Malu kita didengar oleh orang
lain”. Rayunya.
“Sudah kata kau?. Kau pun sama ,
sudah kau tahu adik kau menconteng arang di muka aku , mengapa tidak sedari
awal kau katakan perkara yang sebenarnya?. Kau pun bersengkokol dengan dia?!”.
Tuan Razman beralih kepada Dr Anisah.
“Ayah , sabarlah. Anis sendiri tidak
tahu hendak berbuat apa”. Kata Dr Anisah , kesal kerana telah mengecewakan
ayahnya.
“Abang , sudahlah. Bukan Anis yang
bersalah tapi tu , anak lelaki kita dan tentunya perempuan yang tidak tahu malu
ini. Semudahnya menyerahkan diri kepada lelaki yang belum menjadi suami. Lagi
pula , perkara sudah berlaku , tak usahlah kita membuat kecoh di sini. Baik
orang tak tahu habis semuanya terbongkar nanti. Bertambah malu kita jadinya ”.
Puan Sarah memujuk suaminya. Jari
telunjuknya bergilir-gilir menuding ke arah Zuraimie dan Diah.
“Benar kata kau Sarah. Jomlah kita
balik , buang sajalah ke dalam tong sampah semua hantaran yang telah kita
sediakan. Aku tak mahu terus memandang muka-muka orang yang hidup bertuhankan
nafsu. Sia-sia saja didikan yang kita berikan selama ini. Sia-sia saja aku
bekerja siang malam buat menyenangkan anak bini. Jalan yang salah itu juga yang
dipilihnya”. Tuan Razman benar-benar kesal dengan perlakuan anaknya lantas
segera menarik tangan isterinya , bersama melangkah keluar meninggalkan
hospital itu dengan hati yang luruh. Zuraimie hanya membatu melihat kedua orang
tuanya berlalu pergi.
“Mak ngah kesal dengan tindakan kau
Mie”. Kata mak Ngah pula sebelum dia dan suaminya menuruti langkah Puan Sofea
dan Tuan Razman.
“Mie , mak Biah tak tahu nak kata
apa”. Kata mak Biah , perempuan yang telah mengasuh Zuraimie sedari kecil itu
hanya mampu mengesat air matanya yang mengalir. Dia juga kesal dengan keterlanjuran
anak asuhannya itu. Namun bahu Zuraimie ditepuk juga sebelum dia sendiri turut meninggalkan anak
asuhannya itu berdiri kebingungan menghadapi segalanya.
Dr
Anisah yang berdiri di sebelah Zuraimie turut merasai kesedihan dan
kesengsaraan adiknya itu. Dia amat memahami kebingungan yang dihadapi adiknya
kini. Namun , dia tidak sekali-kali menyalahkan tindakan kedua ibubapanya yang
tanpa usul periksa terus meletakkan kesalahan seratus peratus di atas bahu
adiknya itu.
“Sabarlah Mie , mereka berhak marah
dan kesal dengan apa yang terjadi”. Katanya memujuk , bahu adiknya diusap
lembut.
“Mereka tidak tahu perkara yang
sebenar. Biarlah mereka pergi untuk menenangkan hati. Buat sementara ini kau
janganlah mengungkit atau bercerita soal kau dan gadis ini”. Nasihat Dr Anisah.
Zuraimie hanya diam mendengar kata-kata kakaknya itu.
“Akak pergi dulu. Rasanya waktu ini
akak harus bersama mereka”. Kata Dr Anisah sebelum meninggalkan adiknya
sendirian. Zuraimie terus diam , wajah Diah dipandangnya dengan hati yang sendu
sambil hatinya tertanya-tanya , “Berbaloikah aku menjatuhkan maruahku serendah
ini?”.
Maruah?
Maruah ku
tercalar
Apa lagi
yang bolehku kata
Rosak
sudah ranap punah tercemar
Usai
hancur sebuah nama seindah kota
Apa
pentingnya digaduh siapa benar?
Hakikatnya
sama , aku kini dipandang hina.
|
Labels:
Novel

Monday, 24 February 2014
Lukis jea ... redhaNya mengatasi segala
![]() |
Lukis jea ... mencari RedhaNya |
RedhaNya mengatasi segala
Musim menuai kian menghampiri
esok lusa padi menguning sebendang
nanti pasti ada pipit yang datang mengintai
gusar hanya pada orang-orang yang tegak diam
Demi keroncong tembuluk yang bernyanyi
Pipit terbang jua memberani diri
asal dapat mencicip seulas dua walau seketika
Hai resah mengundang duka
antara pepadi menguning ranum
dan lelangit yang kian kelam
dan lelangit yang kian kelam
tentunya hujan lebat membawa banjir menggila
Padi belum sempat dituai!
Aduhai ...
Padi belum sempat dituai!
Aduhai ...
isi dapur kan pasti lolos jua
Gelisah pasti kembali bertandang
Gelisah pasti kembali bertandang
Membunuh bahagia dan tawa ria
Senyuman kian sirna
Mewarnai kelam hati
Senyuman kian sirna
Mewarnai kelam hati
impian dan hakikat yang tidak selari
Perlukah berduka meratapi diri?
Wahai insani!
Dunia memang tempat kamu diuji
Barangkali suratan tercipta sejak azali
entah mungkin juga angkara sendiri
ranjau onar yang ranap dihujung kaki
digugat dek ragam alam pada kehidupan ini
Namun esok tika hari dijengah mentari
Namun esok tika hari dijengah mentari
gugurlah rasa yang melanda hati
impian dijunjung di petala mimpi
lalu pasrah pada ketentuan Ilahi
Dan hari ini kita berbicara
Kisah baru bukan lagi dahulu
Bukan bendang dan pipit mencicip seulas dua
Tapi ... pada hajat agong yang dituju
Menghirup udara nyaman terasa di jiwa
Tenang meniti hari2 berlalu
Mengharap dan bergantung hanya pada yang Esa
RedhaNya mengatasi segala
Dan hari ini kita berbicara
Kisah baru bukan lagi dahulu
Bukan bendang dan pipit mencicip seulas dua
Tapi ... pada hajat agong yang dituju
Menghirup udara nyaman terasa di jiwa
Tenang meniti hari2 berlalu
Mengharap dan bergantung hanya pada yang Esa
RedhaNya mengatasi segala
Labels:
puisi

Wednesday, 19 February 2014
'Kebenaran' itu walaupun pahit tetap lebih baik ...
'Kebenaran' walaupun pahit tetap jauh lebih baik ...
Perumpamaan yang sering kuberikan kepada anak muridku untuk memahami faktor yang mempengaruhi rintangan electric adalah tentang perjalanan hidup manusia , lagi jauh seseorang itu berjalan atau lagi lama hidupnya maka lagi banyaklah ranjau dan duri yang harus ditempuhnya. Samalah dengan electric , lagi panjang wayar lagi banyaklah rintangan yang harus ditempuh oleh electron untuk sampai dari point A ke point B manakala voltage yang menggerakkan electron itu pula boleh disamakan dengan kekuatan bagi seorang manusia untuk meneruskan perjalanannya.(Inilah bahananya dapat aku sebagai cikgu fizik dorang!).
Seharian siang tadi aku ber'sauna' dalam dewan tertutup SMK Putra Perdana , memberi sokongan moral kepada anak-anak muridku bermain ping pong dalam kejohanan ping pong peringkat MSSD Sepang. Puh! Panas yang amat. Sudahlah cuaca sekarang memang sedia panas melampau ditambah lagi dengan keadaan dewan yang sesememangnya ditutup segala pintu yang ada untuk mengelakkan gangguan angin. (Wah! Kira-kira dah tak payah pergi rawatan sauna untuk membakar lemak yang ada!).
Walaupun hanya duduk sebagai guru pengiring namun bila pulang ke rumah , badan terasa amat letih hinggakan hilang selera untuk makan dan susahlah pulak nak melelapkan mata jadi pada pagi ini aku mengambil peluang untuk mencoretkan sesuatu dalam ruangan blogku ini.
Tadi sedang aku melayan mata untuk lelap , fikiranku menerawang mencapai kisah-kisah dalam episod kehidupan yang telah aku lalui. Pelbagai ... pelbagai kisah silih berganti bermain diminda dan yang paling terkesan hingga menitiskan air mataku adalah apabila ingatanku mencapai pelbagai kenangan yang telah kulalui bersama arwah emak , Siti Asmah Bt Abdul Rahman. Seorang Ibu yang tiada tolok bandingnya , sungguhpun aku kini sudah ber'emak' baru. (Emak baru yang ku terima dengan hati yang terbuka dan turut ku hormati dan sayangi sepenuh hatiku kerana dialah wanita yang memberikan 'makna' dalam kehidupan abahku kini dan dia dengan penuh sabar menemani hari-hari tua abahku).
Apa ya kebenaran pahit yang telah ku tempuh bersama arwah emak?.
Banyak ... semuanya ada kaitan dengan penyakit yang dihidapinya. Emak asalnya mengidap penyakit kanser servik ... cuma aku ketika itu gagal mengambil tahu tentang sakit emak. (Teruknya aku!!!). Yalah , sejak tingkatan satu aku hanya pulang ke rumah 2 kali setahun iaitu pada cuti semesta 1 dan 2 persekolahan (Aku budak MRSM yang menggunakan sistem semesta, tidak sama seperti sekolah harian biasa) makanya mana mungkin kedua orang tuaku tega menceritakan tentang sakit emak itu setiap kali aku pulang bercuti. Hinggalah satu ketika ... kalau tidak silap setelah aku tamat peperiksaan SPM , emak mula sakit pinggang yang amat. Alasan yang diberinya adalah dia terjatuh di dapur. Aku terima alasan itu bulat-bulat (Ah!! Sekali lagi , bendulnya aku ini!!!). Kesakitan emak berlarutan hinggalah aku sempat menghabiskan setahun matrikulasiku di MRSM Kulim dan akhirnya belajar sebagai pelajar tahun satu di UKM.
Pada masa itu sakit emak sudah terlampau teruk hingga mendorong abah menghantar emak menjalani 'pembedahan ghaib' di satu klinik swasta di Shah Alam. Ini semua gara-gara sikap emak yang amat takut untuk ke hospital biasa atau mungkin emak dan abah mengharapkan 'suatu keajaiban' akan berlaku sedang aku , anaknya (kononnya seorang pelajar universiti) gagal memberikan nasihat yang bernas. Aku hanya mengikut saja keinginan mereka malah akulah yang menemani emak sepanjang rawatan di sana.
"Pembedahan ghaib - semua itu adalah suatu pembohongan yang nyata!.
Mengapa aku katakan ianya suatu pembohongan yang nyata?.
Mana taknya ... setelah emak dibawa masuk ke bilik pembedahan maka proses membedahan bahagian abdomen emakpun bermula (Setelah emak diberikan ubat tidur) sedang aku dengan beraninya menguatkan hatiku melihat segalanya melalui tingkap kaca pintu bilik pembedahan. Barangkali kagum dengan keberanianku maka ketika bahagian hadapan abdomen ibuku sudah 'dilapah' dan terbuka , doktor dengan sewenang-wenangnya memanggil aku masuk dan melihat sendiri segala isi kandungan yang ada lalu menunjukkan satu ketulan asing yang menurutnya 'punca' kepada kesakitan emak. Aku sekali lagi dengan sikapku yang tidak kritis pada ketika itu hanya mengangguk tanda setuju ( Eee ... inilah antara kebodohanku yang nyata!). Hakikatnya mana mungkin aku yang tidak menjalani sebarang kaedah pensterilan di panggil masuk begitu saja. Dah tentu-tentu akan mengakibatkan infeksi pada bahagian abdomen emak yang terbuka.
Pulang dari pembedahan itu , sakit emak tidak juga kurang. Beribu duit yang dibelanjakan menjadi sia-sia. Ianya menjadi habuan manusia yang menangguk di air keruh , mencari keuntungan atas penderitaan orang lain. Tetapi memang itulah hakikat hidup di dunia , yang lemah akan selalu tertindas , yang tidak bijak berfikir akan selalu tertipu , yang salah membuat keputusan akan pasti merana ... dunia bukan syurga!
Kesakitan emak berlarutan hingga akhirnya emak terpaksa mendapatkan rawatan di hospital besar Kuala Lumpur. Inilah antara masa-masa mencabar dalam sejarah hidupku. Pelbagai perkara terjadi , lepas satu - satu ujian datang melanda. Takdir yang tersurat , abangku yang baru beberapa bulan bernikah terlibat dengan kemalangan jalanraya di Terengganu hingga kedua-dua belah kakinya masih berbesi hingga kini , abahku dalam keadaan yang sihat (tiada rekod masalah kesihatan) tiba-tiba diserang angin akhmar dan kakakku ... (Masih tetap dengan keadaannya) sedang emakku masih terus sakit. Maka yang tinggal sihat adalah aku dan adik-adikku ... maka sebagai kakak yang paling besar dan sihat , aku cuba membantu meringankan bebanan kedua orang tuaku sebaik mungkin. Tidak mampu hendak aku ceritakan segala yang telah kami tempuh. Cukuplah aku ceritakan antara kisah paling sukar yang terpaksa aku lalui.
Permudahkan cerita , aku akhirnya bernikah dengan suamiku setelah beberapa bulan menjadi guru (jarak masa sudah melewati lima tahun-aku tamat ijazah dalam Botani , 4 tahun dan Diploma pendidikan selama setahun) Atas nasihat suamiku , akhirnya aku berjumpa sendiri dengan doktor Roslan yang merawat emak. Pada ketika itu barulah aku tahu penyakit sebenar arwah emak.
"Enam tahun yang lepas emak awak mengidapi penyakit kanser servik. Menakjubkan , dia mampu bertahan lebih lima tahun tapi sekarang , kanser nya sudah merebak ke bahagian vertebra lumbar (Lalu doktor Roslan menunjukkan filem x-ray vertebra lumbar emak. Ternyata vertebra lumbarnya yang ke empat telah runtuh sedikit ( Patutlah emak sudah tidak boleh berjalan lagi) dan sekarang penyakit kanser mak awak sudah berada di stage 3B. Maknanya bila-bila masa sahaja dia boleh pergi. Semuanya bergantung kepada kehendak Allah. "Ya Allah!! Bagai batu berat telah jatuh menghempap kepala ini!". Semuanya macam lakonan cerita drama!!. Air mata yang bagaikan mahu mengalir kutahan sebaik mungkin. Aku tidak mahu dilihat sebagai seorang yang lemah. Lagi pula adik perempuanku ada bersama dalam pertemuan itu maka seharusnya aku tabah agar dia juga akan tabah menghadapi dan menerima berita buruk ini.
Apa lagi yang sukar?. Setelah berbincang dengan suami maka aku harus melaksanakan dua tugas yang amat berat bagiku. Pertama , memberitahu emak tentang hakikat hayatnya yang hampir tamat. Bukan mahu bertindak kejam tetapi kami tidak mahu emak menggantung harapan yang tinggi dan terus menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan cuba berubat ke sana dan ke mari. Kami mahu emak menerima hakikat dan menghabiskan sisa masa yang ada dengan mempersiapkan diri untuk mengadap Rab nya , Allah yang Maha Penyayang.
"Emak , saya nak cakap sikit tentang penyakit mak. Tadi saya jumpa doktor Roslan , dia kata penyakit mak ni dah tak boleh ubat lagi. Mak cuma ada beberapa bulan je. Bila-bila masa mak akan pergi. Jadi saya taknak mak menghabiskan masa berubat. Sekarang ni mak terimalah hakikat itu. Lebih baik mak habiskan masa menyiapkan diri untuk mengadap Allah". Ya Allah , begitulah lebih kurang ayat aku ketika memberitahu emak tentang hakikat penyakitnya itu. Aku cuba menyampaikannya semudah dan setabah yang boleh tanpa menitiskan setitikpun air mata. Emak diam , masih cuba tersenyum walhal aku tahu yang emak juga sedang cuba menahan air matanya dari gugur ...(Ah! Sedihnya)
Tugasku yang kedua , mengumpul ketiga-tiga adikku yang masih bersekolah , sorang akan menduduki peperiksaan UPSR , sorang PMR dan sorang lagi SPM.
"Kak ni nak korang tabah dengar apa yang kak ni nak cakapkan pasal mak. Penyakit mak dah teruk. Mak sekarang mengidap kanser stage 3B. Dah tak ada ubat lagi. Doktor kata , bila-bila masa mak akan pergi. Jadi siapkan diri dan minda korang untuk saat itu. Kak ni tak nak korang jadikan alasan korang tidak cemerlang periksa jika apa-apa terjadi pada mak nanti. Inilah kehidupan , kita harus tabah".
Menitis air mata adik perempuanku sedang dua lagi adik lelakiku hanya diam menahan perasaan. Aku?
Aku berlagak tabah , setabah mungkin agar mereka turut tabah ...
Akhirnya emak pergi juga , hanya beberapa bulan kemudian ... malam itu adik-adikku tidak henti-henti membacakan surah yaasiin secara bergilir-gilir sedang aku yang sarat mengandung pulang berehat di rumah. Subuh itu emak masih bersolat subuh walaupun dengan isyarat mata saja. Setelah hari beransur siang dan doktor yang memeriksa emak mengatakan yang denyutan nadi emak sudah tidak boleh dibaca sedang nafas mak turun naik dengan agak payah , aku menghampiri emak , berbisik kepadanya ... "emak maafkanlah kami semua , anak-anak mak. Mak maafkanlah abang tatan (Abang dan kakakku belum sampai ketika ini) , maafkanlah kak lin , maafkanlah ... habis semua nama adik beradikku kusebutkan dengan namaku yang terakhir.( Emak hanya mengangguk perlahan ...). Aku kemudiannya meminta adik lelakiku duduk di sisi emak dan terus mengucapkan kalimah yang agong , kalimah syahadah di telinga emakku sehingga akhirnya emakku pergi begitu saja ... tenang dan terus diam tidak bernafas lagi. Menggigil tanganku apabila mengalihkan alat bantuan pernafasan yang dipasang. Adik-adikku mula teresak perlahan. Kami menjaga sebaik mungkin agar emak kami pergi dengan aman sedang aku hingga ke akhir hayat emak dan sehinggalah emak selamat di kebumikan , tiada air mataku yang tumpah di hadapan sesiapapun termasuklah suamiku sendiri. Aku harus tabah atau sekurang-kurangnya kelihatan tabah di mata adik-adikku terutamanya. Emak , saya sayang emak!!
Beruntunglah sesiapa yang masih mempunyai emak kerana tiada doa yang paling tulus melainkan doa nabi buat umatnya dan doa ibu buat anaknya. Bagi yang masih mempunyai emak , hargai mereka ... sayangi mereka ... kerana adalah suatu nikmat yang tidak ternilai jika kita masih punya emak!
Perumpamaan yang sering kuberikan kepada anak muridku untuk memahami faktor yang mempengaruhi rintangan electric adalah tentang perjalanan hidup manusia , lagi jauh seseorang itu berjalan atau lagi lama hidupnya maka lagi banyaklah ranjau dan duri yang harus ditempuhnya. Samalah dengan electric , lagi panjang wayar lagi banyaklah rintangan yang harus ditempuh oleh electron untuk sampai dari point A ke point B manakala voltage yang menggerakkan electron itu pula boleh disamakan dengan kekuatan bagi seorang manusia untuk meneruskan perjalanannya.(Inilah bahananya dapat aku sebagai cikgu fizik dorang!).
Seharian siang tadi aku ber'sauna' dalam dewan tertutup SMK Putra Perdana , memberi sokongan moral kepada anak-anak muridku bermain ping pong dalam kejohanan ping pong peringkat MSSD Sepang. Puh! Panas yang amat. Sudahlah cuaca sekarang memang sedia panas melampau ditambah lagi dengan keadaan dewan yang sesememangnya ditutup segala pintu yang ada untuk mengelakkan gangguan angin. (Wah! Kira-kira dah tak payah pergi rawatan sauna untuk membakar lemak yang ada!).
Walaupun hanya duduk sebagai guru pengiring namun bila pulang ke rumah , badan terasa amat letih hinggakan hilang selera untuk makan dan susahlah pulak nak melelapkan mata jadi pada pagi ini aku mengambil peluang untuk mencoretkan sesuatu dalam ruangan blogku ini.
Tadi sedang aku melayan mata untuk lelap , fikiranku menerawang mencapai kisah-kisah dalam episod kehidupan yang telah aku lalui. Pelbagai ... pelbagai kisah silih berganti bermain diminda dan yang paling terkesan hingga menitiskan air mataku adalah apabila ingatanku mencapai pelbagai kenangan yang telah kulalui bersama arwah emak , Siti Asmah Bt Abdul Rahman. Seorang Ibu yang tiada tolok bandingnya , sungguhpun aku kini sudah ber'emak' baru. (Emak baru yang ku terima dengan hati yang terbuka dan turut ku hormati dan sayangi sepenuh hatiku kerana dialah wanita yang memberikan 'makna' dalam kehidupan abahku kini dan dia dengan penuh sabar menemani hari-hari tua abahku).
Apa ya kebenaran pahit yang telah ku tempuh bersama arwah emak?.
Banyak ... semuanya ada kaitan dengan penyakit yang dihidapinya. Emak asalnya mengidap penyakit kanser servik ... cuma aku ketika itu gagal mengambil tahu tentang sakit emak. (Teruknya aku!!!). Yalah , sejak tingkatan satu aku hanya pulang ke rumah 2 kali setahun iaitu pada cuti semesta 1 dan 2 persekolahan (Aku budak MRSM yang menggunakan sistem semesta, tidak sama seperti sekolah harian biasa) makanya mana mungkin kedua orang tuaku tega menceritakan tentang sakit emak itu setiap kali aku pulang bercuti. Hinggalah satu ketika ... kalau tidak silap setelah aku tamat peperiksaan SPM , emak mula sakit pinggang yang amat. Alasan yang diberinya adalah dia terjatuh di dapur. Aku terima alasan itu bulat-bulat (Ah!! Sekali lagi , bendulnya aku ini!!!). Kesakitan emak berlarutan hinggalah aku sempat menghabiskan setahun matrikulasiku di MRSM Kulim dan akhirnya belajar sebagai pelajar tahun satu di UKM.
Pada masa itu sakit emak sudah terlampau teruk hingga mendorong abah menghantar emak menjalani 'pembedahan ghaib' di satu klinik swasta di Shah Alam. Ini semua gara-gara sikap emak yang amat takut untuk ke hospital biasa atau mungkin emak dan abah mengharapkan 'suatu keajaiban' akan berlaku sedang aku , anaknya (kononnya seorang pelajar universiti) gagal memberikan nasihat yang bernas. Aku hanya mengikut saja keinginan mereka malah akulah yang menemani emak sepanjang rawatan di sana.
"Pembedahan ghaib - semua itu adalah suatu pembohongan yang nyata!.
Mengapa aku katakan ianya suatu pembohongan yang nyata?.
Mana taknya ... setelah emak dibawa masuk ke bilik pembedahan maka proses membedahan bahagian abdomen emakpun bermula (Setelah emak diberikan ubat tidur) sedang aku dengan beraninya menguatkan hatiku melihat segalanya melalui tingkap kaca pintu bilik pembedahan. Barangkali kagum dengan keberanianku maka ketika bahagian hadapan abdomen ibuku sudah 'dilapah' dan terbuka , doktor dengan sewenang-wenangnya memanggil aku masuk dan melihat sendiri segala isi kandungan yang ada lalu menunjukkan satu ketulan asing yang menurutnya 'punca' kepada kesakitan emak. Aku sekali lagi dengan sikapku yang tidak kritis pada ketika itu hanya mengangguk tanda setuju ( Eee ... inilah antara kebodohanku yang nyata!). Hakikatnya mana mungkin aku yang tidak menjalani sebarang kaedah pensterilan di panggil masuk begitu saja. Dah tentu-tentu akan mengakibatkan infeksi pada bahagian abdomen emak yang terbuka.
Pulang dari pembedahan itu , sakit emak tidak juga kurang. Beribu duit yang dibelanjakan menjadi sia-sia. Ianya menjadi habuan manusia yang menangguk di air keruh , mencari keuntungan atas penderitaan orang lain. Tetapi memang itulah hakikat hidup di dunia , yang lemah akan selalu tertindas , yang tidak bijak berfikir akan selalu tertipu , yang salah membuat keputusan akan pasti merana ... dunia bukan syurga!
Kesakitan emak berlarutan hingga akhirnya emak terpaksa mendapatkan rawatan di hospital besar Kuala Lumpur. Inilah antara masa-masa mencabar dalam sejarah hidupku. Pelbagai perkara terjadi , lepas satu - satu ujian datang melanda. Takdir yang tersurat , abangku yang baru beberapa bulan bernikah terlibat dengan kemalangan jalanraya di Terengganu hingga kedua-dua belah kakinya masih berbesi hingga kini , abahku dalam keadaan yang sihat (tiada rekod masalah kesihatan) tiba-tiba diserang angin akhmar dan kakakku ... (Masih tetap dengan keadaannya) sedang emakku masih terus sakit. Maka yang tinggal sihat adalah aku dan adik-adikku ... maka sebagai kakak yang paling besar dan sihat , aku cuba membantu meringankan bebanan kedua orang tuaku sebaik mungkin. Tidak mampu hendak aku ceritakan segala yang telah kami tempuh. Cukuplah aku ceritakan antara kisah paling sukar yang terpaksa aku lalui.
Permudahkan cerita , aku akhirnya bernikah dengan suamiku setelah beberapa bulan menjadi guru (jarak masa sudah melewati lima tahun-aku tamat ijazah dalam Botani , 4 tahun dan Diploma pendidikan selama setahun) Atas nasihat suamiku , akhirnya aku berjumpa sendiri dengan doktor Roslan yang merawat emak. Pada ketika itu barulah aku tahu penyakit sebenar arwah emak.
"Enam tahun yang lepas emak awak mengidapi penyakit kanser servik. Menakjubkan , dia mampu bertahan lebih lima tahun tapi sekarang , kanser nya sudah merebak ke bahagian vertebra lumbar (Lalu doktor Roslan menunjukkan filem x-ray vertebra lumbar emak. Ternyata vertebra lumbarnya yang ke empat telah runtuh sedikit ( Patutlah emak sudah tidak boleh berjalan lagi) dan sekarang penyakit kanser mak awak sudah berada di stage 3B. Maknanya bila-bila masa sahaja dia boleh pergi. Semuanya bergantung kepada kehendak Allah. "Ya Allah!! Bagai batu berat telah jatuh menghempap kepala ini!". Semuanya macam lakonan cerita drama!!. Air mata yang bagaikan mahu mengalir kutahan sebaik mungkin. Aku tidak mahu dilihat sebagai seorang yang lemah. Lagi pula adik perempuanku ada bersama dalam pertemuan itu maka seharusnya aku tabah agar dia juga akan tabah menghadapi dan menerima berita buruk ini.
Apa lagi yang sukar?. Setelah berbincang dengan suami maka aku harus melaksanakan dua tugas yang amat berat bagiku. Pertama , memberitahu emak tentang hakikat hayatnya yang hampir tamat. Bukan mahu bertindak kejam tetapi kami tidak mahu emak menggantung harapan yang tinggi dan terus menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan cuba berubat ke sana dan ke mari. Kami mahu emak menerima hakikat dan menghabiskan sisa masa yang ada dengan mempersiapkan diri untuk mengadap Rab nya , Allah yang Maha Penyayang.
"Emak , saya nak cakap sikit tentang penyakit mak. Tadi saya jumpa doktor Roslan , dia kata penyakit mak ni dah tak boleh ubat lagi. Mak cuma ada beberapa bulan je. Bila-bila masa mak akan pergi. Jadi saya taknak mak menghabiskan masa berubat. Sekarang ni mak terimalah hakikat itu. Lebih baik mak habiskan masa menyiapkan diri untuk mengadap Allah". Ya Allah , begitulah lebih kurang ayat aku ketika memberitahu emak tentang hakikat penyakitnya itu. Aku cuba menyampaikannya semudah dan setabah yang boleh tanpa menitiskan setitikpun air mata. Emak diam , masih cuba tersenyum walhal aku tahu yang emak juga sedang cuba menahan air matanya dari gugur ...(Ah! Sedihnya)
Tugasku yang kedua , mengumpul ketiga-tiga adikku yang masih bersekolah , sorang akan menduduki peperiksaan UPSR , sorang PMR dan sorang lagi SPM.
"Kak ni nak korang tabah dengar apa yang kak ni nak cakapkan pasal mak. Penyakit mak dah teruk. Mak sekarang mengidap kanser stage 3B. Dah tak ada ubat lagi. Doktor kata , bila-bila masa mak akan pergi. Jadi siapkan diri dan minda korang untuk saat itu. Kak ni tak nak korang jadikan alasan korang tidak cemerlang periksa jika apa-apa terjadi pada mak nanti. Inilah kehidupan , kita harus tabah".
Menitis air mata adik perempuanku sedang dua lagi adik lelakiku hanya diam menahan perasaan. Aku?
Aku berlagak tabah , setabah mungkin agar mereka turut tabah ...
Akhirnya emak pergi juga , hanya beberapa bulan kemudian ... malam itu adik-adikku tidak henti-henti membacakan surah yaasiin secara bergilir-gilir sedang aku yang sarat mengandung pulang berehat di rumah. Subuh itu emak masih bersolat subuh walaupun dengan isyarat mata saja. Setelah hari beransur siang dan doktor yang memeriksa emak mengatakan yang denyutan nadi emak sudah tidak boleh dibaca sedang nafas mak turun naik dengan agak payah , aku menghampiri emak , berbisik kepadanya ... "emak maafkanlah kami semua , anak-anak mak. Mak maafkanlah abang tatan (Abang dan kakakku belum sampai ketika ini) , maafkanlah kak lin , maafkanlah ... habis semua nama adik beradikku kusebutkan dengan namaku yang terakhir.( Emak hanya mengangguk perlahan ...). Aku kemudiannya meminta adik lelakiku duduk di sisi emak dan terus mengucapkan kalimah yang agong , kalimah syahadah di telinga emakku sehingga akhirnya emakku pergi begitu saja ... tenang dan terus diam tidak bernafas lagi. Menggigil tanganku apabila mengalihkan alat bantuan pernafasan yang dipasang. Adik-adikku mula teresak perlahan. Kami menjaga sebaik mungkin agar emak kami pergi dengan aman sedang aku hingga ke akhir hayat emak dan sehinggalah emak selamat di kebumikan , tiada air mataku yang tumpah di hadapan sesiapapun termasuklah suamiku sendiri. Aku harus tabah atau sekurang-kurangnya kelihatan tabah di mata adik-adikku terutamanya. Emak , saya sayang emak!!
Beruntunglah sesiapa yang masih mempunyai emak kerana tiada doa yang paling tulus melainkan doa nabi buat umatnya dan doa ibu buat anaknya. Bagi yang masih mempunyai emak , hargai mereka ... sayangi mereka ... kerana adalah suatu nikmat yang tidak ternilai jika kita masih punya emak!
Saat dini hari
Ada seorang insan mulia
yang bangkit menadah tangan
Angkat setinggi mungkin pada yang Esa
Sabar tabah memohon hari demi hari
Adalah segalanya buat anakanda tercinta
Ya Rob! Permudahkanlah urusan hidup anak-anakku
Ampunkanlah segala dosa mereka
NikmatMu jangan Kau tahan buat mereka
Gugurkanlah segala nasib malang yang tersurat
Esoknya tika mentari menyinar lagi ... dan lagi
Malam pula silih berganti dan terus silih berganti
Adakah masih ada doa setulus itu
Kekuatan buat si anak menempuh segala onar?
Saya Sayang Emak!
Labels:
Fikiranku

Tuesday, 18 February 2014
"Keranamu DIAH": Bab 10
BAB 10 : HIDUP
HARUS DITERUSKAN
Sudah tiga bulan berlalu , Diah masih
tetap koma. Zuraimie yang menjaganya setiap hari tidak putus-putus berdoa.
Berbagai cerita dan kisah suka dan gembira yang telah mereka lalui bersama
diceritakan berulang-ulang kali. Harapannya agar cerita-cerita itu akan dapat
membangkitkan semula semangat Diah untuk kembali bersatu dengan jasadnya yang sudah
tidak ubah bagaikan ‘mayat hidup’ , kurus , pucat dan cengkung. Namun
setiap kali habis bercerita pasti ada rasa sesal yang mencengkam jiwanya. Sesal
kerana Diah tetap tidak memberikan sebarang reaksi. Sesal juga kerana sememangnya tiada
banyak 'kisah' yang telah mereka kongsi bersama.
“Diah , sampai bila kau mahu terus
begini ... menyiksa dirimu dan diriku ini?”. Keluhnya sambil mengelus-ngelus
tangan Diah. Sesekali perut Diah yang sedikit membuncit itu diperhatikannya.
“Hei orang di dalam , bertahan ya.
Tolong pakcik gerakkan mamamu yang sedang lena ini”. Katanya separuh berbisik.
“Kalaulah kau tercipta dari benihku
sendiri. Huh!! ... ya Allah! Ujian serupa apakah ini yang Kau berikan kepadaku. Ya
Allah! Tabahkanlah aku. Masukkanlah aku dalam golongan hamba-hambamu yang redha
dengan ketentuan yang telah Kau tetapkan buatku”. Zuraimie berdoa sambil meratapi dirinya
sendiri.
“Huh! Orang lain yang makan nangka , kau pula yang terkena getahnya!”.
Zuraimie
berjalan perlahan menuju ke kafeteria hospital setelah perutnya berkeroncong minta diisi. Sampai sahaja di
kafeteria , dia terus mengambil piring
yang tersedia lalu membuka periuk kukusan. Dua biji pau ayam diletakkan di atas
piring. Kemudian dia berjalan pula ke tempat deretan gelas lalu mengisinya
dengan air cincau sebelum membayarnya di kaunter.
“Ini saja bang?. Hari-hari tengok
abang mesti ambil pau ayam dengan air cincau. Tak nak cuba yang lain ke bang?”.
Tanya adik ‘casher’ yang sudah cam akan Zuraimie. Sesekali kumisnya yang nipis itu
diusap.
“Hmm ... abang memang suka pau ayam
dan air cincau”. Jawab Zuraimie , ringkas dan padat.
“Betul tu bang , pau ayam kat sini
memang yang terbaik. Sedap itu sudah pasti. Tapi bang , dalam hidup ni kita
kenalah ada semangat mencuba perbagai perkara baru. Barulah hidup kita ni tak
bosan. Err ... kalau boleh saya tanya , rasanya sudah lebih dua bulan abang
menunggu di hospital ini. Sebenarnya
siapa yang sakit. Emak abang ke atau Isteri abang ?”. Tanya adik ‘casher’ itu pula.
Zuraimie mengerutkan dahinya
mendengar pertanyaan itu. Wajah adik ‘casher’ yang terlebih ramah itu ditatapnya
seketika , “Busy body betullah budak ni”. Katanya di dalam hati. Lantas duit
empat ringgit dihulurkan sebelum terus berlalu meninggalkan adik ‘casher’ itu
terpinga-pinga.
“Hish!. Tanyapun salah ke?. Hmm ...
inilah susahnya kalau nak jadi masyarakat perihatin sangat!”. Kata adik
‘casher’ itu sendirian sambil menepuk dahinya.
Sedang
Zuraimie menikmati juadahnya , tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang.
“Hai Mie , tengahari macam ni makan
pau saja?”. Tanya Dr Anisah sambil mengambil tempat di hadapan adiknya itu.
“Mana nak sihat macam ni. Patutlah
akak tengok Mie dah semakin kurus. Badan tu dah susut sangat. Ni ambilni , akak
belanja”. Sambung Dr Anisah lagi sambil menghulurkan sepinggan nasi goreng
kampung bersama seketul ayam goreng berempah kepada adiknya itu. Sepinggan lagi
diletakkan dihadapannya sendiri.
“Takpalah kak. Saya tak lapar
sangatpun. Lagipun tak ada selera nak makan nasi”. Jawab Zuraimie.
“Hah jangan nak mengada. Ni akak
memang belikan khas untuk kau. Nasi goreng kampung kan memang makanan kegemaran kau.
Takkan kau dah lupa kot?. Lagipun kalau
kau tak makan siapa pula yang nak habiskan kedua-dua pinggan nasi ni. Kalau akak
yang makan , mahu gemuk akak jadinya. Nanti dah macam anak gajah pulak dibuatnya!”.
Dr Anisah cuba berseloroh , cuba menceriakan suasana dan hidup adiknya yang
suram. Zuraimie hanya tersenyum sedikit sebelum menyudu nasi goreng kampung ke
mulutnya.
Dr
Anisah bangun sebelum duduk semula
bersama dua botol air kacang soya. “Nah!. Soya kaya dengan protein”. Katanya
sambil tersenyum. Wajah adiknya ditatap penuh simpati. “Benarlah bahawa cinta
itu buta”. Fikirnya.
Mereka akhirnya menghabiskan nasi
goreng kampung itu tanpa sepatah kata. Masing-masing melayan perasaan sendiri sehinggalah ...
“Oh Ya Mie , akak menyampaikan pesan
mak je ni. Mak suruh balik malam ni makan malam di rumah. Kebetulan keluarga mak Su
datang berziarah. Jadi mak nak kita ada sama. Okey akak pergi dulu , dah habis
masa rehat. Ingat , jangan lupa balik sebelum pukul lapan malam ni. Tidak nanti
mak merajuk susah pulak jadinya. Kang jadi anak derhaka pulak kita ni. Ingat
tau , balik sebelum pukul lapan!”. Beria-ia Dr Anisah mengingatkan adiknya itu.
Zuraimie hanya mengangguk perlahan.
“Keluarga mak Su?”. Zuraimie berfikir sambil
berjalan kembali ke bilik wad tempat Ziah ditempatkan. Terbayang di kepalanya wajah manja Hidayah ,
sepupunya yang sudah lama tidak ditemuinya. Hidayah yang suatu ketika dulu
sangat rapat dengannya. Namun setelah Mak Su dan keluarganya berpindah ke Kedah
kerana mengikut pak Su yang berpindah kerja di sana
, hubungan mereka menjadi renggang. Jika berjumpapun hanyalah setahun sekali
iaitu apabila tiba bulan Syawal. Jika bukan keluarga makSu yang datang berziarah ,
pasti mereka sekeluarga pula yang akan berjalan ke Kedah.
“ Jika tiada perkara yang penting ,
jarang – jarang sekali mereka turun ke KL. Apa agaknya mimpi mereka datang
berziarah kali ini?”. Fikirnya.
Petang itu , Zuraimie sampai lebih
awal. Jam baru menunjukkan pukul enam petang. Ketika memberi salam dan menolak
pintu banglo dua tingkat itu , perasaan bersalah tiba-tiba menyerang hatinya.
Sudah lama benar dia tidak pulang berjumpa ibu dan ayahnya. Sejak Diah terlantar
di hospital , dia terus melupakan tanggung-jawabnya sebagai anak terhadap ibu
dan ayahnya yang selama ini menatangnya bagai minyak yang penuh. Langsung tidak
pernah dia bertanya khabar apalagi mencium pipi ibu atau tangan ayahnya. Dia betul-betul tenggelam
dalam dunia yang dibinanya bersama Diah. Dunia hospital dan dunia impiannya.
“Siapa yang sebenarnya sedang sakit , aku ... atau Diah?”. Fikirnya sebelum
melangkah masuk.
“Waalaikummussalam
...”. Kata-kata Puan Sarah terhenti di situ setelah terpandangkan anak bongsu
kesayangannya tercegat berdiri memandangnya dengan wajah kusut masai dan tidak
terurus. Lantas Puan Sarah melangkah cepat mendapatkan anaknya itu lalu di dakap erat , “Hai
rindunya mak pada kau Mie , kenapa sampai jadi begini. Kusut tidak terurus?”.
Tanya Puan Sarah. Zuraimie diam tidak menjawab , hanya dakapan ibunya itu
dibalas erat dan lama.
“Hmm ... sudahlah tu". Puan Sarah merongkai dakapan Zuraimie. "Lain kali kalau
dah rindukan mak sangat , kerap-keraplah balik ke sini. Bukit mahkota dengan KL
tu bukannya jauh sangat. Eh! Malam kang , mak Su sekeluarga akan makan malam di sini.
Jadi mak mahu Mie naik ke atas dan kemaskan diri tu betul-betul. Cukur semua janggut dan jambang tu. Biar mereka
terpesona melihat kekacakan wajah anak mak ni. Ni misai yang
berserabut ni cukur sekali tau”. Kata Puan Sarah sambil mengelus lembut rambut anak
kesayangannya itu.
“Hmm ... yalah mak. Mie naik ke atas
dulu”. Jawab Zuraimie sebelum melangkah memanjat tangga menuju ke biliknya.
Usai
menunaikan solat maghrib , Zuraimie turun semula ke ruang tamu. Tiada sesiapa
di situ , emak dan kakaknya sedang sibuk di dapur. Zuraimie keluar ke halaman
rumah. Halaman yang sentiasa indah dan bersih , dihiasi pelbagai jenis pokok
bunga-bungaan dan pokok hiasan yang ditanam sendiri oleh ibunya. Cantik dan
segar , masih seperti dulu-dulu juga ...
“Hah Mie , bila kau sampai?. Marilah
ke mari duduk bersama ayah”. Kata Tuan Razman sambil menggapaikan tangannya
mengajak Zuraimie duduk di bangku batu di sebelahnya. Zuraimie akur , “Petang
tadi lagi Mie dah sampai ayah”. Jawabnya.
“Awalnya kau balik, baguslah tu. Kau pun dah
lama sangat tak balik ke mari. Mengapa?. Sibuk sangat ke?. Setahu ayah , kau tu
bukannya bekerja. Belajar pun tak habis lagi. Mengapa jadi begitu?”. Tanya Tuan
Razman. Sengaja soalan itu diajukan sungguhpun dia sebenarnya tahu segala
perkembangan yang berlaku terhadap satu-satunya anak lelakinya itu.
“Err ... entahlah ayah. Sekarang ni
Mie tak rasa mahu bekerja atau menyambung belajar lagi”. Jawab Zuraimie serba
salah.
“Habis sampai bila kau nak tangguhkan
pengajian kau tu?”. Tanya Tuan Razman lagi. Dia sengaja mahu anaknya itu
berfikir dan sedar dari ‘dunia khayalan’
yang dibinanya sendiri.
“Err ... tengoklah ayah. Hmm ...
kenapa agaknya mak Su sekeluarga tiba-tiba datang berziarah?”. Zuraimie cuba
menukar tajuk perbualan.
“Entahlah. Ini semua urusan mak dan
makSu kamu. Ayah pun tak tahu menahu”. Jawab Tuan Razman ringkas.
“Urusan mak dan makSu?. Lain macam je
bunyinya ayah?”. Tanya Zuraimie.
“Entahlah Mie , kita tunggu sajalah
malam nanti”. Jawab Tuan Razman.
Maka kedua beranak itu mematikan
perbualan sambil mengira bintang-bintang di langit!.
Kenyataan yang memeranjatkan
Orang yang ditunggu akhirnya tiba.
Mak Su , Pak Su dan Hidayah yang manja tiba tepat pada waktunya. Mak Su masih
tetap ceria seperti selalu , mengenakan baju kurung biru sedondon dengan pakSu.
Hidayah pula nampak begitu manis memakai kebarung merah berlabuci ditangan.
“Apa khabar bang?”. Tanyanya lembut
sebelum menghulurkan tangan bersalaman dengan abang sepupunya yang sudah hampir
setahun tidak bertemu.
“Khabar baik”. Sengaja hujung jarinya
sahaja disuakan untuk menyentuh tangan adik sepupunya itu.
“Haram ... walaupun sepupu”.
Fikirnya. Hidayah mengerutkan dahinya
lalu tangan abang sepupunya itu ditangkap dan digenggam kemas.
“Kenapa?. Dah sombong dan tak sudi
nak bersalaman dengan dayah ke?”. Tanyanya manja sambil tertawa kecil.
“Errr ... bukan begitu ... “ Zuraimie
tergamam , tidak tahu bagaimana mahu bereaksi dengan pertanyaan dan tindakan nakal Hidayah.
“He he he ...”. Hidayah terus tertawa
sebelum melepaskan tangan abang sepupunya itu.
“Sudah sudahlah mengusik abang kamu
tu dayah”. Tegur makSu.
“Ya tu Dayah. Mohlah kita masuk ke dalam.
Makanan tu dah lama terhidang. Kang sejuk tak sedap pulak”. Sampuk Puan Sarah
dan diikuti oleh tawa daripada yang lain.
Sampai
di meja makan masing-masing mengambil tempat. Tuan Razman selaku tuan rumah dan
ketua keluarga duduk di kepala meja
bertentangan dengan isterinya. Mak Su dan Pak Su duduk bersebelahan
bertentangan dengan anaknya Hidayah. Zuraimie pula duduk di tengah-tengah antara Hidayah dan kakaknya Dr Anisah.
“Hai Mie , takkan masih tak berselera makan
diapit oleh dua jelitawan ni?”. Usik pakSu setelah melihat Zuraimie sudah
membasuh tangannya sedangkan yang lain masih sibuk menyenduk pelbagai lauk-pauk
yang disediakan.
“Eee ... yelah abang ni. Makanlah
lebih sikit. Dayah tengok abang sekarang dah kurus sangat , dah tak macam dulu
tapi nasib baik masih tetap hensem. Hmm
... lagipun tuan rumah mana boleh habis makan dulu sebelum tetamu. Ni yang buat
Dayah tak selera nak makan ni”. Sampuk Dayah dengan suara manjanya.
“Yalah Mie , betul cakap Dayah tu.
Nah! Ambil buah-buahan ni. Sekurang-kurangnya makanlah buah-buahan ni sebagai
tanda kita menghormati tetamu”. Tegur Dr Anisah sambil menyuakan buah-buahan
pencuci mulut kepada adiknya itu.
“Err ... maaf semua”. Jawab Zuraimie
sepatah lalu pelbagai potongan buah diletakkan ke dalam pinggannya.
Selesai menikmati makan malam , semua yang ada berpindah duduk di ruang tamu.
Sebentar kemudian sedulang minuman dan makanan ringan dihidangkan oleh mak Nah ,
pembantu rumah yang setia dan telah berkhidmat lebih sepuluh tahun bersama
keluarga Tuan Razman.
“Jemputlah ...”. Pelawa Tuan Razman.
"Hmm ... makanan tadipun belum sempat sampai ke perut dah nak makan lagi?. Huh kalau hari-hari macam ni mahu jadi tong dram badan ni!".Gurau Pak Su sambil disambut dengan tawa ceria dari yang lain.
“Hmm ... baiklah. Nampaknya perut
semua sudah penuh berisi. Bak kata pepatah , gendang gendut tali kecapi ,
kenyang perut senang hati ...”. Puan Sarah memula bicara. "Sekaranglah masanya!". Katanya di dalam hati.
“Laa ... berpantun-pantunlah pulak
mak kamu ni. Apa lagi , kata nak buat pengumuman rasmi?”. Sampuk Tuan Razman
memotong kata-kata isterinya. MakSu dan pakSu tersenyum-senyum mendengar
perbualan kedua suami isteri itu. Manakala Dr Anisah , Zuraimie dan Hidayah
berpandangan sesama sendiri. Masing-masing mengangkat bahu.
“Hish awak ni. Kot ya pun , cubalah
bawak bersabar. Hmm ... ginilah. Sebenarnya perjumpaan kita malam ni memang
telah lama dirancang. Sejak kamu bertiga kecik-kecik lagi. Kami , orang tua kamu ni telah lama menyimpan niat dan memadu janji yang apabila tiba masa yang sesuai ,
kita akan berkumpul semula dan memaklumkan kepada kalian semua akan janji yang menjadi rahsia selama
ini”. Kata permulaan Puan Sarah. Kata-katanya itu menyebabkan Dr Anisah ,
Zuraimie dan Hidayah tidak senang duduk.
“Hmm ... ayahnya , awaklah sambung”.
Pinta Puan Sarah , menyerahkan tugas yang penting itu kepada suaminya , Tuan Razman.
“Ya. Begini semua , kita berkumpul
hari ini sebab kami selaku orang tuan kalian ingin memaklumkan bahawa sejak
kalian kecil lagi iaitu sebaik saja lahirnya Hidayah , kami telah membuat
janji. Masa tu umur kamu Mie , baru mencecah empat tahun. Mak , ayah , mak Su
dan pakSu sama-sama telah setuju untuk ...”. Tuan Razman berhenti seketika lalu
mengangkat cawan di hadapannya dan meneguk air Nescafe yang dihidangkan.
Sementara itu Dr Anisah sudah mula menggeleng kepala , dia sudah dapat
menangkap maksud kata-kata ayahnya itu manakala Zuraimie dan Hidayah berasa
sangat cemas dan mula memandang sesama sendiri.
“Kami sudah mengikat janji untuk
menyatukan kamu berdua , Zuraimie dan Hidayah apabila tiba waktu yang sesuai
dan kami rasa sekaranglah waktunya itu”. Tuan Razman menghabiskan ayatnya.
Bagai halilintar menghentam bumi.
Kata-kata Tuan Razman menyebabkan nafas Zuraimie dan Hiodayah bagaikan terhenti.
Terlopong dan tergamam , keduanya langsung tidak mampu berkata apa. Patutlah
selama ini Puan Sarah selalu saja memuji-muji Hidayah di hadapan Zuraimie mana
kala makSu pula sering sangat memuji-muji Zuraimie di hadapan Hidayah.
Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu!.
Manusia hanya mampu merancang ...
Sejak peristiwa malam itu , Zuraimie
langsung tidak pulang ke rumah kedua orang tuanya apatah lagi bertanya khabar kedua orang tuanya itu. Dia merasakan dirinya seperti telah diperbodohkan dan hidupnya seperti
diperkotak-katikkan. Masakan masa depannya telah diatur sejak dia berumur empat
tahun lagi. “Apa mereka menyangka takdir hidupku di tangan mereka?”. Bentak
hatinya. Wajah Diah yang pucat itu ditatapnya.
“Diah , mereka memperlekehkan cintaku
padamu. Tapi tidak mengapa , jangan kau risau sayang. Aku akan sentiasa
bersamamu tidak kira apa jua badai yang melanda. Kita akan sama-sama membina
keluarga bahagia bersama anak dalam kandunganmu ini. Dia sudahku anggap seperti
anakku sendiri. Kita akan hidup bersama selamanya , itu janjiku Diah”. Zuraimie
berkata sendiri , hanyut dengan perasaannya.
“Assalamualaikum!”.
Suara orang memberi salam mengembalikan Zuraimie ke duania nyata. Zuraimie
mengangkat kepalanya ...
“Eh Dayah , masuklah. Kenapa
tiba-tiba boleh ada di sini?”. Tanya Zuraimie sambil tersenyum. Dia cuba menyembunyikan
kesedihan yang bersarang di hatinya.
“So , inilah Diah. Kekasih hati
abang?”.Selamba Hidayah bertanya sambil berjalan menuju ke tepi katil Diah.
“Wow cantik!. Tetap cantik walaupun
sudah kelihatan amat pucat dan cengkung”.Puji Hidayah ikhlas.
“Hidayah , abang tak faham maksud
kata-kata dayah ini”. Zuraimie berterus-terang. Dia tidak boleh membaca maksud
di sebalik kata-kata Hidayah itu , ikhlas atau menyindir.
“Abang , come on lah. Abang ni ,
macamlah baru sehari dua kenal Dayah. Kita membesar bersama. Bermain , bergaduh
dah macam adik beradik. Dayah ikhlaslah puji kekasih abang ni. Lagipun macam
yang Dayah katakan malam itu , Dayah dah anggap abang seperti abang kandung
Dayah sendiri. Mana mungkin ‘status’ itu mahu diubah”. Jawab Hidayah sambil
merenyih memandang Zuraimie.
“Alhamdulillah ...” Ucap Zuraimie
sambil mengingati semula dialog adik sepupunya malam itu ....
“Apa?. Apa ni mak! Ayah?!. Dayah tak boleh terima abang Mie sebagai
suami!”. Balas Hidayah tegas sebaik sahaja pakciknya , Tuan Razman habis
menyatakan ‘rahsia’ yang terpendam selama ini. Dia memandang wajah kedua ibu
bapanya bergilir-gilir.
“Mengapa tidak?. Apa kurangnya Zuraimie?”. Tanya ibunya , makSu dengan
nada suara yang tinggi, marah benar dia apabila kehendak hatinya disanggah.
“Sebab Dayah dah anggap abang Mie
macam abang kandung Dayah sendiri!”. Jawab Dayah , berterus-terang menyatakan
perasaannya.
“Perasaan itu boleh ditukar , sayang kepada abang menjadi sayang kepada suami. Semuanya boleh dipupuk , asal saja kalian mahu mencubanya”.
Sampuk Puan Sarah lembut , separuh memujuk. Hidayah segera mahu membuka mulut
membalas kata-kata makciknya itu namun segera dipotong oleh ayahnya.
“Tak apalah kak , abang. Kita bagilah mereka masa. Mungkin mereka
terkejut agaknya tu. Maklumlah , setelah sekian lama mereka rapat , tiba-tiba
sahaja perkara ini baru dimaklumkan. Err ... kami minta dirilah ya”. Pak Su cuba
mengendurkan keadaan.
“Hah abang , orang bercakap dia
beranganlah pulak!”. Hidayah menepuk bahu abang sepupunya itu.
“Heeee ... maaflah Dayah. Abang
sebenarnya teringatkan kata-kata Dayah malam tu. Hebatlah Dayah. Berani
menyatakan yang benar. Abang pulak masatu , terkejut sangat sampai hilang semua
kata-kata. Berdiri tegak macam patung!”. Balas Zuraimie sambil terus tertawa kecil.
“Hmm ... tahu tak pa!. Abang memang
dari dulu macam tu. Takut sangat nak kata yang benar. Bila tak suka tak pernah
nak bagi tahu. Dayah sebenarnya geram sangat dengan abang malam tu tau”. Sambung Dayah.
“Sebab?”. Tanya Zuraimie spontan.
“Sebab abang diam seribu bahasalah!.
Habis mak dan ayah ingatkan Dayah sorang saja yang menentang. Teruk tau Dayah
kena marah dengan mak malam tu. Nasib baiklah ayah tu lebih memahami. Kalau
ikut hati mahu saja Dayah lari dari rumah tau. Dayah pun pada mulanya sangka
yang abang memang dah tahu dan setuju dengan rancangan mereka , mujurlah ada
kak Anisah. Dialah yang beritahu pasal perkara yang sebenarnya. Termasuklah
pasal kekasih abang ni”. Terang Hidayah. Zuraimie hanya mengangguk-nganggukkan
kepalanya mendengar kata-kata adik sepupunya itu.
“Sorrylah Dayah , abang sebenarnya memang
terkejut beruk masatu. Itu yang sampai diam tak terkata”. Renyih Zuraimie.
“Habis tu , apa kita nak buat
sekarang?. Nampaknya mak bapak kita tu beria-ia sangat nak menjodohkan kita?”. Tanya Hidayah.
Pertanyaan yang membuatkan Zuraimie menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Err ... kita buat bodoh ajelah!”.
Jawabnya setelah sekian lama.
“Pap!!”. Satu tamparan kuat mengenai
belakang bahunya.
“Okey ... okey. Err ... abang rasa ,
kalau susah-susah sangat kita turut sajalah kehendak mereka. Dayah jadi isteri
pertama abang dan kekasih abang ni jadi madu Dayah bila dia dah sedar nanti”.
Jawab Zuraimie.
“Woi!! Orang seriuslah”. Sergah
Hidayah.
“Ha ha ha”. Zuraimie tertawa besar
melihatkan mata Hidayah yang terbeliak dan mulutnya yang muncung mencuka. Sudah lama benar dia tidak tertawa besar begini.
Memang kehadiran adik sepupunya itu mampu menceriakan sedikit hatinya yang
murung.
Tiba-tiba
perbualan mereka terganggu dengan kehadiran Dr Anisah.
“Amboi gembiranya. Sampai luar boleh
dengar ketawa kau Mie”. Tegur Dr Anisah
sambil tersenyum memandang adiknya itu.
“Ni hah Dayah buat lawak bodoh. Macam
manalah Mie tak ketawa besar”. Jawabnya spontan.
“Apa?. Lawak bodoh?!”. Bersama dengan kata-kata itu satu cubitan yang kuat dipulas dilengan kanan Zuraimie.
“Apa?. Lawak bodoh?!”. Bersama dengan kata-kata itu satu cubitan yang kuat dipulas dilengan kanan Zuraimie.
“Adoii! Sakitlah!!”. Balas Zuraimie
lantas menyentap lengannya lalu menggosok-gosokkan lengannya yang lebam serta
merta.
“Kak , sebab inilah Mie tak mahu
kahwin dengan Dayah. Kalau dia jadi isteri Mie alamat satu badan lebam!”. Usik
Zuraimie.
“Hmm ... korang ni , gurau-gurau
jugak. Ni masalah korang ni macam mana nak diselesaikan?”. Tanya Dr Anisah dengan
wajah yang serius.
“Hmm ... Dayah , kau ada teman lelaki
istimewa tak?”. Tanya Zuraimie.
“Kenapa?”. Balas Hidayah.
“Laa , orang tanya tu jawab ajelah”.
Kata Zuraimie lagi.
“Err ... ada. Tapi janji jangan
bagitahu mak dan ayah!”. Pinta Hidayah.
“Bagus. Kalau Dayah betul ada teman
lelaki istimewa , perkara ini akan jadi lebih mudah”. Balas Zuraimie.
“Mudah?”. Tanya Hidayah dan Dr Anisah
serentak. Masing-masing tidak dapat menangkap maksud dari kata-kata Zuraimie
itu.
“Yup!. Apa kata Dayah minta saja
teman lelaki Dayah tu datang meminang”. Zuraimie memberikan cadangan.
“Laa dah tentu-tentulah mak dan ayah
akan menolak pinangannya”. Jawab Hidayah spontan.
“Tak mungkin. Janganlah biarkan
mereka tolak. Dayah rekalah cerita sikit”. Kata Zuraimie lagi.
“Reka cerita? ... Aaaa tak nak. Tak
nak!. Dayah tak nak menjatuhkan meruah Dayah dan teman lelaki Dayah sampai
begitu sekali”. Balas Hidayah setelah dapat menangkap maksud Zuraimie.
“Laa , maruah tu cuma di hadapan mak
dan ayah Dayah je. Nanti setelah semuanya selesai , Dayah beritahulah perkara
yang sebenarnya. Tebalkan muka untuk sementara waktu demi kebahagiaan
bertahun-tahun kemudian. Berbaloikan?”. Zuraimie beria-ia menyakinkan adik
sepupunya itu.
Hidayah diam , memandang Dr Anisah
meminta pandangan , “Terserah ... okey jugak cadangan tu”. Balas Dr Anisah.
“Hmm ... nantilah Dayah fikirkan.
Okey bro , Dayah nak balik ni. Flight lagi dua jam jea. Ingat nak gi shopping
kejap kat Sogo sebelum balik. Apa-apa hal nanti Dayah call”. Hidayah meminta
diri.
“Hmm ... orang tu , tengah susah
hatipun masih ada niat nak shopping”. Usik Dr Anisah.
“Sambil menyelam minum air. Heee ...”
Balas Hidayah sebelum meminta diri.
Labels:
Novel

Subscribe to:
Posts (Atom)