Popular Posts

Tuesday 2 July 2019

Lukis jea ... 'Buluh'

Lukis jea ... " Buluh"

Kelas PSV 4 Gigih
#Mengajar anak didik berkarya dengan mengaplikasikan prinsip rekaan imbangan dan harmoni.
Juga memberikan penekanan kepada unsur jalinan dan ruang.

Menjadi guru kelas2 begini memang kena sama naik dengan mereka.
Maksudnya?
Kau kena buat apa yang kau kata.
Jadi ... setiap kali aku memberikan mereka tugasan ... maka aku akan buat sama.
Tentunya akanku pastikan hasil tanganku lebih baik daripada hasil tangan mereka. Kalau tak cam mana nak dapat 'respect' dari mereka?
Dan cam mana aku nak pastikan mereka buat tugasan yang aku beri kalau aku tak buat 'muka confident'๐Ÿ˜‰

Korang fikir ... senang ke nak suruh anak2 remaja ( lelaki terutamanya) , umur 16 tahun melukis?
Kalau tak iya2 ... alamatnya derang buat 'bodoh' je.
Lagi teruk derang buat pekak ... letak kepala atas meja n tidur!!!

Nak marah? ... salah! Melanggar SOP
Nak halau keluar kelas? ... salah! Melanggar SOP
Nak pukul atau rotan? ... salah! Melanggar SOP
Nak denda ketuk ketampi? ... salah! Melanggar SOP
Nak suruh berdiri? ... salah! Melanggar SOP
Camne lak boleh langgar SOP?
Semua benda yang cikgu buat kalau menyebabkan murid tersinggung, malu, dan 'stress' ... maka itu dikira melanggar SOP.

So apa pilihan yang cikgu ada?
Ambil positif ... bergerak dalam batas yang dibenarkan.
Cara aku ialah 'perkasa'kan diri dari segi ilmu dan perwatakan.

Dah tercapai atau belum?
Bukan aku yang nilai ... pada aku, kita cuba yang terbaik. Hasilnya kita serahkan kepada Allah.

Cam aktiviti melukis ni ...
Aku ajar sebab amanah dan minat.
Lebih utama ... Ia bantu aku mendekati anak didikku yang perlu didekati.

Akhir kalam ... stay strong n let's spread aura positif๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช


-peace-
>__<

No comments:

Post a Comment