Popular Posts

Wednesday 7 May 2014

"Keranamu DIAH" : Bab 20

BAB 20   : MENJADI MENANTU

Hari yang bahagia
Dua bulan telah berlalu ... Diah baru saja selesai mengharungi tempuh berpantangnya setelah melahirkan Raziq. Bayi lelaki yang saling tidak tumpah wajah ayahnya itu juga dinamakan Raziq!. ‘Raziq junior!’
“Demi cinta ini. Demi cintaku padanya”. Itulah jawapan Diah apabila Ziah mempersoalkan nama bayinya itu.
“Err ... tidakkah nama itu akan mengguris hati Zuraimie?”. Tanya Ziah melalui telepon bimbitnya  sebaik sahaja Diah selamat melahirkan.
“Mengapa mesti terguris?. Dah memang bayi ini anak Raziq”. Jawab Diah , tetap mempertahankan tindakannya.
“Bukan begitu ... , sungguhpun bayi itu adalah anak kau dan Raziq tapi ... kau bakal bernikah dengan Zuraimie. Sekurang-kurangnya kau harus lebih sensitif dengan perasaannya. Lagipun dia sudah terlalu banyak berkorban untuk kau. Tidakkah itu semua mencuit hati kau Diah?”. Nasihat dan tanya Ziah , dia tidak rela lelaki sebaik Zuraimie dinafikan haknya untguk merasa bahagia.
“Hmm ... tak mengapalah Ziah , janganlah kau risau pasal itu. Aku yakin Zuraimie faham dengan tindakanku ini”. Diah membutakan hati , tidak mahu memikirkan langsung tentang perasaan Zuraimie. “Lagipun buat apa hendak difikirkan sangat perasaan lelaki yang pembohong itu?”. Fikir Diah , masih berdendam Diah ini rupanya.
“Huhh!! Tak fahamlah kau ni Diah. Ada lelaki sebaik Zuraimie yang sanggup membela nasib kau pun kau tak hargai. Cuba kalau tiada dia , apa agaknya yang telah terjadi pada kau sekarang”. Keluh Ziah , kesal benar dia dengan sikap ,’ kacang lupakan kulit’ Diah itu. “Kasihan kau Zuraimie ...”. Kata hati Ziah.

Tiba masa nikah
Minggu depan ,  Diah akan bernikah dengan Zuraimie. Takdirnya  ...  Diah hanya melakonkan wataknya episod demi episod seperti yang tertulis dalam skrip hidupnya.  Segalanya hambar ... tidak seperti gadis lain yang pastinya ternanti-nantikan hari bersejarah dalam hidup mereka , saat mereka disatukan dengan kekasih hati.
“Ziah , minggu depan kami dah nak bernikah. Kami akan buat majlis kecil-kecilan saja. Tapi sebelum tu aku akan cuba berbaik semula dengan emak dan abah aku. Kalau boleh aku nak minta abah aku mewalikan aku . Kalau dia masih tidak sudi. Berwali hakimlah aku Ziah!” . Kata Diah , hatinya sebak mengingatkan pertelingkahan yang masih belum selesai antaranya dan kedua orang tuanya itu.
“ Insya Allah Diah. Banyaklah berdoa agar Allah melembutkan hati kedua orang tua kau. Sejujurnya , aku tumpang gembira dengan keputusan kau ni. Sudah lama Zuraimie menantikan saat ini. Keluarga dia  macam mana? , mereka dah boleh menerima kau?” . Tanya Ziah , dia sedia maklum dengan penerimaan keluarga Zuraimie terhadap hubungan antara Diah dan satu-satunya anak lelaki mereka itu.
“Huh tidak ... mereka tidak pandang aku sebelah matapun Ziah. Tapi aku dah tak kesah sebab aku tahu cinta Zuraimie akan memberikanku kekuatan untuk mengharungi apa jua rintangan yang mendatang. Lagipun anak ini perlukan kasih sayang seorang bapa. Aku tidak boleh bersikap mementingkan diri lagi. Kini hidupku adalah untuk anakku ini , Raziq. Dialah tujuan hidupku , dialah kekuatanku sekarang” . Diah menyatakan pendiriannya.
“Betul ... aku sentiasa menyokong kau Diah. Diizinkan Allah , aku teringin sangat nak jadi pengapit kau nanti”.  Ziah menyatakan hajatnya. Memang itulah keinginannya sejak dulu , menjadi pengapit kepada sahabat yang sudah dianggapnya sebagai saudara kandungnya sendiri. “Aku sentiasa menyokong kau!”. Tegas Ziah lagi.
“Ziah , maafkan aku. Hajat kau itu takkan tercapai sebab  aku tak bersanding pun. Kami hanya buat yang wajib je ... nikah di pejabat kadi. Dah tu balik ke  rumah sewa Zuraimie di Bandar Baru Bangi.  Tak ada majlis kenduri kendara pun!”. Jelas Diah. Ada sebak pada nada suaranya.
“Diah ...”. Ziah mengalirkan air mata mendengar rintihan Diah , mengenangkan nasib sahabat baiknya yang bertukar 360◦. Siapa pernah menyangka , gadis comel dan periang ini akan mengharungi hidup yang cukup getir.
“Diah , mengapa sampai begitu?”. Tanyanya perlahan.
“Masakan majlis kenduri kesyukuran pun sampai tidak dibuat. Bukankah perkahwinan itu sesuatu yang mulia dan patut dihebahkan dan diraikan?” , fikirnya pula. Tidak tergamak Ziah mehu meluahkan apa yang ada difikirannya tika itu.
“Entahlah Ziah. Aku  terasa yang Zuraimie seperti mahu merahsiakan perkahwinan kami. Mungkin keluarganya menentang keras perkahwinan ini atau mungkin mereka telah memberi kata dua kepadanya atau mungkin ... Ah! Entahlah Ziah , seribu satu kemungkinan”. Keluh Diah lagi.
“Mengapa tidak kau tanyakan terus kepadanya?”. Tanya Ziah spontan.
“Lebih baik berterus-terang daripada menyimpan perasaan begitu”. Kata Ziah lagi.
“Entahlah Ziah , mungkin inilah yang dinamakan kehidupan. Hidupku , takdir hidup aku. Aku malas nak fikir dan perdebatkan soal remeh seperti itu. Lagipun aku tak kesah. Mungkin aku ini bakal menjadi isteri gelapnya , kehadiranku sebagai isterinya  tiada siapa yang  boleh tahu. Jika itu benar , aku tetap tak kesah. Yang penting , anakku ini ada bapa , ada ayah untuk menumpang kasih. Betul tak?. Sekarang ini hidupku hanya untuk anakku ini , yang lain-lain itu sudah tidak penting lagi”. Kata Diah , sedih.
“Jangan berfikiran begitu Diah. Tidak  pernah wujud istilah isteri gelap. Sekali dia menikahimu , maka sahlah kau sebagai isterinya”. Balas Ziah. Dalam diam , air matanya mengalir terus mengenangkan takdir yang harus diharungi sahabatnya itu. Diah diam , kata-kata Ziah langsung tidak membawa makna bagi dirinya apatah lagi memujuk lara yang bertandang..

Diah selamat bernikah
            Tiba masanya , Diah selamat dinikahi oleh Zuraimie. Tiada sanak saudara yang menghadiri majlis tersebut melainkan kedua ibubapa Diah dan dua orang saksi. Encik Karim dan Puan Norlina akhirnya terbuka hati untuk menghadiri majlis itu setelah Diah dan Zuraimie berdiri lebih sejam di luar pagar rumah banglo mereka sambil mengendung Raziq. Suara tangisan cucu mereka yang kepanasan di luar rumah akhirnya melembutkan hati kedua orang tua itu. Menitis air mata Puan Norlina ketika Raziq berada digendungannya , “Sayang cucu nenek”. Katanya sambil menghulurkan Raziq kepada suaminya.
“Cucu atuk”. Kata pula Encik Karim. Hilang sudah marahnya demi terpandangkan wajah suci bayi yang tidak berdosa itu.
            Namun sebaik sahaja menikahkan anak gadisnya , Encik Karim dan Puan Norlina segera meninggalkan majlis. Mereka tidak sanggup untuk terus berlama-lamaan menanggung kesedihan kerana terpaksa menikahkan satu-satunya anak mereka dalam keadaan  serba kekurangan seperti itu. Timbul rasa sesal di hati keduanya , “Jika kita tidak menolak mereka tempohari , tentu kita masih boleh mengadakan majlis kenduri buat anak kita ini”. Keluh Puan Norlina.
“Ya. Ini semua salah abang. Maafkan abang. Kalaulah abang tidak terlalu mengikutkan perasaan dulu ...”. Encik Karim kesal mengingatkan perlakuannya yang keterlaluan. Masih jelas dalam ingatannya bagaimana dia telah membelasah teruk menantunya itu dan bagaimana kejamnya dia sehingga sanggup mengheret dan menolak anak gadisnya yang sedang mengandung.
“Mujur tiada apa-apa berlaku kepada cucu kita. Jika tidak abang pasti tidak akan dapat memaafkan diri sendiri”. Katanya perlahan. Puan Norlina hanya mengusap  tangan sasa suaminya itu.
“Masih belum terlambat untuk menebus segalanya”. Katanya  lembut , memandang suaminya penuh harap. Encik Amir mengangguk perlahan sambil tersenyum tawar mendengar kata-kata isterinya itu.

Hari pertama bergelar isteri
            Zuraimie memberhentikan kenari di halaman rumah ibu bapanya. Lama dia mendiamkan diri sebelum berpaling ke kiri memandang Diah , perempuan yang baru saja dinikahinya. Diah menundukkan kepala , buat-buat tidak perasankan renungan Zuraimie itu. Dia menyibukkan diri  menyusukan bayinya , Raziq.
“Sayang , kita dah sampai”. Kata Zuraimie sambil mengelus lembut tangan Diah. Diah diam.
“Jom , anak ayah. Cukuplah menyusu tu. Jom kita masuk jumpa nenek dan atuk”. Zuraimie berkata sambil mengusap lembut rambut lebat Raziq. Bayi itu seperti memahami apa yang dikatakan ‘ayahnya’  lalu segera  berpaling dari terus menyusu.
“Jom , sayang”. Zuraimie berkata lagi sambil terus memandang Diah. Diah mengangguk lalu membetulkan pakaiannya.
            Mereka beriringan berjalan bersama menuju ke muka pintu. Belumpun sempat loceng pintu ditekan , Puan Sarah , ibu mertua Diah sudahpun membuka pintu. Puan Sarah berdiri tegak memandang Diah dari atas ke bawah sebelum memberikan senyuman hambar lalu mempersilakan menantunya itu masuk. Raziq dalam kendungan Diah diambilnya lalu dikucup sayang berkali-kali.
“Cucu nenek! Cucu nenek dah datang!”. Katanya gembira.
“Bang , marilah ke mari. Tengok cucu kita ni!”. Jeritnya dari bawah tangga. Seketika kemudian Tuan Zaman  meluru turun dari atas terus mendapatkan isterinya itu.
“Cucu kita?”. Tanyanya gembira sambil memandang wajah isterinya. Puan Sarah mengangguk sambil memuncungkan bibirnya ke arah Diah dan Zuraimie yang sudahpun duduk di atas sofa  ruang tamu  rumah mereka.
“Hah dah sampai?. Macam mana majlis tadi , semuanya berjalan lancar?”. Tanya Tuan Zaman sambil berjalan menuju ke ruang tamu. Sempat dia mengucup sayang pipi cucunya sebelum menyertai Zuraimie dan Diah. Puan Sarah mengekorinya dari belakang.
“Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar ayah. Tadi , mak dan ayah Diah pun ada sama. Ayah Diah sendiri yang mewalikannya”. Terang Zuraimie. Tuan Zaman  mengangguk-nganggukkan kepalanya.
“Hmm ... mereka dah maafkan korang?”. Tanya Tuan Zaman.
“Ya. Alhamdulillah”. Jawab Zuraimie.
“Baguslah kalau begitu. Tapi ingat Mie , ayah tak mahu orang lain tahu tentang perkara ini. Ingat , ayah tak mahu kekecohan terjadi disebabkan perkara ini. Ayah harap kau faham”. Kata Dato’ Mustapha tegas.
“Ya, Mie faham ayah”. Jawab Zuraimie.
Berkerut dahi Diah mendengar perbualan dua beranak tu , “Memang benarlah sangkaanku. Aku ini hanyalah isteri gelapnya. Lihat itu , tiada sedikitpun rasa bersalah di hati mereka kerana tidak menghadiri majlis pernikahan kami. Tidak mahu orang lain tahu?. Mengapa?. Apa maksud mereka?  Huh! Apa lagi pembohongan yang kau cipta dariku Mie?”. Kata hati Diah , tidak selesa dengan semua yang didengar dan dilihatnya.

Malam pertama
            Selesai membersihkan dirinya , Diah duduk  mengadap cermin di meja soleknya. Rambutnya yang panjang mencecah pinggang disikat perlahan-lahan. “Diah , siapa sangka gadis secantik kau akan melalui nasib seperti ini. Menjadi ‘isteri gelap’ ... mungkin itu sajakah status yang  layak untuk  kau?. Mungkin inilah balasan yang ku terima untuk dosa yang telah aku lakukan. Tapi , menyesalkah aku?. Menyesalkah aku melahirkan anaknya?. Tidak! Aku tidak menyesal!!. Malah aku bersyukur sangat kerana masih ada ‘dia’ dalam anakku yang dapatku peluk dan ku pandang buat melepas rindu. Raziq , demi cinta ini akan ku teruskan hidup ini dengan berani. Moga kita akan bersatu juga akhirnya di sana nanti”. Diah berkata sendiri sambil terus memandang wajahnya di cermin. 
            Seketika kemudian pintu bilik dibuka , “Assalamualaikum isteriku tercinta”. Sapa Zuraimie sambil melangkah menghampiri Diah.
“Hmm ... cantiknya isteri abang”. Katanya lagi sambil tangannya membelai-belai rambut Diah yang panjang mengurai. Terdorong oleh rasa sayang yang membuak-buak , Zuraimie mendekatkan wajahnya ke wajah Diah. Dia ingin mengucup sayang wajah yang dipujanya sekian lama. Malangnya , belum sempat wajah yang sudah merona merah itu dikucupnya , Diah telah terlebih dahulu berpaling.  Zuraimie tersentak dengan perlakuan isterinya itu.
“Mengapa? ...” Kata-katanya mati begitu sahaja apabila terlihat tubuh Diah yang mulai menggeletar.
“Diah , are you okey?”. Tanya Zuraimie , cemas. Diah hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil cuba menahan getaran tubuhnya yang semakin kuat. Entah mengapa , hati dan perasaannya begitu resah dan cemas tatkala Zuraimie menyentuhnya tadi. Diah merasakan seolah-olah telah melakukan satu kesalahan yang maha besar apabila membiarkan dirinya disentuh dan dibelai oleh Zuraimie , suaminya sendiri.
“Ya Allah , apa yang telah terjadi kepada diriku ini?”. Fikirnya sambil terus cuba mengawal diri.  Kalau boleh dia tidak mahu menyinggung hati Zuraimie , lelaki yang telah banyak berbudi kepadanya itu. Diah sedar , tanpa Zuraimie dia kini mungkin sedang merempat bersama bayinya , Raziq.
“Abang , maafkan Diah ...”Kata Diah perlahan sambil menekup wajahnya. Air mata kekesalan mengalir di pipi.
“Huh?”. Zuraimie bingung lalu berjalan keluar bilik meninggalkan Diah sendirian. Dia benar-benar tidak faham  dengan sikap Diah. Kesal ... kecewa ... itulah perasaannya tika ini.
            Malam itu , Zuraimie tidak tidur sekatil dengan Diah. Sengaja dia mengambil selimut dan bantal lalu tidur di atas sofa panjang yang memang sedia ada dalam kamar tidur mereka.  Mungkin sofa sajalah tempat yang layak untuknya sejak bergelar suami kepada dua orang wanita!. Diah yang berpura-pura telah tidur itu memandang suaminya dengan perasaan sayu namun Diah berasa sangat lega dengan tindakan Zuraimie itu. Diah masih tidak dapat membayangkan tindakan yang bakal diambilnya nanti jika Zuraimie nekad tidur sekatil dengannya.  “Maafkan Diah bang”. Katanya di dalam hati lalu mula memejamkan mata. Zzzzz ....

Raziq!...
            Diah tersedar dari tidur  tatkala suara azan sayup-sayup menyapa cuping telinganya. Matanya dibuka perlahan sambil tangannya menekup mulut yang sedang menguap luas.  Namun darahnya berderau deras dan matanya serta merta terbuka luas demi terpandangkan Zuraimie , suaminya sedang duduk di pinggir katil tidurnya. Zuraimie sudah siap berbaju Melayu memandangnya dengan senyuman manis yang terukir pada wajah yang bersih , “Dah bangun dah isteri abang?”. Katanya lembut sambil menepuk manja betis kaki Diah.
“Hmm ... abang dah nak ke surau ni. Diah bangun solat ye. Nanti , abang balik dari surau kita jogging sama. Lepas tu bolehlah kita breakfast di luar. Okey , abang pergi dulu. Kang terlepas sembahyang berjemaah pula. Hmm ... jangan lupa solat”. Kata dan pesan Zuraimie sambil bangun meninggalkan isterinya.
            Diah termenung seketika. “Bermimpikah aku?”. Fikirnya sambil cuba mengingati sesuatu. “Huh!”. Keluhnya berat apabila teringatkan insiden malam tadi , insiden malam pertamanya  setelah sah bergelar isteri kepada seorang lelaki.
“Ya Allah , berdosakah aku?”. Fikirnya sebelum mengangkat kedua tangannya ke atas untuk  menggeliat. Tiba-tiba , “Arrggghhhh!”, Diah kesakitan.
Baru Diah sedar yang susu di dadanya telah penuh. “Aduh sakitnya!. Raziq , mana anakku Raziq?”. Diah berfikir seketika sebelum teringatkan anaknya yang tidak tidur bersamanya sejak malam tadi.
“Lenanya aku tidur malam tadi sampaikan Raziqpun tidak kuhiraukan. Hisshh! Mak jenis apa kau ni Diah!”. Diah memarahi dirinya sendiri.
“Eh! Tapi ...” Diah teringatkan sesuatu.
“Raziq ni , biar mak saja yang jaga malam ni. Tak eloklah pengantin baru diganggu”. Kata ibu mertuanya malam semalam bagaikan masih terngiang-ngiang di telinganya. Lantas sepantas kilat Diah membersihkan dirinya , menunaikan solat subuh dan berdandan sedikit sebelum keluar bilik menuju ke bilik ibu mertuanya. Sakit di dadanya ditahan semakin kuat terasa ...
“Tok! Tok! Tok! “. Pintu bilik diketuk .
“Mak! Mak!. Boleh Diah ambil Raziq!”. Kata Diah dari luar bilik. Sesekali tangannya mengurut-ngurut dadanya yang seakan berdenyut. “Aduhh...”. Keluh Diah perlahan sambil tangannya terus mengetuk pintu bilik tidur ibu mertuanya.
“Tok! Tok! Tok!”
“Mak! Maafkan Diah mengganggu tapi boleh tak beri Raziq kepada Diah”. Kata Diah lagi dari luar pintu. Tiada sebarang jawapan dari dalam bilik. Diah mengeluh lalu tangannya diangkat sekali lagi untuk mengetuk pintu bilik tersebut untuk kali yang ketiga.
“Bismillah ...”. Ucapnya sebelum mengetuk pintu bilik itu semula. Namun sebelum tangannya sempat mencecah daun pintu bilik itu , Puan Sarah  telah terlebih dahulu membukanya.
“Hah! Kenapa ketuk pintu bilik tidur orang  pagi-pagi buta ni?. Bising dan mengganggu orang yang masih mahu tidur saja” . Tanya Puan Sarah dengan wajah masam mencuka.
“Maafkan Diah mak. Tapi Diah perlu ambil anak Diah , Raziq ...”.
“Cucu mak tengah tidur!”. Puan Sarah  segera memotong kata-kata Diah.
“Ya , Diah tahu dia tengah tidur. Tapi Diah perlu ambil dia. Dada Diah dah penuh dengan susu. Dah membengkak ... Diah perlu ...”. Belumpun sempat Diah menghabiskan ayatnya , pintu bilik sudah ditutup semula , berdentum betul-betul di depan muka Diah!.
“Pergi perah dan buang!”. Itulah kata-kata Puan Sarah yang kedengaran dari dalam bilik , pedih hati Diah mendengarnya.

Diah masih tercegat ...
Diah tercegat di hadapan pintu ibu mertuanya. Tangannya mengusap-ngusap dadanya yang sudah mula berdenyut. Air matanya mengalir tanpa dipinta ...  “Raziq itu anakku. Mengapa aku pula yang tersisih?”. Ratap hati Diah sambil tangannya sesekali mengesat air mata yang mengalir.
 Kebetulan , seketika itu juga Zuraimie baru saja pulang dari surau.
“Hei! Kenapa menangis di sini?”. Tanyanya lembut sambil tangannya memusingkan badan Diah mengadapnya. Diah tidak menjawab. Namun air matanya yang mengalir tanpa henti seakan memberi amaran kepada Zuraimie akan cabaran yang bakal mereka hadapi di hari-hari  mendatang.
“Diah , kenapa. Cuba ceritakan pada abang”. Katanya lembut sambil menarik Diah berjalan bersama ke arah bilik mereka.
“Arrgghhhh!”. Jeritan kecil Diah mengejutkannya.
“Kenapa , Diah sakit?”. Tanyanya , cemas.
“Marilah kita ke bilik kita dulu. Nanti Diah beritahu abang apa yang tidak kena”. Pujuknya.
Diah mengangguk , membongkokkan bahunya sedikit lalu berjalan laju menuju ke bilik tidur mereka.
            Mereka duduk bersebelahan di tepi katil. “Diah?”. Panggil Zuraimie , sepatah.
“Abang , maafkan Diah. Diah cuma nak ambil Raziq dari bilik mak tapi mak tak kasi. Mak kata Raziq sedang tidur”. Jawab Diah sambil cuba menahan sedu.
“Laa pasal itu ke?. Hmm ... sayang, betullah kata mak tu. Biarlah Raziq tidur dengan puas. Semalam kan dia dah penat di dukung ke sana ke mari”. Balas  Zuraimie , cuba memujuk isterinya itu.
“Apa masalah Raziq tidur lama sikit sayang?”. Tanya Zuraimie lembut. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyinggung perasaan isteri yang amat dicintainya itu.
“Tapi  ... dada Diah ni sakit. Bengkak dengan susu. Diah rasa tak tahan sangat ni”. Jawab Diah dalam tangisan.
“Oh!”. Jawan Zuraimie sepatah. “Hmm ...  kena ambil Raziq juga ya?”. Tanyanya ragu-ragu.
“Ya tapi mak tak bagi!”. Jawab Diah dengan suara yang agak tinggi , geram pula hatinya bila Zuraimie  bertanya seperti orang dungu!.
 Zuraimie terdiam seketika sebelum berkata semula , “Okey , biar abang ambilkan Raziq. Diah tunggu di sini ya”. Balas Zuraimie lalu segera menuju ke bilik tidur ibunya.
“Tapi mak ...”
“Hiissshhhh ... itu mak abang. Jangan risaulah”.
Tidak lama selepas itu Zuraimie  masuk semula ke dalam bilik bersama Raziq yang masih lena dalam gendungannya!



Tuhanku ...
Kiranya sudah tiba awan kelam membayangi langkahku
Maka kuatkanlah aku meneruskan perjalanan ini

Tuhanku ...
Andainya sudah sirna cahaya gemilang yang menyinari hidupku
Maka pandulah hatiku untuk menentukan arah menujuMu

Tuhanku ...
Tika sudah patah punah semua dahan tempat pautanku
Maka suntikkanlah semangat agar menjadi tonggak kekuatanku berdiri

Tuhanku ...
Andai sudah tiba masaku meninggalkan duniaku
Maka terimalah aku seadanya dalam dakapanMu








No comments:

Post a Comment