Popular Posts

Tuesday, 26 August 2014

Lukis jea ... bermimpi ketika sedang bermimpi



... bermimpi dalam minda yang bebas ...


Berjalan di sebuah padang yang luas dan dipenuhi oleh hanya rerumput yang panjang...
Sejauh mata memandang hanya rerumput menghijau hingga menyentuh kaki langit nun di hujung sana.



Suatu ketika dulu di alam remajaku , adakalanya terasa diri bagai mencari sesuatu atau tika fikiran berserabut dengan pelbagai perkara dan ada kalanya tetiba hati terasa sunyi lebih-lebih lagi , aku belajar jauh dari keluarga ... apa yang aku lakukan tika itu?

Sering saja tika semua orang telah tidur aku akan keluar melihat lelangit malam , memerhati bintang yang bertaburan atau menikmati keindahan cahaya rang bulan di malam yang terang (melakukannya dengan amat berhati-hati dan sesenyap yang boleh agar tidak disedari orang lain) ... malah aku juga sering membayangkan diriku berjalan di padang yang luas dengan rerumput yang panjang , seluas mata memandang hingga mencecah kaki langit nun jauh di sana ... 
Hmm ... bagai terhidu bau rerumput yang segar ditiub angin ...

Mungkin kedengarannya kurang bijak ... seharusnya ketenangan itu diperolehi dengan mengingati Tuhannya , mengalunkan kalam suci atau sujud menyembah yang Esa ... tapi itulah aku. Aku dan hanya aku yang faham keindahan menikmati alam yang dicipta tuhan di kala insan lain sedang nyenyak dibuai mimpi 
dan 
kenikmatan memiliki minda yang bebas meneroka alam di dunia ciptaan sendiri.










-Peace-
Kita boleh jadi apa saja di dunia ciptaan itu malah
kita boleh mengimpikan apa jua kerana tiada salahnya bermimpi ketika kita sedang bermimpi , mimpi yang tidak pernah melukakan perasaan.
(Hmm ... terserahlah bagaimana mahu memahaminya)