Popular Posts

Thursday 29 October 2020

Lukis jea ... melukis gambar family Ihsan

 


Lukis jea ... family Ihsan.
Ihsan?
Ya ... Ihsan adalah anak comel pasangan bahagia ini. Cikgu Naeemah dan suaminya.


Cikgu Naeemah , sahabat seperjuangan aku semasa sama2  berkhidmat di SMK Cyberjaya.

Uniknya cikgu ini ialah, beliau seorang yang sangat baik hati ... selalu tersenyum dan positif dalam menghadapi apa jua situasi. Lebih menarik , di sekolah yang sama turut berkhidmat adalah ibunya, yang jauh lebih senior daripada aku sendiri.  Aku sangat hormati ibunya , seorang yang bersungguh2 mengajar dan telah banyak menabur bakti dan budi kepada anak bangsa. 

Kebetulan, kami sama2 sepasukan dalam unit disiplin di sekolah itu. Banyak juga cabaran kami hadapi bersama dan banyak kenangan yang telah tercipta.๐Ÿ˜Š

Sudah agak lama cikgu Naeemah minta aku melukiskan gambarnya sekeluarga. Baru sekarang tertunai ... sibuk sangatkah?
Mungkin 'sibuk' itu tidak sesuai dijadikan alasan cuma aku ni ... biasalah aku๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Kenapa aku melukis?
Bukannya hebatpun lukisan aku tu ...
Ya , betul.
Tak seberapa  namun ....
Aku melukis kerana memang aku suka melukis.
Ditakdirkan memang sedari kecik aku suka melukis.
Dan ... aku melukis untuk gembirakan sahabat2 ... aku bahagia melihat mereka gembira ...
melukis untuk dinikmati oleh sesiapa saja yang menghargai ... dan aku akan terus melukis dan jadikannya jalan untuk menjadi manusia yang bermanafaat.

Jom ... sama2 kita niatkan dan usahakan agar kita semua menjadi hamba Allah yang bermanafaat di dunia ini.

-demi islam kerana Allah-

-peace-
>__<

Sunday 11 October 2020

Lukis jea ... bunga ros

Lukis jea ... Bunga Ros
Lukis jea ... Bunga Ros

Gabungaan warna pensel dan ton hitam putih

Harap dapat membahagiakan siapa jua yang melihatnya๐Ÿ˜Š


Tiada apa yang hendak aku celotehkan di sini
Cuma ...
"Dalam hidup ini , kita diberi peluang merasai ... mengalami ... pelbagai pengalaman hidup.
Hargai tiap satunya ... mahupun pahit atau sebaliknya.
Simpan jadi kan ia kenangan yang mendewasakan ... mematangkan ...
Usah berdendam ... bersangka baiklah.

Perjalanan masih panjang ... di penghujungnya , kita sama-sama berdoa agar kita semua dipertemukan di syurga Allah.

-Sebarkan kasih sayang-

-peace-
>__<



 

Thursday 24 September 2020

Lukis jea ... Pasangan Bahagia

Lukis jea ... Pasangan Bahagia

Ini adalah gambar sahabat aku. Kami pernah sama-sama bertugas di Cyberjaya.
2015 aku berpindah ke Dato' Abu Bakar Baginda dan beliau juga berpindah tetapi ke Bandar Baru Salak Tinggi. Masih di daerah yang sama namun sejak 2015 , kami hanya mampu bertemu di dunia maya.

 
Dalam hidup kita ini , kita semestinya telah ditakdirkan untuk bertemu dengan insan-insan tertentu yang daripada mereka , kita saling merasa dan memberi makna. Sama-sama belajar bertoleransi , berkomunikasi , mengharmonikan emosi dan mencatat sejarah dalam hidup kita.
"Tiada yang dijadikan Allah sia-sia".
Maka semestinya terlalu banyak hikmah kita dipertemukan dengan sesiapa pun. 
Pelajari sesuatu daripada yang lain dan hargai semua yang hadir atau pernah hadir dalam hidup kita.
"Melepaskan bila perlu melepaskan atau menggenggam hingga ke akhirnya"

Sedikit pesanan ... "Masa yang berlalu takkan kembali" . Fitrahnya , peluang hanya akan datang sekali. Sama ada kamu menggarapnya  atau melepaskannya pergi.


Rancang , usaha , doa dan tawakal
Moga kita semua dikurniakan Allah kebahagiaan dan kejayaan dunia hingga akhirat.


-peace-
>__<
 

Monday 7 September 2020

Lukis jea ... Potret 'kawan kepada kawan'

Seorang teman menghubungiku dan meminta aku melukiskan sebuah potret seotang rakan setugasnya yang bakal bersara.

Sejujurnya aku sedang sibuk dengan sebuah 'projek' lain tetapi, atas dasar persahabatan dan menghargai warga pendidik yang telah berbakti kepada anak bangsa, maka sewajarnya permintaan itu kutunaikan.

Maka , inilah hasilnya ... moga membawa bahagia kepada siempunya diri dan memberikan kepuasan kepada yang melihat hasilnya.๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


Sedikit proses pembikinan potret ini ...


m
Proses melukiskan wajah ... nak kata senang , taklah sangat. Melukis berdasarkan gambar yang diberi melalui aplikasi whatsapp.

Ada bahagian2 tertentu yang kurang jelas.



Itulah sedikit perkongsian buat semua. Proses pembikinan potret ini ada aku rakamkan dan ku muatnaikkan dalam youtube channelku iaitu 'Cikgu Rozai Asnizah'.

Nanti bila - bila sahabat punya waktu lapang, silalah melayarinya.๐Ÿ˜‰

 -peace-

    >__<


Monday 31 August 2020

Puisi ... kemerdekaan " Malaysia Prihatin"

Puisi Kemerdekaan ... "Malaysia Prihatin"


Malam kelam ditutupi tabir siang

Bayu dinihari meniupkan kata semangat

Laungan merdeka itu sekali lagi kedengaran

Allahu Akbar! Gahnya menggetar jiwa!!

Yang tua ... yang muda ... bersama bersatu 

Senyum sebak mendakap anugerah keramat

Inilah detik bersejarah buat kita

Antara beribu rasa yang melakur bahagia


Nun di sana seorang kakek membuka cerita

"Engkau orang muda ...jangan pernah lupa"

"Gelora yang pernah melanda negaramu tercinta"

"Angkara kebiadapan penjajah memeras dan menindas"

"Rakus kaki kotor  menginjak  maruah kita"

"Apa yang ada dirobek sesuka mereka"

"Keringat dan air mata usah dikata"

"Umpama hidup di dalam neraka!"


Marilah wahai generasi muda

Eratkan ikatan usah terlerai

Rentak kaki biar sederap

Dalam dunia yang semakin gelora

Engkau dan aku membina bangsa

Kitalah tiang negara merdeka

Anugerah terindah kita pelihara 


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdekalah kita daripada adat yang menyanggah agama

Merdekalah kita daripada belenggu alpa yang membawa kemunduran 

Merdekalah kita daripada pengkhianat perosak bangsa

Merdekalah kita daripada penjajahan fikiran

Merdekalah kita di sebuah negara yang merdeka!!




Wednesday 3 June 2020

Lukis jea ... "Kasih sayang"

Lukis jea ... "Kasih sayang"
Hrmm...lama gak aku berangan nak lukis gambar kami berdua.
Alhamdulillah , tercapai jugak hajat ni๐Ÿ˜Š

Inilah 'kami'
Selepas dua minggu ditakdirkan bertemu untuk kali pertamanya , terus rombongan meminang dihantar.
Lima bulan kemudian , selamat diijabkabulkan.
(Mudahkan ... Alhamdulillah. Inilah yang dikatakan JODOH)

Perjalanannya mudah namun hakikatnya pernikahan itu merupakan;
 usaha
'menggabungkan' dua manusia berlainan latar belakang, pembawaan, pemikiran dan amat menuntut usaha yang tinggi dan kesabaran yang melimpah ruah๐Ÿคช๐Ÿคช๐Ÿคช.

Aku dan dia ...
Sememangnya bagai langit dan bumi
(Inilah ketentuan ... benarlah perkahwinan itu adalah untuk saling 'melengkapkan')
Maksudnya?
Analoginya ... kami saling 'melangitkan' dan 'membumikan' satu sama lain. Tak mudah ... dan ianya memang sangat mencabar๐Ÿ˜œ๐Ÿคช๐Ÿคช


Pertemuan kali pertama : ..... ๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™๐Ÿ˜™

Kali kedua : seminggu selepas kali pertama berkenalan dan berjumpa, dia dan seorang kawannya bertandang rumah mak abah aku. Nak kenal mak abah aku (๐Ÿ˜ฑ, beranikan?๐Ÿ˜œ) dan langsung meminang pada minggu hadapannya!!!
(Mak abah aku sampai tak sempat nak fikir ... nak reject ke atau nak terima!!!๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ)

Kali ketiga : ..... betul2 sekali setelah bergelar 'tunang'. Itupun ditemani kawan. Dia belanja aku dan kawan aku makan Mc D. (Masa ni aku tak boikot Mc D lagi๐Ÿ˜ฏ)
Kali keempat : ...... setelah sah bergelar isteri.

Kini dah 26 tahun kami menjadi suami isteri.
Pernah dilanda badai?
Jawapan aku, 'Hidup mana yang tidak dilanda badai?'
Perkara yang sering aku pegang ... " teruskan bersabar atau musnahkan segalanya ... dan aku sentiasa memilih untuk terus bersabar!
Kenapa?
Kerana aku percaya bahawa ... " sabar itu indah"

Semoga Allah memberkati kehidupan kami dunia hingga akhirat dan menjadikan kami sebagai hambaNya yang bersyukur.
Alhamdulillah.
-Terima kasih ya Allah-


-peace-
>__<


Wednesday 27 May 2020

Lukis jea ... ' head hunter'

Lukis jea ... "head hunter"
Hmm...๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š
Budak ensem ni minta aku lukiskan gambar ini.

Draft yang aku lukisni agak kabur sikit.
Memang ginilah biasanya cara aku melukis.
Lukis draft guna pensel untuk dapatkan bentuk dan iras wajah.
Pastu baru usahakan agar ianya kelihatan 'sempurna' di mataku.


Apa yang nak aku sampaikan...
"Aku sayang budak ni"
Aku mohon agar Allah campakkan semangat juang dan jihad dalam dirinya terutamanya untuk menghafal kalam Allah.
Dan aku mohonkan agar Allah bukakan pintu hatinya untuk memahami AlQur'an, menguatkan ingatannya untuk menghafalnya dan memberikannya kekuatan untuk mengamalkannya dan menjadikan al Qur'an itu sebagai hujjahnya.

Amiiinnn
Moga Allah perkenankan



-peace-
>__<

Lukis jea ... muslim yang kuat

Lukis jea ... muslim yang kuat

Lukisan ini sekadar suka2 sahaja ...
Namun apa yang ingin aku sampaikan adalah .... kita!
Kita seharusnya mempersiapkan diri dan generasi kita untuk menjadi muslim yang kuat.
Kuat yang bagaimana?
Kuat keyakinan dan penggantungannya kepada Allah
Kuat dari segi ilmu agama yang mulia ini, mencintai apa yang dicintai Allah dan rasulnya
Kuat mencari , menimba ilmu2 dunia dan menggarap kebaikan dan kelebihan yang boleh dicapai di dunia ini ... seolah2nya akan hidup selamanya!
Dan ... kuat mengejar akhirat, seolah2 akan mati esoknya!!

Pun begitu ... hakikat kita seorang hamba
Berbekal nafsu keduniaan yang tebal ... dan sudah pastinya ditambah dengan keazaman musuh kita yang nyata , yang sentiasa berusaha menyesatkan kita.
Sering saja kita tersasar ... adakalanya leka dan sesat dalam angan dan impian , bagai lupa bahawa syurga dan neraka itu nyata.
Apapun setiap kali tersasar ... segeralah berpatah balik. Usah dibiar diri menyimpang jauh.
Kembali kita ke pangkal jalan.

Ingatan buat diri ...

Wahai diri
Sedarlah untung nasibmu
Adalah dibawah redhaNya
Wahai diri
Sedarlah bahawa dunia hanya sebentar cuma
Tidak mengapa egomu diinjak
Tidak mengapa usahamu dipersia
Tidak mengapa dirimu tidak diakui

Asal saja kau tahu wahai diri
Tiada yang dijadikan Allah itu sia2
... dan tiap satu akan dikira.

-peace-
>__<

Saturday 18 April 2020

Lukis jea ... Al-Umar

Lukis jea ... Al-Umar
Inilah anakku yang kelima.
Aku adalah antara hamba Allah yang wajib banyak bersyukur berbanding orang lain.
Mengapa ye?
Hmm...panjang ceritanya๐Ÿ˜
Biar aku pendekkan saja ... dulu, semasa aku masih belum berpunyapun, aku memang sudah menyimpan niat untuk nanti bila sudah bergelar isteri, aku nak punya tujuh orang anak. Mengapa tujuh?
Sebab ... "Anak nabi kita ... ada tujuh orang" (tolong baca dengan irama lagu yang betul ye๐Ÿ˜‚)
Dan ... Alhamdulillah, bila sudah berumahtangga, Allah mengurniakan aku tujuh orang anak. 6 lelaki dan seorang perempuan.
(Pun...Allah perkenankan keinginanku. Apa maksudnya?. Maksudnya ... dulu juga aku berhajat untuk punya anak lelaki ramai berbanding anak perempuan. ... dan Allah tunaikan hajatku. Alhamdulillah ๐Ÿ˜Š).
Ada tak lagi hajat lain?...
Masya Allah ... aku ini manusia yang terlalu banyak keinginan dan hajat.
Namun jika disenaraikan hajat2 itu ... hajatku yang paling besar adalah , untuk kembali kepada penciptaku dalam keadaan yang paling diredhaiNya. Semulia2 pengakhiran ... andai hajat ini tertunai , yang lain2 itu sudah tidak penting lagi.
Doakan ya sahabat ... agar hajat yang satu ini dimakbulkan Allah. Aamiiinnnn ...

Alhamdulillah ... anakanda ku ini telahpun tamat mengikuti program tahfiz selama 3 bulan dan dia berjaya menghafal 30 juzuk al qur'an dalam masa 70 hari.
Sekarang ... sudah kembali di rumah. Dan challenge nya kini adalah untuk mengekalkan ingatan tersebut. Setiap hari Umar akan mengulang 1 juzuk...doakan dia istiqomah ye.

Ini juga rezeki yang wajib aku syukuri ...
Mengapa?
Kerana ... orang lain puas memujuk anak2 untuk menghafal al-qur'an, sedang aku ... anak2 sendiri minta dihantar untuk menghafal al-qur'an.
"Lepas habis spm nanti, Umar nak belajar tahfiz. Abah tolong carikan ye". Itulah lebih kurang ayat permintaan Umar semasa sedang buat persediaan untuk spm tahun lepas.
Alhamdulillah...nikmat apa lagi yang harus aku nafikan?

Dan aku yakin ... semakin kita bersyukur ... semakin banyak nikmat yang Allah berikan.
Ada kala nikmat itu bukan berbentuk harta kekayaan...atau anak2 ... atau kejayaan yang boleh diukur ...
 sebaliknya,
 'mempunyai hati yang tenang dan bahagia' itu adalah nikmat yang tidak ternilai.

Akhir kalam ...
Sahabat ... marilah kita sama2 menjaga hati  dan diri kita untuk menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur.
Kerana ... tidak boleh dinafikan, Allah sentiasa beri yang terbaik buat kita ... sesuai dengan kita ... pada masa yang tepat.
Cuma kita saja ... dengan sifat kita sebagai makhluk, sering gagal memahami yang tersirat.
Cukuplah celotehku untuk patang ini. Stay at home sahabat.
Jom kita sama2 berusaha memutuskan rantaian Covid19 ini.
Inshaa Allah.
๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Salam ingatan

-Peace-
>__<

Sunday 12 April 2020

Lukis jea ... jom bermain warna!

Lukis jea ... 'hidup bukan sekadar satu warna'

Pernah tak kau rasa macam nak bermain warna?
Itulah perasaan aku ... tak nak melukis , sekadar nak bermain warna!!

...dan itulah yang aku buat ... bermain warna.๐Ÿ˜Š
'Hidup bukan sekadar satu warna' ini merupakan satu ayat yang agak sebati dengan aku. Kalau tak silap, ada 3 lukisanku memakai ayat yang sama.
Maksud apa ayat ini?
Terserah kalian ... tiap kita ... perjalanan hidup kita penuh warna warni. Cerah ceria ... suram muram ... dan tentunya tidak ketinggalan adalah kombinasi antara keduanya.

Tiap kita juga ada masa jatuh dan bangun masing2 ... tawa dan tangis ... suka dan duka ... bahagia dan kecewa ...

Waktu kita mengecap bahagia ... cemerlang dalam mencapai hajat , harapnya kita tidak lupa bersyukur.
Sebaliknya ... waktu kita diuji derita , berduka dan kecewa , harapnya kita tetap bersyukur. Pastinya ujian itu adalah pengikat hati kita kepada yang Esa.

Bila kita leka ... terlupa ... tersilap langkah ... dan tersadung. Tersungkur kita , sakitnya bukan kepalang. Zahirnya masih mampu tersenyum namun di sudut paling dalam ... mendiami hatimu , ada luka yang tidak juga sembuh.

Namun percayalah ... segalanya membuatkan kita lebih tabah ... kuat mengharungi kehidupan. Asal saja kita tetap bersyukur atas apa jua takdir ditentukan Allah buat kita.

Seperti juga hari ini...kita semua sedunia diancam virus covid19.
Siapa yang boleh menyelamatkan kita?
Cukup sorang positif covid19 , habis segerombolan manusia yang ramai terjangkit sama.
Lalu ... siapa yang dapat menyelamatkan kita?
Sungguhpun kita berusaha ... menjaga distance , kebersihan diri , duduk diam di rumah ... bla bla bla ... siapa yang holeh memberi jaminan keselamatan kita?
Pasti jawabannya ...
Allah ( s.w.t )!!!

Ayuh sahabat!
Kita doakan keselamatan buat satu sama lain
Juga mohonkan pada Allah , moga covid 19 ini segera pergi.


-peace-
>__

Wednesday 8 April 2020

Lukis jea....melanggar prinsip

Hrmmm☺
Kali pertama aku memuatnaikkan bahan seumpama ini ... bukan sebuah lukisan , bukan hasil tanganku sendiri.
Melanggar prinsip kebiasaan ku dalam mengendalikan ruangan blogku ini.

Mengapa ya?

Hanya ada satu jawapan.
Untuk mengabadikan luahan rasa anakanda bongsuku, Al Luqman yang aku perolehi dari story insta anakandaku itu.

Tersenyum aku melihat gambarku yang dipilihnya, itu gambar lama ... dalam 5 tahun lepas. Gaya yang belum cukup matang dan tenang๐Ÿ˜œ

Lebih terharu membaca luahan dan doa yang dititipkan buatku. Semoga Allah memperkenankan doanya. Aamiinnnn

Sahabat ... baik lelaki mahupun wanita ... ayah atau ibu,
Ayuh kita sama2 mengasihi  , mendidik , mendorong dan membimbing amanah yang dianugerahkan Allah kepada kita untuk mengenal penciptanya.

-peace-
>__<

Monday 6 April 2020

Lukis jea ... Al-Bukhori


Lukis je ... Al Bukhori
Anakandaku yang ke enam. Yang paling nakal dan banyak akal sebenarnya.๐Ÿ˜‰
Juga paling cekap menghafal qur'an. Alhamdulillah ... cuma, Al-Bukh tidak bersekolah di sekolah tahfiz. Buat hafazan sendiri ...  (hmmm...mungkin ini adalah kesilapanku dan suami). Apapun ... perkara yang telah terjadi ... masa yang berlalu, tak mungkin dapat diundur.

Inshaa Allah ... selepas habis spm tahun depan, akan kami usahakan untuk menghantar Al-Bukh ke program tahfiz. Doakan ye semoga cita2 ini terlaksana.
Aku amat yakin ... anak2 jika ada al Qur'an di hatinya , pasti akan mencintai islam ... berakhlak mulia dan yang lebih penting, sanggup berkorban dan berjuang demi islam.

Sahabat, ayuh bangkitkan semangat juang.
Berjuang demi kecemerlangan islam
Kecemerlangan diri ... keluarga ... masyarakat dan negara.
Cemerlang iman ... cemerlang akhlak ... cemerlang akalbudi.

Pernah tak sahabat tanyakan pada diri .

 Apa yang kalian mahukan dalam hidup ini?
Kalau soalan ini ditanyakan padaku ... jawapannya panjang berjela!!!๐Ÿ˜œ
Cuma bila aku renungkan dalam tenang ... mendengar suara hatiku yang paling dalam ... yang aku inginkan adalah, bila tiba masanya aku kembali kepada Allah , biarlah dengan cara semulia2 pengakhiran.
Diredhai ... dan merelakan.

Moga semua anak2ku juga punya impian ini.
Semoga Allah mengizinkan kami berkumpul semula di syurga Al Firdaus yang tertinggi tanpa hisab. Aamiiinnnn...

Jom ... kita usahakan menjadi hamba Allah yang terbaik.
Dan ... hari ini harus sentiasa lebih baik dari semalam.

-peace-
>__<


Sunday 5 April 2020

Lukis jea ... Al-Luqman

Lukis jea ... anakanda ; Al Luqman
Sepanjang PKP (MOC) ... Al-Luq berada di rumah. Bersama kami yang sempat berkumpul. Maka , menjadi tanggung-jawab aku memantau dan memastikan Al-Luq melaksanakan rutin hafazannya sama seperti ketika dia berada di Mahad Uthmaniah Smart Tahfiz.

Mengadap luqman setiap hari ... berjam2 menjadikan aku kagum.pada anak2 yang belajar tahfiz. Jadual yang agak ketat ... rutin harian yang sama ... semua itu menuntut kesabaran dan ketabahan. Aku juga mengagumi kesungguhan tenaga pengajar menjalankan amanah mereka ... dengan tegas dan 'garang'๐Ÿ˜…. Walaupun disebalik telepon bimbit!!! Hebattt ...

Aku juga bersyukur ... dengan rahmat dan pemurahnya Allah, tuhan yang Esa dan Maha Agung, merezekikan aku untuk memiliki anak yang meminta sendiri untuk dihantar ke sekolah tahfiz. Tanpa paksaan ... hanya sekadar dorongan dan doa. Alhamdulillah ... semua ini adalah kerana Maha Hebatnya Allah (s.w.t).

Sahabat ... marilah kita sama2 berusaha untuk melahirkan generasi Al-Qur'an.
Memiliki anak2 yang Qur'an penuh di dadanya ...bukankah itu nikmat yang paling besar.
Anak2 harus didorong ...didodoikan dengan cita2 menjadi huffaz sedari kecil lagi ... ceritakan pada mereka kisah para sahabat ... kisah perjuangan  ... kisah pengorbanan ... kisah cintaNya Rasulullah(s.a.w) terhadap kita ...umatnya.

Juga ... kisah dunia hari ini ... di mana islam semakin diinjak.
Titipkan juga di hati anak2 tanggungjawab memuliakan kembali islam di bumi ini.

Bisikkan di hati anak2 .... bahawa
"Kita tiada pilihan melainkan cemerlang"
Dunia ... akhirat

Semoga Allah berkati kita semua dan melindungi kita dari wabak covid19.
Hadirnya untuk mengajar kita berusaha menjaga diri dan menggantungkan harapan hanya kepada Allah.


-peace-
>__<

Tuesday 31 March 2020

Lukis jea ... doodle; covid19

Lukis jea ... doodle-covid19-stay at home

Inilah namanya tugasan ... akibat kawalan pergerakkan maka sekolah secara fizikalnya ditutup.
Kerajaan dan semua warga Malaysia berusaha untuk memutuskan rantaian penyebaran wabak covid19 yang menyerang dunia di kala ini khususnya di bumi tanah tumpahnya darahku, Malaysia!!

Fizikalnya tutup?
Maksudnya apa ya...?

Maksudnya aku , kau dan siapapun yang bekerja sebagai guru di sekolah kerajaan harus melaksanakan pdp secara maya.
 Untunglah siapa yang ada anak2 didik yang punya prasarana yang diperlukan ... line internet yang baik , sekurang2nya smart phone ...

... jadinya, aku juga tidak terkecuali ...

Jom ... mengajar kelas 4H
Matapajaran PSV
(Positif!!! ... kalau tak semua respon, dapat sebahagianpun dah cukup baik)
Makanya, lukisan doodle kat atas tu aku buat untuk dilihat oleh anak2.didikku dan dijadikan contoh melaksanakan tugasan mereka.
Tugasan????
Ya, tugasan untuk minggu ini.
"Lukiskan 'doodle' tentang covid19 dan lakukannya secara spontan tanpa menggunakan teknik sketch/lakaran terlebih dahulu"
Macam mudahkan ... nampak mudah, tapi percayalah ... ramai tak reti buat doodle ni.


Ok...ngantuklah!
Itu saja celoteh untuk kali ini.


-peace-
>__<



Lukis jea ... kenangan jai


Lukis jea ... aku lukiskan gambar kenangan ini kerana ...
Gambar asalnya terkoyak dan rosak.
Kenapa jadi cam tu?
Rupanya bila kita letak gambar dalam frame kaca ... lama2 , gambar tu akan melekat pada kaca tersebut.
Ditakdirkan...frame kaca itu pecah!.
Aduhai ... sayangnya gambar di dalamnya, tak dapat diselamatkan.
Sebelum terus rosak , cepat2 aku photokan dengan kamera hp ku.
Dari situlah aku melukis semula gambar ini ... sebagai kenangan jai sewaktu kecil.
(Jai adalah anakku yang ke empat...sekarang sudah bujang๐Ÿ˜)

Sedikit proses melukisnya

Itu saja utk hari ini.

-peace-
>__<♧

Wednesday 25 March 2020

Lukis jea ... "Ya Allah, lindungi kami ..."

Lukis jea ... wabak Covid 19
Aku abadikan serangan wabak Covid 19 yang menyerang bukan sahaja Malaysia ... malah 1 dunia!!
Bilangan manusia yang dijangkiti meningkat drastik ... begitu juga angka kematian.

"Ya Allah ... lindungilah kami semua. Sesungguhnya Engkau adalah sebaik2 tempat bergantung dan bersandar harap"

Anakku yang bongsu dikehendaki menjalani pembelajaran tahfiznya secara online. Setiap hari ...mengikut jadual sama seperti di madrasahnya(Madrasah Uthmaniyah Smart Tahfiz).
Anak2 tetap anak2 ... jika tiada pengawasan, keberkesanan program pasti akan merudum.
Makanya, aku menghabiskan kebanyakkan masa bersamanya. Memberi semangat ... menegur ... menggalakkan ... etc...
Moga Allah terus memberikan ketabahan kepada Al-Luqman utk menghafaz qalam yang mulia๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Sambil itu aku selesaikan tugasan menanda ujian pemerkasaan bulanan anak2 muridku. Dah siap 3 kelas ... tinggal sekelas lagi. Alang2 kena kuarantin ni, aku buatlah apa yang patut ... namun tak perlu sangat tergesa2 kerana tempoh kawalan pergerakkan dilanjutkan sehingga 14 April.
Selain menanda ... aku juga melukis, tak banyak ... hanya sempat satu lukisan ini sahaja. Bukan malas ... hakikatnya, lagi kita punya banyak masa di rumah ... lagi banyaklah aktiviti yang perlu dilaksanakan.
(Ini tak termasuk tidur di siang hari. Aku memang cuba elakkan tidur di siang hari. Rugi rasanya kalau masa yang ada dihabiskan untuk tidur!๐Ÿ˜
Bukan selalu dapat peluang duduk di rumah 24 jam. Jadi janganlah disia2kan peluang yang ada.

Apa saja aktiviti yang holeh kita buat untuk mengisi masa dengan berfaedah:
1. Selesaikan tugasan kerja yang wajib (dlm kes aku ... siapkan penandaan)
2. Tanam pokok dan uruskan kebun sekangkang keraku. Yalah ... banyak sayur2 dah dimakan siput'khinzir'. Makanya ... aku buatlah apa yang patut. Satu perkara yang aku tak buat ialah bunuh siput2 ni. Mereka ni makhluk Allah yang menumpang makan ... so , sengaja aku biarkan sepasu kobisku menjadi santapan mereka.
3. Urus rumah tangga ... jadi suri rumah sepenuh masa...basuh, masak,kemas rumah ... dan tentunya aku bahagi2kan tugas dengan anak2. Cuma part masak tu aku consistently uruskan. Biar anak2 rasa 'air tangan' ibu mereka.
4. Buat persediaan utk mengajar mana yang patut. Lebih2 lagi sukatan banyak yang berubah. Fikir2 macam mana kaedah nak ajar cepat dan berkesan bila sekolah buka semula nanti.
5. Berangan nak jahit baju ... setakat ni masih dalam angan2๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ
Kesimpulannya ... banyak lagi perkara2 berfaedah yang boleh kita buat dalam masa2 yang dianugerahkan Allah ini.

Antara perkara yang mengusik hatiku dalam keadaan kawalan pergerakkan ini ... apa?
Nasib golongan orang yang kerja hari ... maksudnya, ada kerja ada gaji. Takde kerja takde gaji.
Acik2 yang jual makanan tepi2 jalan ... orang2 yang kerja kampung ... orang2 yang kerja sendiri ... potong rumput ... etc ...
Moga Allah mudahkan urusan hidup kita semua dunia hingga akhirat dan semoga Allah melindungi kita semua daripada  wabak covid 19 ini ... dan semoga Allah memberikan kesembuhan bagi yang sakit dan telah dijangkiti.
Sesungguhnya Allah jua yang Maha Berkuasa.

Jaga diri sahabat

-peace-
>__<

Friday 6 March 2020

Biar ku lakar ...

Biar ku lakar ...
Sebuah coretan menjadi gambaran
Agar mudah ditafsir
Tiada yang tersirat melainkan tersurat




Lukis jea ....... bunga orkid

Lukis jea ... bunga orkid.
Bunga orkid selalu mengingatkan aku kepada arwah mama.
Arwah mama memang pencinta orkid.
Rumah orkid ... baja orkid dan pokok2 orkid yang bergantungan ... itu semua sebati di alam remajaku sehinggalah aku bergelar isteri orang.
Hmm...istimewanya mama di hatiku ... dulu, kini dan selamanya๐Ÿ˜Š

Sebelum aku mewarnakan latarbelakang.
Masa ni konflik kejap ... warna apa nak dipilib. Sebenarnya aku nak gunakan warna hitam, nak timbulkan kesan kontra tapi ... tetiba rasa cam 'biasa' sangat hitam tu. Akhirnya warna biru yang aku pilih

Kali ni aku gunakan fully warna pensil.
Warna pensil ni kalau kena gaya olahannya, tetap cantik di pandang mata. Lagi pula ... sesuai digunakan bila ruang melukis dan mewarna tu tak sesuai guna air

Bila kita melukis ni perkara terpenting ialah kesabaran dan ketekunan. Sebab apa?.
Sebab ... memang biasanya kita akan repeat warna dan teknik yang sama berkali2.
Maksudnya?
Contohnya, dalam lukisan ni ada 6 kuntum bunga...maknanya aku kena gunakan warna dan teknik yang sama sebanyak 6 kali. Tiap satunya perlu diperindahkan sewajarnya. Tak bolehlah bunga pertama aku warnakan beria2 lepastu bunga kedua semakin kurang kualiti warnanya ... dan bayangkan nasib bunga yang ke enam ?. Mesti kesian ... kan๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

Sebenarnya 'bunga orkid' ini adalah tugasan yang aku berikan kepada anak2 didik kelas PSV yang aku ajar. Aku nak ajar mereka untuk menggunakan dan mengolah warna pensil dengan baik. Juga konsep 'lukisan' yang menggunakan media kering adalah berbeza dengan penghasilan karya 'catan'.

Oleh kerana anak2 didik zaman kini hanya akan respect gurunya jika dia yakin dengan 'ilmu' dan skill gurunya. Maka aku melaksanakan tugasan ini bersama2 mereka ...
Mereka dan aku masing2 menyelesaikan tugasan yang sama. Ops...pastinya dengan contoh daripada gambar2 'bunga orkid' yang berbeza2.

Bila kami kumpulkan ... nampak indah sekali kerana lukisan2 pelbagai jenis bunga orkid dengan pelbagai warna dapat dinikmati.

Ok cukuplah ye ... inilah lebih kurangnya step2 yang aku laksanakan sehinggalah siap sempurna lukisan ini.
Ok lah ... terasa kurang excited nak menulis panjang malam ni. Apapun semoga sahabat semua  sentiasa dalam lindungan Allah dan rahmat Allah. Aamiinnnn


-peace-
>__<

Saturday 8 February 2020

Lukis jea ... PSV; 'ibu burung dan anak2nya'

Lukis jea ... 'ibu burung dan anak2nya'
Kelas PSV
Aku mengajar kelas paling hujung ... 4 Harmoni
Challenge ... "nak jadikan kelas ini menarik dan murid2 rasa seronok... relaks ... melukis"
Kalau boleh ... aku nak anak2 murid aku punya rasa yang sama dengan aku semasa melukis.
Rasa yang sama?
Ya ... melukis itu menenangkan dan terapi diri setelah menghadapi pelbagai cabaran ... ujian ... ke'stress-an sepanjang hari.
Itulah harapanku๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Kali ini aku ajarkan mereka untuk membuat garisan2 grid pada  gambar asal ... dan nisbahkan dengan saiz kertas lukisan tu.
Sahabat sekelian percaya tak ... untuk melukiskan garisan grid itu pun ada di antara anak2 murid aku yang tidak berjaya melakukannya. Inilah realiti ... tidak semua orang Allah jadikan mampu melihat dan menterjemahkan apa yang dilihat dengan baik ... apatah lagi menyelesaikan tugasan mudah begini.
Prinsip aku ... seteruk manapun tahap kecerdasan mereka, aku pasti sanggup mendidik mereka dengan  senang hati. Hargai setiap jiwa ... raikan mereka. Asal mereka mahu ... aku pasti berbesar hati membantu.

Mendidik biar jadi amal.
Kerana aku ini bukan manusia hebat yang  banyak solatnya ... mengajinya ... dan ibadah2 lain yang layak ku 'claim' di hadapan Allah kelak.
Moga Allah terima segala usahaku mendidik anak bangsa ini sebagai amal kebaikan yang mampu membawaku ke syurgaNya.

Lihat lukisan ibu burung dan anak2nya ini ...
Tak kiralah apapun jenis makhluknya.
Fitrah kejadian ... 'setiap ibu pasti sayangkan anak2nya'. Bukan sahaja manusia malah haiwan juga ... banyak sudah kita baca , bagaimana ibu haiwan sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan anak2nya.
Ibu tikus menjadi sangat garang...menggigit ular yang menggigit dan cuba memakan anak2nya.
Ibu kucing yang terbakar teruk badannya kerana berulang alik merempuh api demi menyelamatkan anak2nya
Ibu itik ... sanggup mengejar dan menggigit sesiapa yang mengganggu anak2nya.
(Nak tulis 'ibu ayam' tapi ... nanti lain pulak maksudnya๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ)

Sekali kita bergelar 'ibu'.
Maka selamanya status itu kita galas.

-buat anak2 , sayangi ... hargai ibu anda-
-buat yang bergelar ibu, jadilah ibu yang baik, ibu yang menanamkan semangat jihad di jalan Allah sebagai matlamat hidup dirinya dan anak2nya.
Sama2 berjihad menjadi manusia yang tinggi akal budi
Demi islam kerana Allah.
Sahabat , semoga kita mampu bersama dan bertemu di syurga Allah. Aamiinnnn

-peace-
>__<

Thursday 6 February 2020

Lukis jea ..."Sayang ibu"

Lukis jea ... "Sayang ibu"
Aku terpanggil untuk melukiskan lukisan ini kerana ...
ada sesuatu yang menggerakkan emosiku, melihatkan cara 'Aril' memandang ibunya.
...penuh rasa sayang...
...bahagia...
Aku suka.pandangan itu๐Ÿ˜„

Biasanya media.paling senang dan selesa yang aku gunakan ialah pensil dan pigment liner. Lagi pula ... keduanya senang untuk dibawa ke mana-mana.

Aku harap lukisan tak seberapa ini mampu menzahirkan betapa 'indah dan uniknya' hubungan seorang ibu dan anak. Sesungguhnya ketika kita masih kecil , ibu adalah tempat kita menggantungkan harapan dan menjadi tempat kita melabuhkan kasih sayang.

Moga kita tidak pernah lupa akan 'rasa' itu ... betapa pentingnya seorang ibu di hati seorang anak.

Maka selayaknya ... apabila ibu semakin tua, ibu harus dimuliakan , disayangi ... dihargai setiap detik bersama.
Mengapa?
Kerana suatu hati nanti ,kita pasti akan merasai kehilangan mereka ...
('Sakit' tau rasa itu ... satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan)

Bersyukurlah bagi yang masih punya ibu.
Doa mereka tiada hijabnya.
Doa paling tulus yang dipohon buatmu.

Sahabat ... sayangi ibu anda.
Hargai mereka selagi boleh.



-peace-
>__<

#semoga Allah merahmati arwah bondaku,
Siti Asmah bt Abdul Rahman.

"Ya Allah , ampunilah arwah bondaku dan tempatkanlah arwah bondaku di kalangan hamba2Mu yang beriman dan beramal soleh.

 Jauhilah dan lindungilah arwah bondaku daripada siksaan kubur dan siksaan api neraka.

 Jadikanlah kubur arwah bondaku sebagai satu taman daripada taman2 syurgaMu dan janganlah Engkau jadikan kubur arwah bondaku sebagai satu lubang daripada lubang2 nerakaMu

Ya Allah ... bahagiakanlah arwah bondaku di alam barzah dan akhirat kelak.

Aamiiinnnnn